Korang tahu restoran mamak Ali's Corner kat Shah Alam? Seksyen 7, Jalan Platinum. Bebudak UiTM mesti tahu cerita ni, tapi aku dengar IPTA lain pun ada jugak dapat serangan daripada skim piramid ni. Skim piramid anjuran anak orang Melayu yang tak sedar dek untung. Elok humban dalam lombong aje.... cuma kat Shah Alam takde lombong, jadi kalau korang nampak bedudak pakai pakaian semua hitam berkumpul kat Ali's Corner tu.... humban aje dalam tasik yang ada kat sebelah Kompleks Belia dan Kebudayaan tu. Eh, tasik ke atau loji kumbahan? Kalau loji kumbahan memang lagi cun.
Mala'un ni semua sepatutnya tak diberi masuk IPTA langsung seeloknya. Biar dia orang kerja mat despatch, hujung-hujung minggu atau cuti, boleh merempit, press-press minyak motor macam jakun dan wheelie sampai terbongkang masuk longkang (mintak maaf runner dan despatch semua yang berdisiplin tu - rezeki korang yang halal tu takkan boleh challenge). Siap promote emall ni dengan mengutuk orang yang belajar kat IPTA, cakap pelajaran tak boleh menjamin masa depan dan siap cakap makan duit emak-bapak itu haram. Setiap orang kena cari duit sendiri. Cari duit sendiri dengan join emall sarannya. Crazy stupid ass!
OK... emall tu apabenda? Seperti biasa dalam apa-apa skim piramid, dia mesti ada front-end thing yang dia nak niagakan. Dalam kes emall ni, ianya dicanangkan sebagai tempat pengiklanan maya yang hebat dan tercanggih masa kini. Perlu jadi ahli dan berbayar... jadi kalau korang join perniagaan ni, kira jadi pelabur la gitu. Nanti boleh manyak-manyak untung bila website ni jadi tophit. But wait! Kan ada mudah.com? Kan boleh iklan kat sana dengan tiada keahlian, percuma dan easy-peasy-lemon-squeasy? Those kids are not very bright huh? Please forgive them, mungkin salah cikgu Tabika Kemas. Aku check urldogg, emallnetwork.com adalah site yang ke 712,995 (most visited site on the internet) dengan 1,534 hits per day (dah bukak 2 tahun ada bang?). Dey, adik-adik emall dey... ranking aididmuaddib.blogspot.com adalah yang ke 72,843 dengan 15,023 hits per day... baru bukak 2 bulan. Meh la iklan kat sini, boleh aku tempeleng sorang-sorang.
Yang mengasaskan kerja lanun tak berpekdah dan haram laknat ni, dengar cite ada 4 orang. Aku dapat nama Amir Johar Bahar dan Mus. Itu dia punya runner dan muka depan, tapi ada 2 orang lagi yang buat keje belakang-belakang... I mean keje ofis, bukan keje gay tak senonoh tu, huish! Dan ada pulak rumours cakap ada kepala ketapi yang jadi mastermind semua ni, itu kena tanya KPDNKK, sebab dia orang tengah surveillance kumpulan ni. Dia orang emall ni kalau buat gathering, suka war-warkan yang Petronas menaung syarikat ni - punya la cilanat punya kelalar, kalah Salima AF. Ada budak yang dah pernah join cakap, kalau dia orang buat "closing" siap tulis atas kertas tisu, sebab takut pihak berkuasa cekup - jadi, kalau ada orang yang mencurigakan datang dekat, dia orang boleh tuang air atas tisu tu. Wadefluke? Punya la amatur dan cikai punya bzns. Orang buat biz juta-juta kat hotel 5-star beb. Abis sain MOU, lepak kat spa dilayan oleh amoi cun. Kasi usap-usap sesedap rasa. Apa daa? Cakap mau jadi jutawan? Jutawan emall taik kucing.
Yang pasal pakai pakaian all-black tu aku tak faham. Mungkin nak kasi tahu orang hati masing-masing dah hitam makan duit haram laknat setiap hari kut. Imagine kalau yg pakai all-blacks tu memang berkulit hitam macam Usher atau Nelly atau Tanasegaran... kan dah gila baboon namanya. Tak takut kena langgar masa bawak motor kapcai tu dalam gelap ka beb? Bzns nya pulak punya la sempoi dan terang-terang sungguh nampak skim piramid. Apahal la bebudak Melayu sekarang ni benak sungguh? Aku sendiri dah faham pasal skim piramid ni sejak umur 17-18 lagi, dan memang tak pernah tergamak nak aniaya orang lain untuk isi poket aku sendiri. Sedangkan aku sendiri anak orang susah masa kat U, bapak aku noreh getah aje. Duit haram dek oi, jijik meh! Dan yang memeranjatkan bebudak yang jadi sasaran dan join emall ni kebanyakannya adalah pelajar IPTA. Korang ni semua tak tahu sepatah-haram matematik dan statistik ke dik? Dah tu, apahal Kementerian Pelajaran kasi korang masuk U?
Di mana la mastermind yang buat sistem piramid ni pegi sekolah? Menakjubkan betul tahap putar-alam dan cita-cita lanunnya. Sistem 1 downline 6, memang cari nahas betul... kan cepat skim ni crash? Dan bila biz ni bungkus, 83% ahli akan rugi tak dapat apa-apa! Kan ke cepat sesiapa yang join buat aduan kat KPDNKK. Why? Sebab nak cari 6 downline untuk setiap yang join perlukan anak orang Melayu yang terencat akal dalam satu populasi yang besar, dan kalau kat IPTA sahaja, memang tak cukup. Itu sebab kalau korang check kat facebook, dah berlambak anti-emall group ditubuhkan. Bebudak kat group tu semua dah meluat dan menyampah dengan Amir Johar dan Mus tu. Siap ada yang dah doakan supaya mala'un 2 orang tu mampos cepat. Huish! Muluuutttt...
OK... that's it. Short and sweet. Dan takde banyak benda nak cite pun. Skim piramid cikai yang dikelolakan oleh budak Melayu yang "definitely not the sharpest tool in the shed" dan di joinT oleh bebudak IPTA yang tak lulus matematik SPM dan kecik-kecik lagi memang dah tak kesah makan duit haram. Kecik-kecik lagi dah belajar cara putar-alam. Dah besar nanti tak tahu la nak jadi apa. Jadi politician kut? Ouch!
>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<


