Aku dulu sekolah kat sekolah asrama, all boys school. It was a whole lot of fun. I still missed the good ol' days. All-boys school... so, sure la ada kes jambu-menjambu dan raba-meraba luar tabi'e berlaku - tapi, for-the-record, aku tak pernah melakukan perkara luar tabi'e pada sapa-sapa dan tidak pernah pulak diperlakukan secara sumbang dan luar tabi'e semasa aku bersekolah di sana. Memang ada cubaan untuk perkara sebegitu hampir berlaku terhadap yours truly, tapi aku dapat tepis dan tangkis dengan ayaq lioq dan tapak kaki. Yeeeehaaaa! Piaapp!
Shoot! Apehal pulak cite pasal jambu pulak neh? Aku nak cerita pasal hantu la beb.
Sekolah aku ada long tradition pasal benda-benda merapu pelbagai jenis hantu. All those ghost stories never happened to anyone that I know of per se, but the chain of stories always passed from seniors to juniors year after year after year... dan kebanyakan kita orang pelajar kat sekolah tu semua berasa bahawa hantu tu semua muncul masa zaman kita orang kat sana. Ada hantu askar jepun tarak kepala berkeliaran kat koridor mengheret bola besi... zreet zreet zreet! Ada kesah nurse-jadian yang mundar-mandir dengan lampu minyak tanah dalam dorm, menjengok kelambu sesapa yang tengah tido. Ada kesah bebudak form 2 balik prep, lalu kat bawah pokok besar, dia orang nampak ada manusia tergantung kat dahan pokok, tergayut dengan tali di tengkok - persis (cheewwah!) orang yang kena hukum gantung.
Dan dah jadi tradition jugak - form 5 akan buat hantu sendiri kasi bebudak junior terkencing dalam seluar bertempiaran lari, especially in the weekends. Masa aku form 1 lagik, bebudak form 5 bagi kita orang bebudak kecik baru bersunat, ada yang sampai menangis-nangis dalam kelambu bila nampak ada lembaga berjalan perlahan-lahan kat koridor atau kat dalam dorm. Aku sendiri mamat tido mati - so, gua selamaaaaat. Ada pernah dalam beberapa minggu, kecoh ada hantu berkeliaran lepas midnight - muka hodoh, pakaian koyak-rabak - when actually, bendanya cuma topeng plastik aje pun, bebudak form 5 punya keje, termasuklah prefect kita orang. Dan bajunya pun baju/kain cadar yang dikoyak-koyak aje pun. Topeng dia orang pakai lebih kurang macam ni:
Ada ramai kengkawan aku yang terkena kena sampuk, atau secara tak sengaja ternampak lembaga huduh ni, khasnya bebudak yang suka bangun malam untuk pegi toilet nak kencing. Memang siap la kena, bertempiran menjerit-jerit lari masuk dorm. Tapi, ada sekali tu, satu malam, yang pakai topeng tu prefect kita orang, dia pegi kacau kawan aku sorang ni kat dalam dorm - dan mengikut pengakuan kawan aku tu kemudian hari - dia tengah bad-mood malam tu, dan dia ingat ada mala'un nak raba dia... dan bila dia nampak lembaga tu berdiri kat tepi katil... apa lagik, sekali dia hayun penyepak se-das kat bahagian barang prefect tu. Right on the money! Agaknya adik sedara prefect tu terus merajuk, mamatnya blah macam tu aje, dan kemudiannya takmo cerita pasal benda ni lagi dah lepas tu. Until a few years after that, barulah rahsia malam tu terbongkar... hahaha, prefect form 5 tu malu seh!
Anyway, fast forward. Aku naik form 5, giliran kita orang pulak buat palat kat juniors. Kasi ragging itu hal lain - dan memang kami kuat ragging junior gilabab - sampai kes pukul dan ntahapekejadahnya lagik, macam-macam ada, hebak mung. Kecuali la kalau ada junior tu yang jambu... mula la ada form 5 barua yang perasan mahu jadi protector. Mahu kasi budaknya off-limits... not! Mintak mahap! Kehkehkeh! La pulak... aku nak cerita pasal ghost story la bang, apa jambu-menjambu lagik neh? (Sorry, aku ada tendency untuk cite pasal jambu ayaq - well, it's kelalar what?).
OK, satu weekend tu kita orang dapat idea mahu kasi bebudak form 3 dan form 2 ketakutan dengan hasil ciptaan hantu terbaru waktu tu. The idea was... kawan aku naik duduk atas bahu kawan sorang lagi ni (sorang gemok-besar, sorang lagik saiz S) dan pakai selubung dengan kain cadar putih - jadi nampak lembaganya dalam 9 kaki tinggi gitu. Kena pakai 2 cadar kasi cover semua badan 2 orang. Dari jauh dan dalam samar-samar lampu jalan, memang seram siut. Hahaha! Lepas tu, kita orang tunggu bebudak junior yang dalam perjalanan balik ke asrama dan akan mulakan tugas mahu kasi bebudak form 2 dan form 3 cha-alip-boat menjerit macam awekz remaja kena histeria.
Malam sabtu, malam wayang kat sekolah kita orang - kengkadang show abis lambat, kami ingat malam sabtu tu la mahu jalankan projek. Jadi 2 orang kawan aku ni siap-siap la pakai cadar dan kita orang tunggu kat tempat gelap dekat jalan yang juniors lalu untuk balik dorm masing-masing. Pada mulanya, memang la ramai orang lalu-lalang, jadi kena la tunggu bebudak hingusan yang paling lambat terkedik-kedik pokpek-pokpek berjalan pulang untuk dijadikan mangsa. Ada sekumpulam form 3 dalam 5 atau 6 orang muncul, dan "hantu tinggi" tu start la jalan slow-slow ke arah dia orang. Belum sempat apa-apa, masih lebih 50 meter lagik, sorang budak ni dah nampak dan terus menjerit dan patah balik bertempiran, dan yang lain-lain pun ikut sama jugak. Kami yang perhatikan dari jauh memang ketawa mengikik gilabab... HAHAHA!
Jadi, banyak la mangsa bebudak junior terkena sergah dengan "hantu tinggi" malam tu - yang paling sedih sekali, ada sorang budak form 2 jalan sorang-sorang, dan kawan-kawan aku tu tunggu betul-betul last minit baru keluar menampakkan diri - budak form 2 tu terus tumbang tak keluar suara apa-apa - pitam terus. Mamatnya lemah semangat la kut... dekat 5 minit pengsan. Nasib baik mamatnya jambu sket - so, ada la mala'un horny yang volunteer kasi temankan dia balik ke dorm. HAHAHA! Kes jambu lagik.
OK, dah dekat midnight - kita orang pun dah mahu cabut balik dorm masing-masing, dan ada beberapa orang kawan (termasuk aku) mahu keluar pegi makan kat town - which of course, kalau kena tangkap, memang kena detention. But, that's what we did then every weekend. Detention or no detention, pandai-pandai la nak idup. Pandai-pandai la nak elakkan diri daripada dijejak dan dikesan oleh anjing-anjing peliharaan HM. Anyway... kawan aku yang 2 orang jadi hantu tu pun dah keletihan, especially mamat yang duduk kat bawah yang menanggung beban mamat yang sorang lagik. Dia orang pun bukak la cadar yang dah berbelit-belit tu. Pusing punya pusing, cadar putih tu pun dapat la dilepaskan daripada badan dia orang tu. Lepas tu giliran kita orang pulak yang terkejut beruk, tersirap darah dan terus macam nak pengsan, terus masing-masing kita orang bertempiaran lari...
Kat atas kawan aku yang berbadan besar tu ada kawan aku bertenggek - tapi, kat atas dia pulak ada orang lain pulak yang bertenggek jugak, sambil tersengih tengok kita orang kat bawah.... budak kecik pale botak.
58 comments:
uwaaaaaaaaaaaa...kenapa citer seram kali ni en. aidid...
cit....apekehe cerita seram malam2 ni...dah hamba terbaca...(hope tak kena keja mlm ni)
Takut woiiiih!!!!!!!!!
http://ohserius.blogspot.com/
hahahahaha...asal tak simpan utk malam jumaat did
uihhhhh.kOme nie yOb, ape hal ler kOme p cerita pasal hantu plak nie..kat kawsan umah teman nie, duk kecOh pasal penanggal + pocong...! adehhhhhh, udah lerr teman kOrje balik subuh hari..huhuhu.
top ten
choih! penakut jugak rupanya form 5 pun hahahahaha kaler apa budak botak tu?
budak sekolah ko memang suka menjambu, ko sama sekolah dsai ke weh? aku dengar bebudak sana suka menjambu hahahahaah
salam Bro...
tak bahaya ke bubuh biodata and profile picture tu...geng-geng taiko tu might be hunting for you, it's better to keep it secret..
talk about jambu..i am not..
tapi mungkin ada sorang yang horny nampak saya tidur..terus raba bibir..
fine..terjaga..dan buat tak tau..ingatkan macam abuk or apa2 lah yang lalu mulut..
then tiba2..rasa mcm makin gelap..makin berbau orang..makin terasa nafas..makin terasa hangat2..bukak mata sikit2..tengok ada sorang cuba kiss bibir..dah rapat benar dah..legend says, it DOES touching my lips..euwwwwwwwwwwww..
uhhh..puas sekolahkan beliau malam tu..sampai bilik2 jiran terjaga..sampai penyapu patah..sampai beliau menangis menyesal kot..
esok..beliau belanja burger..
sekian..
seskali aidid dok off topik pun layan gak.. lagi-lagi cite pgalaman hantu.. aku dah lama xbaca cite hantu asrama camni..
kahkahkahkah
padan ngan muka.
jahat sangat!!!
Mmg best kenangan dok asrama...cerita budak takde muka, hantu hijau kluar kot toilet (sembelit ai jadinya), lembaga hitam bulu2...semua best2 bila ingat balik...
But for me, yang paling menakutkan: BOYS! Kakak2 senior semua dok brains wash suruh takut kat boys, jalan kena tunduk, jangan cakap ngan BOYS, tak leh hantar baju ke dobi nanti BOYS tengok..hehehe...tapi mmg la the BOYS paling hantu dari hantu betul...ye tak AM?
budak pala botak tu makhluk ciptaan Allah gak. so citer macam tergantung je. ke ade part 2 ni.
citer hantu la pulakk...dulu mckk ke bro?
STAR
haha.. boys and ghosts kt asrama. mmg x bole pisah..
alamak aidid buat citer seram la plak.....
thumbs up! suka post ni.Part 2 bila?
hantu kepala botak duduk kat level atas? hmmm,budak dua orang tu pulak duduk level bawah?sure hantu tu masyuuuk...
hoh,seram!
hebak gok mung....
http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com
BLOG CELAKA = http://makcikhajjahsittalwuzara99.wordpress.com
huh, STAR ke? Hehehe, saya dulu SDAR, kira kes jambu-menjambu ni common gak la...hahahaha!
Hantu yg legend kat SDAR Seremban era 90'an adalah 'ROSNAH'...pernah dengar tak agak2?
AM: cara cite tu macam ko ni SDARA je...
boyarque : ko 937 ke ?
@ska, budak SDAR gak ke? Aku batch Sikamat 88-92.
Sorry bro aidid, hijack carpet...:P
cite hantu? bro aidid.. betul ke lu ni? hahaha..
budak kecik yang atas tu... maybe dogtor hai o kot... ske menepekkan adik dia kat leher orang hua hua hua..
vw: hortmer=homer simpson
cam nak sama je situasi kat skolah aku dulu..
Insaplah anak-anak, tak elok main jambu2 neh. Sesungguhnya liwath itu boleh mendatangkan penyakit kelamin.
bro nak bertanya pasal beberapa produk ni..ni produk betul ke atau auta antara produk nak tau ni kasi dedah
Vimax-produk yang dikatakan leh membesar dan memanjangkan "anu" hahahaha
Phero-X=produk dikatakan pheromone yang boleh menngoda wanita
Pheromax=sama cam phero-x nye produk
Aura Seri-produk prof ibrahim yg dikatakan boleh mengembalikan aura seseorang...betul ke produk ni?
diluluskan ke tidak? kadng2 diorang promote cam power je bendanya tapi rupenya scam atau menipu masyarakat kalau boleh dedahkanla kat blog nak tau gak status produk yg semakin diminati ramai ni
insap ke isap LABU? liwath tu.......bunyi dia wad ke wass...?
otinkad:
aku pon ade nk tanye... yg pasal Ozone Purifier tu. cube bukak link ni lebih lanjut. sbb mende ni ade jual kt Zhulian jugak . mende ni betul2 ke boley buang toxic dlm makanan sbb kate promoter tu kt spital gune mende ni utk sterile barang2 nk bedah orang.. nak kepastian.. tgk ni budak hai-o punye youtube http://www.youtube.com/user/muldinux7
boyarque : bukan SDAR... tp kawan2 dgn 937...:)
hantu tgh cari downline la tu...
Cuba Aidid, cek tengok blog ini pulak http://sway2u.blogspot.com/
SKIM PIRAMID BERPRODUK jual benda merapu yg tak pernah jadi isu penting dalan sains perubatan - air alkali kejadahnya ntah. Modal buat SCAM aje tu. Go go SCAMMER!!! Org Melayu mmg piang...
no comments...jus liking ur blog...
good posts...
salam dari Brunei
I must say, selingan kali ini memang menarik. Good to break the monotony of the last few posts.
Biler next song review pulak bro?
tibe2 teringat time skola2 dulu...huhu good old days.
Macam cerita sini ada hantu la jugakk...hehe
"Kat atas kawan aku yang berbadan besar tu ada kawan aku bertenggek - tapi, kat atas dia pulak ada orang lain pulak yang bertenggek jugak, sambil tersengih tengok kita orang kat bawah.... budak kecik pale botak"
errrrrkkkkkkk!!!
sengih??!!! adeiii.. pengsannn!!!
mokcik mintaklah sangat2 janganlah 'dijumpakan' erkkk!!!
adei aku silap bagi link youtube... pls see this... is this true..
http://www.youtube.com/user/muldinux7#p/a/u/2/iRfD2uw7vPU
thanks for your time brother..
it remind me of my old days in school.... heheheh... "hanjing HM".. heheh lama tak sebut.. hahah
Aku telah memecahkan rekod peribadi iaitu x penah masuk toilet sepanjang aku standard 1 till 6. Aku takkan minum air time rehat n akan tahan kalo nak 'wee wee' bile sampai umah. Kalo da x tahan sangat aku akan panjat pago skool dan mintak tumpang toilet kat umah makcik sebelah skool aku. (by the way, i am prefect);)
oii skolah star, terbaik..gua skolah st michael..skola lelaki gersang gak..lepak mana AM? Yik Foong??? yik foong memang slalu legend lepak..hahahhahahha
"Kat atas kawan aku yang berbadan besar tu ada kawan aku bertenggek - tapi, kat atas dia pulak ada orang lain pulak yang bertenggek jugak, sambil tersengih tengok kita orang kat bawah.... budak kecik pale botak"
kawan badan besar->kawan badan kecil->budak kecil.
macam satu metafora skim pyramid pulak kan.
alamak! aku dah jadi obses. cerita hantu pun ingat skim pyramid.
cesss.. cerita hantu la pulak...
huhuh...
btw, baru perasan yang bro. Aidid dah letak profile picture..
~nampak sangat lama tak datang sini.
anjing HM tu mmg klasik
nakalnuya waktu dulu2. sabo jelah.
En.Aidid, AC cari org utk kuruskan badan pulak kali ni. Hehe..
elehh pakcik..STAR laa sgt..!!hahahaha ='P
ghost stories..mmg legend mana2 sekolah berasrama kan..?
thanks for making us smile with ur stories..miss the memories thou ='D
Wa kurang percaya lu budak STAR. Wa budak STAR 83-88, siap repeat lagi (buat matrik kat sana). Kalau lu budak STAR cuba jawab soklan yang budak STAR saja tau
1. Kiub tengah tu apa?
2. Antara Yellow house dengan White house ada apa?
3. Glossu Rabban house mana?
Cobratasha!!
Woi Harkonnen...
Tak kan tak kenal aku kut?
kahkah..patut la ayat POWER! Orang utara rupa2nya..kahkah... cantek ah.
Fyed Rautha, bior aku jawab soklan ko,
Jawapannya:
No. 1: Kiub tengah tu kiub tengahlah.
No. 2: ada "Dengan"
No. 3: White house
skang siang-siang buta pon ada hantu..
PERGHHH...skolah STAR..makcik aku ngajor situ dulu. Cikgu Ainan, sapa kenal? hehe.tapi aku lupa tahun bila...
Aku form six kat Anderson (tiap2 minggu misti ada kes gaduh-pasal buku note gitar pun gaduh,huhu)
Tak seram poooon bang Aidid.
Jom layan citer hantu baru>>
<>>
emeldaelast.blogspot.com
Post a Comment