And so it is...

Saturday, October 30, 2010

Gelang AC Mizal - A Disaster Waiting To Happen


Komen Aidid Mu'addib di Say No To MLM di facebook, 20 Okt 2010 - Point of view: Orang Islam yang buat skim piramid itu adalah orang "munafik" dlm masyarakat Islam, orang yang terang-terang jadi musuh dalam selimut. Orang yang jelas dah buat mungkar. Jadi, dah tanggung-jawab aku (dan korang jugak kan?) untuk memeranginya. Mereka ini ambil duit daripada orang Islam lain dengan cara yang tidak halal dan tidak haq. Aku mesti perangi... And frankly, I am ruthless and cantankerous! And I don't care what you think of me! Reputation be damned!


It's going to be a disaster! And a lot of Malay people gonna get burned....

From the iMac of Aidid Mu'addib:

Saya tak pernah kenal AC Mizal sebagai seorang artis yang femes, dan sampai sekarang saya tak tau sama ada mamatnya penyanyi ke, pelakun ke, badut ke.... Ye la, saya sendiri tak pernah tengok drama Melayu atau rancangan nyanyi-nyanyi Melayu kat TV sangat pun. Dari saya kecik dulu cam tu. Saya ada masalah kesihatan. Pernah sekali cuba tengok Akademi Fantasia (member cakap ada awek cun), 5 minit aje boleh tahan... terus saya berkejar lari ke tingkap untuk muntah. Abis keluar semua "braised lamb-shank" yang saya makan sejam sebelum tu. Buang duit betul makan benda mahal-mahal! Kalau saya tahu AF ada potensi kasi saya penyakit, saya memang tak kan tengok punya, tak kesah la awek cun ke, apa ke. Sayang rasanya lamb-shank yang terbuang tu... sedap meh!

Bagaimana pun AC Mizal tetap orang yang femes pada saya, sejak dua menjak ni. Cuma dia femes sebab dia kepala ketapi syarikat jual benda lagha gelang magik satu sen tarak guna yang bersepah di pakai oleh orang Melayu (kaum lain mengikik ketawa, btw). Dipakai oleh orang Melayu yang IQ mereka pun "suspect" jugak macam AC Mizal. Hari kiamat sudah mampir le tu...


Satu yang saya musykil, kalau dah artis dan dah femes kat Malaysia ni, kenapa nak buat bzns skim piramid? Atau adakah AC Mizal hanya muka depan majalah komedi sahaja? Kenapa nak jual barang yang diwar-warkan hebat oleh saintis daripada "alternate universe"? Saranan saintis dia orang yang datang daripada dimensi ketujuh-belas, sebab takde saintis dan tiada doktor perubatan dalam dunia kita yang serba moden ni, yang ada cakap gelang magnetik boleh kasi badan sihat atau boleh menyembuhkan penyakit. ZERO! Hanya saintis yang di bawa khas oleh AC Mizal daripada alam lain tu aje cakap mende nya berfaedah. Tak kan sebab dah jadi artis dan sebab dah femes, itu yang jadi bahan tarikan untuk jual barang lagha dan gelang sepaling cikainya tu? Kok tak ada sikit rasa malu pulak ke?

Anyway, ini kata saintis yang dibawa khas oleh AC Mizal ntah dari mana tadi:


Anda semua tahu apa cerita sebenar kat atas tu? Dulu-dulu, ada seorang manusia omputeh yang tahu separuh jalan pasal isu magnet, dan langsung takde jalan pulak dalam isu perubatan, tapi dia nak jugak buat duit free... jadi dia karang benda kat atas tu, dan start jual gelang magik kat Amerika. Lepas tu kuncu-kuncu AC Mizal yang setakat dapat D dalam subjek sains masa SPM, pun rasa nak buat biz gelang ajaib ni jugak, translate karangan omputeh tu, dan kopipes benda merepek kat atas dan jeng jeng jeng... TADA!

Yang ini flyer yang saya jumpa di Facebook dalam 6-7 bulan lepas, di group SAY NO TO MLM, nukilan sorang hamba Allah. Saya ingat saya sahaja yang terfikir benda ni, rupanya seorang jurutera semi-conductor (agaknya) seperti di bawah pun terfikir benda yang sama. Flyer di bawah yang dah tersebar kat facebook, menceritakan sedikit sebanyak perihal isu sains gelang magik yang tak masuk akal dan sudah jadi bahan komedi larut-malam di Amerika.
  
  
Memang dah jadi tabiat syarikat-syarikat MLM dan mala'un-mala'un yang buat skim piramid, suka kelentongan di siang hari pasal apa saja produk yang nak dijual. Kita pun semua tahu jus manggis Vemma jual beratus sebotol tapi caiiit... useless! Makan aje la buah manggis... Malaysia ada berlambak manggis segar. Syarikat Monavie jual jus buah magik jugak, tapi kajian sains menunjukkan ia hanyalah "hype" dan kandungan khasiatnya minima. Dan jangan pulak saya start cakap pasal pad feminin berherba Avail Beauty, boleh elak kanser pintu rahim yang takde kaitan langsung whatsoever... mak-datok! Kalau dalam agama Islam, ini dah dikira bida'ah mazmumah... dah sesat gila baboon! Mengada-adakan cerita untuk buat biz, cari duit kasi anak-bini makan. Yang hairannya, ada aje la umat yang terpengaruh dan beli produk sebegini. Patut la syarikat MLM tu lepas satu-satu keluar tunjuk belang.

Oh berbalik kepada gelang ajaib... Dalam 2002-2006, kecoh kat Amerika isu gelang magnetik ni, sampai kerajaan Amerika buat saman kepada pengeluar produk tersebut, syarikat Q-Ray. Q-Ray kena pulangkan balik USD87 juta kepada pelanggan yang tertipu. Kenapa? Sebab ada kajian yang dilakukan oleh sebuah pusat penyelidikan perubatan yang ulung, yang membuktikan gelang itu tak berkesan langsung.


Macamana dalam kes ni, FTC (Federal Trade Commission) dan konsumer di Amerika boleh menang kat mahkamah? Sebab masyarakat negara Amerika itu menghargai sains secara bersungguh-sungguh dan mereka cukup suka saman-menyaman. Pantang silap sikit. Kalau ada syarikat yang berani kelentong jual sesuatu produk, syarikat tu elok aje la siapkan team lawyer masing-masing, sebab saman "class-action lawsuit" itu pasti akan timbul jika produk yang dijual itu cikai. Ini kajian Mayo Clinic, Jacksonville, Florida, US yang menyebabkan Q-Ray Inc. kantoi:
  
  
Satu lagi pasal syarikat-syarikat MLM yang mempromosi produk di Malaysia ni, dia orang ni tak sudah-sudah kasi testimoni En. Sepol, Makcik Tijah, atuk Wargono dan ntah sapa-sapa lagi. Tak berilmiah langsung cara promosinya (tapi iya la... produknya pun rata-rata produk kelentong). Kalau nak promosi produk pakai testimoni ni, orang yang cerdik sudah boleh tangkap bahawa produk tu tidak saintifik. Maknanya buta-buta kelentong pada pengguna. Syarikat-syarikat MLM ni semua takde "marketing people" yang berkaliber ke? Testimoni yang ada kat website AC Mizal Konsortium tu semua (macam Avail, eDymium, dll tu jugak), saya sendiri pun boleh buat, kalau saya nak jual belacan magik, belacan yang berbau harum, ada anti-oksidan pengelak kanser. Saya upah aje 13 orang yang nak duit free, sorang tengah-dua-ratus hinggit, tangkap gambar dia orang posing dengan "thumbs-up", lepas tu saya karang apa saja saya nak tulis pasal testimoni begitu-begini. Yeay! Belacan cap udang saya terus berbau wangi penuh kecanggihan dan boleh bersilat dengan sel-sel kanser. Apakehenye yeop?

Kalau nak promosi barang kesihatan, kena ada kajian-kajian tertentu yang "strict and unbias" dan dilakukan di pusat-pusat perubatan, dengan sampel kajian yang besar dan dalam julat masa yang tertentu. Lepas tu, hasil kajian akan dibentangkan di konferens dan seterusnya diterbitkan di dalam medical journal dan laporan kajian diakui oleh saintis-saintis dan doktor-doktor bahawa ianya berkualiti dan hasil cerapannya boleh dipercayai. Dan selalunya kajian jenis "double-blind studies" atau "randomised case-control studies" ini dilakukan di beberapa pusat perubatan yang berlainan dan dikendalikan oleh "research team" yang berlainan. Kalau tak nak buat kajian sebegini, jangan jual produk yang berbau kesihatan. Very simple rule. Di bawah adalah abstrak kajian tentang kesan magnet kepada manusia yang dilakukan oleh Mayo Clinic jugak (branch satu lagi) di Rochester, Minnesota, US, yang diterbitkan dalam Journal of the American Medical Association (Jan, 2004):
  
  
Berikut juga beberapa artikel tentang isu magnetism dalam perubatan... or the stunning lack there-of, actually:


OK... itu isu sains yang tak pernah wujud dalam hal promosi gelang magnetik kesihatan ni. Sedih jugak kadang-kadang tengok tahap kesedaran dan kewarasan ilmu sains dalam masyarakat Malaysia... ok, dalam masyarakat Melayu la senang cerita. Apa hal la kolot sangat dan tertinggal jauh sungguh berbanding dengan kaum lain, dan jugak rakyat negara lain? Masa sekolah (atau kolej atau universiti) dulu tak belajar sains sungguh-sungguh ke? Anda semua boleh jawab sendiri, saya rasa.

Cuba fikirkan, pakai gelang kat tangan, boleh ke keluarkan angin kat bontot? Boleh ke menghilangkan sakit lutut (pakai kat tangan, lutut yang dapat effect)? Boleh hilangkan sakit belakang? Boleh kasi bertenaga, dan boleh menstabilkan tekanan darah tinggi? Terasa macam nak hantokkan aje kepala saya ni kat dinding - "exasperated" betul dengan adanya manusia yang boleh terima sains tok batin gunung Benum, dan sanggup pulak jual barang beribu ringgit dengan mewar-warkan fakta penipuan sebegini? Bila la orang Melayu nak keluar daripada takuk lama? Dah lebih 40 tahun manusia dah sampai ke bulan, yang orang Melayu kat Malaysia sebok jual gelang magik alternate universe. Dapat jualan berjuta ringgit pulak tu. Jual gelang cikai yang hanya dapat memberi "placebo-effect' kepada pemakainya. Placebo... tarak guna! Bila la benda macam ni nak berakhir dalam masyarakat kita? Orang Melayu tu sendiri kelentong orang Melayu lain, untuk mengayakan diri sendiri, daripada duit masyarakat Melayu tu jugak. Elok sembelih aje kut.


Gelang borak, seribu hinggit satu, yang  kebanyakan di buat daripada tungsten (ntah mana germanium, neodymiumnya ntah). Adik-adik, abang, kakak... tungsten tu logam buat filamen mentol lampu aje gunanya... Tapi, kalau ada orang Melayu yang percaya jugak kelentongan sebegini, suka-hatilah. Ilmu sains tu agaknya berfaedah pada kaum-kaum lain sahaja, orang Melayu tak suka ilmu sains yang berbelit macam ni ya? Kasi kepala lutut orang Melayu tu migraine memikirkan isu ni. Berdenyut-denyut kepala lutut menanggung kesakitan bila disuruh berfikir. Kalau AC Mizal artis femes tu cakap gelang tungsten elok untuk kesihatan, memang dah pasti betul dan tulus la tu. Dia kan artis? Orang Melayu kan suka memuja-muja artis bagai nak rak. Kalau AC Mizal cakap bulan tu sebenarnya ada dua, percayalah ada orang Melayu tu sekerat-dua yang akan terima bulat-bulat!
 
OK... itu isu sains. Ramai yang tak suka cakap pasal isu sains. Orang Melayu la katakan... Jadi, tengok isu ini pulak (boleh juga lihat di):
http://www.gelangacmizal.com/planA.php  
http://www.gelangacmizal.com/planB.php

  
Familiar? Skim piramid tu. Kalau anda lihat post saya sebelum ini tentang "Matematik Asas Dalam MLM dan Skim Piramid", model piramid di atas adalah sistem yang mirip kepada "8-ball model". Tak faham betul saya... kata bzns jual gelang ni juta-juta, tapi tak nak pulak gajikan akauntan atau ahli ekonomi yang berwibawa ke bang? Sistem di atas tu hanya dipraktikkan oleh akauntan lanun dan penyamun perniagaan sahaja (dan orang yahudi macam Bernie Madoff). AC Mizal ni dah tak sabar sungguh nak masuk jail ke apa? Lepas tu, bukan setakat sistem piramid 1 downline 2 atau 3 atau 4, tapi 12! Downline 12? Suicidal ke? Dah sasau ke? Dan banyak pulak soalan saya ni ya? Iye la... macam saya cakap tadi, ini bzns juta-juta... tak kan takde mala'un yang tahu sedikit-sebanyak pasal model skim piramid dalam perniagaan AC Mizal Konsortium ni. Kalau AC Mizal tak faham, saya boleh terima, sebab mungkin mamatnya tak lulus matematik masa SRP dulu. Dengar cerita, kalau nak jadi artis, tak payah lulus apa-apa peperiksaan pun tak apa. Tak payah masuk Universiti... takde anak Melayu kesah pun. Budak-budak Melayu yang jadi peminat bukan kira kalau artis yang diminati tu low IQ. Janji ada keluar TV, berduyun la anak Melayu yang minat.
 
OK... skim piramid. Skim piramid tu tak semestinya cari orang sahaja (head-hunting), atau orang cari kita (chewaah!), tapi janji pembahagian keuntungan mempunyai hieraki dan berperingkat-peringkat. Tengok rajah di bawah:
 
  
Promosi syarikat AC Mizal cakap apa? "Tak perlu cari orang, tak perlu jual barang, hanya tunggu giliran sahaja untuk dapat bonus level sebanyak 43%"... gila-gila punya psycho sapa yang design bzns modelnya! Tak perlu cari orang sebab syarikat akan buat autoplacement, cukup 12 level 1, dapat bonus. Cukup 144 akaun level 2, dapat lagi bonus... dan sampai level 5 kat atas tu. Tapi kalau saya join (bukan JOINT ya AC bang oi! JOINT tu maksudnya "sendi" atau "sebatang ganja".... "sertai" - omputeh cakap "join") kat level 5, maksudnya saya juga ada bonus level sampai 5 peringkat kat bawah saya? Begitu? Haiya!
 

Dah.... senang saya lukiskan siap-siap piramidnya. 1 downline 12!!! Bloody hell! Janjikan sampai 4.3 juta hinggit pada mala'un orang Melayu yang tak paham Matematik. Anyway, anda semua faham tak apa yang berlaku di sini? Sapa saja join AC Mizal akan diletakkan ikut giliran turutan dalam skim syarikat gelang magik ni. Cukup satu level, 43% daripada duit itu di berikan kepada level atasnya, dan cari lagi orang nak join, dan susun lagi pulak, cuma level kat bawah akan disusun seramai 144 orang pulak dan bila cukup, dapat lagi 43% bonus... 1728 akaun, 20736 akaun, 248832 akaun.... mak ai! ada ke 248832 orang Melayu yang terencat akal sebanyak itu yang ada duit nak sedekah kat AC Mizal?

OK... sesiapa yang berkenaan di facebook, anda semua mesti pernah ke ini:

http://www.facebook.com/?ref=home#!/ACMizalFanPage

Ada 214,953 fans setakat masa saya menulis ini, sama ada fans tersebut terlibat dalam bzns merapu ni, atau bebudak Melayu tadi yang mendewa-dewakan artis yang tak seberapa sebegini. Ada satu "tab" sudah hilang. Dulu ada tab discussion, macam-macam diskusi ada di sana berkenaan bzns gelang, berkenaan hal-hal kesihatan yang tak pernah wujud dalam sains perubatan moden, dan ada banyak artikel oleh seorang manusia yang bernama Awie Kala.... mak-datok! Gila baboon punya topik dalam artikel Awie Kala tu semua. Tapi yang sekarang dah hilang (tapi saya ada simpan satu artikel Awie Kala di facebook...

http://www.facebook.com/?ref=home#!/note.php?note_id=106878746041230.
Memang pecah peghot saya membacanya... tapi apakan daya, research punya pasal, kena jugak baca sampai habis. Verdict? Awie Kala patutnya masuk wad mental semalam... bukan esok, bukan hari ini, tapi semalam!

Tak kesah la tu... takde orang nak baca nukilan Awie Kala pun (kecuali orang yang sama psycho macam dia). Apa hal tab discussion sudah hilang? Baru aje lagi, dalam 2-3 minggu lepas aje tab tu dibuang. Ada isu sebenarnya... inilah perkara yang berlaku dalam 2-3 bulan ni:


Lagi lama AC Mizal Konsortium dibiarkan bermaharajela, dan lagi ramai ahli yang join bzns ni, maka lagi besarlah populasi skim piramid ni. Dan tanda-tanda sistem ini sudah nak crash sudah mula timbul baru-baru ini. Group AC Mizal sudah delete bahagian discussion di group facebook tersebut kerana terlalu ramai orang komplen, masing-masing tak dapat bonus yang dijanjikan. Sampai ada yang join hampir setahun, masih tak ada cerita pasal bonus ni. Ada pulak yang telah bayar wang untuk join, tapi registration atau ID apa pun tarak. Inilah bahana bzns model piramid, bila mana level terakhir adalah 12 kali ganda lebih besar daripada level yang di atasnya. 1 downline 12 ni adalah sesuatu yang "crazy-stupid" dan kebanyakan dajjal skim piramid tak berani nak buat benda "daring" sebegini, sebab ia akan crash cepat sangat. Tak pro langsung orang Melayu kat AC Mizal Konsortium ni nak buat onar perniagaan. Kalau 1 downline 12, dalam level 4 atau 5, ia kan crash. Tengok macam kerbausms, 1 downline 2.... ia akan crash dalam level 12-15... dalam LoginFB100, 1 downline 4, ia dijangka crash dalam level 8-9. Itu saya cakap tadi... AC Mizal ni tahu tak apa yang dilakukan atas nama dia. Yang masuk jail nya nanti sapa sebenarnya? Baru aje mamatnya lepas daripada kemungkinan masuk penjara pasal isu nafkah anak - itu pun 25 hari punya hukuman. Yang ini, jangan fikir 25 hari itu satu hukuman yang setimpal dengan RM200 juta punya jenayah perniagaan semacam ni.

Bila mana masalah ini timbul dalam 6 bulan kebelakangan ni, apa yang syarikat AC Mizal ni lakukan untuk mengatasinya? Kasi promosi suruh orang Melayu buat pinjaman, kasi brainwash janjikan yang bukan-bukan pada kaum sendiri. Inilah anak angkat dajjal akhir zaman. Sistem bzns nya dah kekurangan prospek, jadi dia orang buat promosi dan gunakan duit yang dikaut daripada mereka yang join dulu tadi untuk pasang signboard besar-besar di sepanjang highway PLUS. Galakkan orang yang tak bermodal dan berpendapatan rendah buat pinjaman peribadi... supaya downline syarikat tidak kehabisan, jadi boleh kaut dalam beberapa puluh juta ringgit lagi... sebelum mamat dan minah tertentu dalam syarikat ni, cari tempat baru untuk bermastautin... di Vancouver ke, di Adelaide ke, di bilik 37-C kat penjara Kajang ke...

Ini kata-kata kuncu AC Mizal:

Perniagaan AC KONSORTIUM SDN BHD.
1) Tanpa jual brg
2) Tanpa taja org
3) Tanpa risiko
4) Tanpa modal (kakitangan kerajaan modal perniagaan disediakan)
5) Income Rebet Tunai 43% dr level 1 sampai level 5
6) sistem autoplacement (keahlian disusun mengikut turutan smpi ahli dpt income)

Bagaimana sistem autoplacement bergerak :
a) melalui leader2 aktif
b) melalui speaker2 @ penceramah2
c) melalui showroom @ stokist
d) melalui seminar bkn saja di Malaysia malahan di luar negara
e) melalui MAYBANK - corporate sale

Kini Billboard ACK pun dh mula naik sedikit demi sedikit di sepanjang highway utara-selatan & ACK juga telah menyediakan pinjaman peribadi terjamin 100% utk kakitangan kerajaan sehingga RM150k selama 20 tahun...

  
>>>>>>>   <<<<<<<<
 
Menakjubkan? Dah tahun 2010, masih ada yang tak faham buat bzns yang telus, masih ada yang tidak mempunyai etika perniagaan dan etika kemanusiaan dalam mencari wang-ringgit kasi anak-bini makan, kasi anak pegi sekolah. Ini katanya orang Islam ni, tapi itu yang memalukan sungguh. Orang Cina dan India tak buat bzns sebegini pun. Orang Islam dengan proud cakap "kami sentiasa ada etika dalam mencari rezeki yang halal" - halal apekebendenye yeop? Adakah jual benda lagha yang tak berfaedah itu etika seorang peniaga Islam? Adakah buat bzns style skim piramid itu, etika seorang peniaga Islam? Adakah menjanjikan riba terang-terangan itu etika seorang Islam? Adakah menyuruh anak bangsa berhutang 20 tahun untuk join bzns sebegini, satu tindakan orang Islam yang waras? Adakah setelah dapat berjuta duit daripada kaum sendiri, anda akan cha alip boat... meninggalkan beribu orang menanggung hutang bank untuk tahun-tahun akan datang?

Silakan berfikir... jangan lupa anda adalah seorang Islam. Aidid Mu'addib memang sentiasa ada banyak soalan...

p/s: Siapkan saman cepat... jangan tak saman! Duit kan ada juta-juta?

>>>>>>>>>>>     <<<<<<<<<<<
 
3 days later from the above article: 
  
Dear people in the pictures above:
  
I can't imagine the state of your sanity, and the level of your IQs, if you go on and on and on, every day promoting this kind of "business" on behalf of the said artist-entrepreuner... or whatever the heck it is you wanna call him. The bracelets are made from steel and tungsten man! (Tungsten cost 10 sen per gram!!!). The bracelets had been proven scientifically and medically useless, countless times, all over the world. It's just that Malaysia is way behind in that aspect, no surprise there. But, sooner or later the govt agencies will surely catch-up. Because, the more consumers complaint, the less restrained the agencies will be. Can't see it ha? By this time, you all mean, you can't see that there is something wrong going on within the business you've been promoting? And the business model that you are all proud of is also a clear-cut pyramid-scheme, and it's not even a complicated pyramid model. It is just a real basic pyramid model. So many people are way behind on their IDs and their bonuses... am I right? You enthusiastically really wanna be his room-mate in jail (or in hell)... or what?
  
Let me give you all a fresh perspective. When the shit hit the fan... and it may be sooner that you could say "aaahhh"... you'll all sink together with that retarded head-honcho! I kid you not. You think KPDNKK and PDRM Bhg Jenayah Perniagaan officers will just laze around in their offices playing facebook every day? Your biz is going to crash badly, and that sicko guy is gonna get it really bad. But, he deserves it... so, I don't feel too bad about it. Not at all.
  
But you people? How's it gonna be? Do you really know the stuff that is going on here? Smart business people won't do what you all do. I think what you all should do is... just get the money and run!!! Do you know that KPDNKK people are itching to get into AC Mizal's offices, to get a look at the accounting? And now, I have already kept all your pictures and info.... for posterity sake. So, my advice to you all:
  
GET OUT WHILE YOU STILL CAN! 
 
AC Mizal hasn't shit freaking blood yet. But the fan sure is spinning away. Just waiting for the right moment....



59 comments:

Author said...

Terbaik!

Anonymous said...

gee~~ i was waiting for this post..!!thanks to the losers who make them look stupid..kihkih..

Ejad Fotopoyo said...

terbaik!!

ApplePutih said...

hahaha..nasib my parents x penah ambik pusing a.k.a pikir pasal all dz stupid stuff..all they know is juz working harder in order to gv us sufficient n high education...
yeop!!teman budak kampung jugak..(x tertipu pon!!)

p/s: rm1000 (WOW) ..as a student dari intermediate class family..it means a lottt!!!!..lg2 for me, student yg harapkan duit studies yg xbyk mane ni..

PLEASE GOVERNMENT TAKE A LOOK AT THIS MATTER SERIOUSLY!!!
rakyat are in a big trouble now..have pity on them..(trap in such a stressful condition)

BOY said...

mohon nak share ye.. mana tau bole bukak mata2 yg tetipu tu luas2 ;p

Valossa Vicious said...

Nice job you did here, bro. These people need a slap back to reality.

Anyway, I have a suggestion. I have this friend of mine who joined a Forex group.

The thing is, he knew nothing about Forex and how it works. All that he did is invest his money to a Forex player in New Zealand, which I heard was really good or something or either this is a scam.

He joined this Forex group after he met a retiring teacher in a school, during our practicum. The guy was so enthusiastic, saying his monthly income is already 5 figures and his savings are more than RM200k, all from Forex profit.

I know the basic information about Forex since my brother used to test it with the simulator application and he did try it for real, once. He told me it's really difficult and to make a living only via Forex is not a wise idea, much less getting rich with it.

So, if you have any idea about this kind of Forex groups, it will be helpful if you can shed some light on this matter.

Nordin said...

VV...

also had a friend who tried forex for a while.. did it himself.. said difficult to make profit

akuatik said...

well done!

Mar said...

Good JOb bro, keep it up, I hope we have more people who are willing to do some homework before they decide to invest their money..

Aidid Mu'addib said...

Dr Mr Vicious,
I can't really elaborate about issues of Forex trading as I have no experience in this area, apart from stories told by friends and other people... and what I read in the news from time to time. Truth be told... how could one just invest on this type of biz to an unknown person and hope for a good return? So many things can go haywire. I think if I were to do forex, I'd do it myself and not let other people do it for me. But as a Muslim... that's way out of my consideration actually. This concerns the issue of "Forward forex" which is riba' Nasiah, and "Leverage forex" which is clear-cut haram.

Anyway... there's another form of forex by proxy nowadays... and what-the-hell... it involves pyramid-scheme! No surprise there...

http://www.hmetro.com.my/articles/WajibRugi__8217_tipuramaigraduan/Article

Unknown said...

bila ujian ubat dilakukan, bahan ujikaji akan dibahagikan kpd 2. satu yg makan ubat utk dikaji dan satu lagi yg makan placebo.

kadang-kadang manusia terlalu percaya bahawa ubat itu mujarab, maka walaupun dia makan yg sebenarnya ialah placebo, dia akan mujarab. ini termasuk mind over matter etc.

Normi Ali said...

saya ada buat n3 khas pasal kes ni kat blog, jadi saya link kan ke sini....mintak izin yer TT =D

headbomb said...

TERBAIK BRO SEBARKAN SBB RAMAI SGT YG DOK MAMAI DENGAN BIZ NETWORK NI.. JALAN DIA SAMA JE... CARI ORG.. SUPAYA MEREKA2 INI TERBUKA HATI... DAN SAY NO TO BIZ LIKE THIS..

Aidid Mu'addib said...

InsyaAllah everyone...
I'm doing all these pro bono... this is my community service. I'm not doing this for favours or profit... or even to be famous! By that, you'd all realised Aidid Mu'addib is a figment of my imagination... hahaha!
I hope my collection of infos would help our Malay people in years to come... Allah Blessed us all.

Normi... share away!
Spread it far & wide dear...

julietANNA said...

encik aidid, my aunt n uncle ada buat this kind of things tau tp bukan AC. nama dia CY2000. byklah air minum utk kesihatan, ubat, etc. gelang mcm ni pun ada tp beratus je harga dlm 3ratus. also kena cari downline mcm ni. tapi parents saya sendiri pun pernah try makan ubat2 dia memang menjadi. try pakai gelang dia pun mmg ada beza, bdn makin bertenaga. so how? blh dikira scam jgk ke? kalau blh tlg tgk2 kan jgk pasal bisnes ni sbb dah tersebar sgt dkt blah timur. mmg dah famous jgk pasal bisnes ni.

y4da said...

Kerna D-U-I-T, tiba2 semua orang bertukar jadi ustaz/ustazah.. Pelik tapi benar. Kalau boleh kata-kata yang kita ucapkan biarlah selari dengan pembawakan diri. Just my 2 cents. ;)

Saya juga punye kenalan yang telah terbeli gelang 'kesihatan' berharga RM1K ini. Dan ia telahpun selamat PATAH akibat terjatuh. Pelik juga gelang yang tidak lah murah mana, tapi boleh seRAPUH itu. Mungkin bukan rezeki dia.

Apapun style sistem ala MLM yang saya baca di blog ini, banyak memberi gambaran sebenar dunia perniagaan masakini yang agak menakutkan. Namun saya bersyukur kerana tak pernah terlibat dengan perniagaan sebegini. Bagi saya, biarlah tak pakai porsche pun, biarlah tak jadik jutawan segera pun, asal wang yang saya dapat itu bukan hasil dari 'keluhan dan rintihan' orang lain. Wallahualam.

Blogger said...

999 from 1000 goes to Hell. dont be one of them.

MalamDecipher said...

ADIB!!!! teruskan usahamu...kebenaran akan menang...saya sOkong 100%

Sharinginfoz said...

macam pusing duit aja... sorry to say that, lambat laun bila orang dah tak masuk yang join last-last tak dapat apa-apa

muyyaQ™ said...

bagus2. aku mmg anti-MLM(skim piramid ni).

Valossa Vicious & Nordin:
forex bukan MLM atau mahupon skim piramid. forex adalah pembelian mata wang. beli pada harga rendah, jual pada harge tinggi.


nak main forex, main lah. kalau untung mmg untung betol. kalau rugi.. mmg rugi betol. satu je . jangan tamak.

Be Zahra Boutique said...

Sangat bernas dan sarat dengan fakta! Thumbs up!

Anonymous said...

aii..nasib baik la aku tak peduli sgt dgn gelang sakti apa ke bende nye tuu..mmg muka ac mizal ni mcm tak blh pecaya sgt.peh hampeh.

Info@ said...

Thanks for the info bro :)

Oh Oeya said...

errrrkkkkkk!!!..

Unknown said...

Bro Aidid Syabas !!! ..Hendak saya mengingatkan diri saya dan kaum lelaki islam yang lain bahawa, memakai gelang tangan bagi lelaki islam adalah HARAM sama sekali. Walaupun untuk tujuan kesihatan.Di laknat ALLAH !!! Magnetic bracelt adalah salah satu cara untuk membuat para muslimin di laknat ALLAH oleh d devils !!!

Unknown said...

Bro Aidid, kalau boleh masuk kan info tentang hukum hakam org lelaki islam pakai gelang tangan. Saya baru terbaca jugak pagi tadi tentang keharaman pakaian ini tapi lupa pulak website mana. Semoga ALLAH memberkati jasa bro Aidid.

Wawa_Nadwa said...
This comment has been removed by the author.
Mindbreaking said...

bgus bro, aku pun usahawan tp bukan MLM. aku dapat duit melalui usaha aku sendiri. melayu btul2 hncur dgn MLM sampaikan ada yg x mau belajar buat benda ni. wake up beb, melayu berpontensi jd technopreneur, kerajaan dah laburkan bnyk untuk bidang ni tp suma direbut kaum lain.....

Unknown said...

padat dan tepat...!gua mmg anti...

Bux Bug said...

laaa memang la benda ni x halal sebab tu AC xnak bagi duit nafkah kat janda dia sebab AC xnak anak dia makan duit hasil x elok....ish korang ni...AC dh nampak dh

farcuemai said...

tumpang tanya~~kalau bisnes Hai-O tu MLM juga ke?

47926 said...

aku rase awie kala tu mcm si uncle seekers penipu tu jek. gaya bahasa die mcm same jek. terbang sane terbang sini, meluncur sane meluncur sini. mcm lahanat

Cinta Pakai Buang said...

sebuah pendedahan yang cukup mendalam.. terima kasih banyak2 atas usaha anda menyelamatkan bangsa melayu yang sangat mudah gelap mata... mohon izin utk dikongsi~
:)

Anonymous said...

terbaik..thanks for ur sharing..semoga terus berani dalam mengkaji dan mendedahkan kebenaran

MSS said...

errr..ad y wat loan smpi poloh2 ribu??
ho3..
buat modal jual emas lagi bagus...

FadzilahMamat said...

Mohon share di blog saya ye.

knorr said...

Salam,
Just nak inform kat u.
i ader terbaca metro harini 11/11/2010 page 4 yg mengatakan AC mizal buat report ke SKMM berhubung laman web yg memfitnah syarikat die.
paling syok skali, die dok kata ader org fitnah die tentang testimoni yg pakai gelang die..

Unknown said...

nice work...da bc br la tpkir benda ni...

KRUN NISSA LEMAN said...

1> saya bru bce artikel nie n panas mata bile baca komen orang2 y xdapat bonus lg..

ada ke patut buat pinjaman 10k n berharap dapat bonus utk longterm n nak guna thn dpn...
nie la melayu zaman laa...
ilmu kewangan kurang tapi buat mcm ilmu penuh didada...

buat hutang utk tambah income mase hdpn??? xpaham aku!!
lebih baik masuk unit trust dgn 10k tue(tp unit trust xgalak kan pinjam duit utk melabur) tapi dengan AC Konsortium mmg amat-amat dialu-alukan...
kata nak tolong orang melayu, mesti sume pon boleh..:)

2> gile hebat dapat JUTA tue..goyang kaki taw2 duit dlm "maybank" ade berjuta...nak join..nak join;b

"kipidap" "kipidap" i like it;b

Unknown said...

could you please investigate about ZRB millionaire club..

lepat said...

utk nurul :-

teman pernah ikut rakan p talk ZRB nih kat kota damansara, produk pendidikan score A.. btl kan?...

nak memperdayakan teman yang miskin nih... gamaknye deme kata org miskin nih buduh.... tak pe la...

konsep nye sama macam AC Mizal nih juga la....

dia pernah ckp selama 3 thn buat cara enterprise, tapi tak jalan, bila buat MLM... maju la plak.. kata nye..

kalau betul produk pendidikan dan diwar-war diakuan oleh menteri pendidikan... kenapa tak dijual di sekolah aje.. itu la pasaran sebenar...

sebb nye senang aje.. jual barang mmg tak jalan.. tak laku. tak untung... tapi kalau cari2 orang nih.. baru le untung.... duit dapat dari hasil orang masuk... bukan hasil jual barang....

try tgk kalu tak de orang masuk... mau nye jadi JUTAWAN... kata deme nih... dalam masa 3 bulan dapat RM30K... gile apa?.. org jahil macam teman nih pun boleh pikio....

on paper blh la.... deme tu gebang kuat sebab kalu tak de orang bawah.. mana dtg nye duit poket deme tu.... tu la yang klr macam2 motivasi la... kisah syahdu la...

penaung dia tu dah bermacam2 join nye.... sudahnye lingkup..... pakat deme je yg kaya weh....

udoh2 le tu.... kalau MLM@Network Makerting dan segala macam bisnis senang dapat duit nih.... lupa kan je le.....

orang jual dadah yang untung besar tu pun susah juga nak bergerak.....

Amin said...

Assalamualaikum,

Boleh saudara komen mengenai
1)ND LALA Networking --> http://ndlalanetwork.com/
2)HyprobulkSMS --> http://www.330hyper.com/

realbiz-kun said...

kalau aidid tu baguz boleh la nak ikut,bkn pasal pendapat...nk crita atau nak jadi penasihat...kondem lebih..

Aidid Mu'addib said...

Kalau dah RM200 juta punya duit org Melayu lesap beli gelang RM40 utk mengayakan para pembangsat bangsa... biarkan aje la ya dek?
Tak payah la aku kondem lain kali (itu kalau aku unrealbiz-cun la kan?)
p/s: ko tau tak nickname ko tu, kalau omputeh jumpa mau terpancut kentutnya kut.... "kun"? Wadehel boy?

Unknown said...

blogger,,

yep,,btl sgt da tu..aritu mmbe sy bwk sy dgr taklimat die..dorg ciap tnjuk lesen halal..tp sy tau,bnde2 gni nk halal cmne,duit yg dorg dpt tiap2 bln tu dtg dr mane kn..so,sy nk explen kt mmbe sy ni pon sy xtau cmne..nk tarik die kua dr bnde tu..

betel said...

bro mohamed,ada cerita tentang pemakaian gelang oleh kaum lelaki, sila buatcarian di news@ferryco.com. syabas adib..!

aididmuaddib punye anak sedara said...

Alah Aidid bikin kontroversi aja sana sini.. Dia pun Bukan ade KILANG untuk bg korg GAJI pn.. Hahaha.. Bikin org bankrup saja lebih.. xda pembaharuan.. Bosan dengar Aidid merepek hal itu, hal ini (macam la dia bagus)- kekeke :-p

*kalau Aidid bagus, dia xkan ciplak hakcipta org.. Betul x?

Haha mula2 ciplak gambar org sana sini, lahirkan lebih ramai -LOSER.. (jd seperti dia..)
kemudian, (bila dah sifat menciplak hakcipta tu sebati dgn diri,) dia ciplak lak system Operation computer MachOS lak.. ade ke patut MacOSX d sumbat kan ke dalam PC Murah? xpadan betul.. mcm pakai kereta Wira, sumbat enjin Lancer la.. haha buat malu generasi anti-MLM aje lorr..

Aidid & Bloggers, perbaiki la diri sendiri dulu sebelum anda nak mengubah org lain.. Siap gunakan laman zaharuddin.net lg kononnya untuk memperkukuhkan hujah Yahudi anda.. huhu..

Fikir la baik2 semua.. Di Palestin, siapa yg wujudkan Tembok Besar antara Hamass dan Fattah? Bukan Israel ke? n anda semua dapat kaitkan x ape yg Aidid n the geng sedang buat? mereka memecah belahkan masyarakat sana sini, memaki hamun org.. n menjatuhkan maruah bangsa Melayu yg beragama Islam.. Semua kerana 'Hasil' yg kononnya org yg mereka tindas tu, buat perkara HARAM.. walhal, mereka yg GAGAL.. :-D itulah HAKIKAT Aidid sebenar.. kononnya ada ladang yg xseberapa tu, income tahunan cecah RM750k..

Gebang je lebih bro.. :-) HAHAHA.. org yg dah berjaya, xberminat pn nak ambil kisah pasal hal remeh temeh seperti ni.. U yg xde keje je yg suka menyebuk urusan org lain.. Kalau dah Loser tu, LOSER lah jugak..

Wangi74 said...

Nilah yang orang cakap 'bad apple' tongok buta hati..keep good work aidid!

Natasha said...

salam...

good piece of research. thumbs up :)

Aidid Mu'addib said...

korang pernah terserempak dgn anak angkat dajjal? Ha... baru dia singgah tadi.

izwan sahari said...

bro...mtnk comment pasal UNSTOPPABLE pulak nnt....

Le Chevalier said...

dgn ini gua juga menyertai team anti-MLM, skim yg fail. terlalu ramai kawan dan ada sedara yg turut involve dlm skim bodo ni, skim MLM adalah skim yg fail. melayu jer yg suka tipu melayu, heran sungguh dgn bangsa yg suka tipu bangsa sendiri ni....

AkuMuzikFilem said...

camne dgn al-ameen komuniti?

admin said...

Salam Bro Aidid

Keep up your good work. You have shed so many lights for the people who read even one single post written here.

We have a powerful processors known as brain but unfortunately there are some people does not know how utilize this gift from the GOD to actually think what is right and what is wrong.
And from your point of view what is true Business and what is SCAM!!

Appreciate your kindness in sharing KNOWLEDGE with us and keep us posted Insya Allah from the wisdom given by Allah the creator.

Cheers
- FaizalFarhan

jxhisam said...

balaci ac mang dah mai... dtg tanpa hujah. nak gegar x betempat.. xmalu ke?

Unknown said...

sistem MLM= Cina jd tokey Melayu jd kuli...
x byk pn cina nk jd kuli MLM, lebih suka niaga sendiri

SkateboarD said...

daripada kau buat cite ni..baik lah ko cari keje lain ade faedahnyer...

SkateboarD said...

ac mizal tu da kaya..da ader kete mahal..orang melayu dah suka benda2 senang mcm ni..memang la tertipu..benda cepat kaya memang la org melayu suka...senang mcm ni la..nk kaya usaha sendiri bisnes..dan berani serta bersungguh jgn malas..banyakkan membaca fakta2 yg benar...kita ni kaum yg malas membaca...bila malas membaca otak jadi bangang..bila da jd bangang itu yg senang ditipu tu...

Anonymous said...

Budak-budak http://www.vardenafilgb.com Melayu yang http://www.sildenafilgb.com jadi peminat bukan kira kalau artis yang diminati tu low IQ. Janji http://www.edpillsbritain.com ada keluar TV, berduyun la anak Melayu yang minat.