And so it is...

Sunday, June 12, 2011

Kopi AlKapiaq Starbucks Tu HARAM - Dah Pulak Eh?


This is off-topic. And for the first time, 2 entries in one day. I must be bored today...




IYO KO JANG?

 
 
 

Uik! What The......?


Kepada Admin Page Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk umat Islam: Dik... kok iye nak buat gempaq dik, jangan la buat cite tergantung yang boleh mengelirukan orang ramai... get straight to the point, do proper research, dan jangan buat fitnah. Jangan ikut perangai Jaffar Hani balaci HPA (yang sekarang sebok merata cakap dirinya pulak yang difitnah oleh yours truly, tentang isu KFC hari tu, bangang nak mamps... hopeless). Double-check betul-betul apa yang nak diwar-warkan tu.

Anyway, kalau pihak unit penguatkuasa kerajaan/jabatan agama (JAKIM) dah kata HALAL, dan tiada announcement yang sebaliknya daripada JAKIM tentang isu ni - just say so. Bersusah-payah pihak penguatkuasa tu buat kerja dia orang - tiba-tiba ada pulak mala'un yang menyanggah. Baik tak payah ada JAKIM erk? Jangan la beritahu orang Islam supaya jangan minum Starbucks sebab kopi Starbucks tu HARAM kerana ianya ada emulsifier E76243735X765 or whatever... ini isu zaman tok janggut dah ni. Ada ramai umat Islam yang bekerja cari makan dengan cara halal dengan syarikat franchise Starbucks Malaysia yang asalnya memang daripada geng Yahudi kat Seattle tu ha. Faham franchise tu apa dik?

Beritahu aje la isu bahawa korang jangan la minum dan makan kat Starbucks tu sebab:
1. Orang bangang aje nak beli kopi satu cup RM15 - banyak kopi lain yang sama atau lebih sedap dengan yang dijual dengan harga dalam 5 hengget... atau kurang lagik dari itu. Banyak amek duik yo? Buleh buang-buang sesuko hati tak ingek ughang susah, ikut nafsu ajo... RM15 boleh kasi satu famili orang susah makan sehari... mungkin dua.
2. Memang ada keuntungan Starbucks Malaysia dihantar ke Seattle - dan Starbucks memang ada bersedekah dan berzakat setiap tahun ke Israel tu... tapi kopinya haram ke idak?
3. Jangan cakap benda yang halal tu haram dan jangan cakap benda yang haram tu halal - itu bukan ke menipu namanya tu dik? Orang Melayu memang hobinya suka kena kelentong.
4. Mahu buat side-income jual buku ke dik - you know, buku Halal-Haram something?

Kalau nak boikot syarikat tali-barut yahudi tu semua - buat sungguh-sungguh. Jangan buat keje separuh jalan. Go all-out man! Boikot semua syarikat yahudi tu. Ni ha... boikot semua company kat bawah ni. Ingat nama setiap company tu - then do it! (aku mintak mahap, aku pernah bersalah sebab aku ada beli produk Victoria's Secret satu masa dulu. Gua tak tahan - memang leleh beb... tapi sekali aje. Lepas tu aku koyakkan... u know, ada ter-accident sket kat bilik tido. Pastu gua tak beli lagik dah).




Good night and good luck....




79 comments:

osip said...

first!!!

Anonymous said...

second lagi!!! hadoi

Unknown said...

4th!!

Arya Dröttningu said...

Good thing I love La senza, not Victoria's Secret ;)

依之汉 said...

Jom minum kopi Radix. mai secawan~

Berita Kita said...

hello

Latifah said...

top ten :)
nak boikot, buat sungguh-sungguh.
laptop, pc mana yang guna intel, silalah campak dalam longkang eh ;p

Metafora said...

me top ten?? yeahhh..pokcik borjayooo

Metafora said...

weh admin Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk umat Islam dah block aku lepas aku tanya mana link JAKIM yg mengatakan produknya haram..pastu ada hamba Allah sorang nih bg link AM utk menjawab persoalan AM, tp hamba Allah ni pun kene block gak..apsal ko admin Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian Untuk umat Islam??? dah jual buku plak dah??? pandai ko buat duit yea~~wadefish??? takot dengan persoalan aku ke wehh??? useless! loser!

Metafora said...

ape pun, nk tanya sape2 kat sini yg tahu, ttg kod makan yg bermula E bla bla something tu..betul ke dengan kod E whatever tu maknanya ada unsur2 babi? pls...tell me..wanna know about this~~

emak. bukan penari tiang said...

dalam ramai2 brand tu

aku guna 29 dan paling aku sayang hp nokia cikai aku neh...



aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

tapi..

kalau aku buang hp nokia neh bukankah membazir? dan membazir itu amalan saitanirojim?

ok ah tak jadi buang ah!

btw raspberry frap tu sedap babi!

Aeti Amira said...

ZM : I'm the one who asked them just now. Tak sangka dah kena block dah :((( Sedihnya. Pastu dah like balik mmg takleh comment dah post dia.

CallistoZyln said...

E471 kalu kat france or europe mmg haram. x tau la plak kat msia pun ada yg haram.

Aeti Amira said...

Mmg saja nak jual buku kot? Dah lah sebuah rm30. pergh

Metafora said...

aeti amira

saya plak yg komen sebelum dan selepas awk post link blog AM nih..huhuhu

3viL X eIjI said...

As Salam

Harom pulak STARFUCKS? Well, aku rasa benda ni dah berkurun da org ckp harom tp ramai gak meleis yg lepak main waifai kat situ.

Klu bab2 yg melibatkan yahudi zionis ni, bg aku takyah tunggu nak jatuh hukum, boikot je la trus. hati pun tenang. mkn minum je apa yg ada.

Arya Dröttningu said...

Dude, use google

http://en.wikipedia.org/wiki/E_number

(E just stands for Europe, and how they code their food additives).

gmknockout said...

Betul cakap Aidid tu... Kalau benda tu halal, jangan cakap haram pula. Nanti susah dik kita nak jawab di akhirat sana. Maklumlah... fitnah yg adik buat tu dah 'bertebaran' ke pelosok dunia.

gmknockout said...

Ingat sikit dik oi !!! Ajar ilmu manfaat kepada org ramai mcm abg Aidid kita buat ni dapat 7000 ganjaran kebaikan... Tapi ajar cerita bohong @ fitnah ni lebih dahsyat dosanya daripada membunuh. Lu fikirlah sendiri...

yami said...

saya pun kena block dengan admin tu .. tapi pasal secret recipe.. diorang ni bile tengok kat site jakim tu. kuar je 5 menu.. terus ingat 5 tu je yang halal.. klik laa kat attachment tuu.. tengok sket nye panjang list. geram saya.

cek chun said...

dang!!!
telepas lagik. patutla entry lain diam jer..

cek chun said...

aku mintak mahap, aku pernah bersalah sebab aku ada beli produk Victoria's Secret satu masa dulu. Gua tak tahan - memang leleh beb... tapi sekali aje. Lepas tu aku koyakkan... u know, ada ter-accident sket kat bilik tido

kahkahkah..sengai

Anonymous said...

Ne macam yang mamat HPA dalam artikel terdahulu bro Aidid ne, aku tgk diaorang nak jual buku berkaitan dengan makanan, pakaian, dan beberapa produk yang berkaitan halal dan haram aku tengok. Bab tu memang bagus, tapi promosi macam mamat HPA dulu juga buat da.... adeh. Bro Aidid, lu memang otai bergeliga ah pasal mencari fakta ne, tabik lu ngan cikgu lu sekali dulu.

KambinGurun said...

admin tu memang bongok.. aku pn dah kena block.. admin tu ingat dia sorang jer yang betul.. kalo ko nk argue sikit apa yang dia tulis nnti mula la dia kick ko pastu delete komen walaupun ko cuba berhujah secara ilmiah tanpa apa2 ayat mencarut.. aku dah unlike dah.. huhu.. admin merapu bodoh sombong..

anyway.. yang e-code tu sebenarnya kod untuk klasifikasi food additive.. dorang guna e-code ni sebab nk jimat ruang.. tulis nama ingredient panjang2 kang makan space.. huhu.. salah satu contoh e code E1xx adalah klasifikasi sebagai food colouring.. mmg ada food additive yang haram sebagai contoh emulsifier tp bukan semuanya haram.. ada yang dari sumber halal.. so kalau dah produk yang guna emulsifier tp ada cop halal yang valid bermakna produk tu memang guna emulsifier yang halal.. jangan duk ingat emulsifier jer haram.. salah tu..

ni antara database2 e-code tu..

http://www.hdcglobal.com/publisher/alias/ing_db?dt.driverAction=RENDER&pc.portletMode=view&pc.windowState=normal&pc.portletId=Ingredient-web.IngredientPortlet

http://www.guidedways.com/halalfoodguide.php#

ni yang pasal E471 tu..

E471

Mono-and Diglycerides of Fatty Acids
May derived from plant (major source from palm oil) or animal, fat is enzymatically process to produce fatty acids and glycerol. In Malaysia, majority of E471 derived from palm oil.

Source : Animal/Plant
Category : Fatty acid, Emulsifier, Stabilizer
Status : Mushbooh
(sumber HDC global)

raYzaL said...

terlewat lagikkk...belom ade peluang nak dapat 1st nih..nang botinang kui boti kui..back to silent mode..

KambinGurun said...

aduh.. kesian betul bila baca komen2 kat page tu.. majoriti percaya bulat2 apa admin tu cakap.. semua x nk sahkan maklumat tu balik.. maklumat semua dah ada kat pakcik google tu.. x payah nk belajar sampai master pn... agaknya memang mentaliti kebanyakkan melayu ni macamtu kot.. percaya dan amik bulat2...

Arya Dröttningu said...

So, d admin of M&M yang di cemari Kesucian untuk Umat Islam (Phew, quite a mouthful) will ban people asking for clarifications? And selling a RM30 book?

Something stinks and it ain't me (I've checked).

pst KambinGurun - nice info, Food Science geek ;) So, whipped cream and choc mousse with V (for vegetarian) is alrite, innit?

KambinGurun said...

saya a.k.a. bella.. yup.. x leh kritik langsung.. kalau kritik kena ban.. haha... ala.. pasal e code tu bleh google jer.. semua ada di google.. hehehe....

whipped cream and choc mousse with V (for vegetarian) is alrite, innit?<< pasal ni x tau nk komen.. bukan pakar nutrisi.. huhuhu..

Arya Dröttningu said...

Just asking, KambinGurun aka vertq ;)

Fitrix said...

Adeiii admin ni terencat akal.X blh masuk lmn web alasannya?Lpas tu kalu si penanya try blh masuk kantoi la menipu.Buat la alasan canggih sikit.Ckp la JAKIM sebenarnya x blh percaya,dh kena suap dgn Starbuck.

Aku yg baik hati pun tau camne xnk bg kantoi menipu.

Dan seperti biasa la,Melayu suka percaya bulat2.Dh dpt tgk dr kes AC Mang.Blh percaya buat loan ribu2 lpas tu dudk rumah tunggu duit masuk.Kalau gitu semua org berhenti kerja trus.Buat loan beribu lpas tu duduk goyang kaki kat rumah.

Ni la kalau ada sikap MALAS.Malas nk cari,research sendiri btul ke x.Suka disuap mcm budak2.Lpas tu ditipu penjual gelang dll lg.

oteque said...

kecik-kecik takmo belajar. besar je pembawa fitnah. Aiyaaaaa.....

Datang dari - http://melayukini.net/

pech said...

@saya : If it has a V, it should be okay. Vegetarians, comparatively, have a stricter watch on this things.
ada satu perwarna tu, ada dlm senarai bahan2 haram dlm makanan org islam, yang mana di ambil dari website vege. bila google, rupanya sbb nk ambik pewarna tu, kena ambil dr getah pokok, yg selalunya ada serangga dlm tu.
So V-sign and no alcohol means green light for muslim.

akuatik said...

ramai jugak ye yang kena tendang dari page ni... kawan aku pun kena tendang suatu ketika dulu... pengecut betul..

pamie said...

terbaek lar hujah ko ni..sgt millenium...jgn gunakan fitnah..ianya kuno...haha

hyelbaine said...

And here I am drinking my cafe' latte while reading this. Oh no tak tersembur but just a wry smile as this whole thing came about again after making such a big fuss a few months/years back.

No offense to Azwan's coffee but I still prefer my latte, although very seldom lately due to the ridiculous price.

Then again, one of the most expensive commodity after the traditional gold and black gold IS coffee beans.

Coffee is the MOST liquid consumed by the world's population after plain water.

Eliza said...

"And for the first time, 2 entries in one day. I must be bored today..."

Oh Aidid..please be bored everyday.. :P

faraherda.razalan said...

klu dah consume brg sykt yahudi, consume je....tak yah say sorry. agpun, kite boleh lari dari produk yahudi ke?

Xeno said...

lol pwnd! Jat website Jakim tulih Halal!

Bagi ahli HPA, HPA ialah Ayatollah. Diorg buleh keluar fatwa sendiri. Makanan selain HPA adalah HAROOOMMM

Mai sechewen

azwan said...

Sesiape yg cuba menjatuhkan bisnes company macam Starbucks dgn memainkan isu Halal Haram ni akan fail, dan hanya akan digelakkan oleh Starbucks management team.

Bukan sebab Starbucks ni multinational company, duit banyak giler bab, continuous support from Jews/US, etc. The reason is actually Starbucks do not sell Coffee, but they are selling a LIFESTYLE. This is how they brand and position themselves. Sape yg naive je pikir kalau coffea Starbucks hancus, bisnes dorang pun akan terjejas.

Same gak macam syarikat US yg jual Harley Davidson, they are not selling Motorcycle, but what they sell is actually a symbol and prestige of AMERICAN FREEDOM.

Yg nak bantai melalui Facebook, blog of whatever ni semua Amateur. Dorang taktau ape yg dorang buat. Just stupid and naive, elok kena hingus dari Starbucks management. Ni semua kerja budak2 bangang.

Just like MLM, they are not selling their products, but actually FAKE FINANCIAL FREEDOM.

Sape tau which company selling the world's best coffee? Of course its not Starbucks and I think everybody know this...the coffee is from Indonesia, KOPI LUWAK.

Anonymous said...

the world's finest coffee comes from Luwak's ass..gila pathetic..hehehehe..

tapi malaysia dah fatwakan haram kan kopi tu..?

Anonymous said...

hmm..dalam e-fatwa takde cakap la pulak..

Azahari Affendi said...

kopi waklu takde ke?? hahahha..

aku dah bookmark aididmuaddib.blogspot.com

Dunia Baru said...

Victoria's Secret..ter'eksiden kt bilik tido..koyak?

heheheh..

HEBAK....

muhd said...

Salam...abg Aidid!
saya nak ucapakan terima kasih banyak2 kepada kesungguhan abg dalam mencari,menkaji,dan menyelidik setiap maklumat yg berkaitan Halal dan Haram ni.
saya bersetuju sangat,abg aidid berjaya memecahkan tradisi..bukan setakat bab Muamalat,tetapi termasuk juga bab Makanan yg dimakan oleh abg sendiri dan saya.
alhamdulillah...
tujuan saya komen adalah:
1- untuk pengetahuan abg aidid dan sahabat yg lain,sesebuah syarikat yg besar akan melantik Auditor Halal@ Pegawai Agama bagi memproses setiap menu dan bahan yg diambil:
contohnya: Ayam..bagaimana rempah tersebut nak dijual?perlulah melihat dari segi RnD,procourment dan sebagainya..
2- buat masa sekarang,pihak KFC Holding (M) Bhd, telah mewujudkan Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal.yg dahulunya dikenali Public Affair. tugasnya ialah,memantau,menyelia,mengaudit setiap "supplier" dan begitu juga restaurant.
3-ringkasnya,mana-mana syarikat franchise di malaysia ada Auditor Halal. insyaallah,peluang untuk menjadi pegawai Halal terbuka luas dengan kewujudan permintaan dari syarikat besar..
4- terima kasih abg aidid yg telah berjaya mengupas dan "terjah".....


yang benar, Muhammad-Pegawai di Jabatan Syariah dan Pematuhan Halal KFC Holdings (M) Bhd.

Aidid Mu'addib said...

You're welcome...
Tapi ini tak bermaksud aku suka makan KFC...
OK, aku ada jugak makan sekali-sekala... sejak korang ada fresh salad. Tarak salad aku takmo...

Gorgon Kuning said...

Dear readers,

Kalo rasa page tu melampau apa kata kita pekena dia balik. Sorang pakat tekan "Report Page" yang ada bawah belah kiri tu.

Kalo semua pembaca AM pakat tekan page tu sorang sekali, lama2 FB akan tutup la page tu.

Amacam? Ada bran? Aku cakap sebab aku da buat.

P/s; AM, letak gambar baru plak. Jambu betoi. Goyah mak ! haha..

MohdHakim said...

rasa mcam penah dengar je org mazhab hpa ni kata semua kod E adalah babi masa diorang datang kolej dulu.

selamat aku bukan jenis yang sodok je ape yang diorang muntah. haha

ya. diorang kata milo ada cacing. hahahaha. jangan beli sardin tin merah ya. ada siput babi. HAHAHAA

KambinGurun said...

hahaha.... yer la.. gila ker apa produk franchise dorang ni x halal... negara majoriti islam nk meniaga mende x halal.. mmg x laku.. cina yang bukan islam tu pn seboleh2 nk dapatkan halal sebab nk tarik pembeli...

KambinGurun said...

MohdHakim sampai camtu sekali ker dorang nk promote barang dorang?? ish2... dasyat nya fitnah... huhuhu...

AsrulSaniMdNinggal said...

fitnah org untuk jual barang sendiri ...tu kira halalke???

shindosai said...

i thought this issues has been resolve...

Aeti Amira said...

Nenek & ibu saudara saya termakan 'fakta' milo ada cacing tu. Bila saya explain, diorang ckp "takkan lah ustaz tu nak tipu" T_____T

and yep, dah report page tu smalam :D

Bawang Besar said...

Fitnah barang2 ni memang dari dulu lagi...KFC la, Secret Recipe la, McD la, Starbucks la, ubat gigi Colgate la, mee sup Tengkera la...hahaha...macam2...

aaron said...

setuju ngn azwan. Minum kopi mahal kt starbucks tu dikira macam urban lifestyle. Order kopi mahei nak mampus tu, letak atas meja, bukak lap top, bersidai kt kedai kopi tu berjam lamanya. So diri sendiri rasa part of the up to date urban komuniti, walaupun yg digodeh kt laptop cuma game bangang je pun. Sama mcm org dok usung Blackberry atau iphone atau i-pad, its a lifetyle dan nk tayang kt org sekeliling yg sipemakai tu lebih sket dr org lain. function wise brand lain pun ada offer applikasi yg sama.
Hoh.. kopi luwak. Kopi taik musang tuh. Mmg superb mahal tak masuk akal.. Mat Indon tu dok kurung musang spesel tu bg makan kopi byk2. Bg berak kuar biji kopi, pas tu proses kopi tu baek punya. nk try anyone??

Anonymous said...

Ish..ish..tak habih2 diorang ni mempitenah ek? ek?

wv: pepert (pepek?)

azwan said...

Betol tu aaron.

Macam MLM, dorang ni nak tabur angan2 boleh jadi kaya dengan MLM. Itu yg sebenarnye, taksub dgn passive income, dgn financial freedom.

Dalam nak capai angan2 tu adela program itu ini, pembangunan insan itu ini, halalan toyyiban, membangun bersama ummah, apekejadah jela...semua ni make up, fake. Financial freedom tu yg penting dlm MLM.

Pak Long said...

Punyalah ketinggalan, smart kutu yang dah operasi sejak 2009, baru nak bawak ke mahkamah

Dilla said...

Saya bukan kipas starbucks dan memang tak minat nak minum kopi starbucks yang tak berapa sedap tu. Sedap lagi Kopi Satu yang van FAMA jual tu. Anyway, saya dah pernah call JAKIM about 2 years ago regarding this HARAM issue. I spoke to one of the staff and ask them to clarify this issue. Well, the e-mail or statement (whatever you wanna call it)about stacbucks coffees are haram is absolute rubbish.

Abu Huzaifah said...

yang dalam sardin ada siput babi 2 memang betol...mak aku sendiri citer...sebab die memang kerja kat kilang sardin time muda2 dlu....n mak aku xde jadi pengedar sebarang produk2 makanan...hanya menggunakan...jadi aku rase xde untungnye die nak menipu

blubangg said...

@abu huzaifah

hohoho...hg dh kena trolled ngan mak hg..mengekek dia gelak kt dapor hr tu..dia maleh nk masak sardin hr tu sbb dia dh cemuih dok tgk sardin hr2..apa daa...citer x logik langsung..

Adinda said...

Huzaifah
Kilang saden mak awk tu ada tin kan escargot. For Asean market.

Abu Huzaifah said...

no...its not trolling...kisah benar...xde keja mak aku nak trolling...

Aldan said...

Makanan & Minuman Yang Dicemari Kesucian...

Uikkss!! How Come kesucian boleh mencemari smthng?

kalau 'kesucian dicemari' boleh la..

apa daa bm pun x pass..prfthh!

muzafar said...

Abu Huzaifah ni cerita pasal siput babi.

http://altalidi.wordpress.com/2008/06/06/buat-peminat-siput-babi-halazun-escargot/

AidahT said...

Mereka2 yg masih terpedaya dgn cerita2 basi ni, I suspect, adalah juga golongan yg akan click link dlm email kononnya dari Maybank / CIMB / etc suruh update maklumat peribadi, serta yg berpotensi terkena dgn ayat2 dari mulut manis promoter skim gores dan menang.

Educatelah rakan2 dan saudara mara kita agar tak masuk dalam golongan ini.

*klik report di fb page M&M yang dicemari blabla

Anonymous said...

Ada peniaga online (yang well established) reported yang fanpage owner ni a scammer.Dikatakan dia sengaja create fanpage ni untuk attract fans dan sengaja 'jual' buku to get free money.Read here:

http://www.facebook.com/home.php?sk=group_164410106922746&view=doc&id=210527812310975

nak kenal the owner?read here:

http://www.facebook.com/pages/PENIPU-BESAR-Isabella_Cute-aka-Mahligai-Gading/116933504986936

saya tak tahu kesahihan cerita ni.just sharing.

iburafiq said...

Muar sini terkenal dengan kopi 434. kalau pandai bancuh kopi, kalah starbucks. demi menyahut seruan PM, sila bancuh kopi sendiri di pantry opis masing2 & lupakan starbucks. Erk.. I pakai laptop ada sticker intel, hp jenama nokia (ori, 4thn x pernah rosak), banyak gak membeli barang2 keluaran nestle kalau belanja di supermarket & sesekali makan McD. yang lain2 tu mahal, tak terbeli. Nantilah... i carik alternative lain utk menggantikan 4 brand ni tadi :)-

Admin@Sai said...

admin page tu kantoi penipu besar... saya copy paste nih : BE CAREFUL!!!! JIKA ANDA MENERIMA EMAIL YG MINTA ANDA BANKIN KAN PAYMENT KE AKAUN BERIKUT Nurzusilawati binti Nadzri
No CIMB 13020123175521 - TERTANYA DIA ADALAH PENIPU BESAR...SILA RUJUK LINK INI...https://www.facebook.com/pages/PENIPU-BESAR-Isabella_Cute-aka-Mahligai-Gading/116933504986936 klu google nama dia ni memang penuh kes penipuan bertahun2

DeStig said...

alhamdulillah,scammer page mknn n minuman jadah haram ni dah terbongkar akhirnya.harap2 ramai x terpedaya dengan helah licik syaitan bertopengkan iblis ni.sekian.
nice job bro aidid (doctor aidid,MD congo i suspect - muehehe)

Bomoh Hujan said...

page makanan minuman tercemar tu... yilek? tarak dah.....hihihihi aidid..engko sempat x printscreen abis2 ke page tu....huhuhu

DeStig said...

@Bomoh Hujan: ye tok moh..dah ilang dah..tengah sedap2 gua ngomen2 tetibe je trus error page 2.pastu nk masuk balik da yilek.haha.
rugi x print screen bnyk2 komen2 dia yg kononnye islamik(utk kemaslahatan umum kononnya) wat kenangan.

Aidid Mu'addib said...

Shoot! This whole damn thing is a bloody scam. Ochestrated by a weirdo...

Crazy... man! I wonder how much money did she get from all those stupid retards... those melayu-dungu yg percaya benda semua tu bulat2 dan yg ada siap sokong mala'un admin scammer barua macam dia nya Ayah Pin. Sesetengah bebudak Melayu ni mmg pathetic btol laaa... Siap mengutuk aku lagik tu... macam la aku buat keje ni sesaje merapu2 tanpa sebab... dumbass.

Wow! What a day....
http://www.facebook.com/pages/PENIPU-BESAR-Isabella_Cute-aka-Mahligai-Gading/116933504986936
For a lousy non-existent RM30 midget-r-us book... aiyoooooooo!

Adinda said...

Hurrah to abang aidid.

osip said...

haha..ko ade scam detector ke did..tau2 je..

tp obviousla bende ni scam..claim jakim salah, pastu jual buku utk pasal halal-haram..bongok la yg dok caye bulat2 kat scammer neh..siap backup yang tak tahan tu..

did..mintak izin nak guna print screen ko kat blog aku naa..aku tak sempat nak print screen page tu..

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Saya percaya bahawa segala kempen-kempen memboikot barangan-barangan terpilih yang dikatakan 'berunsurkan Yahudi' itu adalah perancangan sulit lagi teliti satu golongan usahawan Bumiputra Melayu Islam yang hanya tahu menggunakan alasan AGAMA untuk bersaing dalam perniagaan dan sekaligus MEMAKSA orang Islam membeli barangan mereka.

Ternyata 'orang kita' lebih suka mengaut keuntungan secara mudah dengan nama AGAMA dari bersusah payah dan berusaha gigih untuk maju dan berjaya.

Tipu Tapi Benar (TTB) said...

Apapun, saya bersyukur kerana DUREX tidak termasuk di dalam senarai produk berunsurkan Yahudi.

Adinda said...

TTB
U memang TBB!!
Padan la kalau survey durex, malaysian selalu top.

Arya Dröttningu said...

Durex lemak berkrim, di sukai ramai.....oh, was it Dumex? I could never get it right...

VerTiLo said...

tak hengat Tuhan dak pompuan nie... hopefully dia sedar laaa secepat mungkin..