And so it is...

Showing posts with label Akhil Hayy. Show all posts
Showing posts with label Akhil Hayy. Show all posts

Tuesday, November 22, 2011

Meh Pegi Umrah Dengan Duit Scam Haram-Laknat Meh! Apedehal?

 
Sori erk... lama tak singgah kat blog gua sendiri. Sebab? Woi! Cuti sekolah dah start oi! Korang yelah ramai yang takde anak lagik, atau mungkin ada anak yang masih tak sekolah. Anak aku 8 orang wei! Kalau dalam bulan Nov atau Dec ni aku kengkadang senyap, maknanya aku tengah driving somewhere la tu, atau tengah melepak kat kampong, atau tengah melayan kerenah 8 orang manusia... or whatever. Manyak koje lain man nak buat yeop, selain daripade ngesahkan scammers dan species meleis palejadoh yang suke nelan duit laknat skim piramid.

Tapi, hari ni aku masuk ofis. Bila aku masuk ofis... selalunya aku ada masa untuk menulis blog. Ain't that sumthing huh? Kalau cuti, aku takleh melayan blog. Kalau aku keje, aku boleh mengarang sesuka hati. Kalau aku keje gomen atau keje kat syarikat swasta - itu dah dikira makan duit haram dah tu, sebab buat aktiviti "extra-curricular" semasa bekerja. Macam beromen dengan sekretari kat ofis, atau main fesbuk bila bos keluar, dan lain-lain aktiviti yang sama waktu dengannya. Seb-baek gua boss... I'm the head-honcho of this here outfit... the BIG kahuna, the guy with the biggest balls. Anyone wanna accuse me of taking my boss' money unlawfully - well you can eat shit! Iyo lah, sementara nunggu gotah tu kogheng kek tongah paneh, elok gak den ado dapek buek bondo lain yang berpekdah. Berpekdah kek non-scammer laaaa... Pada scammers MLM dan skim piramid - woohoohoo! Dah berlambak yang butthurt brader. Siap ugut dan warning lagik... macam bahalol amatur kepundekan. Sebok la korang scammers nak men-scam orang tak sudah-sudah, sebok la korang nak mengelentong orang-ramai untuk cari duit seciput, sambil-sambil sebok nak mengayakan kapiaq dan al-munafiqun kesayangan korang... fucking lame-ass!
 


1. Untuk membuat Umrah secara puratanya memerlukan purata wang berjumlah RM6,500 setiap seorang. Oleh itu mengikut kajian kami ramai diantara masyarakat kita yang tidak mampu mengeluarkan modal "lumpsum" berjumlah RM6,500, oleh itu program ini dapat menyelesaikan masalah anda kerana ianya adalah suatu konsep "MENABUNG".

2. Benarlah pepatah kata orang tua-tua; menyimpan sedikit demi sedikit lama-lama jadi bukit. Melalui Program Tabung Umrah Dot Com ini anda boleh mula menyimpan serendah RM10 atau RM50.00 setiap bulan. Jika anda membuat tabungan dengan jumlah yang lebih banyak maka bila tabung sudah penuh, anda akan dapat pergi Umrah lebih awal. Jumlah terkumpul yang perlu anda simpan hanyalah RM1,400 setiap seorang.

3. Bagaimana dengan jumlah hanya RM1,400 anda sudah dapat menunaikan umrah? Melalui Program Umrah ini, kita mengamalkan konsep "menabung secara berkumpulan". Setiap seorang hanya perlu perkenalkan 7 orang dari rakan anda dan apabila rakan anda juga telah dapat menyumbangkan RM1,400 setiap seorang maka anda sudah dapat Pakej Umrah secara
percuma.

4. Merancang Kewangan Anda adalah suatu tindakan yang amat bijak. Sebagai contoh jika anda menyimpan RM200 sebulan, maka dengan hanya mengambil masa 7 bulan, tabung anda sudah penuh iaitu: RM200 X 7 bulan = RM1,400 dan jika 7 rakan anda yang anda perkenalkan juga berbuat demikian maka dalam tempoh 7 bulan anda sudah dapat pergi Umrah secara percuma.

5. Adakah Pakej Umrah Bijak ini boleh dihadiahkan kepada orang yang paling anda sayang? Itu sudah semestinya. Apa salahnya jika anda menghadiahkan Tabung Umrah RM1,400 ini kepada ibu atau ayah anda? Dengan hanya menabung untuk ibu atau ayah berjumlah RM200 sebulan, pasti ianya akan menjadi suatu hadiah yang paling bermakna buat orang yang telah membesarkan kita...

6. Adakah Tabung Umrah Dot Com ini boleh dijadikan sumber pendapatan atau Gaji Kedua untuk anda? Sudah pastinya boleh!!! Cuba anda bayangkan pendapatan anda jika anda memperkenalkan hanya 10 orang yang berminat untuk menunaikan umrah. Berikut adalah pendapatan anda: RM600 (komisen anda) X 10 orang yang anda perkenalkan = RM6,000 sebulan (pendapatan anda). Bukan itu sahaja, anda juga akan layak menerima hadiah bonus dari syarikat berupa, wang tunai extra bonus, hadiah laptop, motorsikal, kereta, rumah......Segalanya bergantung kepada "performance" anda...

7. Pergilah Umrah sementara kita berpeluang untuk menerima jemputan Allah ini, segalanya telah dimudahkan, adakah kita masih mencari 1000 alasan? Tepuk dada tanya iman :)


42.85% tu brader kopiah dol! Jadi, tepuklah dada korang yang mungkin ada yang dah itam legam tuh, dan tanya adakah aku anak hindu atau kapiaq atau musyrik atau munafiq atau fasiq atau mungkin jugak species meleis scammer... yang suka cari makan dengan kaedah MLM dan skim piramid... tapi dalam pada itu, ya amat sungguh-sungguh perasan alim-alim gilabab. Korang pun tahu kan, berlambak umat meleis sekarang perasan alim, tapi menyokong orang bukan Islam tanpa berbelah-bagi, dan mengampu orang-orang yang menjauhi Islam dalam kehidupan (err... politik) mereka. Dan berlambak jugak orang yang telan duit haram-laknat riba, MLM dan skim piramid sampai tak hengat dunia. Ramai jugak yang perasan alim, sembahyang 5 waktu sehari, tapi takdo nak pakai tudung pun, takdo kesah buek scam, takdo rasa guilty bilo buek doso... duh! Ramai yang terasa nak pegi umrah dan haji, tapi tak kesah sangat sumber duit yang dibelanjakan ke situ datang dari mana. Janji dapek poei! Nanti kat depan kaa'bah, boleh mintak halalkan aje penganiayaan kat orang lain tu... sure A-OK bebeh! God don't really mind, or care... you're doing one helluva good thing anyway... ain't it? Good for ya!

OK, sapa yang sesuai pegi umrah cara TabungUmrah.com?

1. Kepada mereka yang ada nama bunyi-bunyi macam nama Islam gitu (tapi tak sure ntah Islam betul-betul ntah idak), dan ada pulak aspirasi untuk ke Makkah dan Madinah untuk makan angin dan buat wayang kulit - tapi tak kesah makan duit haram, dan tak kesah buat skim piramid... sebab tak pernah tahu-menahu apekejadahnya skim piramid itu (ini alasan penting untuk digunakan sebagai "escape-clause" di padang mahshar nanti: "aku tak tahu bendanya skim piramid bos!"), jadi skim TabungUmrah.com ini amat sesuai untuk anda. Kalau kena sambar petir kat depan kaa'bah, lagi best - terus one-way-ticket ke syurga brader!

2. Kepada mana-mana mamat dan minah yang berkopiah dan bertudung yang tak abis sekolah menengah atau pun sekolah rendah, atau yang dapat G dalam subjek matematik SPM, dan tak boleh berfikir lebih daripada 3 kaki depan mata... iaitu mana-mana ahli umat yang lurus-bendol yang berfikiran bahawa RM1400 itu sememangnya cukup buat modal pergi umrah, dan RM4200 daripada sedekah mamat/minah yang lain itu adalah sesuatu yang masuk akal - KENA CARI HANYA 7 ORANG LAIN UNTUK PEGI UMRAH JUGAK. Benda yang banyak berkat, apa salahnya bang? Tapi, apa agaknya jadi lepas tu bang/kak? Ntah... gua tak-taw. Janji aku dapat pegi umrah dengan modal RM1400. Aku orang miskin, bukan ada banyak duit... tapi aku tak kesah sangat makan duit orang lain... jadi ini adalah jalan yang agak sesuai untuk orang seperti aku. [Reply]: Oi bang, kalau dah miskin tu, pegi la keje rajin-rajin carikan RM6,600 tu samdol woi. Pehal pulak nak duit orang lain untuk sponsor-kan pulak buat keje mulia sebegini? Korang yang berperangai sebegini memang anak kapiaq@yahudi kejadah ka apa? Duh!

3. Skim piramid untuk pegi umrah ini amat sesuai untuk bahalol yang perasan dianya seorang Islam sejati dan dia pasti dia dah berjaya book siap-siap bilik hotel kat syurga - cuma sekarang kena pegi umrah dulu, mahu kasi feeling-feeling gitu, mahu kasi nangis-nangis kat depan kaa'bah gitu. Dan untuk mencapai hasrat ini - meh kita scam.. err... ajak dengan ikhlas 7 orang lain setiap sorang. Kepada abang-kakak dan pakcik-makcik yang masih "blur-blur" dan tak faham apa yang sedang berlaku (satu perkara yang amat disenangi oleh si mastermind skim kejadah ini) - yang sekarang ingin tahu bagaimanakah cara scam ni bergerak, senangnya aje tuan-puan. Setiap sorang anda mendaftar untuk pegi umrah dan anda kena kumpulkan RM1,400 setiap sorang. Yang lebihnya? Kena cari 7 orang lain (yang jugak akan keluarkan RM1,400 setiap sorang) yang akan menderma RM600 kepada anda yang berusaha mencari mereka. Adil la kan? Ko susah-susah cari, ko patut dapat habuan kan? So what is the problem? Masalahnya yang 7 orang yang ko cari tu perlukan 49 orang lain untuk hantar dia orang pulak pegi umrah. Yang 49 tu pulak kena cari 343 orang, dan yang 343 orang kena cari 2,401 orang, dan yang 2,401 orang tu kena cari 16,807 orang.... err... bila nak abis? Memang tak kan abis... setiap level pasti akan ada yang kerugian, sebab tidak semua orang akan berjaya mengelentong orang lain sewenang-wenangnya. Tapi, kalau ikut cakap mastermind scam ini - ianya pasti boleh diteruskan - 16,807 orang itu boleh mintak sedekah (a.k.a. SCAM orang lain buat modal gi umrah) kepada 117,649 orang lain, dan yang 117,649 orang lain itu pulak boleh berusaha cari 823,543 bahalol di kalangan meleis (yang perasan gilabab nak pegi Makkah buat ibadah), dan yang 823,543 orang tu pulak kena dapatkan dana daripada 5,764,801 orang lain... eh, ada ke 5.7 juta orang Islam yang dungupiang dan tak sekolah, tapi sembahyang 5 waktu tonggang-langgang? Ade kut... tapi sapa pulak yang nak sponsor dia orang ni pegi umrah? No problem... mesti ada 40,353,607 orang pak sanggup lain yang boleh dikelentong brader. You wanna bet? No, I don't wanna bet with you. Bet la ko dengan penganut MLM/SP yang bersepah di kalangan meleis tu ha... Untuk skim piramid 1 cari 7 downline sebegini, kat mana-mana level skimnya sangkut, 85.71428% tidak akan dapat apa-apa pulangan... usahkan pegi umrah bang/kak. Seposen duaposen apa habuk pun tarak. Hebat erk? Duh!

Nota: Kepada yang tertinggal bas atau terlalu lurus-bendol untuk memahami permainan perniagaan skim piramid sebegini, meh aku kasi "the low-down" tentang kaedah skim ini. Kalau seseorang itu jadi agen dan dapat mencari pelanggan untuk menyertai rombongan umrah dan syarikat memberikannya upah (atau mala'un tabungumrah.com kata kat atas tadi: "ujrah") untuk setiap pelanggan tersebut (dalam hal ini - RM600 satu kepala), maka tiada masalahnya dalam keadaan tersebut. Knock yourselves out man! Kerja sebegitu adalah halal, selagi mana ianya tiada melibatkan penipuan dan pecah amanah. Carilah pelanggan bebanyak - lagi ramai pelanggan ko dapat lagi banyak dapat duit. Tapi dalam kes ini, kalau seseorang itu mencari pelanggan dan 7 pelanggan yang dicari itu pulak juga perlu mencari 7 pelanggan masing-masing, dan 49 orang itu pun perlu cari 343 orang lain, 2401, 16807, 117649, dan so on and so forth - untuk setiap pelanggan itu dapat pergi umrah, ITU SKIM PIRAMID TU BANG. You know... skim piramid haramjadah. Ada jugak wujud parasite meleis sebegini dalam negara "Islamik" ni buat keje haramjadah sebegini erk? Mesti la ada selagi ada meleis berkeliaran... apadaaa luuu?

Btw... sapa punya keje neh? Anyone knows the mastermind of this shit? Apekehenye nama syarikat scam ni - Koperasi Agro Jaya Kedah? Agro? Kedah? What the hell is going on man? 


Well, harap-harap ada pihak JAKIM, atau Pegawai Jabatan Agama Negeri yang pritahin (dan pass matematik SPM) yang akan ambik tindakan. Harap-harap dia orang bawak geng PDRM sekali, pastu humban si mastermind masuk jail dengan kadar yang segera. Well, all you readers - jalankan tugas. Laporkan segera, sebelum emak-bapak, pakcik-makcik, abang-kakak dan sahabat-handai korang (yang lurus-bendol) kena sapu sekali masuk dalam scam neh.

Oh ya... kat atas tu hanya salah-satu geng berjanggut dan berkopiah yang tengah cari pakcik-makcik yang takde duit sangat, tapi nak jugak pegi umrah, dengan adanya kaedah yang diamalkan oleh species bahalol wadefak sebegini. Ada geng lain tak? Bulan Januari dulu lagik aku ada highlight kes-kes seperti WasilahUmrah (dari Ipoh) dan Bakalhaji.com (dari Damansara) - ntah berapa ramai umat dah kena scam ntah - and I wonder what JAKIM actually did in those cases. Hey... ada satu lagi kes:



 


Email yang aku terima 2 hari lepas (kalau mamat ni salah, mintak korang betulkan la erk?):

Ok, harap dapat buat cerita tentang akademi mutawwif ni.
Baru lepas join prebiu diaorang tadi since dekat dengan rumah.
Ini sistem dia orang:
Pakej umrah = RM6500 atas nama pakej umrah eksklusif
OK kiraannya macamni.. 
cari 7 pax, dapat 1pax X 700 = 4900
yuran keahlian = RM1700
so RM4900 + RM 1700 = RM6600 
RM6500 dah boleh beli pakej diaorang.. mana pegi RM100? dijadikan yuran kursus formula MLM yang dinamakan SBK (Silaturrahim Berjamaah, yang K tak ingat)
so, sapa berdaftar dengan diaorang sebagai konsultan, boleh la menikmati kemudahan ini.. yang geng ni target, geng2 ustaz.. sebagai head hunter dia orang.
Anyway, good luck bro...

Aiyooyoo ane dey... ini geng scammers alaf baru ni erk? Goddamnit people! Sekoq-sekoq dah psycho erk? Atau memang tak sekolah? Atau anak yahudi sesat kat Kajang? Sapa mastermind dan kroni-kroninya neh... err... tali-barut... err... kuncu-kuncu... err... gang fucking dumbfuck nya neh? Jeng! Jeng! Jeng! Tadaaaaa!



 NOW, THAT EXPLAINS IT...
NOW I UNDERSTAND IT QUITE WELL BRADER.
HAHAHAHAHAHAHAHA!


(Adeesss! Kalau la arwah Pakcik Abdul Hayy tahu kerja anaknya sekarang... I wonder how he'd feel about all these freaking shit. Oh man! Buat malu orang Gunung Mesah aje la keje mamat neh. Dah udah ada nama, dia mahu gunakan nama femes tuh sebaik mungkin untuk ngompol duit manyak-manyak. Milk it baby... ooh yeah milk it. Ooh baby baby yeah! Baby ooh ooh yeah! Come on baybeh! Milk it all the way... fucking dumbfuck.)



Monday, April 4, 2011

Akhil Hayy - Hai! Apakejadahnya Pulak Dah?



Woit! Apehal baru hari ini nak keluar cite pasal Akhil Hayy kat Harian Membiol? Yeay! Bacalah Harian Membiol - suratkhabar kejadah pilihan orang Melayu yang dungu-piang dan tarak abis sekolah, dan juga bahan bacaan kepada golongan anak Melayu trash yang sentiasa teruja tentang cerita-cerita artis yang melalak off-key, khasnya pulak kalau artis-artis tu mengangkang, menonggeng, menonjol-nonjol atau buat perangai tak keruan macam cipan. Lagi sensasi merapu artikel Harian Membiol, lagi teruja la sekor-sekor pembaca Harian Membiol wadefak tu semua. Ada keluar satu artikel dalam Harian Membiol awal tahun ni yang mengatakan bahawa newspaper ni adalah akhbar terlaris di Malaysia - Harian Metro & Metro Ahad Sah Nombor 1 - Ceh! Berbangga konon. What does it mean kalau Harian Membiol dapat jual 400,000 naskah sehari? To me, it means that the number of trash and uneducated Malays that read this tabloid rags are that many. Way too many, if you ask me, man! Trash read trash... oh dear! 

Entry pasal skim piramid ustaz-wannabe ni aku post awal Januari dulu, pehal baru nak respons sekarang? Tertinggal bas Sri Maju Sarata Ekspress eh? Dan pehal tak belajar daripada kesilapan rakan seperjuangan dalam bidang hiburan dan bidang skim piramid tu dol? You know, businessman cikai dengan nama timangannya En. AC Mangkok-Hayon. Korang semua pun tahu kan? Bila isu skim piramid mamat businessman gelang magik tu keluar aje kat Harian Membiol, lepas tu uja-uja aku pulak tanpa segan-silu, dan aku pulak macam lepas kena usap terus naik berahi dan menulis artikel berkenaan bzns cokia' tu lepas satu-satu - tak lama kemudian terus business gelang magik AC Mang merundum jatuh. Dan 4 -5 bulan kemudian, terus Khai Wahi, Rosma Sidik dan Salima Typo bertempiaran cabut lari daripada orang Melayu yang dah kena kencing join business gelang magik atas pujukan mereka tu semua. Haiya amma! Cakap nak jadi businessman? Kalau seorang businessman tu ambik langkah sumbang kasi business nya sendiri down selepas kekecohan sebegini, itu businessman taik kucen namanya bang. Bad publicity is always a bad move, no matter even if you're deluded enough to think that your biz is legit and halal or whatever. Apa nak kesah kalau business tu skim piramid dol? Diam-diam aje sudah la. Kumpulkan aje duit keuntungan mungkar tu banyak-banyak. Bila tiba masanya skim piramid tu crash - cha alip boat leeee...

Boring seehhh! I haven't got much to say actually... sebab perniagaan jual minyak wangi dan detox foot patch bahalol oleh mamat perasan ni dah terang-terangan satu perniagaan haprak skim piramid yang amatur sungguh, seperti yang aku dah terangkan pada 6 Januari 2011 - Akhil Hayy - Hai! Apa Nak Jadi?. Takmo ulang benda cikai yang sama. Jadi sapa-sapa yang baru masuk Aididleaks dan masih tak tahu penerangan isu ustaz-watever neh - get your asses over to that entry and do some reading please. Jangan jadi orang males. Males macam matrock haprak kita neh. Kalau mamatnya baca dan dapat tangkap isi artikel tu, dia tidak kan cakap, "Siapakah dia (Ayah Pin) untuk ana minta pertolongan? Mungkin orang yang memfitnah ana itu lebih kenal Ayah Pin daripada ana kerana tahu cara dan gaya ketua ajaran sesat berkenaan,” katanya berseloroh. Berseloroh kepala lutut lu la samdol - anta suda mahu jadi badut pulak erk? Yang aku tulis adalah, "Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya itu ke apa?” Again... "macam Ayah Pin", bukan "kepada Ayah Pin". Sapa yang tersasul cakap neh? Akhil Hayy ke atau wartawan Harian Membiol? Doesn't matter, dua-dua pun sama aje. It won't make a freaking difference whatsoever. Dey... cuba la kalau baca whatever kejadahnya yang dibaca tu, CONCENTRATE betul-betul masa membaca. Jangan off-topic membabi-buta macam babi yang buta kedua-dua matanya disebabkan oleh penyakit katarak babi. Tarak rasa paiseh sikit pun ka mamat wei? Haiya! Korang ni lah pun. Macam babi buta betul... you know, macam babi yang ada katarak tadi.


Statement Akhil Hayy: “Ana cari makan cara halal, kenapa harus ada pihak yang cuba menidakkan atau memfitnahnya? Jika benar perniagaan yang dijalankan berunsurkan penipuan dan menyalahi hukum syarak, sila kemukakan bukti dan ana sedia bertanggungjawab".
  
Statement Aidid Mu'addib: "Unta cari makan cara halal taik kucen ko la!" Fitnah wadefak? He'eleeeh... apadaaa? Fitnah tu benda yang dibuat-buat dan yang tak benar - kat bahagian mana benda yang aku buat-buat dan yang tak benar ada keluar kat blog ni? Malas la aku nak layan setiap orang tarak baca yang cuba pertikaikan apa yang aku tulis, tanpa membaca sepenuhnya apa yang aku tulis in the first place. Bukan ke tak logik sungguh tu? Tanpa baca habis-habis dan faham apa isu artikel aku - macamana nak buat keputusan apa yang aku tulis dan bongkarkan tu betul ke tidak? Anyway, nak bukti? Bukti kejadahnya bang? Buktinya dah terpampang dengan gah nya dalam website Akhil Hayy penjual perfume dan Detox "satu-sen-trak-guna" Foot Patch. Hanya orang yang tak pass SPM aje yang tak nampak skim piramidnya. Cuba la fikir betul-betul dan keluarkan pendapat yang waras dan straight-up. Pastu jangan la suka sangat cakap ikut bontot... haish! Cuba keluarkan komentar yang straight-to-the-point macam sekumpulan anak-anak Melayu kat bawah ni ha. Ramai anak-anak Melayu yang prihatin telah mengeluarkan pendapat masing-masing berkenaan isu skim piramid Akhil Hayy di Say No To MLM dan di Koleksi dari awal pagi lagik, sepanjang hari Ahad, hari ni. Korang boleh nilai sendiri - bebudak Melayu telah bersuara. Kalau takde angin, takde pokok tu bergoyang bang. Kalau takde benda tu diusap, takde bendanya nak keluar der...
   

Ulangkaji lagik: Apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang, sama ada cari downline 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20, 100... kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, dan setiap yang join buat ada duplikasi syarat cari downline masing-masing tanpa henti dan berterusan, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponential dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada lagi ahli baru dapat didapati, ianya akan "collapse/crash". Oleh kerana level terbawah tidak dapat komisen/bonus penajaan tersebut, maka bzns itu akan crash dan kadar kerugian ahli adalah seperti berikut:
1 downlines 2, kadar kerugian > 50%. 
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%, dan seterusnya.

Dalam kes perniagaan ntah hape-hape Akhil Hayy ni, "apa yang anda harus lakukan hanyalah dengan melakukan duplikasi kepada downline anda... bla bla bla" - Wadefak? Hahahahaha! Bahalol nak mampos mamat nye pun. Perniagaan ikut syarak wadehel boy? Ikut syarak tok batin sakai hutan-belantara kat mana samdol? Mongolia? Ikut syarak amalan cucu-cicit Genghis Khan gitu? Lintah-darat tebas dan cantas aje semua orang, janji aku kaya eh? Aku pernah cakap bahawa ustaz agama di Malaysia ni tak perlu lulus subjek matematik dan sains masa SPM - and I stand by my statement. Dan dengan ini aku jugak ingin menyarankan kepada Kementerian Pelajaran Malaysia supaya meletakkan syarat lulus matapelajaran matematik dan sains untuk kemasukan ke universiti dalam bidang pengajian agama Islam di masa hadapan... supaya keadaan di mana "ustaz" yang jadi tekong skim piramid (maths fail) atau mem-promosi Detox Foot Patch (sains fail) dapat dielakkan kemudian hari.... Uik! Memang dah ada syarat tu - my bad. Cuma mamat "ustaz" ni aje yang takde masters atau PhD, tapi katanya dah dapat tauliah daripada mufti Perak. Haiya! Mufti Perak takde ISO9002 ka?

Apa pun, daripada gambar screen-cap kat atas tu (plan pemasaran Akhil Network), setiap level ke bawah adalah 10 kali ganda lebih besar daripada yang di atas, dan pemberian bonus/komisen/riba' lahanat penajaan adalah 3-level deep. Maka, daripada segi kiraan matematik - berapakah kadar kerugian skim piramid yang ini?
Tu diaaaaa! At least 90% ahli yang join business Akhil Hayy akan makan taik. Duit keuntungan yang dijanjikan dengan manis mulut dan ajakan yang berbau alim-alim pussy gitu, >90% ahli tak akan dapek apo-apo doh. Yang mereka dapat hanyalah seciput perfume Hugo Boss dan Detox Foot Patch (Detox patch - amalan mala'un-mala'un yang tak pass sains masa SPM dan merangkap mereka yang senang sungguh terima bulat-bulat teknologi perubatan yang tak wujud seperti detox patch whatever). Kenapa "at least 90%"? Kenapa tak 90% on the dot, atau 91% atau 95%? Sebab dalam sistem piramid 1 downline 10, kita dah kira ada 90% ahli akan rugi. Cuma dalam realiti kat luar sana, ianya mesti lebih daripada 90% akan rugi disebabkan oleh banyak faktor lain - seperti ahli yang join, tapi dia mat rempit tegar dan dia mati katak sebab merempit 2 hari lepas bila mamatnya buat wheelie dan masuk longkang kepala dulu. Atau ada ahli yang join, lepas tu dia give up bila dapat tahu "ustaz" Akhil Hayy rupanya mamat dungu-piang nak mampos. Atau ahli yang join dapat hidayah-segera macam mee-segera yang menyatakan bahawa benda yang dia join ghope nye hanyalah skim piramid. Atau, ada ahli yang join - lepas tu kena kencing buta-buta oleh si Leman... dan lagik dan lagik dan lagik. Many reasons why it is more than 90%. Itu sebab kiraan di atas kata: >90%. You all get it now? Okeh bebeh!

Worait! Dah cukup bukti belum Akhil dol? Nak bukti apa lagik? Bukti yang mengatakan bahawa business ko takde lesen AJL1993? Ada lesen ke takde dol? Plan pemasaran Akhil Network adalah berbentuk MLM dan bukan SLM, get that right boy. Ada multilevel tu, ko jangan kasi malu orang Gunung Mesah bang. Dan kemudian hari, jangan pulak segan-silu bila pegawai KPDNKK tanya pehal buat MLM tanpa lesen. You know, bila masanya dah sampai untuk soal-siasat nanti... ya ustazdol? 

OK... apa lagi eh? Not much really. This guy is just a small fish - not that important actually. Maknanya - kesan negatif kepada ekonomi kepada bangsa Melayu tidak akan jadi sehebat Hai-O, Uptrend, Amway, MonaVie... or whatever big MLM companies out there. Kalau join RM100 sorang - berapa keterukan kesan ekonomi kepada bangsa Melayu nya pun, bila skim piramid ni crash/collapse? Not that much. Kalau korang fikirkan, sedara mala'un ni yang jugak pengamal skim piramid jual gelang Guangzhou yang bernama AC Mangkok Hayon tu pun dah kira bzns puluh dan mungkin ratus juta hengget - bayangkan kerugian kumulatif orang Melayu yang berlaku selepas bzns gelang tu kojol. Kerugian kumulatif juta-juta jugak tu. Tapi, AC Mangkok Hayon ada kesah? Duit kerugian orang Melayu tu dah masuk poket dia apa. Who cares man? Oh ya, mamatnya tak sudah lagik buat taik pada orang Melayu, yang mana lepas satu SP nya kaput, mamat psiko tu sekarang dah sebok nak jual minyak kelapa dara satu-sen-tarak-guna pulak dah. Dan dengan cara perniagaan skim piramid berproduk jugak, macam sistem yang lebih-kurang sama jugak. Some guys never learn - and this particular one is real dumbass, a real piece of work. AC Living Large nama bzns nya - AC MangkokHayon Pissing Large (with a small penis) is more like it. Kalau dah idup SCAMMER, nak terus-menerus jadi SCAMMER jugak la ko ye ACMang dol? Ntah apa kejadah yang merasuk sesetengah kepala lutut orang Melayu ni, yang sebok tiap hari nak buat bzns skim piramid dan telan duit sesama Melayu cara mungkar... Memang susah nak explain tu. Nope, not really hard to explain... saja jeerr. Uik! Pehal cerita pasal mangkuk dalam entry pasal kopiah? Sori, tersasul sket beb. Anyway, pasal mala'un-mala'un skim piramid sebegini, aku memang taknak salahkan emak-bapak. Ini bukan ajaran emak-bapak dia orang aku berani cakap. Kengkadang mat rempit tu semua, mana ada emak-bapak dia orang ajar buat wheelie atau superman pun. Dia orang merempit sendiri tanpa diajar bang... siyes!

Anyway, what else did I wanna say? Oh ya...




Thursday, January 6, 2011

Akhil Hayy - Hai! Apa Nak Jadi?



Pada perspektif aku, Aidid Mu'addib, kalau ada la benda paling barua dalam dunia ni, bila mana ada orang agama (atau orang yang perasan beragama, atau orang yang tanpa segan-silu menggunakan agama) yang buat skim piramid - that is at the top of my disgust list. Can't get any worse than that... and I hope of not seeing such lunacy, but they still do occur, sad to say. Gila haprak punya sesat tak tahu jalan pulang btol mamat-mamat baruanya. Jadi apa guna ilmu agama yang ada tu? Buang dalam longkang aje la beb. Atau simpan aje dalam wallet, bila diperlukan, bawak keluar... nah seposen.



Korang tengok sendiri gambar kat atas tu yang aku ambik kat web-site promosi Akhil Hayy http://akhil2u.net/ - rasa nak muntah pun ada dah ni. I can't really explain to you all the extend of my disgust... I really can't. Orang yang nak berdakwah ada certain standard - itu sebab bila orang request kat aku suruh buat blog ni dengan cara yang lebih sivik dan ada berilmiah dan menyuruh aku menasihati orang-ramai dengan nada yang lebih manis... I just refused. Aku tak mo berdakwah pada sapa-sapa, dan segala yang aku tulis setakat ini adalah point-of-view daripada Aidid Mu'addib. Of course aku kena pastikan POV aku tu takde la tersasar tak tentu hala. Malu seehh! Kena ada quality-control - ISO9005. Bila seseorang itu nak berdakwah, maka automatik ada kehendak tertentu yang perlu ada daripada yang empunya diri yang berdakwah tu. You follow?

Bila nak berdakwah, kena correct diri tu dulu (I dowan), kena tinggi ilmu (I know certain things only), kena jaga tata-susila (I dowan oso), kena cakap manis (tak mo, boring meh) - lepas tu yang penting sekali pada aku, mestilah jujur dan takde hasrat tersembunyi, khasnya dalam isu keuntungan duniawi dan personal agenda. Kalau aku buat blog Aididleaks ni dengan cerita hebat sensasi dan dapat pull traffic tenet bagai nak rak - rupanya tujuan sebenar aku nak buat biznes, nak dapatkan income daripada iklan nuffnang/adsense, nak kasi diri aku jadi pujaan ramai macam celebrity satu-sen-tarak-guna (jadi, satu hari nanti aku boleh buat biz jual belacan keramat) - kan hipokrit namanya tu bro, sis? OK lepas ni, udah-udah la tu pembaca budiman sekalian, janganlah lagik hantar email kat aku, atau kasi komen kat bawah tu, komplen-komplen, yang aku, Aidid Mu'addib patut buat artikel sekian-sekian, tak elok mencarut sekian-sekian, jangan maki-hamun sipolan sekian-sekian... I don't give a shit! I study about a topic, I analyse it from top to bottom, and I will present to you anyway I like it to be presented... after all, if you don't like it, just get lost man! Capische?


Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya tu ke apa? AKHIL NETWORK telah dirasmikan pada 26 Ogos 2010 oleh AKHIL HAYY (buat malu orang) RAWA, tapi ditubuhkan pada 14hb Julai 2010 serta perasmian dan majlis berbuka puasa yang diadakan sempena bulan Ramadan... ustaz maaah! Mesti la buat bulan pose. AKHIL NETWORK merupakan sebuah syarikat trading skim piramid yang memasarkan produk wangian bebas alkohol dan produk kesihatan 100% keluaran yang bermutu tinggi daripada bumiputra yang terencat akal. Perniagaan AKHIL NETWORK beroperasi di NO. 11-1, JALAN SENTOSA VILLA 1/1, SENTOSA AVENUE, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN. Tel: 03-87375605 dan Fax: 03-87375606.

Perniagaan utama syarikat ini adalah merupakan pembekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan di mana produk pertama syarikat adalah AKHIL PERFUME FOR MEN, AKHIL PERFUME FOR WOMEN dan AKHIL BIO FOOT PATCH iaitu pelekat kesihatan untuk kaki yang satu-sen-tarak-guna, yang kini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang-orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tak lulus biologi masa SPM. Skim piramid ini sedang mencari stokis-stokis dan pengedar-pengedar bagi memasarkan produk AKHIL NETWORK ini kearah yang lebih jauh lagi, sebelum CEO nye dihumban masuk jail. Dapat berdakwah kat Penjara Kajang pulak... pum-pang pum-pang! Program affiliate AKHIL NETWORK adalah suatu program yang digubal secara skim piramid klasikal bagi memudahkan setiap peserta untuk menceburi skim piramid yang paling sempoi untuk buat duit free, baik untuk Akhil Hayy, mahupun orang Melayu lain yang suka makan duit skim piramid tu semua, janji join awal - sapa lambat jadi downline akan hancus. You know, macam cerita-cerita biasa yang pernah keluar kat blog neh.

Cuba korang analisa sendiri, apekebenda yang relevant yang mamat ustaz ni boleh jual kepada orang awam? Buku agama? Check. Guli tasbih? Check. Kopiah putih, itam, pink? Check. Sejadah made-in-China? Check. Kain serban checkerboard buat tudung tutup rambut panjang yang encem? Check. Detox foot patch? Minyak wangi? Whoa! Hold on there matey! Itu namanya, kalau dalam kes detox foot patch ni (yang aku dah bincangkan kat teknologi lahabau detox foot patch), the ustaz is not Mr. Science or Mr Current Affairs ni, dan hanya belajar ilmu agama, tapi tak belajar ilmu perubatan. Ini jugak nampak gayanya mamatnya nak menggunakan status celebrity nya untuk buat biznes. Siap angkat tangan ke langit bagai. Jual minyak wangi Hugo 8ml + 5ml... pakai untuk seminggu-dua dah abis kut - tapi jangan lupa dol, bak sini 100 hengget. Tak silap aku, hari tu aku beli Hugo Boss Energise 125 ml, rasanya berapa rege ya? Tak berapa ingat la pulak. Rasanya dalam RM200+... betul? Sapa mamat pakai Hugo sini?


Seketul bak semua skim piramid yang berkeliaran kat tenet dan fesbuk. Dapat produk seciput, dapat website replika, dapat car-sticker haprak dan suruh perkenalkan bzns ni kat orang lain, suruh cari downline banyak-banyak, dan jangan lupa suruh downline tu semua buat duplikasi apa yang ko buat - you know, buat bzns secara sistem affiliate a.k.a. SKIM PIRAMID. Apekebenda la orang Melayu sekarang ni? Kalau si Adilah Abd Manan (who? ...exactly!) buat skim piramid eXfuze, lantak dia la, bukan ada orang yang kenal sangat. Tapi ini orang yang dah femes. Ada berdakwah pulak tu... haiya!

 

Seperti besa, aku pasti sure ada orang yang masih tak faham apahal aku cakap benda ni skim piramid. Memang ramai bebudak Melayu tak faham, sebab ini isu statistik dan matematik - dan orang Melayu rata-rata dungu matematik. Budak kat IPTA sekarang sebok masing-masing nak join ScoreA anjuran Jason Kok (ada syariah-compliance maaah!), tapi kalau semua la budak IPTA join dengan duit pinjaman PTPN (Jason Kok tak kesah dik), sampai semua pelajar IPTA tu semua tak hengat dunia, kan akhirnya benda tu crash? Kan ahli ScoreA yang kat hujung sedekah duit free-free tanpa ada downline lain? ScoreA tu "skim piramid berproduk maya" dan semua ahli disuruh cari downline dan suruh downline buat duplikasi cari downline masing-masing sampai ke infiniti... dan untuk skim ScoreA, infinity is just right around the corner, not till doomsday. Ain't it funny and useless to give students tuition ScoreA-style, but in the end they're gonna fail in mathematics miserably?

Entry pertama aku dalam blog ini bertarikh 4 Oktober 2010 bertajuk - Apakebendenya Skim Piramid Tu Yeop dan entry aku 27 Oktober 2010 - Matematik Asas Dalam MLM dan Skim Piramid menerangkan sejelas-jelasnya tentang isu matematik dan skim piramid ini - siap ada formula kalkulus tu ha - tapi, masih berlambak yang masih tak faham jugak apekebendanya menatang tu. Macam la ilmu matematik yang aku turunkan tu "Heisenberg's Uncertainty Principle" dalam ilmu quantum mechanics. 

Matematik basic aje. Aku dah terangkan: apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang, sama ada cari 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20, 100... kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, dan setiap yang join buat duplikasi syarat cari downline masing-masing, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponential dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada lagi ahli baru dapat didapati, ianya akan "collapse/crash". Kadar kerugian ahli adalah:
1 downlines 2, kadar kerugian > 50%. 
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%, d
an seterusnya.

Jadi dalam bzns Akhil2u.net yang baru dilancarkan ni, dia suruh korang join dia dengan bayar RM100, korang dapat perfume Hugo Boss dan detoxfoot patch jenama Akhil Bio Foot Patch, lepas tu dia suruh cari downline, dan ajar downline tu cari downline dia sendiri, dan syarat ni kena diduplikasi sampai ntah berapa juta orang Melayu, sampai la skim piramid ni crash. Abis cite....

Aku boleh faham produk Monavie yang ada 19 jenis buah, yang menjanjikan cure for cancer dan meningkatkan libido macam monkey gersang, jadi dia orang jual produk jus macam wine tu mahal gila bab. Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Aku boleh faham ND Lala gunakan nama dia buat Uptrend cari downline bagai nak rak untuk sedekah duit orang Melayu beramai-ramai kat syarikat cha ya nun alip tu, sebab dia jatuh cinta dengan apek Uptrend yang encem. Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Aku boleh faham AC Mang menggunakan muka seposen dia untuk jual gelang magik, sebab gelang tu memang magik meh! Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Tapi, dalam kes ni, apekejenye ustaz berdakwah nak jual perfume dan foot patch dengan harga RM100? Hugo Boss yang korang boleh beli kat Jusco, Sogo dan Alamanda. Foot patch yang korang boleh beli kat kedai runcit makcik Tipah. Plainly menggunakan status celebrity dan fakta bahawa orangnya dah terkenal, untuk jual.... what? Apa special nya Hugo Boss yang di over-charged bagai nak rak? Apa special nya nak jual detox foot patch yang takde doktor dalam dunia yang akui ianya berkesan? You follow?

Mamat "ustaz" ni jual benda merapu ni semua just for the sake of making money, menggunakan nama yang dia ada (aku maleh nak kaitkan bini cun dia - ah! forget it!) yang dah dikenali ramai. That is all there is to it. The products are just a dime-a-dozen with no special benefit, either true or make-believe, isn't it? Just for the sake of earning money buta-buta... sebab dah pokai kut? Jual benda tak special langsung, dengan kaedah skim piramid pujaan orang Melayu terencat akal. Wadehelloanybodyhome?

Entah la ustaz, saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Oh ya... go go Gunners!