And so it is...

Friday, April 22, 2011

Raja Noor Asma Harun - Parasite Extraordinaire

Orang Melayunya Pulak - Patsies/Badut Extraordinaire... The Unfolding Stories Of FX Capital Consultant (M) Sdn Bhd.





Denda RM5j, penjara 7 tahun
Oleh SUWARNI MOKHTAR

KUALA LUMPUR 10 Jan. - Seorang ahli perniagaan wanita dihukum penjara tujuh tahun dan denda RM5 juta oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas 54 pertuduhan menipu, menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen dan terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram.
Raja Noor Asma Raja Harun, 48, turut diperintahkan Hakim S.M. Komathy Suppiah membayar penalti RM7,528,250.29 dan sekiranya gagal menjelaskannya, hukuman penjara tertuduh boleh ditambah enam bulan lagi.
Nilai penalti tersebut merupakan jumlah wang para pelabur yang tidak dapat diperolehi kembali oleh pihak berkuasa.
Terdahulu, ketika membaca keputusannya, Komathy menyatakan hukuman yang dikenakan ke atas ibu tunggal itu dibuat selepas mengambil kira keseriusan kesalahan yang telah dilakukan.
Ujarnya, keyakinan orang awam terhadap sistem kehakiman akan terhakis sekiranya tertuduh yang merupakan pengarah dua buah syarikat dagangan (trading) tidak dikenakan hukuman yang setimpal.
Pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Anslem Charles Fernandis dan pegawai pendakwa dari Suruhanjaya Sekuriti (SC), Susheel Kaur manakala tertuduh diwakili peguam bela, Jimmy Chou.
Raja Noor Asma mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal membabitkan pelaburan RM100 juta tanpa lesen antara Februari 2007 dan September 2008
Dia didakwa menggunakan satu skim untuk menipu para pelabur di pejabatnya, FX Capital Consultant (M) Sdn. Bhd. dan FX Consultant, Bandar Rawang Mutiara 1, Rawang dekat sini antara 5 Februari dan 27 September 2007 serta 28 September 2007 dan 9 Mei 2008.
Bagi kedua-dua pertuduhan, dia didakwa di bawah Seksyen 83(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993 dan Seksyen 206(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 yang memperuntukan hukuman denda minimum RM1 juta dan penjara tidak melebihi 10 tahun.
Dia juga didakwa berdagang dalam kontrak niaga hadapan bagi pihak pelabur dengan bertindak sebagai broker tanpa lesen yang sah antara 7 Mei dan 27 September 2007 di tempat yang sama dan dituduh mengikut Seksyen 16(1)(a) Akta Perindustrian Niaga Hadapan 1993.
Seksyen itu memperuntukkan hukuman denda tidak melebihi RM1 juta atau penjara maksimum 10 tahun.
Tertuduh turut didakwa di bawah Seksyen 58(1) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 atas tuduhan menjalankan perkhidmatan pasaran modal tanpa lesen antara 28 September 2007 dan 9 Mei lalu.
Komathy menjatuhkan hukuman penjara lima tahun bagi setiap pertuduhan berjalan serentak bermula hari ini.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 206(a) Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007, hakim itu turut memerintahkan tertuduh membayar denda RM5 juta, gagal bayar penjara enam bulan.
Raja Noor Asma turut mengaku bersalah terhadap 50 pertuduhan di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFA) 2001.
Dia didakwa terlibat dalam aktiviti penggubahan wang haram dengan menerima dan membuat pelbagai bayaran kepada beberapa bank serta syarikat di beberapa bank sekitar Rawang dan Gombak antara 5 April 2007 dan 9 Mei 2008.
Bagi setiap kesalahan ini, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dua tahun dan berjalan serentak.
Perintah pemenjaraan bagi kesalahan di bawah AMLATFA berkuat kuasa sejurus selepas tamat hukuman penjara bagi kesalahan-kesalahan terdahulu.
Komathy turut membenarkan permohonan Anslem agar jumlah wang pelabur yang tidak dapat diperolehi semula oleh pihak berkuasa dituntut daripada tertuduh dalam bentuk penalti.
Beliau turut menetapkan 1 April ini prosiding tuntutan oleh pihak ketiga terhadap wang yang telah berjaya dirampas oleh pihak berkuasa,
Pada masa ini, SC berjaya merampas wang RM8,381,853.64 daripada tertuduh.


Komentar Aidid Mu'addib

Padan muka semua "investor" tu - padan muka sebab bongok nak mampos. Ada ke lawyer, engineer, cikgu-cikgi dan ramai orang-orang terpelajar, sampaikan Hakim Syarie pun boleh berjaya dikelentong oleh RNA (Raja Noor Asma). Adakah itu salah RNA, atau adakah itu salah si lawyer, si hakim syarie dan lebih-kurang 4000 orang Melayu sama jugak dungu-piang (tapi perasan cerdik tak abis-abis) yang telah dengan rela-hati bersedekah wang-hengget kat si RNA dan masing-masing berharap boleh dapat keuntungan 30% sebulan? Invest dalam bzns "futures trading" yang dianjurkan oleh minah badut ntah sapa-sapa... wadefak dol? Psycho ka?

Sekarang, baru la nak leleh air mata eh? Baru nak merayu-rayu sana-sini, nak upah lawyer (yang akan mintak 30% compensation, at least), masing-masing nak mintak duit pelaburan tu balik. I'm talking about all those "investors". Aiyoyo amma! Kalau dah join skim piramid atau skim Ponzi sebegini, ada perasan innocent jugak ke bang, kak? Cakap kat orang yang "aku telah teraniaya". Sapa yang menganiaya sebenarnya? Kebodohan pelabur tu sendiri pun sama telah menganiaya masing-masing pelabur kan? Tamak-haloba pelabur tu sendiri yang telah menganiaya yang empunya diri. You see, RNA adalah seorang penyamun, dan dia ajak orang lain (pelabur yang rata-rata Melayu inbred) share tong-tong kasi modal untuk dia menyamun... dan selama proses dia menyamun, dia dapat kumpul lebih-kurang RM100 juta hengget, yang mana pelabur awal dapat keuntungan daripada duit pelabur yang datang kemudian - sampai la terkumpulnya terlalu ramai orang dungu-piang yang join menatang ni - DAN KETAPAUAN BERLAKU (AJ - aku peminat SalimaTypo), jadi skim Ponzi ni terus collapse/crash. Ulang balik - KETEPUAN atau THRESHOLD akan berlaku apabila sumber duit yang masuk kurang daripada sumber keuntungan yang keluar yang diberi kepada pen-join skim piramid tersebut. Sebijon daripada apa yang telah diperbincangkan oleh pelbagai pihak tentang mana-mana skim piramid (dan MLM jugak). Lepas beberapa tahun, akhirnya minahnya dapat tangkap (kenapa RNA jadi bahalol dan tak cabut oversea dengan duit juta-jutanya tu, hanya dia sahaja yang tahu). Sekarang, si pelabur yang bersepah-sepah tu semua perasan innocent pulak. "Aku tak tahu bang. Bak la balik duit aku tu". Dol, ko tu pun sama penyamun macam RNA jugak... live with it.

Ah! Itu cerita kat atas tu... korang pembaca Aididleaking yang setia (atau pun yang tak setia) dan semua blog-trolls semua, korang boleh google sendiri dan baca pelbagai artikel yang ada - but the gist of the story - kita ada kes si RNA yang ada kelulusan SPM sahaja, yang takde kelayakan tertiari apa-apa melainkan kecekapannya mengelentong (tapi itu kerja lahanat dia - yang tak pro langsung pulak tu - dia expect boleh ke kaya-raya dengan cara mengelentong manusia yang ramai), dan dia berjaya scam lebih-kurang 4000 orang Melayu daripada ibu pejabatnya di Rawang, dengan menjanjikan pulangan bagai nak rak daripada pelaburan yang dianggap sebagai satu "pinjaman". Gilos dowh! Yang kena scam tu rata-rata orang Melayu yang sengap-bingai la tu.... tapi ramai yang kena scam adalah orang yang terpelajar dan memang dah berduit. Now, why is that? Well, figure that out for yourself. How could that be man?

Apa mesej aku neh? Daripada mula aku buat blog ni... ok, daripada mula aku berkecimpung kasi irritate pengamal MLM dan skim piramid seantero Malaya - rata-rata bahalol yang buat MLM dan skim piramid kat luar sana sekarang ni adalah golongan mat rempit SPM gred 3, pelajar-pelajar universiti yang sengap-bingai, kerani kilang, pekerja kilang, drebar lori, mat despatch, KhairulR sibadut, Hairul Nizam gedempol, Hairul-Lintah Bangi, AC Mangkok-Hayon artis gred 4 (sori, tarak gred)... you know, golongan bawahan-bawahan gitu, walaupun sekor-sekor perasan yang dia orang ni adalah pakar ekonomi, pakar akauntansi dan ada jugak sorang-dua yang perasan dirinya pakar aktuari. Tu la dianya - perasan macam pakar aktuari, tapi buat MLM dan skim piramid... wadehel?

[An actuary is a business professional who deals with the financial impact of risk and uncertainty. Actuaries provide expert assessments of financial security systems, with a focus on their complexity, their mathematics, and their mechanisms. Actuaries mathematically evaluate the likelihood of events and quantify the contingent outcomes in order to minimize losses, both emotional and financial, associated with uncertain undesirable events. Since many events, such as death, cannot be avoided, it is helpful to take measures to minimize their financial impact when they occur. These risks can affect both sides of the balance sheet, and require asset management, liability management, and valuation skills. Analytical skills, business knowledge and understanding of human behavior and the vagaries of information systems are required to design and manage programs that control risk.]

OK, dalam kes RNA ni, yang kena scam adalah orang berduit dan terpelajar. Sekarang bayangkan blog-trolls yang pernah singgah kat blog ni yang cuba nak mempertahankan MLM dan skim piramid masing-masing... You all get what I'm saying? Kebanyakan blog-trolls yang singgah kat sini adalah pelajar universiti dan orang-orang bawahan aje - dan masing-masing confident sungguh dengan MLM dan skim piramid masing-masing. Sekor-sekor perasan bahawa ScoreA tu bukan scam, Herbalife bukan scam, MonaVie bukan scam, Avail Beauty bukan scam, Zymtech bukan scam - masing-masing confident gila bab macam babipsycho. Woi bahalol... orang yang kaya dan pandai seperti lawyer dan hakim mahkamah syariah pun boleh kena scam, inikan pulak mat rempit baru bersunat macam korang.

Ketawa mengikik orang chayanunalip melihat perangai orang Melayu - tengok contohnya seperti Jason Kok CEO Kenshido, CEO Hai-O, CEO Zhulian, CEO Asia Herbal Biotech, CEO Elken, CEO whatever... dan bermacam-macam CEO omputeh daripada syarikat oversea seperti USANA, Herbalife, MonaVie, eXfuze dan beratus lagik yang ada berkeliaran yang cukup suka scam orang Melayu yang dungu-piang yang berkeliaran sekarang, yang sentiasa diulit dengan janji manis untuk jadi millionaire dalam tahun depan gitu. Yang paling takleh tahan tu - dalam banyak entry kat blog ni, sekor-sekor bahalol yang sedang kena scam yang datang attack aku untuk mempertahankan scam yang sedang dilakukan ke atas dirinya... satu sen tarak guna punya mat rempit meleis. Sebok nak kaber-kaber Jason Kok dan lain-lain CEO kejadah yang sekor-sekor sah-sah golongan ALKAFIRUN. Woi! Dol... buta mata macam bahalol si MATA HATI tu ke? Fucking dumbass dickhead betui la korang sekor-sekor.
 
Dah lah... kengkadang meyampah jugak aku nengok orang meleis jahiliyyah sebegini. Apekejadahnya suka sangat menyerah tengkok untuk dipijak oleh kaum alkafirun tu, aku pun takleh nak explain... err... err... never mind. Woi mamat dan minah pengamal skim piramid dan MLM semua - takde orang saja-saja nak bagi korang duit free bertimbun-timbun der. Nak duit, kerja rajin-rajin, buat bzns yang telus dan takde menganiaya, dan buat bzns yang takde menguntungkan seciput dan merugikan sebahagian besar orang lain. You know... stop jadi bahan scam orang lain woi. Grow up!
 
A viable business is about selling as many products as you can to as many people as you can. If a business involves some head-hunting as many people as you can, and earning money from them, and they also earn money from other people below them - that is called a PYRAMID-SCHEME. It will collapse sooner or later. What the fuck la you people?



80 comments:

DiriPerkara said...

1st......terbahekk

efa said...

3rd!

efa said...

la 2nd rupenye...hoho

missatieah said...

hehehe....(^__^)

plunox said...

tak abes2 la diorang ni. haish~

Dayang said...

lol,best baca,thanks

Asyraf said...

Top 10!!!!!! baca dulu....

akmalsobri said...

:)

Tipah Kerawang said...

TUJUH.. antara TOP 10.. walawei!!!

hyelbaine said...

"Now, why is that? Well, figure that out for yourself."

At the end of the day, it's all down to money. Seriously, who wouldn't want to earn 30% ROI every single month? Anyone would want to have such profits.

The only difference is that if Malay's had any ounce of financial literacy, they would know that 30% per month (not even per annum) is ridiculously impossible.

Tolong lah faham wahai Melayu2 sekalian. Kalau nak main derivatives and commodities like crude pun, do you think you can make 30% IN ONE MONTH? That's like buying brent crude at USD126 on the 1st of the month and have it reach almost USD160 by the start of the next month's contract! Ada logic kaa? If that happens, itu tandanya WW3 is about to erupt, get it?

Heck, entah2 budak2 nie derivatives dgn commodities pun tak faham benda apa. If the professionals cant explain it, you think the former can?

ANYONE who claims that they can provide 30% ROI shouldn't be wasting time with pyramid schemes. Their place is in Goldman Sachs and the likes. Tak payah pi apply pun, the gwai-lohs will come and look for you wankers.

Pokwa said...

Terlebih pandai pun takleh gak, terlebih nak jadi kaya pun takleh gak. Bersederhana adalah paling terbaeekk!!!

It Just Me..... said...

wahhhhhh...subject paling best, sbb aku pun terlibat dlm scheme...yeeee hhhaaaa....25k down the drain...sbb adik aku keja situ and ask all of us to masuk....memula bestla, dapat bonus tiap2 minggu....aku yg masuk 25k dpt RM1875 a week.Time tu mmg teruja sangat worrr....ye la, tak pernah dapat weekly income...tetiba tiap2 minggu dapat, mmg la rasa berbaloi....tak pk pun ponzi ke tak, janji wang masuk...tapi aku kira nasib baik, i got the back around 30k, so, kira aku dah untung 5k, tapi modal asal kene freeze dalam akaun...huhuhu...sampai skang aku tak dapat balik....nak menangis pun tak guna rasanya....just jadikan lah ia lesson for me and the rest....huhuhu....

Dzul said...

TOP 500... cewah.. condifent je leh capai 500 comments ni hehehe

pcbahar said...

Aku minta readers blog ni kalau boleh lebih ganas lagi. Cakap bahasa bebaik pun dah tak guna. Jenis bangsa taknak belajor ni elok dicarut saja..

Tu lagi satu Doktor Mickey Mouse Azizan ke apa entah, masuk lagi TV9.. Aku dah rasa nak ludah aje muka dia, tapi buat kotor TV aku jer.. Ni sesiapa yang kerja TV9 tolong habaq kat boss korang jangan duk panggil lagi Dr Mickey Mouse tu.. Perosak bangsa tu..

catatan pelbagai said...

Bila org dah tak fikir duit haram ke halal nak dijadikan darah daging..menipu dan ditipu..

zura said...

`Ada ke lawyer, engineer, cikgu-cikgi dan ramai orang-orang terpelajar, sampaikan Hakim Syarie pun boleh berjaya dikelentong oleh RNA (Raja Noor Asma).'

SETUJU SANGAT..

zura said...

`Khas untuk awekz-awekz pembaca Aididleaks. Ini lagu awekz - enjoy.'

..aku yang rabun ke..tak nampak apepe pown

cek chun said...

Zura,
Hang baca kat hp kot

Kopi-Pasta said...

Hahaha...cayalah RNA, anda telah membuktikan bahawa ada graduan U yang mempunyai IQ yang lagi rendah dari pelajar SPM...

Aku faham kalau mamat rempit kalau join MLM-SP ni, tapi kalau budak2 U pun join, memang sah taraf diorg lagi rendah dari mamat rempit....

zura said...

cek chun:
aku lupe..opis aku ban yt dan suku sakatnya.. ekekeke..
balik ghumah kang baru bole tengok..peace..

Blogger Addict said...

hebat la wanita nie.....

Rose said...

Entry kali ni membuktikan camne seorang yg takde pelajaran tinggi boleh tipu people with higher qualifications.

Entry ni juga menjawab pertanyaan Suria (entry Dr Miki Mos), nape Prof Muhaya boleh kagum dengan training sessions "Dr" Azizan.

A good con artist can swindle anyone that is not on their guard. So keep your guards up, people!

Bomoh Hujan said...

-aidid-
memang sengaja...atau xsengaja...kesalahan ejaan pada perenggan ke2.

- sampai la terkumpulnya terlalu ramai orang dungu-piang yang join menatang ni - DAN KETEPAUAN BERLAKU - jadi skim Ponzi ni collapse/crash.

-"KETEPAUAN"
-cikgu Bumuh hihihihi

Hafifi Hisham said...

boleh tak reveal pasal http://www.tasly.com.my/mainpage.html..ape benda nih?

powluck said...

Bravo Aidid...

admin said...

dengan malunya aku mengaku aku salah sorang dari mat rempit spm grade 3 yg kene kelepet dengan skim ni..maklumlah time tu tak pikir banyak,nampak duit gelappppp..tapi pasni janji tak buat dah.....:D

cek chun said...

Cikgi Tok moh,
KETEPaUan - mentapau pau kaya

Fatso,
Kalau tak, ko dah bleh bli rumah kat laguna n blanja aku RFC. Hahahaha

admin said...

che cun...kalau dulu ang mintak dah boleh dah belanja..hahaha...sekarang cek belajaq lagi...ngeh3...tak dapat nak nolong eh...muahhahaa...

It Just Me..... said...

ai chun,

ko pun tau pasal RFC? glamer jugak ek pakcik Razlan tuh....ahaks...
amboi tok moh...jdi cikgu plak...hihihi...

Aku tak sempat beli rumah pun RNA dah kene tangkap..huhu...

Bomoh Hujan said...

It Just Me.....
tadi xda pun perkataan dalam kurungan
"- sampai la terkumpulnya terlalu ramai orang dungu-piang yang join menatang ni - DAN KETAPAUAN BERLAKU (AJ - aku peminat SalimaTypo)"


siapa AJ???? pelakon tambahan dalam filem starwars atau jurumakeup filem hantu kak limah?? wanderpet?? oh tidak....kene konsetrait lepaih nih...hihiih

MLM said...

Aku dah agak dah. Banyak orang yang jadi anti MLM kat sini semuanya sebab pernah kena tipu dengan skim cepat melingkup tu. Sampai hilang akal jadinya perangai sorang2 kat sini.

RNA ke RNB bukan membuktikan orang tak berpelajaran mampu menipu orang berpelajaran tinggi. Dia sebenarnya membuktikan bahawa setiap orang walaupun berpelajaran tinggi adalah amat BODOH bila mereka rasa mereka cukup pandai sangat.

Untuk pengetahuan umum. Banyak lagi program seumpama ni sedang menegmbang di lapangan luar nih. Penganutnya berbagai-bagai latar belakang tapi semuanya meleyu saja. Alasannya mudah. Apa salahnya mencoba. Ada orang pernah dapat. Kenapa tidak kami. Lagipun ini peluang untuk kaya mudah tanpa perlu kerja keras itu dan ini...lagipun En ko semua tak mahu aku jadi kaya sbb itu nko tak mau aku join benda nih. Duit aku suka hati aku lah...dan macam macam alasan lagi.

Bila tiba waktu yang dijanji untuk terima habuan, bermacam alasan timbul oleh penganjur program..dan akhirnya peserta dikehendaki tambah modal kononya untuk melancarkan proses mendapat duit, mencairkan bon, merasuah pegawai berkenaan, dan seribu satu macam alasan lagi..pengikut jadi buta hati dan percaya. Bagi duit lagi, tunggu lagi. Tiba masa-kena tambah modal lagi.

Akhirnya penganjur keluar dalam berita, pengikut keluar masuk bank bayar hutang pinjaman modal.

Tiada apa yang baru di bawah matahari itu, jika orang yang sama memukul gendang yang sama, bunyinya sahaja yang bertukar.. Penipu tetap menipu- Melayu tetap Melayu

Lawyer separuh Masak said...

Si seWELL nie kenapa???dah xde modal nak cakap??


WV: otomisms (optimistic??kepala babun la optimistic MLM!!!)

Rose said...

Well, komen ko bernas pulak kali ni. Betul jugak, setiap orang, walaupun berpelajaran tinggi boleh kena tipu sebab depa rasa bijak. Lebih2 lagi kalau mata dikaburi dengan imej kipas2 duit, kereta2 mewah, cuti2 obersi...Sifat tamak boleh over rule segala.

Tapi ko silap satu la Well, tak semua readers terjebak ngan MLM. Tapi kalau pernah terjebak pastu dah tersedar, apa salahnya? Lagi elok depa bersuara untuk sedarkan orang lain supaya x kena macam depa..Janganla bila hang kena, hang nak orang lain kena gak, tak baik....

Aidid Mu'addib said...

Tu la rasa bijak sangat...
Last last jadi kuli-batak cinapek Asia Herbal Biotech - jual jus buah ada campur kulat... kasi kencing manis dan darah tinggi sembuh dalam masa 7 hari. Ye laaa... kalau cinapek tu yg scam Melayu kira OK la eh Razali? What the fuck boy? Psycho ka?

admin said...

rose:ya betol...nak bagi orang lain sedar...aku memang dari zaman dulu kala anti luxor,uptrend dan mlm lain,tapi ntah macam mana satu hari aku merempit,moto rosak kat rawang,than disapa pulak oleh sorang pakcik ni yang aku tak kenal ajak dengar talk dari RNA,dia pulak tak dak menjanjikan pulangan berjuata atau beratus ribu.pada waktu tu,umur aku 22 tahun,aku rasa kan pulangan 30% sebulan adalah cukup logic ntuk diterima akal,berbekal duit rm1k,aku pun meLEBUR la.Nak nak pulak ditunjukkan segala jenih lesen,sijil or what so over document,memang aku percaya lah...

start dari tuh,tiap2 minggu aku dapat bayaran and di bank in terus dalam account bank,aku pun pusing pusing itu duit sampai satu tahap, setiap bulan aku dapat rm2500,dia bayar pun cun,tak pernah miss,tak dak tunjuk tanda tanda nak cabut lari ke apa,memang aku yg kelabu asap dengan duit tak amek pot la.aku pada waktu itu yakin scam ini betol.

tup tup dah dengar kene tangkap,macam aku,mungkin la tak rasa apa sebab keluar rm1k,tapi dapat duit tu balik,tapi macam mana pulak dengan mereka2 yang baru dump dalam tuh rm100k pun ada.em.,memang kesian la kan.yang terkena mungkin kecik ati,tapi kalau bro aidid tak guna bahasa cam ni,orang orang muda sekarang takkan paham...

kesimpulan:tak dak jalan mudah nak jadi kaya...ye dok?

sekian...maceh...

admin said...

by the way bro aidid,tolong kasik bom ini SCAM, http://www.clubautocash.com/join, aku dok peghati dah sebulan dua,dari bayar hari hari,pastu jadi 2 hari,pastu skarang ni jadi apa pulak dah,memang totally piramid,sebelom ramai lagi bangsa kita kena tipu...

maceh bro aidid

Anonymous said...

dengan artikel ini..akan meningkatkan bounty AM kepada RM100k paling kurang..

bila leader ni kena tangkap..semua penganut skim cepat kaya ni rasa 'dianiaya' dan 'ditipu'..hmm..masa mereka head hunting mangsa2 yang kurang bernasib baik tu, tak pulak rasa diri tu 'menganiaya' dan 'menipu'..?

kekal misteri..

WV : deciti (datuk ct..auwwww~)

Kopi-Pasta said...

Sape2 yg teringin nak wat MLM-SP sendiri tapi orang xkenal dan xde karisma tukar la nama jadi raja kapur atau lain2 raja. Yang pompuan boleh pakai raje shwari. Mesti dapat pengikut pye la.

aku the great said...

doc/encik/bro aidid..sila 'hentam' PUAN BAHAGIA yg wujudkan BAHAGIA GROUP serpihan uptrend tu plak ye?? sbb kwn sy dah join..sian dia tertipu. skrg ni dia terhegeh2 nak belajar wat blog dgn sy. sy terkedu..kalau bro aidid blh wat entri psl BG ni, sy ada hujah utk lawan dia nanti..huhuhu...PLISSS!!!! KAMSAHABNIDA!!!

hyelbaine said...

BASIC rules of investing irregardless of futures, commodities, derivatives or stocks:

1. DO NOT invest in something you DO NOT UNDERSTAND.

2. DO NOT take a loan to invest.

3. DO NOT invest in funds where the ROI is less than the highest interest rate of your liabilities. Always clear those first.

4. DO NOT invest in schemes that claim to give UNREALISTIC returns. If it's too good to be true, it normally is.

5. DO NOT forget to READ the prospectus, reports, brokerage research papers, etc2 AND see if you have the RISK appetite for it. If you CANT find any, you know it's a scam.

And finally...DO NOT invest if your investment causes you sleepless nights. You know you're pushing it and don't have the risk appetite for it.

Rose said...
This comment has been removed by the author.
kr555zal said...

RNA telah buktikan Street Smart tlh brjya 'kalahkan' Book Smart wlpn caranya salah..hawhawhaw!

wv: maners (manners?)

lalacici said...

Ayat typical MLM
1. Kite ni bkn MLM, tapi benda yg baik, berkhasiat & menguntungkan, takkan tak nak kongsi kat saudara & geng2 kan??
2. tak teringin ke nak jadi bos kepada diri sendiri, kebebasan bekerja..baru boleh menikmati hidup..
3. Taknak ke balas jasa mak ayah, bawak diorang gi haji, kalau makan gaji ni sampai bila pun tak kaye bro..
4. Jangan ikut orang lain, diorang tu semua takut nak berubah, takut nak ambik risiko..ko join je ktorg yang dah berjaya ni..
Ade banyak lagi ayat2 typical diorang tapi walaupun semuanya nampak berbeza, tapi maksud sebenar ade 1 je: aku perlukan ko tuk jadi org bawah aku so ko boleh derma duit ko kat aku..aku nak kaya nih..ko nak kaya jugak?? Cari orang lain bawah ko tuk ko kencing, ade ku kesah?? Asalkan aku ade ko tuk di kencing cukup le..

cek chun said...

first time aku baca ayat pak kordi terus aku paham

Xeno said...

ha! lagi sorang tumbang. Aku rasa RNA tu memang ayat power la, manja-manja lagi. Sebab tu dia ni bley tipu orang

azwan said...

Wellapekejadah,
Nampak gayenye kali ni ko tak gune google translate, so tahniah ade setapak kemajuan. Jgn perasan ko tu kononnye amalkan MLM "sebenar". Jgn poyo nak bahagikan ada MLM baik dan MLM buruk. Ape2 MLM, semuanya scam.

Ingat ni stand ko:
1. Cosway. Tu classical MLM-SP. Supported by Pak Vincent Toto yg main judi sambil tak basuh berak tu.
2. AHB. Tu dah terang2 langgar etika perubatan. Elok ko basuh otak ko tu, bace balik surat complaint yg aku tulih tu.

So jgn la plak differentiate diri ko dgn RNA. Konon ko lagi ni mulia.
Wellapekejadah = RNA sama hina.
Dua2 buat scam. habes ceritaa..

Lagi satu, yg belajar tinggi takkan pandai semua. tapi bila yg belajar tinggi tu cakap bab yg dia pandai, contoh kulat bahlol leh ubat kencing manis dalam 7 hari, tu dah terang2 salah..salah la tu. itu bab yg dia pandai, so yg bodoh kena la terima. ini masih lagi nak defend benda yg dia tak pandai, tu la namanya bodoh sombong. contohnya razali kordi dan nko. dah jelas2 salah, terima aje la.

Dan aku dah terang ngape org pandai, termasuk profesor pun leh kena tipu dgn MLM dalam entry lain, comment yg lasttt skali. baca nih..
http://aididmuaddib.blogspot.com/2010/12/md-dan-phd-mickey-mouse.html

Baine,
Sumer dok berangan jadi "INVESTOR", buat loan Bank Rakyat 50K, dah anggap diri "INVESTOR". Jual tanah kat kampung, dapat duit 200K, dah anggap diri "INVESTOR". Seronok sgt dgn title "INVESTOR". Walhal nak sampai level tu at least 15 years experience. Aku harap viewers paham point2 ko tu..

Hm..petang tadi kawan lama call, Dr gak, kata leh advertise business aku dalam MyVideoTalk. Aku tanye kalau aku beli, ko dapat komisen tak? dia cakap dapat. pastu tanye lagi, kalau aku promo kat org lain, aku dapat komisen tak? dia cakap dapat. tanye lagi, ko dapat gak ke? dia cakap dapat. Cehhh MLM rupenye. hampehhh..

ps: pergi masjid Kg Baru tadi, ingat dapat solat dengan Imam Besar Masjidil Haram. Sekali tiba2 urusetia cakap Al-Fadhil tak dapat hadir... :(

Rose said...

Azwan,
Well...UNO tu nak promo blog dia kot. Blog Pacikleaks, camne nak buat Direct Marketing....Aku pun ingat dia tu cam ala insaf la, tapi...hmm...

azwan said...

Mana insap. Dia ngutuk RNA supaya leh tonjolkan diri dia yg dia amalkan MLM "sebenar". Kita dulu dah tanya dia ape bagi dia MLM "sebenar" yg dia perjuangkan tu..dia jawab Cosway. Hmmmphhh. Gitu gak benaknye.

miss nina said...

ini antara kes-kes besar.
invest 100m, dapat seize 8m, fuhh!!
kalau orang melayu tak ambil ikhtibar lagi tak tahulah.

off topic: AM ni multitalent person.
(mentang-mentangla goreng lagu taylor swift)

hyelbaine said...

@ Azwan,

Aku dah habis simplify dah point2 tuh bro. Kalau tak faham jugak or buat-buat tak faham, I digress.

At least I did my part to impart the knowledge and info that I have. The rest, sendiri fikir.

Rose said...

@Sicher,
Aku tertarik bila ko cakap RNA manja2, ayat power leh pikat/scam ramai orang. So, teringin la nak tengok muka dia...mak ai....ni mmg ayat power tul dia guna...
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

www.tuanbri.com said...

aku still tak dapat nak digest News kat atas ni :

Raja Noor Asma mengaku bersalah atas empat tuduhan menipu dan menjalankan perkhidmatan pasaran modal membabitkan pelaburan RM100 juta tanpa lesen antara Februari 2007 dan September 2008

tapi dalam KOSMO :

atas empat tuduhan
Bagaimanapun, tertuduh tidak mengaku bersalah dan minta untuk dibicarakan sebaik sahaja keempat-empat pertuduhan dibacakan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

somebody, please enlighten me. tq...

TheBentPencil said...

Great job getting that Raja Kapur to jail, peeps! Although it takes like what--two years to catch he?

I do hope the law enforcers read this blog on a daily basis. it's enough evidence to take in all the big fishies in the MLM industry.

p.s. But how come AC is still alive and kickin?

Kopi-Pasta said...

@tuanbri

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2008&dt=1218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_05.htm

Kalau tengok kat link tu, saya rasa link kosmo tu 18/12/2008 punye. lebih 2 tahun lepas.

Rose said...

@tuanbri,
Sorry, link kosmo tu saya share bukan sebab berita (x perasan pun tahun bila), tapi saya nak tahu camne muka RNA yg buleh manja2 n ayat power. Terkejut bila tengok dia begitu besar dan cam tom boy....lain benar dari yg saya imagine....

Unknown said...

Go..Go..Aidid..the best..hehee

Jawatan Kosong Segera

Nizam said...

serve their right la kan.padan muka.too dumb to be true!theres no such easy ways to get rich!

azwan said...

Yes Baine, you have done your part.

To increase the financial literacy among the undergraduates, a good friend of mine have spoken with DPM last week about incorporating entrepreneurship elements in the university's curricular activity, which includes series of entrepreneurship lectures from successful businessperson and even establishing non-academician Vice Chancellor post. So far he received a good feedback from DPM.

It is a bold idea, and it needs a thorough research prior to implementation. I hope these ideas not just a rhetoric. I believe the undergraduates need earlier exposure about financial literacy, as a weapon for them to avoid useless things like MLM business. Teach them how to get real!

Bomoh Hujan said...

hihhihih sampai dibahan...
http://www.youtube.com/watch?v=GTx8mMfGrEw&feature=player_embedded

Bomoh Hujan said...

hihhihih sampai dibahan...
http://www.youtube.com/watch?v=GTx8mMfGrEw&feature=player_embedded

Cik Kiah said...

Orang tamak selalu Rugi
Orang Rugi selalu tamak

Unknown said...

Aku sejak berkurun lama dah tau nih semua MLM memang scam punya...apa giler orang nak kasi ko duit banyak dengan invest ciput? pakai otak le brader...dan satu lagi diaorang suka sangat nak pakai tagline "Mari saya kongsikan rahsia untuk menjadi kaya" Pala bana wehhh...orang betul2 kaya sampai mampussss pun tak mau kongsi rahsia kekayaan diaorang..jadik pada peserta2 MLM apa2 jenis pun bebawak le sedar diri dan jangan jadi alat pada orang lain untuk senang2 kaya...yer kalau korang masuk awal2 mungkin dapat modal balik or untung sikit tapi yang dok tengah ke dok ujung musti mampusss punya...ramai dah kawan2 aku kena termasuk sedara mara aku...dulu aku nasihat depa maki aku..skang baru tau bila dah terkena...padan muka koranggg...bongok

marauhirang said...

Orang tamak selalu rugi..kalu x tamak payah lak nak untung..kalu nak untung mestilah rajin berusaha atau tipu orang....

mookies said...

just nak share.since aku jual life insurance, memang banyak kali la aku TER-jumpa dgn kaki2 MLM ni.and tak terkira jugak la brape kali dorg condemn keje aku ni sebab kena kerja kuat la, lambat kaya la etc.but aku selalu counter balik dgn cakap aku nak kaya dgn experience and skills dulu since aku pon baru lagi.so duit tu boleh tunggu.

2nd,dorg cakap buat insurance ni sama je dgn buat MLM.bezanya komisen insurance ni sikit sebab kerja advertising dah dibuat oleh company.so ktorg just kena cari client je la.kalau MLM ni company x buat advertising so thats why la those "distributor" dibayar mahal.

3rd,dorg cakap buat insurance ni aku still kena recruit orang jugak kalau aku nak dipromote jadi manager.so lebih kurang sama dgn MLM jugak la.honestly, bila dorg tanya soalan ni aku terdiam sebab xtau nak jawab ape.so i need help from u guys camne nak jawab soalan tu sebab gaya dorg ni cakap mcm insurance tu MLM jugak.

thanks in advance ya!

pcbahar said...

Sepanjang pengetahuan saya la, nak jadi agen insurans bukan senang. Kena kursus, kena lulus periksa dsb. Beza la dengan MLM yang lantik orang sebanyak mana pun boleh sampai habis mensia dalam dunia ni. Dalam insuran mana boleh lantik orang ramai-ramai. Fungsi up-line dalam insurans pun betul-betul sebagai leader.

Tolong la kengkawan tambah lagi. Saya buka agen insurans dan juga bukan MLM. Cuma pemerhati..

Kopi-Pasta said...

mookies said...

"3rd,dorg cakap buat insurance ni aku still kena recruit orang jugak kalau aku nak dipromote jadi manager.so lebih kurang sama dgn MLM jugak la"

Gelak je. Jawab mcm mane pun, diorg ni boleh pusing balik soalan tu. Salah-silah keturunan, organisasi syarikat dan pejabat2 kerajaan pun diog boleh samakan ngan MLM-SP. Nak debat pun susah sebab diorg ni hidup dalam dunia yang lain. Tak sama dimensi dengan orang kebanyakan. Dunia dimana sains dan matematik tidak wujud dan bagi mereka, upline2 diorg paling betul, produk diorg paling berkesan dan keje diorg paling best. Dunia diorg ni juga dikenali sebagai "realm of ignorance".

Kopi-Pasta said...

Some people are able to see through the "realm of ignorance" naturally and some are able to see trough it after using the "magic" glass called Aididleaks.

Disclaimer: Beware Aididleaks is proven ineffective once your are inside the "realm of ignorance".

Unknown said...

Askm

Saya pun sebenornya tak suka la MLM ni apatah lagi shcme gampang Pyramid tu.

Cuma teman jadilah ahli SHAKLEE sebab product dia baguih tu je..itu pun pakai sendiri la

Xeno said...

@Rose

ayaaaaaaaark sekali macam badak air pon ada

Unknown said...

mookies said...

"3rd,dorg cakap buat insurance ni aku still kena recruit orang jugak kalau aku nak dipromote jadi manager.so lebih kurang sama dgn MLM jugak la.honestly, bila dorg tanya soalan ni aku terdiam sebab xtau nak jawab ape.so i need help from u guys camne nak jawab soalan tu sebab gaya dorg ni cakap mcm insurance tu MLM jugak."

Sedara..ko jawab dengan mangkuk2 tingkat tu camnih..."Sekurang-kurangnya waris orang yang beli insuran dengan ko tu happy dan tak maki hamun simati bila tinggalkan hutang pasal masuk MLM yang penipu nih...dan yang paling penting ko tak tipu duit orang untuk jadi senang2 kaya tanpa rasa bersalah. Biarlah kita dapat duit skit asalkan berkat dari banyak dapat duit dengan strategi menipu, kelentong orang lain secara sedar atau tanpa sedar." Tak berkat der menipu duit orang, tak selamat !!!

Anonymous said...

RNA. Wow.

Overblown investment scheme bordering on (straight out) ridiculous, with da promise of guaranteed monthly unrealistic returns on top of da “capital “ back assurance. Wow.

Yet this leprechaun look alike bermuka kelam tanpa cahaya kejujuran, with “I’m gonna con you” printed clearly on her forehead, managed to hoodwink 4k people, both “non-educated” and ‘em professionals/ educated into signing their soul. Wow.
(They should be segmented according to idiocy level instead of educational background. Regardless, they are all idiots, with the latter being super-idiots. Psyche/ emotional vulnerability aside).


RNA’s like “anti-MLM/PS hero”. “Thanks” to her, 4,000 idiots finally learned da hard practical lesson on ramifications of greed. If they ever learned anything.

Ignorance/naivete breeds poor choices.
Greed makes people do incredibly stupid things & decimates the greedy.

Abdul Halim said...

While you all actively commenting this entry, some Malaise out there just joint the scam, MLM etc..& some Malaise making money out of it..susah org kita ni, nak kaya cepat, tak nak belajar..

Kopi-Pasta said...

Bukan tak belajar, tapi diorg ni xnak pakai ilmu yang dah ada. Bagi diorg sains dan matematik ni boleh pakai utk kerja dan sekolah je. Sampai ada budak yang dapat degree dalam sains matematik ni cakap penduduk kat muka bumi ni infiniti (maksudnya lebih kurang mcm tu la). Alasan dia, kehidupan ni tak boleh di'relate'kan dengan matematik. Penat2 orang buat bancian tu, tapi golongan diorg sendiri yang menidakkan hasil usaha diorg.

Unknown said...

Terbaik...dedah lagi biar berbogel semua...hehhee

Daging Tiruan - Made In China

n0tangel said...

aku baru jek borak dgn laki aku pagi tadik pasal MLM nieh. kitorg dah pledged, nak kaye canne pon, xnak ler nipu + aniaya org. amek kesempatan kat org susah.

tp klu org susah masuk MLM rata2 nak tambah pendapatan, yg dah jd pakcik kayo pun joing MLM nak tambah duit, xcukup2 ke gamaknye? tak pepasal kene tifu. Hehehe. *padan muko*

Unknown said...

skim macam ni buat orang melayu lemah sebab orang melayu nak kaya dengan cara mudah dan cepat,,melayu mudah lupa

asqaf ventures said...

cuba guna Bahasa Melayu betul...ini perkataan 'fuck', ;watdefak'...so kita kena ....by the way bro aidi...merosakkan Bahasa Melayu...

Terima kasih.

Anonymous said...

Wat is this..Mind Your Language Week campaign?

guesst in profit said...

nevermind......I already in profit rm680K...after invest RM100K...compounding startegi..just need to know what you all join and what u all planning......7.5.2012..result for case..

AMISHA said...


Saya telah berpikir bahwa semua perusahaan pinjaman online curang sampai saya bertemu dengan perusahaan pinjaman Suzan yang meminjamkan uang tanpa membayar lebih dulu.

Nama saya Amisha, saya ingin menggunakan media ini untuk memperingatkan orang-orang yang mencari pinjaman internet di Asia dan di seluruh dunia untuk berhati-hati, karena mereka menipu dan meminjamkan pinjaman palsu di internet.

Saya ingin membagikan kesaksian saya tentang bagaimana seorang teman membawa saya ke pemberi pinjaman asli, setelah itu saya scammed oleh beberapa kreditor di internet. Saya hampir kehilangan harapan sampai saya bertemu kreditur terpercaya ini bernama perusahaan Suzan investment. Perusahaan suzan meminjamkan pinjaman tanpa jaminan sebesar 600 juta rupiah (Rp600.000.000) dalam waktu kurang dari 48 jam tanpa tekanan.

Saya sangat terkejut dan senang menerima pinjaman saya. Saya berjanji bahwa saya akan berbagi kabar baik sehingga orang bisa mendapatkan pinjaman mudah tanpa stres. Jadi jika Anda memerlukan pinjaman, hubungi mereka melalui email: (Suzaninvestment@gmail.com) Anda tidak akan kecewa mendapatkan pinjaman jika memenuhi persyaratan.

Anda juga bisa menghubungi saya: (Ammisha1213@gmail.com) jika Anda memerlukan bantuan atau informasi lebih lanjut