And so it is...

Monday, December 6, 2010

Emall - Skim Piramid Untuk Anak Melayu Yang Dungu.


Korang tahu restoran mamak Ali's Corner kat Shah Alam? Seksyen 7, Jalan Platinum. Bebudak UiTM mesti tahu cerita ni, tapi aku dengar IPTA lain pun ada jugak dapat serangan daripada skim piramid ni. Skim piramid anjuran anak orang Melayu yang tak sedar dek untung. Elok humban dalam lombong aje.... cuma kat Shah Alam takde lombong, jadi kalau korang nampak bedudak pakai pakaian semua hitam berkumpul kat Ali's Corner tu.... humban aje dalam tasik yang ada kat sebelah Kompleks Belia dan Kebudayaan tu. Eh, tasik ke atau loji kumbahan? Kalau loji kumbahan memang lagi cun.

Mala'un ni semua sepatutnya tak diberi masuk IPTA langsung seeloknya. Biar dia orang kerja mat despatch, hujung-hujung minggu atau cuti, boleh merempit, press-press minyak motor macam jakun dan wheelie sampai terbongkang masuk longkang (mintak maaf runner dan despatch semua yang berdisiplin tu - rezeki korang yang halal tu takkan boleh challenge). Siap promote emall ni dengan mengutuk orang yang belajar kat IPTA, cakap pelajaran tak boleh menjamin masa depan dan siap cakap makan duit emak-bapak itu haram. Setiap orang kena cari duit sendiri. Cari duit sendiri dengan join emall sarannya. Crazy stupid ass!

OK... emall tu apabenda? Seperti biasa dalam apa-apa skim piramid, dia mesti ada front-end thing yang dia nak niagakan. Dalam kes emall ni, ianya dicanangkan sebagai tempat pengiklanan maya yang hebat dan tercanggih masa kini. Perlu jadi ahli dan berbayar... jadi kalau korang join perniagaan ni, kira jadi pelabur la gitu. Nanti boleh manyak-manyak untung bila website ni jadi tophit. But wait! Kan ada mudah.com? Kan boleh iklan kat sana dengan tiada keahlian, percuma dan easy-peasy-lemon-squeasy? Those kids are not very bright huh? Please forgive them, mungkin salah cikgu Tabika Kemas. Aku check urldogg, emallnetwork.com adalah site yang ke 712,995 (most visited site on the internet) dengan 1,534 hits per day (dah bukak 2 tahun ada bang?). Dey, adik-adik emall dey... ranking aididmuaddib.blogspot.com adalah yang ke 72,843 dengan 15,023 hits per day... baru bukak 2 bulan. Meh la iklan kat sini, boleh aku tempeleng sorang-sorang.

Yang mengasaskan kerja lanun tak berpekdah dan haram laknat ni, dengar cite ada 4 orang. Aku dapat nama Amir Johar Bahar dan Mus. Itu dia punya runner dan muka depan, tapi ada 2 orang lagi yang buat keje belakang-belakang... I mean keje ofis, bukan keje gay tak senonoh tu, huish! Dan ada pulak rumours cakap ada kepala ketapi yang jadi mastermind semua ni, itu kena tanya KPDNKK, sebab dia orang tengah surveillance kumpulan ni. Dia orang emall ni kalau buat gathering, suka war-warkan yang Petronas menaung syarikat ni - punya la cilanat punya kelalar, kalah Salima AF. Ada budak yang dah pernah join cakap, kalau dia orang buat "closing" siap tulis atas kertas tisu, sebab takut pihak berkuasa cekup - jadi, kalau ada orang yang mencurigakan datang dekat, dia orang boleh tuang air atas tisu tu. Wadefluke? Punya la amatur dan cikai punya bzns. Orang buat biz juta-juta kat hotel 5-star beb. Abis sain MOU, lepak kat spa dilayan oleh amoi cun. Kasi usap-usap sesedap rasa. Apa daa? Cakap mau jadi jutawan? Jutawan emall taik kucing.

Yang pasal pakai pakaian all-black tu aku tak faham. Mungkin nak kasi tahu orang hati masing-masing dah hitam makan duit haram laknat setiap hari kut. Imagine kalau yg pakai all-blacks tu memang berkulit hitam macam Usher atau Nelly atau Tanasegaran... kan dah gila baboon namanya. Tak takut kena langgar masa bawak motor kapcai tu dalam gelap ka beb? Bzns nya pulak punya la sempoi dan terang-terang sungguh nampak skim piramid. Apahal la bebudak Melayu sekarang ni benak sungguh? Aku sendiri dah faham pasal skim piramid ni sejak umur 17-18 lagi, dan memang tak pernah tergamak nak aniaya orang lain untuk isi poket aku sendiri. Sedangkan aku sendiri anak orang susah masa kat U, bapak aku noreh getah aje. Duit haram dek oi, jijik meh! Dan yang memeranjatkan bebudak yang jadi sasaran dan join emall ni kebanyakannya adalah pelajar IPTA. Korang ni semua tak tahu sepatah-haram matematik dan statistik ke dik? Dah tu, apahal Kementerian Pelajaran kasi korang masuk U?


Di mana la mastermind yang buat sistem piramid ni pegi sekolah? Menakjubkan betul tahap putar-alam dan cita-cita lanunnya. Sistem 1 downline 6, memang cari nahas betul... kan cepat skim ni crash? Dan bila biz ni bungkus, 83% ahli akan rugi tak dapat apa-apa! Kan ke cepat sesiapa yang join buat aduan kat KPDNKK. Why? Sebab nak cari 6 downline untuk setiap yang join perlukan anak orang Melayu yang terencat akal dalam satu populasi yang besar, dan kalau kat IPTA sahaja, memang tak cukup. Itu sebab kalau korang check kat facebook, dah berlambak anti-emall group ditubuhkan. Bebudak kat group tu semua dah meluat dan menyampah dengan Amir Johar dan Mus tu. Siap ada yang dah doakan supaya mala'un 2 orang tu mampos cepat. Huish! Muluuutttt...

OK... that's it. Short and sweet. Dan takde banyak benda nak cite pun. Skim piramid cikai yang dikelolakan oleh budak Melayu yang "definitely not the sharpest tool in the shed" dan di joinT oleh bebudak IPTA yang tak lulus matematik SPM dan kecik-kecik lagi memang dah tak kesah makan duit haram. Kecik-kecik lagi dah belajar cara putar-alam. Dah besar nanti tak tahu la nak jadi apa. Jadi politician kut? Ouch!


>>>>>>>>>>><<<<<<<<<<<


Oh ya... flyer aku yang paling femes!







66 comments:

sya fiq fox said...

1st!

Unknown said...

2nd!!

alien said...

hok aloh...
1st., 2nd pejadah

kasi la komen yg membina sikit

hamzah ian said...

melayu kan benak otak..

Nur Amira Ramli said...

adeh. suki2 je nk attack student ipta. so far x de dgr lg kat utm. jgn dtg utm ye! :p

Unknown said...

alaa alien jgn le marah....kitorg suke sbb aidid is back!!

*sigh*...these MLMers mangkokss are just PISSing on our Malays without even the courtesy of calling it RAIN

Razi said...

suh lar diorang promote kt student kolej TAR...

Munn Jaafar said...

stuju dgn alien.nyampah btul bla rmai yg tgedik2 nk jd 1st 2nd..komen la btul2..

mmg slalu nmpk bdk2 bju itam ni kt sek.7..tgk gya xlain xbkn MLM jgk..perabih duit ptptn kt c2 agaknye bebudak ni...ptut nk byr blk liat..uhuk!

sya fiq fox said...

komen anda juga tidak langsung membina en alien.. hahahaa.. anyway.. blog ko ke ni? ade aidid kesah?
wakakaa..

Kar said...

aku ada dgr kes yg mana budak2 IPTA baru kena kumpul dalam satu dewan then kena paksa masuk dalam program2 mlm ni. dalang dia tak lain dan tak bukan, dia punya lecturer sendiri dan kuncu2 dia. Mmg bangsat betul puak2 ni.. pengkhianat bangsa dan ugama sendiri

BiancoFisso said...

Nur Amira : utm mane? main campus? biarla dioerg dtg...ada hiburan sikit...stress ni...xder tmpat nak lepas geram..

BiancoFisso said...

Well, MLMers ni mmg suka target budak IPTA(yg ngok shj)..adake mkn duit mak bapak haram...adeh, dr kecik dh mkn duit haram ker? maknenyer suma org makan duit haram la ni? (melainkan umah ank yatim) gitu?...adoyailaaa...mmg xcukup akal tol...

Anonymous said...

erk.. ada lecturer macam tu ke? tu memang kene report tu. Hadui~

Razi said...

aku suka la salah satu idea sorang tu.. biler ader org ajak mlm.. dier tulis blog nie bagi kt dier.. terus terdiam mlm tu.. :-)...

aku pun nak print address ni kt kertas kosong byk2.. biler ader mlm ajak minum.. aku ikut jerla... biler dah start perbincangan.. dorang leh pakai kertas kosong yg aku print tadi utk kira2 :-)

suka tgk reaction dorang nie.. heheh

rahman said...

sya fiq fox said...

komen anda juga tidak langsung membina en alien.. hahahaa.. anyway.. blog ko ke ni? ade aidid kesah?
wakakaa..
-----------------------------------------
hoii bebudak..g men jauh2..kt sni bkn tmpat ko nk men2 k..klau nk sgt komen 1st la apa la..p bt blog sndiri..komen la pus2 ko k..
mr aidid tu x kesah sbb dia xdak msa nk lyn ko..
sigh..angin aku ngan bebudak x ckup akal ne..

hyelbaine said...

Hahaha..I love the part you go Haha at the Total Accumulate in the graphic above.

Hhhmm..0.01% to get 114k when ASB give you 7% returns in dividends and/or bonus 100% of the time.

As you said bro, simple math can be a hard concept to grasp for bigots..

joe said...

Owh tu la sebabnya bila ptptn masuk lambat, bbudak ni la yg paling awal keluar paper muka depan, berdemo bagai nak gtau duit loan dorang masuk lambat, rupenye masuk skim "cekik duit bangsa sendiri" rupenye, hurmm, nape la korang masuk U? :(

dear anies said...

sy fhm benau la peel bdk2 U ni..part2 yg x de kaitan dgn pelajaran..cpt jer diorg dok serbu.acu prog yg ada unsur2 keilmuan, keagamaan o yg bleh membina motivasi..leh kira ngan jari.
apatah lg benda2 yg berkaitan dgn duit. kalu wat gathering..perghh penuh cm ikan sardin. kalu yg berkaitan dgn agama sket, br je nk mula, pihak pengurusan pelajar dah mai. siap kuarkn arahan: 'tempat ni kena dikosongkan sekarang juga!"

despyan said...

aidid @ sesape je..tau x pasal bisnes alphalipid?kira cmne tu sistem nya?ok ke x...tlg jwb...

Anonymous said...

tempat yang bro aidid mention kat atas tu dh memang dekat sangat dah dgn rumah aku tu. tapi memang pun kalau diorang ni berkumpul dengan seragam hitamnya tu, memang kecoh. naik meluat plak aku tengok. kadang2 tu kacau ketenteraman org lain yg nk lepak ngeteh kat situ. rata2 memang budak student. pastu lepak sampai 2-3 pagi kt mamak tu. lelaki pompuan sama je perangai... huh!

Aylamyra said...

tergelak2 aku baca posting nih...

aidid u r the best ..teruskan usaha mu...

Unknown said...

despyan...pg link ni...klu dah sebut INFINITY tu..x lari ler dr MLM...

http://www.alphalipidasia.com/2009/03/marketing-plan-pelan-pemasaran.html

my mother-in-law penah beli alphalipid ni utk asma dia....mula2 dia kena demam semggu, lps tu ok...asma dia pun ok...blh le dia buat keja2 umah yg b4 ni dia payah nak buat...tp menatang tu dia x blh stop minum sbb bila dia stop, asma dia dtg lagi terok dr b4 dia stat minum benda alah tu...jd saya pun xdpt nak komen apa2 dr sudut medical nye...biarler yg lebih pakar mengomen part tu yakni bro aidid kita...saya pun nak tau jugak pasal ni...dahh penah pun kena approach..tp saya mmg reject habehh la...

JuanYuan said...

melayu lalai dan layu..

JuanYuan said...

bro..ade org promote ni kat aku..

katanya MLM halal?? aku nak tanye ko..betul ker?

http://www.duniaherbahpa.net/default.asp

despyan said...

szwb:mknanya mmg MLM haram la ni?sama cm aidid dk hentam2 kat sini?
tp still tunggu gk aidid komen pasal benda ni.
huhu

Anonymous said...

1 member aku kena dismiss gara-gara MLM ni. menangis bapak dia dtg uitm bhai sbb tak tau anak dia buat buat keja palat kat sek 7

Unknown said...

buleh kasik pandangan sikit pasal Amway x?

Thanks~

Babunlaut-sama said...

aku dh kena closing emall dh kat uitm machang tahun lepas.. dem! time tuh aku baru jer lepas jogging ngan member. kitorang lepak minum air kat fudkot dlm uitm, tetibe jer ade mamat bucik dtg duk meja aku. watdehek?! aku ngn member pun wat bodow jer dia duk closing sorg2...bajet bagus... time tuh rmai lar golongan mereka duk closing kat student lain especialy pmpuan... pastuh ade lar budak pmpuan siap kuar duit lg byr on da spot.. demyuh! mamat bucik tuh siap ckp yg budak pompuan jer yg slalu 'nmpak' benda camnih... dey! pmpuan senang lar korang kencing....

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Razi said...

ader satu strategi yg lagi berkesan... pakai jer baju yg ader blog aidid... konfirm berkesan... MLMers dekat pun x nak nanti...

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Babunlaut-sama said...

buat button SNTM... hehehehe....

Razi said...

aku follower yg ke 1060... meh kasi tambah lagi

mike said...

Bodoh tahap dewa sial budak2 emall ni. Pakai all black nak tgk rugby aku bleh terima la jugak, tapi stakat lepak mamak nak pakai camtu wei tak masuk akal sial. Otak letak mana wei? Balik buat assignment la.

Mr. AL said...

salam.. tanya sikit.. kalau 2kali.com tu cmne lak?
tolong lah sangat-sangat terangkan.. sebab ramai kawan aku dah masuk, dan akan lebih ramai lg yang akan masuk...

MAGNIFICO said...

"Dia orang emall ni kalau buat gathering, suka war-warkan yang Petronas menaung syarikat ni - punya la cilanat punya kelalar, kalah Salima AF."..hahaha..(i like)..gile mu aidid..aku minat bro kat salima..haha..

Matjoe said...

aku suka bc this blog. siap buat widget sidebar paling atas kt blog aku. plus aku ada buat 1 entry pasal blog nkgo nk hebah kt blog reader aku.

http://www.matjoe.com/2010/12/aidid-muaddib-blog-yang-gua-respek.html

Haz said...

Aku setuju dengan Tergagah untuk buat baju blog aidid.. pas tu bubuh "Say no to MLM" besar2 kat belakang.. pas tu bila nampak budak2 MLM tgh melepak kat kedai mamak, kita duduk depan dia.. mesti line jadi panasnya...

Anonymous said...

Ish,ish. Itu bebudak, kecik2 tak nak mamp.., sudah besar menyusahkan orang.

Unknown said...

dik, bg abg 5 minit je dik..ok 5 minit..pas 5 minit aku trus chow wat mcm x kenal..emall ni lah..

cek chun said...

rahman, rileks la bro. bro aidid pon main gak 1st 2nd tuh. tak caya, leh tgok posting2 lepas. chill

tergagah. aku sokong hg. pakai tshirt aidid pastu p layoq depan MLMers. saheh merah tinga bila tengok :)

Aslina said...

kdg2 aku lepak jugak situ. nasib baik la tak kene serbu. berani datang la kalo nak kene maki percuma ngan aku...

btw, tasik yg skang ni tasik kat situ tu adalah lombong kumbahan dulu berdasarkan membe2 aku yang buat experiment tengok sampel air. masa zaman2 diploma dulu laa... skang ni da ok kot...

rasanya kat ipt lain pun banyak je camni... paling takley blah... yang jenis mahal2 gila babi datang serang ipts...

kesian kat budak2 yang tak mampu, loan ngam2 yuran pun tapi selera besar nak bergaya mcm2. sudahnye join dorang main join je apape skim... siap gadai laptop tu... haishh...

apa ntah nak jadi...

Orang Lidi said...

"ranking aididmuaddib.blogspot.com adalah yang ke 72,843 dengan 15,023 hits per day... baru bukak 2 bulan. Meh la iklan kat sini, boleh aku tempeleng sorang-sorang"

ha3...rasanya point ni pun dah cukup nak lawan ngan budak2 ni...MLM murahan betul ho3, nanti nak try la lepak ngan member kat situ, kot2 ada bleh gelak ramai2.. ki3

.Gory. said...

Cis. Aku pernah join emall ni pasal abang sedare aku bawah jo sama mus tu. Setahun abang sedare pakai BMW. Sekarang merana. Nasib baik, lepas aku join tu, aku baru sedar macam salah. So, aku anggap aku halalkan jelah 500 yang aku join tu.

Amway setahu aku, ada belaka Cina Melayu India. Depa fokus jual barang kan?

Mr Freak ; gatal tengkok mu said...

first!!111 tu nk org view profile dia..lol..sian

hfznsr said...

haha gua duduk danaumas. dekat je dengan ali corner ni. dulu gua penah gak gi makan kat situ. tapi sekali je. sebab gua menyampah dengan geng2 baju itam ni la. nasib baik time tu housemate2 gua penuh 1 meja. tak dapat la diorg nak menyelit. gua tengok ramai jugak la budak2 uitm yg kena tarik.

.Gory. said...

Aidid, nipaper hari ini pasal kene penjara sebab buat piramid

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PenganjurskimpiramidAS_71jutadipenjara40tahun/Article

Eliza said...

Salam..

Entry nih simple, padat and entertaining esp. part flyer tu.kihkih... Senang nak faham walopun saya tak pernah tau apekebende nya emall nih.

Tapikan..tak boleh nak salahkan students yg terpengaruh sbb mrk masih mentah dlm kehidupan yg penuh materialistik skrg. Dan pujukan dari MLMers yg sudah terlatih otaknya utk putarbelit bkn senang utk dielakkan. The students need guidance and knowledge. So friends yg dah tahu betapa buruknya scam MLM nih perlu sebarkan kpd yg lain spt yg tuanpunya blog ini lakukan skrg. Sbg fardu kifayah sesama kita.

Abi Rahman said...

hampir stp hari ade flyers MLM ade dlm peti pos rmh aku dan jiran2 blok aku..flyers ALONG pon dah tak leh lawan ke-agresifan puak2 MLM ni (sbb MLM lg kejam cara halus)..dlm hati sntsa bdoa,jgnlah ade insan terkena atau tpedaya dgn pmainan duniawi ni..

zaman aku kat U dulu,adela MLM cap uptrend,dan bbrapa lg yg aku tak hengat..tp sian sgt la bbudak U kalo tjoin biz setan2 mcm ni..tgadai msa depan,hutang btimbun blum pun dpt keje,dan mcm2 lg kesengsaraan bakal menimpa..

anak cina makan pengat,sendiri mau ingat!

Razi said...

aku ader cara camana nk elakkan budak2 baru masuk U daripada terperngaruh dari MLM nie.. (x leh nk salahkan dorang, mana tau datg dari tempat yg x cukup information cam kampong2 pedalaman)

- aku rasa saper yg di wakilkan jaga budak2 baru masa orientation. selit2kan lah blog aidid nie suh dorang baca sambil. Kalu nk tekankan lagi masukkan dlm task masa minggu orientation. atleast dorang dah tau.. apa akan terjadi di sekekliling dorang.

kalu peringkat nie berjaya.. aku yakin. MLM boleh hilang camtu jer. sebab biasa aku lepak. terlalu byk budak2 peringkat umur pra U hingga ke U yg terlibat MLM kt kedai mamak..

KakiAnime said...

member aq ade join, kate2 hikmah yg xleh aq lupe... "drpd bapak ko bela kau sampai besar tp xde hasil, lebih baik bapak ko bela lembu...skng dia dah kaye raye beb " cilakak btol...

MIddkA1 said...

Salam...
Bro Aidid, bley x tlg bongkarkan Skor-A punye modus operandi?

radio stuck in my head said...

http://www.hebat888.blogspot.com/ nah tgk yg nie pulak..lagi merepek meraban.

Sha LeaYana said...

itu yang aku tunggu...skor A ni dah lari menyimpang..bukan nak bagi budak2 guna sistem pun tapi lebih kepada nak cari duit...kalao dah budak tu malas belajar, bagi la ape benda pun tetap bodo piang....

tmpt MLM yang aku troll smua dah bungkus...IRC, frens club (guna kete mewah pancing mangsa), speed energy......paling best masa frens club (aku troll org upline dia CINA)...cina tu cakap org melayu masuk ASB bodoh..aku cakap balik ko la bodoh sbb org CINA ramai gile nak masuk ASB...ko sekor je kata camtu

Adii NakHeran said...

kehkeh2,, terkeluar juga,,
benda ni la juga ada member aku promote kat ali corner sek 7,, hati2 kalo ada kalangan member korunk ajak lepak kat ali corner sek 7 shah alam,,

Unknown said...

vemma ni pn mlm scam gk ker? http://nasoha.com/beli-vemma/

Mudahbots said...

aper kater kita arrange ramai2 g lepak kat ali corner ujung minggu nanti... baru syok dengar diaorang citer... ader gak bahan hiburan... lagi satu, selain dari kita buat baju, aper kater buat jaket ajer dengan lambang SNTM...

Mudahbots said...

Aidid, keep it up bro... enjoy reading ur post... aku dah ketagih bukak blog hang hari2...

phreak-id said...

ye ye ye.. gua penah lepak mamak tu. *ramai student study bawak laptop* kununnya.. hahahaha.. abisla duit ptptn..

Terbaru >> 1) 3 Tips Untuk Elakkan Ditangkap Khalwat 2) Facebook Ibarat Pisau 3) Pengasuh VS Amah

nama aku din said...

emall ni mmg babai tahap maxsimum, student uitm p.alam pun mrk dtg kacau

robinlabi said...
This comment has been removed by the author.
robinlabi said...

zaman aku studi dulu, budak2 U sibuk dengan luxor...modal RM2000...
skrg taktau ape cite MLM tu...
ramai la bebudak U perabis duit loan....
pinjam kawan, mak bapak nak join..
samapi ada yang kandas di U pasal sibuk ke hulu ke hilir buat MLM ni...

pasal LUXOR ni, ada Aidid dah crita ke?

AkuHenjutJer said...

skim piramid utk org2 yg gelap masadepan.

Radzee.Manal said...

trbaek r... aku pon pnah kna trik.. ngn mber sdiri plak 2.. nseb x join huhu

wanacesh said...

aku pnh join emall,,huhuhu,,agak sedihla,,rasa mcm aidid marah aku jerr,,ape blh buat dulu ak mne tau sgt mlm bodo nh,,member yg ajk,,tp skrg ak dh bijak pandai,,aku dh kuar lma dh emall bodo tu pas rasa mcm dibodohkan,,

Anonymous said...

salam.. en aidid.. cube research tntang forex lak.. sy ade dgr msok kne ade modal 15k.. dlm akaun forex ade USD 3K.. jd tlg check ye.. kot2 ni mlm gak..webnye www.fxprimus.com or www.ofxworld.com.. tq.. :)