And so it is...

Saturday, October 8, 2011

7 Perkara Ganjil


(I wonder if this was from the time of Rasulullah, or if the story was really true to start with... but let's not get too off-track for the sake of an argument. It's just something to ponder... that's all)

Terdapat seorang pemuda yang kerjanya menggali kubur dan mencuri kain kafan untuk dijual. Pada suatu hari, pemuda tersebut berjumpa dengan seorang ahli ibadah untuk menyatakan kekesalannya dan keinginan untuk bertaubat kepada Allah swt. Dia berkata, "Sepanjang aku menggali kubur untuk mencuri kain kafan, aku telah melihat 7 perkara ganjil yang menimpa mayat-mayat tersebut. Lantaran aku merasa sangat insaf atas perbuatanku yang sangat keji itu dan ingin sekali bertaubat".

"Golongan yang pertama, aku lihat mayat yang pada siang harinya menghadap kiblat. Tetapi apabila aku menggali semula kuburnya pada waktu malam, aku lihat wajahnya telahpun membelakangkan kiblat. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?", tanya pemuda itu. "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang telah mensyirikkan Allah swt sewaktu hidupnya. Lantaran Allah swt menghinakan mereka dengan memalingkan wajah mereka dari mengadap kiblat, bagi membezakan mereka daripada golongan muslim yang lain," jawab ahli ibadah tersebut.

Sambung pemuda itu lagi, "Golongan yang kedua, aku lihat wajah mereka sangat elok semasa mereka dimasukkan ke dalam liang lahad. Tatkala malam hari ketika aku menggali kubur mereka, ku lihat wajah mereka telahpun bertukar menjadi babi. Mengapa begitu halnya, wahai tuan guru?". Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai anak muda, mereka itulah golongan yang meremehkan dan meninggalkan solat sewaktu hidupnya. Sesungguhnya solat merupakan amalan yang pertama sekali dihisab. Jika sempurna solat, maka sempurnalah amalan-amalan kita yang lain".

Pemuda itu menyambung lagi, "Wahai tuan guru, golongan yang ketiga yang aku lihat, pada waktu siang mayatnya kelihatan seperti biasa sahaja. Apabila aku menggali kuburnya pada waktu malam, ku lihat perutnya terlalu gelembung, keluar pula ulat yang terlalu banyak daripada perutnya itu". "Mereka itulah golongan yang gemar memakan harta yang haram, wahai anak muda," balas ahli ibadah itu lagi.

"Golongan keempat, ku lihat mayat yang jasadnya bertukar menjadi batu bulat yang hitam warnanya. Mengapa terjadi begitu, wahai tuan guru?" Jawab ahli ibadah itu, "Wahai pemuda, itulah golongan manusia yang derhaka kepada kedua ibu bapanya sewaktu hayatnya. Sesungguhnya Allah swt sama sekali tidak redha kepada manusia yang menderhakai ibu bapanya".

"Golongan kelima, ku lihat ada pula mayat yang kukunya amat panjang, hingga membelit-belit seluruh tubuhnya dan keluar segala isi dari tubuh badannya," sambung pemuda itu. "Anak muda, mereka itulah golongan yang gemar memutuskan silaturrahim. Semasa hidupnya mereka suka memulakan pertengkaran dan tidak bertegur sapa lebih daripada 3 hari. Bukankah Rasulullah s. a. w. pernah bersabda, bahawa sesiapa yang tidak bertegur sapa melebihi 3 hari bukanlah termasuk dalam golongan umat baginda," jelas ahli ibadah tersebut.

"Wahai guru, golongan yang keenam yang aku lihat, sewaktu siangnya lahadnya kering kontang. Tatkala malam ketika aku menggali semula kubur itu, ku lihat mayat tersebut terapung dan lahadnya dipenuhi air hitam yang amat busuk baunya," "Wahai pemuda, itulah golongan yang memakan harta riba' sewaktu hayatnya", jawab ahli ibadah tadi.

"Wahai guru, golongan yang terakhir yang aku lihat, mayatnya sentiasa tersenyum dan berseri-seri pula wajahnya. Mengapa demikian halnya wahai tuan guru?" tanya pemuda itu lagi. Jawab ahli ibadah tersebut, "Wahai pemuda, mereka itulah golongan manusia yang berilmu dan mereka beramal pula dengan ilmunya sewaktu hayat mereka. Inilah golongan yang beroleh keredhaan dan kemuliaan di sisi Allah swt baik sewaktu hayatnya mahupun sesudah matinya".

Ingatlah, sesungguhnya daripada Allah s. w. t kita datang dan kepadaNya jualah kita akan kembali. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap amal yang kita lakukan, hatta amalan sebesar zarah. 

Wallahua'lam.....

27 comments:

Unknown said...

1st!

Rembulan NagaGala said...
This comment has been removed by the author.
Rembulan NagaGala said...

nasib baik tak tersilap baca cunnilingus perkataan "cunning linguist" tu.

Sirah Finah said...

jd blog keretamayat pulak :)
semoga sukses slalu abg aidid

Rose said...

I like the pic kat statement "makan benda haram". Nice touch.

SilentReader said...

nak komen pon rasa takut aih..
insaf, insaf.. wahai MLMers, marilah kita insaf sama2 sebentar..

Adinda said...

Moga kita beroleh kesudahan yang diredai Allah

Latifah said...

Nice one!

~semua artikel bro. Aidid pun nice apa ^_^

kyo_9 said...

jom2 usaha jadi golongan terakhir tu~

pali7x said...

among all, this entry paling best :)

#saluteaidid

budoxe said...

terbaik lah~!

Rojak Punya said...

semoga mlmers di malaysia diberikan hidayah dan berhenti dari cari rezeki cara haram.

Rojak Punya

Mama Zharfan said...

moga2 kita semua sentiasa mendapat hidayat dari Allah..amiin

Unknown said...

um...bagaimanakah agaknya kehidupan di alam barzakh nanti ya?? thanks to the author...

Indeed,the people that are always remembering about death, and getting ready for it, is the wisest people among you...

You are my ustaz today AM...

Aidid Mu'addib said...

I'm not the author.
No one knows who's the author.
It's an old old story...
It's a self-reminder.

hyelbaine said...

A potent reminder to those who care. Samalah nanti balasan org yg makan harta anak yatim, konpem kena...

azwan said...

Cuba buat jahat kat Tanah Haram, lagi la konpem kena...kaw kaw punya.

dinsman said...

Perghhhh, makan dalam syial puak MLM. Amekkk ko.

Flammenwerfer said...

Ak47suk1, yg lingus tu is national airline of Ireland.

Pak Ngah Awang said...

salam bro tolong info kan pasal menda ni skit either its scam o apa2...juz nak shared ada nampak flyers ni kt opis..kalo mungkar meh bongkar bersama2

http://www.transfer-factor.net/
http://saman4life.blogspot.com/
http://www.1winners.com/index2.html

Flammenwerfer said...

Eh macam siri Tanah Kubur pulak.

Dongengan to provide satisfaction of instant retribution.

"Mayat sentiasa tersenyum dan berseri?"

Dia tertelan biodisc ka?

Aidid, stick to empirical science to prove your point please else its no different then purveyors of dubious panaceas that should be discredited.

Wanita Bertudung Hitam said...

awesome when u just need to put the images and we all got the message

matsom said...

AM: I wonder if this was from the time of Rasulullah, or if the story was really true to start with... but let's not get too off-track for the sake of an argument. It's just something to ponder... that's all
Islamic scholars put these kind of stories under "at-Targhib wat-Tarhib" (Encouragement and Warnings); most of these originated from Israiliyyat (stories from the Bible/Torah/Talmud), sufi/mystics practitioners and experiences of ulama's and laymen Muslims.

The Prophet (pbuh) once said: "When the People of the Book narrate to you, do not believe nor reject them". Allah and His Messenger know best.

@Flammenwerfer, these stories of rewards and retributions (pahala/dosa) are a part of Islamic "panacea". Some Muslims do accept and believe them more readily than others, so (IMHO) that's why it has always been part of Aidid's 'strategy' in dealing with the MLM problem among the Malay-Muslims,
"...but admonish them, and speak to them a word to reach their very souls." Quran, Surah 4 verse 63.

MAS said...

Mungkin kita tergolong dalam golongan diatas tanpa kita sedar ? Nauzubillah.... byk perkara/urusan didunia kini membawa ke perkara2 tersebut....Moga Allah sentiasa memberi tunjuk jalan kebenaran pada kita semua....

Azuan Abdullah said...

berpesan2 dengan kebenaran, berpesan2 dengan kesabaran ;)

TheBentPencil said...

ada pernah dengar dalam TV bahawa mensonglap duit member/sedara sendiri boleh jadi makan duit anak yatim, jika parent(s) kepada orang tersebut telah meninggal dunia.

and yes, even kepada anak sendiri (jika spouse anda meninggal).

hmmm...scary.

Anonymous said...

Bila baca entry ni, tetiba my mental screenplay CUT TO blurry image of a man in white singing..Sepohon kayu daun yang rimbun, lebat bunganya serta buahnya.. FADE OUT.