And so it is...

Monday, November 22, 2010

Gelang AC Mang - Ko Ni Tak Sudah-Sudah Kasi Aku Hangin!


Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, 21 Nov 2010: Dalam satu-satu kumpulan manusia - dalam mana-mana masyarakat di mana sahaja dalam dunia ni, mesti ada peratusan manusia itu yang alim, ada yang terpelajar, ada buruh kasar, serta ada yang jadi passenger macam buih di laut, dan ada pulak yang jadi mat rempit peragut handbag dan penyamun, sama ada perompak bank atau pengamal MLM yg tak kesah halal-haram duit yg nak ditelan tu. Kita semua takleh lari drpd keadaan ini. You have to face this fact. I don't kid myself that I can change MLM people - they are what they are. Yang dah tebal dengan darah-daging duit haram tu sudah ada peratusannya tersendiri dalam masyarakat Melayu. I hope to reduce it slightly. Who knows, man? One boy saved, is another soul cleansed from mungkar. Do the best you can....


Whoaa! Best aku cuti raya haji 6 hari, balik kampung... sampai naik saiz pinggang satu setengah inci. Makan, makan, makan beb! (nanti aku post kat entry makan-makan tu). Balik rumah kat KT ni, aisey... dah boring balik. Asik-asik kes AC Mang aje la pulak. Aku ingat dah abis... idak abih lagik ghope nye yeop. Selama aku off-line ni, dah bermacam-macam email dan mesej terkumpul dalam inbox. Tertarik pulak aku pada website murai.com.my yang kawan aku beritahu ada ngomelan pasal topik ni kat sana, ini linknya - Murai ntah apekebenda. Dan terjumpalah aku pertama kalinya website cerita pasal selagi ada benda tak penting dalam dunia ni. Berita-berita tak panazz yang takde pekdah satu sen pun dalam kehidupan seorang manusia yang waras. Tapi, suka hati ko la Murai... nama pun Murai. Nampak gaya, aku masuk tengok website ni sekali, ntah bila la aku nak datang lagi. Tak minat langsung cite pasal artis-artis ni. One-cent-no-use! Tapi, aku tak kecewa Murai, dapat jugak aku tengok cerita ni:
  

Woohoohoo! YUNA! YUNA! YUNA! (Bila la Yuna nak baca blog aku ni? Aku ni dah menaruh harapan nak jumpa adik yang cekap main gitar dan ada suara yang boleh bawak lagu original dia sendiri... respek beb! Takde email pun). Eh, aku ni dah off-topic neh. Oh ya.... cite AC Mang. Ni kat bawah ni ceritanya:




Komentar Aidid Mu'addib tentang artikel Murai: (Muka macam gampang, badut pun iya jugak... usahawan muda wadehel? Oops! Did I say that out loud?). Murai sayang... kalau you baca blog I ni dari pangkal sampai ke hujung, you akan faham bahawa kes AC Mizal ni bukan kes I iri-hati ke, dengki ke, tak puas-hati ke... you ni puunnn! Jangan la buat keje separuh jalan you. AC Mang punya kes hanya satu cerita daripada banyak cerita lain, tentang masalah ekonomi yang melanda masyarakat Melayu sekarang ni. Ini cerita Aidid Mu'addib yang cukup tak suka si lahanat dan lanun (sama ada Melayu ke, Cina ke, India ke, omputeh ke) yang ambik kesempatan dengan kesamdolan sesetengah orang Melayu yang senang sungguh kena ayat untuk dapat seciput duit. Duit haram laknat pulak tu beb. Ini kes skim piramid yang lepas satu-satu muncul Murai darling, khasnya lepas munculnya facebook dan internet macam yang kita gunakan saat ni. You tau kan, orang Melayu kita ni duduk 2nd class dalam hal-hal ekonomi ni, walaupun gah sungguh pegang tampok politik negara. Dana orang Melayu tu kat Malaysia berapa percent aje? 15%? 20%? Lain dari itu, puak yang satu lagi pegang. Dan kemudian datang AC Mang buat bzns cikai jual gelang dan rantai tengkok... tapi otak bzns zero, mengalahkan kerbau yang aku sembelih buat korban 3 hari lepas. Dan pasarkan benda useless pada anak-bangsa sendiri tanpa rasa guilty sikit pun. Apekejadahnya Murai woi? Macam mana nak kasi naik 21%, kalau bzns nya jual benda yang langsung takde faedah... lebih takde pekdah daripada cerita-cerita pasal artis tu ha!

And, Murai dear... mana you tahu I tak puas-hati dengan jawapan AC Mang kat Harian Membiol tu? What do I care what his answers were? Nothing interest me there, my love. I don't really care what he said or whatever the heck he's up to by now. I dah kasi maklumat yang telah terkumpul, terpulanglah pada pihak berkuasa untuk ambil tindakan kat dia orang you. I tak kesah sangat pun secara peribadi, sebab I tak beli gelang cikai RM38 made-in-Guangzhou ni pun. Cuma ada rasa sedih sikit mengenangkan orang Melayu yang kena kencing macam hujan lebat di tengah hari tu semua, oleh AC Mang, Salima AF, Khai Wahi, Afif Mysamdol Lg, Eda Murad, Lan Kristal... dan lain-lain mangkok hayon yang mengaku Melayu dan Islam tu semua. Memang itulah yang rasa sayu sungguh di hati ni. Dan pulak, I tak fikirkan sangat kekayaan nama-nama kat atas tu you (dah kaya lahanat kekal la lahanat, selagi tak bertaubat dan tak pulangkan balik duit tu semua pada yang empunya) tapi lebih memikirkan kemiskinan anak-bangsa yang kena kelentong bulat-bulat oleh golongan "artis". ("Artis cilanat" rasanya lebih cocok. Dan kalau dapat cocok bontot masing-masing dengan batang kayu.... ooops! Dah satu lagi ugutan timbul! You ni pun Murai...). Oh ya, I sedih memikirkan anak-anak bangsa kita yang masing-masing tak bernama tu semua, Murai sayang. It's just me. It's just Aidid Mu'addib - worrying about his people. Reward or no reward, don't care. I will persevere... insyaAllah.
  
Anyway, bye Murai (jangan ambik hati ya? I memang tak s'ka cite artis-artis ni).

>>>>>>>>>    <<<<<<<<<

Selama 6 hari off-line ni, aku masih lagi terima info daripada bebudak Melayu yang prihatin tentang isu ni. Aku rasa info aku sebelum ni dah cukup untuk masukkan mangkok hayon penjual gelang keramat tu ke dalam rumah-rehat kat Kajang yang ada tilam empok tu, dalam 2-3 tahun gitu, kalau tak lebih lagi. Tapi, rasa tak sanggup pulak ignore email ni, sebab adik ni dah usaha sungguh-sungguh berkomunikasi dengan wakil HotTime Jewelry, kali ni dengan Rachel Chen (Lulu Zheng ntah pegi mana ntah). Pasal gelang keparat yang dulu tu semua dah settled. Ini pasal necklace keparat ACK tu semua pulak (bukan "neckless" ye orang ACK - "neckless"? Bahlol nak mampos! Ada ke promote "neckless" magnetik? Badut 1st class betul geng ko ni AC... mana ko jumpa mamat dan minah dungu ni sume?). Ini emailnya:
   

Sebelum kita tengok quotation yang Rachel Chen email kat awek cute, adik yang aku tak kenali ni (aku agak-agak aje budaknya cute), elok korang pegi tengok website promosi GelangACMizal supaya dapat pastikan yang aku ni bukan reka-reka cerita ni semua. Dan kepada yang masih sangsi jugak tentang Aidid Mu'addib dan berita utama 8 malam yang aku sampaikan, korang sendiri elok contact Rachel Chan atau Lulu Zheng kat Guangzhou tu - mana la tau, awekz 2 orang tu mungkin cun tahap gaban. Kalau ada yang pegi Guangzhou makan angin, boleh ajak Lulu atau Rachel dating. Dapat tour-guide free. OK... ini link ACMang. Aku dah screen-capture rantai tengkok tu semua, yang harganya setiap satu adalah RM350.
  
 
Di bawah ni, quotation harga rantai tu semua, yang Rachel Chen email pada adik tadi. Ghopenye ade lagi SALE! SALE! SALE! Hujung tahun beb! Manyak-manyak murah wooo! Harga bulk antara USD4.30 hingga USD5.50 - kiralah sendiri berapa hinggit. Aku maleh nak tengok berapa exchange-rate hari ni. "Neckless" apekebendenye bang AC yang ada diamond, ada biomagnet? Diamond yang datang daripada longkang belakang kilang kat Guangzhou tu ke bang? Tak payah melombong, kutip dengan tangan aje. Diamond gila baboon punya best! Diamond bloody shit!
   
   
If you all ask me my opinion about all these, I guess what I'd say is - "what goes around comes around". Kalau buat bzns mengajak orang Islam buat mungkar, sampai nak menjual rantai leher atau "neckless bahalol" macam ni, bersedia aje la tanggungkan risiko pembalasan Allah terhadap kerja mungkar sebegini. Ada ke mengajak orang Islam (yang lelaki) suruh pakai necklace? Lepas tu hari-hari keluar statement berbunyi agama gitu kat page ACK yang dah dilenyapkan oleh AC Mang (katanya sebab ada orang mempersendakan DYMM Sultan Pahang... dan dia ingat orang Malaysia ni senang sungguh kena kelentong. Mizal dol... "sultan pahang" tu kuncu ko jugak kan? Ko ingat bebudak ni tak boleh nampak ke bang? Kalau cari alasan, biar la yang lebih canggih dari itu dol).  Ingat balik masa korang baca post dan komen-komen AC Mang, dan khasnya Salima tiga-suku (huhu kelalar la!) yang tak abis-abis suruh sembahyang istikharah, tak abis-abis cakap pasal agama dan rezeki yang halal dan macam-macam lagi. Halal kejadahnya beb? Ko ni Salima memang Psycho gila babat... tahap cipan punya sesat (walaupun aku rasa cipan kat zoo tu tak bersalah). Buat malu minah bertudung aje la keje ko ye? Dah taubat belum? Ke masih jilat bontot boss?

Akhir sekali, adik informer aku tu jugak ada contact Marks & Spencer, London, untuk dapatkan kepastian tentang ada ke tidak produk ACK semua tu dipasarkan di England (you know... yang macam diwar-warkan dengan gah nya selama hampir setahun, jadi bahan modal mengganyang orang Melayu yang kureeeng IQ, yang senang sangat dipengaruhi oleh kelentongan seorang "artis"). Terbukti memang sah kelentong besar-besaran mamat terencat akal ni, seperti yang disangka oleh ramai orang sebelum ni. Bukan aku sorang aje yang terfikir pasal ni, jangan silap. Itu yang Obefiend bengang tu - dia dah tangkap menatang ni dah lama. Tiba-tiba Aidid Mu'addib dapat "the big scoop". Sori beb... aku tak sengaja. Siyes!
 


OK... kepada adik NZ, thanks for all the effort girl. You did a great job, and I'm happy to help out, to put these out into the light. People need to know about this blatant scam, perpetrated by a lunatic, that calls himself an "artist". Artis wadefik! Maybe if he's in jail, or at least shown on TV... wearing 83 bracelets on both his arms and legs, and also wearing 31 necklaces around his short neck, and paraded in a blue jeep all around KL... then maybe I'll be satisfied. Then, ask him to beg for forgiveness from all those Malays that he screwed over, and return back every single cent to everyone who bought those useless costume jewelry bracelets and necklaces, then maybe I'll stop writing this blog. And let the authority force him to sell that Bentley to some guy who could give a good price, because that money is needed to pay back all those suckers, pathetic as they are... Crazy stooopeeed dickheads!





59 comments:

sya fiq fox said...

1st!

Aidid Mu'addib said...

hahahaha!
Ini tak baca lagik neh...

kuzud™ said...

mantap :)

Unknown said...

Memang terbaek!

Unknown said...

biase la org meleis ni ..(maaf bukan semua melayu eh)..tp yg otak setengah paras ni.ntah kenapa percaya sgt dgn gelang/pendent yg WTF tu..sanggup lak labur ribu-riban kat natang tu..

kalau aku la...pada beli menatang gelang rege RM1000 tu..baik aku :
1. beli sijil simpanan premium..untung2 dapat gak toaster nak bakar roti
2. labur je kat tabung haji..ade gak saving nak buat haji
3. beli LCD screen
4. beli stereng kereta USB buat main game
5. pegi cuti2 malaysia
6. beli kambing buat korban (saham akhirat)

and the list mende berpekdah goes ON and ON..
tapi..itu lah..walaupun ekonomi org meLAYU ni idop segan mampus x mau..
diorg rela la kene bodo kan dengan artis beli gelang konon dpt sembuhkan penyakit mcm2..walaupun penyakit mati pucuk sekali pun (what the fish,kan?)

tp..itu lah..mentaliti melayu(bkn semua)..dulu kini & selamanya

izzahfarhana said...

seram lah kalau pakai terus jadi neckless. huwaa

Latifah said...

cayalah bro!

benda2 macam ni selalu wat putus sahabat...
ada ke ajak dgr ceramah merepek depa malam2 sampai 2 3 pagi...
bila kita x nak ikut, kata kita x nak berubah...
tah apa2... (eh, lari topik tak? huhu)

btw, artikel yang penuh info...

qilarazak said...

baik simpn duit anta mak bapak g haji lg byk faedahh..

Abu Huzaifah said...

bro,i pun minat giler yuna

Unknown said...

best, aku dah lama anti MLM ni... nyampah betul kawan aku dok promote2 gelang magnet AC.. rasa nak muntah

nurs said...

i tersangat kesian dengan orang orang kita yang mudah ditipu apatah lagi oleh orang kita sendiri. sanggup menanggung dosa menipu buat kemewahan dunia yang sementara...

Ibnu Rusydi said...

bro, cuba usha lawak kartun AC ni http://mediamalaya.com/lawak-gelang-ac-mizal/

.Gory. said...

Pergh, ajak pakai rantai ramai ramai. Macam gengster. Bagus benar ni abang oi.

Lepastu, bila kita bongkar semua ni, mula cakap jatuhkan Melayu nak maju la apa lancau semua la.

Holy damn you!

Bisnes gila babi apa yang untung sampai dapat angkat Bentley only after 3years man!

Beckham pun lepas bertahun tahun baru angkat Bentley. Damn! Eyh, Beckham ada Bentley ke? Kalau tade, maknanya AC lagi kaya dari dia la you. Auuwww

Owh, and dabel holy shit! Rantai Freemason pun ada fak fak fak man!

.Gory. said...

Owh, dan mediamalaya jugak ada cam wat susulan dari blog aidid ke mediamalaya


http://mediamalaya.com/jawapan-ac-mizal-mengenai-gelang-palsu-jawapan-kami/

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

mereka yg masih lagi mempertahankan apa yang ABC tu buat adalah sebahagian yang tidak mahu menerima hakikat bahawa mereka sebenarnye telah diTIPU oelh ABC N de GANG!!!....

agaknye kalu ABC tu kata tah* dia sedap... aku rasa seme yg ngikut dia pun akan mempertahankan apa yg ABC tu cakap.....

yg beria bebeno mempertahankan tu..... berapa gamaknye di bayar oleh ABC.... berapa la bonus gamaknye deme tu dapat?....

biasa la..... biar papa kedana dibuatnye... tp nak ngaku mende tu tak berfaedah..... jauh sekali....

dan kepada yang tak sedar² lagi.... teruskan lah.... kome tak rugi...... cuma sedih je la..... sedih kerana masih lagi terus ditipu walalupun telah diberitahu....

daliela said...

neumax black card programme...rasanya ni mlm baru..saya ada dengar sorang kawan bercerita dalam sebulan yang lepas...kalau berkesempatan boleh la aidid selidik2 sikit...

The Sin of Knowledge said...

neckless or brainless??

Eliza said...

Salam.
Dear Aidid, u don't have to change the mind of MLM people, but what u and the gangs did here, y'all sincerely gave knowledges to others yg hampir atau belum terjebak lagi. Somehow, u have changed our peoples mindset yg mudah tertipu dan yg ada simpan cita2 utk menipu sbb nak kaya cepat,sanggup menipu bangsa sendiri.

Skim menipu alaf baru ni tumbuh mcm cendawan skrg mcm susah nak dielakkan. Yg penting kita ada ilmu utk menepis, paling tidak pun saya paksa depa baca blog Aidid pulak.

Part `neckless' tu hahaha..mmg kelalar lar..LOOOOOOOL..

Pida said...

Yang paling kelalar, mati2 aku ingat loket yang bentuk ala-ala huruf 'ac' tu rekaan khas ACK, tapi rupa-rupanya rekaan Lulu Zheng & the gang! kah kah kah kelalar laaa...

Bagus aidid, gua caya sama lu!

Lyana ke Liana?? said...

the best article of the decade... caya lah aidid

Aidid Mu'addib said...

Daliela- black card tu skim piramid... dah sasau agaknya mala'un tu semua. Aku dah jumpa benda ni dari bulan Mac 2010 lagi... tgk flyer.

http://4.bp.blogspot.com/_7qHWiNcFDSw/TOnSe3Mm0kI/AAAAAAAAAf0/9F3YXwGMHc8/s1600/neumax.jpg

http://www.facebook.com/photo.php?pid=217686&l=5bfad64370&id=100001126572370

^!~ DuCk ~!^ said...

HAahaha...!! Korang dgr la kata2 mamat ni..

penulis blog ini....pada sy, telah melampaui batas....sbb dlm one of his post....siap blh ckp..."peduli lah walau mufti dan ulamak kata harus sekalipun, bg aku hukumnya tetap haram"

seolah2 dia lebih arif dr mufti dan ulamak....mufti bukan dilantik sewenang-wenang...mufti boleh mengeluarkan fatwa yg harus kita ikut sbb bukan senang diorg nak kuarkan fatwa.....kalau org yg layak mengeluarkan fatwa pun blh disangkalnya mudah2....di manakah darjat dan kedudukan ai aidid ni sbnrnya? adakah dia lbh tggi dr ulamak dan mufti?

mungkinkah dia....mufti express?

Aidid Mu'addib said...

tik:
Mamat ni naik salah bas ekspress ke apa?
Dey... kasi link kat mana aku ada cakap macam gitu - jgn putar-alam dey! Jgn terus amalkan perangai putar-alam pengamal MLM tu semua. Malu la sket samdol woi... Byk dapat downline minggu lepas bang?

mungkinkah dia... penabur fitnah express?

moon said...

Dah namanye pon itik... adoilaa... nak nangis rasa...

Jarr said...

duck = dickhead. nuff said.

bro aidib, gua nak amik email mark & spencer tu copy letak kat blog gua.biar kita sama sama sebarkan kemungkaran ni.gua tak segan silu nak letak crdeit kpd lu.

haha.

Jarr said...

adess **credit la credit.typo plak.

wakawaka said...

salams bro,

aku kagum ngn semangat ko, aku pun anti gak ngn sistem piramid2 ni,

apa kata, dlm group2 kita ni, kita setup satu pasukan peguam, mesti dari kalangan kita ada antaranye peguam ataupun hakim..haha.

pstu setup donation tuk team ni, & team ni berperanan tuk heret AC ke mahkamah. ataupun heret mana2 skim piramid ni..

bukti2 dh nyata, urusan pihak berwajib amatlah slow berbanding kalu kes liwat. aku jangka AC mizal ni mesti xkan jatuh smpai 4,5 tahun lagi.. selagi tkde org yg heret dia ke mahkamah.

sekadar pendapat,
wsslm.

Hisyam said...

hehehe...."neckless" nak meniaga tapi nak eja product jualan sendiri pun salah.. nampak sangat x wat product research betul2... KELALAR btul la....

mukmien said...

salam tanah melayu

to duck....
xdak manusia yg sempurna so kalo blajar agama tapi kalau xleh nak tegur pemimpin yang buat salah xguna gak kan.... cakap berdasarkan fakta....bukan cakap guna emosi...asal mufti x tegur AC sebab menyarankan lelaki memakai gelang sedangkan lelaki haram memakai perhiasan seperti gelang dan rantai....

to aidid
thank sebab bro terjah ttg isu gelang ACK neh....hope ade g fakta menarik...

wasalam tanah melayu.....

Jarr said...

aku setuju ngan kau wakawaka.
kebanyakkan mangsa mangsa ni mcm terhalang due to mangkuk tu punya status, artis cilanat.
put aside dato beli dia tuh, who cares?

mesti ade org berani tampil kehadapan.seret dia ke mahkamah.ini bukan perkara main main weih..juta juta punye kes.kalau ramai2 wat petition takkan pihak berwajib pon nak diamkan kan?

orang mcm ni harus di bawa ke muka pengadilan.serious shit.

pasni kalau org tanya, AC DIMANA?????? AC DI JELLLLLLL!!

oopss..kena saman ke kalau ckp gini?kehkeh

Abang Chik said...

ntah apa2 la si AC ni

feldasepi said...

aku nak berubah.........dari ade simpanan 1000 RM kepada TELOR AYAM coz join menatang haramjadah ni....aku sarankan sesiapa yang tak dapat seperti yang dijanjikan tolonglah aku merayu agar tampil buat laporan polis demi menyelamat insan-insan lain....

Unknown said...

aidid....cerita la pasal skim n.d lala pulak.

Mind Me said...

terlalu taksub dengan duit sampai yg haram pon dihalalkan. xcukop2 agak nye dgn ape yg dah ade. bukan nye papa kedana nak wat bisnes camni..even ko papa kedana pn xboleh wat bisnes cnggini..byk lagi kerja halal yg boleh dibuat. Allah bagi otak tu nape nak limitkan diri keje menipu nih. xpaham betol

Anonymous said...

bab lain x reti nak komen..aku x faham sgt tentang MLM ni dan kau malas nak dekat..pasal rantai tu aku setuju..kalua lelaki dah menyerupai perempuan,apa maknanya?x perlu mufti nak bagi fatwa baru nak ikut..mak bapak kita pun arif pasal agama kan?x kan x tahu lelaki x leh pakai gelang,apatah lagi rantai leher..

Anonymous said...

Takut aku nak pakai "Neckless" AC-CON ni. Memang neckless la aku kena sembelih dengan AC ni.

*Haaa...AC Mizal dah gertak kita semua termasuk bakal customer rantai dia ni, hilang tengkuk woi! (Neckless). Ni yg aku nak repot polis ni, AC Mizal dah ancam nak menghilangkan leher kita semua!*

Jual rantai la pulak. Mentang2 la dulu dia 4U2C, nak target budak2 hip hop kot? Sedihnya...

Dulu jual gelang, sekarang jual "neckless" pulak. Lepas ni apa lagi, gari tungsten pulak kot? Nanti gelang berkembar tu bakal menjadi trend di kalangan artis2 yg join AC-CON ni kot, ekekeke.



Kepada ^!~ DuCk ~!^, mesti sekarang kau tengah tension sebab orang dah mula tak nak join perniagaan pelingkup ni kan? Hahaha...confirm kau dalam keadaan tertekan ni.

Tie Quar said...

hahahahah! bodo! kalo duit dah berkepul2 sgt tu pergi tuisyen kelas bahasa inggeris la oi!! budus gila. kalau budak sekolah rendah yang eja mcm tu boleh la jugak diterima akal.

btw inilah (kebanyakan) orang Melayu. belajar malas, ilmu takda (bak kata lain bodoh la), pastu nak jadi artis walhal takde bakat pun. suara sekor2 mcm katak. laku pun tidak. pastu dok pikir nak kaya cepat je. lama2 pupus jugakla orang melayu.

oh lagi satu. kalau rambut tu dah sah2 hitam, takyah la nak kaler2 jadi perang ke ape ke. macam cacat aku tengok. nak jadi stylo la konon, tapi bodoh. hahahahhahahaha

and...aidid, aku pun macam kau jugak. malas nak tau cite2 artis melayu. cerita murahan semuanya. takde kualiti. sape2 yang suka tulis pasal gosip2 artis ni memang bodo sebab dia tatau ada banyak lagi benda berfaedah, berpahala, yang dia boleh buat. ni dok gosip2 = fitnah2. dosa kau bertimbun la ni nanti murai!!

Tie Quar said...

ops sorry. terguna banyak perkataan stupid di atas. tapi tak dapat nak elak, sebab itu adalah realiti, no? heh

Unknown said...

Salam bro Aidid,

Bile nak review psl sistem MLM oleh Hai-O Marketing? Gelang hikmat AC cume RM1000 tp Hai-O ni 10 set filter air harga rm22k bro..!!! Adalah 2 3 org member seofis dah brenti keje gomen semata2 nak wat fulltime wat MLM Hai-O ni.Masyuk la kot.Tapi lg ramai yg merana psl upline blah gitu je atau boh-layan lepas dah labur 22k.Yg lg kesian yg muda2 baru keje gomen slalu jd target dieorg.

Tolong bro utk review.Senang aku nak taram bdk2 Hai-O ni.Menyampah asik cite Caldina tebo la,Lancer X la.

Tolong bro.Jasemu dikenang.

Anonymous said...

Aidid, the pic at the end. Epic. You should re-brand all ACK related posts .

And why do i have this horrible feeling that Aidid and AC will become BFF one day.

hayat said...

http://www.tehtarikbersamayb.com/acara-teh-tarik-bersama-yb/berani-ke-dato-ac-mizal-ke-program-teh-tarik-bersama-yb-malam-jumaat-ini-dengar-podcast-ini

ko mesti dengar podcast ni

ac mizal punya komen
ngan org Perkasa

hayat said...

http://sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc4/hs161.snc4/37371_111130865601201_100001128643182_70404_6003895_n.jpg

cek maybank dalam link nih cek maybank current ker?

Adii NakHeran said...

Oh yuna,,, taste ko bro sama la ngn aku,,
terangan-angan bila yuna nk jamming ngn aku,,
-out of comment tentang AC*b*i-

Momento said...

patutla si AC ni Enggerish hancuss..dok deal ngn Rachel & Lulu kt Guangzho..diorg pn Enggerish terabur.

Shahrizat Ahmad said...

kalau web ni pun MLM gak ke?? http://on9biz.digital-niaga.biz/index.php ...budak-budak felda kat tempat aku dah terpedaya....padahal getah sekilo dah 6hengget...

M!ss Yeye said...

haih..senang cite takkan jual gelang bleh kaya plak an..kt situ dah bleh pikir...

dah sah2 mlm...

peace..

nurul hazirah muhammad said...

momento: org2 guangzhou mmg english dorang lemah sikit. dorang lebih suke guna bahasa sendiri. guangzhou ni bukan macam beijing yg bandar bebenor tu. die bandar yg biasa2. so english tak ditekankan sgtla kot. sbb tu kalau gi guangzhou elok ade translator. saya tau sbb pernah pergi sana. saja nk share. wassalam. :)

Aidid Mu'addib said...

LBF... itu bukan MLM, itu skim piramid outright.
Skim piramid 1 cari 10, tapi dgn RM10 shj, bebudak Melayu yg tak lulus SPM mmg cukup suka....

http://www.facebook.com/photo.php?pid=218915&o=all&op=1&view=all&subj=154618694571313&id=100001126572370

Unknown said...

Apa pendapat anda mengenai SKN2U?? MLM or ....

dear anies said...

ilmu ciput.iman..x xtau la nipis ke tebal.mls nk berusaha tp nk cpt kaya.bangsaku..buka la mata anda!!!

http://aniesandyou.blogspot.com

Unknown said...

Salam... Bro... aku tak nak ulas pasal AC Mizal ni, sebab bg aku kebanyakan mastermind MLM adalah PENIPU BESAR... Bro pernah dengar pasal Friends Club? Tentu Bro pernah dengar pasal sindiket yang berselindung disebalik MLM tetapi bertopengkan sebagai BISNES untuk menipu dan mengelentong belia dan kakitangan kerajaan... Selain Friendclub, ada lagi satu group MLM yang WAJIB dibongkar... Iaitu Steven Yeam Network (SYN) yang berselindung disebalik operasi company DCHL... Dan RZ Corporation... MLM haramjadah ni dah bergiat lama... Kemudian aku terjebak dgn mende ni disebabkan pengaruh kawan... Aku pinjam 40 ribu dari bank semata-mata untuk membeli pangkat 'Count' dengan harapan mudah naik ke pangkat 'Marquis' dengan cepat... Sebelum menyertai skim haramjadah ni, aku dijanjikan oleh member yang bawak aku masuk untuk tolong jika ada sebarang masalah termasuk mencari downline... Lepas saja aku join... Aku mula bergerak cari downline... tetapi betapa susahnya nak cari downline... dek kerana pada masa tu ada banyak lagi MLM spt CNI, Hai O dan lain-lain... Lastly, bila nak mintak bantuan member... dia buat-buat sibuk... takde masa la... bila rujuk balik upline... upline bg mcm-2 alasan... Skim haramjadah ni mensasarkan kakitangan awam. kerana kakitangan awam plg mudah utk mendapat pinjaman bank... sehingga sekarang saya terpaksa menanggung kebodohan saya dulu kerana terpengaruh dengan member... hingga gaji dipotong sebanyak RM 600 tiap-2 bulan selama 10 tahun... Aduh... seksanya hidup....

mfaizal2008@gmail.com

zu said...

salam

saya kagum dengan sedara yg bersusah-payah berusaha demi kebenaran. tahniah sedara dan teruskan lah usaha ni demi menyedarkan masyarakat yg masih terus mengharap rezeki datang bergolek.

satu yg saya ingin tegur adalah tentang gaya bahasa yang saudara gunakan. bagi saya agak kurang proffesional dan agak childish. saya lebih respect sekiranya sedara gunakan gaya bahasa yang sederhana tetapi padat dalam mengutarakan hujah2 sedara.

segala perkataan yang tidak diperlukan, especially yang berunsur penghinaan dan kata2 kesat seelok2 nya sedara elakkan.jangan sampai amal baik sedara tercemar disebabkan perkara2 ini. bah kan saya pasti ini akan digunakan bagi pihak2 yang anti dgn sedara untuk menyerang kembali peribadi saudara.
-bahasa mencerminkan peribadi-

sekian. teruskan usaha.

gargonoid said...

Salam bro Aidid, i really respect you on your series of pendedahan and i really2 think that we as malays really need someone like you to bukak mata dorang.. I myself don't understand why we malays easily fall prey to these schemes. However, I think it's time to move on. I would realy like it if you can kupas on gores2 thing. A lot of Malays, and i mean really2 a lot of Malays fall prey to these as well. My neighbour back in my hometown for example, withdrew most of his saving in Tabung Haji and ended,he did not go to Hajj till he die. Di Stadium Bukit Jalil, temporary bus stand, they do this gores2 thing in broad daylight. I told the police officer (there's a mini police station there) but the police did not do anything. I really hope if you can kupas on this issue. Thanks bro. And keep up the good job. U're the man...

nai Kurosaki said...

salam.
bro.cube kupas sket pasal vemma.dulu ko ada cite gak,tapi nampaknye skarang ni makin naik pulak.bosan dah aku kne promot dengan benda2 x berfaedah ni.
trime kaseh

Unknown said...

kesimpulanya
nak kaya?tipu bnyk2 meleis.
Haih..

Btw good job bro.

Unknown said...

great info
neckless? tu word plg rare kt dunia ni..haha

BBStar Auto said...

hmmm aku tgh bayangkan sesuatu...

marah tak kalau peragut ragut duit kita dalam wallet rm50, kene tikam lagi, hilang nyawa kene ragut..

AC mizal ni dah super bapak meragut duit org melayu ni,ade yg rela,ade yg x rela..mcmane plak tu..

camni la AC,ape kata ko ajak 'kaki pau','peragut','pencopet' join MLM ko..supaya xdela lg org nk meragut dh kt mlaysia ni..sbb kononnye dapat pulangan lumayan..baik ko ckp ko wat MLM supaya nk tolong peragut dapat sumber pendapatan..camtu elok skit..

Ape jadah aku mrepek ni syaitan...

SI_PEMOTONG_KEPALA said...

Assalamualaikum dan salam sejahtera

kepada Saudara2 yg rasa xpueh ati bila org ckp MLM ni xbagus dlm agama...aku cuma nk bg pendapat la kan...pendapat dari seorg manusia yg berfikir tntang diri sendiri dan org lain...aku xda prob dgn bisness mcm direct selling...amik satu product dari supplier...n then cari customer tuk jual...cnth kata amik dr supplier 10 rnggit, jual kt customer 12 rnggit....that is cool....tp kalau bisnes dh nama MLM ni mesti nk kena cari downline....1 level, 2 level, 3 level, bla bla bla.....aku nk tau gak...sbb apa bila saudara level 3 jual product kt saudara level 4, tiba2 saudara level 2 n level 1 dpt komisyen...apa kaitan saudara level 1 ,2 dgn level 4....ntah penah jmpa ntah x..silap2 xkenal langsung...n ada stgh org MLM ckp tu procedure syarikat..dpt cari downline maka akan dpt komisyen..makin byk downline makin byk komisyen...dr mana kompeni dpt duit nk bayar komisyen kalau bukan dari saudara di level 4, 5, 6 dan seterusnya...

aku ni xda la bodoh sgt..cuma cara aku berfikir akan buat sesetgh org kt aku bodoh....bg org MLM mungkin aku ni xbrapa paham konsep bisnes diorg..

manusia kt muka bumi ni bukan infiniti....ada limit dia......just assume dunia ni ada 10 org manusia....kita buat satu bntuk piramid...level 1 ada seorg manusia...level 2 ada 3 org manusia...dan level 3 ada 6 org manusia (kalau xpaham tlg la lukis diagram piramid tu)....bila saudara level 1 jual product kt saudara2 level 2, dia akan dpt komisyen.....bila saudara level 2 jual product kt saudara level 3, diorg dpt komisyen...dan...saudara level 1 pun dpt komisyen.....

sekarang

saudara level 3 nk jual product kt sama??

adakah nk kena jual product kt saudara level 1 n 2 kembali??..kalau nk jual pun diorg (level 1 & 2)nak ke jadi downline kepada downline sendiri??

so dlm hal ni....saudara di level 3 akan menjadi hilang arah tujuan sbb dh rugi byk…

keuntungan paleng byk = level 1
keuntungan agak byk = level 2
yg xda untung langsung = level 3

yg sll menjadi mangsa ni saudara2 yg berada di level bawah2....

perniagaan yg menggunakan kaedah yg sama, procedure yg sama, dengan janji yg sama Tetapi hanya menguntungkan sesetengah pihak dan merugikan /menganiaya pihak lain....mcm mana tu?....even aku seorg islam tp aku xnak masuk soal halal haram sbb lain manusia lain pendapat...lain mazhab pun lain pendapat....ramai org sensitif bab2 ni......

so....td aku wat assumption dunia ni skang ada 10 org....skang kita kata dunia ni ada 6.5 billion manusia...bila system sama, hal yg sama gak akan terjadi...

sistem yang sama, janji yg sama, kaedah yg sama (cari downline)...tp ada pihak teraniaya

ni cuma pendapat dari aku

jangan hidup dengan menganiayai org lain..kesenangan di dunia cuma sementara..gunkan akal untuk berfikir, jgn gunakan akal untuk menipu...

kalau aku silap, semoga ada petunjuk untuk aku melihat perkara yg benar...

kalau aku betol aku harap sama2 la kita pikir

noorcahaya said...

bravo.. bravo..... good job.. tak tahan aku tgk quotation dari cina tuh.... cam bli alat menan