Kepada:
(Isman) Isman Nadim bin Isam @ Manis Helma/Manis Alia
(Munif) Munif Ahmad @ Putra Aiman
(Faizal) Mohd Faizal bin Osman @ Abai Os
(Ariffin) Muhammad Ariffin b. Ahmad Rahim
Aku sentiasa berharap korang berada dalam keadaan sejahtera dan sihat tubuh-badan, dan sentiasa ceria bersama rakan sekumpulan, dan selalu syok sendiri dengar suara masing-masing masa menyanyi tu. Kasi pukul gendang, kompang, rebana ligat-ligat gitu. "Banging on the bongos like a chimpanzee... oh, that ain't working, that's the way you do it, get your money for nothing get your chicks for free". Aku jugak berharap korang berempat dah mula seronok makan duit MLM jual kopi kejadahnya ntah tu. Semalam, buat pertama kali aku sempat berkenalan dengan kumpulan nasyid Hijjaz, bila aku menjengok website korang. Itu pun sebab sebab ada orang email aku tentang aktiviti terkini Hijjaz. Dah ada kemajuan entrepreneurship ha? Pasal lagu nasyid Hijjaz tu sendiri, ntah tak pernah aku tahu lagu korang yang mana satu. Selama hari ni pun, aku sentiasa musykil pehal ada orang lelaki segak ada misai dan janggut yang encem, kengkadang ada otot berketul-ketul, dah pulak sebok nak menyanyi macam mat rempit perasan tak keruan. Aku terfikir satu perkataan aje - pondan. I dunno why.
Apa pun, apa dah kebulur ke korang sekarang ni dey? Dah elok nyanyi-nyanyi lebih 10 tahun, dah tak laku ke apa? Undangan konsert dah tarak ka? Album baru tak laku macam dolu-dolu... adakah? Apekehenye yeop dah sebok pulak nak buat bzns MLM jual kopi and whatever, dan dah nak ikut sama ngencing orang Melayu dengan janji cikai MLM dan khasiat produk ntahapekebendanya? Seriously boy? What were you all thinking? Korang dulu tak abis sekolah erk? Itu sebab korang menyanyi nasyid eh? Haish! Apa nak jadi korang neh?
Omputeh, chayanunalip, Melayu munafiq@fasiq semua sebok nak buat MLM, korang yang menyanyi lagu-lagu keagamaan dan perasan alim gitu pun sebok nak buat MLM gak ka dol? Alim-alim kucing ke bang? I love pussy - so please, don't give pussy a bad name. Jangan buat perangai alim taik kucen. Cari nahas namanya tu bang. Kan dah masuk Aididleaks jadinya. Kan ke dah pemes seantero Malaya korang dah ni. Uik! Korang kan memang dah pemes? Takpe, aku kasi lagik pemes.
Tujuan Penubuhan
* Untuk membuka peluang kepada ahli untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil dan seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi kami berempat.
* Para ahli yang bergiat secara aktif dalam jaringan DinarHijjaz juga dapat meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dengan mengencing ahli-ahli yang join terkemudian. Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan, jadi kami pun nak gunakan modal hadith tu jugaklah... Semua orang MLM suka keluarkan hadith tu bang.
* Setelah memperolehi kejayaan sama kecil atau besar melalui jaringan perniagaan ini, para ahli dapat menyumbang pula untuk membantu keluarga dan masyarakat dengan mengajak kenalan menyertai program ini, dan seterusnya menambahkan jumlah ahli MLM kami, dan akhirnya nanti akan lebih ramai lagik kerugian, sedangkan sapa-sapa yang kat atas piramid mengikik ketawa kira duit.
* Menderma ke Tabung Bantuan yang telah kami sediakan, iaitu Tabung Amal Baitul Hijjaz dan Khairat Kematian. Kalau takde mende ni, nanti tak best la promosi MLM kami ni. Mahu kasi islamik gitu dong. Kasi tarik itu orang Islam supaya join deh.
* Dapat memajukan ekonomi dan taraf hidup ummah (iaitu kami kumpulan Hijjaz dan kuncu-kuncu terdekat serta mana-mana mala'un yang join terlebih dahulu) melalui sumbangan beramai-ramai yang dilakukan oleh sesama Islam... yeay!
* Untuk membuka peluang kepada ahli untuk memulakan perniagaan dengan modal yang kecil dan seterusnya dapat menyumbang kepada ekonomi kami berempat.
* Para ahli yang bergiat secara aktif dalam jaringan DinarHijjaz juga dapat meningkatkan taraf ekonomi masing-masing dengan mengencing ahli-ahli yang join terkemudian. Malahan telah dinyatakan dalam hadis bahawa 9 daripada 10 sumber rezeki adalah melalui perniagaan, jadi kami pun nak gunakan modal hadith tu jugaklah... Semua orang MLM suka keluarkan hadith tu bang.
* Setelah memperolehi kejayaan sama kecil atau besar melalui jaringan perniagaan ini, para ahli dapat menyumbang pula untuk membantu keluarga dan masyarakat dengan mengajak kenalan menyertai program ini, dan seterusnya menambahkan jumlah ahli MLM kami, dan akhirnya nanti akan lebih ramai lagik kerugian, sedangkan sapa-sapa yang kat atas piramid mengikik ketawa kira duit.
* Menderma ke Tabung Bantuan yang telah kami sediakan, iaitu Tabung Amal Baitul Hijjaz dan Khairat Kematian. Kalau takde mende ni, nanti tak best la promosi MLM kami ni. Mahu kasi islamik gitu dong. Kasi tarik itu orang Islam supaya join deh.
* Dapat memajukan ekonomi dan taraf hidup ummah (iaitu kami kumpulan Hijjaz dan kuncu-kuncu terdekat serta mana-mana mala'un yang join terlebih dahulu) melalui sumbangan beramai-ramai yang dilakukan oleh sesama Islam... yeay!
Korang yang dah biasa baca Aididleaks ni mungkin dah boleh tangkap aku punya "angle" atau sudut perpekstif aku dalam isu MLM dan skim piramid. Dan ada pulak dua hala semua orang kena faham, kalau seseorang itu orang Islam. Satu hala adalah secara logik, kenapa MLM itu menganiaya dan mengelentong ramai manusia, dan kenapa orang kafir terpelajar kat Amerika dan di merata negara bukan Islam, terlalu ramai yang komplen dan ada yang berjuang untuk menyedarkan kaum-kerabat mereka bahawa sistem perniagaan seperti ini adalah tidak adil dan merugikan masyarakat. Pakar ekonomi barat yang cenderung kepada pengharaman sistem MLM mendatangkan dalil-dalil mereka dari segi logik dan matematik ekonomi dan bukan berpandukan hukum halal-haram seperti dalam agama Islam. Aku selalu ambil angle ini, sebab kalau orang kafir itu cakap MLM dan skim piramid itu adalah tidak adil dan menganiaya, secara automatik, sure akan jadi haram dalam agama Islam. Betul? Kita orang Islam bukan ke ada "high-standard" tentang bab-bab hukum-hakam ni? Tapi, ada problem sket dalam "high standard" tu... asyik ada aje perselisihan pendapat antara ulama', ada isu khilaf, ada isu "syariah-compliance", ada isu begitu-begini... masing-masing yang ada kepentingan wang-ringgit sure mahu putar-belitkan hukum-hakam tu semua. Tapi, daripada segi logik dan khasnya matematik dan ekonomi - ha, try la putar-belit fakta kiraan dan statitistik tu kalau ada yang cekap.
Dari segi hukum-hakam muammalat Islam, pengharaman MLM-SP adalah berdasarkan dalil-dalil dan nas-nas AlQuran, AlHadith, dan ijma' para ulama' - dan aku takmo masuk sangat dalam bab ini dalam perbincangan aku yang telah lepas, sebab aku bukan ulama' dan aku bukan pakar muammalat Islam - jadi, aku hanya "copy-paste" apa yang telah dinyatakan oleh ulama'-ulama' dan cendiakiawan ekonomi Islam yang telah menjatuhkan hukum dalam isu ini. Kepada mangkok-hayon pengamal MLM di luar sana yang beragama Islam - kalau tarak baca pasal keharaman sistem perniagaan MLM-SP... sebab korang tu dungu takleh baca bahasa omputeh dan jugak takleh baca bahasa Melayu (sebab malas tahap gaban atau sebab sayang sangat kat duit MLM tu) - ianya tidak bermaksud pengharaman itu tidak wujud. Ko faham tak benda benda sepaling simple neh?
OK, berbalik kepada kumpulan penyanyi nasyid yang dah perasan nak berniaga pulak neh, meh aku kupas secara logik dan matematik dulu. Daripada plan pemasaran di atas, syarat-syarat lintah-darat MLM yang "standard" di-implementasikan dengan dengan rakusnya, macam cipan yang amatlah horny, di dalam dinarhijjaz.com - seperti adanya komisen penajaan berbilang tingkat sehingga terlalu dalam, (7 level too deep), adanya maintenance yang perlu dilakukan setiap minggu/bulan (supaya duit continue masuk dalam poket firaun - king of the pyramid) - di mana tanpa maintenance tersebut seorang reseller akan terlepas komisen, adanya harga kopi sampai beratus hengget (what the...?), dan adanya jual-beli kepala orang yang mendatangkan lebih banyak keuntungan daripada jualan produk. Besa la tu beb... you know, mangkok-hayon punya MLM style. Ntah mana dia orang ni sekolah dulu ntah. Atau tak sekolah langsung kut... nyanyi syok sendiri aje keje nya hari-hari.
Daripada rajah di atas, aku tak sure aku nak nangis ke, atau aku nak ketawa. Ketawa la aje laaa... HAHAHAHAHA! Ini kes matematik SPM dapat G neh! Plan pemasaran DinarHijjaz adalah berdasarkan "pyramid-selling" 1 cari 5 (pheeuuww... cita-cita tinggi beb) di mana setiap level ke bawah akan mengalami peningkatan eksponensial jumlah ahli 5 kali ganda lebih besar daripada level sebelumnya. Daripada rajah di atas tu, apakejadah maknanya tu Isman woi? Untuk seorang ahli dapat apa yang dijanjikan oleh DinarHijjaz, perniagaan berbau Islamik ini (tapi pekung ya amat sebenarnya) memerlukan ahli seramai 97,655 orang. Ini korang kat DinarHijjaz berjanji pada sesama Islam ni Munif, dan janji itu perlu dikotakan, kalau tak ko berdosa. Kalau sipolan penghasut yang kasi kuliah berapi masa briefing promosi kat ofis DinarHijjaz, yang mengatakan bahawa seorang ahli boleh mengaut keuntungan sebanyak ini - dan ahli yang hadir ada 50 orang - maka DinarHijjaz perlu ada 4.88 juta orang ahli... atau yang lebih tepat, seramai 4,882,750 resellers, untuk janji ini dikotakan. Come on man... are you all crazy or what? Or just plain deluded and stupid?
Berbalik kepada jumlah ahli/reseller seramai 97,655 yang sampai level 7 tadi - ahli level 7 seramai 78,125 tu nak dapat keuntungan daripada mana? Korang dah janji dia orang pun akan untung jugak bukan? Haiya! Maknanya dalam sistem MLM DinarHijjaz ni, motif utama perniagaan korang ni Arrifin adalah begini: Jual kopi jantan-betina ini sebenarnya adalah satu platform untuk memindahkan wang-ringgit kepunyaan orang Islam sejumlah 78,125 orang kepada sapa-sapa yang dah join terlebih dahulu dan yang cekap cari downline... begitu ke Faizal dik? Dan yang menakjubkan dalam masyarakat Melayu ni - kalau bzns ni dibiarkan cukup lama, memang ada 78,125 orang Melayu dungu yang bersedia untuk dikencing beramai-ramai akan menyerah diri pada parasite MLM sebegini. Almost always happen. Lepas tu masing-masing termangu-mangu menunggu keuntungan ntah bila nak kunjung tiba. MLM tu dik oi adalah suatu model bzns yang merapu dan mengelentong, korang tak boleh tangkap jugak konsepnya sampai sekarang ha? Asyik memikirkan potensi keuntungan kalau ada 97,655 downline kat bawah ko tu, sedangkan ko tu salah seorang daripada yang 97,125 orang tu dol. Ko tu hanya kuli-batak yang sedekah duit kat atas, dan dapat minum kopi jantan-betina ntahapakejadah. That's it. Wake up!
Yang korang berempat tu pulak, kan elok korang nyanyi nasyid dan pukul kompang aje? Tak payah la sebok-sebok nak buat MLM sebegini. Apa duit shubahah dan haram-lahanat tu pun korang nak kumpul jugak ka? Sambil nyanyi-nyanyi pakai kopiah ada goatie... duit mengencing sesama Islam masuk poket manyak-manyak... gitu dong?
Memandangkan isu kita hari ini berkait dengan 4 (4 ke 5?) orang badut yang menyanyi nasyid, yang dijadikan boneka oleh segolongan pihak lain yang duduk-duduk kat belakang jenama DinarHijjaz tu (board of directors... maybe?), supaya dia orang ni dijadikan muka depan promosi jual kopi dan whatever dengan kaedah lagha MLM, maka tak dapat tidak, logik dan matematik orang kafir yang mengatakan MLM itu satu sistem perniagaan yang cikai dan menganiaya, perlulah diketepikan - sebab nanti ada aje mereka-mereka yang perasan alim dan penuh ilmu agama di otaknya mahu kasi spin topik ini. Ada isu khilafiyah maaa! Pengamal MLM, golongan peng-spin terulung dekad ini, yeah!
Jadi, aku kena la bawa pendapat dan fatwa yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi, yang dipengerusikan oleh Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh. Nak harapkan majlis Fatwa Malaysia ni, masih lagi tertinggal bas. Ini terjemahannya, dan aku akan selitkan ciri-ciri DinarHijjaz di tempat-tempat tertentu yang bersangkutan.
Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.
(Isu penajaan berlaku bagai nak rak dalam DinarHijjaz)
Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.
(Syarikat ini menjanjikan komisen yang berlipat-ganda dan tak masuk akal)
Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:
1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.
Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'. Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.
(Riba' yang berlaku berleluasa dalam plan pemasaran DinarHijjaz, di mana dengan modal yang sedikit tersebut, syarikat menjanjikan keuntungan sampai ke langit, yang akan diperolehi daripada penganiayaan downline yang join terkemudian)
2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.
Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).
Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).
(Seseorang yang menyertai DinarHijjaz akan menanggung isu gharar di dalam perniagaan, kerana ketidak-pastiannya dalam mencari downline yang mencukupi, yang dia perlukan sebagai syarat komisen, dan dia tidak tahu sama ada dia join di level 1 atau level 12 atau level 33 - maka jika dia join terlalu lewat, dia pasti akan rugi. Perniagaan yang ada syarat begini adalah haram. No... but, if, and, or whatever)
3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut. Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).
(Sebagaimana yang korang lihat dalam gambarajah plan pemasaran DinarHijjaz, janji keuntungan yang sedemikian adalah satu penipuan yang jelas, dan ianya adalah satu muslihat yang terang-terangan dilakukan untuk mengabui dan menghasut orang yang dungupiang, khasnya bebudak Melayu yang tak pass matematik SPM, supaya join bzns ini beramai-ramai)
4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram. Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).
Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.
Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.
(Korang join DinarHijjaz untuk dapat hak penjualan produk sekali gus mandapat hak untuk komisen dan bonus yang tak bersangkutan secara langsung atau tak langsung. Apakah hak seseorang upline untuk dapat bonus penajaan 7 level di bawah dia, yang berjumlah beribu orang tu? Badut betul laaa...)
Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.
Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."
Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda:"Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).
Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.
(Riba', riba', riba' - haram, haram, haram)
Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.
That's it. I hope you all get the gist. I also dunno why some people just wanna ignore what the Fatwa Council of Saudi Arabia had said about all these MLM issues, but they do admit proudly that there are muslims... weird bunch of people those. I thought what the council had emphasised and elaborated were so clear-cut, and I can't really find faults in them. After all, we muslims are looking for a source of halal income, is it not? Then, why all the self-delusions and ridiculous hallucinations in some muslims still occur, as to give them a sense of HALAL in the business systems that is plainly crooked? What more do you want brothers, sisters?
Oh ya, ada satu perkara lain yang tak disentuh dalam fatwa di atas, yang ada dibincangkan oleh ulama' lain - iaitu, isu dua akad dalam satu. Aku bincangkan semula daripada salah-satu artikel yang aku post 4 - 5 bulan lepas:
Oh ya, ada satu perkara lain yang tak disentuh dalam fatwa di atas, yang ada dibincangkan oleh ulama' lain - iaitu, isu dua akad dalam satu. Aku bincangkan semula daripada salah-satu artikel yang aku post 4 - 5 bulan lepas:
Itu semua adalah preteks untuk buat kerja shubahah MLM. Untuk buat perniagaan yang bercanggah dengan syarak. Mana ada kes 5% haram atau 67% haram atau 99% haram. Kalau dah haram, haram aje la beb - 100% on the money. Dalam Islamic commerce, ada kriteria yang telah sedia dirungkaikan sejak zaman berzaman, dah lebih 1400 tahun. Mesti niat hendak berniaga, dan bukan niat nak menyamun atau nak mengelentong. Mesti ada akad, iaitu ijab dan qabul. Ijab - "aku jual mende ni dengan harga 10 hengget". Qabul - "aku beli mende ni dengan harga 10 hengget". Sah? Sah! Dalam perniagaan style orang Islam jugak, mestilah timbangannya tepat, tanpa penipuan dalam apa bentuk sekalipun (seperti contoh jual beras yang basah), tiada penganiayaan (contoh beli sterika pakai 17 kali dah berasap) atau kelentongan (seperti ko minum Monavie/TF/Vemma ni, atau ko pakai pad superman berherba Avail ni, nanti dapat elakkan penyakit A sampai Z), dan tiada pulak riba' dalam segala jenis bentuk dan permutasi. Dan barang yang dijual-beli itu adalah halal tanpa kompromi, dan produk itu sendiri juga tiada shubahah (kalau jual 100 e-book dengan harga RM50 - sah sah la e-book ciplak dan ntah apa-apa. Who're you kidding?).
Dalam isu akad itu sendiri, anda semua pernah dengar istilah shafqatayn fi shafqah, atau bay’atayn fi bay’ah? Isu ini telah banyak dinyatakan dalam hadith Nabi SAW, antara lain, sebagai berikut:
1. Dari Abu Hurairah r.a., yang menyatakan (maksudnya): “Nabi SAW telah melarang dua pembelian dalam satu pembelian.” Hadith yang diriwayatkan oleh Ahmad, an-Nasa’i dan at-Tirmidzi.
2. Hadith dari al-Bazzar dan Ahmad, dari Ibnu Mas’ud yang menyatakan: “Rasululllah SAW telah melarang dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”
3. Hadith yang hampir sama juga dinyatakan oleh at-Thabrani dalam kitabnya, al-Awsath, dengan redaksi berikut: “Tidaklah dihalalkan dua kesepakatan (aqad) dalam satu kesepakatan (aqad).”
Dalam hal ini, Imam asy-Syafi’e memberikan keterangan (syarh) terhadap maksud bay’atayn fi bay’ah (dua pembelian dalam satu pembelian), dengan menyatakan, bahawa jika seseorang mengatakan: “Saya jual budak hamba ini kepada anda dengan harga 1000, dengan catatan anda menjual rumah anda kepada saya dengan harga sebegini. Ertinya, jika anda menetapkan milik anda menjadi milik saya, saya pun menetapkan milik saya menjadi milik anda.” Dalam konteks ini, maksud dari bay’atayn fi bay’ah adalah melakukan dua akad dalam satu transaksi, akad yang pertama adalah akad jual beli budak hamba, sedangkan yang kedua adalah akad jual-beli rumah. Namun, masing-masing dinyatakan sebagai ketentuan yang mengikat satu sama lain, sehingga terjadilah dua transaksi tersebut termasuk dalam satu aqad.
Maka jika kita berbalik kepada sistem MLM, keadaan akad perniagaannya ada melibatkan dua, tiga, empat dan lebih lagi dalam satu-satu transaksi. Setiap perpindahan wang dari seorang manusia kepada seorang manusia lain - itu adalah satu transaksi perniagaan, betul? Sebagai contoh, bila aku join DinarHijjaz, aku bayar RM250 dan aku dapat 2-3 kotak kopi, satu akad jual-beli sudah berlaku. OK, kalau aku menaja downline dan seterusnya syarikat memberi hadiah berupa suatu "percentage" daripada yuran keahlian aku, kerana dapat sorang downline, telah berlaku satu transaction dengan satu akad jugak di sini. Tapi, kalau aku punya downline ada 6 level downline di bawahnya, dan mengikut plan pemasaran DinarHijjaz aku berhak dapat komisen/bonus tajaan sehingga 7 level - itu dah kira berapa akad/transaction dah tu? 7 isn't it? Nope. It's not 7. It is 97,650 transactions. All RM489,250 of it. Crazy like a psychotic clown!
Anyway... dah panjang jugak entry ni - karang Azwan marah. Bendanya sama aje, itu-itu jugak. Cari downline, head-hunting seramai mungkin, dan didik downline masing-masing supaya buat benda yang sama tanpa putus, tanpa henti - tahun depan terus millionaire. Sama macam ko duduk mencangkung kat pasar malam, tadah tangan tanpa segan-silu, dan paksa setiap orang yang ko jumpa supaya kasi 5 hengget sorang. Tahun depan pengemis macam korang tu akan jadi millionaire jugak... wadefak?
Don't tell me DinarHijjaz is a muslim business, done by muslim Malays. This business is crooked and as wicked as any MLM business done by alkafirun out there. Parasites, That's what these people are. Using religion as a selling point, without shame or remorse. They are the vampires that sucked the blood of their fellow muslims, and they don't even realise it... OK, I take that back. They know what they are doing and they realise the money they're going to get... it's just that, they're hoping all you people out there do not realise this yourselves.
The dajjal of end-times is already here... me thinks.