And so it is...

Monday, December 13, 2010

Aleacorp - Meh La Join Skim Piramid Kami Pulak.




Assalamu'alaikum.

Dalam bulan Jun lepas, aku masih ingat satu pagi jumaat, aku dapat satu mesej kat FB. Ada mala'un yang agamanya ntah aku pun tak sure, ajak aku join Aleacorp. Gila baboon punya crazy - ada ke mamatnya hantar email kat Aidid Mu'addib ajak buat skim piramid? Cari 3 orang aje bang, dah boleh dapat modal balik... tulisnya. Rasa nak meletop aku pagi tu, kasi aku bad mood sampai lepas jumaat. Orang Melayu mengajak orang buat skim piramid sebelum pegi sembahyang jumaat... how screwed-up was that? Sapa ke nama mamatnya? Jap... Mohd Zainizam Mohd Sohib, I remember that name. Cuba search kat FB, masih buat kerja cilakak ni lagi mamatnya... dan ada jugak buat www.tunaisegera.com nampak gaya. Skim piramid, memang kegemaranku. Bila dah dapat duit sket-sket mengemis duit orang lain macam ni online, kasi la anak-bini makan, beli pampers, beli ikan tongkol, beli petrol, beli buku anak... bessshhh!




Amende Aleacorp ni? Katanya di website http://www.aleacorp.com/, AleaCorp.com adalah gabungan syarikat IT dan multimedia bertaraf global yang telah banyak memenangi anugerah antarabangsa dalam rekaan laman web, perisian dan lain-lain berkaitan ICT. Gabungan Wawasan Paradigma Sdn Bhd (821507-X) menerusi anak syarikatnya TM ADS Solutions dan PT Sukses Nusantara (Indonesia). Wawasan Paradigma Sdn Bhd yang berpengkalan di Seri Kembangan, Selangor Darul Ehsan ialah syarikat berstatus Bumiputera dan berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia (357-02119090). Kod-kod bidang yang didaftarkan ialah: 
210101 - Personal Computer and Related Peripheral and Services.
210102 - Small and Large Multi-User Systems and Services.
210103 - Workstations and Related Peripheral and Services.
210104 - Software Product and Services.
210105 - Other Computer Related Services.
210106 - Networking Products and Services.
220502 - Tenaga Pengajar.

Ini alamat ofis:
Wawasan Paradigma Sdn Bhd (821507-X)
27-1 Jalan Equine 9B, 
Equine Park, 43300 Seri Kembangan, 
Selangor Darul Ehsan.
Telefon/Fax: 03-7960 4517
Email: support@aleacorp.com

Pastu, dia orang ajak orang-ramai (korang semua la tu beb) join skim piramid Alecorp kerana dia orang ni prihatin dengan kemahuan masyarakat sejagat Melayu yang rata-rata cukup gemar buat skim piramid. Hobi orang Melayu meh. Nak invest beli rumah kedai macam orang Cina, mana ongkosnya pak? Nak buat kilang macam orang Cina jangan cite la, hanya mimpi di siang hari. Nak motong getah atau tanam sayur, bontot besar gajah. Nak belajar rajin-rajin kat U, IQ tak boleh bawak (sebab orang suruh belajar sebok nak merempit), walaupun tempat kat U di Malaysia ni dah siap ada quota Bumiputra... satu benda yang orang Cina cukup tension. Dan, sejajar dengan pelan perniagaan 6 tahun (2009-2015) Aleacorp untuk menembusi pasaran antarabangsa, mereka ingin berkongsi pengalaman dan keuntungan perniagaan ini bersama-sama anda! Woohoohoo! 

Kata Aleacorp, kini dengan hanya serendah RM30, anda dan juga perniagaan anda berpeluang untuk bersama-sama mereka menerjah ke peringkat antarabangsa! Saksikan juga bagaimana dengan hanya serendah RM30 anda berpeluang menjana pendapatan sehingga RM11,574 atau lebih dalam masa 4 minggu pertama penyertaan anda! Bloody 'ell! Dato' Seri Najib... please abolish quota orang Melayu masuk IPTA - Aleacorp dah ada jawapan untuk masalah ekonomi umat Melayu.


Itu sijil mau kasi tahu orang yang syarikat adalah berdaftar dengan 2 badan kerajaan, sekaligus mau tunjuk kat orang-ramai yang bzns ni legit. Korang nak tengok sijil perbadanan syarikat aku? Muaddib and Son Rubber Sdn. Bhd.? Aku jual getah sekerap besar-besaran pun, ada sijil kat atas ni... what was the point again?

OK... amende produk AleaCorp ni kalau ko sedekah RM30 atau RM150 ko tu? Dengan langganan keahlian Corporate Plan AleaCorp, anda akan diberikan senaskah eBook Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas). Wadehelloanybodyhome? Itu aje? eBook pulak tu. Bukan paperback ke, hard-cover ke?



Promo nya: Gunakan panduan professional Ini untuk mendapatkan geran-geran dan pembiayaan yang terdapat di Malaysia yang bernilai melebihi RM50,000! Ahmad Zahirudin merupakan salah seorang usahawan bumiputera yang telah banyak menulis rancangan perniagaan bagi mendapatkan geran-geran dari Cradle Investment Programme, MDeC (MSC Malaysia) dan juga projek-projek lain lagi, di dalam dan di luar negara.. Format yang diusulkan oleh beliau di dalam Panduan Menulis Rancangan Perniagaan (Siri Asas) adalah senang difahami, dan juga sangat praktikal untuk diikuti, kata Aleacorp.

Lantak korang la dol. Jenis jual sistem perniagaan la ni, eBook tu saguhati aje. Janji dapat masing-masing Melayu tu cari downline, 1 cari 3 cari 9, cari 27, 81, 243, 729, 2187, 6561, 19683, 59049, 177147, 531441, 1594323, 4782969... Kabaladalabangboom! Sama macam Ads4Faks satu sen tarak guna - cuma takde kad nano-technology magik aje. Siap janjikan yang bukan-bukan kat promosi benda ni. Memang ditujukan khas untuk mereka yang, 1. tak lulus subjek matematik masa SPM, 2. yang lulus matematik, tapi tak kesah makan duit haram laknat. Selain daripada cari 3 downline, ada pulak dapat duit daripada lain-lain bonus seperti kat bawah ni. Banyak bonusnya ni, tapi tak kesah, duit yang masuk pun duit free. Jual eBook yang tiada nilai, apa nak dikenang?



RM11,574.00... Waaaaah! Gila basekspres punya longkah tu bang. Semua yang join dapat 11K ke? Deme ni bior bebenor weh? 11K sekali dapat sekali, atau dapat setiap bulan? It's a typical pyramid-scheme offer, nothing new here. Yang menakjubkan, bagaimana sistem perniagaan sebegini boleh start, sustain dan survive... so far? Are we Malays in Malaysia that pathetic? Ini pulak bukan kerja orang takde pelajaran. Ini bukan kerja penyangak atau penyamun. Ini keje buatan orang yang dah complete tertiary education masing-masing. Tengok gambar dan penerangan plan pemasaran dan clear nampak ianya skim piramid.


Itu yang buat aku sedih sungguh dengan keadaan masyarakat Melayu. Imagine Aidid Mu'addib yang bertungkus-lumus (takde gaji pulak tu) mahu kasi kesedaran pada bebudak Melayu tentang selagi ada maklumat dan permutasi skim piramid... percayalah, mesti ada yang kata bahawa apa yang aku cakap adalah benda yang tak berasas, dan penuh dengan hasad-dengki. Tapi kan... kalau aku ada hasad-dengki pada hyprakbullshit la katakan, lepas tu aku buat penerangan terperinci tentang hyprak kat blog aku ni... kalau aku hasad-dengki, aku dapat apa Hairul? Sama jugak dengan artis cikai yang tak keruan tu. Jual aje la Bentley tu, pulangkan balik duit kat orang Melayu yang masih menunggu bonus yang dijanjikan, apa susahnya? It's just a car. Kalau accident, tergolek-dog jugak kan? Remuk jugak kan? Bayangkan berapa ramai orang Melayu yang boleh recover balik duit join skim piramid beli gelang keramat tu. Begitu jugak seperti yang diperkatakan oleh Armand Wira Perkasa dengan megah dan bongkak tak tentu halanya, aku ni adalah ahli masyarakat Melayu yang tak suka tengok usahawan Melayu berjaya. My opinion is, isu AC Mang itu membuktikan bahawa pergerakan PERKASA sekarang sudah hilang relevance dalam memperjuangkan hak dan welfare orang Melayu di Malaysia ni. Adakah PERKASA memperjuangkan kesejahteraan masyarakat Melayu sejagat, atau memperjuangkan poket orang Melayu perseorangan? Adakah mangkok-hayon yang perasan sebagai pejuang bangsa Melayu tu berjuang ke arah kesejahteraan keseluruhan masyarakat Melayu sebenarnya? Think about it for a tick. Kepada sapa-sapa yang aktif dalam PERKASA, kirim salam aku kat songkok tinggi tu. Cakap kat dia... "Resign aje la bang. You're a useless buffoon. Just an excess baggage."

Ooops! Pehal samapai kes songkok senget pulak ni? Ini isu Aleakrok. Korang nak tahu sapa mastermind mende alah neh? Budak-budak muda Melayu aje pun ha. Ada sorang engineer, sorang akauntan, sorang ijazah BA dan sorang ijazah IT. Menakjubkan bagaimana 4 orang terpelajar boleh berkumpul, berganding bahu, berdiskusi dan buat keputusan masa kat meeting di bilik konferens, sambil makan mihun kak Kiah dan minum teh susu yang dah sejuk: "Meh kita buat skim piramid, kencing orang Melayu ramai-ramai, boleh kita jadi kaya". I always wonder about such thing, you know. Kalau aku, Aidid Mu'addib, yang dah study isu skim piramid ni sekian lama, berhasrat nak buat skim piramid kat internet dan FB - aku akan buat sorang-sorang, serius beb, really serious. Sebab, kalau aku buat dengan orang lain, aku takut partner aku tu tiba-tiba dapat hidayah, dan pastu berpaling-tadah bila dia sedar aku nak buat mungkar dan maksiat skim piramid. You get what I'm saying? How do you get 4 educated people acting in unison to be disciples of dajjal? And one of them is a freaking accountant! You tell me that.


Isn't that wonderful? Smile everyone... business as usual, and business is goooood! We're making money, because at last count, 20,441 people are registered with Aleakrok. Sorang RM150 - 3 million hengget bro! You know, my issue earlier was those 4 masterminds - but, how do you explain that there has been 20,441 people that join this freaking thang, and gave money, and receive money, and have a jolly good time doing it? Don't you all find that odd? Well, I do. I guess everyone is racing to be those early birds that will laugh all the way to the bank... but in the end, they would just be the numerous lost souls that got ditched.... just cannon-fodder that nobody care about.


Oh ya, memandangkan duit manyak masyuk, apa kata kita sedekah sket kepada mereka yang memerlukan bantuan seperti anak yatim? Good PR and can highlight in our promo too. Canteeekkk! Tapi, pada aku... that is just sick! Gila sasau ya amat orang Melayu ni kadang-kadang aku tengok. Sebijik macam pegi Genting menang poker, macam pegi rompak bank dapat seguni duit - meh la sedekah la sikit kat surau dan masjid... dan kasi la makan-makan kat rumah anak yatim.  



Wadefreakingcrap is this? Dan bukan itu sahaja. Mereka yang join awal masing-masing dah tumbuh tanduk melengkong dan kulit masing-masing dah bertukar kemerahan... I kid you not! Siap ajak kaum keluarga join, jiran makcik Tipah sekali... jadi downline dia, lagi manyak masyuuukkk mah!

Originally posted by gman68 di carigold forum (sori, mamatnya tak sekolah dan tak belajar pakai spacing):

Ramai yang masih tidak yakin ebiz Aleacorp ini boleh menghasilkan income yang lumayan jika dilakukan dengan betul. Dan ramai juga yang inginkan pasif income dalam biz internet. 
Dengan Aleacorp,jika anda buat,anda akan dapat untung,tetapi jika anda gagal menaja sesiapa,modal anda akan dapat semula dengan rebet 3% sebulan selama 50 bulan.
Ok..untuk pasif income,jika anda gagal menaja sesiapa dalam biz ini,sistem auto atau spill over downline akan memberikan anda downline percuma(ahli dari upline anda)dan akan jatuh dibawah anda.Dalam hal ini,anda tidak menaja sesiapa,tetapi downline akan datang dari upline anda dan akan diletakkan dibawah anda.Dan jika downline tu menaja ahli baru,anda akan dapat juga komisyen dari penajaan ahli tersebut.(Disinilah dia pasif income anda).
Tetapi anda jangan hanya mengharapkan spill dari upline sahaja..takkan dalam masa 6 bulan untuk menaja 3 orang sahaja anda tidak mampu.Ajak rakan2,adik2 dan jiran2 untuk join dan anda telah pulang modal segera.Kini hanya menantikan income seterusnya dari perkembangan group anda.
Bagi saya,saya tidak akan menunggu dan terus menunggu...saya akan terus promote dan promote...(sehari 1 jam untuk Aleacorp) Update forum,FB,Iklan,email dan sebagainya.
Jom join dengan team gman68!!! Insyaallah mantap! Rahsia promosi akan diberikan.
Lihat dan cuba google "Aleacorp"...team gman68 bersama anda!

Dan dengan sungguh bangganya, sampai nak mengalir air-mataku ini membacanya, mamat kat bawah ni nak beritahu semua orang yang bil Indah Water dan Tenaga Nasionalnya dapat dibayar dengan hasil mengemis online ni... uhuk! uhuk! uhuk! Real-life heathens!




>>>>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<<<<<


Sementara itu, perkembangan di SAY NO TO MLM di facebook: Bebudak "fans" kat sana tu semua sebok mau buat T-shirt, yang boleh dipakai sebagai ubat racun serangga untuk langau MLM dan skim piramid yang mungkin datang dekat - just in case ada orang nak datang kacau bebudak SNTM tu sume, masa dia orang tengah makan roti nan kat kedai mamak kat mana-mana. Jadi ada sorang adik tu buat satu design yang ini, Tak pasal-pasal nama aku diheret sama. I tak rela you...



Macam besa... aku tetap dengan pendirian aku. Aku tak akan mengikut apa yang orang lain buat, semata-mata sebab mau ikut trend orang-ramai. Aidid Mu'addib tetap akan kekal sebagai Aidid Mu'addib, tak kesah la apa orang lain kata. Perjuangan akan diteruskan. Yang penting, aku kena luahkan apa yang aku tahu dan yang aku pasti benar... dan terpulanglah kepada sesiapa yang mahu menerima ilmu yang tak seberapa ni, yang aku boleh share kat blog aku ni (Uik! Apekeje beb? Ini isu T-shirt jer). Jadi, kalau ada sapa-sapa yang terjumpa orang yang pakai T-shirt dengan design kat atas - itu bukanlah aku. Kalau nak jumpa dan berkenalan dengan Aidid Mu'addib, aku akan pakai T-shirt aku sendiri - original design.




53 comments:

Bomoh Hujan said...

1st!!!!!!

Anonymous said...

Me 1st jugak tak kira ...*lariiik sebelum kena pelangkung *

Btw Aidid, awesome entry as usual. U're da bomb. Make no mistake, altho' am "first", i 've already read every single word. Cuma nak kena baca semula, speedreading maserati tak sempat fused ke otak. (Mind is on proposal kat browser sebelah)

Btw2, t-shirt design yg bawah tu sekali. Badass.

Hampehs said...

aiks...tok moh pon main 1st 1st jugak. kang aku santau kang tok moh nie.

aku kadang2 pon tak paham, benda dah nyata piramid nya...bucu pon dah nampak tajam, tapi ada lagi mangkuk hayun bebal nak masuk. paling bangsat tu, siap promote & ajak orang lain join tanpa malu2 & rasa bersalah. nasib la takde lagi orang nak promote benda2 ni kat aku, kalau tak mmg aku sumbat mulut dengan t-shirt tu

Nil said...

cis.. wa ingat blh dapat first! hampeh kau tok moh!.. ngee..

mrspingupenyu said...

caya lah bro.. waaa salute lu bro.. aku mmg menyampah dgn benda haram macam ni.. aku doakan ko dapat berkat, hanya Allah je yg dapat balas kebaikan ko. aku tgk bukan sikit2 manusia join aleakrok ni. budak terpelajar kat oversea nuh pun join. jahanam MLM mrosakkan agama kita je. huh! ni la akibatnya kalo belajar tinggi tapi x cukup didikan agama, x faham konsep sebenar halal haram. baik aku jadi org miskin drp makan duit haram.

mrspingupenyu said...

aku tetibe teringat time orang first ajak aku join menatang aleakrok ni. time tu mmg tgh pokai jugak aku ni. bese lah dok blajaq pakai duit pinjaman ptptn jek. dia dok UK nun, dia cakap masa dia buat aleakrok kat msia dia siap leh bagi duit kat mak bapak dia. sedey aku bila ingat. blajaq pandai, tapi belum abes blaja dh kasik mak pak makan duit haram. pastu beli buku suma guna duit haram jugak.. cmana nak berkat ilmu. sbb tu byk corruption kat malaysia ni. termasuk la para bijak pndai nih. ilmu duniawi je lekat kat kepala, ilmu akhirat... tadak langsung.. Ya Allah, kau selamatkan umat Islam zaman ni.. amin..

Wan Firdaus™ said...

LOL @ the baju!

muhammad khairul said...

hahaha.aiyaa..tgk bentuk nombor tu pn da terang nyata.kalau amik pembaris susun ikut bentuk nombor2 tu pn dah jadi segitiga.aiyaa.

btw aidid bgus promosi baju.haha.ape2 pn update kt sntm gak sbb maybe akan ada design2 baru mengikut pandangan ramai.peace yaw~

Airis said...

mse aku sem 2, dlm thn ni gaklah ade sorg mamat dlm ym beiya2 ajak aku join 1 program. modal rm1.6k klu xslp. tu pon jenuh nk suh die bgtau bpe modal. katanye die xley bgtau, dh langgar etika. aku tnyelh bisnes ape, die ckp xley bgtau gak. die tnye lg u kt ne? kte jmpe t i explain sume2 kt u. dlm ati aikkk amende bisnes gini. bgtau jela, nape nk face to face gak? bajet kampus aku kt kl kot?? aku tnye sume xnk jwp, so aku saje maen2kan die, u jwp soklan i t i joinT u, janji~ (join amende wey dlm akaun ade 1k je, dh hujung2 sem sewa umah pon lom byr kang xley exam dowh!).. pastu aku ingt aku ade tnyelah bpe u dh untung, die ckp ribu2 gak... pastu aku ckp aku nk blah, tlupa ade kls so tros aku set invi kt die. lps smgu perrgghhhh status ym die mmg hebat, mgu dpn g mekah, xlama pastu g sne, g sni (malaysia xmaen k). aku pon syp jela, nk tegor xley sbb dh janji nk joinT die, hahaha. pastu mgu ni aku tkezut thp babas tbace status ym die 'nk jual hp, nk pkai duit sgt2'. wth? mne g untung ribu die tu? mujurlah aku xjoin beb! mse tu aku lom 19 ag, mne tau mende piramid ni sume so mmg elok sgt2 klu kna kencing... pengajaran untuk diri aku~

Bomoh Hujan said...

hampeh--
sesekali ku rasa teringin~~~....lagu ella
tok moh baca tang teh susu yang dah sejuk~~teh ais la tuuuuu kah kah kah...
------------------------------------------------------------
terang2 gambarajah tu..........adesss...xpaham2..

JuanYuan said...

argh..xsmpat nak dapat top 5..haha...

btw, good artical..big clap man

pyan said...

modal RM30 jer!!!... peh... tahap ngarut yg terkini nampaknyer...
agreed with u tuan aidid... suh dato' najib turunkan kuota org melayu masuk ipta...

pokerface said...

Berfikirla dgn cara yg logik.Modal sikit Untung banyak?

SLum said...

Another blow to MLM..down them all...

Bro..boleh research pasal TOPSTAR tak? alah yang jual sabun tak mengantuk tu..dengan sabun jerawat...konsep tu nampak dah cam MLM. Aku try research xde lg org dok kata apa2 pasal topstar..

tupaimerah said...

salam bro aidid. bole bagitau entri u yg terdahulu (jika ada) yg sebut psl halal haram skim piramid. yang ade support ayat Quran ke bagai. sbb i ingat, pyh org nk amik pot psl blablabla yg u explen kalau dia xamek pot psl halal-haram. i pun nk belajar psl bendalah ni. thanx!

.Gory. said...

Ala, apa ni Aidid. AKu benci la gini.

AKu bukak web aleacorp tu dalam penyelengaraan pulak. Takkan dah tutup kot. baru nak join. Kehkehkeh.

Diorang patut bayar kau sebab promote diorang, Haha

Unknown said...

Pain Killer that's a real killer
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/12/13/nation/7607962&sec=nation

Satu pengajaran bagi org yg percayakan pil yang ntah apa2..

pyan said...

Bro, tolong research pasal HPA... mcm berminat ngan ayam ajaib tu...kekekeke:)

dear anies said...

br baca kosmo arini. 2 ank melayu tertipu dgn syarikat jualan langsung. ntah btol ke tidak. katanya dia salahkan syarikat tu sbb mempergunakan jenama syarikat sedia ada. tp bg sy, sy tetap salahkan dia sbb dia yg ghairah nk cpt kaya. penghabisan cerita: SENGSARA.

(xpasti syarikat tu berkaitan dgn MLM o x tp bla dia kata nk cpt kaya...mmm ada kaitan la tu)

Bash said...

irwan bin mokhtar tu amik ijazah perakaunan kat US nak buat ape? confirm la xde keje kat malaysia. terpaksa la bisnes MLM

gjohn said...

semua study overseas...
tapi balik mesia..buat mlm???

Zam Fiesta said...

nice info, mohon share :P

razif said...

mohon share post ini,encik kacak.i truly like your writing style.telus,pedas,tajam,top class troll..ko mmg pembela bangsa!walaupun tak dibayar gaji, kalau ko ikhlas nk tolong anak bangsa, ko dapat pahala kan..aku support ko!!

Hell`s Angel said...

fuiyoo bayar keta 890, bayar apartment 7++ ternyata kebaghalan maksimum. Weh... orang invest kat umah lebih dari keta la... dasar stupid... ni mesti jenis mangkuk ayun MLM berlagak nak tunjuk pakai keta mahal. Keta tu depreciate umah tak.... macam ni punya orang mana reti invest....

Salty Sweat said...

Air mata darah ku titiskan, byk sgt Malay based MLM... Sigh. Personally I vote for al jabbar as The 'firaun' of these scams. Standing behind Islamic so called 'values' & appearance.

Breakeven said...

~ betul ke ttg al jabbar tu ? uhh..

Asyraf said...

another great article on the spreading virus call MLM....

mrspingupenyu said...

dang. HPA pun ke? aku tak tau sgt pasal HPA. tapi kakak aku suka beli eskrem HPA.. aku makan jela,. baru bukak pasal HPA n terus nampak HPA MLM?? damn!

phreak-id said...

Alahai. Dapat E-book je? podahcit.. Ni baru terang-terangan Skim Piramid ni. Kalau korang tanya kenapa 4 orang berpelajaran ni buat Skim macam ni. Aku boleh jawabkan untuk diaorang

"Sampai bila kita nak makan gaji? Korang taknak ke jadi bos ada bisnes sendiri. " <- Ayat yang selalu keluar dari mulut MLM'mers..

Atau maybe macam ni (pengalaman ni). "Dengan gaji yang kita ada ni, mampukah kita nak hantar mak bapak pergi Haji dengan duit kita sendiri. OK, mungkin kita mampu suatu hari nanti, nanti pernahkah kita terfikir berapa banyak lagi masa yang mak bapak kita ada. Entah esok entah lusa dia dah pergi". Cewahh!!

Nak tahu apa aku jawab? "Mau terhempas Kapal Terbang mak bapak saya nak pergi haji nanti kalau saya hantar diorang guna duit haram ni"

Hamik kau, terdiam diaorang..



Terbaru >> 1) Nak Isteri Cun? 2) Blog Pilihan Malaysia 3) Prank Paling Gempak

Abgcengkih said...

Memandangkan fans AM blog ni ramai, its a golden opportunity to make money dengan buat T Shirt tu -Fans of AM Blog, bukan fans of AM kan?...Relakan je la AM ;P

Kot siapa tak der modal tapi teruja nak jadi oppotunist gak, gi kedai chemical beli la generic ibu klorok, dan pati sabun yang macam macam jenis, dilute dan botolkan dan buat lebel sama, buat remark untuk memcuci baju pecinta MLM.

Its about time, I think, and I may be wrong, untuk kita mengenakan tekanan kepada persatuan-persatuan pengguna berdaftar.

Truly, its a shame, persatuan pengguna berdaftar terutamanya persatuan pengguna Islam sepatutnya menjadi saluran utama perjuangan, tetapi sebaliknya remains silent atau dormant dalam isu MLM, pyramid dan dll yang tergolong dengan ciri-ciri sama.

AM anak penoreh gotah lak yang lebih lantang.
Kalau anak Tok Moh lantang mau kemarau poket MLMers!

muhammad khairul said...

abgcengkih

yup its a golden opportunity utk buat tshirt and relate ngan aidid's blog.but i want to higlight here tshirt yg dicadangkan nk jual tu tak amik untung pun.juz kaver kos je such as posting and bla bla.profit margin is 0.=)

Matjoe said...

best part jadi org tak dikenali ialah boleh rant abis abisan. kalau mcm aku nak menyatakan pendirian dan tak suka dgn this type of mlm schemen mmg aku berlapik jugak.

@mal12 said...

kt page sebelah AM=Alternative Medicine,
kt page ni AM=Aidid Mu'addib
what coincidence..

Abgcengkih said...

OOOOOOO.....(aku ni darah O)

Bagus gak.

Cuma bila x wat profit orang len akan wat gak...gitu lah ( kalau laku baju neh, tokey supplier raw T shirt, mungkin gak SNTM upline yang dah loaded akan immitate n print kat siam ato kat china, pastu tetau je ada kat pasar malam)

Eliza said...

Salam...

“Imagine Aidid Mu'addib yang bertungkus-lumus (takde gaji pulak tu) mahu kasi kesedaran pada bebudak Melayu tentang selagi ada maklumat dan permutasi skim piramid... “ ~ am so touched…ditambah pulak dgn mcm2 tuduhan negatif dari berbagai pihak.

Well…Aidid, bkn perjuangan namanya tanpa jalan berliku2. Only the chosen one will succeed. But trust me, ur contribution in spreading knowledge and public awareness could be a saviour for our future generation. Itu lebih berharga dari wang ringgit dan harta dunia. There’s always a reward for every good deeds. Time will tell..

"Sincerity and truth are the basis of every virtue.“

ganz said...

just check.. betulka mamat IR Hakim Abdullah (pengarah urusan) ni seorang PE.. pergi check dengan www.iem.org.my dan www.bem.org.my takde pun nama dia..

hyelbaine said...

Not blowing my own trumpet but I have been in the IT line managing projects for almost 10 years. I've worked with banks, government agencies even overseas too and not once have I ever, ever, ever heard about this company. IT is a small world in Malaysia, you CANNOT help but know each other especially if you're "adalah gabungan syarikat IT dan multimedia bertaraf global".

And what/how/who/weehh IT registered codes give you the right to collect deposit from people? Too many people asleep in the government don't you think?

PS>> Aku nak T-Shirt yg Aidid design jugak. Nak beli sekotak lepas hantar kat each MLM CEO in 1Malaysia.

Aidid Mu'addib said...

Uiks! Apekehe cite bzns tshirt ni? Design tshirt aku kat atas tu purely for making a joke... but kalau sapa2 nak buat bzns jual tshirt, nak guna nama aku (hopefully in a positive way - kalau negative, apa aku boleh buat pun)...dipersilakan. Kalau ada untung, sedekah kat mana2 rumah anak yatim sudah... kesian aku memikirkan ada anak yatim yg makan duit Aleakrok. Yang bebudak geng SayNoToMLM nak buat tshirt, they say it'll be at cost-price, no profit. Aku ingat nak order 2... wife aku pun nak jgk... XXXL.

Anyway, I have no intention to profit from this blog... it just never crossed my mind, and that would break my principles of blog-writing. You all read it, that's reward enough. Dan pulak, harga getah mahal... Kalau harga getah crash, ok aku mungkin consider... hahaha! Just joking, guys... and thanks for all the words of encouragement.

p/s: to Monaviecreep... you're next.

Anonymous said...

Glad u cleared that up Aidid, re:t-shirt profitting cos that thot did cross my mind. It'd take away from everything that you've done thus far.

As i said earlier, your t-shirt design is pretty badass. Tho' i'll replace the last word with another 2 words. :p

Syaza Izura said...

nak tanye, SVR international MLM ke?

phreak-id said...

@Matjoe : aku pun fikir macam tu bro. Tapi kengkadang dah geram tu, aku kutuk gak.

@Aidid Mu'addib : kalau non profit, maka biarkan lah t-shirt macam ni keluar. Part of the campaign too. Kalau ada mamat-mamat uptown/downtown nak copycat pastu jual kat gerai dia pun takpe. Take it positively as a part of the campaign. I'm pretty sure there'a a lot of poeple out there will support it. Even kalau aku bayangkan diri aku bukan sebagai bukan blogger dan taktahu pasal blog / facebook group tu, aku sendiri tetap akan beli utk tunjukkan pada orang aku anti MLM ni. Ramai gak yang benci, cuma yang segelintir je layan di Facebook / blog ni..

Terbaru >> 1) Kuey Teow Goreng Doli 2) Nak Isteri Cun? 3) Prank Paling Gempak

argh said...

Ir Hakim Abdullah tak wujud dalam database Board Of Engineers. Search menggunakan perkattan "Hakim", hanya 2 org saja registered, tetapi none of them is Hakim Abdullah.

Anonymous said...

a brilliant terms taken from aleacorp term & conditions:

13 Kami tidak bertanggungjawab keatas kerugian, masalah atau apa sahaja disebabkan oleh program ini. Sebarang tuntutan tidak dilayan

they stated it clearly that they won't give a d*mn on the losers. but really, i don't think many will complaint on this as the cost is just RM 30/RM150. they play a safe game indeed. they also had rm 600 and rm 900 plan which basically ties people commitment to this program. on top of that, they justify that with RM150, people get lifetime membership!!, free referral id (to entice others) and online marketing space (which will also be used for the same purpose of enticing others) and an e-book that teach you about writing a business plan. even celebrities also joined them (mustapha kamal and sabri yunus). join this program at low entry cost but earn big bucks as comission? so everyone can be a salesman/affiliate. the returns are not just money, but possibly bonus such as Sijil simpanan premium (bsn), notebook, handphone, pakej umrah, pakej haji, kondo and up to bungalow? too good to be true. program carefully created to entice malay heart.

so what's wrong with this program?

1) most people joining this program are not business people, they have no product to sell but just promise to others that it will bring back big bucks.

2) http://www.aleacorp.com/v1/direktori-list.asp <- this is your marketing space? you've got to be kidding. lelong and mudah are free marketing service but even they will certainly ban you from posting those silly adverts.

3) no business sustain value. unlike the supplement related mlm which at least their participant buys the product on monthly basis, this one with ust a one time charge (entry charge). only new customer that pay once and expect to make big bucks. how can a business survive like this?

4) the affiliate marketing practice is about the customer referral system and its business rewards provided by the successful reference of a new customer. a lot of mlm has maintain that this practice is correct in which they have the right to give as many rewards possible to their affiliates. however, the wrong thing about this is that the product being referred into is worthless and the referral network was build based from false promise of making big bucks. the first 1000 members know about this, and most probably they are the same people who quickly jump at any opportunity of making quick bucks at expense of others. liars united!

5) is the ceo hakim abdullah really an Ir professional? http://www.bem.org.my/v3/professional.html .i can't find him. what else after this? dr? prof? tan sri? i don't trust that michigan university accounting degree as well.

please don't ruin the younger generation with this bullsh*t. my suggestion to the government is include in the syllabus of student education of at least form 3 about financial knowledge and learning about financial scam. malaysia will go nowhere with this kind of enterpreneurship and the malays will be the biggest loser out of it.

my 2 cents

Anonymous said...

they did a good job on the t&c aren't they?

http://www.aleacorp.com/v1/syaratdanterma.asp

Ahmad Fares said...

Camne pulak dengan produk & marketing plan www.herbaprima.com.my yang di miliki oleh Dr. Rozmey ?

d0tbl0gsp0td0tk0m said...

aku rasa le... kebanyakan orang melayu langsung tidak pasahm apa itu MLM.. bukan malam yee....

mereka hanya nampak duit... dan kelemahan itu le nyebabkan setiap masa ada ade org join MLM....

dah le tak paham.. mereka plak menutup pintu hati serapat-rapatnye ngalahkan kacip patimah... dari menerima teguran dan juga nasihat orang lain....

malah.. ada sesetengah tu... yang kununnye HAJI.... USTAZ.. USTAZAH.. join MLM nih....

memang selayaknye mereka ini diberi gelaran B&D$H PIANG!!!

ganz said...

Registration of Engineers Act 1967 (Rev. 2007)
Part III - Registration of Engineer

Clause 7 (i)(aa)(iii)
no person shall unless he is a Professional Engineer using the abbreviation IR before his name or any way inassociation with his name

Ir. Hanafi Ali said...

betul tu ganz. Aku check kat

http://60.54.172.77/BEMDirectory/PE.php?txtregno=&txtname=hakim+&txtdis=%25&Submit=Search

tadi cuma dua orang je ada nama hakim and both in Civil. Mechanical takdak nama hakim. Kena report kat BEM ni.

phreak-id said...

Aiseh. Gua dok main sini komen-komen sini, tapi gua tetap dapat email spam diaorang. Memang cilake la alea'sot' ni.. Meh baca ayat promo dia dalam email aku :-


NI LAGI SATU PELUANG HEBAT ANAK MALAYSIA BUAT TAPI KITA BUAT TAK NAMPAK!! PRODUK KITALAH KATAKAN!! TAK PANDANG PUN.. ORANG LUAR KITA ANGGAP SEMUANYA HEBAT!!!


BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA!!

Berapa pun modal anda, pasti akan dapat kembali dan tambah lagi SEKALI GANDA!! DAPAT KAT MANA TAWARAN MACAM INI???

RAMAI YANG TELAH MEMPEROLEHI 5 ANGKA SEBULAN. MODAL RM150 AKAN DIKEMBALIKAN DALAM REBET BULANAN. BONUS TAJAAN RM40, BONUS LEVEL RM10, REBET TAJAAN RM3(SEHINGGA RM150) SETIAP BULAN KITA DAPAT.. ROYALTY LAGI!! INSENTIF SYARIKAT LAGI.. PERGGHH.. BANYAK BETUL..
PENDEK KATA SETIAP TAJAAN KITA DAPAT DARI RM150-RM200!! LUMAYAN KAN!!

SYARIKAT KUKUH.. BARU-BARU NI DAPAT TENDER DARI SYARIKAT GLC BERNILAI RM 320 JUTA.. DAH HAMPIR SETAHUN DAH.. KEAHLIAN PUN DAH 20 RIBU ORANG..

phreak-id : gua terfikir. tender apa? itu GLC bagi tender kat aleacorp supaya kasi kencing semua dia punya staf dan masuk skim piramid?

Ko dapat tender sebab conmpany dalam bidang ni..

210101 - Personal Computer and Related Peripheral and Services.
210102 - Small and Large Multi-User Systems and Services.
210103 - Workstations and Related Peripheral and Services.
210104 - Software Product and Services.
210105 - Other Computer Related Services.
210106 - Networking Products and Services.
220502 - Tenaga Pengajar.

Tapi apa kena mengena dengan Skim Piramid cilake ko? Hadus.. sadis aku bacanya..

Terbaru >> 1) Karekter Terbaru Dalam Transformers 3 - Dark Of The Moon 2) Kuey Teow Goreng Doli 3) Nak Isteri Cun?

putra.otai said...

xde pun nama Ir. Hakim Abdullah.
Betul ke di seorang Ir. (professional Engineer)
dah check kt sini, tp xde:
http://60.54.172.77/BEMDirectory/PE.php?txtregno=&txtname=&txtdis=%25&Submit=Search

dan sini pun xde:
http://www.bem.org.my/peng/listpe060505.pdf

kaki iklan said...

makin lama baca blog ni makin tensen di buat nyer..tensen memikorkan semua bende kat malaysia ni semua tak betui..tensen memikirkan diri ku yang tertipu selama ini dgn MLM..actually dr dulu aku tau MLM tu bohong tapi tak sangka brg yang dijual tu pun bohong.Sauda aidid apa pandangan brangan kesihatan international juai kat malaysia ni betui ka?..cm blackmores, brands and etc

Unknown said...

Mau main cheat kasik duit banyak instantly pi main game ar.

Rumput nak tumbuh dari tanah jadik lalang pun perlukan masa inikan pula nak jadik kaya.

rionix said...

pakai show me the money utk starcraft utk kaya cepat