And so it is...

Sunday, November 21, 2010

Hyprobulksms - Jual SMS Pun Nak Pakai Skim Piramid?


ULANGKAJI

  
Komen Aidid Mu'addib di  Say No To MLM di facebook, 27 Okt 2010. Open secret about MLM: 1. Bzns model biz jenis ni perlu downlines, jadi mesti kasi itu downlines brainwash gila baboon. If not, it won't work. 2. Orang atas akan sanjung dan puji downlines, mereka akan cakap yg ahli-ahli syarikat itu penting (yaaa! sgt penting kasi transfer money ke atas). 3. Downlines rata2 tak sedar dirinya dipergunakan utk mengayakan hieraki teratas (dia sendiri angan2 nak jadi org atas... hahaha! in your dreams!). 4. Org kat bawah tu hanyalah kuli-batak, no more (but, do they realise this? It depends on the IQ). 5. Tanpa downlines, syarikat akan berkubur... kena protect at all cost! Kena ayat bagai nak rak!
 
Assalamu'alaikum... semua.

Hyprobulksms atau yang saya selalu panggil sebagai hyprakbullshit atau kerbausms, adalah satu sistem perniagaan daripada syarikat Hypernet Resources (yang beralamat di No. 9-2, Jalan PJU 8/5A, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ, Selangor. Tel: 03-77101330). Eh! Dah tukar nama maah! Biz apa ya? Aaah, korang semua pun tahu apekemendenye yang dijualnya tu, daripada nama biz nya... dia orang jual sms manyak2 sekaligus. Sampai ke ceruk mana ntah, dia orang ni promote. Makcik Tipah kat Ceruk Tok Kun pun dia sarankan buat bzns ni. Tapi yang saya hairan, kalau jual sms cara ini betul-betul menguntungkan, kenapa nak cari reseller/affiliate seramai-ramainya? Kan reseller tu semua akan jadi terlalu banyak, sehinggakan jumlah pelanggan masing-masing akan jadi berkurangan? Itu basic economics.... camane nak untung kalau macam tu? Cari affiliate sampai infiniti katanya. Kalau sampai infiniti, dah tu siapa yang nak beli sms tu lagi, sebab kalau semua orang dah beli sistem sms blasting ni, siapa pulak yang jadi pelanggan? Itulah masalahnya orang yang tak reti sangat buat business dan marketing, dan seterusnya berangan-angan nak jadi millionaire... belajar la habis-habis dulu bang. Business-model sebegini adalah skim piramid bang. Takde susah nak faham. Dan jualan sms cara bulk ni adalah topeng untuk buat skim piramid ni aje... dasarnya tetap skim piramid.
 
Lepas tu, berapa kali saya nak cakap, jangan undang Aidid Mu'addib datang beraya kat rumah tanpa sebab? Kita bukan kenal pun. Jangan diuja-uja saya bang oi! Nanti habis saya geledah semua secret yang ada dalam closet tu. Tak serik-serik betul la mamat ni suma... jangan sebut nama saya kat forum mana-mana. Saya akan datang dengan rela bila ada orang panggil. Saya kan peramah orangnya?
   
    
Dan jangan pulak buat fitnah pasal Aidid Mu'addib. Saya tak pernah ingat ada menulis atau mengambil apa-apa artikel ustaz Zaharuddin dalam mentafsirkan hyprobulksms sebagai haram. Sorry ustaz (no offence intended... although I read most of your articles on biz and all sort of other topics you presented), saya tidak ambil isu halal-haram tentang skim ini daripada penerangan ustaz Zaharuddin langsung. Ustaz Z bukan majlis fatwa. Saya ambil isu halal-haram daripada majlis fatwa negeri, majlis fatwa kebangsaan dan majlis Ijma' Fiqh Sedunia... yang semuanya mengatakan bahawa skim piramid itu haram. Dan hyprakbullshit ini memang skim piramid. That's it.
 
Dan, yang Hairul ni buat artikel tentang hukum muammalat hyprobulksms kat bawah ni apa hal? Dah kena belasah dengan PPIM (Pak Aji ngok ngek... kata Hairul Nizam) yang tak nak mengaku mereka menyokong bzns model hypernet - terus mengarang tentang penerangan yang tak berkaitan langsung dengan model bzns hyprakbullshit ni. You know, kalau saya nak jual belacan cara bulk, penerangan kat bawah ni jugak boleh digunakan, untuk menerangkan cara bzns belacan saya, yang akan saya pasarkan secara besar-besaran. Tak masuk "book" langsung.
   
   
Oh, yang ini cerita pasal PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), yang kebetulannya di saat ini, website nye tengah mengalami masalah teknikal sampai tak boleh masuk langsung kerana spamming/hacking... apa nak jadi orang kat Malaysia ni? Islamic NGO ni.

 
Dan isu jutawan ni, kalau seorang buat hyprakbullshit ni, memang la boleh jadi millionaire (kalau seorang tu dapat cari >1000 orang downline!), jangan pulak silap kata tak boleh (boleh... dari segi teori matematiknya), dan pulak, dah sememangnya ramai orang lain yang dungu-dungu kat facebook tu senang sangat kena kelentong, dan dia orang memang sanggup kasi duit ke atas (upline), sebab dengan cara itu, dia orang boleh ngompol duit pulak daripada bawah (downline). Tapi lambat-laun, pihak berkuasa akan catch-up jugak, dan duit juta-juta tu akan masuk akaun kerajaan jugak akhirnya, dan millionaire tu pulak masuk penjara Kajang jugak jika sabit kesalahan... kan? kan?
 
Eh, kenapa pulak masuk jail ya? Sebab sistem perniagaan hyprobulksms ni adalah satu skim piramid yang memang tiada kesangsian! Yang disangsikan hanyalah kenapa ramai sangat umat yang mati-mati deny ianya bukan skim piramid. Musykil sungguh! Itulah ada satu perkara yang menggeletek hati saya sebenarnya. Sudah 8 bulan saya follow dan kaji hyprak ni dari jauh dan saya lihat ahli/reseller/affiliate yang buat kerja tag gambar mamat baring atas duit, minah kipas-kipas duit, post dan komen yang merapu pasal money money money, dan berdakwah sesat hyprak di facebook, sebijik macam orang-orang lain yang buat skim-kim piramid yang berlambak-lambak di facebook dan internet ni. Dan 3 towkay perniagaan ni, Fareez, Faizal dan Hairul Nizam... saya rasa dia orang sendiri pun tak tahu, atau tak faham, atau buat-buat tak faham, bahawa business-model perniagaan dia orang tu adalah sistem piramid... kehkehkeh! Kelakar gila baboon kadang-kadang saya fikirkan. Skim piramid ni bang, meh sini saya explain.
 
Di bawah ni, semua gambar-gambar/flyers saya ambil drpd profile facebook Hairul Nizam Hashim, salah sorang drpd 3 tuan-punya Hypernet Resources. Wall nya sentiasa open, seorang peniaga yang genius dan berwibawa mesti tak mahu sembunyi apa-apa... betul? Jadi dia open semua, termasuk cerita dan gambar pasal Caldina dan Alphard yg dia beli (tahun lepas pakai Gen-2 aje), termasuk rumah semi-D yang dia tengah renovate... bukan satu, tapi 2, sebelah-menyebelah. Tengah renovate mahu jadikan rumah 10 bilik (untuk suami-isteri anak sorang)... berapa Hairul kos renovation nya? 200K ke berapa ntah?
   
Gambar-gambar kat atas tu semuanya pun dah menunjukkan struktur biz skim piramid, tapi mati-mati si towkay dan pengikut-pengikut ajaran sesat ni, deny! deny! deny! Apekehenye yeop? OK, kalau seorang join hypro ni, dia kena bayar kepada hypernet seperti gambar (2) - yang mana ada 3 pakej. Bayar RM250, RM500 atau RM1000. Lepas tu jadi ahli hyprak (hyporian katanya), maka anda layak untuk cari downline dan dapat komisen daripada pencarian downline tu. Tapi tunggu kejap, kita cakap pasal bzns nye dulu. Kalau anda join hypernet dengan bayaran one-off tadi, sekarang anda dapat sejumlah bulk-sms dan kiranya, anda bolehlah jual sms tu pada sapa2... but who cares anyway? Tak kesahlah pasal jual bulk-sms tu sebenarnya... walaupun shubahah perniagaan memang boleh berlaku dengan jual sms cara itu (kalau nak buat dosa la kan?). Eh... macamana tu bro? Shubahah macamana pulak?
   
Kalau anda buat sms blasting mengajak manusia ramai-ramai pergi Genting casino untuk main poker, baccarat atau roulette - shubahah la kan? Kalau anda buat 500 sms cara bulk, untuk Mr. Ah Kow, mengajak orang pergi ke "Mei Choon Massage Parlour" yang offer handjob dan blowjob (ikut pakej jugak tu: Xtreme80, XXtreme150 dan special offer, XXXtreme325 - all the way baby, everything goes!), shubahah jugak kan? Tapi... itu semua spekulasi saya sahaja. Kalau benar orang tu Islam luhur, dia tak kan jual bulk sms sebegini kan? Sama macam orang Islam yang berniaga dalam bidang perhotelan, kalau hotel tu jadi sarang maksiat, dia shubahah jugak kan? Susah ya nak jadi orang Islam ni dalam berniaga? Tak boleh buat maksiat, tak boleh menipu, banyak sangat pantang-larang. Tapi, itu sudah ketentuan sejak zaman-berzaman, kalau nak jadi orang Islam. Ada hikmah jadi orang Islam yang luhur ni kan? Nanti boleh masuk syurga, kalau Allah sayangkan kita ni, yang tak melanggar perintahnya. Rules tu semua sudah ditentukan sejak daripada 1400+ tahun dulu lagi... malah lebih awal daripada itu untuk bani Israel dan lain-lain kaum. Amaran-amaran telah diberikan sebagaimana digambarkan daripada maksud hadis-hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam di antaranya:

Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)

Rasulullah s.a.w bersabda Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari golongan kita. (HR Muslim).
 
Anyway... kalau saya biarkan diri saya ni berceloteh, naya! Macam-macam akan keluar macam magik daripada 2 jari yang tengah menaip ni (aku tak pernah belajar menaip... 2 jari pun jadi laaaa...). OK, Let's go straight to the point. Kita ambik satu flyer promosi pakej hyprobulksms ni. Jadi kalau saya ambil pakej Xtreme1000, saya kiranya dah join hypro dan boleh start jual bulk-sms. Fine and dandy! Tapi, bak kata ramai pengamal hyprakbullshit ni, "kalau jual sms aje, tak best boss, tak dapat banyak untung." The money is in those ABCDE... FGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.
 
OK... berbalik kepada gambar kita ni, saya adalah U. Jadi untuk recover balik RM1000 saya, saya kena cari 2 downline, dan hypernet akan bagi saya komisen RM1000... wow! Hebat, boss! (uiikk! yang RM1000 lagi pegi mana? ehem! ehem!). Lepas tu, kalau saya cari lagi orang lain untuk join biz ni, setiap orang yang yang jadikan downline saya tu akan memberikan saya komisen 100%... wow! wow! wow! Lagi hebat, boss! Itu hypernet panggil sebagai "powerline", boleh cari sampai infiniti! Tapi, saya tahu, anda pun tahu... itu bukan hypernet yang kasi duit komisen tu, itu semua duit downline yang masuk akaun syarikat dan syarikat tu pulak buat cek, kasi kat upline mamat yang berdaftar tadi - dan lepas tu tangkap gambar, jangan lupa tangkap gambar ya? Salam dengan CEO gitu... Gambar untuk tayang kat facebook, untuk buat promo mengajak orang lain join hypro. Apa nak jadi korang neh? Korang nak kelentong sapa sebenarnya? (Soalan itu tadi, saya tujukan kepada Hairul, Fareez,dan Faizal).
   
OK... Anda mesti terfikir, kalau C, D, E, F dan seterusnya sampai infiniti, si upline dapat 100% maarnaaay dari downline, Hairul tak rugi ke? Hey... Hairul tak gusar pun. Dia tak tamak, macam orang-orang lain yang buat skim piramid.... sebab, setiap powerline tu ada A dan B - dan setiap A dab B, hypernet masuk lagi 50% daripada duit ahli baru hyprakbullshit ni. Gambar di bawah tiada dalam album Hairul, yang ini saya modify sendiri. Kasi clear sket! Genius ha?
    

Pasal isu infiniti ni pulak. Dia orang ni semua nak kena sekeh sorang, sorang. Manusia 6 billion dalam dunia ni pun belum infiniti lagi. Kalau 6 trillion pun belum infiniti jugak. Ada sorang teknokrat (waah!) hyprak, seorang pensyarah (atau tutor, tak sure) di sebuah universiti tempatan, yang mengajar subjek MATEMATIK pulak tu (yang memegang rekod paling banyak downline... 79 orang! Itu setakat bulan Jun atau Julai 2010) kata "infiniti" tu boleh diaplikasi dalam hal ini sebab ada manusia yang dilahirkan setiap hari sampai kiamat. Uuiikk? Sampai kiamat? Jadi, itu bukan la infiniti namanya! Infiniti itu maksudnya "unending number", kiamat itu "the end". Itulah, masa saya baca emailnya, saya tengah minum Nescafe... terpancut air kopi tu kat atas keyboard! Gila baboon punya terkejut aku. Haiya! Pensyarah maths tu beb.

Ada satu flyer saya kat bawah yang menyentuh pasal isu infiniti ni. Kalau rajin pegi la baca. Secara ringkas, INFINITI hanya boleh digunakan dalam 2 keadaan. Satu, dalam membincangkan teori matematik eksponential (hanya teori matematik - dan teori itu tidak akan dapat dibuktikan di alam nyata kerana tiada yang infiniti wujud di alam nyata), dan kedua, untuk menerangkan isu sifat Allah, itu sahaja. Tiada lain.

Memang banyak skim piramid suka cakap pencarian downline sampai ke infiniti, termasuklah hyprakbullshit ini, tak terkecuali. Mereka ni suka sangat nak membesarkan cerita supaya orang yang nak join skim itu tertarik dengan marketing skim masing-masing, macam yang dibuat oleh mereka-mereka yang buat skim piramid Infinity Downline (LoginFB100hinggit!). Bawaan dan ajaran sesat Celya dan Morgan Tay. Kak... dia orang tu bukan Islam, mana dia kesah syirik ke tidak, janji duit masuk.   Memandangkan pengamal skim piramid itu juga rata-rata tak kesah halal-haram rezeki mereka, selalunya mereka juga tak kesah menggunakan istilah-istilah yang diluar daripada batas agama. Orang Islam tahu bahawa menyamakan sesuatu itu kepada sifat Allah adalah syirik, dan jika kita cakap sesuatu seperti sifat infiniti dalam hal-hal keduniaan, kita sudah melakukan satu syirik yang nyata! Dalam ayat al-Ikhlas di atas, terjemahannya "...dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya." Jadi, beringatlah wahai manusia yang muslim, Allah itu bersifat "INFINITY AND ETERNITY", dan tiada siapa atau sesuatu yang sama denganNya! Tiada yang infiniti dalam alam ini... tidak jumlah butiran pasir di pantai dan tidak juga jumlah bintang di langit. Masa itu juga tidak akan infiniti. Masa itu adalah kejadian Allah, dan masa itu sendiri ada penghujung, dan tiada infiniti. Janganlah kita melakukan syirik. Na'uzubillah... I seek refuge in Allah (from evil)!

Tapi... isu infiniti itu tadi isu aqidah. Skim piramid pula adalah isu penganiayaan dalam perniagaan, isu rezeki yang haram yang dilarang dalam Islam. Jadi, di mana isu skim piramid itu? Apabila U berdaftar dengan hypernet resources, dia boleh cari downline A dan B, dan seterusnya sampai 79 atau lebih (kalau rajin cari orang, dan muka cun, dan pandai ayat, dan orang pulak percaya dengan ayat kita tu... ya Isma kan?). Tetapi A dan B, juga akan berdaftar dengan hypernet, dan mereka sendiri akan cari downline masing-masing... jadi A ada dia punya sendiri A, B, C, D , E.... dan seterusnya. Apa akan berlaku? 1 cari 2 cari 4 cari 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512, 1024, 2048, 4096, 8192, 16384, 32768, 65536, 131072, 262144, 524288, 1048576, 2097152, 4194304.... eh! Bukan skim piramid ke ni? Korang rasa ada 4 juta orang nak join skim piramid ni tak? Berapa nombor yang munasabah? Saya kasi contoh daripada kajian tentang skim piramid yang lain-lain, saya rasa dalam 15,000 orang. Apa yang akan berlaku bila skim ini capai 15,000 orang? Lepas level yang ke 13, 15,000 orang ini akan termangu-mangu tak dapat downline, dan dia orang semua akan hilang RM1000 setiap sorang! (kalau kita ambil contoh, semuanya join Xtreme1000). Jadi, dalam skim piramid yang dipanggil hyprobulksms ini... kadar kerugian ahli adalah melebihi 50%, apa bila peringkat ketepuan tercapai (threshold level). Tapi, jangan lupa aspek "powerline" hyprobulksms ni. Itu yang jadi "complicated" sikit dalam kalkulus mengira kadar kerugian... ada parameter yang masih tidak diketahui.

Maksudnya, dalam sistem MLM/skim piramid 1 cari 2 (with unlimited powerline), kadar kerugian ahli hyprobulk bukan sahaja melebihi 50%, malah lebih daripada itu. Itu sebab hyprobulksms ADALAH SATU SKIM PIRAMID... atau yang digelar sebagai SKIM CEPAT KAYA di Malaysia ni, sebab peningkatan ahli adalah secara eksponential, dan akan menyebabkan ahli yang kerugian itu melebihi daripada yang untung, bila mana peringkat ketepuan tercapai (collapse/crash). Kenapa tiada orang komplen setakat ini? Sebab semua yang join sekarang ini, masih dalam peringkat peningkatan eksponential dan semua orang masih buat duit. Dan siapa yang paling banyak buat duit? Orang yang duduk di puncak piramid seperti Hairul dan 2 beradik lagi tu. Mereka yang akan jadi orang paling banyak dapat duit, dan sekaligus orang yang paling banyak dapat dosa! (agaknya la... siapa tahu pun benda-benda macam ni kan?). I seek refuge in Allah (from evil). 
  


Selain daripada isu sistem piramid, kadar komisen 50% untuk 2 downline yang pertama dan komisen 100% untuk downline yang seterusnya juga adalah sesuatu yang dilarang dalam muammalat Islam. Ada pengamal hypro yang beri alasan bahawa kadar komisen yang tinggi tersebut adalah berpatutan kerana setiap upline bertanggung-jawab untuk mengajar downline tentang cara penggunaan sistem hyprobulksms tersebut... dan mereka juga dah belanja roti nan dengan ayam tandoori pada prospek downline kat kedai mamak minggu lepas. Tapi, kenapa sampai 100%? 10% tak boleh? 20% amacam? Ada ke mengajar downline untuk buat jual bulk-sms sampai upah RM1000? Tandoori special yang hebat dan diimport dari Pakistan pakai FedEx tu mahal sebegitu ke? Bukan dapat duit sebab head-hunting tu ke bang?
  
Hairul pulak cakap, suka hati hypernet la nak bayar 150% sekali pun (itu kan dah jadi bznsman bangang namanya En. Hairul? Jangan suka membesarkan statement bang), sebab "hypernet tidak berkongsi modal dan hyporian diberi berdasarkan keuntungan". Mende ko ni Hairul? Keuntungan apa benda ni? Sapa yang ko nak kelentong? Cakap aje la, "itu bukan duit aku, itu duit downline, aku bagi aje la free... ada aku kesah?". Berterus-terang tu adalah benda yang dituntut bro. Integriti itu penting.
  
Walau bagaimana pun, isu sebenar dari segi halal-haram perniagaan ini adalah, keuntungan sebegini termasuk dalam kategori riba' Nasiah dan riba' al-Fadl, di mana seorang itu memperdagangkan sejumlah wang (RM1000 untuk join Xtreme1000), dan dia mendapat untung melebihi jumlah tersebut di masa akan datang, dengan pencarian downline tanpa had. Dan keuntungannya adalah terlalu besar untuk kerja cari kepala orang. Satu kepala RM1000? Wow! Itulah adalah antara kriteria utama bagi sesuatu skim piramid pun, korang semua pun tahu. Sampai ada yang dapat >70K dengan sekali daftar join hyprak ni... yahoo! (itu hanya khabar angin yang aku dengar di FB oleh pengamal hypro jugak).

Dan satu lagi, keadaan pencarian downline tanpa had ini juga jatuh dalam situasi "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya:

نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة
Ertinya: "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua 
belian (aqad) dalam satu aqad"
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, Al-Haithami).
  

Tambahan: jika anda lihat daripada screen-capture promosi hyprobulksms daripada website pengamal skim piramid ni, pendapatan ahli bukan tertumpu kepada penajaan ahli sahaja. Ada sumber lain jugak ghope nye... 10 downline ke bawah kasi duit ke atas untuk upline-upline yg terdahulu beb! Jadi sapa join level 10, kesian la korang... jadi kuli-batak pada mala'un-mala'un yang tak dikenali tu semua. Yang join dahulu semua bertempik - Yahoo! Yabedabedoo! Selagi ada perkara mungkar dalam perniagaan, orang hyprakbullshit ni semua mesti mau buat sungguh-sungguh. Pegi jahanam dengan hukum syarie dan etika Islamic commerce tu semua. Isu halal-haram memang takde dalam dunia Hairul Nizam dan pengikut ajaran sesat ni. Anything goes baby - no holds barred! Semua duit masuk, balun aje.... buat beli bangalow, buat kasi anak-bini makan. Dunia akhirat dan padang mahshar tu semua cerita penglipur-lara yang sebenarnya pun... ada dia orang kesah? Skim piramid... keramit... melamit! Who cares?

*************   *************

Seperti juga skim-skim piramid yang lain-lain yang kini sedang berkeliaran di internet, dan khasnya di facebook, anda semua pun tahu modus operandi pengamal-pengamal tersebut dalam isu marketing. Ini termasuklah ahli-ahli hyprakbullshit ni, tak terkecuali. Cara mereka nak ajak orang lain join mende ni, mereka mesti mau kipas-kipas duit, bergolek-golek tido atas duit, mesti mau tunjuk gambar masing-masing posing dengan kereta mewah ntah sapa-sapa punya... haaahhh! Letih rasanya nengok orang Melayu yang berfikiran macam gitu... sakai pun tak jakun macam ahli hyprak dan lain-lain skim piramid ni semua (tak bermaksud untuk merendahkan martabat jakun dan sakai... sebab jakun dan sakai itu lebih tinggi darjat daripada mereka ni, dalam hal akhlak dan mungkin hal lain-lain jugak). Entah mana dia orang ni belajar marketing macam ni, saya sendiri tak tahu nak jawab. Jadi bahan komedi bangsa lain aje la. Ini saya bagi contoh cara ahli hyprak buat marketing. Adakah ini akhlak orang Islam?
   
Gambar di atas tu ada kaber-kaber sket, ingat nak jaga maruah manusia tu, tapi pagi ni (4 hari kemudian daripada yang atas), saya terjumpa ini di facebook. Masing-masing dengan bangga sungguh membongkang diri masing-masing di merata facebook. Sapa la mengajar mala'un ni semua buat marketing? Hairul Nizam ke? Sia-sia rasanya bila memikirkan ada ramai orang masuk universiti ambik ijazah marketing dan public-relations, dan inilah kaedah marketing yang terpancut daripada otak orang Melayu. Siapa yang akan tertarik dengan iklan sebegini? Nak menarik perhatian siapa agaknya? Perompak? Mat Rempit peragut handbag? Kalau pada orang normal yang waras, mereka tidak kan tertarik pada iklan sebegini. Memalukan ada la kut... 

   
*************  ************

Udah la tu ya? Kalau saya continue, ada beberapa isu lain yang boleh dibincangkan... tapi, habit Aidid Mu'addib, macam biasa, suka sungguh nak kupas semua benda... tak abis abis! Sampai ada orang yang dah start komplen kat FB... "ko ni banyak cakap la bro!". Tapi, korang semua kena ingat, saya tak buat semua ni untuk cari nama. Dan jauh sekali untuk keuntungan wang-ringgit, sebab Allah memang sudah bagi saya rezeki yang melimpah-ruah, alhamdulillah. Saya keluar kerja pagi hari, saya balik petang atau malam, dan hujung bulan dapat gaji. No MLM, no pyramid-scheme. No woman, no cry. Saya buat semua ni sebab saya ada nampak kemungkaran depan mata, dan saya tak boleh biarkan ianya berterusan berleluasa. Tak guna saya jadi orang Islam kalau lepak main FB hari-hari, tanpa berusaha buat sesuatu tentang kemungkaran sedemikian. Ni ha... saya dah siapkan artikel nya ni. Puas hati?
     
  Rumusan:
HYPROBULKSMS ITU ADALAH SATU SKIM PIRAMID DAN IANYA HARAM UNTUK UMAT ISLAM
    
**************   **************

Firman Allah SWT, yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan
(gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi dan  sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan
yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu".
(an-Nisa':29)

**************   **************

Tambahan (27/11/10):
Takde isu sebenarnya mamat psycho ni semua sebok nak join hyprakbullshit dengan alasan nak jadi reseller bulksms - dengan pakej RM250, RM 500 atau RM1000. Ada syarikat lain yang buat biz bulksms ni, tapi dia orang tahu rezeki halal-haram dan ada etika buat bzns yg telus.

Ha! Hairul, Fareez dan Faizal - jawab, jangan tak jawab.
 
>>>>>>>>>>   <<<<<<<<<<<
Latest: 24/2/2011


>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<

Di bawah ini adalah flyers yang saya buat selama lebih 9 bulan untuk disebarkan di merata facebook... namun, pengamal hyprobulksms terus ignore dan buat-buat tak faham, dan ada yang terus mencaci Aidid Mu'addib sebagai "mufti terjun", pendengki dan bermacam-macam nama lagi.... suka hati la beb apa ko nak cakap, ada aku kesah? Janji anak-anak Melayu lain diberitahu tentang korang hyprak yang mengaku Melayu, tapi bebal ya amat la pulak... tak faham-faham pasal benda skim piramid ni.

Walaupun flyer di atas ini adalah isu "infinity downline" yang langsung tak infinity tu, tapi ianya juga boleh diaplikasikan di sini kepada sistem hyprobulksms ini. Mesej saya hanyalah, orang alkafirun tu sendiri pun tahu respect istilah infinity, yang orang Islam sebok buat finite downline dan hyprakbullshit, hari-hari di facebook tu apahal? What is wrong with you people??!
 









 

43 comments:

Anonymous said...

Salam Aidid..Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Aidid kerana mengeluarkan entri ini..saya adalah mangsa kepada skim ini..sebelum ini saya x tau pun pasal hypro ini adalah menggunakan skim piramid yang salah di sisi undang2..skrg saya dah berhenti dah daripada menjalankan skim ini..apabila aidid dah buat entri macam ni..mengapa tidak di ketengahkan je skim ini kepada pihak berkuasa..buat aduan ke kpdn supaya xde org lain lg yang jadi seperti saya..semoga dengan cara itu boleh terhapus lah skim2 mcm ni kat malaysia ni..macam skim i-rich yg masuk berita tv3 tu..saya akan menyokong aidid dari belakang..bersama membenteras skim ini..

chipcoklat
www.chipzine.co.cc

Anonymous said...

pergh...puas ati aku baca..mau meleleh air mata sebab tak berkelip nak baca entri panjang ni..tak sia-sia aku bukak blog ni ari-ari tunggu update..berbaloi-baloi..InsyaAllah benda baik ni kena sebarkan..tu la gunanya Facebook kan?XD

Anonymous said...

Selagi ada org yg desperate/tamak nak ambik jln cepat untuk dapat (hypothetical)duit banyak , these MLM or related schemes will be around for a very long time. Vulnerable people are everywhre & money clouds their judgement. And it doesn't take much effort to convince these poor souls. Just throw them few "success" stories (props mesti ada-gambar2 dok depan flashy cars , wang berkoyan2), promise a bit of instant gratification and eventual (hypothetical)returns that'd change their life, they're sold. They are the enablers. Satu MLM lingkup, 10 lagi datang, and the scums are gonna keep re-inventing/coming back sebab "market/enablers" ada. Vicious circles.

p/s maaan , if i could talk my boss into giving me 20 multi gaji BONES.

Airis said...

dulu tiap2 ari dpt byk glerrrr email dr Hyprobulksms suruh join. belum lagi entah siapa2 add ym lps tu gesa suruh join, bila tolak rugilah kamu ni tolak rezeki, apelah... last2 terpaksa tukar email nk elak gangguan padahal syg sgt2 dgn id email tu.. skrg ni jgn siapa2 berani invite aku join mende ni, klu x siaplah aku sound kaw2 punyeeeeeeeeeeeeeee

Kamsiah yusoff said...

salam
thanks..puas ati bac artikel yg penuh isi,fakta
bg saya..yg berfikiran sempit ni..nak dapat duit tak semudah tu..malangnya ramai melayu yg cepat lupa diri bila dioffer komisyen berganda..macam kes nak mencairkan harta Sukarno tu....mmg bodoh punya org..patut la jadi mangsa...

Unknown said...

Salam...
Saya slalu dpt sms dr no yg x dikenali, cntoh sms
"Sunway's Best Happy Hr! Hoegaarden, Stella Draft: Buy 1 FREE 1 (3-7pm) & BUY 1 FREE1/2 (7-11pm). Live Band Fri-Sat. LONG LOUNGE & OBSERVATORY (OPERA), 56357272."

Adekah ini angkara hyprakbull tuh? Kalau lah btul,
Maka sumber pndapatn secara otomatis haram...

Ago Advel said...

Salam Bro.
Thanks for revealing the truth behind all these look-legal-and-halal-but-actually-not businesses, companies and all things related to 'em.
Do keep more such things coming Bro.
Kudos.

tudin5 said...

sistem yg langsung tak stabil dan akan runtuh bila2 masa... sangat berisiko tinggi... benar kata Aidid, infiniti? infiniti downline pulak tu... mengarot... tak logik sungguh..., aku dah kira... kejap je akan collapse...

kalau ikut pengiraan aku, duit masuk < duit keluar... maka sistem langsung tak stabil... persoalannya, mana datang duit untuk bayar bonus? jawapannya aku pon tak boleh jawab... tapi teori aku adalah..., mereka tetap bayar sehingga sampai satu masa ahli yg masuk mencapai ratusan / ribuan orang dalam 2 minggu (tempoh matang)... maka, keuntungan syarikat/individu akan diperolehi pada masa tu... (cukup duit collection target), company akan tutup dan lari... semoga berjaya la menipu...

Roslan said...

salam...
tq bro aidid...satu kupasan dan penjelasan yg terbaek dari ladang...aku mmg benci MLM/PIRAMID dan seangkatan ngan nye....aku jadi kan blog ko sebagai senjata kalau ade kwn dari fB atau email yang aku ajak join...

squtopus said...

Aku pun pernah jadi bodoh dulu terlibat dengan infinity dl.Sib baik ada 1 dl jek. Igt nak kasi balik duit yang die bayar kat aku upline die.Insaflah semua wahai kaum bangsaku.Keep it up bro aidid. Kupasan direct, logik dan berasas.No bias:)

^!~ DuCk ~!^ said...

HAahaha...!! Korang dgr la kata2 mamat ni..

penulis blog ini....pada sy, telah melampaui batas....sbb dlm one of his post....siap blh ckp..."peduli lah walau mufti dan ulamak kata harus sekalipun, bg aku hukumnya tetap haram"

seolah2 dia lebih arif dr mufti dan ulamak....mufti bukan dilantik sewenang-wenang...mufti boleh mengeluarkan fatwa yg harus kita ikut sbb bukan senang diorg nak kuarkan fatwa.....kalau org yg layak mengeluarkan fatwa pun blh disangkalnya mudah2....di manakah darjat dan kedudukan ai aidid ni sbnrnya? adakah dia lbh tggi dr ulamak dan mufti?

mungkinkah dia....mufti express?

Diana said...

Salam.

Walaupun letih baca sampai habis dan berpinor pinor mata membaca setiap line, tapi pueh hati sangat dengan penerangan abang aidid.

Apa yang sedih, seseorang yang saya pernah sayangi suatu ketika dulu,baru terlibat dalam unstoppable. walaupun saya dah nasihatkan dan forward flyers daripada blog abang aidid ni, tapi dia masih degil.malas dah nak campur.

tudin5 said...

Duck... maksud bro Aidid tu ialah sistem MLM atau skim piramid yang ada tu sama je dengan skim cepat kaya yang difatwakan Haram... hampir semua skim MLM dan piramid tu merupakan skim cepat kaya kalau ditafsirkan secara model nya... Walaupun ada fatwa yg menyatakan skim MLM itu tidak haram selagi ia tidak menyalahi Syarak, tetapi apabila ia menyerupai skim cepat kaya, maka ia jatuh hukum haram... selama ini pon skim MLM yg ada menjurus kepada menjadi kaya dalam masa yang singkat (skim cepat kaya), konsep head hunting dan bilangan downlin banyak..., maka jelas ia jatuh hukum haram...

uncle^dean said...

orang MLM ni tak kira apa mmg dia belasah buat jerp janji nak kaya n dapat tipu orang jerp.

tudin5 said...

pengiraan lanjut ada disini... tapi jpeg je le... kalau nak detail boleh request... berdasarkan pengiraan aku (rujuk kepada website www.300hyper.com), level ke-4 dah collapse... mungkin ada beberapa pembolehubah aku tak kira dan masukkan, tapi aku boleh kata 90% tepat... takkan lari jauh kecuali info dalam website itu tipu dan semata2 nak mengaburi mata prospek...

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1457370194922&set=a.1077810346163.2011678.1253370239

http://www.facebook.com/photo.php?fbid=1457371194947&set=a.1077810346163.2011678.1253370239&pid=30986732&id=1253370239

Aidid Mu'addib said...

Itik panggang ni main kopipes kat blog aku ni... merata tulis benda yg sama. Ni nak kena delete mangkok-hayon neh...
Aku suruh kasi link kat mana aku tulis apa yg dia cakap tu, takde pulak respons. Dasar putar-alam pengamal MLM, hati dah itam dek makan duit haram lahanat le tu... duit haram ni kasi sewel otak, kata org tua.
"peduli lah walau mufti dan ulamak kata harus sekalipun, bg aku hukumnya tetap haram" - where the f**k did I ever write that, boy?

Paling dekat aku ada tulis: "Tak kesah la kalau mufti atau ulama' cakap MLM tu harus, tapi kalau pengamal MLM tu berperangai macam lanun skim piramid dan kelentong orang lain utk dapat keuntungan - haram la tu" or something like that..

Itik beb, nape tuan ko tak sembelih aje tengkok ko hari raya baru ni? Ngabih boreh botol mangkok hayon nye pun... one-cent-no-use.

gjohn said...

ni aku kopipes dari dlm kosmo rasa aku.....maybe MLM kot..

Pekerja terpaksa tanggung beban hutang syarikat

KUANTAN – Seorang wanita mendakwa terpaksa menanggung kerugian sebanyak RM42,000 gara-gara menjadi ‘Pengurus’ di salah sebuah syarikat yang mengendalikan perkhidmatan khidmat pesanan ringkas (SMS) secara langsung.

Julie Dahlia Mohd Affandi, 24, yang mula berkhidmat dengan syarikat tersebut pada bulan Februari tahun ini mendakwa syarikat tersebut gagal menjelaskan pulangan modal kepada pelabur hingga menyebabkan dia menjadi mangsa.

“Bisnes ini tidak menjual produk sebaliknya hanya menggunakan SMS. Seseorang perlu membayar sebanyak RM 3500 sebagai permulaan dan kemudian mereka akan diberi kata laluan melalui SMS.

“Dalam masa yang sama, pelabur juga perlu mencari ahli lain untuk mengembangkan rangkaian. Konsepnya sama seperti jualan langsung, cuma apa yang membezakannya bisnes ini berbentuk SMS.

“Memang tidak dinafikan, pada mulanya bisnes ini berjalan seperti yang diterangkan. Pun begitu, lama-kelamaan ia seolah-olah menipu pelabur,” katanya ketika ditemui semalam.

Kata Julie, akibat daripada penipuan tersebut, dia terpaksa menggunakan wang sendiri untuk membayar balik modal pelabur yang tidak henti-henti memburunya.

“Mungkin kerana saya yang bertanggungjawab memasukkan wang mereka dalam akaun syarikat, jadi mereka ingat saya yang menipu. Semua mengejar saya untuk mendapatkan balik modal mereka padahal duit mereka tidak ada dengan saya.

“Sebab itulah saya mengambil tindakan dengan menggunakan wang sendiri untuk membayar kepada mereka. Itu pun masih ramai lagi yang belum menerima bayaran balik. Saya pernah cuba untuk menghubungi Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkenaan, namun gagal. Ini membuatkan saya bertindak membuat laporan polis,” katanya.

Salah seorang pelabur, Yusaini Hassan, 41, berkata, dia tertarik dengan janji manis syarikat berkenaan sehingga mendorongnya untuk melabur sebanyak tiga kali.

“Kali pertama, saya hanya mengeluarkan sebanyak RM500 dan sudah mendapat pulangan modal. Kemudian saya mengambil tindakan berani dengan mengambil pakej RM3,500.

“Malangnya, saya tidak mendapat pulangan modal serta keuntungan daripada pelaburan tersebut. Namun, syarikat tersebut menerangkan kegagalan tersebut adalah kerana kesilapan teknikal. Tidak serik lagi, saya melabur untuk kali ketiga dan kali ini saya membawa tiga rakan untuk turut sama menyertainya,” katanya.

Hasil pelaburan ketiga, Yusaini mendapat keuntungan sebanyak RM2,000. Bagaimanapun, katanya duit tersebut terpaksa dibahagi dua dengan syarikat dan syarikat berjanji akan membelikan sebuah kereta Toyota Camry.

“Tertarik dengan tawaran tersebut, saya tidak teragak-agak untuk memberikan RM1,000 kepada syarikat berkenaan. Namun, hingga kini saya masih belum menerima apa-apa yang dijanjikan.

“Berdasarkan laporan polis yang dibuat, saya harap pihak berkenaan akan dikenakan tindakan. Saya tidak mahu orang lain turut ditipu,” katanya kecewa.

Eliza said...

Gelinya nengok foto org2 yg kipas2, cium2 duit kat atas tu. Pastu boleh lak tampal muka tak malu tu jd iklan syiok sendiri. isk..isk..cam org dah jadi hamba $$$$. Time director ckp `cut' sumer buat muka ketat sbb kena pulangkan balik duit `pelesu' tu.

Thank god there's still person like Aidid n the likes yg boleh educate people psl scam MLM nih. At least, kuranglah nanti yg akan jadi golongan `Tipah tertipu lagi, bang!'

Izza is my name said...

pernah join hypro nie...org tue bagi jaminan kalau tkde apa2 duit akan dipulangkan balik....n bernasib baik...sebab takde sapa yg jadi downline so duit dipulangkan...bersyukur sangat2 tersedar sebelum terlajak lebih jauh

jalod said...

yang tak tahan, si hazrul bullcrap tu already put himself on the cover of forbes magazine, muka dia tu letak majalah gay pun pasti majalah tu lingkup trus..hahaha...

hfznsr said...

pergh aidid... aku mmg respek la ko ni bro.
ko cakap pakai fakta, buat research betul2.
tu yg malaun2 tu sampai tak terjawab.
good job :D

Unknown said...

Whoaa...Betul2 Ho Liao....

SI_PEMOTONG_KEPALA said...

GOOD JOB BRO.....AKU MASIH BOLEH TERIMA KALAU NAK AJAK AKU WAT BISNES GORENG PISANG Ka, JUAL KOPOK LEKOR Ka, BELA IKAN KELI Ka....JANGAN AJAK AKU MASUK MLM.......PERNIAGAAN YANG HANYA MENGUNTUNGKAN SESETENGAH PIHAK TERTENTU SAHAJA.....

Admin said...

Salam .. mohon kebenaran untuk guna gambar bagi rujukan dalam entri blog saya ..

http://hasrulhassan.blogspot.com

Saya kagum dengan blog anda.

Terima kasih.

Adii NakHeran said...

bro aidid,,
ble nk kuar artikel baru??
sorang manusia ni xsabar nk tengok manusia
yang buat penipuan ni gagal,,,
Hairul2x,, ko ngn lembu ke kebau lebih kurang,,
aku mnta maap sebab cakap kuwang ajo,,

SI_PEMOTONG_KEPALA said...
This comment has been removed by the author.
SI_PEMOTONG_KEPALA said...
This comment has been removed by the author.
SI_PEMOTONG_KEPALA said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada Saudara2 yg rasa xpueh ati bila org ckp MLM ni xbagus dlm agama...aku cuma nk bg pendapat la kan...pendapat dari seorg manusia yg berfikir tntang diri sendiri dan org lain...aku xda prob dgn bisness mcm direct selling...amik satu product dari supplier...n then cari customer tuk jual...cnth kata amik dr supplier 10 rnggit, jual kt customer 12 rnggit....that is cool....tp kalau bisnes dh nama MLM ni mesti nk kena cari downline....1 level, 2 level, 3 level, bla bla bla.....aku nk tau gak...sbb apa bila saudara level 3 jual product kt saudara level 4, tiba2 saudara level 2 n level 1 dpt komisyen...apa kaitan saudara level 1 ,2 dgn level 4....ntah penah jmpa ntah x..silap2 xkenal langsung...n ada stgh org MLM ckp tu procedure syarikat..dpt cari downline maka akan dpt komisyen..makin byk downline makin byk komisyen...dr mana kompeni dpt duit nk bayar komisyen kalau bukan dari saudara di level 4, 5, 6 dan seterusnya...

aku ni xda la bodoh sgt..cuma cara aku berfikir akan buat sesetgh org kt aku bodoh....bg org MLM mungkin aku ni xbrapa paham konsep bisnes diorg..

manusia kt muka bumi ni bukan infiniti....ada limit dia......just assume dunia ni ada 10 org manusia....kita buat satu bntuk piramid...level 1 ada seorg manusia...level 2 ada 3 org manusia...dan level 3 ada 6 org manusia (kalau xpaham tlg la lukis diagram piramid tu)....bila saudara level 1 jual product kt saudara2 level 2, dia akan dpt komisyen.....bila saudara level 2 jual product kt saudara level 3, diorg dpt komisyen...dan...saudara level 1 pun dpt komisyen.....

sekarang

saudara level 3 nk jual product kt sama??

adakah nk kena jual product kt saudara level 1 n 2 kembali??..kalau nk jual pun diorg (level 1 & 2)nak ke jadi downline kepada downline sendiri??

so dlm hal ni....saudara di level 3 akan menjadi hilang arah tujuan sbb dh rugi byk…

keuntungan paleng byk = level 1
keuntungan agak byk = level 2
yg xda untung langsung = level 3

yg sll menjadi mangsa ni saudara2 yg berada di level bawah2....

perniagaan yg menggunakan kaedah yg sama, procedure yg sama, dengan janji yg sama Tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak dan merugikan /menganiaya pihak lain....mcm mana tu?....even aku seorg islam tp aku xnak masuk soal halal haram sbb lain manusia lain pendapat...lain mazhab pun lain pendapat....ramai org sensitif bab2 ni......

so....td aku wat assumption dunia ni skang ada 10 org....skang kita kata dunia ni ada 6.5 billion manusia...bila system sama, hal yg sama gak akan terjadi...

sistem yang sama, janji yg sama, kaedah yg sama (cari downline)...tp ada pihak teraniaya

ni cuma pendapat dari aku

jangan hidup dengan menganiayai org lain..kesenangan di dunia cuma sementara..gunkan akal untuk berfikir, jgn gunakan akal untuk menipu...

kalau aku silap, semoga ada petunjuk untuk aku melihat perkara yg benar...

kalau aku betol aku harap sama2 la kita pikir

Fatmawati MN said...

salam aidid....kakak pun dapat byk offer suruh join a few MLM products...1 product akak dah bayar duit registration serta dpt product tapi hati berat jer nak buat. Bila receive emails dari depa ni..kakak baca tapi terus delete. Nak balas email atau update pun terasa berat hati! Then kakak terjumpa blod aidid...baru kakak tersedar halal haram sistem ni..alhamdullilah...Allah SWT beratkan hati kakak nak melangkah lebih jauh dlm biznes MLM. Thanx for the info and I will always follow your writing from far for KESEDARAN DUNIAWI AND AKHIRAT.

wann said...

salam..tq useful info..ni kena bagitau cik isma jasmin nih..hu2

chanz said...

google nama hairul nizam hashim..and first page is. - http://goo.gl/qFAhz

Le Chevalier said...

bro aidid, you are the best, sy bersama anda memerangi lahanat MLM ni, dah byk kali sy dibuang sedara dan kawan semata2 sy tak mau join skim haprak ni, termasuklah ditipu kawan yg join MLM ni sebab dia nk pinjam duit saya, bayar separuh jer tp lepas tu hilang terus....

paradisekiss said...

Bro aidid, CEO Kerbau da kuar pengumuman baru tuk ahli hypro semua.. tengok gaya makin menipu kuat la depa nie.. CSI sikit bro..

Izral said...

Artikel yng baik.. Dengan kata lain sy sokong bro..

Liana said...

bagus sangat leh jumpe blog yang cm nie...
lebih2 lgi wat n3 yg nak kasi org melayu sedar...
pernah gak g event dyeorg....time 2 membe ajak...
mmg nk joint...tapi hati rase berat je...
akhirnya tau gak npe....
keep up ur good work....

Bomoh Hujan said...

aidid kalau boleh jgn sensor muke peg askar tu..baru 2 ketul dah berlagak....ntah duit loan koperasi tentera...paling2 pun bank rakyat.... chaittttttt....apa kata pegawai kanan ATM tentang gejala mcm nih...shittttttttttttt

Be Zahra Boutique said...

senang aje nak jauhi diri dari bende2 harom ni. Asal ada aje perkataan INFINITY..dan percent2 dan downlin2.jauhkanlah diri anda...itu tandanya skim piramid,ponzi dll

KELBRU AGARWOOD said...

good work bro aidid. to be honest aku pon sebenarnya dulu dah terjebak dlm najis mlm hyprakshit nih. cilakak sungguh aku digoda oleh teknokrat seremban si genola.

tp skg ni dh insaf tanak buat keje2 alkafirun menipu bangsa sendiri lagi. buat bisnes sendiri jual pokok gaharu lagi bagos. lagi berkat. takde tipu-tipu.

sedarlah wahai bangsa melayu. rezeki yang halal memang berliku untuk dicari tapi sangat manis untuk dirasai..

Aidid Mu'addib said...

Aku jumpa statement ni kat CG:

akak malas nak citer sejarah dia dah
nak citer psl YANG TERBARU PLAK NI....jeng jeng jeng......

AWAS dgn program baru tuksidang n the gang.....
HIRACHY PYRAMID (lebih kurang gitulah sebutan dia.....)
dgr citer.....program ni tak sama dgn hyprobulk sms.....mmg lain sgt2.....
ada 4 level....dan setiap level modalnya berbeza2

anda bayar RM20k....anda dok level 1
anda bayar 15k.....anda dok level 2
anda bayar 10k....anda dok level 3
anda bayar 5k.....anda dok level 4

start level ke-6 barulah anda kena cari donwline sendiri....
sblm tu, company tlg susun kan la based pada yg byr modal2 tersebut.
depa perlukan 156 org pioneer skrg ni....
sapa yg dah bayar baru blh attend perjumpaan sulit dan
tertutup dgn tuksidang dan gang dia.....

knp mesti sulit dan tertutup????
nak elak dr BNM siasat? atau KPDNKK serbu lagi?

Unknown said...

Lembu2 lahanat nih mmg gini... xserik2 pedajalkan orang... aku pon mangsa kerbau merah nih jgk... mmg bodoh laa aku join.. skang ader program baru plak... hyproblast(hyprobabi)... dok tehegeh2 tarik ahli lame... sah2 xde orang join... konon nak bg crdt sms lah aper lah... yg sistem lame pon x clear lagik ko da tabuh benih2 janji ko yg x subur tuh!!! FUCK lah ko nizamelancap!!! makan duit haram!! mmg patot laaa kene bala....

Admin said...

Salam,

Nak pinjam artikel yang bernas untuk disiarkan dalam blog saya boleh? Akan saya kreditkan artikel ini untuk Tuan Blog.

Tq

WaNjI said...

Damn..can't believe i fell into this kind of shit..but thank god aku terselamat..mcm puki pun ade gak aku rasa bila wat bnda2 cmni..carik org smpai kol 2,3 pagi, duk melepak kat kedai makan yg xmembuahkan ape2 benefit langsung..balik2 pikir strategy merapu cane nak "kembangkan" bisnes ni so dat leh kayekan puki2 atas aku yang sedap duk makan duit haram cam babi..fcuk u MLMeleis scammers!aku dah kne skali hasil tarikan member aku yang skang ni tercungap2 nak bayar lebihan loan fairlady dia cukupla..sape2 yang dah terjebak ni kembalilah ke pangkal jalan..nyway thanks bro reveal bnda ni sblum aku sempat nak publish version aku..haha..but goddamn it kau nyer version ni lagi masyuk la..i admit it..

Bomoh Hujan said...

sorry to say... aku nak gelak.. HAHAHAHAHAAHAHAAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAAHAHHAAHHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHAAHHAHAHAHAHAHHAAHHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHAH kerbausms yang dipuja2.......ape da.... dah pesan dah nasihat.. .dah kasi terang2 binatang kerbausms tu mcm PUNDEK... degil.....nak jugak.... HAHAHAHAHAAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHA
pesan aku.. lepas nih.. pi terjebak lagi MLM tau dik... kasi aku gelak lagi...HAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAAHHAHAAHHAHAHAHHAHA.....ERKK ERKK jom minum teh ais... heheheheheh