Meh sama-sama kita cakap kuat-kuat: "TESTIMONI = KELENTONG!"
Sekali lagik... "TESTIMONI = KELENTONG!"
Sekali lagik... "TESTIMONI = KELENTONG!"
Isu aku hari ni bukan MLM dan skim piramid 'per se', tapi benda isu testimoni ni mesti datang sekali dalam promosi apa-apa saja perniagaan lahanat sebegini. Hari tu kecoh pasal penipuan testimonial daripada AC Mangkok yang aku utarakan di blog ini daripada bantuan para 'independent researchers' di forum CARI (hanya Allah sahaja yang membalas budi mereka - aku hanya dapat cakap "thanks, you guys"). Yang sebenarnya (oh Yuna) aku sendiri tak kesah sangat pasal testimonial tu semua, sebab aku tahu bahawa apa-apa testimonial dalam promosi produk adalah perkara yang satu-sen-tarak-guna. Sapa-sapa yang percaya testimoni dalam promosi satu-satu produk memang la lurus bendol sungguh manusianya. Tak saintifik langsung pemikiran pelanggan yang sebegini. Dalam alam perubatan pulak, takde sapa-sapa (doktor ke, saintis ke) yang akan kesah pasal testimoni - satu isu yang takde makna langsung dalam research, no freaking meaning whatsoever.
Jadi, kalau korang nak beli barang apa-apa, fikir la sepuluh kali dulu sebelum menerima terus apa-apa testimonial yang dibentangkan. Senang cerita, kalau si AC Mang letak testimoni sebagai kenyataan seseorang untuk melariskan produk, maknanya produk yang dijajap tu tak ada kajian saintifik la tu. Oops! Tapi dalam kes gelang keramat ni, testimoni dia orang sendiri rupanya ciplak testimonial orang lain terang-terangan. Fuuhhh! Lagi cikai tu beb... CIKAI 1st class!
Testimonial adalah satu kenyataan yang dikeluarkan oleh seseorang yang mengatakan bahawa produk sekian-sekian adalah hebat dan berkesan dalam mengubati buasirnya yang dah tersembul keluar 3 inci daripada lubang belakangnya, atau satu-satu produk dapat mengurangkan kesakitan lutut setelah dia menggunakan produk tersebut selama 2 minggu di mana diusap-usapkannya krim tu kat kepala lutut, atau dia dah makan pil julap 3 tablet sehari dan dia dapati IQ nye meningkat 3.5%... ayat-ayat something like that. Lepas tu ada gambar mamat atau minah tengah posing muka seposen dengan kasi "thumbs-up". Kadang-kadang dalam promosi satu-satu produk, sampai berjela-jela testimonial dikemukakan, tapi itu semua hanyalah kelentongan di siang hari, yang senang sungguh nak di buat oleh mala'un yang takde etika langsung dalam perniagaan. Upah aje la sapa-sapa posing, lepas tu karang aje la testimonial tu sesuka-hati (cuma dalam kes AC Mang, kemangkokkannya terlalu hebat sampai tahap cipan, hinggakan testimonial bahasa omputeh pun dia orang takleh nak reka sendiri... dia hanya boleh cakap sakai agaknya).
Macam produk-produk lain di pasaran, macam-macam orang kan ayat korang supaya korang terpengaruh untuk beli produk syarikat tu. Shampoo "Head & Shoulders" yang awek cun berkemban pakai kat TV katanya boleh menghilangkan kelemumur. Shampoo tu kan sabun? Apa sahaja kat kulit kepala tu yang bertepek-tepek tak dicuci selama sebulan sure boleh hilang kalau pakai apa saja shampoo, jadi betul ke testimonial awek cun tu tadi? Ingat kalau minah tu ada berkurap kat kepala (tinea capitis), boleh hilang ke dengan pakai shampoo tu? Kalau dia ada psoriasis yang bersisik-sisik penuh berkelemumur, tak terkincit pun psoriasis tu dengan shampoo "Head & Shoulder" tu. Kena pegi berubat dengan doktor jugak akhirnya.
OK... dalam pemasaran produk MLM dan skim piramid, penggunaan testimonial cikai memang sudah jadi sebati dengan sistem perniagaan tu. Takleh lari langsung, sebab itu saja cara mereka nak kelentong orang, dan kalau produk TF atau Monavie atau Vemma dibuat "double-blind study", memang produk dia orang dijamin akan kantoi punya. Dia orang sendiri pun tahu tak nak buat scientific study secara besar-besaran macam yang dilakukan kepada produk farmaseutikal seperti "Viagra" atau "Simvastatin" atau "Ponstan" yang menggunakan multi-center double-blind dengan sampel 50,000 orang (katakan). Tapi pengguna yang bukan background medikal mana tahu benda macam ni. Pegawai KPDNKK dan PDRM pun tak tahu jugak, aku rasa. Menteri-menteri yang gubal undang-undang tu semua pun sama tak tahu. Yang aku sure tahu... Dr Ismail Merican, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia. OK... Aku bagi contoh:
Medical Practitioner taik kucing. Kalau betul mamat ni GP, seorang doktor beretika, dia tak akan keluarkan statement macam di atas, sebab seorang doktor tahu bahawa testimonial hanyalah "hearsay" (pendapat peribadi) dan tidak boleh diterima dalam bidang penyelidikan perubatan. Lagi pulak syarikat 4Life yang mengeluarkan produk magic Transfer Factor, adalah satu syarikat kaki borak yang terkenal seantero dunia. Ada ke syarikat ni war-warkan bahawa penyokong produk TF tu adalah Russian Health Ministry? Korang rasa ada orang waras kat sini yang percaya bahawa Russian Health Ministry buat website kat blogspot? (http://russianhealthministry.blogspot.com/) Wadefungkeong? Kuasa dunia only second to US buat website kat blogspot? Kengkadang aku rasa nak buat satu surat, translate ke bahasa Russia kat google-translate, lepas tu hantar surat kat Vladimir Putin dan suruh dia "nuke" ibupejabat 4Life kat Wichita, Kansas, US... sebab 4Life senang-senang menjatuhkan maruah orang Russia.
Berbalik kepada "doktor" kita kat Bintulu tadi, mungkin jugak doktornya dah tua dan nyanyok - jadi itu kita tak boleh blame dia la kut. Sapa sini orang Bintulu, tolong cari doktor ni dan tanya berapa kupang 4Life kasi dia untuk buat testimonial ni. Ini zaman internet, bukan susah nak check-out benda ni. Kalau betul mamat ni keluarkan statement ni dan betul gambar dia kat atas tu, sila buat lapuran ke Malaysian Medical Council (MMC) dan Malaysia Medical Association (MMA), biar pegawai yang berkuasa ambil tindakan sewajarnya. Kasi suspend atau ban terus APC (annual practising certificate) doktor ni. Dia percaya alternative medicine, jadi bomoh siam sudah.
AC Mang dan ntah sapakenamanya Gomomonkeyskema ke apa ntah, kata aku ni orang E-Dymium (sori, dah terkentut dah pun) yang mahu kasi AC Mang tumbang sebab sejarah hitam masa AC Mang jadi duta produk E-Dymium dulu... kehkehkeh! (korang tahu kesah AC Mang dan E-Dymium? Cari la ceritanya... klalar jugak). Lanun dengan lanun bertelagah, Aidid Mu'addib yang kena blame. Dia orang ni jenis tarak baca punya olang ka? Blog aku ni hentam AC Mang aje ka? AC Mang dey... ko tu amatur sungguh la dey, tak kose aku nak layan ko sorang. Mau kasi jatuh martabat aku ka dey? Anyway, kat atas tu testimonial daripada E-Dymium tentang produk gelang keramat dia orang yang dua-kali-lima macam ACK, tetapi ada gelang magnetik tungsten (tungsten yang buat mentol lampu tu) yang lebih mahal gila babat sampai RM2600+ (pegi la tengok sendiri kat sini - website E-Dymium). Apa nak jadi la buat business sebegini? Pasal testimonial daripada calon mat rempit kat atas tu - ada lesen motor ke budak form 3 tu? Nak kena sekeh emak-bapak budak ni. Kalau mati atas jalan raya, sure blame orang lain, sedangkan anaknya bawak motor sesuka hati. Pastu, pakai gelang boleh kasi sembuh migraine ke dik? Ko biar serius? Pakai kat pergelangan tangan boleh meresap masuk ke kepala lutut yang migraine tu? Magic bin Ajaib sepupu Keramat tu dol. Sapa yang nak pastikan budak ni tak kelentong atau E-Dymium tak kasi RM200-300 kat mamat hingusan ni, untuk dia orang guna gambar encem dia? Yang lebih logik adalah testimonial kat atas tu sendiri yang kelentong gila babat, you wanna bet? You get what I'm saying? Anyone can say whatever they want, but where's the scientific proof? Itu yang nak dipercayai oleh pengguna? Pengguna low IQ yang lurus bendol boleh la kut. Sebab adanya orang Melayu yang senang kena kelentong, itu sebab la mamat-mamat E-Dymium tu semua kaya-raya... tapi kaya-raya duit laknat jual benda mungkar nak buat apa?
Ini testimoni tentang pad magic yang aku cedok daripada syarikat Avail Beauty Sdn. Bhd. pengeluar pad berherba pompuan terhebat abad ini (yang aku dah kupas panjang-lebar di artikel Pad Berherba Datang Dari Panet Musytari). Dalam promosi produk pad pompuan berherba berdasarkan testimonial ni, yang best nye, mesti ada mala'un yang buat mistake... sebab dia orang ni salesmen dan bukan ahli perubatan (mala'un MLM yang suka perasan doktor gitu). Kes kat atas ni, cyst apa yang ada kat rahim dan bila pecah boleh mengeluarkan banyak darah dan cairan? Dah sasau ke apa? Dalam rahim ada penyakit endometriosis, fibroid, cancer dll... tapi takde la uterine cyst per se (yang ada adalah endometrosis - bezakan dengan penyakit endometriosis, tak sama tu). Kalau penyakit cyst pada pompuan, ianya dipanggil sebagai ovarian cyst, yang menyerang ovari dan ovari itu adalah organ yang duduk di luar daripada rongga rahim. Jadi kalau ada ruptured ovarian cyst, ianya adalah kes "acute" yang memerlukan pembedahan kecemasan. Macamana pakai pad kat celah kangkang boleh kasi ruptured ovarian cyst sembuh... gua mau tanya sama itu nyonya? Wap herba dalam pad tu meresap masuk ikut pepek naik ke atas ke apa? Jadi, ini kes nyonya kat atas kelentong ke, atau penulis testimonial "buatan-tangan" pegawai Avail Beauty yang merapu tak tentu hala?
Satu lagi isu testimoni ni, syarikat atau promoter produk mesti buat cerita tergantung punya. Satu sebab adalah kerana sekor-sekor tak tahu apa yang dia cuba nak sampaikan dalam promosi patch ni (sebab dia hanya baca dan hafal brochure... dan memang tak abis sekolah pun, tapi mau jadi millionaire jual benda RM1 satu), sedangkan dalam isu kesihatan, mesti la belajar ilmu perubatan dulu, baru la boleh promote produk kesihatan. Itu kan kehendak agama Islam? "Dalami ilmu berniaga dulu, sebelum melakukan perniagaan" (or something like that). Dalam isu detox foot patch, sampai sekarang takde sapa yang nak jawab soalan aku, iaitu kalau pad ni dia orang cakap boleh menyerap toksin dan whatever... kat universiti mana kajian ni dilakukan dan apakebendanya toksin yang kita nak diskus ni? Adakah toksin tu.... dioxin, strychnine, arsenic, cyanide, carbon monoxide, phosgene, chloropicrin, selenium hexafluoride, beryllium, cadmium, manganese, uranium, caesium, plutonium, barium, argentinium, molybdenum, formic acid, acetone, diethyl ether, chloroform, tetrahydrofuran, toluene, benzene, styrene... what the fook man? Adakah parasite yang keluar tu... trichinella, ascariasis, onchocerciasis, filariasis, schistosoma... what dey? Jangan la main cakap aje... tapi tak tau sebenarnya apakebenda toksinnya yang keluar dari tapak kaki dia (kaki aku tarak keluar toksin apa-apa... siyes!). Sebab benda ni timbul adalah kerana dari segi perubatan moden, memang takde apa benda yang boleh keluar dari tapak kaki kecuali peluh dan sodium chloride - garam (kalau ada yang lain, boleh diabaikan - sikit bebenor yeop!). Cuba rasa air tapak kaki tu, masin tak? Sejak bila ada paip air keluar kat tapak kaki tu yang boleh merembeskan toksin? Sejak tahun 2007? Teknologi baru yang wujud sejak ada facebook? Lepas tu, mesti cerita bagai nak rak tentang selagi ada benda merapu dalam dunia ni. Dari situ kita dah tahu produknya memang kelentong gila baboon, dan mesti keje mala'un yang tak lulus sains masa SPM. Detox Foot Patch - produk yang dicipta khas untuk mereka yang akal kureennggg...
Setakat ni, korang yang baca artikel ni, dah faham belum apa yang aku nak sampaikan? Kalau mahu promosi produk, syarikat cikai khasnya berunsurkan MLM akan promote gila babat pakai testimonial, sedangkan dalam ilmu perubatan, testimonial adalah useless dan takde makna langsung. Untuk memasarkan sesuatu produk kesihatan yang benar-benar berguna untuk kehidupan manusia, sistem perubatan moden ada standard dan piawaian yang sentiasa kena follow. Kalau tak, semua doktor (yang beretika) tak kan kasi kat pesakit produk atau ubat tu semua... kecuali la kalau doktor tu Dr Rozmey - yang rambut hyper cun dan psycho tahap kamen rider. Itu memang dah ada pengecualian khas untuk penerbit filem 2 Alam yang baru ni mencapai kutipan 40 hengget tu. Mamatnya aku rasa memang tak pernah belajar langsung pasal etika perubatan dan dah gelap mata dengan sistem perniagaan MLM. MLM can do that to anybody, dontcha know? That kind of money tend to make people forget what is actually right or wrong.
Meh aku cite pasal Viagra. Viagra atau nama saintifiknya, Sildenafil citrate (compound UK-92,480) direka (synthesized) oleh sekumpulan saintis syarikat farmaseutikal Pfizer di Sandwich, Kent, England pada tahun 1991. Asalnya ia dikaji untuk digunakan sebagai ubat darah tinggi dan sakit jantung, tetapi semasa kajian dilakukan di kalangan pesakit di Hospital di Swansea, Wales, didapati kesannya pada sakit jantung tidak diperolehi, tetapi orang-orang tua kat spital tu semua komplen barang masing-masing mencadak naik tanpa disuruh. Ini adalah kajian yang pertama yang dilakukan terhadap ubat magic viagra - sila baca abstrak kajian di Pubmed 8858389 dan di Pubmed 8813924, yang kemudiannya dengan tangkasnya ubat ini di "patent" kan oleh syarikat Pfizer pada 1998, dan seterusnya dipasarkan sebagai ubat yang akan jadi penyelamat umat manusia lelaki yang tua tetapi masih casanova di seluruh dunia. Daripada abstrak kajian: <PATIENTS AND METHODS: Twelve patients (aged 36-63 years) with male erectile dysfunction of no established organic cause were entered into a double-blind, randomized, placebo-controlled, crossover study which was conducted in two phases... bla bla bla>. Bila lulus dan sudah ada di pasaran, tak abis lagi kajiannya tu. Pada tahun 2002, satu siri kajian yang melibatkan 27 trials (dengan bilangan sampel mamat tua-bangka yang masih ketagihan seks seramai 6659 orang di merata Amerika jadi bahan ujikaji, yang pasti memang sungguh dialu-alukan oleh 6659 orang tu... aku berani bet dia orang semua mengikik ketawa kerana dapat jadi bahan ujikaji) dan akhirnya kajian mendapati bahawa sildenafil memang kasi adik sedara dia orang jadi hebat semula dan awekz-awekz yang dah menopause tu semua start melaram balik sampai tak hengat dunia, disebabkan laki masing-masing dah kembali bertenaga dan terbukti sudah membesar sebagai johan, lepas satu malam ke satu malam. Yabedabedoo... Wilma and Betty, Flinstone and Rubbles are always ready. Membesar sasa macam batu, macam Fred Flintstone. Sila rujuk abstrak di sini - http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/12076233. Akhirnya, syarikat Pfizer yang sebenarnya yang menang paling besar dalam cerita ni, dengan jualan tahunan untuk satu ubat ini sahaja mencecah lebih daripada USD 1 billion sejak 1999, dan selama lebih 10 tahun Pfizer sudah mengaut keuntungan yang lumayan (patent ubat ini akan lupus pada 2010-2013). Tapi apa pun sekarang, market-share viagra dah turun mendadak sejak adanya competition daripada Cialis (Tadalafil - syarikat Eli Lilly) dan Levitra (Vardenafil - syarikat Bayer AG)... tapi itu kesah di lain hari aje la.
OK... do u all get me? Untuk memasarkan sesuatu produk kesihatan memerlukan kajian terperinci dengan kaedah statistik yang jitu, yang dilakukan oleh doktor dan researchers/scientists di merata pusat kajian tanpa ada bias. Salah satu kaedah statistik perubatan untuk membuktikan sesuatu produk atau ubat itu berkesan adalah seperti yang dilakukan dalam kes viagra - double-blind, randomized, placebo-controlled, crossover study. Maknanya kajian dilakukan dengan membahagikan sampel pesakit kepada dua, secara rawak, dengan satu kumpulan diberi ubat kajian dan satu lagi diberi placebo (pil bentuk dan warna yang sama tapi hanyalah tepung kosong), di mana pesakit dan doktor itu sendiri tidak tahu kumpulan yang mana satu yang dapat ubat atau placebo, sehinggalah kajian selesai. Jadi masalah bias dapat dielakkan dan mutu kajian tidak dapat disanggah oleh saintis lain kemudian hari. Kalau kejituan ini tidak dilakukan dengan rapi, seluruh kajian akan hancus. Dan sampel kajian adalah besar... ratus-ratus, ribu-ribu, puluh-puluh ribu manusia, malah lebih lagi pun pernah dilakukan. Lagi besar sampel, lagi jitu hasil kajian. Ada juga bentuk kajian yang lain seperti "randomized controlled trial", "open trial", "placebo-controlled study", "longitudinal study", "cohort study" dan lain-lain, tapi karang kompius pulak sesetengah orang.
Sekarang, aku nak beritahu pada korang pengguna yang bijak dan berwawasan, ini rahsia perdagangan yang ramai orang tak sedar. Kalau sesuatu syarikat tu ada satu produk yang dia orang rasa berkesan dan pasti laris kalau dipasarkan, tak payah disuruh, syarikat ini akan berkejar buat double-blind studies untuk produk masing-masing. Bila hasil kajian tu keluar mengatakan bahawa gelang tangan magnetik itu boleh kasi berak lancar dan kasi encem gila babat macam Justin Bieber... (uik! psycho ka?) eerrr macam Brad Pitt atau George Clooney (definitely not AC Mang), percayalah E-Dymium dan ACK akan canangkan fakta kajian statistik yang penuh saintifik dan dramatik tu pada semua orang di internet dan TV dan dia orang akan pasang signboard setiap 50 km di sepanjang highway PLUS dari JB sampai Bukit Kayu Hitam... biarlah sampai 207 signboard sekalipun. Tengok kes viagra... billion hengget punya untung beb! Biar la kalau 27 trials sekalipun, dia orang akan buat.
Jadi, kalau syarikat tu hanya ada testimoni untuk menyokong produk masing-masing, senang cite, produk tu memang sah cikai le tu. TF atau ACK atau E-Dymium atau Detox Foot Patch atau Avail Beauty semua pakai testimoni - dari situ kita dah tahu, produknya memang tak saintifik dan hanyalah kelentongan di siang hari. Dia orang sendiri takut nak buat double-blind study sebab kalau result keluar kata takde pekdah whatsoever, maka berkuburlah produk tu. Ini kesah catch-22 atau dalam bahasa kita... satu kes "diluah mati emak, ditelan mati bapak". Kalau buat statistical study, pekong akan terbongkar, tapi kalau promote pakai testimoni - orang yang berpelajaran tinggi tak kan beli. So... dia orang mesti pilih cara testimoni la beb! Tak kesah la orang cerdik-pandai tak beli, orang yang dungu ramai kat dunia ni boleh kasi dia orang kaya. Jangan la pulak terkejut, ramai manusia dalam dunia ni tak kesah menipu orang untuk mengisi poket sendiri dan beli rumah besar dan pakai BMW 2nd hand dan kasi anak-bini makan. Apa nak dikenang beb?
OK... kepada sesiapa yang bertanya apakah agenda Aidid Mu'addib tu sebenarnya? Well, I'm a consumer advocate and antiMLM/pyramid-scheme fighter... but mostly, I am a TEACHER. Makna perkataan Mu'addib itu dalam bahasa arab adalah "educator"/"guru". I guess I'm teaching you all by writing everything I learn and know, that I have collected in this short life of mine. Adakah korang nak dengar dan terima apa yang aku luahkan ke atau tidak? Itu terpulang. Dan aku jugak harap korang tak terima bulat-bulat setiap benda yang aku tulis... double-check dulu fakta aku tu semua. Iye ke idok yeop? Pasal korang percaya ke tidak... that is up to you. I just write whatever I know.
Akhir kata, korang semua adalah consumer... PENGGUNA. Jadi kalau nak beli apa-apa produk, terpancut aje testimonial begitu-begini, tinggalkan aje la produk tu (kecuali kalau korang nak beli sofa ke, nak beli TV ke, itu suka hati la nak dengar cakap jiran). Jadilah pengguna yang bijak dan berilmu supaya takde orang MLM atau sesiapa sahaja memperlekehkan korang. Sekali lagi mari kita sama-sama cakap: TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! TESTIMONI = KELENTONG! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! KELENTONG = TESTIMONI! I gotcha there!
>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<
Perkara-perkara berbangkit:
Lembaga Pengiklanan Perubatan, di mana garis panduan yang jelas sudah wujud mengenai penggunaan 'testimonials'. Garis panduan berikut adalah bagi memperjelaskan peruntukan Akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976:
5.5.3 Criteria for testimonials
(a) Testimonials are allowed for products registered under category ‘X’ with the Drug Control Authority.
(b) Testimonials should not:
i. Contain any statement(s) which is exaggerated by the improper use of superlatives.
ii. Contain any medical statement(s) which refers of implies that the use of the product may be used for the purpose of diagnosis, treatment or prevention of disease(s) or condition(s) of human beings.
iii. Contain any statement(s) that indicates or implies its effectiveness or superior quality and that good health is endangered because diets are not complemented with health supplements.
Berdasarkan Akta Ubat (Jualan & Iklan) 1956, sebarang iklan mengenai sesuatu produk tidak boleh mengandungi dakwaan yang kata produk tu boleh sembuhkan penyakit2 seperti kat dalam senarai bawah ni:
- Diseases or defects of the kidney
- Diseases or defects of the heart
- Diabetes
- Epilepsy or fits
- Paralysis
- Tuberculosis
- Asthma
- Leprosy
- Cancer
- Deafness
- Drug addiction
- Hernia or rupture
- Diseases of the eye
- Hypertension
- Mental disorder
- Infertility
- Frigidity
- Impairment of the sexual function @ impotency
- Venereal disease (eg: AIDS, Hepatitis etc)
- Nervous debility, or other complaint or infirmity, arising from or relating to sexual
intercourse
>>>>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<<<<<<
....idup Makcik Tipah! Screw Uptrend!
174 comments:
1st!
adoi sya fiq...... udah2 latu LOL!
minah tu ada berkurap kat kepala (tinea corporis)---> tinea capitis , corporis kat badan
yes... baru nak ubah.
But anyway, thank you dear.
usof8778.. kalau owner blog tak suka dia boleh remove kot.. LOL!
good point,
in medical research, there are also some ethical issues that need to be considered before any research can be conducted on human. some research centre wont approve for research which is less likely to be beneficialto human being and scientifcally not logic like magnetic bracelet
p/s : weh, best ke 1st 2nd 3rd comment ni? haha
bro, memang lawak la blog "Russian Health Ministry".. tunggu masa je diorang nak buat blog untuk Kementerian Kesihatan kita plak.. hahaha..
lagi satu, kat Russia, diorang tak panggil sebagai Russian Health Ministry, tapi sebagai "Ministry of Health and Social Development of the Russian Federation".
Link dia boleh dirujuk di http://www.minzdravsoc.ru/eng
Tak sangka aku diorang ni nak menipu sampai ke tahap hina camni
bro..ko cuba check dulu pasal 4life..jangan main tabur jer..yg ko surf tue alamat dealer 4life...4life medical board dia ko check nie
1) http://lib.store.yahoo.net/lib/shapefast/advboardeng.pdf
2)http://www.youtube.com/watch?v=elG91NSPf14
3) http://www.shirleys-wellness-cafe.com/tf.htm
NIE BARU SIKIT..ko baca semua dulu..ko nak percaya testimoni atau saintis terpulang pada ko..tapi cakap biar betul bro..fitnah doser...
senang ko call aku di 0163143695 atau google ilmu kesihatan..pas tue ko baca..
Kat mana kat atas tu yang aku fitnah bang? Bloody 'ell!
Isu Russian Health Ministry punya link tu fitnah ke? Semua org boleh klik kan? Sapa punya keje tu dol? Bukan org 4Life putar-alam?
Beb... TF tu produk cokia' beb, takde kesangsian kat situ.
Hanya ko, Fendy27645783653 dan ntah sapa2 lagi yang kata mendenya bagus (sedangkan golongan perubatan kata the opposite...).
Come on, get the hell out of that fantasy. Grow up!
Takde org yg waras nak baca website drpd geng 4Life - takde kualiti la kajiannya... tanya AC Mang kalau gelang dia bagus - mmg la dia cakap bagus. Itu namanya "LURUS BENDOL!"
10th!!!
salam..have u ever heard about Q Net??one of their product is bio disc...cn u plez tell sumthn bout it??
Dan jangan lupa pergi 4life website.http://www.4life.com/. click di gambar negara...kalau dia bohong,,,takkan 4life masuk Russia dan lebih 60 buah negara...
bro..ko survey dulu..sebab aku dah survey tue pasal aku cakap..ko kata ko lagi panndai dari saintis yg jd medical board 4life??atau geng doktor ko lagi pandai dari saintis 4life??apa kata ko cakap dengan aku bro..sapa golongan perubatan yang cakap 4life bohong??meh aku jumpa dia...aku bukan nak provoke ko..tapi kalau ko rasa ko benar..ko selidik dulu..bukan main tabur...dan kalau ada geng yang baca artikel ko nie dari background perubatan...aku nak cabar dia sikit..boleh terangkan di mana yang produk 4life kelentong??doktor ker...prof ker...aku ready nak jumpa..aku nie tak ler belajar tinggi..tapi insyaALLAH AKU BOLEH CONFRONT dia orang kalau berkenaan product 4life...
yang aku tahu..aku makan 4life punya produk...alhamdullilah baik untuk diri aku dan keluarga aku...dan bro...4life produk baik bro...bukan cokia..yang cokia adalah orang yang tak tahu menilai..ko rasa kalau produk cokia boleh masuk 60 buah negara ker??kalau cokia boleh ker masuk pasaran USA dan E.U ker bro??lu pikir ler sendiri BROOOOO..hehhe.
YANG PENTING AKAL,BUKAN NAFSU,YANG PENTING ILMU BUKAN KEBODOHAN...DAN YANG PENTING ADALAH MENYEDARI KESILAPAN SENDIRI...BUKAN EGO...apa apa hal CALLING CALLING LER..mana tau leh jadi kawan dari lawan...
Jawab aje la soalan tu... blogspot tu keje sapa bang? Mau kelentong sapa tu beb? Satu benda kelentong abis la semua fakta dan apa saja yg ko war-warkan... simple rule dalam berniaga, kelentong org, siap la memang cari nahas. Kalau ko cerita benar pun org tak kan percaya lagi lepas tu dah.
Nak survey apekebendanya bang kat website buatan 4Life? Apa benda yg manusia boleh dapat daripada colustrum dan yolk telur tu - cari aje la lembu baru beranak, isap aje la puting lembu tu kan senang? Tak payah bayar RM249 utk sebotol Riovida... India jaga lembu tu aku rasa mintak sengget aje kut - atau pun free, sebab dia sure ingat ko psycho mau isap tetek lembu baru beranak. Yolk telur tu telan aje la... if that makes u happy. Tak payah sedekah duit kat omputeh tu semua. Lepas tu, biar goncang2 body tu, kasi colustrum dan yolk tu sebati ngam dalam perut.... yg mana asid dalam perut akan musnahkan semua benda yg manusia telan dengan hebat sekali - ABIS CITE!
Tinggalkan aje la keje mungkar dan kelentong ni beb... aku dah kasi lepas satu-satu info utk semua org kat sini. Ko nak pakai viagra? Sebijik dalam 40 hengget - utk ko, aku kasi discount 35 hengget sudah. Kasi tegakkan benda yg merundum jatuh tu.
Oh ya... boleh confirm kan yang ini? Simple aje ni kan?
http://www.facebook.com/photo.php?pid=233785&l=64d2e07943&id=100001126572370
gula2 hacks yg cokia tu pn ade kat beratus2 negara derr..
Maaf mencelah...eh, Program Score A pun tak elok ke ? Piramid jugak ? Ada posting article mengenainya ? tak perasan pulak...
anyway.. branding pun out!.. 4life tu utk apa? mcm bdk2 sekolah baru nak naik je gantikan perkataan "for" kepada "4".. owh ye tak ye juga kalau "for life" nanti da sama pula dgn tagline Volvo.. produk pun cikai.. kalau Volvo memang technically proven.. ke tak lama lagi usahawan 4life nak buat world branding strategy macam Dr.Rozmey rambut cendawan goreng juga? buat filem 4 Kehidupan? dey! orang cina tak suka no 4 sbb apa? LMAO!
bro...pertama dalam hidup mlm aku adalah kebaikan produk,buat pengetahuan bro...saya dah terlibat dalam 4life nie lebih dari 5 tahun...tak kaya kaya sebab saya pegang pada kebaikan produk 4life.dan saya pegang kepada asas M.L.M ..BERKONGSI APA YANG TERBAIK YANG SAYA TAHU PADA ORANG SEKELILING SAYA..BUKAN APA YANG TERBAIK UNTUK SAYA...bermacam macam kes yang saya dah tgok dalam penglibatan saya dalam 4life..dan bermacam macam orang yang masuk 4life..ada yang masuk sebab nak kaya...ada yang masuk sebab duit dah terlebih..ada yang masuk sebab dia perlukan produk 4life...saya masuk 4life disebabkan saya sebelum ini membuat pembedahan tulang belakang..L4 dan L5..setiap hari makan ubat tahan sakit dan ubat tidur...selepas saya amalkan 4life alhamdullih sihat...sebelum jd ahli saya jadi pembeli..dan dah lima tahun saya amalkan.. saya dah tak perlukan ubat tahan sakit atau ubat tidur..saya tak nafikan ada dealer 4life yang masuk sebab duit,mereka menyebabkan 4life di pandang macam mlm yang lain...black list...tapi pada saya yang saya jalankan adalah tanggungjawap saya sebagai seorang ISLAM..menyampaikan yang terbaik yang saya tahu pada orang sekeliling saya...dan lagi satu bro...jangan ego sangat..manusia dipandang sebab ilmu..cuba baca dulu tentang 4life produk..bukan main tabur jer..nampak sangat ayat ko mcm budak tak sekolah lak...4life produk amat baik..tapi sembuh atau tidak adalah kuasa ALLAH S.WT.dan bro..selagi tiada produk yang boleh menandingi kajian produk 4life..selagi itu aku akan teruskan produck 4life..dan aku rasa..aku tak pernah kelentung tentang produk 4life..dan kalau ko boleh ketepikan ego ko sekejap..ko baca tentang 4life produk..sekiranya ko dah baca tentang 4life produk dan ko nafikan jua..aku rasa..tanggungjawap aku sebagai seorang Islam dah selesai...aku dah sampaikan pada kau...tapi ko tak nak baca dan ego..hehehe..dan lagi satu bro..aku tak sedekah duit pada orang putih..aku sampaikan ilmu yang aku tahu jer...dan kalau benci orang putih..aku nasihatkan kau kalau ko ada rezeki lebih nanti..jangan pergi haji naik kapal terbang..naik sampan jer..sebab kapal terbang orang putih yang buat..sekian
dan nak ker aku hantar ganbar belakang aku yang dah operate??mana tau kau kata aku tipu lak...
lupa lak soalan ko bro...blog tue aku rasa dari dealer 4life yang aku tak kenal...tapi ko boleh pergi ker company website http://www.4life.com/..ko check dah masuk 60 lebih negara bro...takkan 60 buah negara punya jabatan kesihatan bodoh kot...bagi produk cokia masuk negara dia orang???/
Free market takde kaitan dgn jabatan kesihatan kejadahnya... itu isu globalisasi - any company ada produk, boleh masuk mana2 negara yg amalkan free market, dan terpulang pada pengguna nak beli ke tidak produk2 yg bersepah2 tu... that's FREE MARKET!
Tapi byk syarikat yg putar-alam dan untung atas angin gila baboon (4Life for instance) tapi apa yg perlu dilakukan oleh pengguna? Skrg kerajaan Malaysia takde ambik tindakan yg konkrit tentang penipuan perniagaan sebegini - yg masih kelentong org-ramai dgn penggunaan testimonial bagai - that's just poor quality service, man... really cokia'. But that's life...
And I'm trying to do something about it. My aim is the spread of knowledge. Terpulang la pada pengguna nak percaya fakta aku ke tidak? Semua ada otak boleh fikir - yg problem nya kalau fikiran tu narrow --> buat kajian drpd komersial site macam 4Life... again, that is just poor quality judgement on that person's part. This is a world of information, a world without borders. The relevant information is all there for everyone to see... I'm here to help anyone who wants to be helped. If I could... I'm just a little guy who is sick of commercial sickness.
p/s: isu russia tu amacam? I need answers... my readers are waiting.
dok pikir pikir...bukan salah ko marah mlm..aku pun sama..aku buat mlm partime...bukan full time..jadi aku dapat duit ker..tak ker..aku tak kisah...janji aku puas sebab kawan kawan aku sihat makan produk 4life...yang silap dalam 4life ialah ramai ingat nak kaya...test jadi kaya dengan jadi pengedar 4life...yang dia orang ingat pelan marketing...langsung tak tau pasal produk 4life...aku sampai sekarang tak pernah hafal pasal pelan marketing..yang aku tahu,aku makan baik jer...duit belanja datang dari kerja aku..ramai orang ingat mlm lubang jadi kaya...tapi dia lupa..sebenarnya mereka luper..asal mlm adalah cerita apa yang terbaik yang mereka tahu pada orang sekeliling kita..kalau kita tipu orang keliling kita...mcm mana nak berjaya??aku paham masalah ko...geram dengan mlm..sebab kadang kadang aku pun geram..tgok orang kena tipu sebab mlm...tapi aku juga rasa...tak semua mlm tue penipu...aku buat 4life bukan aku nak duit sangat...sebab aku ada duit sendiri..tapi aku buat 4life sebab aku makan dan aku rasa sihat..kalau ko rasa 4life penipu..terpulang pada ko ler..aku malas nak bertekak gan ko..yang penting adalah diri kita sendiri...apa apa pun...ko benci mlm...tapi aku sokong pengamalan produk 4life untuk saudara/rakan/jiran aku...lain lain..lantak ler..terpulang lak pada sedara mereka untuk terangkan produk apa baik untuk dier orang...apa apa pun..selamat tahun baru..heheh maju lah sukan untuk negara
.ko boleh check alamat 4life di russia di http://russia.4life.com/ nie alamat 4life..bukan dealer dia..kalau dia boleh masuk russia...tak kan dia nak kelentong pasal 4life boleh jual di hospital russia bro...apa apa...aku dah gantuk...GOOD night
4life ada ofis di 60 buah negara termasuk russia...
dan terima kasih sebab bertekak gan aku jap..dah lama tak bertekak pasal produk 4life...hahahha..
ps..sebelum belah..setiap negara mempunyai jabatan kesihatan mereka sendiri..mereka akan menguji setiap produk kesihatan yang masuk ke negara mereka sebelum di benarkan di jual di negara mereka...jabatan kesihatan mereka tak terikat dengan free market idealogi jadi hujah ko tadi tak leh pakai bro...tak caya..call jer jabatan kesihatan MEREKA..(TAPI MALAYSIA PUNYA TAK YAH CAL,KUAT RASU**..CUBA CAL JABATAN KESIHATAN USA/CANADA/NEW ZEALAND/AUSTRALIA/SINGPORE SEBAB PRODUK 4LIFE DAH MASUK NEGARA DIA ORANG..DAN 60 BUAH NEGARA LAIN..hehhehe
so, 4Life kat Malaysia dah ada kelulusan KKM?
kemasukan produk2 4life ke mana2 negara tu atas dasar sebagai produk kesihatan/sebagai ubat ataupun sebagai nutrient supplement product?
correct me if i'm wrong, tapi produk 4life ni bukankah diwar2kan sebagai nutrient supplement?
sebagaimana yang diutarakan oleh bro aidid ni, free market membolehkan mana2 produk dibawa masuk ke 60 negara tersebut. hatta nak bawak masuk racun pun boleh (subject to relevant local law I suppose).
my point is you can't just claim 4life product is a valid 'medical' product if it marketed in 60 countries.
i'm a research trainee, and although I strongly agree with what bro aidid has been saying in this blog, somewhere in my mind, i might have been hoping for a miracle medicine to cure any illnessess. i guess some people would really like to believe without any evidence. hard cold rock evidence. just some 'hand waving' trick will sort out your problem.
still learning to ask hard cold evidence first.for that, thanks bro aidid!
saya dah tengok website 4life.com
kat situ dia ada reveal dia punya Health Sciences Advisory Board.
And derang memang bagitau produk derang ni supplement.
hmmm....cuma yang tinggal dia ni MLM. Selagimana dia takde panel syariah untuk tengok sistem pemasaran derang, selagi itu ada unsur gharar (uncertainty) which is Haram dalam Islam.
Cuma, adakah pengguna yang menggunakan produk ni termasuk didalam hukum haram tersebut?. Ini isu lain plak.
4life: pepek ko! KO cakap bukan main islamic lagi pastu tuduh org rasuah. Aku org KKM, terlibat dgn registration product. Ko leh register produk tak bermaksud produk tu berkesan. Bile ko register sebagai supplement, ape yang KKM boleh janji adalah produk tu SELAMAT (dr segi lab test, etc) dan bukan produk tu BERKESAN. kalau 4 life ni terer sangat, register la sebagai ubat. Mau terkencet ko nak prove sume claim korang tu. Sengal. Blajo x abes nak tuduh org lain rasuah.
Fahmi, rilek bro. Terkejut tengok kau memarah ni. Aku sokong kata fahmi. 4life, ko tak bole buat hujah kalau sesuatu produk tu dibenarkan memasuki sebuah negara bermakna ia berkesan. Mcm fahmi cakap, ianya sekadar dibenarkan atas dasar keselamatan menggunakannya. So tidak ada effect lain atas kesihatan kerana menggunakannya. Kalau ianya berkesan pada kau, alhamdulillah. Kalau nak cakap atas dasar boleh masuk 60 buah negara sebab keberkesanan aku rasa tak betul tu. This is open market man. ACK pon aku rasa takde pengesahan dari KKM pasal gelang 'kesihatannya' tu. Boleh je jual kat malaysia. Siap masuk kat UK jual kat M&S lagi.hahahaha.
http://janjialam.blogspot.com
Assalamualaikum semua, and bro Aidid. As usual, excellent entry!
To bro Fahmi: I feel you bro. Org Melayu ni mmg suka nak benda SENANG; SENANG2 nak kaya, SENANG2 nak salahkan orang. I dah biasa dgn penggiat2 MLM ni, semua suka salahkan Agensi kerajaan.
Bila tak kena serbu: " Lu tengok? Mana ada kita biz salah? KPDN, PDRM samer Bank Negaler pon tak kaco sama kita...kita ok maaa, semua apprup. VIP semua support"
Bila kena serbu: " Itu gomen sulah kena suap, itu gomen dengki kita mau kaya. Ini semua sistem kapitalis!"
Encik 4Life, kalau tuduhan awak KKM tu kuat rasuah, dah ada bukti? Boleh je contact saya, saya akan kasi nombor kawan saya Pegawai Penyiasat BPR. Jgn risau, dia ni tak makan rasuah punya.....
get a LIFE...tribute to 4life
Hah.... kan dah naik marah orang KKM....putar belit lagi.....
hahaha klakor ayat ko marah fahmi...
pengambilan ubat o watever tu cuma ikhtiar. anda lupa ke yg sembuhkan tu SIAPA?? jgn krn terlalu mempertahankan sesuatu, kita membelakangi DIA.
gogogoggo 4life hahahaa buktikan KKM tu RASUAH..tok moh nak tengok...kalu xda bukti memang kecut telo la abe 4life...caps lock je lebih...dah siap printscreen nih..keh keh...jgn deLATE komen sendri mahh..abe 4life nak mengamuk tu abe KKM jadi org hijau nanti..keh keh...abe 4life....paham ke ape abe aidid royat tu..adess adess...dey caps lock tu....
So, ada ke pengguna produk 4Life yang membaca di sini boleh memberi 'live' punya testimonial? Kalau boleh bagi sekali proof yang ada, macam sedara 4Life offer gambar dia bedah tulang dulu.
Dan kalau tidak berkesan, sila nyatakan juga. Tengok mana lebih banyak.
Kepada penggiat 4Life, kalau betul produk ni bagus, apa salahnya push kepada atasan korang untuk demand adanya panel syariah. Apalah sangatnya wang yang dibelanjakan itu bagi menghargai pengguna yang rata ratanya umat Islam ini.
~adui...komen-komen ni semua ..buat saya tersenyum di opis pagi nie...sgt mengujakan..~
Salam semua terutama buat insan yang guna ID 4Life,
Isu blog tu aku rasa dah jelaskan lama dulu. Bukan blog tu yang aku jaja, tetapi kertas kerja klinikal yang terdapat dalam tu yang aku suruh puak ni baca. Depa ni, takkan terima apa saja yang kita sampaikan sebab dah tepu dengan anti MLM dia. Kertas kerja tu pun ada yang kata bohong, nak cakap apa lagi.
Kertas kerja dalam pubmed pun aku dah bagi kat blog, depa baca atau tak itu bukan urusan aku lagi. Selalu aku kata, kalau dalam hati dah benci dan nak cari salah, dia hanya akan cari salah dan yang terang2 betul tu letak tepi.
Apa pun buat 4Life, abaikan mereka. Belum kena batang hidung belum tau, dah kena esok, baru tau langit tu tinggi rendahnya. Allah bila2 je kalau DIA nak uji manusia bongkak.
Aku pun dah jelaskan, aku dan pengedar 4Life hanya ulang apa doktor cakap. Bukannya pandai2 nak jadi doktor. Buat pemberi komen yang lain, hati2 kerana mulut nanti badan boleh binasa sebab Allah Maha Berkuasa, apa yang duk kamu kutuk tu ciptaan dia (Molekul TF).
terbaik laa entry ni, nak gelak pun ada part kajian viagra tu. apapun good info though
fendi 2177
boleh la bantu id 4life tu buktikan KKM rasuah yek...penting tu(ala satu geng..xkan nak biorkan je kot..hujah2 id 4life tu..ops...dah printscreen siap2 tunggu masa jer.)..so cepat2 kasi bukti yek)...pasal mau kasitau semua...tok moh pun nak tau gak...mcm menarik jer....
gila panjang.. pergh..
cari jer product colustrum kt farmasi-farmasi spt guardian ker, watson ker... pasti harga dier murah.... :-)
P/s aku selalu beli gel rambut kt guardian.. berharga 8 ringgit.. nasib baik x dmlm kan gel rambut aku tu.
Dalam alam perubatan pulak, takde sapa-sapa (doktor ke, saintis ke) yang akan kesah pasal testimoni - satu isu yang takde makna langsung dalam research, no freaking meaning whatsoever.
------------------------------------------------
lari topik MLM jap, psl perubatan. cuba bukak website ni--> http://www.centreforsight.com.my/LaserTestimonial.html. actually sy tgh plan nk buat lasik dlm bln dpn so masih lg survey tmpt2 yg terbaek. Centre For Sight adalah termasuk dlm list sy tp ble bce blog ni sy terfikir adalah tmpt tu blh dipercayai since dowg pon mggunakan testimoni sedangkan dalam ilmu perubatan, testimonial adalah useless dan takde makna langsung~
Salam all vistors,
Saya faham ape concern Aidid dan 4Life member.
Ada 2 isu disini, 1)Not enough Clinical evidence. 2) Proper business conduct. Pada saya dalam kes MLM macam 4Life ni 2 faktor ni saling berkait, and it cross the mutliracial aspects, belief and geographical issues. So it is not easy to judge, therefore you have to assess 4Life case by case and points by points. Here are my points pertaining to our topic of discussion here.
1) 4Life products ranges, even though it is registered with 60 countries worldwide, you have to see under what product category. Modern medicine? Poison? Alternative? etc.. You have to know. In case of alternative medicine the registration process is not stringent at all, for example in Japan you can get approval for alternative medicine product within 3 to 6 months.
2) Stating/relating MOH Malaysia with fraud is unfair conclusion and has a big implication. 4Life you try state something good about 4Life product, but your statement about MOH ruin everything. 4Life kalau ada org KKM sini, mau diorang siasat ko, pikir panjang ok. 4Life i have been dealing with MOH, NPCB for more than 15 years with full of transparency and good administration conduct.
3) Aidid i understand your clinical judgement because i am in that field too. I am currently conducting 3 clinical trials worth millions of dollars. What i can say our community need sometime to improve their knowledge and you are the catalyst. Bro Aidid mamat2 yg supply barang2 MLM ni takde Good Clinical Practice, so paham2 la yek. But please cont your effort to educate them.
4) There is a way of doing testimonial and advertising alternative. You can find it from KKM. But the basic principle is alternative medicine is cather only for well-being. You cannot claim more than that. You say something about Hypertension, then where is the clinical evidence? Bro Aidid as you know the clinical protocol depends on the objectives and the repective regulatory requirements. Jadi kalau nak register kat Jamaica, discuss la dgn Principle Investigator dan regulatory authority kat situ. So you can see even the clinial protocol may cross the aspects of culture and geography. Sbb macam2 claim kat Pubmed ke, ape2 journal la. Saya ni sponsor for clinical trial, when we request for proposal for clinical trial, different Clinical Research company will have its unique proposed protocol, which is something we have to go in depth.
So be open and better to get the right advice from the right people. This blog is a platform. More to add but don't have time.
TQ
Terima kasih kepada Mr. Azwan,
Bagaimana nak bincang secara ilmiah jika perkara asas gagal difahami oleh mereka.
1- Sudah dijelaskan bahawa produk 4Life adalah makanan tambahan, BUKAN UBAT.
2- Transfer Factor adalah sejenis MOLEKUL yang terdapat dalam kolostrum, TETAPI BUKAN KOLOSTRUM secara keseluruhannya.
Nak tengok orang yang gagal nak fahami 2 perkara di atas ni, bacalah komen mereka. Anda boleh tahu siapa yang memberi ulasan atau komen tetapi TAK PAHAM apa yang cuba diulas/ komen.
Saya dah jelaskan dengan sejelasnya dalam blog saya www.negativepositive21.blogspot.com
Thanks.
ok fendy2177...4life adalah makanan tambahan dan bkn ubat..maknanya, ia selamat tetapi blm tentu berkesan..ini istilah dr org KKM..btl x?...
secara kesimpulannya, 4life adalah makanan tambahan yg selamat dan blm tentu ia berkesan...btl kan?
kesimpulannye,jgn la awak claim ia blh mengubati pnyakit atau2 ape yg tlh di claim kat dlm testimoni itu..kan mengarut tu...btl x?
Salam Fendy2177,
Saya baru melihat blog anda. Beberapa kesimpulan saya boleh buat:
1) Sebagai medical professional, termasuk mana2 Medical Doctor adalah tidak dibenarkan untuk appear dan advice untuk menggunakan product2 tambahan/alternatif secara TERBUKA. Ini melanggar etika dan melanggar Hippocratic Oath. Ia perlu dilakukan secara konsultasi yg betol, bersemuka dan mengambil kira faktor2 lain yg mempengaruhi pada seseorang pesakit.
2) Advertisement keberkesanan ubatan supplement/alternatif terhadap sesuatu penyakit spesifik, contohnya termasuk AML adalah SALAH, melainkan dengan clinical evidence yg betul. Ini general info, tapi di Malaysia enforcement kurang. Contoh lain, Tongkat Ali menyembuhkan Hypertension, dikeluarkan sebagai testimonial, adalah dikira sebagai tidak beretika dan salah. Advertisement awak berkenaan AML boleh menimbulkan salah faham dikalangan pesakit AML, sebab nanti dorang not compliance to chemotherapy. Keadaan ini adalah MERBAHAYA. Advertisment/Testimonial seumpama ini adalah tangkap muat dan tidak holistik. Fenday, nasihat saya elakkan campur aduk modern medicine dan alternative jika awak tidak dilatih dengan betul.
3) Pubmed hanyalah journal. saya boleh buat clinical research 3 bulan, guna 50 pesakit, dan stil publish kat situ, which worth nothing. bahaya, in this flat world please don't misinterprate as u need the right people to seek for advice. Journal pun kita ada rating. bukan semua boleh pakai.
4) Saya kini conduct clinical research involves more than 900 patients/subjects worth hundred millions about biologics and new molecular entity. 1 clinical trial cost RM 50 Million, which only for one clinical site. Aidid, the other way we can look at 4Life business is right now they are using the current products to generate revenue, so that they can use the funds/profit to conduct a proper/reliable clinical trial on the future.
TQ
kalau dia supplement, boleh tak kita treat dia as other supplement also. Atau tuan blog n others nak declare war dengan produk supplement yang lain sekali? baru adil macam tu.
Kalau ubat yang diluluskan pun belum tentu berkesan kepada SEMUA pesakit walaupun dah ada clinical test, apatah lagi dengan produk supplement, ye tak? Yang dah diluluskan pun, terkadang kena tarik balik, so, take it easy bro.
Tapi kalau problem kita dengan 4Life ini sebab dia MLM yang tak patuh syariah, baru bertepatan dengan roh penciptaan blog ini. Bagi saya la. Tapi kalau dengan MLM yang patuh syariah pun kena tibai sekali, saya dah tak faham dengan objektif perjuangan tuan blog.
Wallahua'lam.
Abu Humaira, good thoughts and comments.
BPFK has categorize heatlh product different based on so many parameters. What is more important is patient's safety. Fine, modern medicine also has side effects, and sometime can be disasterous. How local authority/experts judge this issue? The answer is based on high quality data obtained from good clinical trial, the outcome of the clinical research must show that THE BENEFIT MUST OUTWEIGH THE RISK.
Yang kena tarik balik tu sebab dah masuk phase 4 clinical trial, means even though the drug is approved into the market, but continuous monitoring must be performed. Tu sebab drug paling selamat ialah drug paling lama dalam market, contohnya paracetamol (penadol). I am giving you a professional advice, please take into account.
I am not in the position/best person to comment further about Halal Haram of this system.
TQ
Salam Azwan,
Saya hormati pandangan dan teguran yang anda berikan, terima kasih.
Saya tak becadang untuk komen panjang lebar di sini, kerana bagi saya di sini bukan tempatnya. Saya masuk pun kerana ingin jelaskan bab blogspot dan salah anggap antara UBAT dan makanan tambahan serta beza antara Molekul TF dan Kolostrum.
Mungkin anda boleh lakukan carian lanjut berkenaan produk ini dan berikan pendapat berdasarkan kepada penemuan yang anda perolehi agar dapat dikongsikan bersama.
Azwan: Thanks bro for the info. Really appreciate it. :)
And to Fendy2177: please urge your upline untuk adakan panel pemantau syariah untuk menentukan status halal dan haram pelan pemasaran 4life ini.
Hukum muamalat memang harus, tetapi MLM adalah sebuah bentuk urusniaga yang complicated yang perlu kepada panel syariah yang berkaliber.Jangan ambil halal haram sebagai benda yang mudah. Sekiranya memang produk ini bagus, menjadi jihad bagi anda untuk memastikan panel syariahnya ada.
Wallahua'lam.
Salam Fendy,
Thanks for the reply.
Komen saya adalah berdasarkan claim anda bahawa 4Life productS adalah makanan tambahan. Sesuatu perkara yang saya tidak arif, saya tidak perlu komen panjang. Melihat pada blog anda, anda telah melakukan sesuatu yg jelas salah dari segi etika perubatan. Tangkap muat dan poor clinical judgement, mixing modern and alternative/supplement/traditional medicine. Bahaya Fendy oii..Tanggungjawab saya sebagai seorang professional untuk memperbetulkannya, sekurang2nya menasihat.
TQ
Hmmm...on a related but less stressful note, the Before and After testimonials for slimming products are the most believable.:o)
Btw azman, useful insights you have there especially for layman like me.
btol kate bro aidid..jgn percaya bulat2 ape die tulis..sbb itu hanya pendapat die berdasarkan research n pengalaman die..kalau nk percaya bulat2, wat research sendiri..wbgpn sy berpendapat ianya reliable berdasarkan pengalaman owner blog dan facts yg die smpaikan..nway, info drpd bro azwan pon sgt2 sy hargai sbb dpt membuka minda readers sume yg mane pada sy ianye adelah spt "second opinion" from another reliable personnel (based on penulisan die)..n i can see what both (aidid n azwan) have in common..bravo bros..
Aku dah lama nak tegur mamat ni pasal isu ni, tapi I have so much to do. OK... korang boleh pegi kat blog dia (blog yg tiada etika perubatan langsung... tapi tak kesah la, sebab dia sendiri tak pernah tahu apakebenda ETIKA PERUBATAN tu).
http://www.negativepositive21.blogspot.com/
Kat bawah dia kasi link kajian saintifik berkenaan transfer factor:
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11242458
http://www.springerlink.com/content/p6571253086jk363/
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/8993760
http://www.ncbi.nlm.nih.gov/pubmed/11242458
You all know what's wrong with all those link? Those are real scientific research about TRANSFER FACTORS. The guy has the cheek to say this freaking thing: "Berikut adalah link kepada rujukan berkenaan kajian yang telah dijalankan terhadap molekul Transfer Factor (pengkaji tidak menyebut secara direct 4life Transfer Factor atas sebab yang tidak diketahui, tetapi bila merujuk kepada ORAL dan puncanya dari BOVINE, jelas ianya adalah Transfer Factor yang diekstrak dari susu awal lembu. Klik saja pada tajuk untuk membaca abstract kajian)".
Apakebenda mamat "sebab yg tak diketahui"? Memang kajian tu takde kaitan dgn 4Life Transfer Factors!!! 4Life TF adalah brand-name, kajian tu semua adalah benda yg real-life... yg org 4Life mahu kaitkan drpd awal penubuhan syarikat lagi. Ko tak pernah baca pasal perbincangan isu kelento0ngan syarikat 4Life ke bang? Senang nya la nak google.
Meh la sini aku terangkan:
Definisi transfer factor drpd segi sains perubatan: Transfer factors are immune molecules that cause antigen-specific cell-mediated immunity, primarily delayed hypersensitivity and the production of lymphokines, as well as binding to the antigens themselves. They have a molecular weight of approximately 5000 Daltons and are composed entirely of amino acids. Transfer factors were discovered by Henry Sherwood Lawrence. They are promoted as being able to cure a variety of conditions, though they have not been proven to work.
Dan kajian dalam link itu adalah usaha saintis utk mengetahui lebih lanjut pasal transfer factors... u know, molekul asid amino yg bawak kesan immuniti drpd lembu dan ayam... yg pada teorinya boleh ditransfer kpd manusia, yg u know... takde doktor dalam dunia amalkan kat mana-mana.
4Life transfer factor hanyalah produk MLM yg tak bersangkutan drpd kajian itu semua, kecuali kaitannya dgn fakta bahawa 4Life claim dalam produk dia ada TF. That's it. 4Life tak terlibat dlm kajian tu langsung. You all know what I call this? This is deceitful advertising. I know some of u don't understand my statement. Aku kasi contoh.
Aku buat kilang hasilkan keropok lekor yg aku namakan dgn brand-name "Transfer Factors". Pastu prof kat HUKM buat kajian tentang transfer factor dan kesannya pada manusia. Pastu aku buat blog promote keropok lekor aku dgn mengatakan prof kat HUKM ada buat kajian pasal TF dan kesannya memang best - menakjubkan. Belilah keropok lekor aku! Yahoo!
ni nama dier lembu punya susu sapi dapat nama :-)
Salam and thanks for the comments.
No sweat. This the platform where to educate people. I get something from here too. Aidid may keep the brutal way of giving opinions, because that can become the x factor why people keep on flocking to his blog. Different way of delivering things, but it works. Kind of marketing jugak :). And Aidid i fully understand your points.
Doing business in ethical way right now may not be the common modus operandi, which is understandable because business need to be sustained. But, certain ethical issues cannot be compromised as it may cause disaster. This where it is important role of the professionals, local authority, ngo, government, etc; they MUST educate people, at least about the principle. which may take many many years and long long way to go. Malaysia nak jadi maju kan? Learn the right way from now!
But this is business, everyone need to survive. As I said, 4Life may want to generate revenue from their current product pipelines, so that they will use the fund for the next high quality clinical trial. Halal Haram? Do they care? I don't think so as they are not Muslim. Kind of long term development strategy juga.
TQ
wtf papagomo kah..kah..kah,,gua support lu bro aidid
http://www.papagomo.com/2010/12/papadiva-ac-mizal-punya-cerita-dalam.html
Ok, semua mintak bertenang. Jangan marah marah. Mungkin masing masing ada betul ada baik. Tapi masalah yang tak baik di sini, apa pasal ada MAMAT tu suruh pengguna buktikan gelang dia tak berkhasiat apa kejadah nya ni?
Kenapa dia yang kaya gila babi tu tak keluar je terus sendiri dan buktikan gelang dia berkhasiat dan ada research dan akuan doktor dan segala macam yang kau mintak orang ramai buktikan? Kami tadak duit nak beli BENTLEY, so tak dapat nak bayar doktor suruh buktikan!
Engkau gila babi kaya boleh kena beli Bentley apa pasal taknak taja doktor suruh buat research pasal gelang gila babi kau ha!
Bila Wardina cakap artis tak boleh dijadikan idola, Wardina betul. Maaf kepada artis yang belajar tinggi tinggi macam Lisa Surihani, tapi sebahagian artis yang terus keluar MRC dan nak buat boyband dan tak pergi ke mana mana ni kadang kadang terlalu menggunakan ke'artis'annya untuk menipu orang ramai dan menyebabkan kita pandang serong kepada semua artis. Lepas tu, ajak geng geng artis yang lebih kurang dia yang belajar malas suruh tipu orang ramai.
Salah atas, RMC, bukan MRC. Haha. Sory Abang AC. Kang kata fitnah lak.
Hehe Aidid bro, that bit on dumbing-down TF and TF lekor branding illustration, priceless. Guess we gonna see more of this everytime the subject of TF pops up. It really ticks them off , ain't it.
salam..panjang lebar dah jadi..hehe..pasal KKM..kalau ada terasa hati..aku tarik balik..tapi aku rasa..majority ppl.dkat sini tak buat research..cuba lapangkan hati dan baca berkenaan produk 4life..mana ada cakap produk nie ubat??dan lagi..sesiapa yang ada amal supplement akan tahu..supplement akan membantu tubuh badan..dan aku rasa yang banyak komen adalah yg negative thinking..yang rasa mereka adalah betul tanpa membuat researh berkenaan produk 4life..mengikut data yg dikumpulkan..kerberkesanan transfer factor adalah lebih tinggi dari makanan kesihatan lain..jadi kalau yg baik pun kena hentam...inikan pula produk yang di keluarkan di malaysia..dan kalau hati dah benci...mati jer boleh buat orang berubah ..heheh..do research dulu bro ...ni tak buat research dah bantai produk 4life..gelak aku tgok pemahaman korang berkenaan transfer factor..(buat makluman,hanya 4life yang mengeluarkan produk supplement kesihatan berdasarkan estract transfer factor secara besar besaran,dan aku rasa ada yang sakit hati bila aku cakap mcm nie..tapi lantak ler..janji aku bahagia dan sihat,keluarga aku bahagia dan sihat,jiran aku bahagia dan sihat,rakan rakan aku bahagia dan sihat..dan korang..still lagi cakap mcm mcm...the best thing...adakah aku kisah??kalau korang rasa 4life menipu??repot jer 4life..meh tgok siapa kena..selamat berbahagia..
Soalan saya pasal program Score A tu takde sape nak layan ? :(
Baca
http://finderthetruth.wordpress.com/2010/01/14/fatwa-ulama-saudi-tentang-mlm/
http://www.muslimdiary.com/forum/viewthread.php?thread_id=31
http://aljazirah.blogspot.com/2008/07/fatwa-ulama-tentang-mlm.html
apply kepada 4life, kalau NYATA ada ciri HARAMNYA, rentikan je la.Ada bran?
Terkadang rasanya macam nak bantu menjawab persoalan contoh: dah segala MLM tuh haram, mana yang halalnya- spt zina haram ada halalnya iaitu nikah.
Jawapan: Yang halal itu dah terbentang namanya perniagaan dan zakat kepada asnafnya. Kamu takkan ketemui RIBA ISLAMIK, JUDI ISLAMIK, ARAK ISLAMIK melainkan cacamarba -telah kembali kamu menjadi orang yang jahil-kebodohan bukan kerana tidak intelek, tetapi tertutup dari petunjuk hidayah.
Mungkinkah tidak yang di panggil susu awal lembu ajaib yang dijenamakan dan dipermahalkan harganya sebenarnya adalah susu tebung pukal biasa campur sugar alcohol macam sorbitol dan xylitol sebagai ganti TF...ntah tu la yang pakcik nutritionist bagitau kat aku.
sori, pakcik tu cakap sorbitol untuk buat julap, mannitol untuk 'kick'- bertenaga, ilang sakit etc.
Encik 4Life
You got no point at all!!!!!!
kau tak abes2 ulang pasal:
1) you guys should research on 4Life product bla bla
2) produk 4Life dah masuk 60 negara bla bla
3) janji aku bahagia dan sihat, keluarga aku sihat bla bla
Smuanye OmOng kOsOng beb. takde fakta mahupun scientific research langsung. Baik ko tak payah komen derrrr.... pastu ko siap cakap "ada aku kisah??" kalo ko tak kesah, wat menda ko bukak blog ni n siap bagi komen sgale bagaiiii....
Read between the lines 4Life!!!!!
Score A katanya ada Sijil Syariah Compliance, so rasanya tak boleh nak comment apa apa. Kalau salesman dia yang hampeh, salah salesman dia aa.
Keharaman MLM bukanlah sesuatu yang qat'i (pasti) oleh kerana ia adalah satu bentuk urusniaga yang baru. Dengan itu ia jatuh hukum harus pada dasarnya hinggalah ada perkara/sebab yang menjadikanya haram i.e gharar,judi, harga lebih tinggi dari harga wajar, riba n etc.
Tetapi apabila semua sebab keharamannya sudah tiada,ia akan kembali kepada hukum harus. Dan untuk menyemak sistem itu adakah samada ia tidak mengandungi unsur unsur yang menjadikannya haram ialah panel syariah yang berkaliber dan berkecuali (tidak terlibat sama sekali dalam mlm tersebut).
Setakat yang saya tahu, MLM yang sudah ada Syariah Compliance ialah Storm Readers, HPA dan Score A.
Wallahua'lam.
Haha. Panjang giler. Kat opis kene blok, x leh nak baca. Sory la pg td terkasar bahasa. Bangun pagi2 carik rezeki halal kene tuduh rasuah dgn geng2 mlm syubhah. Sape x panas beb.
4life, fendy n the gangs, korang ade bace ke mane2 produk supplement dari syarikat2 besar2 claim mcm2 yg korang claim tu? Produk2 mlm je yg berani claim mcm2 sebab claim2 ni buat dari mulut penjual2 n website korang. Dari product details kompem xkan jumpe punye. thats why company tu susah nak didakwa bawah akta iklan ubat-ubatan. jangan claim mcm2 kalau xleh nak prove. Tu je my point. Yg susah sgt nak paham kenapa?
contoh storm readers,derang jual buku yang memang available kat pasaran, harga tak mark up.
Score A, they are the first at the industry, so derang boleh set market price.
HPA produk herba dan harganya memang market price.
Wallahua'lam.
Ada orang perasan yg aku tak pernah komen pasal HPA, ScoreA dan Stormreader... that is true, I have not. Tapi pada sesetengah geng antiMLM tegar (ada yg lagi tegar drpd Aidid Mu'addib beb) - ketiga-tiga pun di atas tu pun still not acceptable, sebab dia org ada reason tersendiri... berbalik kpd fakta yg mengatakan bahawa jika ada sistem perniagaan yg melibatkan multi-level dan penajaan ke infiniti, ianya akan collapse jugak bila paras threshold tercapai. Itu sebab pada sesetengah org any kind of MLM (skim piramid jgn cite la) adalah penganiayaan dan mungkar. Full stop!
I have my own opinion, but I do not want to tread on all those ustaz toes... kalau kita tak leh percaya ustaz kita, kita nak percaya sapa? HPA ada isu dia sendiri (alternative medicine), stormreader jugak (walaupun Uzar dah pastikan ianya comply hukum syarie... maybe dari segi pengamal yg buat hal), tapi ScoreA definitely has something wrong in their implementation - sebab pengamal MLM yg ini saban hari berlagak macam lanun skim piramid yg lain (sila lihat di facebook) dan harganya mahal (sebab ada syarikat lain yg dah offer jauh lebih murah) dan ada isu Jason Kok, dan ada isu menjajap keahlian di kalangan pelajar IPTA yg rata2 bukanlah org yg sepatutnya guna duit biasiswa atau loan utk contribute kpd kekayaan Jason Kok. True, sistem pemasaran scoreA telah digubah oleh 2 ustaz/lawyer (yg saya kenali - my schoolmate), tetapi mereka gubah dan disappear after that. Apa yg ada dalam scoreA skrg jgn blame ustaz 2 org tu. It goes back to Jason Kok. Why people do not see this... I will never know.
I guess I will elaborate this in the future. No promise though... the system is complicated, not like TF or kerbausms or bebal group. I'm always bz bz bz.... motong getah, tanam sayur.
dear 4life
kalu engko xkisah xda la engko nak meroyan kat blog aidid wakakakkkakaka....siap caps lock tu...keh keh keh kisah ke ngan blog aidid nih keh keh keh bahagia keeeeeeee???????
sparkl.polaris4: yup, produk mereka memang boleh dibeli tanpa perlu jadi ahli. Cuma kalau jadi ahli, harganya dapatlah murah sedikit. Untuk masuk jadi ahli StormReaders n HPA, tak mahal, tak sampai RM100.
Kalau Score A, mahal gak aa. Ribu2.
Saya memang ada benda yang tak setel dengan Score A. So far tak pernah lagi dengar pengamal StormReaders n HPA claim join derang dapat juta2 punya income. Pada bulan lepas, orang paling tinggi dapat komisyen dari StormReader sekitar RM8000 lebih je, boleh cek kat majalah Solusi.Pastu override dari downline hanya 10%, contoh majalah solusi RM9, upline dpt RM0.90 je. N kalau recruit downline pun, dapat le RM15 hengget.
Score A dahsyat. Cari downline, cukup pairing derang, leh dapat RM10k. Tu yang gila gila cari downline tu, pastu encourage downline cari downline lagi, cari lagi dan lagi dan lagi. Produk derang memang mahal, so market derang tak open.
Saya pernah tanya pada penggiat Score A, kalau derang tak jual produk, untung atas cari downline je, halal lagi ke? Jawapan derang tak konkrit. Jadi saya simpulkan, Score A macam ayam. Ayam secara zatnya halal, tapi kalau mati kena langgar, tetap haram dari dimakan. So, nak berniaga cara MLM,ikut ketetapan syarak. Jangan letak janji yang tak logik.
Tapi, bila Syariah Compliance yang derang dapat tu, saya pun hanya berdiam diri. Halal Haram ni ketentuan Allah. Dan yang menyimpulkan ialah yang pakar dalam bidang ini. Bila mereka kata dah halal mengikut kefahaman mereka dalam bidang ini,kita sebagai orang awam tidak boleh berbuat apa apa. Hukum Halal yang mereka letak akan dipertanggungjawabkan oleh Allah.
Saidina Umar al Khattab pernah berkata:
"Orang yang berani berfatwa ialah orang yang paling berani dengan api neraka"
Cuma dalam konteks muamalah dan kenegaraan, apabila pihak bertanggungjawab memberi fatwa, contoh panel syariah atau Majlis Fatwa, hukum itu berlaku untuk umum.
Contoh isu ASN dan ASB. UZAR bermati matian kata ianya ada unsur riba'. Tetapi apabila Majlis Fatwa Kebangsaan kata hukumnya harus, maka UZAR tidak komen dan berkata hukum itu berlaku untuk semua.
Jadi, umat Islam yang ambil ASN dan ASB telah lepas dari pertanyaan Allah.Sekiranya mereka salah, Majlis Fatwa Kebangsaan yang akan menghadapi balasannya di akhirat nanti. Beitulah juga dengan kes Score A.
Sekiranya Syariah Compliance derang memang boleh dipertikaikan, ayuh kita bawa ke peringkat lebih tinggi, jangan hanya di sini. Kerana ianya adalah isu Halal dan Haram.
Wallahua'lam.
Berkaitan dengan Alternatif Medicine, ianya tidak cukup kuat untuk menjadikannya ada unsur gharar. Terkadang memang ada perkara yang tidak dapat dijelaskan oleh sains.
Diriwayatkan dari Abu Sa'd ra. : Sebagian para sahabat Nabi Muhammad Saw melakukan perjalanan hingga (pada malam hari) mereka tiba di suatu tempat yang menjadi daerah kekuasaan suatu suku arab. Para sahabat meminta para penduduk untuk memperlakukan mereka sebagai tamu, tetapi mereka menolak.
Kepala suku arab itu digigit seekor ular berbisa dan orang-orang dari suku itu berusaha mengubatinya tetapi sia-sia. Mereka berkata (satu sama lain), "tidak ada yang dapat mengubatinya, pergilah kamu menemui orang-orang yang tinggal di daerah ini malam ini, mungkin mereka memiliki ubat penawar racun".
Beberapa orang menemui para sahabat Nabi Muhammad Saw dan berkata, " Wahai kafilah, pemimpin kami digigit ular berbisa. kami telah berusaha mengubatinya semampu kami, tetapi sia-sia. apakah kalian memiliki ubatnya?" salah seorang dari sahabat berkata, "ya, demi Allah. aku akan membaca ruqyah untuknya, tetapi karena kami telah ditolak menjadi tamu kalian. aku tidak dapat membacakan ruqyah kecuali apabila kalian memberi kami upah untuk itu", mereka setuju membayar dengan sejumlah biri-biri.
Kemudian salah seorang sahabat Nabi Muhammad Saw pergi (ke tempat mereka) dan membaca : Alhamdulillah Rabbal alamin, dan meniup tubuh si kepala suku yang seketika tampak sihat kembali, seakan-akan telah terbebas dari semacam ikatan, lalu bangun dan mulai berjalan, tidak menunjukkan tanda-tanda kesakitan. mereka pun membayar dengan upah yang telah disepakati sebelumnya.
Sebagian dari mereka (para sahabat Nabi Muhammad Saw) menyarankan agar mereka membahagi rata upah itu. Tetapi salah seorang dari mereka menolak dan berkata, "jangan dahulu dibagikan sebelum kita bertemu dengan Rasulullah Saw untuk menceritakan apa yang telah kita alami, dan menunggu perintahnya".
Maka mereka pun pergi menemui Rasulullah Saw. setelah mendengar seluruh cerita mereka, Rasulullah Saw bersabda, "bagaimana kamu tahu surah Al Fatihah dapat dibacakan sebagai ruqyah?" kemudian Nabi Muhammad Saw menambahkan, "apa yang telah kalian lakukan adalah benar. bagi rata upah kalian. dan berilah aku bagian". sambil mengatakan hal itu Rasulullah Saw tersenyum jenaka. (Hadis Riwayat Imam Bukhari, status Sahih)
Kitab Sahih Bukhari adalah kitab yang paling sahih selepas Alquran. Barangsiapa yang menolak hadis dari kitab ini sama seperti menolak ucapan Rasulullah, dan hukumnya terbatal iman (kafir).
Wallahua'lam.
Biar kita tegar dengan pendirian yang kita merasa selamat dan aman. Memang dalam arena fiqh al muamalat banyak yang disputable.
Bagusnya blog seperti ini akan menjadikan orang lebih berwaspada. Jadi bila ada persoalan i.e. ada yang 'tak kena' siasat, kenalpastilah apa dia. Contoh-Anda kena beli hak untuk menjual (what?)
Agaknya kenapa ada syarat supaya dirujuk pd Panel Syarie dan bukan Jabatan Mufti yang handle 100%? Ntah le dunia.(Rasanya inilah yang lebih layak dipanggil baru dari sistem MLM/SLM) Nasib baik ada yang sanggup jadi ahli panel. Nasib ngko la ostazzzzzz...
salam abu humaira,
Rasanya kat sini takdak sesiapa yang tolak alternative medicine. Tapi kebohongan dan penipuan alternative medicine inilah yang sibuk diperbahaskan. Tambahan lagi pembohongan itu dijual belikan dengan sistem syubhah. Am i correct?
Cth:
Jus Oren kaya dengan vitamin C. Sebiji oren harganya 50 sen. Wajarkah saya beli sekotak jus oren yang menggunakan 10 biji buah limau dengan harga RM150 walaupun termasuk kos packaging, iklan, gaji dan sebagainya? Sedangkan kita tahu kos pembuatannya cuma RM10-RM20?
Kepada MLMers, ini adalah CONTOH aku tak kata semua tapi banyak MLM cari untung cara macam ni.
Tujuan@kaedah yg menyalahi syariat dlm perniagaan - HARAM
Menjual@servis yg haram dlm perniagaan - HARAM
Penganiayaan@penindasan dlm perniagaan - HARAM
Keuntungan tidak munasabah - HARAM
Penipuan dlm perniagaan - HARAM
Riba dlm perniagaan - HARAM
Samada MLM, jualan runcit, jualan langsung, borong, industri, eksport-import, perbankan, kewangan, forex, saham, hartanah hatta makan gaji sekali pun.
tepat tu ahmad fares
Blah la lu 4life!!
komen saya pasal Alternative Medicine adalah berkaitan dengan komen tuan aidid pasal HPA. Mungkin HPA ada sediakan bekam, yang bagi saya ada big questionaire pada medical practitioner dengan claim bekam boleh buang darah kotor.
Dan juga HPA boleh diagnos penyakit dengan tengok anak mata dan tapak tangan. Betul tak Tuan Aidid?
Salam semua,
Saya ingin bring the issue of "pricing strategy" yg di amalkan oleh sesetengah company termasuklah AC Mizal.
Sebelum sesuatu product/service menjadi komoditi, ia tidak terlibat dalam price competition. Product/service yg telah menjadi komoditi biasanya tidak lagi mempunyai ciri-ciri unik/ekslusif. Jadi harga akan semakin murah disebabkan oleh competition dari syarikat lain. Relation pricing dan demand berkait rapat dengan situasi ini.
Syarikat yg menjadi "pioneer" dalam memperkenalkan sesuatu produk akan meletakkan profit margin yg tinggi, kerana mereka tahu kurang competition pada peringkat permulaan. Ini juga memberikan mereka kelebihan dari segi flexibility untuk mengubah harga pada masa depan. mereka juga boleh mengaut keuntungan yg lebih pada peringkat permulaan, yg mana penting untuk cover kos2 permulaan yg lain dan sampai ke breakeven secepat mungkin.
Ada 2 perkara yg saya nak kaitkan dengan statement di atas.
1) Syarikat tidak semestinya menurunkan harga walaupun demand meningkat. Satu sebab ialah nak untung lebih. Kedua ialah sebab untuk product positioning, iaitu nilai ekslusif pada product/service bagi membezakan syarikat dengan pesaing lain. Syarikat yg terlibat dalam luxury brand industry, contohnya LVMH yg hasilkan produk Louis Vuitton, jgn kita pikir kos pembuatan mereka mahal, tp hakikatnya adalah murah. Tujuan jual pada harga yg tinggi dalah utk kekalkan nilai ekslusif dan untuk maintain high profit margin.
2) Jadi macam mana dgn MLM? Dalam MLM, nilai ekslusif adalah suatu strategy yg penting dalam pemasaran. MLM company mesti tunjukkan nilai ekslusif yg tinggi pada produk, supaya pengguna tidak rasa rugi utk membeli dgn harga yg mahal. Saya memberitahu dari perspektif business. Gelang AC Mizal jika dijual dengan harga RM100, nampak sgtla cokia nye. RM1000? Wah ekslusif tu. Beli dari China tu trade secret dia, tapi disebabkan pendedahan Aidid, jatuhla saham barang dia sikit.
Di sini saya nak tau juga dari segi Islam, ape hukum hakam dalam aspek ni?
TQ.
Saya juga ingin berkongsi yg even pharmaceutical company juga jual drug dgn profit margin yg tinggi. Salah satu produk clinical trial yg saya buat untuk anti-cancer melibatkan 200 pesakit, harga kos cuma 2% dari market price. Sebabnya ialah drug ni ekslusif. Ekslusif dalam perkara ini adalah kerana drug berkenaan adalah Intellectual Property kepada syarikat pembuat/manufacturer. Mereka own Patent dan Trademark. Patent will expire dalam masa 15 to 20 years. Jangkamasa itu ialah waktu ekslusif bagi syarikat untuk monopoli product market. Hal ini adalah penting untuk compensate kos untuk manufacturing, clinical trial dan marketing yg rata2 melebihi RM800 juta untuk hasilkan satu2 drug.
Saya ingin utarakan di sini yg pricing strategy adalah complicated.
TQ
Di dalam Islam, apa yang penting ialah meletakkan nilai harga wajar. Ia tidak terikat dengan peratusan keuntungan. 1 kali ganda, 2 kali mahupun 10 kali. Ianya tidak menjadi masalah apa apa. UZAR sudah menjelaskan perkara ini di dalam web beliau.
Untuk nilai ekslusif pula, ia juga tidak menjadi masalah apa apa. Untuk mendapat nilai ekslusif itu, ia memakan masa dan belanja yang tidak sedikit. "Brand Grooming" memerlukan strategi dan modal yang besar.
Makanya, mendedahkan kos produk sesebuah syarikat kepada umum adalah tidak beretika.
p/s: Gelang AC yang terbukti tidak berkesan sudah menentukan bahawa harga yang dipasarkannya adalah tidak wajar. Perkara ini boleh kita buktikan tanpa perlu kita mendedahkan kos produk beliau. Saya khuatir menjadi trend pulak kita nak dedahkan kos produk seseorang.
~ sy sudah jatuh cinta dengan encik azwan..he`s so calm...hahahahahaha~
Pada hemat saya...nilai pricing strategy juga ada kaitan dengan skil pembuatan kerana mungkin kos sumber kecil bahkan mungkin percuma (sumber alam) tetapi kerana kemahiran & kreativiti si pembuatnya menjadikanya berharga.
Harga yg diletakkan itu setimpal dengan skil & kreativiti yang dicurahkan menjadikannya eksklusif & artistik.
Begitu juga halnya dengan perletakkan harga terhadap produk yang payah didapati walaupun ianya mungkin percuma untuk mendapatkannya, seperti madu lebah tualang, air liur burung lelayang, beberapa spesis ikan dan lain2.
Kos, usaha & masa pemprosesan sesuatu produk juga menjadi elemen perletakan harga.
Dan tidak dinafikan kenaikkan atau kemerosotan ekonomi dunia, perubahan kadar matawang, polisi kerajaan, inflasi, deflasi serta kos penggunaan produk asas, seperti petrol, air, letrik, pendidikan dan seumpamanya semuanya itu menjadi chain reaction.
En azwan, thanx for the input. Tapi pada pendapat saya, harga yg tinggi bagi patented drugs ada alasan yang kuat. Seperti yg en azwan kata, kos untuk their researches, trials etc afalah sgt tinggi. Bagi kes2 mlm begini, kebanyakan mereka tak produce produk sendiri. They buy from supplier mana2 dan claim mcm2. Harga yg tinggi bagi produk mereka tu nampak tak munasabah dan unethical lebih2 lagi kalau diorang jual health products yg takde proven good outcome clinically or statistically. My 2 cents
Salam,
Alhamdulillah, akhirnya perbincangan menjadi menarik dan banyak ilmu boleh dikongsikan. Ini yang kita mahu, nak terima atau tolak produk itu no 2. Berkenaan komen aidid, saya dah jawab diblog saya.
berkaitan dengan ASN dan ASB:
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/254-tak-puas-hati-isu-asb-jawapan.html
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/226-penjelasan-asb-a-penasihat-shariah-suruhanjaya-sekuriti.html
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/805-terkini-hukum-asb-dan-asn.html
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/663-asb-a-asn-adalah-harus-majlis-fatwa--ulasan-uzar.html
http://zaharuddin.net/pelaburan-&-perniagaan/224-perbincangan-hukum-pelaburan-asb--kemaskini.html
Saya adalah pengimport produk luar negara. Sudah seperti ada satu standard mark up bagi barang barang import, contoh barangan dari Indonesia dijual dengan 2 atau 3 kali ganda harga jual di sana, dari China 5-10 kali ganda dan begitu juga dari negara negara lain.
Saya juga terlibat dengan penjualan buku. Kaedah bagi menentukan harga sesebuah buku biasanya menggunakan kaedah kali 8.Contoh sekiranya kos buku RM3, maka harga jualnya RM 24.
Dari RM 24 tu, 50% diperuntukkan untuk pemborong,7% untuk royalti penulis dan 3% untuk salesman syarikat.So, duit yang akan kembali kepada penerbit ialah 40% iaitu RM 9.60, so untung kasar sekitar RM6.60 yang mana digunakan untuk menanggung kos operasi yang lain.
Maka, price setting sebenarnya tergantung kepada penerimaan market. Sekiranya harga yang diletak terlampau tinggi,pengeluar/pengimport/penjual juga menanggung risiko barang tidak laku.
ulasan UZAR berkaitan keuntungan berlipat ganda:
http://zaharuddin.net/perbankan-&-insuran/765-jual-mahal-berkali-ganda--bolehkah-.html
Wallahua'lam
Salam Sejahtera kepada En. Abu Humaira,
Saya minta izin untuk ambil artikel tuan berkenaan kisah Nabi membenarkan pengambilan kambing biri-biri. Tolong berikan jawapan sama ada boleh atau tidak. Thanks.
maaf saya menambah lagi.
Sekiranya ada yang bertanya kepada saya, apabila saya dipatuk ular atau anak saya dipatuk ular, adakah saya cukup dengan membaca al-Fatihah sahaja.
Jawapan saya tidak, saya akan berusaha untuk mendapatkan anti-venom dari mana mana hospital dahulu. Sambil berusaha dengan perubatan moden, saya akan terus membacakan al Fatihah kepada saya atau anak saya.
Di dalam Allah mengatur dunia ini, terdapat tiga hukum. Sunnatullah, Syariatullah dan 'Kun Fayakun'.
Sunnatullah boleh diertikan dengan konsep universaliti Islam. Siapa berusaha dia berjaya, penjelasan saintifik, perubatan moden, perubahan siang dan malam, teori big bang dan macam macam lagi.
Syariatullah pula ialah hukum hakam yang perlu kita ikut. Sembahyang lima waktu,jangan buat dosa, ketahui halal haram, jaga adab dan akhlak, berkata baik atau diam dan pelbagai lagi.
'Kun Fayakun' pula ialah kita menyedari hakikat bahawa sesungguhnya segala ciptaan milik Allah dan dia berhak membuat sekehendakNya. Contoh ialah kelahiran Isa as tanpa bapa, Ibrahim menikmati api yang sejuk, bulan terbelah menjadi dua, pokok yang boleh berbicara, alquran yang boleh menyembuhkan bisa, isra' mikraj dan segala benda yang tidak dapat dijelaskan dengan sains.
Seorang tokoh Islam, Muhammad Husain Haikal, menulis kitab Hayatu Muhammad, sebuah biografi Nabi untuk menjawab tuduhan orientalis kepada nabi. Dia menggunakan kaedah ilmiah (saintifik)untuk menghuraikan kisah nabi, akhirnya beliau menolak untuk menulis tentang mukjizat nabi kerana ia tidak dapat dijelaskan dengan kaedah ilmu.
Kitab beliau akhirnya mendapat reaksi dari pelbagai ulama kerana hakikatnya mempercayai mukjizat nabi adalah sebahagian dari iman.
Wallahua'lam.
Hahaha! Spin, Fendy jgn tak spin... Russia lagi? hahaha!
Ikut perangai putar-alam David Lisonbee to the end....
WARNING LETTER:
David Lisonbee
4 Life Research
9850 South 300 West
Sandy, Utah 84070 Ref. No. CL-04-HFS-810-108
Dear Mr. Lisonbee:
This is to advise you that the Food and Drug Administration (FDA) has reviewed your web site at the Internet address http://www.my4Iife.com/transferfactorplus and has determined that the products "4Life Transfer Factor GluCoach," "BioGenistein Plus," and "Transfer Factor ReCall" are promoted for conditions that cause the products to be drugs under section 201 (g) (1 ) of the Federal Food, Drug, and Cosmetic Act (the Act) [21 USC ~ 321(g)(1)]. The therapeutic claims on your web site establish that the products are drugs because they are intended for use in the cure, mitigation, treatment, or prevention of disease. The marketing of these products with these claims violates the Act....... bla bla bladalabla.....
Full letter at: http://www.casewatch.org/fdawarning/prod/2004/4life.shtml
Haiya! Ko ni suicidal betul la. Kalau diam2 kan senang? Takde aku buat research panjang2, takde org tahu cerita ni semua... takde bad publicity. You sure you know what you're doing?
Fendy2177: apa yang saya ungkapkan berkaitan hadis itu adalah umum. hads nabi adalah untuk semua umat manusia. ia bukan hak saya.
Tapi, ada satu nota tegas dari saya. TF, Colostrum adalah sebuah bentuk kajian saintifik. Jangan disamakan dengan Al Fatihah, Mukjizat, Karamah dan sebagainya. Agama kita bukan agama mistik.
Sekiranya ia sebuah produk saintifik, buktikan dengan kajian saintifik.
Wallahua'lam.
Terima kasih Tuan Abu Humaira. Tidak pernah terniat nak kaitkan dengan produk 4Life.
Aidid,
Spin apanya, benda betul nak kata apa. Kenyataan mengenai Rusia ni dah keluar secara rasmi dari Syarikat dan banyak penulisan perubatan mengulangi benda yang sama. Tak pernah pun kerajaan Rusia ambil tindakan sebab guna nama kementeriannya. Cubalah cari kalau ada.
Bab FDA tu, aku dah ulas panjang lebar dalam forum topix. Mungkin ko gagal temui ulasan tersebut atau sengaja tak mau baca.
Surat tu sebagai amaran kepada syarikat kerana terdapat pengedar bebas yang membuat website/ blog/ risalah yang MENDAKWA produk ini boleh MENYEMBUHKAN, MENCEGAH, MERAWAT sesuatu penyakit. Itu kesalahan individu dan bukannya syarikat.
Untuk makluman, setiap pejabat 4Life sejak sekian lama terdapat amaran agar pengedar tidak menyatakan bahawa produk ini boleh menyembuhkan, merawat, mencegah sesuatu penyakit yang disenaraikan beserta hukuman (RM3000 - kalau tak silap) jika berbuat demikian.
Surat tu dah bukan isu lagi kerana kita sekarang nak melangkah ke tahun 2011 dan surat tu pula tahun 2004.
Cari lagi bro. Sampai puas hati.
ok, bro Fendy,sebarluaskan hadis Rasulullah. Semoga ia dihitung pahala disisi Allah. Semoga ia menjadi pemberat kebaikan bagi kita di neraca mizan dengan segala dosa yang telah kita lakukan.
:)
bro... boleh la kot nak start investigate ni.. :D
http://www.prelaunchmalaysia.com
Memang irritating punya budak. Tuan/puan sekalian (kecuali Fendy... dia mmg tak dgr cakap), ini fakta yg tak dapat disangkal oleh sesiapa:
1. Apa2 kaitan dgn Russia tu semua kelentong. 4Life pilih Russia sebab... dot dot dot. Korang cuba fikirkan. Nape tak US? Great Britain? France? Malaysia? Kenapa Russia? ....hahaha!
2. Kata mamat TF : "Surat tu sebagai amaran kepada syarikat kerana terdapat pengedar bebas yang membuat website/ blog/ risalah yang MENDAKWA produk ini boleh MENYEMBUHKAN, MENCEGAH, MERAWAT sesuatu penyakit. Itu kesalahan individu dan bukannya syarikat". Haiya! David Lisonbee adalah founder TF, dia yg buat hal, bukan ahli atau reseller. Kepala ketapi tu yg kena sound sebab nak kelentong pengguna di US. Baca betul2 beb. Kalau dah syarikat ada track-record cikai, mau percaya jgk ka? Tak kesah la 2004. But, like I said... TF is well-known about these kind of shenanigans and screwed-ups. Nothing new.
3. Aku still tak dapat jawapan tentang kadar riba' 58% bagi setiap satu unit (satu kotak, satu botol, etc) produk TF yg terjual. Plus keuntungan syarikat, produk Riovida dgn harga 249 hengget tu, dekat RM200 hanya utk keuntungan atas angin ke bang? Is that acceptable to you? Adakah itu cara org Islam berniaga? David Lisonbee (dan Fendy) nak mengumpul harta cara itu, lantak dia la. Korang org Islam, tuan-puan sekalian, saya nasihatkan jangan. Ada byk sumber lain nak cari rezeki drpd menyuruh org makan susu awal lembu (kerbau amacam?) dan kuning telur. Tak kesah la apa kata Russian Ministry of Health - hahaha! That's a good one....
OK, ini utk Fendy: Aku dah puas -hati drpd last week lagi beb. Ko dah tolong aku dapatkan rujukan yg mengatakan produk mungkar dan riba ni mmg produk kelentong gila2 punya. Thanks a lot. Can't do it without you.
Salam all visitors.
Thanks for the comments.
This is going to be a never ending story. But through this blog, interestingly Aidid has been INDIRECTLY educating other people by using Fendy as a platform or a case study.
sparkl.polaris4,
You have your point and i fully agree. As the MLM business has to maintain their market size within their users which is relatively small, thats where the exclusivity and uniqueness aspects play an important role in their business. Besides giving bonus points, they have to show their product is unique and high quality, so that they will generate a repetitive customer/buyer.
We can see here the high price of MLM products is actually a strategy in masking the quality and value add of their products, which is yet to be proven scientifically and ethically.
Customer/MLM members does not aware about this and they will remain uneducated because of unchallenged personal gain, personality trait, personal experience and philosophy. Their character is just a tip of iceberg. We can't change them.
TQ
fendy, baru dapat bace blog ko. Ntah mende2 ko tulis bro. Binatang xleh kene aids? Google sket bro. Strain lain, tapi HIV still bley infect binatang. Ko ingat binatang sehat sangat ke? Lain bro penyakit binatang dgn manusia. Kadang2 je penyakit tu bley infect both. Study dulu bro sebelum buat claim.
Kalau nak jual produk, kene la tau mcm mane produk to work. ko ingat lembu2 tu sehat sebab diorg minum kolustrum dari kecik sampai besar ke? Manusia pun minum kolustrum jugak bro mase baby (dari susu badan).
Power sgt ke kalau bley reg kat russia? Kalau terer reg la kat US or Europe. Ikut Corruption perception index, russia dapat rating 2.1 je, lg bawah dari indonesia tau. Sebab tu aku xnak percaya produk yg register/keluar dari sana.
Alt med banyak yg betul. AKu pun study subjek alt med mase undergrad. Hosp Putrajaya pun dah start dep of trad n complimentary med. Tapi ko kene pandai claim n explain servis/produk ko la. Kalau x cukup prove/ atau stakat tau cakap besar ubat ni smebuhkan kanser/aids/hidupkan org mati, jgn ingat la org nak appreciate produk ko. Simple je buat claim, state evidence. Banyak beb bende dalam dunia ni yg bley improve immune response. Tapi nak claim bende tu bley prevent penyakit ape jadah sume kene la research byk2 dulu.
Nak tgk produk supplement yg best? Google glutamine produk frensus kabi. Baca mcm mane diorg buat researches n claim. Produk ni ade kat hospital kat malaysia. Approved untuk guna kat spital malaysia, europe, us n etc. Penah ko dgr org jual produk ni gune MLM? haha
One can really differentiate good comments from the worthless ones. Good one's are given in a calm and professional manner, with facts in tow.
The worthless one's tend to come repeating the same bull-crap over and over again. Repeating the same thing over and over again and hoping for a different results are the work of the not so smart one's.
The fact of the matter is testimonials are just words, period. It's one person's word based on their experience. There's not scientific nor statistical proof that it's right.
The point of the whole post is just that, testimonials are just one person's word. If you were going to buy a car, which would you buy? A car that has a testimonial of fuel economy of 50mpg or one that has statistical proof that it does 50mpg?
To the likes of Fendy, 4Life and the rest, stop blabbering about things you don't really know. To the rest of readers, there are times when we should stop feeding these trolls. They're being fed with their MLM income already and don't need to be fed anymore...
hi en Fendy, hope leh komen post Fahmi pasal ayam ngan lembu yg x kena AIDS tu sebab depa ni spesis KEBAL (kate U la..keh..keh..keh..-->tetibe tergelak cam bro aidid lak)..i pon wonder..n waiting for your answer..
Fahmi,
Baca dan fahaminya. Maksud saya di sana, haiwan ini lebih kebal dari serangan bakteria, virus etc. Tahu apa makna HIV? Human immunodeficiency virus. HUMAN tu jelas maksudnya. Saya dah cari boleh ke lembu kena jangkitan HIV dan hidapi AIDS, jawapannya tidak. Anda dah cari?
Oke, sebelum aku jawab bagi credential sket dulu eh. Bukan nak berlagak, cume nak bgtau yg google bukan main ref aku. Im a pharmacist, working in gov hosp. Used to attach at npcb for a while. Skarang kerja di intensive care unit n clinical farmakokinetik services n also part time master student buat research on pharmacokinetic changes of drug in critical care patient. My undergrad research paper ia on alternative med tp x cukup bagus untuk dipublish. But still, byk ilmu dpt in d learning process.
Oke, hiv ni retrovirus. Die ader byk genus n subtypes. Contohnya siv n fiv. Diorg bley cause aids like syndrome in animals. Dlm post sebelum ni kan aku dah terangkan yg its hard untuk penyakit binatang ni transfer kat manusia. Manusia dapat aids sebab hiv. Mentang pun bley dapat aids kalau infected dgn virus2 yg same genus dgn hiv ni. Kalau ko ade bela kucing, aids kat kucing n anjing ni common je sebenarnye. Kite x sedar sbb kite tak bawak pets kite ke vet n diorg x leh jangkitkan kat kite.
Seriously, ko expert ke dgn penyakit2 binatang ni? Aku x la tahu sgt tapi selalu je aku dgr penternak2 complain binatang ternakan susah nak hidup, x membiak, sakit, satu kandang mati. In fact diorg bela bintang mostly akan bagi ubat and vaccination. Im not an expert, dont quote me on this.
Fahmi,
Penerangan yang bagus. Jadi ini menunjukkan bahawa Sistem Imun haiwan ni kebal, betul atau salah?
Maklumat kekebalan ini (TF) akan dipindahkan kepada anak haiwan ini sama seperti tujuan ibu menyusukan bayi. Betul atau salah?
Jadi, salahkah maklumat kekebalan haiwan ini digunakan untuk educate sistem imun manusia?
Anda boleh berbangga dengan kelayakan anda. Saya hanya ikut apa yang Nutritionist dan Immunologist katakan sebab saya memang tak tahu apa-apa. Saya hanya rujuk apa yang mereka kata. Kalau mereka salah, salah lah saya.
Dah kena label berlagak pulak. Ramai lg yg baca blog ni yg lebih pandai n berkalayakan. Aku cume nak bgtau yg aku tahu ape yg aku ckp
Mcm mana pulak nak tunjukkan sistem imune haiwan tu kebal? They are infected with all kind of diseases also. Mane ade kebal? They cant get infected with human disease as we cant get infected with theirs.
Its not what those immunologist claim that are wrong, its what u claim. It is possible to provoke an imune response in animal with human viruses. Tp adakah produk korang tu dilengkapi dgn immunomodulator dari segala jadah birus yg bley buat penyakit mcm korang claim tu? Itu yg salah. U sell this thing like its a miraculous solution untuk semua penyakit. How could you explain that the products can cure cancer? Bile ko explain kat org mcm ko tulis kat blog ko tu, makcik2 pakcik2 yg sakit tu percaya bulat2 kat ape yg korang ckp. Diorg default treatment. Kaki kencing manis dah berulat pun xnak pg hospital sbb nak minum tf. Dan korang dgn rase tak bersalahnye jual kat diorg. Korg delay the treatment! Paham x? Explain betul2, bukan mcm yg korg buat sekarang!
Uiks? I thought I had posted a comment a few hours ago but it seems it got lost somewhere.
Anyways, to many MLM'ers who continue to miss the point of the whole post. The whole post was something very simple but you guys/gals have deviated so much that you'd be in Liberia if you were driving.
The point of the post was as simple as saying that testimonies are nothing more than the personal opinion of a person which cannot and/or is not substantiated with any research, facts, statistics or analysis.
Itu jer, tak susah pun. In my earlier comment (which I dunno what happened to it) I asked a simple question...
Would you buy a car that "claims" to do 50mpg or one that is statistically and analytically proven to do 50mpg?
Kenapa ada org suka lari dari topic sampai tahap gaban and add spin on top of it. No wonder the blog owner are pissed at you MLM'ers...
Salam.
Fendy, I strongly advice you not to give any further opinion about this matter. You are exposing your weaknesses. You are not in the position to defend your statement. Obviously you are not even close and capable to do so. This is not your area. You may promote your product, but don't dig your own graveyard. Jadi lubuk nanti.
TQ
Baiklah En. Fahmi,
Ada ke saya kata anda berlagak, di mana? Semua orang berhak berbangga dengan pencapaian yang diperolehi termasuk saya.
Ada ke saya claim produk ni boleh sembuhkan penyakit?
Betul, haiwan tersebut dijangkiti, sebagai contoh virus H1N1. Tetapi berapa statistik kematian haiwan tersebut kerananya?
Tuan akan dapat mencerna suatu ilmu baru berkenaan dengan TF jika terbuka mengkajinya tak kira dari sumber mana sekalipun. Ketepikan sikap prejudis. Saya hanya sampaikan dan bukannya rekacipta benda baru atau ilmu baru.
Bab kaki tu, anda letaklah orang yang anda sayang pada keadaan tersebut dan apa pilihan yang akan anda lakukan. Jika saya, saya akan dapatkan nasihat doktor, jika dibenarkan untuk penangguhan selama 1 minggu, saya akan lakukan apa saja untuk elak dipotong dan potong adalah pilihan terakhir setelah usaha lain gagal.
Agree with Azwan, some of you guys/gals are taking this too far. DO NOT for the life of sane human beings take advantage of people in peril when it comes to their health.
Taking advantage of people looking for a miracle is so not fair. Hanya Allah jer yang boleh buat miracle, not your products and neither can medicines in some cases too.
Taking advantage of people who are desperate for a miracle just to sell you product is a low blow. Kalau betul your product can do it, kenapa tak bagi orang pakai for free? Kalau betul nak tolong orang why not just let them use it for free?
Seriously, reading your comments here trying to justify the claims is nuts. I no longer wonder why Aidid curses so much anymore...
HAHAHAHAHA!
Gila brainless fendy and mamat yg pakai id 4life
Salam
Bro...fakta yang anda bagi kat NCBI tu sgt la lemah isi kandungannya. Sangat tak membantu utk meyakinkan aku pasal 4life ni atau kebolehan TF ni sendiri utk transmit immunity.
Pharmacist mcam Fahmi yang tgh buat research tu pun tak yakin dengan fakta2 dalam rujukan2 yang ko cuba kasi ni Fendi.
By the way...I'm a biotechnologist, pernah bekerja untuk makmal yang develop Antigen utk Hepatitis B, my undergrad paper is about DNA (takyah la nak sebut pasal apa)...cukup la cerita pasal undergrad...postgrad takyah cerita. nanti ade orang cakap aku belagak...yes I know about Immunity...infact...aku mengajar pasal Immunity ni...dan aku dah baca secara terbuka paper2 dan patent 4life ni. Cuba cari clue2 untuk immunity transfer ni...tapi yang ada hanya partial transfer...tu pun kajian ke atas binatang atau cell line sahaja.
Wallahualam
Sangat menarik mie.
Anda pasti lebih tahu dari saya berkenaan Nk Cell dan fungsinya. Apa kelebihannya jika kita dapat meningkatkan bilangan NK Cell dalam badan kita.
Apa pendapat anda dengan hasil kajian berikut,
http://www.professionalnetworkers.com/ImprovedTF/PageOne.htm
Jangan pertikaikan sumber, tetapi baca dan teliti kajiannya.
Fendy2177 said
Sangat menarik mie.
Anda pasti lebih tahu dari saya berkenaan Nk Cell dan fungsinya. Apa kelebihannya jika kita dapat meningkatkan bilangan NK Cell dalam badan kita.
Apa pendapat anda dengan hasil kajian berikut,
http://www.professionalnetworkers.com/ImprovedTF/PageOne.htm
Jangan pertikaikan sumber, tetapi baca dan teliti kajiannya.
LOL..tuan..kalau satu page macam ni..ni bukan namanya kertas penyelidikan. dengan takdenya keputusan penuh. graf, jadual, DATA dan sebagainya. xde cross reference dgn mana2 kajian lain. takde nama institusi pada penyelidik (penyelidik tidak memberi maklumat untuk dihubungi). buat makluman tuan, untuk satu2 kertas kerja masuk ke dalam jurnal penyelidikan, bukan semudah kertas sehelai macam tu. nak kata abstrak, tapi bukan sebab ada method, result n discussion. kertas penyelidikan tak boleh dibuat ringkasan macam ni. ini bukan karangan bahasa melayu PMR yang ada bab rumusan tu. cross reference utk jurnal paling busuk pun mesti lebih 150. itu pun dalam jurnal ISI yang impact factor dia x le tinggi sgt. mungkin ada benarnya seperti kata rakan2 yang lain..berhentilah saudara dari cuba untuk mempertahankan atau menegakkan benang basah melalui fahaman saudara tu. makin terdedah kelemahan saudara sendiri. kalau saudara yakin, teruskan jelah berniaga asalkan tidak menindas sesiapa. kalau tak, saudara jadi bahan jenaka sahaja di sini. u will never know dgn siapa sbnrnya saudara argue.
wallahualam
Masuk lif tarik tali lif sendiri neh....
You can request a copy of the ten double blind studies conducted by the Russian government by contacting 4Life® at:
888-454-3374 or 801-562-3600 and ask for Item # 84500.
--->Russian Govt, contact TF? Waddehole?
HAHAHAHAHAHA! Haiya!
tambahan lagi untuk saudara fendy2177,
a GENUINE yes i repeat GENUINE research paper..pada nama author takkan ada kelayakan dia ditulis bersama. cth PhD, MBBS, MD, MA, MSc dsbnya.. tidak ada pada nama dia ditulis gelaran dia. contoh Dr, Sir, Prof, Asst Prof dsbnya. jauh skali menceritakan siapa author (kita bukan buat biografi). ini untuk mengelakkan bias dan sbgnya dlam dunia akademik. jadi agak klalar bila saudara memberi contoh "kertas penyelidkan" yang saya blh katakan daif dan mungkin juga NON GENUINE. (baca: mungkin) supaya tidak di spin cerita. seperti saudara aidid juga kata kenapa hendak dapatkan bahan tersebut mesti hubungi 4life juga. penyelidikan adalah bebas kerana ia juga akan dilihat, direview dan juga diuji kesahihannya dari semasa ke semasa kerana ilmu berkembang setiap masa. sebab itu nama pusat penyelidikan (universiti dsbnya tempat penulis attach perlu diletakkan walaupun mungkin lebih dari satu) kalau ada sumebr tapi tak boleh dipertikai, itu maknanya bukan ilmu penyelidikan. sebaliknya KOMIK sebab kita takkan pertikai komik kerana kita tau cerita dalam komik rekaan semata2. ini tidak berlaku dalam dunia akademik. kalau tuan menggunakan internet sebagai rujukan utama. apa perlunya bila mereka yang berada dalam dunia akademik, penyelidikan dsbnya subscribe kepada various jurnal, database dsbnya yang menelan belanja bukan sedikit. jadi fikir2kanlah sendiri
wasalam
Fendi2177 dan 4Life,
4Life tak pernah berbohong. Memang benar 4Life TF tu boleh boost up keberkesanan immune sistem sampai 400%++. Tapi immune sistem untuk anak lembu la.
Aku rasa 4Life punya produk ni sesuai untuk dijual kepada pengembala lembu untuk memastikan anak-anak lembunya sihat. Ataupun manusia yang rasa dirinya lembu.
Untuk 'makanan kesihatan' atau 'makanan tambahan', daripada baca MLM punya research ke, journal ke, apa-apa ke.... aku lebih percaya 100% dengan poster KKM yang banyak ditampal ditadika-tadika dan sekolah-sekolah tentang 'Gizi Makanan yang Seimbang'. Kalau ko tak percaya ko boleh enroll mana-mana tadika (kalau ko malu, aku rasa ramai orang dekat sini sanggup tolong register ko masuk tadika balik)
btw kalau ko pegi mana-mana hospital, maklumat tu boleh dapat free, silap haribulan boleh dapat kaunseling free dari pakar dietetik, so kenapa perlu berhabis beratus hinggit beli 'makanan tambahan' untuk jaga kesihatan?.
Testimonial : kalau 1000 orang cuba. 5 orang kata ok. Maka dia akan siarkan testimonial 5 orang tu. Yang lagi 995 orang tu kita tak tahu cerita
Lain la kalau research, hari ni ko buat research, tahun depan orang buat research lain kritik research ko. Punya lah susah.
Terbaru >> 1) 3 Tips Untuk Elakkan Ditangkap Khalwat 2) Facebook Ibarat Pisau 3) Pengasuh VS Amah
1.http://www.clinimmsoc.org/journal/clinical_immunology_118_1.pdf
2.http://www.clinchem.org/cgi/reprint/55/5/938
saya bg 2 jer contoh article dan research paper yg GENUINE...tak suruh bace tp bezakan dgn 'reserch paper' 4life, tu pun kalau boleh dipanggil research paper laa...
yg first tu article review, bermakna author/s akan review beberapa/banyak research papers and buat summary daripada paper2 yg dia review berkaitan sesuatu topic...kalau nak dpt information dan knowledge baru (esp masa postgrad dulu) review article mmg sgt berguna sebab ianya fakta2 baru...buku teks biasanya dipublish 4-5 tahun selepas siap ditulis + editing proses...
yg 2nd tu...haa tu la research paper namanya...cuba fendi bezakan dgn link yg awak bagi tu...sy harapa awak faham apa maksud azwan, fahmi dan zill...
and awak tahu kenapa aidid gelak sakan....
ni pun sy cuma bg link untuk research paper yg nampak mudah untuk awak bezakan....kalau UKPDS mau pening kepala...20 yrs punya major study dgn berpuluh substudy...
spark...honestly,kerjaya aku bkn dlm bidang perubatan..oil n gas adalah bidang aku...tapi bila bc komen2 dari saudara2 semua yg dlm bidang perubatan tu, kesimpulan aku,bidang perubatan bkn sesuatu bidang yg kita blh belajar melalui jalan pintas..dgn kajian, pembelajaran yg xkan hbs2,tuk org awam cam aku ni,cukupla aku jumpa doktor tuk berubat..biarla doktor itu menunaikan fardu kifayah nye bg yg islam...utk MLM lak, jgn la memandai jd doktor singkat yg cuma tau copy paste je..itu yg terbaik...kita xtau dgn siapa kita berdepan dlm alam maya ni..nanti terbuka pekung sendiri...diam itu lbh baik dr berkata2
spark, nanti bg aku email add kau....
hahaha! sumpah malu ni (for the offer);p thank you soo much. kalau ade ape2 aku roger.
my last comment for now. having exam nxt week; my licence is expiring. tak study ape pon lg nih. *fingers crossed*
till nxt time...
Spark, sori nak ckp sket. X elok kot guna term fingers crossed for muslim. Rasenye bende tu originated from christian's sign of cross. Its from what i read la. Wallahualam
saudara fendi..jika saya jadi anda..saya akan undur diri dan tak datang2 lagi..
muhamad said...
saudara fendi..jika saya jadi anda..saya akan undur diri dan tak datang2 lagi..
December 9, 2010 8:53 PM
________________________________________________
Saya 'mungkin' akan undur diri dari sini, tetapi tetap menjawab di blog saya. Terima kasih atas nasihat tersebut. Yang benar tetap benar.
Salam Fendi, sbg pembaca bebas, sy membaca blog anda dgn hati terbuka. sy juga menghargai niat baik anda untuk menyebarkan apa yang anda "claim" baik utk org diluar sana..cume persoalan ramai org di sini adalah cara anda "claim" perkara TF etc2 itu benar..dlm apa cara sekalipun anda perlu sediakan sources/credit to mane2 fakta/quotes yg anda ambil dan letakkan di blog anda..(perkara yg article issuer/publisher patut maklum lg2 kpd blogger spt anda.barulah ianye reliable dan bukan direka2 oleh anda)..dan ia sgt menyangkal apa yg anda katakan "Jangan pertikaikan sumber, tetapi baca dan teliti kajiannya"..mcm mana org nk teliti kajian kalau sumber x boleh dipercayai/bias? ini bukan tentang hukum agama yg mmg sudah terang ajarannya di mana tidak perlu memandang kepada pemberi nasihat, tetapi nasihat itu..ini ilmu sains yang perlukan kajian..sbb setiap kajian perlukan sumber yg sahih..baru perkara itu boleh dipercayai..lg2 dlm alam cyber yg sgt mudah terdedah ngan informasi yg belum tentu betul atau tidak..dan anda hanya merujuk kepada article yg disediakan oleh 4life shj dimana ia sgt bias kepada product itu sahaja, sdgkan yg anda katakan TF itu perkara sains umum, sila nyatakan kajian tersebut yg sepatutnya dlm kajian tersebut tiada kaitan langsung dgn 4life..itulah source utama yg anda perlu sediakan di sni..anda juga tidak boleh kate org lain tak tahu apa2 sedangkan ada antara mereka yg bekerja dlm bidang ini..mereka juga perlukan bukti (apa yg anda sediakan disini tidak cukup bg mereka, dan juga sy)..itu sahaja..dan jika anda rase 4life itu berkesan untuk anda dan keluarga, itu pengalaman anda, dan itu hak anda.anda boleh bagi testimoni anda sebagai pengguna (+menyediakan sumber2 yg sahih untuk menyokong pengalaman anda),tetapi bukan act as medical practitioner.
p/s:sorry bro aidid, this page become longer than u expected..
By all means... no problem. I welcome you all... even Fendy... hahaha!
People tend to assume a lot of of wrong things in this cyber space, because we never get to see who is writing whatever. Like, people tend to think as a rubber tapper, I shouldn't be hitting it hard on those MLM suckers... what do I know anyway, right? So, what do we do? How do we know the infos are correct? We read between the lines, we research intelligently, we verify back the infos, and we continue evaluating every single thing that came out...
So... I think Fendy is a despatch boy or a postman or whatever, and has no medical background, but he wants to continue selling colustrum and yolk buatan alkafirun to muslim consumers, but I think it's folly - cos he really knows shit..... nada, yelleeek, big-O, zero.
kalah paper metroll....baru ku taw apa beza doktor baju putih ngan doktor bawah pokok ceri keh keh keh keh.....lagi2.... kasi bogel terus run for ur life!!!!! keh keh keh
Nuuun jauh di lubuk hati saya, saya admire dgn kekentalan jiwa Encik Fendy.
siapa english power, blh tak hantar e-mail kepada Ministry of Health and Social Development of the Russian Federation. e-mail dia ada kat website http://www.minzdravsoc.ru/eng
bila ada official feedback drpd russia, senang sikit kot...
bro, kalau nak beli viagra drpd you direct, mcm mana ye...
satu lagi, aku rasa akan datang, akan ada MLM berasaskan tokek pulak.... jamu tokek... pil tokek.... etc tokek...
Saudara Fendi
"Jangan pertikaikan sumber, tetapi baca dan teliti kajiannya."
Napa takleh pertikai sumber aklau sumber tu Bias? berat sebelah. Mana Independent research papernya?
Saya rasa orang lain semua dah menjawab apa yang perlu dijawab kenapa saya tidak dapat menerima fakta dalam link yang diberikan kepada anda.
Thanks to Zil for making it so clear to all.
Sedikit Kritikan saya untuk link yang saudara berikan
1. Research paper tersebut menggunakan research link 4 life.
2. Tiada cross reference dibuat ke atas study tersebut
3. Kajian hanya dilakukan ke atas cell line? Mana animal trialnya? mana human trialnya? mana jumlah pesakitnya... kajian hanya pada cell lina bro,
4 Control pada experiment tersebut tidak dinyatakan secara jelas. Silap2 letak garam bukit pun aktiviti NK Cell tu dah berjaya meningkat. Ke letak jus jambu batu pun boleh meningkat? Saudara tau tak control tu apa dalam experiment? kalau control pun die tak kasi dalam experiment ini, macam mana kita nak terima?
Ruang komen negativepositive21.blogspot.com sudah di block? aiyuuu...Die jawab apa yang Aidid jawab kat blog tu
Jangan la perlekehkan Fendy, dia dah study produk TF drpd bulan Ogos 2009 lagi katanya..... bla bla bla, aku pun tak kose nak baca abih - mamatnya cakap sorang2, pastu tak kasi sapa2 respon... syok sendiri... psycho gila babat.
Bulan Ogos 09 tu beb... Ramai yg belajar immunology dan 23 lagi subject medicine aku rasa akan terasa tercicir... u know, mereka yg ada MD dan MBBS. Aku sendiri yg belajar sambilan pasal Immunology sejak 19 tahun dulu, rasa jatuh martabat jugak tu. BULAN OGOS 2009!!!
Belilah kolustrum dan yolk telur TF - call Fendy! Sebotol 249 hengget... halal katanya. Aidid Mu'addib takde hak nak kata haram. Riba', kelentongan dan penganiyaan perniagaan tak wujud dalam Islam maybe, jadi semuanya kira HALAL. Yahoo!
Salam,
Pihak yg boleh menyedarkan Fendy dari delusion hanyalah mamat2 dari group yg perjuangkan TF sendiri, especially scientists dorang. He is bounded to a false belief. Susah product TF ni, pre-clinical pun tak lepas lagi. You guys can screw him points by pionts, but he won't change.
TQ
@Fendy2177 : sumber memang kena pertikaikan la. Mana ada orang buat research tak guna sumber yang sahih? Even semua pilot study yang orang buat, literature review dari sumber-sumber yang dah sahih la walaupun reference dia tak sebijik dengan apa yang orang nak buat pilot study. Kalau macam tu senang la. aku buat research. reference aku dari Kitabmedical.blogspot.com, doktorpakarhebat.blogspot.com.. pergh! tak ke hebat sumber aku? dari kitab medical + doktor pakar yang hebat punya blog.
Terbaru >> 1) Blog Pilihan Malaysia 2) Prank Paling Gempak 3) 3 Tips Untuk Elakkan Ditangkap Khalwat
mana yg tipu tu...tetap tipu...tp, adakah semua testimoni org didunia ni... tuan aidid telah kaji yg ianya adalah tipu? :) sesungguhnya... ilmu perubatan yg ada dikalangan doktor2 hebat didunia... hanyalah sebahagian sajer daripada setitik air dilautan luas... kemungkinan ada produk yg sahih berkesan itu ada... kemungkinan ada produk yg tak sahih juga tetap ada... seeloknya..kita sebagai kita bersederhana dalam menyokong atau menentang...:)
tok moh rasa aidid nih kira sederhana la...bukan nyer dia tepekik terlolong pakai mic tepi jalan...cuma menaip dan klik...xgitu ^_^...yang penting FAKTA yang dihuraikan dalam "perjuangan" beliau....beliau dah sedaya upaya menerangkan tujuannya...apa masalah??? ^_^ ..terpulang pada pembaca...
-nak terima??
-xnak terima??
-nak mengkaji??
-nak menyokong??
-nak membangkang??
-xnak amik tau??
-owhh baru sedar???
-cis kantoi~~~~
aidid dah kasitau apa sebab dia mcm tu dari awal penulisan blognya...[rujuk ayat paling atas sekali]
jadi kenapa smyMONAVIEmalaysia serius???.....hik hik..hik..tepuk perut tanya nak makan ape... ^_^
Tok Bomoh kalo bagi komen misti saya nak tergelak2 baca. mcm iklan..hihi...
uiks Eliza....pewittt...ya meh..ada yang nak menegakan bulu ketiak yang basah..terang2 sudah kasitau...bila mau pangkah xda FAKTA menyokong..so xda "nikmat" haiya....cuba la yang memangkah tu...kasi info yang ada input..ada feedback..ini adesss....doktor bawah pokok ceri...
ada aku kisah? (id 4life)
seperti pernah aku dengar tapi dimana ya?
haha..aafs rupa-rupanya.
nasib baik le abu humaira sempat menegaskan pada si sffendy tu mengenai beza agama dan sains jika tak, dikatanya sama pulak al fatihah dan molekul tf 4life nyer.
gila ke apa bebudak 4life ni mengatakan tf itu ciptaan tuhan,huhu..
dah lah mata hati korang buta ,korang nak butakan lagi mata orang lain.apa dah jadi kat ko ni fendy.ko sanggup menutup kebenaran kerana duit ke fendi?
dan seperkara yang sangat saya benci pada sikap korang bebudak 4life ni ialah sikap pemtingkan diri .sanggup menggunakan nama Allah untuk menyokong kata-kata sendiri. berani kerana benar, ko juga yang katakan..bukalah blog ko bagilah orang lain komen.kenapa tak berani?meludah kelangit ,jatuh kembali kena muka sendiri ke?hahaha..
effendy ni cakap tak serupa bikin ke apa?
atau dia ni tak sedar ke ngan apa yg dia buat?
KAMI DI4LIFE DITEGAH DARI MENDAKWA PRODUK BOLEH SEMBUHHKAN PENYAKIT ADA DENDA 3OOO KALAU TAK SALAH JIKA SIAPA LANGGAR SYARAT.
tetapi dia buat,aafs buat semua orang 4life buat(ikut tok guru cakap)tak perasan ke atau ada amnesia.penangan TF kut.haha..
4life berani mencabar orangramai yang pertikaikan 4life kerana ramai doktor telah menjadi ahlinya.4life menjadi besar kepala kerana ini.orangramai menyertai 4life pun kerana ramai doktor didalam 4life.doktor pula memberi kerjasama dengan menjual TF diklinik-klinik mereka.badan yang berkenaan sila ambik tindakkan keatas doktor-doktor yang terlibat.ramai yang tak sembuh menggunakan TF tetapi mendiamkan diri kerana doktor yang syorkan kepada mereka.orangramai fikir mungkin ini ubat kut?
korangkan ramai contact,gunakanlah power korang,agar si effendy tu tahu malaysia ni ada undang-undang bukan takda undang-undang.
berdebat kat sini tak best,berdebatlah kat tempat sepatutnya,kat mahkamah ke?
wassallam.
Nak tanya... asal org MLM ni.. yang mengaku diorg kaya/ cepat jadi kaya.. tapi kalau nak penerangan atau info lebih kita kena call diorg lak? kata kaya?? takkan nak call customer takleh? mana CR korang? dekut ke? what a pity..shame really.. lol
si aer:
agreed!!! terangkanlah plan marketing kat 5 star hotel... nak join atau tak tu... kira risiko perniagaan lah kan...
salam bro, tahniah kerana mewujudkan blog ni yang dapat mematahkan hujah ahli MLM. Aku pun memang dah lame bengang dengan geng MLM, bile diorang citer pasal produk diorang ni gaya macam doktor pakar. Padahal tak pernah belajar medic pun. Tp mmg kelebihan MLM ini ialah ianya mampu melahirkan 'doktor segera'. Then mcm bro cakap la, modal diorang testimoni yang berjela-jela.
Aku tgk testi tu pun tak meyakinkan. Ntah sape2 la gamba yang jadik mangsa diorang ni. Lepas tu ayat pulak sepesen je. Kalo setakat testimoni tu, sape2 boleh buat.
Cuma baru2 ni ada somebody cuba promote kat aku produk Vemma builder. aku dah baca, dan memang ada unsur MLM. harga jus die pun tak logik sampai RM 342. Bleh tak bro aidid dapatkan sedikit info tentang Vemma ni sebab bende ni agak femes dalam internet.
Tp tula, kalo makan or guna produk MLM ni bleh sembuhkan penyakit, habesla gulung tikar la sume klinik n hospital kat dunia ni. Hapuskan course medic kat U. gantikan dgn course MLM.
Bodo punye MLM.
Suka dgn hujah dan komen Abu Humaira...Lbh informative dan terbuka...
menarik membaca tajuk ni.... Panduan Pengguna: Testimoni = Kelentong.
ini pendapat saya. nak kata testimoni kelentong sepenuhnya pun tak boleh gak. saya lebih suka kalau menyaksikan keberkesanan produk dengan mata sendiri. memang lak nk sembuh penyakit dengan izin Allah tapi kita pun kena ada ikhtiar
Oh man… I love the way you have written on the subject in detail I shall surely have the article saved and the print out of the article shall surely be circulated in the college premises and also within my group of friends. I am sure all of them are going to have a good time reading on the subject....
Buy Generic Viagra
Isu yg sgt menarik.
Memang sukar menjual produk zmn skrg jika tidak disertakan testimoni.
Pesakit akan tanya testimoni terlebih dahulu walaupun dah berkali katakan bahawa produk tersebut telah diuji secara saintifik.
Mentaliti testimoni perlu diubah secara total.
terkejut bce..hebat sgt komen2 kat cni...haha
Aku terassa nak komen gak cam nurul najwa. OMG! Komen sini lagi hebat dari entri pakcik AM. hehehe...
Terasa ilmu di dada ni lemah lagi. Thanks to Fendy. You're my man deep inside my black heart....
Sambil tu aku nak tiru gak gaya phreak-id yang cuba promote blog dia tu...
Latest entry: Soya Memang Buruk atau Orang jer Buruk?
Jangan marah tau pakcik AM yea...
Aduhai, aku baru aje jumpe blog ni, haram betol!! Dah kena kencing baru jumpe blog ni, tp xpe la nnt aku soh geng aku yg lain bace.
@azahari
-aku sokong ape yg ko ckp,en.4life tu asyik2 ulang ayat yg sama,xde point siot. "Menda ni dah msuk 60 negara, ketua kg aku sihat,tok long aku sihat, opah aku sihat, jiran aku sihat bla...bla..bla..."
4life ni mmg lah bole dftar kt KKM tp dftar aje la.KKM hanya akan check samada 4life ni boleh guna ke tdk tp dr segi keberkesanan, dia mmg tak check pon....
Aku sbg org br kt sini nk tanya kt tuan blog, ko ada tengok psl Yu Nam Hair Care? kengkawan aku ramai siol kena kencing!! Rambut x tumbuh2 jgk, bulu ketiak makin lebat ada la.
Wow! Excellent entertainment pagi ni! Apart from that, mukaku manis selalu kerana asik tersenyum sedari mula membaca comments.
Just in case Fendy & the likes revisit above advices and what-is-genuine-researchpaper..
@ Fendy
that animal part tu, apa kata bela binatang (paling senang kucing), rajin2 bawa ke vet, maybe you would have better understanding tentang defense physiology haiwan.
amazed at some ppl who just do not know when to shut their mouth (err..fingers??) and put it to good use at right place & time!
@xukse - cramp perut gelak kat 2nd para tu!
Salam so sy nak tnya adakah produk 4life TF ni boleh dimakan dan x memudaratkan?dan jika sy beli ntuk dimakan sendiri dan mendpt duit dr supplement ini adkah ianya halal dan produk 4life TF ni masih halal dimakan?aidid tlongla or sape2 yg ade explanation apa yg pnting bkan bkenaan MLM 4LIFE yg sy nak tahu tp berkenaan impak dr pengambilan supplement tersebut?tlonglah sy ni,really need help about the supplement..
Teruskan perjuangan anda aidib dan rakan2..anda mempunyai banyak fakta dalam bidang perubatan.bagi en4.life teruskan usaha anda di dalam mlm..tak perlu debat dalam hal ilmu kerana ingin menunjukkan kehebatan..disiplin ilmu.
"PROFESOR MLM AIDID MUADDIB" JUST U a person talk about this that is infinity -0.00001% of our lost nevermind KEEP IT UP !
Motif sparkl.polaris4 delete comments beliau??
Kalau betul kenapa mesti delete???
Blh crita plk pasasl prduct mc ocean plk x,almklum la skrg mcm2 biz ade
Produk tiruan pun boleh masuk ratusan negara ape nak heran?
well.. saya dah try TF tu utk 4 ekor kucing sy yg selsema dan ulser sampai air liur meleleh.. seminggu ulang alik hantar vet tak baik.. bg air kelapa, saunakan dlm bilik air mcm2 la.. ratus2 habis..tergerak hati nak guna TF.. TF bagi campur dlm air pastu suapkan pakai picagari.. punyalah dah terbaring x selera makan.. esok pagi dh boleh bangun dan mkn sdri.. itu pengalaman sy.. baru tahu rupanya TF ni utk manusia asalnya.. nak try nnti
Kakak saya 3kali jantung berhenti, 4 kali cpr.. paru2 bocor.. saya curi2 bagi tf.. alhamdulillah dgn izin Allah kakak saya servive. Banyak saya cuba utk kucing, budak kecil mcm2 lagi.. tak kisah la nak cakap apa... saya sendiri menggunakannya dan berkesan.
Post a Comment