ULANGKAJI
Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, 27 Okt 2010. Open secret about MLM: 1. Bzns model biz jenis ni perlu downlines, jadi mesti kasi itu downlines brainwash gila baboon. If not, it won't work. 2. Orang atas akan sanjung dan puji downlines, mereka akan cakap yg ahli-ahli syarikat itu penting (yaaa! sgt penting kasi transfer money ke atas). 3. Downlines rata2 tak sedar dirinya dipergunakan utk mengayakan hieraki teratas (dia sendiri angan2 nak jadi org atas... hahaha! in your dreams!). 4. Org kat bawah tu hanyalah kuli-batak, no more (but, do they realise this? It depends on the IQ). 5. Tanpa downlines, syarikat akan berkubur... kena protect at all cost! Kena ayat bagai nak rak!
Hyprobulksms atau yang saya selalu panggil sebagai hyprakbullshit atau kerbausms, adalah satu sistem perniagaan daripada syarikat Hypernet Resources (yang beralamat di No. 9-2, Jalan PJU 8/5A, Bandar Damansara Perdana, 47820 PJ, Selangor. Tel: 03-77101330). Eh! Dah tukar nama maah! Biz apa ya? Aaah, korang semua pun tahu apekemendenye yang dijualnya tu, daripada nama biz nya... dia orang jual sms manyak2 sekaligus. Sampai ke ceruk mana ntah, dia orang ni promote. Makcik Tipah kat Ceruk Tok Kun pun dia sarankan buat bzns ni. Tapi yang saya hairan, kalau jual sms cara ini betul-betul menguntungkan, kenapa nak cari reseller/affiliate seramai-ramainya? Kan reseller tu semua akan jadi terlalu banyak, sehinggakan jumlah pelanggan masing-masing akan jadi berkurangan? Itu basic economics.... camane nak untung kalau macam tu? Cari affiliate sampai infiniti katanya. Kalau sampai infiniti, dah tu siapa yang nak beli sms tu lagi, sebab kalau semua orang dah beli sistem sms blasting ni, siapa pulak yang jadi pelanggan? Itulah masalahnya orang yang tak reti sangat buat business dan marketing, dan seterusnya berangan-angan nak jadi millionaire... belajar la habis-habis dulu bang. Business-model sebegini adalah skim piramid bang. Takde susah nak faham. Dan jualan sms cara bulk ni adalah topeng untuk buat skim piramid ni aje... dasarnya tetap skim piramid.
Lepas tu, berapa kali saya nak cakap, jangan undang Aidid Mu'addib datang beraya kat rumah tanpa sebab? Kita bukan kenal pun. Jangan diuja-uja saya bang oi! Nanti habis saya geledah semua secret yang ada dalam closet tu. Tak serik-serik betul la mamat ni suma... jangan sebut nama saya kat forum mana-mana. Saya akan datang dengan rela bila ada orang panggil. Saya kan peramah orangnya?
Dan jangan pulak buat fitnah pasal Aidid Mu'addib. Saya tak pernah ingat ada menulis atau mengambil apa-apa artikel ustaz Zaharuddin dalam mentafsirkan hyprobulksms sebagai haram. Sorry ustaz (no offence intended... although I read most of your articles on biz and all sort of other topics you presented), saya tidak ambil isu halal-haram tentang skim ini daripada penerangan ustaz Zaharuddin langsung. Ustaz Z bukan majlis fatwa. Saya ambil isu halal-haram daripada majlis fatwa negeri, majlis fatwa kebangsaan dan majlis Ijma' Fiqh Sedunia... yang semuanya mengatakan bahawa skim piramid itu haram. Dan hyprakbullshit ini memang skim piramid. That's it.
Dan, yang Hairul ni buat artikel tentang hukum muammalat hyprobulksms kat bawah ni apa hal? Dah kena belasah dengan PPIM (Pak Aji ngok ngek... kata Hairul Nizam) yang tak nak mengaku mereka menyokong bzns model hypernet - terus mengarang tentang penerangan yang tak berkaitan langsung dengan model bzns hyprakbullshit ni. You know, kalau saya nak jual belacan cara bulk, penerangan kat bawah ni jugak boleh digunakan, untuk menerangkan cara bzns belacan saya, yang akan saya pasarkan secara besar-besaran. Tak masuk "book" langsung.
Oh, yang ini cerita pasal PPIM (Persatuan Pengguna Islam Malaysia), yang kebetulannya di saat ini, website nye tengah mengalami masalah teknikal sampai tak boleh masuk langsung kerana spamming/hacking... apa nak jadi orang kat Malaysia ni? Islamic NGO ni.
Dan isu jutawan ni, kalau seorang buat hyprakbullshit ni, memang la boleh jadi millionaire (kalau seorang tu dapat cari >1000 orang downline!), jangan pulak silap kata tak boleh (boleh... dari segi teori matematiknya), dan pulak, dah sememangnya ramai orang lain yang dungu-dungu kat facebook tu senang sangat kena kelentong, dan dia orang memang sanggup kasi duit ke atas (upline), sebab dengan cara itu, dia orang boleh ngompol duit pulak daripada bawah (downline). Tapi lambat-laun, pihak berkuasa akan catch-up jugak, dan duit juta-juta tu akan masuk akaun kerajaan jugak akhirnya, dan millionaire tu pulak masuk penjara Kajang jugak jika sabit kesalahan... kan? kan?
Eh, kenapa pulak masuk jail ya? Sebab sistem perniagaan hyprobulksms ni adalah satu skim piramid yang memang tiada kesangsian! Yang disangsikan hanyalah kenapa ramai sangat umat yang mati-mati deny ianya bukan skim piramid. Musykil sungguh! Itulah ada satu perkara yang menggeletek hati saya sebenarnya. Sudah 8 bulan saya follow dan kaji hyprak ni dari jauh dan saya lihat ahli/reseller/affiliate yang buat kerja tag gambar mamat baring atas duit, minah kipas-kipas duit, post dan komen yang merapu pasal money money money, dan berdakwah sesat hyprak di facebook, sebijik macam orang-orang lain yang buat skim-kim piramid yang berlambak-lambak di facebook dan internet ni. Dan 3 towkay perniagaan ni, Fareez, Faizal dan Hairul Nizam... saya rasa dia orang sendiri pun tak tahu, atau tak faham, atau buat-buat tak faham, bahawa business-model perniagaan dia orang tu adalah sistem piramid... kehkehkeh! Kelakar gila baboon kadang-kadang saya fikirkan. Skim piramid ni bang, meh sini saya explain.
Di bawah ni, semua gambar-gambar/flyers saya ambil drpd profile facebook Hairul Nizam Hashim, salah sorang drpd 3 tuan-punya Hypernet Resources. Wall nya sentiasa open, seorang peniaga yang genius dan berwibawa mesti tak mahu sembunyi apa-apa... betul? Jadi dia open semua, termasuk cerita dan gambar pasal Caldina dan Alphard yg dia beli (tahun lepas pakai Gen-2 aje), termasuk rumah semi-D yang dia tengah renovate... bukan satu, tapi 2, sebelah-menyebelah. Tengah renovate mahu jadikan rumah 10 bilik (untuk suami-isteri anak sorang)... berapa Hairul kos renovation nya? 200K ke berapa ntah?
Gambar-gambar kat atas tu semuanya pun dah menunjukkan struktur biz skim piramid, tapi mati-mati si towkay dan pengikut-pengikut ajaran sesat ni, deny! deny! deny! Apekehenye yeop? OK, kalau seorang join hypro ni, dia kena bayar kepada hypernet seperti gambar (2) - yang mana ada 3 pakej. Bayar RM250, RM500 atau RM1000. Lepas tu jadi ahli hyprak (hyporian katanya), maka anda layak untuk cari downline dan dapat komisen daripada pencarian downline tu. Tapi tunggu kejap, kita cakap pasal bzns nye dulu. Kalau anda join hypernet dengan bayaran one-off tadi, sekarang anda dapat sejumlah bulk-sms dan kiranya, anda bolehlah jual sms tu pada sapa2... but who cares anyway? Tak kesahlah pasal jual bulk-sms tu sebenarnya... walaupun shubahah perniagaan memang boleh berlaku dengan jual sms cara itu (kalau nak buat dosa la kan?). Eh... macamana tu bro? Shubahah macamana pulak?
Kalau anda buat sms blasting mengajak manusia ramai-ramai pergi Genting casino untuk main poker, baccarat atau roulette - shubahah la kan? Kalau anda buat 500 sms cara bulk, untuk Mr. Ah Kow, mengajak orang pergi ke "Mei Choon Massage Parlour" yang offer handjob dan blowjob (ikut pakej jugak tu: Xtreme80, XXtreme150 dan special offer, XXXtreme325 - all the way baby, everything goes!), shubahah jugak kan? Tapi... itu semua spekulasi saya sahaja. Kalau benar orang tu Islam luhur, dia tak kan jual bulk sms sebegini kan? Sama macam orang Islam yang berniaga dalam bidang perhotelan, kalau hotel tu jadi sarang maksiat, dia shubahah jugak kan? Susah ya nak jadi orang Islam ni dalam berniaga? Tak boleh buat maksiat, tak boleh menipu, banyak sangat pantang-larang. Tapi, itu sudah ketentuan sejak zaman-berzaman, kalau nak jadi orang Islam. Ada hikmah jadi orang Islam yang luhur ni kan? Nanti boleh masuk syurga, kalau Allah sayangkan kita ni, yang tak melanggar perintahnya. Rules tu semua sudah ditentukan sejak daripada 1400+ tahun dulu lagi... malah lebih awal daripada itu untuk bani Israel dan lain-lain kaum. Amaran-amaran telah diberikan sebagaimana digambarkan daripada maksud hadis-hadis Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam di antaranya:
Maksudnya: "Sesungguhnya para peniaga akan dibangkitkan pada hari kiamat dalam keadaan berdosa melainkan bagi orang yang bertaqwa kepada Allah, membuat kebajikan dan bercakap benar." (HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dan al-Hakim)
Rasulullah s.a.w bersabda “Sesiapa yang menipu, maka dia bukan dari golongan kita.” (HR Muslim).
Anyway... kalau saya biarkan diri saya ni berceloteh, naya! Macam-macam akan keluar macam magik daripada 2 jari yang tengah menaip ni (aku tak pernah belajar menaip... 2 jari pun jadi laaaa...). OK, Let's go straight to the point. Kita ambik satu flyer promosi pakej hyprobulksms ni. Jadi kalau saya ambil pakej Xtreme1000, saya kiranya dah join hypro dan boleh start jual bulk-sms. Fine and dandy! Tapi, bak kata ramai pengamal hyprakbullshit ni, "kalau jual sms aje, tak best boss, tak dapat banyak untung." The money is in those ABCDE... FGHIJKLMNOPQRSTUVWXYZ.
OK... berbalik kepada gambar kita ni, saya adalah U. Jadi untuk recover balik RM1000 saya, saya kena cari 2 downline, dan hypernet akan bagi saya komisen RM1000... wow! Hebat, boss! (uiikk! yang RM1000 lagi pegi mana? ehem! ehem!). Lepas tu, kalau saya cari lagi orang lain untuk join biz ni, setiap orang yang yang jadikan downline saya tu akan memberikan saya komisen 100%... wow! wow! wow! Lagi hebat, boss! Itu hypernet panggil sebagai "powerline", boleh cari sampai infiniti! Tapi, saya tahu, anda pun tahu... itu bukan hypernet yang kasi duit komisen tu, itu semua duit downline yang masuk akaun syarikat dan syarikat tu pulak buat cek, kasi kat upline mamat yang berdaftar tadi - dan lepas tu tangkap gambar, jangan lupa tangkap gambar ya? Salam dengan CEO gitu... Gambar untuk tayang kat facebook, untuk buat promo mengajak orang lain join hypro. Apa nak jadi korang neh? Korang nak kelentong sapa sebenarnya? (Soalan itu tadi, saya tujukan kepada Hairul, Fareez,dan Faizal).
OK... Anda mesti terfikir, kalau C, D, E, F dan seterusnya sampai infiniti, si upline dapat 100% maarnaaay dari downline, Hairul tak rugi ke? Hey... Hairul tak gusar pun. Dia tak tamak, macam orang-orang lain yang buat skim piramid.... sebab, setiap powerline tu ada A dan B - dan setiap A dab B, hypernet masuk lagi 50% daripada duit ahli baru hyprakbullshit ni. Gambar di bawah tiada dalam album Hairul, yang ini saya modify sendiri. Kasi clear sket! Genius ha?
Pasal isu infiniti ni pulak. Dia orang ni semua nak kena sekeh sorang, sorang. Manusia 6 billion dalam dunia ni pun belum infiniti lagi. Kalau 6 trillion pun belum infiniti jugak. Ada sorang teknokrat (waah!) hyprak, seorang pensyarah (atau tutor, tak sure) di sebuah universiti tempatan, yang mengajar subjek MATEMATIK pulak tu (yang memegang rekod paling banyak downline... 79 orang! Itu setakat bulan Jun atau Julai 2010) kata "infiniti" tu boleh diaplikasi dalam hal ini sebab ada manusia yang dilahirkan setiap hari sampai kiamat. Uuiikk? Sampai kiamat? Jadi, itu bukan la infiniti namanya! Infiniti itu maksudnya "unending number", kiamat itu "the end". Itulah, masa saya baca emailnya, saya tengah minum Nescafe... terpancut air kopi tu kat atas keyboard! Gila baboon punya terkejut aku. Haiya! Pensyarah maths tu beb.
Ada satu flyer saya kat bawah yang menyentuh pasal isu infiniti ni. Kalau rajin pegi la baca. Secara ringkas, INFINITI hanya boleh digunakan dalam 2 keadaan. Satu, dalam membincangkan teori matematik eksponential (hanya teori matematik - dan teori itu tidak akan dapat dibuktikan di alam nyata kerana tiada yang infiniti wujud di alam nyata), dan kedua, untuk menerangkan isu sifat Allah, itu sahaja. Tiada lain.
Memang banyak skim piramid suka cakap pencarian downline sampai ke infiniti, termasuklah hyprakbullshit ini, tak terkecuali. Mereka ni suka sangat nak membesarkan cerita supaya orang yang nak join skim itu tertarik dengan marketing skim masing-masing, macam yang dibuat oleh mereka-mereka yang buat skim piramid Infinity Downline (LoginFB100hinggit!). Bawaan dan ajaran sesat Celya dan Morgan Tay. Kak... dia orang tu bukan Islam, mana dia kesah syirik ke tidak, janji duit masuk. Memandangkan pengamal skim piramid itu juga rata-rata tak kesah halal-haram rezeki mereka, selalunya mereka juga tak kesah menggunakan istilah-istilah yang diluar daripada batas agama. Orang Islam tahu bahawa menyamakan sesuatu itu kepada sifat Allah adalah syirik, dan jika kita cakap sesuatu seperti sifat infiniti dalam hal-hal keduniaan, kita sudah melakukan satu syirik yang nyata! Dalam ayat al-Ikhlas di atas, terjemahannya "...dan tiada sesiapapun yang serupa denganNya." Jadi, beringatlah wahai manusia yang muslim, Allah itu bersifat "INFINITY AND ETERNITY", dan tiada siapa atau sesuatu yang sama denganNya! Tiada yang infiniti dalam alam ini... tidak jumlah butiran pasir di pantai dan tidak juga jumlah bintang di langit. Masa itu juga tidak akan infiniti. Masa itu adalah kejadian Allah, dan masa itu sendiri ada penghujung, dan tiada infiniti. Janganlah kita melakukan syirik. Na'uzubillah... I seek refuge in Allah (from evil)!
Tapi... isu infiniti itu tadi isu aqidah. Skim piramid pula adalah isu penganiayaan dalam perniagaan, isu rezeki yang haram yang dilarang dalam Islam. Jadi, di mana isu skim piramid itu? Apabila U berdaftar dengan hypernet resources, dia boleh cari downline A dan B, dan seterusnya sampai 79 atau lebih (kalau rajin cari orang, dan muka cun, dan pandai ayat, dan orang pulak percaya dengan ayat kita tu... ya Isma kan?). Tetapi A dan B, juga akan berdaftar dengan hypernet, dan mereka sendiri akan cari downline masing-masing... jadi A ada dia punya sendiri A, B, C, D , E.... dan seterusnya. Apa akan berlaku? 1 cari 2 cari 4 cari 8, 16, 32, 64, 128, 256, 512, 1024, 2048, 4096, 8192, 16384, 32768, 65536, 131072, 262144, 524288, 1048576, 2097152, 4194304.... eh! Bukan skim piramid ke ni? Korang rasa ada 4 juta orang nak join skim piramid ni tak? Berapa nombor yang munasabah? Saya kasi contoh daripada kajian tentang skim piramid yang lain-lain, saya rasa dalam 15,000 orang. Apa yang akan berlaku bila skim ini capai 15,000 orang? Lepas level yang ke 13, 15,000 orang ini akan termangu-mangu tak dapat downline, dan dia orang semua akan hilang RM1000 setiap sorang! (kalau kita ambil contoh, semuanya join Xtreme1000). Jadi, dalam skim piramid yang dipanggil hyprobulksms ini... kadar kerugian ahli adalah melebihi 50%, apa bila peringkat ketepuan tercapai (threshold level). Tapi, jangan lupa aspek "powerline" hyprobulksms ni. Itu yang jadi "complicated" sikit dalam kalkulus mengira kadar kerugian... ada parameter yang masih tidak diketahui.
Maksudnya, dalam sistem MLM/skim piramid 1 cari 2 (with unlimited powerline), kadar kerugian ahli hyprobulk bukan sahaja melebihi 50%, malah lebih daripada itu. Itu sebab hyprobulksms ADALAH SATU SKIM PIRAMID... atau yang digelar sebagai SKIM CEPAT KAYA di Malaysia ni, sebab peningkatan ahli adalah secara eksponential, dan akan menyebabkan ahli yang kerugian itu melebihi daripada yang untung, bila mana peringkat ketepuan tercapai (collapse/crash). Kenapa tiada orang komplen setakat ini? Sebab semua yang join sekarang ini, masih dalam peringkat peningkatan eksponential dan semua orang masih buat duit. Dan siapa yang paling banyak buat duit? Orang yang duduk di puncak piramid seperti Hairul dan 2 beradik lagi tu. Mereka yang akan jadi orang paling banyak dapat duit, dan sekaligus orang yang paling banyak dapat dosa! (agaknya la... siapa tahu pun benda-benda macam ni kan?). I seek refuge in Allah (from evil).
Selain daripada isu sistem piramid, kadar komisen 50% untuk 2 downline yang pertama dan komisen 100% untuk downline yang seterusnya juga adalah sesuatu yang dilarang dalam muammalat Islam. Ada pengamal hypro yang beri alasan bahawa kadar komisen yang tinggi tersebut adalah berpatutan kerana setiap upline bertanggung-jawab untuk mengajar downline tentang cara penggunaan sistem hyprobulksms tersebut... dan mereka juga dah belanja roti nan dengan ayam tandoori pada prospek downline kat kedai mamak minggu lepas. Tapi, kenapa sampai 100%? 10% tak boleh? 20% amacam? Ada ke mengajar downline untuk buat jual bulk-sms sampai upah RM1000? Tandoori special yang hebat dan diimport dari Pakistan pakai FedEx tu mahal sebegitu ke? Bukan dapat duit sebab head-hunting tu ke bang?
Hairul pulak cakap, suka hati hypernet la nak bayar 150% sekali pun (itu kan dah jadi bznsman bangang namanya En. Hairul? Jangan suka membesarkan statement bang), sebab "hypernet tidak berkongsi modal dan hyporian diberi berdasarkan keuntungan". Mende ko ni Hairul? Keuntungan apa benda ni? Sapa yang ko nak kelentong? Cakap aje la, "itu bukan duit aku, itu duit downline, aku bagi aje la free... ada aku kesah?". Berterus-terang tu adalah benda yang dituntut bro. Integriti itu penting.
Walau bagaimana pun, isu sebenar dari segi halal-haram perniagaan ini adalah, keuntungan sebegini termasuk dalam kategori riba' Nasiah dan riba' al-Fadl, di mana seorang itu memperdagangkan sejumlah wang (RM1000 untuk join Xtreme1000), dan dia mendapat untung melebihi jumlah tersebut di masa akan datang, dengan pencarian downline tanpa had. Dan keuntungannya adalah terlalu besar untuk kerja cari kepala orang. Satu kepala RM1000? Wow! Itulah adalah antara kriteria utama bagi sesuatu skim piramid pun, korang semua pun tahu. Sampai ada yang dapat >70K dengan sekali daftar join hyprak ni... yahoo! (itu hanya khabar angin yang aku dengar di FB oleh pengamal hypro jugak).
Dan satu lagi, keadaan pencarian downline tanpa had ini juga jatuh dalam situasi "shafqatayn fi shafqah", atau bay'atayn fi bay'ah, (iaitu dua aqad jenis jual beli dalam satu) yang dilarang oleh Baginda SAW dengan pelbagai lafaz antaranya:
نهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن صفقتين في صفقة واحدة
Ertinya: "Rasulullah SAW melarang dari membuat dua
belian (aqad) dalam satu aqad"
(Riwayat Ahmad, Al-Bazzar, Al-Haithami).
Tambahan: jika anda lihat daripada screen-capture promosi hyprobulksms daripada website pengamal skim piramid ni, pendapatan ahli bukan tertumpu kepada penajaan ahli sahaja. Ada sumber lain jugak ghope nye... 10 downline ke bawah kasi duit ke atas untuk upline-upline yg terdahulu beb! Jadi sapa join level 10, kesian la korang... jadi kuli-batak pada mala'un-mala'un yang tak dikenali tu semua. Yang join dahulu semua bertempik - Yahoo! Yabedabedoo! Selagi ada perkara mungkar dalam perniagaan, orang hyprakbullshit ni semua mesti mau buat sungguh-sungguh. Pegi jahanam dengan hukum syarie dan etika Islamic commerce tu semua. Isu halal-haram memang takde dalam dunia Hairul Nizam dan pengikut ajaran sesat ni. Anything goes baby - no holds barred! Semua duit masuk, balun aje.... buat beli bangalow, buat kasi anak-bini makan. Dunia akhirat dan padang mahshar tu semua cerita penglipur-lara yang sebenarnya pun... ada dia orang kesah? Skim piramid... keramit... melamit! Who cares?
************* *************
Seperti juga skim-skim piramid yang lain-lain yang kini sedang berkeliaran di internet, dan khasnya di facebook, anda semua pun tahu modus operandi pengamal-pengamal tersebut dalam isu marketing. Ini termasuklah ahli-ahli hyprakbullshit ni, tak terkecuali. Cara mereka nak ajak orang lain join mende ni, mereka mesti mau kipas-kipas duit, bergolek-golek tido atas duit, mesti mau tunjuk gambar masing-masing posing dengan kereta mewah ntah sapa-sapa punya... haaahhh! Letih rasanya nengok orang Melayu yang berfikiran macam gitu... sakai pun tak jakun macam ahli hyprak dan lain-lain skim piramid ni semua (tak bermaksud untuk merendahkan martabat jakun dan sakai... sebab jakun dan sakai itu lebih tinggi darjat daripada mereka ni, dalam hal akhlak dan mungkin hal lain-lain jugak). Entah mana dia orang ni belajar marketing macam ni, saya sendiri tak tahu nak jawab. Jadi bahan komedi bangsa lain aje la. Ini saya bagi contoh cara ahli hyprak buat marketing. Adakah ini akhlak orang Islam?
Gambar di atas tu ada kaber-kaber sket, ingat nak jaga maruah manusia tu, tapi pagi ni (4 hari kemudian daripada yang atas), saya terjumpa ini di facebook. Masing-masing dengan bangga sungguh membongkang diri masing-masing di merata facebook. Sapa la mengajar mala'un ni semua buat marketing? Hairul Nizam ke? Sia-sia rasanya bila memikirkan ada ramai orang masuk universiti ambik ijazah marketing dan public-relations, dan inilah kaedah marketing yang terpancut daripada otak orang Melayu. Siapa yang akan tertarik dengan iklan sebegini? Nak menarik perhatian siapa agaknya? Perompak? Mat Rempit peragut handbag? Kalau pada orang normal yang waras, mereka tidak kan tertarik pada iklan sebegini. Memalukan ada la kut...
************* ************
Udah la tu ya? Kalau saya continue, ada beberapa isu lain yang boleh dibincangkan... tapi, habit Aidid Mu'addib, macam biasa, suka sungguh nak kupas semua benda... tak abis abis! Sampai ada orang yang dah start komplen kat FB... "ko ni banyak cakap la bro!". Tapi, korang semua kena ingat, saya tak buat semua ni untuk cari nama. Dan jauh sekali untuk keuntungan wang-ringgit, sebab Allah memang sudah bagi saya rezeki yang melimpah-ruah, alhamdulillah. Saya keluar kerja pagi hari, saya balik petang atau malam, dan hujung bulan dapat gaji. No MLM, no pyramid-scheme. No woman, no cry. Saya buat semua ni sebab saya ada nampak kemungkaran depan mata, dan saya tak boleh biarkan ianya berterusan berleluasa. Tak guna saya jadi orang Islam kalau lepak main FB hari-hari, tanpa berusaha buat sesuatu tentang kemungkaran sedemikian. Ni ha... saya dah siapkan artikel nya ni. Puas hati?
Rumusan:
HYPROBULKSMS ITU ADALAH SATU SKIM PIRAMID DAN IANYA HARAM UNTUK UMAT ISLAM
************** **************
Firman Allah SWT, yang maksudnya:
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu makan
(gunakan) harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah
(tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan
yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan
janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri.
Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu".
(an-Nisa':29)
************** **************
Tambahan (27/11/10):
Takde isu sebenarnya mamat psycho ni semua sebok nak join hyprakbullshit dengan alasan nak jadi reseller bulksms - dengan pakej RM250, RM 500 atau RM1000. Ada syarikat lain yang buat biz bulksms ni, tapi dia orang tahu rezeki halal-haram dan ada etika buat bzns yg telus.
Ha! Hairul, Fareez dan Faizal - jawab, jangan tak jawab.
>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<
Latest: 24/2/2011
Di bawah ini adalah flyers yang saya buat selama lebih 9 bulan untuk disebarkan di merata facebook... namun, pengamal hyprobulksms terus ignore dan buat-buat tak faham, dan ada yang terus mencaci Aidid Mu'addib sebagai "mufti terjun", pendengki dan bermacam-macam nama lagi.... suka hati la beb apa ko nak cakap, ada aku kesah? Janji anak-anak Melayu lain diberitahu tentang korang hyprak yang mengaku Melayu, tapi bebal ya amat la pulak... tak faham-faham pasal benda skim piramid ni.
Walaupun flyer di atas ini adalah isu "infinity downline" yang langsung tak infinity tu, tapi ianya juga boleh diaplikasikan di sini kepada sistem hyprobulksms ini. Mesej saya hanyalah, orang alkafirun tu sendiri pun tahu respect istilah infinity, yang orang Islam sebok buat finite downline dan hyprakbullshit, hari-hari di facebook tu apahal? What is wrong with you people??!

























