And so it is...

Monday, October 18, 2010

Kenyataan Mufti Besar Arab Saudi Tentang MLM.

  
Kepada umat Islam, saya ingin menyampaikan apa yang telah terlebih dahulu disampaikan oleh seorang "Islamic Scholar" yang pastinya lebih arif daripada kebanyakan kita dalam bidang sebegini. Berikut adalah terjemahan "statement" daripada Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh, Mufti Besar negara Arab Saudi:
  
Terjemahan:
 
Sejenis perniagaan yang berdasarkan skim piramid - atau yang selalu dipanggil sebagai "multi-level marketing" - adalah HARAM. Objektif sebenar sistem perniagaan tersebut adalah untuk mendapatkan komisen yang diperolehi dengan menaja ahli baru ke dalam sesebuah syarikat, dan bukannya untuk mendapat keuntungan daripada penjualan produk itu sendiri. Ada masanya komisen itu mencecah puluhan ribu riyal, sedangkan jualan produk kemungkinan hanya beberapa ratus riyal sahaja. Sesiapa sahaja yang waras jika diberi peluang seperti skim ini akan secara logiknya akan cenderung kepada pencarian komisen tersebut.
 
Itu sebabnya syarikat yang seperti ini, bila melakukan promosi syarikat, sangat cenderung kepada menjanjikan komisen yang sangat besar yang akan mereka berikan kepada ahli yang akan menyertai skim mereka. Mereka menarik pelanggan dengan janji keuntungan yang berlipat-ganda dengan modal asal yang kecil, yang mana ia selalunya dipanggil sebagai "harga produk". Walau bagaimana pun, produk tersebut hanyalah topeng untuk mendapatkan komisen dan keuntungan daripada komisen tersebut.

Jika ini adalah ciri asas perniagaan tersebut, dalam Islam, hukumnya adalah haram. Sebab jatuh keharamannya adalah:

1. Ia melibatkan 2 jenis riba':
a. Riba' al-Fadl, riba yang terhasil daripada pertukaran satu-ke-satu (like for like) dalam keadaan yang tak sama (unequal).
b. Riba' an-Nasiah, riba' yang dibayar sebagai pengganti hutang.

Ahli akan membayar jumlah wang yang kecil pada masa ini, untuk mendapatkan jumlah yang lebih besar di masa akan datang sebagai penggantinya. Ini pada dasarnya adalah pertukaran satu jumlah wang dengan satu jumlah wang lain yang lebih besar, dalam masa tertentu. Ini adalah riba', seperti yang termaktub dalam kitab dan dipersetujui oleh semua ulama'.

Produk jualan syarikat hanyalah preteks (topeng) untuk melakukan pertukaran yang sebenarnya berlaku. Produk ini tidak dimaksudkan kepada dan daripada ianya sendiri, dan dengan demikian tidak menjejaskan apa-apa dalam masalah dalam hukum keharaman ini.

2. Ianya melibatkan perniagaan yang gharar (transactional uncertainty).
Sifat gharar ini terhasil daripada keadaan di mana, ahli tersebut tidak mengetahui sama ada dia akan dapat atau tidak, jumlah tajaan yang dia perlukan untuk mendapatkan komisen itu. Skim piramid sebegini, tidak kira berapa lama ianya boleh bertahan, akhirnya akan berakhir juga. Ahli yang menyertai skim tidak tahu di mana level yang dia akan masuk, sama ada di peringkat atas yang mana keuntungan adalah besar atau di peringkat bawah yang mana dia akan rugi.

Pada hakikatnya, majoriti ahli akan mengalami kerugian dan hanya sedikit sahaja yang akan untung. Jadi, kemungkinan kerugian dalam skim sebegini adalah lebih ketara, dan inilah yang dimaksudkan sebagai gharar. Dalam kes sebegini, terdapat ketakpastian dalam dua kemungkinan, di mana kemungkinan yang lebih pasti adalah yang lebih buruk (iaitu kadar yang kerugian melebihi kadar yang untung).

Nabi Muhammad S.A.W. menegah terhadap perniagaan gharar, yang diriwayatkan oleh Abu Hurayrah yang berkata: "Rasulullah S.A.W. menegah perniagaan yang melibatkan membaling batu (judi) dan perniagaan yang melibatkan ketaktentuan (gharar)." (Sahih Muslim).

3. Ianya melibatkan pengambilan wang orang lain secara muslihat.
Pada hakikatnya, yang untung hanyalah syarikat dan mereka-mereka yang menghasut orang lain untuk menyertai skim, dengan cara muslihat, supaya ahli menyerahkan wang kepada syarikat tersebut. 

Firman Allah (maksudnya): "Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu makan harta di kalangan kamu dengan cara penipuan." (Surah an-Nisa': 29).

4. Ia melibatkan penipuan dan pecah-amanah.
Syarikat menipu orang-ramai dengan menampirkan produk sebagai perniagaan sedangkan penjualan produk bukanlah tujuan utama perniagaan. Ia juga melakukan penipuan dengan menjanjikan komisen yang besar kepada prospek, bila mana komisen yang besar seperti itu tidak akan dapat dicapai oleh kebanyakan ahli. Ini adalah penipuan yang sah haram.
 
Nabi S.A.W. bersabda: "Seorang yang menipu kita bukanlah dari kalangan kita." (Sahih Muslim).
 
Aturan perniagaan sebegini tidak boleh dianggap sebagai penjanjian perantaraan (brokerage agreement). Seorang broker menerima komisen untuk jualan produk yang hakiki, sementara tiada produk sebenarnya di jual di sini. Pada dasarnya, ahli dalam sesuatu perniagaan "multi-level marketing" sebenarnya membayar untuk mendapat hak penjualan produk tersebut.
 
Juga, dalam kontrak broker, tujuan asal di sebalik perjanjian adalah untuk menjual produk, sedangkan dalam MLM, tujuannya pula adalah untuk menjual keahlian dan bukan produk itu sendiri. Itulah sebabnya seorang ahli MLM bersungguh-sungguh mencari ahli, yang akan seterusnya mencari ahli lagi, dan seterusnya mencari lagi tanpa henti (ad infinitum). Dalam perjanjian broker, sebaliknya, broker tersebut akan mencari pasaran kepada pembeli yang benar-benar mahu membelinya.
  
Komisen ini juga, tidak boleh dianggap sebagai hadiah atau bonus. Walaupun jika kita klasifikasikan komisen ini sebagai hadiah, Islam akan meletakkannya sebagai hadiah yang haram (rasuah). Tidak semua hadiah dibenarkan dalam syariah. Sebagai contoh, hadiah daripada yang berhutang kepada yang memberi hutang adalah sejenis riba'.
 
Itulah sebabnya 'Abd Allah B. Salam, sahabat Rasulullah, berkata kepada Abu Bardah: "Engkau berada di negara di mana pengunaan riba' itu meluas. Jadi, jika seseorang itu berhutang dengan kamu dan memberi kamu hadiah, seperti seberkas rumput, sebeban barli, atau selonggok makanan - maka itu adalah riba'."
 
Sesuatu hadiah mengambil sebab di sebalik kenapa ianya diberi. Atas sebab ini, apabila seorang pengutip zakat datang kepada Nabi (S.A.W.) dan berkata: "Ini adalah untuk mu dan inilah apa yang diberikan kepada ku sebagai hadiah." Nabi (S.A.W) membalas terhadap ini dengan bersabda: "Jikalau kamu sedang duduk di rumah dengan ibu dan bapa mu, adakah dia akan datang kepada mu untuk memberikan kamu hadiah itu?" (Sahih Bukhari dan Sahih Muslim).
 
Komisen yang diberi oleh syarikat dalam sesuatu skim piramid hanya di beri di atas sebab keahlian. Jadi, tidak kira apa nama yang kita pilih untuknya, ianya tidak akan mempengaruhi apa ia sebenarnya dan apakah hukum yang dijatuhkan.

Daripada:
Jawatankuasa Tetap Untuk Kajian Dan Fatwa Arab Saudi.
Pengerusi: Shaykh 'Abdul-'Azeez Ibn 'Abdullaah Aal ash-Shaykh.


Biografi Sheikh Abdul Azeez Ibn Abdullah:  

Komentar anak Mu'addib: Saya berpesan kepada diri saya sendiri dan kepada sesiapa yang dibukakan hati mereka untuk menerima maksud yang tersurat dan tersirat di dalam maklumat di atas. Ianya bukanlah perkataan yang keluar daripada kepala saya sendiri tetapi ianya hanyalah cubaan saya untuk menyampaikan mesej daripada seorang yang ahli dalam bidangnya.

Semoga maklumat ini dapat membantu muslimin dan muslimah sekalian dalam mengelakkan diri daripada terjerumus di dalam perniagaan yang berasaskan skim piramid dan multi-level marketing yang hanya akan membawa kepada kerugian kepada majoriti peserta. Sistem perniagaan sebegini adalah tidak adil, dan akan menyebabkan banyak implikasi buruk dalam masyarakat mahupun individu itu sendiri. Pada saya, isu utama adalah keadilan... dan Allah sentiasa adil kepada makhluknya. Adakah anda tidak mengetahui?

Keadaan masyarakat Islam di Malaysia sekarang ini adalah amat menyedihkan, di mana terlalu ramai yang berkecimpung dalam perniagaan yang dilaknat sebegini. Masing-masing berlumba-lumba untuk menyertai skim-skim piramid, sedangkan mereka sebenarnya dipergunakan oleh mereka-mereka yang bersifat dajjal wang-ringgit, yang mengasaskan lepas satu-satu skim piramid atau MLM. Skim piramid dan MLM hanyalah dakyah mereka yang tidak mementingkan halal-haram rezeki yang mereka perolehi, demi untuk mendapatkan keuntungan yang besar dengan cepat. Kepada yang ada sedikit keislaman dalam hatinya pula, tetapi masih juga mahu menceburi sistem perniagaan sebegini, mereka akan sentiasa cuba mencari jalan untuk memutar-belit hukum yang telah sedia ada yang mengatakan perniagaan sebegini adalah haram. Tiada kekeliruan dalam hukum-hakam perniagaan sebegini dan perkara MLM dan skim piramid ini telah dibincangkan dengan menyeluruh oleh cendikiawan Islam sejak berpuluh tahun lalu. 

Adakah anda tidak memahami?

Wallahu'alam.


15 comments:

Adii NakHeran said...

syukran j'zillah info tentang ni,,
sedikit sebanyak dapat membantu

Reezo said...

Semoga Allah memberi rahmatNya atas usaha memberi kesedaran yang dilakukan kepada yang memberikan.. Amin..

Anonymous said...

Bro Aidid, Alhamdulillah..truth will always prevail..

jxhisam said...

jelas dan terang bro... tahniah

zed said...

bro aidid klu boleh boleh bagitau rujukan ni di ambil dari mana? link web site atau buku atau sebagainya

nanti org tuduh bro aidid karang sendiri lak,
tersebar lagi satu fitnah.

btw nice info

Aku Tulis said...

Tq utk maklumat di atas..terbukak skit minda ni.. =)

neutronization said...

7th!!

zr7 said...

bongkar DCHL bro!!!
senyap2 dorg serang dak2 mlayu skang ni...

zainur nadiyah baharudin (seindahcintailahi.blogspot.com) said...

salam..sy nk tanya ttg satu MLM yg dijalankan oleh syrikat HPA(produk halal), yg mana syarikat ini juga menjalankn MLM yg Dipanggil Multi level Marketing syariah(MLMS)..
boleh penulis komen ttg itu??
dan perbandingan dgn syarikat2 yg lain..

Aku said...

spot on... thanks Aidid Mu'addib 4 initiating this very informative blog on the TRUE NATURE of MLM.

Dr Adilah said...

Pohon tuan paste ayat 29:an-Nisa' di atas pada sudut blogpage, utk peringatan sesama kita. Who can deny Quranic verse?

lokokoko said...

Tahniah aidid...sampai akhir comment aku bace baru aku sedar ko tak mencarut..haha

Daeng Jumat said...

kenapa xda ulama malaysia yg mengeluarkan fatwa cam2..camana lak ngan syarikat mlm yg mempunyai panel syariah yang terdiri daripada cendekiawan2 islam di Malaysia yg x kurang ilmunya...

Aidid Mu'addib said...

Wallahua'lam.... aku personally takleh nak jawab.
Website JAKIM pun tak pernah update fatwa MLM sejak 2006 - tunggu arahan drpd kerajaan pusat kut. You know... kerajaan sekular Malaysia yg bergelumang dgn judi, riba' dan sumber kewangan ntah dari mana lagi tu...

sweetie said...

...manis bahasa abang aidid kali ni..sangat ilmiah infonya, makan ape eh..nyata bukan herbalife kan..kakakaka....teruskan usaha dan ini yg dikatakan mencegah kemungkaran menggunakan tangan...