And so it is...

Thursday, March 10, 2011

Bukit Berapit


Pada satu malam yang hening dan dingin, lebih-kurang 15 jam dan 29 tahun dulu, Pakcik Samad dan Makcik Salamah dalam perjalanan daripada Ipoh ke Taiping. Masa tu, highway PLUS masih dalam pembinaan, jadi perjalanan tu kena melalui Sg. Siput, naik ke Kuala Kangsar dan terus ke Taiping. Korang tahu Bukit Berapit kat mana? Ingat bas yang crash kat Bukit Gantang, Taiping yang membunuh 20 orang, yang driver nya ada rekod buruk tu? Itu dekat Bukit Berapit la tu. Lepas Kuala Kangsar, naik ke Utara ke Pekan Padang Rengas, dan terus arah ke Taiping - lepas kilang simen yang besar tu, naik bukit sket - itulah kawasan Bukit Berapit. Jalan KK-Taiping tu selari dengan PLUS highway. Ikut jalan lama, bak kata orang sekarang.

Pakcik Samad Polis pencen. Dia pencen awal, ada duit simpanan sikit, beli rumah kat Taiping. Rumah asalnya kat Ipoh - tempat dia bekerja sebelum dia pencen. Baru beli rumah, jadi masih perlu berulang-alik ke Taiping untuk settle kan beberapa perkara. Besa la, tengah pindah rumah. Malam tu dia dan Makcik Salamah bertolak dari Ipoh lambat, lepas midnight, sebab melayan tetamu yang datang ke rumah. Kawan lama dari Tg. Rambutan datang bertanya khabar dan kiranya nak say goodbye, kawan dah nak berpindah jauh. Sure, dulu-dulu aku rasa Taiping dan Ipoh tu jauh, masa tu takde highway. Kampong aku kat Pokok Sena, dan perjalanan ke Alor Setar tu tu pun aku masih rasa jauh. Sampai sekarang perasaan "jauh" tu aku masih rasai. Korang bebudak sekarang mana ada "feeling" tu. Bapak aku tak pernah ada kereta. Kalau kami nak jalan-jalan, kami sekeluarga kena naik bas stop-stop. Itu sebab aku rasa jauh.

Lepas bandar Kuala Kangsar, jam dah dekat 2 pagi. Tak banyak kereta di jalanan, dan cuaca sejuk, mendung macam hari nak hujan, tapi takde pulak nampak petir atau terdengar guruh. Selepas selekoh hospital Kuala, belok kanan, Pakcik Samad terus menghalakan keretanya ke arah Taiping. Selepas kilang simen yang aku cakap tadi tu, jalan terus jadi sunyi, kengkadang ada sebijik-dua lori berat yang jalan perlahan, dan dia kena la potong. Berhampiran kawasan berbukit, bila sampai kawasan Bukit Berapit, tiba-tiba kereta Pakcik Samad macam tersenguk-sengguk. Takde berasap, atau apa-apa ke... cuma macam habis minyak gitu. Tapi, Pak Samad confident dia ada cukup minyak. Baru isi minyak siang sebelum tu.

Dia pun perlahan-lahan drive keretanya ke bahu jalan, dan terus berhenti. Enjin kereta tu terus mati dan Pakcik Samad terus tarik hand-break, sebab jalan tu kawasan lereng bukit, kereta tu akan menggelongsor turun kalau tak parking betul-betul. Dia dan Makcik Salamah saling berpandangan, dan makcik tu bertanya, "apa hal bang?". "Entah lah, abang pun tak tahu. Minyak cukup, tapi apekehenye kereta ni buat hal?", kata Pakcik Samad. 

Tiada satu kereta pun ada di jalan raya waktu tu, jam dah dekat 3 pagi. Pakcik Samad teragak-agak nak keluar kereta tengok enjin, sebab dia tahu, dia memang tak pernah pandai apa-apa hal pasal kereta. Nak isi minyak hitam pun dia selalunya hantar woksyop aje. Dia sembang kosong beberapa minit dengan Makcik Salamah, mengharapkan kalau ada kereta atau lori lalu, tapi dekat setengah jam, apa pun tarak. Akhirnya, dia cakap kat Makcik Salamah, "baik abang pegi ke pekan Padang Rengas. Tak apalah, abang jalan kaki aje. Salamah tunggu aje dalam kereta, nanti kereta kita dilarikan orang pulak, kalau kita dua-dua sama pegi sana". Makcik Slamah terus kecut perut nak ditinggalkan sengsorang, tapi pakcik Samad berjaya memujuknya, dan seterusnya dia pun memulakan perjalanan menapak patah balik arah ke belakang. Nak cari kalau ada orang boleh bantu. Dia rasa dia ada kenal seorang pegawai polis kat balai Pdg. Rengas.

Makcik Salamah periksa balik yang kempat-empat pintu kereta tu berkunci, dan dia cuba untuk melelapkan mata. Dalam hati, makcik tu sememangnya takut duduk sorang-sorang dalam kereta, kat tepi bahu jalan, kat atas bukit pulak tu. Dia cuba baca ayat-ayat Quran dan selawat, kasi hatinya tenang. Tengok keluar sekeliling kereta tak nampak apa-apa, gelap-gelita. Lebih-kurang dalam setengah jam, kesepian dan kesunyian disekelilingnya tiba-tiba terganggu dengan bunyi yang mengejutkannya. Tengah dia mengelamun, separuh sedar separuh tidor, tiba-tiba...

Duummm!

Ada benda jatuh atas bumbung kereta tu dengan hentaman yang kuat. Dalam tersentak tu, Makcik Salamah dengan jantung yang berdebar-debar, terkejut sungguh dengan dentuman tu, cuba menarik nafas perlahan-lahan... dan selang beberapa minit kemudian, dia macam terdengar macam ada makhluk lain yang melompat dan landing atas bumbung kereta tu. Dia mendengar ada macam bunyi benda tersiat macam orang mencarik kain, di atas bumbung kereta. Dan lepas tu, ada bunyi mendengus macam binatang liar. Ada bunyi macam anjing tengah makan dengan lahap, cuma bunyi itu lebih kuat dan lebih liar daripada seekor anjing, seakan bunyi binatang yang lebih ganas, lebih hebat lagi daripada seekor anjing. Yang dia teringat macam bunyi singa tengah makan dan mengoyak-ngoyak badan rusa. Macam cerita rencana pasal alam semulajadi kat TV hitam-putih masa dulu-dulu. Gggrrreeeuuughhh!!!! Arrrghhhheeuughhggrrrhhh!!! Bunyi semacam seekor binatang liar yang lapar yang tengah mencarik-carik daging binatang yang berjaya diburunya. Dalam kegelapan itu, Makcik Salamah hanya dapat mendengar, tetapi tidak dapat melihat langsung apa yang berlaku.

Perkara ni berlaku dalam 10 hingga 15 minit, tapi yang Makcik Salamah hairan, kenapa dia di dalam kereta tidak diganggu sedikit pun. Dalam ketakutannya itu, dia mempelosokkan dirinya ke bawah daripada kerusi penumpang tempat duduknya, kerana terlalu takut. Merengkok dia kat bawah tu menggigil, terasa nak terkencing-kencing. Tiba-tiba dia terdengar macam binatang tu berhenti dari makan, dan seterusnya melompat turun, dan terus bergerak menjauhi kereta. Tak lama kemudian, keadaan sekeliling kembali sunyi, dan tiada bunyi apa-apa pun kedengaran. Makcik Salamah yang ketakutan, kembali dapat bernafas lega, dan cuba untuk melihat keluar kereta, tetapi dengan kegelapan tanpa apa-apa lampu, tiada apa yang dapat dilihat.

Selang 5 minit kemudian, Makcik Salamah tiba-tiba nampak cahaya lampu kereta datang menghampirinya dari jauh, memanjat bukit dari bawah, ke arah di mana kereta itu berhenti. Semakin hampir, dia melihat lampu itu bertambah terang dan besar, dan apabila lalu di sebelah kereta, baru dia menyedari bahawa ianya lampu daripada sebuah lori. Lori membawa tentera. Di Taiping memang ada beberapa kem tentera dan renjer, kalau tak silap. Hendak dia keluar dari kereta untuk menahan lori itu, tetapi belum sempat dia berbuat apa-apa, lori itu sendiri berhenti secara mendadak, seperti pemandunya menekan emergency-break. Berhenti betul-betul di tengah jalanraya, dan beberapa orang lelaki melompat turun, masing-masing beruniform askar. 

"Assalamualaikum... elo, elo... ada sesiapa di dalam?", kata salah seorang tentera tersebut, sambil menghalakan lampu suluh ke arah kereta Makcik Salamah. Makcik Salamah cepat-cepat menjawab ada, dia ada di dalam katanya, dan terus dia bergegas mahu keluar. "Makcik... jangan bergerak. Tunggu sebentar", balas lelaki tersebut. "Kami ada di sini, makcik jangan takut. Mintak tolong makcik keluar dari kereta perlahan-lahan, lepas tu bergerak ke depan ke arah kami. Mintak tolong makcik jangan tengok belakang". Itu arahan tentera tersebut.

Makcik Salamah yang masih dalam ketakutan, sekarang berasa bertambah lega sedikit, dan dia pun membuka pintu keretanya, dan dalam samar-samar lampu belakang lori yang merah, terus bergerak ke arah ke hadapan, menghala di mana tentera-tentera tersebut berdiri. Apabila dia menapak dalam beberapa langkah ke hadapan, dia perasan ada lampu kereta yang terang datang dari belakang dengan laju, sama arah dengan lori tadi. Dia pun terfikir, nanti lori tentera tu kena langgar kereta tu la pulak. Dia pun menoleh ke arah kereta yang datang, dan dengan cahaya lampu kereta itu, dia ternampak satu lembaga di atas keretanya sendiri, terbaring dengan perut terburai - usus perut bersepah, dengan darah segar hitam yang mengalir dan berlopak di seluruh bumbung dan cermin kereta, dengan tangan dan kaki seorang manusia yang herut-merut terbongkang luas, dalam keadaan yang sangat mengerikan. Sebentar kemudian, Makcik Salamah menjerit sekuat hati, terus jatuh terduduk.... meraung mendayu.

Aaaaaaaaaaaaahhhhhh!!!

Kat atas bumbung kereta tu, Pakcik Samad terlentang, terburai kaku.




63 comments:

sya fiq fox said...

╭∩╮(︶ε︶メ) ╭∩╮ !st!

Zam Fiesta said...

nice info, mohon share ╭∩╮(00,) :P

cek chun said...

tiga pon okehhh..weeeeeee

katakbiru said...

xdpt jgk 1st
>.<

cek chun said...

aiyoooooo.. apa ni bang..
malam2 jumaat boh cite hantu..
ni legend jugak kan?
aku macam pernah dengar/baca somewhere.

nanie87 said...

seramnye! cite betul ke ni.

Unknown said...

huih top ten. rekod terbaik ni.

pergh. ini mmg urban legend ni.

trackers said...

nie citer betul ker senpai?

Unknown said...

mencube top ten..

cite seram..hohoho

DiriPerkara said...

ini maknenye budak2x MLM suke isap darah org Melayu...senang kene tipu....wuuuuuuuu

Affis Ashari said...

gaaahh!! malam juma'at wehh! haha!

arm... 11?

tricksrex said...

arghh!

Unknown said...

laaaa kat bukit berapit rupanya berlaku cerita ni, dulu2 pernah dengar cerita ni tapi kat highway karak le

hyelbaine said...

The version I heard is on the karak highway. Your timing is impeccable as always Aidid ;)

norazziah said...

eh, ni bukan versi cite yang kat highway karak tu ke?

rase-rase nye kawasan tu femes cite volkswagen kuning... yang takde driver tuh

cek chun said...

hari ni heboh kat Fb pasal penipuan hai-o..

aidid dah citer lama dah.. haishhh..

just for share
http://www.facebook.com/#!/photo.php?fbid=176849829028657&set=a.176849799028660.36550.146449658735341&theater

Unknown said...

yeke???..lama dah tau citer ni...mcm rekaan semata-mata...ehehhehe...antu mak limah MLM lagi bahye seh!

Latifah said...

arghhh... aku duk sorang lak kat rumah...
tapi macam dah pernah baca...

cek chun: ha a, sekarang tengah heboh kat FB pasal Hai O tu. tapi kalau baca komen-komen kat picture tu, macam-macam versi ada.

AZAM said...

ya betoi la bro citer nie...dah lama dah berlaku..aku orang tepeng..masa tu kecik lagi..dengar2 citer orang la msaa tu....

AZAM said...

citer hantu susu sudah...hantu bukit berapit pun sudah...lepas nie kena buat citer orang minyak plak....pangkah kat dahi orang melayu......

依之汉 said...

Pergh.... buat terkejut jer aku baca... LOL. Apasal pak cik tu mati lak? Ke dia tertelan pil dari MLM nih malam2 Jumaat tu...

Lawak gak la.
Ni ada gak citer hantu dari rembau wat pasal MLM.. LOL
http://bedaduz2.blogspot.com/2011/02/fara-fauzana-dan-kisah-hantu.html

Pastu ada lak ni... ish2... sian pelajar sekarang eak... LOL
http://izhamwong.blogspot.com/2011/03/kenal-kisah-hantu-fbmk.html

Bomoh Hujan said...

hihhihhihi bomoh xbley pakai.....

Pai said...

hahahahaha..aku baru borak2 pasal urban legend ni time lunch tadi..tapi version kawan aku, benda tu bukan hantu tapi sebenarnye org gile yg ganas..

hamzah ian said...

ni gmbr fallen angel nih... haha.. aku tgk video dia

mimi said...

what happened to pakcik samad? why??

Xeno said...

@hamzah ian

mana? nk tgk

Aslina said...

pherghhh... pernah jugak dengar citer ni dulu...

tskkk... mende la bro ni citer lagi seram dari blog jam12 malam tu... tsskkk...

meremang ni bacaaa...

aku the great said...

huhuhu mmg seram

AkuMuzikFilem said...

serius jadi betul2 ke?

Unknown said...

Humang aaiiihhh...sekali cite hantu daaa...terkezut jgk ngan gambar akhir tu...hehehe...


ni nak cerita skit..ade Syarikat MLM dah dapat lesen daripada KPDNKK...HAH!!...ni ape ni..KPDNKK kate nak benteras SP ni..ni macam menggalakkan lagi je..

http://www.facebook.com/home.php#!/master.nizam

Unknown said...

banyak lg la lps ni org melayu kene tipu..

minah_stapler said...

wah best... ada misteri jam doblas. Bleh buat regular tiap2 minggu tak?

Neotoxin said...

Urban lefgend nehhh... Ncm2 versi citer ni ada... Ada kata kat perak, ada kata kat karak. ada kata mangsa tu cina, ada india, ada melayu.. hahahha... mulut orang

Nizam said...

urban legend ni.ada dengar plak kat karak zaman 80an-90an.zaman karak byk eksiden.mmg angker

"Sp♥de" said...

haha...
nape la aku xpenah dengar, maybe aku kecik2 lagi kot..
tapi aku nk kongsi satu cite plak,
kalo balik pantai timur, lalu highway, xyah lah pasang high beam, lagi2 kat kawasan gambang... dah 2 3 kali aku balik dari terengganu pukul 1 pagi keatas, mesti aku ternampak lembaga bertenggek kat atas kereta orang. ntah2 atas kereta aku pun ada kot... ;)

Neotoxin said...

@"Sp♥de" Bersangka baik... 'benda' tu nak tumpang sbb nak melawat sedara mara dia kat temerloh

Unknown said...

dulu kecik2 selalu lalu situ..kalo penat berenti dekat air terjun situ..best wooo mandi..time tuh keta bapak aku takder aircond...blk kedah amek 6-8 jam gitu..skang nih dah ader plus sejam setengah ajer hehehehe

saye hensem said...

uih..aku duk temerloh.jgn ckp die nk blk temerloh..chuak ('-_-)

4G92 vs AE111 said...

Aku rasa metoka pak samad tu dia punye contact point (wire putus). keta dedulu mana ade fuel injection semua kabareta aje kecuali merc & bmw... huhuhu

first time dengor pon cita ni.. yang teman tau cerita Volkswagen aje yop..

dear anies said...

yeah catat sejarah!!!

40th!!! 40th woooittt!!!

Oh Oeya said...

fuhhh!! lega!! pastinya kali ini aku xyah rujuk kamus baca mu nyer post C'Aidid.. aku 'pure Jawa' yg amat limit pengetahuan Bahasa Inggeris.. yg penting aku ade usaha pe nak abis pahamkan bacaan.. tu la aku slalu lambat heheh..

tapi.. mintak ampon la bro.. cerita seram selalu bukan pilihan.. aku ni penakot!!.. kalau tak kerana aku slalu nak tau ape mu nak sampaikan kena baca abis.. ko nakotkan aku laa..

post selalu membantu.. tima kasih C'Aidid.. aku doakan yg terbaik utk mu, Amin.

Yana Halim said...

apa jd kat Pakcik tu? mcm t'gantung jer nie. Tak penah dengar pulak citer nie pdhal sy org Kuala...hehe. Yg glemer volkswagon kuning x der driver kat highway Kuala Kangsar- Ipoh area terowong menora tu.

Unknown said...

Salam,

pernah dengar citer ni. tapi kat bukit putus negeri sembilan. jalan nak ke rembau/kola pilah

zura said...

kilang simen perak hanjoong..
aku tau..aku pun orang kuale kangso..nanti nak tanye mak..dia penah dengo tak cite ni..perak hanjoong dah ada ke 29 taun dulu yek..

Asyraf said...

hehheehehe.... dulu dengar versi lain skit.......

Unknown said...

pak cik samad kena makan dgn hantu tengah2 malam ke??sungguh malang makcik salmah..

Anonymous said...

Yo! Nanti tulis citer yg seram lagi bro..seram giler bab punya. Seram sampai nak baca pon kut celah jari sebab takut, sampai takleh tidur, masuk toilet pon terbayang2 ..

Bux Bug said...

ni urban legend antaran terpemes d malaysia ni....dr kecik lg aku dgar cite ni....xpe2 lepas ni tgk filem karak yg KRU wat....x slap aku ada masukkan cite ni skali

http://www.youtube.com/watch?v=0WmmQup3z5w

Anonymous said...

citer hantu kopek lanjut pon turun temurun gak..

ummusry said...

best blog ko aidid oooi

Melor said...

aku pernah dgar citer ni..hahaha,wtf!

Abu Huzaifah said...

cerita ni sebenarnye asal dari Amerika....urban legend terkenal kat Amerika sebelum datang Malaysia

Anonymous said...

aku pun pernah dengo masa kecik2 dulu....tp takat tu jerlaa....roper antunyer tak pernah tau la plakk...ntah betui ntak idakk...Allah jer Maha Mengetahui...

tp incek aidid neh mcm jenih tak percaya antu jer aku tgk...ko sarcastic je ekkk....hehe

sayagilamakan said...

cite ni aku pnh baca dalam buku pe ntah dulu...cerita pames ni

Anonymous said...

ni berita betul ke cerita tipu ke saja2 cerita nak nyakat budak2 ?

rionix said...

ak penah jupe antu kt highway.. hantu lori

Anonymous said...

I understand malam ni malam horni sejagat, but citer hantu takder ke kali ni bro AM? I'm up for any tale-so-scary-that-will-make-me-pee-in-mapants (w/pon penakuuutt).

Nerzhul said...

penah dengor cerita ni masa kecik dulu..tapi versi hiway karak punye...

Mama Zharfan said...

me pernah baca masa me kecik2 tau citer--rasanya me baca dalam magazine or newspaper..now me 35, so imaginelah dh berapa lama citer ni circulated

onguard said...

gua biasa lalu jalan ni jam 1-2pagi,siap bukak tingkap lagi...
wa pernah dengar cerita lebih kurang macam ni tetapi lokasinya di sebatang lebuhraya di negeri Pahang...

LyaNne aImy said...

enah dengar cite ni ...

the_hazami said...

cite ni cm lam filem karak ja

Bukit gantang boy said...

Senang cite cmni jela... aku mmg anak jati kg bkt gantang, bukit berapit nie dlm 5km je dr rmh aku... jd mmg familier sgt dgn bkt berapit nie masa awal 80an dulu sblm ada hiway waterfall sana mmg best... selalu je mndi kt situ... sepanjang aku mmbesar kt kg nie xde la plak aku dgr cite nie... karut semata2... tp yg ngusik2 mcm org tua masa ade lg jambatan ketapi dulu mmg benar... mmg kerap org kg aku kena kacau kt situ... mlm nie pd 15/12/2020 jam lbh kurang 11mlm lbh aku balik dr kuala kangsar mkn dgn ank isteri aku lalu kt situ mmg terang2 ank lelaki aku nmpk makhluk berbulu mcm berung dok tepi jln tu muka mmg seram giler smbil tangan melambai2 arah keta aku... aku x nmpk cuma ank lelaki aku seorg je nmpk dlm keta kami berempat... ank aku tu bkn la bebudak dh hmpir 20thn dh umurnya... sblm tu ada pak sedara aku balik naik moto ada org tua duduk atas divider tepi jln tu melambai tngn pd dia... hit la skjp cite tu... tp berpuluh tahun aku mnggunakan jln tu mlm nie la baru nmpk sesuatu... tp klu nk malang dpt la tgk dia... mmg dr dulu lg jln tu mmg mengusik... tp xde la seteruk dlm cite di atas tu... wlpn x seteruk mcm cite atas tu klu ternmpk mmg kecut perut sbb mukanya teruk... dan untuk pengetahuan pembaca tmpt tu sekatika dahulu mmg top dgn kemalangan maut... kesimpulannye... berhati2 la klu melalui jln tersebut dan jika dh lewat mlm ada pilihan msk je hiway...keadaan jln situ pn sunyi dan gelap...mcm aku xde pilihan klu dr selatan nk balik mesti kn lalu jg wlpn mlm... sbb kg aku di tengah2 antara tol kuala kangsar dan changkat jering...mmg ada je sekali sekala lori dan keta lalu jika dh lewat mlm tp jika kenderaan kita rosak org nk tolong pn takut sbb mungkin org igt tektik nk merompak...