Ada pembaca email aku tentang "10 sins against humanity" - dan selepas aku research - aku still tak sure sapa pengarang asalnya - tapi rasanya tak kesah la tu. I kinda like the way the list was compiled. Just let me elaborate further, in my own way - in context of my work here in Aididleaks.
Politics without (noble) PrinciplesTengok kepada perlakuan ahli politik - pehal mamat tu join politik sebenarnya? Apa motif dia? Adakah sebab dia mahu jadi pejuang bangsa, agama dan negara... atau adakah dia mahu jadi pejuang harta-benda, dia cukup suka berasa hebat gitu, atau adakah dia megalomania. Kalau kita nampak jelas-jelas adanya "excess" dan "putar-alam" dalam perlakuan seseorang pemimpin - wadefak nya la korang pegi pangkah mamatnya masa mengundi tu wei? Ko pun sama kepala wadefak ke apa dol?
Wealth without (honest) Work
Yang ini kaw-kaw merujuk kepada industri MLM atas-bawah, kiri-kanan... walaupun dalam mana-mana bidang bzns sekalipun, perlakuan sesetengah manusia yang tak kesah mengambik kesempatan ke atas orang lain demi seciput keuntungan itu pasti ada berlaku, tetapi dalam industri MLM - kaedah mengambil kesempatan ke atas kebangangan orang lain itu adalah mandatori gilabab. Tanpa janji manis boleh jadi millionaire, tanpa kelentongan kering pasal produk yang boleh rawat kanser dan low IQ, tanpa janji buta-buta bahawa perniagaan MLM itu ikut hukum syarak - the whole dang thing won't get off the ground. You know, ramai orang meleis tak kesah sangat rezeki tu datang dari sumber haram ke tidak... who the fuck cares man? Cuma secara spesifiknya, dalam MLM dan skim piramid, isu mendapatkan kekayaan daripada pengelentongan itu adalah intipati dasar modus operandi mana-man MLM-SP, dan tanpa adanya pengelentongan dan janji murah untuk jadi millionaire macam kejadah - apa-apa MLM tidak akan berjaya bang. Kena janji semua peserta bahawa dia orang semua akan jadi kaya, supaya parasite yang <1% kat puncak piramid tu boleh berjaya - dan seterusnya menempah bilik hotel yang mewah kat Resort Al-Gehenna bila sampai masanya nanti. But... do they really care about hell whatever? The hell do they care man. They want their money... raya dah nak dekat.
Enjoyment without (clear) Conscience
Ingat bila tengah bersuka-suka menikmati kemewahan dunia tu, semasa seronok pegi sana-sini, buat itu-ini, beli barang, pakaian, whatever - do you have conscience? Kesedaran - kesedaran tentang adanya wujud orang miskin dalam dunia ni, wujudnya orang yang tengah berlapar, wujudnya ada orang tak berbaju dan berseluar (OK, mungkin ada, tapi takde brand, maybe?). Part yang ini, personally, selalu kasi aku gusar. Sebab, aku bukan miskin (sekarang), aku tak selalu berlapar dan pakaian aku cukup (but I don't care much about brands though). How much is too much? Eh, bulan puasa ni, perkara ini jugak adalah intisari kenapa kita berpuasa, kalau ko orang Islam yang kesah pasal kehendak agama la ek? Kalau tak kesah pasal benda sebegini - malam ni pegi kuil udah... ha beb? Oh, back to the issue of conscience - woi ingat bahalol-bahalol MLM - kalau ada korang tu mewah mengaut keuntungan daripada bzns haramjadah MLM ni - ingat dan sedar bahawa ada 99% bahalol MLMers lain yang menanggung kerugian dan dah bersedekah duit kepada korang yang berjaya (tanpa mereka sedar/perasan, sebab dungupiang ya amat). Pada korang yang dah pernah join MLM - bzns sebegini OK huh? Seriously? Serious ha ustaz HPA, cikgu Avail, technician bebal, mat rempit dan minah klepet pengamal MLM dan skim piramid semua? NO conscience huh?
Knowledge without (sound) Character
I have knowledge (likely eh?), but I sure admit I haven't got a sound character... well, to some that is. To some others - I'm the big kahuna man! To myself... hmmmpphh, I don't really care that much. If I knew about something that is important, I have always try my damnedest to get it out to the people around me, so they would understand, and so that they would not waste money or energy on some useless things - even before this Aididleaks existed. Aku ada knowledge, aku nak buat apa dengan knowledge yang aku ada? Simpan kat bank? Simpan dalam hati, syok sendiri (gua terer der!)? Is that it? Kalau ko tahu sesuatu perkara itu "screwed-up" dalam masyarakat, ko nak biarkan aje ke bang? Lantak la orang lain eh? Kalau ada korang yang terkelentong dan terjoin MLM... aku sendiri tak terlibat - so I don't care. Gitu?
Business without (ethical) Morality
MLM dan skim piramid jatuh kepada jenis bzns yang tanpa etika dan sebulat-bulatnya wujud tanpa moraliti dan kemanusian, itulah realitinya beb - no more, no less. Kalau korang ada moraliti, empati dan solidariti terhadap manusia lain, ko tak akan sanggup menghadapi kenyataan bahawa setiap sen keuntungan daripada perniagaan yang ko lakukan itu datang daripada kerugian sebahagian manusia yang lain (yang telah ko kencing buta-buta). MLM dan skim piramid itu sama moralitinya dengan bzns menyamun, merompak, melacur, rasuah, berjudi dan ahli politik... err err err... yang corrupt... among others. Live with it, kat akhirat nanti - jawab.
Science without (adequate) Humanity
Kalau dah faham tentang sains, sekaligus tentang pelbagai ilmu yang terlalu rumit dan kompleks - tujuan mempelajarinya adalah untuk membawa kebaikan dan kemajuan kepada manusia sejagat. Tetapi, sesetengah orang terpelajar - mereka gunakan pengetahuan sains yang telah dipelajari itu untuk buat scam dan mengelentong dalam bzns, dengan tujuan utama untuk mendapatkan keuntungan daripada golongan manusia lain yang tak terpelajar (yang kita boleh kelentong sesuka hati ikut sedap rasa) - then you don't have adequate humanity in you. Ini aku tujukan khas kepada doktor-doktor yang terlibat dengan industri MLM sama ada secara langsung atau tidak langsung - Dr. Rozmey Che Din, Dr. Sheikh Muzzafar, Dr. Noordin Darus dan beberapa doktor balaci Hai-O yang pernah masuk blog aku ni - korang tu bangsat macam anjing kurap. Ilmu yang ada itu gunanya untuk membantu manusia yang sakit - itu gunanya jadi doktor - bukan pulak nak buat scam pada sesama bangsa Melayu demi keuntungan peribadi... what the fuck la doktor sebegini huh? What a freaking disgrace you lousy assholes.
Religion without (loving) Compassion
Ramai yang alim dalam masyarakat kita (kiamat tu masih sekangkang kera lagik... kut) tapi berlambak pulak geng yang sama yang dungu benda lain. Ramai pulak yang lain perasan alim tapi buat keje tak senonoh dan memang munafiq (cuma taknak ngaku aje). Dan dalam konteks topik blog aku ni - apa gunanya beragama kalau keja saban hari cari downline demi untuk memperkembangkan kadar keuntungan dalam bzns MLM yang dah jadi amalan, sekaligus memperamaikan lagi downline yang akan teraniaya di masa hadapan? Itu yang kita nampak dengan "clear" dalam kes HPA dan banyak scam MLM/SP lain di Malaysia sekarang ni, yang mempergunakan sentimen agama untuk buat duit macam anak yahudi. Perasan banyak ilmu agama tu der, tapi buat skim piramid dan MLM. Apadaaaa? Bukan apanya tu - aku tak sangsikan dia orang sembahyang tonggang-terbalik 5 kali sehari, siap wirid dan witir sampai 23.7 minit sekali duduk - tapi disebabkan banyak ilmu agama dalam kepalahotak, dah dungu pulak ilmu sains, matematik dan ekonomi - memang ramai yang tak faham sepatah haram pasai-apa aku cakap HPA tu bzns haram-laknat. Korang try la kasi tarbiah tunggang-langgang sama itu geng al-kopiah... ramai yang tak akan terima penerangan korang tu der. Tak sampai akai dia orang nak faham apekebendanya yang skim piramidnya pasal bzns HPA. Why? Sebab HPA belum crash. Kalau dah crash nanti? Takpe... boleh buat taubat nasuha', sure masih boleh masuk syurga tu beb. Duit terus simpan dalam bank, tak payah pulangkan balik kepada downline tu semua. Compassion be damned. Allah understand... what? Dia orang buat MLM, tapi tak faham pasal ekonomi dan matematik - kira nanti kat Padang Mahshar - boleh kasi alasan: 1. Tak faham 2. Tak sengaja 3. Tak bermaksud dan menganiaya sapa-sapa. Elok leee tuuu...
Rights without (adequate) Responsibility
Ini kes yang selalu kita dengar dan lihat dalam "political climate" sekarang kat Malaya. Sebok nak hak asasi manusia begitu-begini, sebok buat tunjuk perasan nak menegakkan agenda-agenda masing-masing, tapi boleh jamin sorang-sorang yang menuntut hak tu akan bertanggungjawab terhadap ahli masyarakat lain yang bukan kroni dia? Yang group ini komplen pasal group yang satu lagik, dan group yang satu lagik komplen pasal group ketiga... bla bla bla. Dan Aidid Mu'addib tak nak masuk campur - it makes me yawn... God help me.
Power without (transparent) Accountability
Ini pun isu politik gak neh - dan rata-rata geng yang memegang kuasa takut sungguh tentang isu "accountability". Kalau boleh, tak payah audit sana-sini, tak payah keep track apa yang dia buat - percaya aje bulat-bulat bahawa: "Aku yang memegang kuasa ni bertugas demi kebaikan dan kebajikan masyarakat. Takde hanky-panky, takde salah-guna kuasa, takde "cronyism and bribery"... everything is A-okay brader!" Dalam kes MLM pulak, leader-leader yang duduk di atas puncak piramid yang senantiasa kasi semangat dan kelentongan sama downline hanya mahukan keuntungan yang berlipat-ganda, tapi bila skim piramid dalam MLM dia orang collapse: "Eh, bukan salah aku bang".
Development without (reliable) Sustainability
This is one of the biggest issue of MLM - why MLM it is always a scam, rather than a method of sustainable business. Because, no MLM is sustainable is the long run. Amway ambik masa dekat 50 tahun untuk tepu (dengan kaedah MLM lama yang tidak melibatkan internet), yang mana apabila bzns Amway tepu, kemudiannya ia berubah bentuk menjadi syarikat induk Alticor, yang mana Quixtar pulak menjadi tunggak bzns MLMnya (sebab adanya internet, semua bzns jadi online beb) - tetapi disebabkan oleh kepantasan internet pulak, tak sampai 10 tahun Quixtar pulak (akan) bungkus - tapi Amway sekarang tengah merombak sistem perniagaan mereka kepada Amway Global (which is on-going as we speak). Of course, kalau korang cakap benda ni kat pengamal skim piramid Amway, dia orang akan balas: "haish! mana ada, mana ada... ko tak faham bzns Amway". Dah kalau dah dungu tu, akan terus kekal dungu, memang takde sapa boleh tolong - sementara itu keluarga DeVos terus kaya-raya, di mana duit daripada Malaysia, Indonesia, China, etc (especially negara-negara dunia ketiga) terus dihantar berkontena masuk ke Amerika. MLM adalah salah satu eksport terbesar Amerika bang... ko tak tahu erk? Skim piramid yang dipanggil MLM itu akan terus dibenarkan berleluasa di Amerika sebab ianya adalah salah satu kaedah perpindahan dana yang efisien untuk negara kepala dajjal seantero dunia tu... dontcha all realised all these by now? America is the biggest parasite country of them all, economics-wise... like Vladimir Putin said just 3 days ago (concerning the issue of US Public-Debt whatever, S+P ratings downgrade, etc). Ramai yang tak faham apa aku cakap erk? Itu sebab ramai anak meleis buat MLM beb.