And so it is...

Showing posts with label Colostrum AlphaLipid. Show all posts
Showing posts with label Colostrum AlphaLipid. Show all posts

Tuesday, January 11, 2011

Colostrum, Alpha Lipid... Disgusting Bleurrgh!




Korang tahu apa "fad" yang paling tak masuk akal dan ya amat la disgusting nye yang melanda pengguna yang senang kena basuh (dengan sabun pencuci Fab) sejak beberapa tahun kebelakangan ni? Yeeha! Kolostrum! Bukan sahaja di Malaysia, malah seantero dunia. Tahu apemendenya kolostrum tuh? Kalau pada manusia, kolostrum itu adalah cecair pekat warna kekuningan yang dihasilkan oleh breast ibu yang baru bersalin (mungkin gak kuar beberapo jam sebolom beranak - tapi takdo la omak yang tongah mengorang tu nak kesahkan colostrum kek tetek dio doh!), dan akan terus keluar beberapa hari selepas bersalin, sehinggalah susu sebenar terhasil. Sound gross? You betcha! Tapi, Allah jadikan sesuatu itu ada bertempat dan ada kegunaan, cuma sudah lumrahnya, pasti ada manusia yang lintah-darat yang suka sungguh putar-alam sesuatu perkara itu, demi untuk buat biz, for money... what else is new?



Mari kita diskus secara ilmiah (aku ilmiah? wahahaha!), apakah kolostrum itu sebenarnya. Kolostrum itu adalah bendalir yang kekuningan, pekat dan melekit yang keluar daripada payudara ibu untuk beberapa hari selepas bersalin. Ianya khas untuk kegunaan bayi yang baru nampak dunia tu - "specifically custom-designed" untuk satu tujuan yang penting kepada bayi tersebut. Kepada ibu di luar sana, aku pasti you semua ingat perkara ni. To the guys... just shut the heck up. You dunno anything, except realise this - it's not easy being a mother, it's painful and it's difficult and it's time-consuming. Kolostrum berfungsi sebagai agen julap (laxative) untuk membantu mengeluarkan meconium (najis pertama bayi yang macam tar tu - melekit, hijau-kehitaman, dan terkumpul semasa bayi masih dalam kandungan, hasil daripada air ketuban yang ditelannya berbulan-bulan sebelum dia lahir). Memandangkan kolostrum adalah makanan pertama bayi, jumlahnya adalah sedikit... seeloknya la tu, sebab kita tak nak kasi "stress" kat usus bayi yang masih belum matang. Ianya juga mengandungi jumlah lemak yang sedikit, sesuai dengan usus yang baru berfungsi, dapat elak overload. Itu sebab jugak kita dapati anak yang baru lahir akan hilang berat-badan sket-sket beberapa hari lepas lahir.

Kandungan di dalam kolostrum manusia adalah pelbagai dan sangat bersesuaian untuk bayi yang baru lahir... itu sebab kalau aku nampak ada orang kasi susu formula pada baby yang umur sehari, aku sure menyumpah-seranah dalam hati - gila bab punya dungu macam lembu betul manusianya (kalau tak bersebab la). Ada ke patut anak sendiri yang baru nampak dunia diberi susu yang keluar dari tetek lembu New Zealand? Di dalam kolostrum tu ada immunoglobulin manusia yang dapat membantu anak tu melawan penyakit - iaitu IgA, IgG dan IgM. Selain dari itu terdapat komponen sistem imuniti yang terdiri daripada lactoferin, lysozyme, lactoperoxidase, proline-rich polypeptides (PRP) dan cytokines (interleukins, TNF, dll). Ada juga beberapa "growth factor" yang dapat dipindahkan daripada ibu kepada anak dalam bentuk IGF I dan II (insulin-like growth factor I and II), transforming growth factors alpha, beta 1 and beta 2, fibroblast growth factors, epidermal growth factor, granulocyte-macrophage-stimulating growth factor, platelet-derived growth factor, vascular endothelial growth factor, and colony-stimulating factor-1. Dalam kolostrum juga terdapat banyak sel darah putih ibu yang dapat kasi "kick-start" sistem imuniti bayi, dan jangan terkejut, ianya juga membekalkan "bakteria baik" yang spesifik untuk membantu sistem percernaan bayi yang bakal menerima makanan pertama. Kesemua ini sangat diperlukan dalam perkembangan awal anak yang baru lahir itu.

Of course, dalam produk-produk makanan kesihatan yang diwar-warkan ada kolostrum di pasaran tu semua, ianya pasti bukanlah kolostrum manusia. Kalau ada orang dewasa yang taksub sangat pasal kolostrum ni dan memang psycho-weirdo ya amat nak cari benda ni untuk kegunaan dia - kalau ada korang terserempak, pelangkung aje kepalanya. Dumbass! Kolostrum lembu, yang datang dari tetek lembu (tak kesian betul pada anak lembu dia orang neh) adalah sumber jus keramat lembu bagi industri makanan kesihatan sebegini dan diwar-warkan sebagai food-of-the-future... hebat bak apa ntah, walaupun aku terfikir, kalau kolostrum keluar dalam 2-3 hari dengan kuantiti yang sedikit - dan anak lembu pasti diberi kolostrum oleh penternak (kalau tak sakit anak lembu tu), mana datang kolostrum yang manyak-manyak yang dibuat jadi susu tepung tu semua? Ada berapa juta lembu yang diperlukan untuk menjana industri kolostrum ni? You follow me? Atau adakah produk kat pasaran tu semua mengandungi 1% kolostrum dengan 99% susu lembu biasa? Well, think about it. Especially bila kita cakap pasal syarikat MLM yang rata-rata jual benda ni - penyangak perniagaan tersohor walau di mana sahaja di dunia ni, yang penuh putar-alam (Yeay Amway! Yeay TF!). Am I right, or am I right?

Syarikat-syarikat yang memasarkan produk kesihatan berkolostrum ini saban hari bertempik-sorak mengatakan bahawa produk makanan kesihatan mereka adalah sumber yang hebat dalam membekalkan karbohidrat, lemak, protein, vitamin dan dapat memindahkan imuniti lembu kepada sapa-sapa manusia yang rasa dirinya setara dengan anak lembu Friesian yang black-and-white tu. Pada dasarnya, alam semulajadi itu sendiri tak bersetuju dengan ideologi sebegini, sebab kolostrum itu secara automatik berubah kepada susu sejati sebaik sahaja najis meconium anak habis keluar daripada ususnya, dalam 2-3 hari gitu. Kalau kolostrum tu bagus gila-gila punya baeeek, mesti Allah jadikan lembu tu untuk terus menghasilkan kolostrum bagai nak rak sampai 2-3 bulan (atau 2-3 tahun?) gitu... again, think about it.

Makanan kesihatan sebegini adalah diletakkan sebagai "supplement" jadi ianya di luar kawalan jabatan farmaseutikal di mana-mana negara. Itu yang syarikat tu semua suke bebenor tu. Aku bebas buat apa saja! Dan jika ianya hanyalah supplement, korang boleh jumpa label kat tepi kotak atau tin produk tu semua yang mengatakan, "produk ini TIDAK bertujuan untuk merawat, menyembuhkan dan menghindari apa-apa penyakit... bla bla bla" (al-sungguhlah hipokritnya). Tapi, hmmmm... tengok kat website promosi produk sebegini. Cakap pasal merawat penyakit bagai nak meletup - boleh menghindari kanser bagai, dapat mengawal gula darah, dapat merawat kurap kat kangkang, dapat kasi slim, dan tak lupa jugak, dapat menurunkan IQ sebanyak ten-percentage point... macam-macam dey. Macam la kolostrum tu benda yang paling hebat dan mengalahkan susu segar yang dikeluarkan dengan jumlah yang banyak, selama setahun-dua oleh lembu tadi. You think Allah has erred in making cows stopped a short way in producing healthy colostrum, since colostrum is heaven-sent, the "manna from heaven", or what? What do these psychos mean by - colostrum is the best product that comes from cows? Be careful dear readers. That would be bad for your faith, ain't it? Itu yang aku cakap pasal personaliti putar-alam syarikat-syarikat komersial (khasnya sume-sume MLM parasite) tadi tu.


OK... kita boleh berdolak-dalik dan sanggah-menyanggah pasal kebaikan kolostrum tak abis-abis sampai lembu tu semua pulang petang. Apa cer? Meh kita check kajian-kajian saintifik perubatan yang telah dilakukan sejak berdekad dahulu lagi. Oh ya... minggu lepas ada pembaca singgah kat blog ni, mahu ajar aku tentang isu kolostrum ni, di mana dia cakap aku tersasar sket... siap bagi link rujukan bagai (minahnya banyak ilmu, terkejut beruk jugak aku dibuatnya):

Fah said...
berkenaan ALPHA LIPID.. sila beli utusan melayu hari ini bertarikh 7.1.2011.. ada article tentang produk ini..aidid ur research dlm MLM dan beberapa produk.. its good. but not good enough!.. *(ALPHA LIPID, satu istilah ntahapekebenda yg tidak didapati dalam mana-mana buku teks perubatan, mahu pun dalam medical journals) <------ apa ni?? research laa betul2 bro sblum nk komen.. kalau betul2 nk reseach ..nah baca dekat sini...what is colostrum n what is ALPHA LIPID :) kat dlm tu siap ada study paper lagi..kalau betul2 nk berdebat..sila email diorg.. :) http://www.colostrumresearch.org

Aidid Mu'addib said...
About The Institute Colostrum Research: 
Mission: To understand colostrum and help create solutions for the betterment of mankind. The Institute of Colostrum Research (ICR) was created to collect, communicate and conduct research to prove the efficacy of colostrum as a general health food or as a nutriceutical for therapeutic purposes... bla bla bla bla bla.... ICR has undertaken this task as to educate the consumer to judge colostrum products from different distributors. In this way the consumer can make a more educated choice as to which colostrum product is best.
>>>ICR is SPONSORED by BTI Laboratories who are one of the largest formulators and marketers of colostrum products in the world. BTI believes that the importance of colostrum to global health and the potential of this market as so large that everyone will benefit by sharing information.

Komentar aku:
Ini la antara budak Melayu baru baligh yg korang akan jumpa bersepah skrg, yg takde langsung idea independent dan saintifik - asyik kena suap dgn ilmu badan komersial - pastu pandai nak kritik org dgn ilmu songsang dia. Dik, jadi org terpelajar dik - jgn jadi org yg belajar 10%... pastu sebok nak jadi lecturer pulak... don't be a f**king dumbass!
Saya ulangi, perkataan ALPHALIPID adalah satu jenama drpd syarikat komersial - New Image International di Auckland, New Zealand.. hanya mangkok hayon yg tak sedar dia mangkok hayon aje yg suka cakap benda merapu macam ni. Adakah kalau keluar paper utusan Melayu maksudnya sesuatu fakta tu terus jadi benar - hutan mana ko duduk selama hari ni dik? Papua New Guinea? Pakai cawat hari2 memburu babi hutan... pastu panggang, makan ramai2 tepi unggun api.
OK, dalam buku teks perubatan mmg la takde istilah ni... it's a brand name, that goes without saying. Dan sapa2 yg perasan tubuh-badan dia sama kualiti dgn anak lembu, silakan makan atau minum produk susu awal lembu ni - sgt sesuai utk anda. Boleh membesar jadi LEMBU yg sihat dan kuat.

Fah said...
hahaha..kesian..hidup dgn kata kata kasar :)

Aidid Mu'addib said...
hahaha... kesian..hidup bangang dah boleh diajar :) 
- sambil pakai cawat makan daging panggang.

Addy said...
You're freaking hilarious, Aidid :D Love your wittiness. Fellow Malaysian here, though not Malay/Muslim. Write on!

Aidid Mu'addib said...
Addy... witty? Make it angry-this close of giving up on my race-witty...
Thank God you haven't seen me play my guitar... now, that's hilarious!

Fah said...
terima kasih sebab ckp saya bangang :) ..bole saya tau abg aidid niaga apa?

Aidid Mu'addib said...
Bangang? Oh yg kat atas tu? Ada typo pulak... supposed to be: 
>>hahaha... kesian.. hidup bangang TAK boleh diajar :) 
- sambil pakai cawat makan daging panggang.
Anyway... you're very welcome.
Aku motong gotah... what's that got to do with you being bangang?

Sori... haha! I sometimes killed myself... I can't help it. You can argue with me about the string theory in pyschics, and if you go like... "String theory is a theory in particle physics that attempts to reconcile quantum mechanics and general relativity. String theory mainly posits that the electrons and quarks within an atom are not 0-dimensional objects, but rather 1-dimensional oscillating lines ("strings"). The earliest string model, the bosonic string, incorporated only bosons, although this view developed to the superstring theory, which posits that a connection (a "supersymmetry") exists between bosons and fermions. String theories also require the existence of several extra, unobservable, dimensions to the universe, in addition to the usual fourspacetime dimensions...." Whoa! Whoa! Baby whoa! Stop it dear! You're making me pee in my pants". I'll admit I'm stumped! But this is about susu awal lembu, about colostrum... apakejadahnya complicated about air warna putih-kekuningan tu? Kajian dah ada berlambak di merata dunia pasal ni. Yang masalahnya satu aje... orang-ramai dengar cakap iklan, dan ramai yang percaya bahawa iklan komersial tu semua cakap pasal sains. Beb, korang semua yang baca ni... iklan-iklan tu cakap pasal berapa banyak hengget syarikat tu nak isap dari pengguna macam korang, bukan dia cakap pasal research yang saintis-saintis dah buat. Ye sangat la syarikat tu semua kesah pasal sains dan kesihatan pengguna. Itu "undang-undang" pengiklanan apa saja produk yang paling basic dalam dunia konsumerisme kita sekarang. Money, money, money, meh! Jangan lupa pesanan aku ni sampai bila-bila.


OK, secara asasnya, kalau nak mengkaji dan menambah ilmu pasal kajian tentang colostrum begitu-begini, berfakta dan berilmiah, jangan la wei pegi kat website colostrum.com, atau alphalipid.com, atau russianhealthministry.blogspot.com (hahaha! teringat aku kat Fendy penjajap TF bahalol) atau jugak seperti yang Fah kasi tadi... http://www.colostrumresearch.org - dah sasau ke apa? Ada ke pegi jumpa along untuk tanya pasal kebaikan ilmu pinjam duit? Ada logik ka dey? Nak tahu cerita sebenar tentang sains perubatan, ko kena pegi ke PubMed, atau BMJ, atau NEJM atau Lancet, dan search isu "bovine colostrum supplement". Benda isu susu tetek-lembu-baru-beranak-ya-amat-keramat ni memang dah ada berlambak research. Salah satu konsensus saintis yang korang boleh jumpa - untuk athlete yang mengambil supplement yang mengandungi colostrum, didapati terdapat peningkatan "serum insulin-like growth factor" berbanding dengan kumpulan kawalan (control). Mende IGF-1 tu beb? Ianya adalah salah satu hormon yang ada secara semulajadi dalam badan manusia dan ianya dihasilkan dengan jumlah yang tinggi semasa remaja... mau kasi budak lelaki 13-14 tahun tu jadi sasa, ada suara garau, tumbuh bulu di merata tempat, dan tingginya naik dalam satu kaki daripada sebelum dia mimpi dan pancut dalam seluar untuk pertama kali. Untuk yang pompuan pun sama, kasi bulu bersepah jugak dan kasi tingginya naik, serta mau kasi itu bumper depan jadi montok, dan itu bumper belakang jadi bahan untuk dilenggan-lenggukkan... oh Mak Limah. 

Jadi, IGF-1 ni bagus ke tak untuk orang yang dah dewasa yang dah pancut secara paksa sebanyak 137 kali? Kalau athlete atau ahli bina-badan, memang la dia mau telan sebab boleh kasi otot naik cepat, tapi IGF-1 bukan berguna untuk itu sahaja sebenarnya. Kajian tentang IGF-1 telah dilakukan dan didapati mempunyai kesan yang inkonklusif dalam rawatan ALS (Lou Gehrig Disease), growth failure, diabetes (type 1 & 2) dan luka terbakar. IGF-1 ni ada kesan meningkatkan pertumbuhan tisu/sel baru, tapi ada satu problem lain yang sangat penting jugak... terdapat peningkatan kes-kes kanser di kalangan mereka yang mengambil supplement yang ada IGF-1 ini... meaning? IGF-1 ni meningkatkan risiko pembentukan kanser, dan ianya datang daripada kolostrum meh! Now, korang rasa berbaloi ke nak telan benda ni kalau risiko kanser meningkat? What the heck?

Selain daripada IGF-1, dalam kolostrum juga terdapat banyak immunoglobulin G, dan korang sendiri selalu akan terbaca fakta ini diwar-warkan dalam iklan terencat akal produk berunsurkan kolostrum - "immune booster" katanya. Dalam satu kajian pada tahun 1997, ada kajian dilakukan di mana subjek dibahagikan kepada 3 kumpulan - satu kumpulan diberi produk berkolostrum, satu kumpulan diberi susu kurang lemak dan satu lagi diberi placebo sebagai kumpulan kawalan. Kemudiannya, semua subjek didedahkan kepada Cryptosporidium parvum (sejenis protozoa yang kasi kita cirit). Hasil cerapan? Susu kurang lemak memberikan kekebalan imuniti yang sama dengan produk berkolostrum, dan kedua-duanya mengatasi kekebalan yang lebih daripada placebo. So, what's the big deal then?



Protein jenis "whey" daripada kolostrum, ada mengandungi kedua-dua jenis asid amino (essential and non-essential), dan whey itu sendiri adalah merupakan produk lebihan daripada penghasilan keju. Produk yang ada whey selalunya adalah murah dan senang didapati di farmasi dan health-shop. Ianya baik untuk membaiki tisu otot yang tercedera (kemalangan, surgeri), dan juga banyak digunakan oleh ahli bina badan dan ahli sukan yang mahukan peningkatan jumlah otot yang tinggi. Whey protein berguna untuk ahli bina badan kerana ia dapat digunakan dalam membaiki otot yang koyak, tapi kena faham ini - tanpa latihan yang teruk sehingga merosakkan otot oleh ahli bina badan tersebut, protein whey tidak akan mendatangkan apa-apa faedah yang ketara. Yang sebenarnya, ahli bina badan boleh mendapatkan semua nutrient yang diperlukan dengan memakan makanan seimbang "high-protein, high-calorie diet". Salesman (MLM ka dey?) yang promote produk kolostrum yang katanya dapat kasi bina tubuh badan yang montok tu bercakap ikut bontot aje, bukan ikut fakta sains, if you really wanna know. Jadi, untuk angkat weight hari-hari kat gym, tak payah susah-susah sedekah duit tu kat salesmen penjual produk ber-kolostrum, sebab kesan kolostrum sikit bebenor dan tak cost-effective, dan boleh kasi risiko kanser naik sket. Kiranya... mamat yang jual benda ni, baca apa yang positif tentang kolostrum, dan itu aje la diulang-ulangnya untuk kelentong pengguna, sampaikan dalam kebanyakan kes (seperti contoh FendyTF), dia sendiri kena brainwash oleh promosi dia sendiri... kelalar dol.

Ada juga perkara lain yang korang sebagai pengguna kena berjaga tentang "deceptive marketing tactics" - atau "penipuan taktik pemasaran", yang dilakukan oleh sesetengah penjual supplement ber-kolostrum. Contohnya, akuan badan begini-begitu yang "endorse" produk sekian-sekian, sedangkan sememangnya tiada badan perubatan kerajaan atau universiti yang akan beri endorsement sebegini kepada produk yang memang diketahui oleh saintis sebagai "ambiguous" dalam isu kebaikannya kepada kesihatan manusia. 


Contoh "ambiguity" (ketakpastian) yang paling ketara adalah tentang fakta bahawa segala apa yang korang sumbat dalam mulut tu, ia akan masuk ke dalam perut yang penuh dengan jus gastrik dan seperti yang kita ketahui, jus itu penuh dengan asid hydrochloric (pH dalam 1 hingga 2) dan banyak enzyme yang akan mencerna apa sahaja yang korang telan (benda yang diketahui jika seseorang itu abis belajar sampai fom-pai). Usahkan kolostrum, paku 6 inci pun cair kalau ko berjaya telan bendanya masuk peghot... cuma kewarasan ko tu aje yang jadi suspicious lepas tu. Jadi, berapa banyak khasiat daripada kolostrum tu yang masuk tanpa dihancurkan selunyai-lunyainya dalam kantung perut? Adakah ia cost-effective untuk kegunaan manusia seharian? Jawapannya, of course not! Khasiat yang dapat masuk diserap oleh usus adalah sama lebih-kurang jika kita minum susu dan makan nasi dan ada sayur dan lauk. Everything hancur kena kerjakan oleh asid hydrochloric. Itu sebab doktor tak hiraukan pasal kolostrum ni, dan yang kecoh pasal mendenya hanyalah salesmen yang hafal skrip dan syarikat-syarikat lintah-darat MLM.

Lagi satu yang perlu diketahui oleh pengguna - ada ramai manusia allergi pada susu lembu, dan kolostrum ini adalah susu lembu jugak beb, jadi kalau dah ada milk-allergy tu, tak payah la nak sebok-sebok nak minum mende kolostrum-Alphalipid ni. Mau bunuh diri ka? Kepada yang lactose-intolerance pulak, pun sama... mau kasi tercirit dalam seluar ka?



OK... panjang sangat dah, ceritanya lebih-kurang sama aje dengan produk-produk makanan kesihatan yang lain seperti jus buah keparat (eXfuze, Monavie, Vemma, Xango, etc.) dan makanan kesihatan seperti susu kambing la, ekstrak kolostrum la, multivitamin la... just a waste of money, in my opinion. Ko tengok gambar piramid kat atas tu pun dah tahu muslihat sebenar dajjal perniagaan tu semua - same 'ol story. Apa yang nak berdolak-dalik lagik beb? I sincerely believe with all my heart, and from all the knowledge that I have accumulated over the years... be it scientific knowledge or religious knowledge, human ain't supposed to be drinking milk like a baby cow. And in the case of colostrum - stop being a psycho, will ya? It's disgusting! And we're also in the category of an organism of the highest order, and are not supposed to be swallowing pills or artificial/processed food that came out of a factory - it's just abhorent to nature. We're supposed to be eating and drinking the food and water that Allah has provided... the food from the best of Allah's creation, minus all the preservatives and the colourings and the sweeteners. All these colostrum what-not is really not normal, man! It's just commercialism at it's finest, or worst... depending on your perspective. Come on, it's just some freaky-greedy-minded people trying to earn money out of other lurus-bendol people in the populace.

OK, I'm gonna stop writing soon, and I'm gonna go home, and I'm gonna eat lunch. My wife had cooked gulai lemak labu with petai, ayam masak merah dan ikan kering goreng, with some rice and some soup with lots of vegetables in it... and I'll drink some plain water in ice, and there's slices of mango at the end to finish it off. Life ain't supposed to be complicated, and your body is not supposed to be pumped in with all the chemicals you could get from the pharmacy, or sold to you by some psycho MLM guy. Allah has made us humans the best of creation... why would you all wanna drink disgusting fore-milk from a dear old mommy cow? Why would you want to act like a baby cow and start drinking the milk that is supposed to be for that dear little calf? 

Allah have mercy on us all....





References:
1. Gottstein, Michael. Colostrum is vital ingredient to keep newborn lambs alive. Irish Independent.
2. L. Saint, Margret Smith, P. E. Hartmann (1984). "The yield and nutrient content of colostrum and milk of women from giving birth to 1 month post-partum". British Journal of Nutrition 52: 91.
3. Groves, ML (1960). "The isolation of a red protein from milk". Journal of the American Chemical Society 82: 3345–3360. doi:10.1021/ja01498a029.
4. O'Dell SD, Day IN (July 1998). "Insulin-like growth factor II (IGF-II)". Int. J. Biochem. Cell Biol. 30 (7): 767–71. doi:10.1016/S1357-2725(98)00048-X.PMID 9722981.
5. Saito S, Yoshida M, Ichijo M, Ishizaka S, Tsujii T (October 1993). "Transforming growth factor-beta (TGF-beta) in human milk". Clin. Exp. Immunol. 94 (1): 220–4.doi:10.1111/j.1365-2249.1993.tb06004.x. PMID 8403511.
7. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/18952725
8. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/392768
9. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/6677175
10. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/3884680
11. http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/21058748
ntah... banyak lagi, I've lost track. Macam buat thesis la pulak dey......
p/s: Score A is in the works... hold the reins of all your donkeys.
Problem: I'm gonna wait for the response from the related ustaz, via email or phone. It's coming baybeh!