And so it is...

Sunday, January 9, 2011

Meeska Mooska Mickey Mouse!



Hey hey everybody! It's me... Mickey Mouse! Say, you wanna come inside my clubhouse? [wait for children's reply from outside the TV while putting hand on left round ear - freaky stupid mouse!]. Well... Aaalll right! Let's go! [Jalan mengengkang] Hoh! I almost forgot. To make the clubhouse appears, we need to say the magic word [whisper]... Meeska Mooska Mickey Mouse! Say it with me... [Come on kids, loudly now altogether]:

Meeska Mooska Mickey Mouse!!!


 
Entry ini sebenarnya adalah permintaan para pembaca melalui email, yang memberitahu aku bahawa ada lebih ramai doktor Mickey Mouse yang berkeliaran di luar sana yang saban hari mengelentong pengguna di Malaysia ni. Kelentongan yang ditujukan khas pada orang Melayu yang kuno ya amat dan baru dipindahkan daripada zaman batu neolithic ke zaman moden, sedikit masa dahulu dengan bas ekspress yang dilengkapi dengan time-machine. Memang golongan Melayu yang uneducated sebegini kita tak boleh nak tolong sangat sebab tahap itu aje la ilmu yang dia orang tahu dan boleh terima... tapi fakta itu jugaklah pun yang digunakan oleh mala'un-mala'un yang tak sedar keuntung di bawah ini semua, untuk cari rezeki sesuap nasi, dan untuk bayar E200 dan rumah 3 tingkat dia orang.  
 
Aku tahu, ramai yang bengang (walau pun pada aku tak bertempat - sapa suruh tak sekolah?) kerana selama hari ini aku suka mempersendakan perubatan homeopathy, singseh, ayurveda, acupuncture, jus buah-buahan magik daripada Amazon (yang kat Arizona tu), teknologi bontot berasap detox foot patch, corset FIR sains tok batin Hai-O, gelang AC Mang bermagnet yang sama value dengan gelang jajan Ding Dang, dan banyak lagi pseudoscience yang merapu di pasaran Malaysia sekarang. OK... I reserved my judgement only for myself this time. Dalam entry ini, aku present korang doktor Mickey Mouse di bawah bukan untuk attack orang-ramai yang percaya benda tahyul, mistik dan tak masuk akal, tapi aku nak attack hanya individu-individu tersebut, yang menipu dan bermegah dengan kelayakan akademik yang tak pernah wujud. Academic credentials that are worthless and more importantly, non-existent... their MD, PhD are as worthless as their own shit in the toilet bowl! "What the shit" punya mentaliti orang Melayu sebegini.
  
 
Korang tengok, gila-gila punya credentials tersusun rapi, dan siap mala'unnya buat syarikat jual produk merapu, serta kasi kursus dan program ntahapekebendanya. Sila survey di http://www.pyracosmic.com/index.htm. Ada piramid macam firaun bagai. Orang Islam apekejadahnya ntah. Gila babai terencat akai! Macamana dia boleh involve dengan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sebegitu sekali, sampai jadi Penolong Pengarah Bahagian Latihan... orang PPIM aje la jawab. Takde ke PPIM nak confirm kan dulu academic credentials sapa-sapa yang nak dilantik ke jawatan/appointent setinggi itu? Korang dulu aku dah ceritakan pasal The Open University of Complementary Medicine, Colombo yang tak wujud... mamat kat atas ada pulak PhD daripada Camden University... Camden U? Aku google Camden University dan tengok website nya pun dah tahu universitinya nampak gaya memang tak wujud - http://www.camden-edu.com/. Tak wujud, maksudnya ada website dengan "dot com" hujung url-nya, ada PO Box kat Florida, ada dajjal cilanat print scroll ijazah somewhere (dan dapat duit... yeay!), tapi takde kampus. Ah! Usahkan kampus, reban ayam buat bilik kelas untuk anak ayam pun tarak! Aku search kat university-list kat US... nada, zip, ZERO! Aku search everywhere, nothing! Yang ada support center, whatever. Yang ada hanya alamat kat bawah ni. Sapa-sapa yang berkenaan dan ada contact dengan pihak berkuasa, tolong la lawat Plaza Sg. Besi, buat la sesuatu pasal isu harreeeem ni.

U.S.A. Support Centre
2956 Day Avenue
33133 Miami, Florida, U.S.A 
Tel: (305) 446 7554 
Fax: (305) 461 1267 
Email: support@camden-edu.com
 
Regional Recruitment Asia Centre: 
AIMS Asian Sdn Bhd 
Lot 3.2, 3rd Floor, Plaza Sg. Besi 
831 Jalan Sg. Besi 
57100 Kuala Lumpur 
Tel : +603 7983 2137 
Fax : +603 7983 1139

Korang tengok, mala'un kat atas tu ada PhD, dan letak title DR. dengan bangga tak bertempatnya kat depan nama dia, dan masuk PPIM dan naik pegang peranan dalam NGO tu. And run a business, did I mentioned that? Making money out of this charade, from orang Melayu... a real f**king asshole! Tapi benda ni bukan benda baru. Korang tengok pulak perbincangan kat forum di bawah. Ini 5 tahun lepas ni.

 
Aku jumpa perbincangan dia orang ni semalam kat tenet, dan selepas baca perbualan di atas, first thing aku fikir... Aiyo ma! Malunya aku sebagai seorang rakyat Malaysia, sebagai seorang Melayu, sampai mat salleh memperlekehkan dan mempersendakan kita begitu sekali. They have no respect whatsoever for our country... dan memang dia orang ada hak yang munasabah untuk mencemuh orang Malaysia. "Diploma mills"... kilang diploma (main print aje). Dan dia buat joke, baik bunuh aje mala'un tu semua, macam orang Malaysia jatuhkan hukum bunuh untuk pengedar dadah. I don't blame that mat salleh, by the way. I blame this f**king asshole up there dan orang yang sama buat perangai macam lahanat tu! Freaking dumbass! Nak jadi doktor konon...
 
>>>Ini ada update (yang datang kemudian, dengan bantuan pembaca yang komen di bawah sana... cik dewi): 
 
 
Ayat Quran tu... something is severely wrong with that stupid firaun! Ini pasal nak cari duit ni... gila babat hareeeem punya manusia. Ayat Quran pun bole main ke beb?
 
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya (menghidupkan kamu semula), bahawa Ia menciptakan kamu dari tanah; setelah sempurna sahaja peringkat-peringkat kejadian kamu, kamu menjadi manusia yang hidup bertebaran di muka bumi.
Surah Ar-Rum:20

 
Hahahahahaha! Mamat doktor Mickey Mouse yang ini tak cukup 1 PhD kelentong, dia nak 2 PhD kelentong sekaligus! Dua-dua daripada universiti yang tak wujud tu jugak - bayar 57 hengget 35 sen, nah ko satu scroll PhD. Satu masa dulu aku pernah berhubung dengan PPIM berkenaan tentang isu perjuangan aku, you know, MLM dan skim piramid. Selama aku reki dan membelasah syarikat MLM dan skim piramid yang berkeliaran tu, aku ada jugak hantar email ke PPIM untuk bertanya atau inform tentang sesuatu isu. PPIM suruh aku mendaftar jadi ahli, sebab aku aktif contact dia orang. Aku email PPIM tu sebab aku ingat aku boleh rely dengan PPIM, mana tahu persatuan tu boleh bantu usaha aku dalam melawan mende ni semua. PPIM - itu kan persatuan pengguna ISLAM? Nasib baik aku tak join, sebab kalau aku members, aku sendiri akan rasa malu tak sudah tentang isu 2 lahanat kat atas tu. Apa nak jadi kalau orang yang berkecimpung dan jadi orang-orang berperanan besar kat dalam PPIM, rupanya mamat-mamat kelentong besar-besaran tanpa segan-silu. Well, again... thank God I didn't join. I won't consider that no more, I have lost respect for that NGO as of today. You can all go to h***. This psycho up there, look at his position in PPIM. It's mind-boggling man! Anyway, find the Mickey Mouse doctor here: http://izhamnayan.blog.friendster.com/.

 
Chewwaaahhh! Ada stethoscope kat tengkok masing-masing meh! Woohoohoo! Macam tuan duktuuuur! Ntah tahu pakai ntah tidak. Kalau disuruh detect "pan-systolic murmur" atau detect bunyi "rhonchi" kat patient, mahu termangu-mangu dua-dua cilanat kat atas tu. Apekebendenye murmur dan rhonchi tu yeop? Dah pusat bekam, nak pakai stethoscope apekehenye yong? Nak dengar bunyi apa yang keluar daripada kepala lutut? Nak letak stethoscope tu kat ubun-ubun patient. Korang pembaca perlu ingat - ini orang Melayu ni. Dan tengok nama dan rupa muka dan cara pakaian, rasanya muslim ni... tapi aku rasa aku kena ke Rapat Setia untuk siasat dulu, nanti aku confirm kan Islam ke tidak? Kat alam cyber ni aku tak boleh sure... sebab ini macam punya gaya, definitely bukan gaya orang Islam. Mengelentong pengguna tanpa segan-silu dan rasa berdosa, pengguna yang rata-rata orang Melayu kat Ipoh dengan kelayakan yang dibeli dengan harga USD 850, dan berlagak macam dah tak hengat dunia dah ni. Jangan korang cari pasal pulak, aku takde nak komplen pasal isu berbekam, lantak la sapa-sapa yang nak berbekam tu (masing-masing mungkin fikir yang dia orang ada penyakit polycythemia rubra vera), tapi perlu ke menipu orang untuk cari makan, gelar diri Dr. Mickey Mouse, kasi gah, supaya pengguna rasa confident pergi ke pusat rawatan sebegini? You get what I'm saying? What the.....?


Untuk setiap kes dalam entry ini, aku memang gelak guling-guling bila tengok pertama kali - lepas tu aku sumpah seranah sorang-sorang dalam hati, supaya anak-anak aku tak dengar, you know, all the expletives that I can speak of. Kalau mencarut, aku carut dalam hati. Kalau korang ada anak 8 orang, jangan nak terpancut cakap sebarangan. Naiya! Anyway, haprak berserabai betul mentaliti scammers ni semua. Macamana la mamat yang baru akhil baligh (ustaz Akhil?) macam kat atas tu dah ada title professor dan doktor, dan buat bzns scam orang Melayu... kat Rapat Setia jugak? Wadehel? Bloody crap! Pehal neh? Rapat Setia tempat doktor Mickey Mouse berkumpul ke apa?

Dr Mickey Mouse ini mendapat Ijazah Kedoktoran pada tahun 2006 dan PhD pada April 2009 dalam bidang Rawatan Alternatif (Authorized and recognized by UNESCO, WHO and The United Nation). Melanjautkan pendidikan di Open International Univercity for Complimentary Medicine, Colombo Sri Lanka, di bawah Chancellor Ratu Elizabeth. Bergiat aktif sebagai Scientist dalam Penyelidikan Perubatan dan Pengamal Perubatan Alternatif Professional sejak tahun 1999. 

HAHAHAHAHA! Itu jugak la modalnya, suka buat statement yang aku pasti takde sapa boleh confirm-kan? How meh? How to contact UN nak tanya pasal benda ni? Satu lagik, kalau korang perasan, mala'un banyak yang tulis "COMPLIMENTARY"... yang bermaksud "pujian", sedangkan sepatutnya "COMPLEMENTARY", yang maksudnya "melengkapkan", sebab modal homeopathy secara am adalah, ianya melengkapkan bidang perubatan secara menyeluruh kiranya. Maksudnya, ada perubatan moden yang berasaskan sains, dan ada pulak perubatan homeopathy yang berasaskan ilmu kepala lutut... you know? Epic Fail!

OK, berbalik kepada bahalol kat atas, yang perasan dia doktor dan saintis serta "CHEF" kepada jabatan "Mind and Attitude Therapy, Faculty Health and Science Education, OIUCM, Colombo", di bawah naungan Chancellor Queen Elizabeth - what the freaking f**k? Freaking far-out man! Gila-gila kelentong macam ni pun ada orang nak buat, dan ada orang-ramai nak percaya ke? Trust me... memang ada orang Ipoh percaya yeop. Tapi jangan salahkan masyarakat sejagat, sebab bukan semua itu terpelajar. Yang kita patut settle-kan adalah parasite yang seperti Mickey Mouse kat atas tu. Elok pegi humbankan aje mamatnya kat lombong tinggal yang ada bersepah dekat Batu Gajah atau Gopeng - dekat sungguh tu dengan Rapat Setia... small matter untuk operasi menghumban bloodyfool yang ini. Tolong orang Ipoh, kasi settle-kan isu ni. Kalau ada yang nak pegi Rapat Setia, tolong singgah, kasi mangkok-hayon kat atas ni sekeh sebijik. Cakap kat dia, sekeh jarak jauh daripada Aidid Mu'addib.

Oh, ada lagik. Aku jumpa ilmu tok batin advanced ya amat ni kat sini - CPR TAK PERLU.

CPR Tidak Perlu (what the f....?)
Posted by Prof. Dr. Ariffaizal Mohd Nor Ariffin on April 23, 2009
Cardiopulmonary resuscitation (atau CPR) ialah kaedah logik kuno yang tidak perlu sama sekali. Ilmu rawatan alternatif amat maju ke hadapan dalam mengkaji punca dan rawatan mangsa yang mengalami masalah pernafasan akut kritikal (pengsan akibat kejutan atau lemas atau sebagainya).
Oksigen berada di mana-mana
Ketika seseorang berada dalam keadaan tidak sedarkan diri misalnya seperti mangsa Cardiac Arrest, darah mangsa mempunyai oksigen yang terlarut dalam darah. Respirasi (proses pertukaran gas oksigen dan karbon dioksida) masih berlaku walaupun tidak berlaku inspirasi (proses penarikan nafas). Masalah mereka bukan kekurangan oksigen tetapi masalah untuk mengalirkan darah beroksigen ke otak. Penggunaan defibrilator (alat kejutan elektrik tunggal) dan menekan paru-paru teknik CPR tidak membantu mengalirkan darah beroksigen ke otak. Mereka yang terselamat daripada kaedah ini bukan disebabkan kejayaan teknik defibrilator atau CPR, sebaliknya disebabkan jantung respirasi paksaan telah membuatkan darah beroksigen mengalir ke otak. Kaedah ini menyebabkan pesakit mengalami sakit kepala atau muntah akibat darah mengalir ke otak tidak dengan cara yang harmoni.

Cardiocerebral Resuscitation (CCR)
Untuk menyelamatkan nyawa, bukan Cardio Pulmonary yang diperlu diberikan pemulihan, tetapi Cardio“Cerebral” yang perlu dipulihkan. Cardiopulmonary ialah saluran darah di jantung, manakala Cardiocerebral ialah saluran darah di otak. Oleh itu, kaedah CPR sepatutnya diganti dengan kaedah “CCR” (Cardiocerebral Resuscitation). Cerebral terdapat di bahagian belakang kepala di atas tengkuk. Kekurangan oksigen terlarut di bahagian tersebut disebabkan oleh “tenaga bertekanan rendah” (kelesuan tubuh) telah menghalang pengaliran darah serta suhu panas telah mengembangkan dinding kapilari dan arteri karotid (saluran darah utama ke kepala) sehingga menyempitkan saluran darah. Kaedah CCR telah lama dipraktikkan dalam hampir semua rawatan alternatif iaitu dengan cara tuaman ais di bahagian belakang tengkuk. Ais dapat mengembalikan ikatan tisu kapilari dan arteri supaya dapat memberi cukup ruang yang dapat meningkatkan isi padu darah mengalir ke otak...

HAHAHAHAHAHAHA! CPR adalah kaedah logik yang dah KUNO? Gila bab! Orang yang dah nak mati, bukan ke sejuk sebab darah dah berhenti mengalir (cardiac arrest)... pehal jadi panas pulak dey? Benda yang panas dah jadi sebab penyempitan saluran darah pulak? Jadi ubatnya... ais? WHAT THE HELL?!

Jadi, sapa-sapa doktor bertauliah di luar sana yang baca ni, khasnya doktor anaesthesia yang bertungkus-lumus di ICU, CCU, HDU dan dewan bedah setiap hari di hospital besar mana-mana, hentikanlah teknik CPR yang sia-sia tu, bila ada patient korang tengah cardiac arrest disebabkan myocardial infarction atau apa saja reason patient collapse... lakukanlah pula CCR dengan hanya menggunakan TUAMAN AIS DI BELAKANG TENGKUK - especially kalau yang kena MI tu adalah Dr Mickey Mouse yang bahalol ni, biar ais tu bekukan darah dia lagi cepat, di mana korang nak CPR bagai nak rak pun tak kan ada guna lagi dah lepas tu. Selamat manusia sejagat daripada parasite sorang ni.

Please, tolong la pihak yang berwajib... atau sapa-sapa yang baca ni, tolong report ke Kementerian Kesihatan Malaysia dan pihak polis pun boleh jugak. Ini orang tak sepatutnya bukak klinik... dia sepatutnya duduk dalam jail. I wonder how many people had died in this psycho's hands? Really something this guy... bongok, bahalol, dungu, mala'un, sesat, perasan, tak sedar diri - all rolled into one.

 
Ada lagik beb... belum abis. Yang kat atas ni adalah tuan-punya "Selayang Health Center" di Langkawi. Waaaahh! Hebat! Ada PhD in acupuncture dari Universiti yang tak ada bangunan sebijik pun di Colombo, Ceylon. Jadi, boleh la canangkan kat orang Langkawi yang mamatnya duktuuuur. Professor bagai tu ha... kehkehkeh! I always thought that the title of professor is always for senior lecturer who has contributed a lot in a university, and is teaching in a lecture hall daily until he retires, whereby that title will stay, if it is a full professorship. Maksudnya, kalau seorang doktor perubatan ada PhD dalam pathology tapi dia resign (sebelum bersara) dan kerja dengan syarikat swasta, contohnya Clinipath atau Pathlab, mana nak ada title professor lagi dah. Dia mesti mengajar kat universiti kat mana-mana dan kekal pegang jawatan. Mamat bahalol kat atas ni mengajar apekebendanya kat Langkawi? Visiting professor to Chinese Medical Center kat India... ko dah biol gila serabai ke apa dol? Saya ulangi, Chinese Med Center... kat India? Yang mana tak wujud jugak, sila google. Atau contact India Ministry Education. Aku dah malas nak follow-through. Buang masa gila bab kalau aku nak layanz duktuuuur perasan ni semua.

OK, yang sekumpulan duktuuur selepas ni, semua duduk dalam satu syarikat Bumiputra lintah-darat kat Aloq Setaq - KUSDA Holdings. Pun terencat akal jugak. Masing-masing buat ijazah perubatan homeopathy kat Aloq Setaq aje. Great, ain't it? So easy maaaah! Professor yang mengajar dan menganugerahkan ijazah ntah apa-apa ni dah selamat baring dalam liang lahad, jadi aku malas nak komen apa-apa pasal arwah. Korang boleh tengok bio kat sini - Pengasas. Tapi, yang masih tinggal dan idup lagik yang menjalankan operasi menjual produk kesihatan homeopathy berasap kat orang Melayu Kedah ni, sila lihat di bawah. Korang jangan tercirit pulak baca mende neh...


Kecik-kecik lagi sebok nak mengencing masyarakat dengan penipuan 3rd grade sebegini. Dah ada tok guru dulu yang mengajar buat keje mungkar dan kelentong ni. Lagi pulak, dapat title doktor meh! Ijazah apabenda yang minah ni ada, aku pun aku tak tau. Dr. Aishah Bt. Azizan? Uik! Anak arwah Professor Dr. pengasas KUSDA ka? Aiyo ma! Aiyo pa!


Abang memang encem! Ada ijazah sebenar nampak gaya, tapi tak best keje kat jabatan veterinar (sebab takde title dr. ke?), dia mahu rawat manusia sebenar. Jadi, dia melanjutkan pelajaran di Kolej Homeopathi Darulaman kat Aloq Setaq aja chek oi! Jadi Professor Dr. arwah kasi dia ijazah... tup tup... kan dah jadi duktuuur sekarang? Dapat mengencing masyarakat puas-puas. OK, next...


The big-shot, the current head-honcho of KUSDA Holdings... yeehaaaa! Senang aje beb. Anak angkat daj.... never mind. Dia DINOBATKAN PEMAHSYHURAN DARJAH PROFESSOR pada Konvensyen kedua ERA EDAR MARKETING, di Aloq Setaq, di mana konvokesyen nya di hadiri oleh hadirin seramai 23 orang yang terdiri dari kaum-kerabat yang sama bahalol dan lintah-darat macam pengasasnya kut. Terus ada title Professor Doktor Hamsiah Ismail. Siap pegang jawatan persatuan yang hebat-hebat belaka tu ha. Gila meroyan betul satu keluarga. Menakjubkan sungguh. Where did these people come from? Planet Mars?


>>>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<<<< 

Update: More members of the Mickey Mouse Clan has been found.



Kahkahkah... salesman syarikat jual ubat mahu jadi Mickey Mouse jugak. Pencapaian dan pengalaman sebelum ini termasuk jadi saleman cikai untuk syarikat farmaseutikal Zuellig. Sunward dan Apex. Sambil-sambil jual ubat, dia mengkaji macam Mickey tentang subjek macamana nak kaya dengan mengencing orang Melayu, jadi perubatan alternatif ni memang sangat sesuai untuk tahap IQ salesman sebegini. Katanya, dia ahli jawatan kuasa persatuan perubatan Alternatif Malaysia di bawah naungan Kementerian Kesihatan Malaysia (2003-2005) - as if KKM has got anything to do with these nonsense. Dia jugak berperanan sebagai Ketua Penyelaras Perubatan Alternatif (2003-2006) dan Ketua Akedemik di "Faculty of Science and Health Education (FSHE) di universiti dalam mimpi dia.. universiti yang tak pernah wujud di alam nyata... tulis aje kat biografi, what the heck! Orang Melayu ramai yang bangang tak tahu apa-apa pun. Mesti gah punya. Dan jangan lupa gunakan agama dalam semua isu kelentongan ini... boleh cari makan rezeki lahanat manyak-manyak meh.


Yang ini anak murid Mickey Mouse yang kata atas tu kut, siap berkopiah dan ada goatie encem... dan ada title doktor kat depan nama, you know macam besa... woohoohoo! Pengajar kursus CPR? Kalau letak ais kat belakang tengkuk sebagai CPR, nahas orang yang nak diselamatkan tu beb. Oh ya, jangan lupa menggunakan isu agama untuk buat kerja lahanat ni dik. Rugi nanti... isu agama memang boleh buat duit sekarang ni.


Universiti Mangkok-Hayon di TTDI - tempat anak dajjal berkumpul.


>>>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<<<< 

Uih! Letih rasanya memikirkan kenapa sampai jadi gini sekali kita kat Malaysia. Patut la mat salleh yang atas tadi tu mempersendakan negara kita. Sebelum ini, aku ada 2 entry yang menceritakan tentang Dr. Mickey Mouse yang berkeliaran cari mangsa di kalangan orang Melayu - Air Paip ECPBersepai dan Dr. Mickey, Donald dan Goofy. Just in case, ada pembaca yang baru pertama kali singgah, aku kasi recap:





 Yang last sekali ni, itu la yang paling lahanat.... just to let you know.

>>>>>>>>>>>>    <<<<<<<<<<<<<

I'm spent! I wanna write about other stuffs for a bit. You know, I'm a total science guy. Kiranya aku ni orang akademik dan ilmu yang aku ada berasaskan sains yang boleh dicerap dengan ujikaji dan boleh dikira dengan statistik dan matematik. Alaaaa... jenis sains yang dipelajari di UKM, UM, USM, UPM... MIT, UCLA, Oxford... sains yang macam itu. Aku bertungkus-lumus mengaji kat U, lepas tu kerja dengan kerajaan Malaysia, sampai tak hengat anak-bini kengkadang, dan seterusnya kerja sendiri... dan aku sentiasa menitik-beratkan pelajaran sains dan matematik dan sastera dan sejarah... pada anak-anak aku. Supaya dia orang nanti jadi orang terpelajar. Dan aku selalu berpesan kat dia orang, jangan menipu sesiapa, no matter what. Takde gunanya menipu, walaupun takde orang yang menangkap, kerana menipu itu dah terlalu besar kesalahannya, walau pun hanya pada diri sendiri. Untuk penipu-penipu yang berderetan kat atas tadi, yang jenis gitu semua, elok masuk jail aje. No hesitation.  

You know these whole shenanigans up there, it usually makes me kinda depressed at times. You all know by now that I tend to joke around a lot, and I get angry a lot too... and I say whatever the hell I wanna say in this blog of mine. Lots of people don't like my kind of language... who the f**k cares man? I don't steal your money like those MLM hacks, I don't rob your money like those pyramid-schemes and I don't get anything from any of these. And I definitely do not lie about what I wrote, so far. Hopefully that will last as long as I write. And I also got nothing to lose. 

Whenever I'm angry or depressed, I usually watch a movie, or listen to music, or I play my guitar (my religious habit is none of your business). Oh man, I love music from I was a little toddler... 5 or 6 years old, I think. I've collected more than 4,000 movies titles and at present I have more than 36,000 individuals mp3 files in my Mac. I've about 5,000 songs in my iPhone/iPod - I consider those as songs I'd listen to when the mood arise. From all those, there are a few movies or songs that hold a dear significance to me. Say, I just love that 1946 movie "It's a Wonderful Life" starring James Stewart as George Bailey, or the 1962 movie "To Kill a Mocking Bird" starring Gregory Peck as Atticus Finch, or recent ones like "Fargo" or "The Shawshank redemption"... of all which I think I've watched hundreds of times. And there's also those certain songs that I'd listen over and over again, and never get bored of. When I first listen to Shawn Colvin's "Sunny Came Home", the song really stumped me. I couldn't understand the story of the song, and the more I tried to analyse it, the more it stupified me. But, there is a strong message there... Sunny is angry, but Sunny is adamant and she is definitely going to burn something - maybe an ex-husband, maybe an abusive father, maybe an old house that she hated. Anyway, back to the issue of those quacks above... I sometimes feel like doing something like Sunny did.
  

Sunny came home to his favorite room. Sunny sat down in the kitchen. 
She opened a book and a box of tools. Sunny came home with a mission... 
She says days go by I'm hypnotized, I'm walking on a wire. 
I close my eyes and fly out of my mind, into the fire.
  
Sunny came home with a list of names, she didn't believe in transcendence. 
It's time for a few small repairs she said. Sunny came home with a vengeance...  
She says days go by I don't know why, I'm walking on a wire. 
I close my eyes and fly out of my mind, into the fire.

Get the kids and bring a sweater, dry is good and wind is better. 
Count the years, you always knew it. Strike a match, go on and do it....
  
Days go by I'm hypnotized, I'm walking on a wire. 
I close my eyes and fly out of my mind, into the fire. 
Light the sky and hold on tight, the world is burning down. 
He's out there on his own and he's alright... Sunny came home.




245 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 245 of 245
Enche' Atokken said...

pergh..
aku penat2 belajar medic kat india 5 tahun setengah,belajar susah macam nak mati ade lagi 2 tahun setengah nak habis tu pon blum tentu grad, dr mickey mouse senang2 je dpt dr ngan PhD ape kes..tolong lah sedar diri jadi doktor ni kerja mulia nak selamatkan orang pahala besar insyaallah, tp bukan nak jadi penipu besar memalukan dah la bawak name islam..gune lagi ayat2 al-quran nak puaskan nafsu sendiri..subahanallah, manusia akhir zaman..doa2 la Allah masih lagi memberi hidayah kat pendusta2 ni,sebelum Allah trus berpaling dan mereka terbiar dalam kesesatan..subahanallah

The Adlin said...

OMG!!yang pasal CPR tu unacceptable.memang patut kena sekeh pun...

just 1 word to all of them...'JIJIK!!'

Jarr said...

yg last tu tak beragak..semua dia nak sapu..
emeritus bhai..giler bab.
dah tu sir lagi...perghhh.
terbaik...

Unknown said...

Kepada saudara aidid dan pengikut-pengikutnya:

Al-Quran memberi peringatan tentang ancaman puak munafik terhadap keselamatan dan kepercayaan orang yang beriman. Tuhan menamakan satu surah al-Quran dengan nama surah al-Munafiqun, bagi menyedarkan kaum Muslimin betapa bahayanya kehadiran puak munafik di dalam masyarakat kaum Muslimin. Tuhan menggesa Nabi Muhammad s.a.w dan kaum Muslimin semua zaman agar berwaspada terhadap tipu daya dan fitnah yang datang daripada puak munafik.

Jika dipehalusi, sifat - sifat begini telah tertanam dinegara kita M'sia.... dan hanya menanti masa berbuah dan meracuni segala umat di sini. Kerosakan pada hati membawa kepada kerosakan seluruh nilai hidup pada diri seseorang individu. Penyakit hati yang menyerang kebanyakan kita ialah penyakit fitnah, sama ada menjadi penyebar atau mudah mempercayai fitnah.

Wallhualam.

Unknown said...

aku rasa cam lawak je blog ni.. abis sumer great people budak aidid ni hentam.. tp, kenyataan paling best, diorg yg aidid ni hentam sumer berjaya, kaya, smp ada yg dah bina masjid n surau, bayar zakat yg banyak utk tlg umat islam yg fakir, tlg improve kesihatan n ekonomi umat islam melalui medium yg diorg ujudkan dengan izin-Nya..tp aidid??? hmpppppphhhh... i wonder.. cikgu aku ajar, just sbb kita tau something, jgn dok ngaku kita tau everything n deny everything yg kita xtau.. sbb kang idup susah tadak sapa mau tlg..aidid, dlm banyak yg ko tulis, ada yg betul tp ada jugak yg x betul.. dah jadi fitnah..fikir le bebaik, idup ni jauh lagi.

Aidid Mu'addib said...

Nak komen, cuba selidik abis2 dulu dik... ini aku tulis minggu lepas:

>>"Bila nak berdakwah, kena correct diri tu dulu (I dowan), kena tinggi ilmu (I know certain things only), kena jaga tata-susila (I dowan oso), kena cakap manis (tak mo, boring meh) - lepas tu yang penting sekali pada aku, mestilah jujur dan takde hasrat tersembunyi, khasnya dalam isu keuntungan duniawi dan personal agenda... bla bla bla".

Jadi kat mana tuduhan ko tu dol? Mana fitnahnya? Ke ko ni macam bebudak yg dah itam hati dgn skim piramid tu semua... cakap aku fitnah fitnah fitnah... but, where is the fitnah? Jgn la malu2 kat sini. Kalau ada fitnah, aku tarik balik entry aku... and I will apologize.... takde problem buat aku dey.

Anyway, Kaya sampai bina masjid? Pakai duit menipu org? Ko bior betui? Kalau macam tu, "great people" what the f**k la jadinya kan? Kasi tahu la yg mana satu tu baruanya? Boleh aku hebahkan lagik. Yabedabedoo!!

Anonymous said...

yay ..aku last (dengan harapan)

Anonymous said...

kaki mlm tuu nk boikot haha..

azhargoth n ahmad silap tempat kalau nk berdakwah blog ini just untuk pembongkaran bukan menolak yang benar cume membenarkan yang benar adess bebelit lidah ku .

azhargoth sama ahmad bisness cmne down ke broo..lol

kalau untung ok lah tapi halalkah ?? ??

leh bagi tau bab mane yang tak betul dlm post aidid??

ade org saman aidid ke setakat ni pasal fitnah ??

nk tau gak tu hahahah..

jangan dijolok sarang tebuan kalau tak mampu tahan sengat nanti bengkak terus mereng...

azwan said...

azhargoth dan ahmad,

Cakap macam taik. Korang position kata2 korang tu baik sgt2, seolah-olah kitorang semua ni dungu.

Wei puki, cakap jgn superficial. Ko taruk mcm2, tapi sumber tarak. Ha ni ko nak ckp aku ni mencarut2, jadi aku sentiasa salah? Wei bebal ahmad, mindset lu dah lari. Camne ko judge success? Sial. Wei jgn bertarung dgn kata2, bertarung dgn minda beb. Bullshit jgn korang lari..

azwan said...

1) Sial azhargoth mane fitnah? Jawap2. Jgn pusing2. Ayat Al-Quran dan Hiadith takde siapa argue.

2) Bodoh piang ahmad masuk2 buat conclusion. Kalau cikgu ko ajar ABC baca semua post la bingai. Lurus bendul..asal org kaya, bina masjid, sedekah, ko rasa baik.

Aiii berasap btol aku dgn mamat 2 ekor ni.

Anonymous said...

Perggh azwan..Jangan lari? Ain't gonna happen dude...just like other goons , they'll dissapear with their sorry asses & holier-than-thou attitude (well..except Fendy yg muka kebal tu). Besides, sadist giler hang ngan aidid kerjakan diorang, mana tak terkencing terberak diorang ni lari...

Seriously, if any of these loons can convince an average reader like me & invalidate/defunct every single point made by aidid, azwan & others, in every single entry in this blog, backed with reliable, professional facts & sources, i will quit this blog (uhukss!).

Unfortunately, so far, none has come close to say anything convincing and most of the arguments're remotely factual or even relevant cos they’re so fixated in annihilating Aidid’s character.

p.s. Everytime aku baca perkataan puk* , terus tersedak. Guys , i know men's world revolves around it, but could u...err switch the word around /mask it a bit. Or.. use non-female genitalia expletives, they're equally effective bashing mechanism ya know. Ha-ha

Unknown said...

salam.. apsal korg nak kena melenting?? rilekss ahh.. fahami dulu ayat aku.. main baham supe ular sawa apsal?? yg dok sokong tu pun, bahasa mnnjukkan bangsat.. okla be fair, dulu aku bnci giler ngan rozmey kes 40 juta dia, aku kutuk dia di fb hari2..pastu, aku dpt tau, dia sumbang duit utk bina masjid tmpat aku.. pastu aku pikir, dia yg aku kutuk, sumbang duit bina masjid, aku buat apa?? tu psl aku kata, apa ko tulis ada yg betul tp ada juga yg x betul. so, kaji bebetul spaya x jd fitnah.. itu je pun ayat aku, xkan ayat simple camtu payah nak paham?? ok la, MLM haram.. tp betul ke sume yg ko kata MLM tu buat MLM?? n betul gak jenis mamat giler gelaran yg ko dedah nak sini ni.. aku pun nyampah baca pangkat n gelaran diorg psl aku yakin ada gelaran yg diorg dapat pakai beli n bukannya cara yg betul..tp, betul ke sume pangkat diorg tu x betul?? ko xyah nak hentam aku ler, psl aku pun sama je anti MLM n pangkat beli ni..tp, aku pikir apa aku dpt klu hentam diorg camni??

n trust me, just dsbbkan kita just blajar 1 bidang, n stop stakat tu n x brasa nak cebur belajar bidang lain, kita xleh nak deny ilmu org lain. homeopathy n ilmu perawatan islam tu korg kena kaji bebetul sbb ianya mmg dah established. n why dont you all check with KKM. or maybe pi berdialog ngan diorg. aku marah bila org pertikai 2 aliran perubatan ni psl x kaji habis2. jgn disbbkan korg dijamu ilmu aloepathy, korg deny ilmu homeopathy n perawatan islam..

tp, klu niat ko cuba nak sedarkan rakyat msia supaya x ttipu, aku cdg guna pendekatan yg lebh bagus.. x perlu pun guna ayat2 yg menunjukkan kita ni jnis big talker.. InsyaAllah, ramai yg akan pcaya n sokong ko n kurang le org yg ttipu ngan MLM n pangkat beli nih. amacam?? phm x maksud aku??

n seriously, mmg best bila ko bongkar bnda camni tp kaji bebetul sblm nak bongkar, takut jd fitnah..

Unknown said...

mr aidid ni ada penyakit hati tahap kronik.
bahasanya pun dah boleh tahu.
Marah dan anti xsalah..tapi biarlah berhemah

azwan said...

Budus Ahmad,

Ko takde pendirian ke mat?

Apesal..ko confuse sbb dia dah bina masjid kat tempat ko? Hati ko dah sejuk ke mat? Ko tak sure kan?

Mat, ko jgn campur aduk. Aku ni jarang reply panjang. Meh aku clearkan kepala hotak anda..
1) Ape kaitan kes RM40 juta dgn MLM? No nak conclude apehal. Ko serabut? Dr Rozmey product cikai la bai, the effectiveness is questionable. nothing more than that. Dia nak bina masjid, tu dia punya pasal.
2) Budus nak mampus takde sape pertikai potensi alternative medicine/perawatan Islam. Ko bingai ape bace btol2 semua post sebelum ni. Yg ko conclude sendirik apahal? Kita question dia punya etika beb. Claim, etc. Pemanipulasian. Bukan air mani tau. Lu ada paham? Aku malas nak explain pjg2.
3) Kalau ko dah mmg sedar camne dahsyat bdk2 MLM ni dah pesongkan org2 kita, no such thing as sweet talking beb. Ko nak, ko buat blog ko sendirik.
4) Jadi mane fitnah? Mane? Atau ko TAKUT jadi fitnah? Haa.. kalau ko takut, lagi skali aku cakap ko bace entry btol2...bace setiap line..ape kejadah fitnahnye. Aidid screw point by point with FACT. Ko takut sgt sbb ko tak sure. Aku taknak ajar ko membaca.
5) Org enjoy bace this blog, tersemat masuk dlm kepala otak. Mungkin blog ko dungu sket guna ayat skema, sure lebih ramai peminat.
6) Ko nak check mende dgn KKM? Skang ni homeopathy, perawatan Islam, etc cuma ada voluntary registration dgn TCM KKM, akta pun tak finalize. Tu shj. Ko nak standardize ape? Dialog? Ko taktau kan? Hahaha tu la...
7) Right, point mana yg tak betol sila cakap. aku pun nak tau. Ni ckp main belasah. Open statement. Kitorang kat sini open for discussion.
8) Budus tu la bogus university. Tau maksud bogus? bkn bagus tau. dah selidik bai. ada paham? dah ada entry lain seblm ni. sila baca komen2nya skali.

Aku bkn ape, ko masuk sini terus memekak beb. Ada baik ko rilek2 tgk semua dulu. Setakat hati ko yg dah sejuk tu, ko boleh main jauh2.

Diana Ishak said...

to Jamaludin Mat Piah.

Tahun bila ko keje kat Vaccine Unit VRI ni beb??
Aku tak penah nampak ko kat lab pun?

My thoughts said...

pelik aku. setau aku, title "professor' hanya jawatan dalam universiti. kalau keje kompeni etc..mana ada..setakat Dr ada la. nampak sangat main letak je. semuanya from colombo..

Anonymous said...

astaghfirrullah .. setiap penipuan di lakukan mendatang hasil yang tidak berkat .. untuk menjadi doktor medical pun 5 tahun, untuk mendapat professor pun 10 tahun, ini kan tiba-tiba sahaja sudah menjadi professor, malah bukan dari akademia. tiada penulisan atau research tersendiri. Ya Allah, jauhkan sifat2 penipuan ini. Kenapa tiada tapisan, siapa doktor dan siapa penipu?

Unknown said...

ala...web ni baru 0.7juta orang tgk boleh tipu 27juta lagi rakyat malaya...hahhahaa

makcikcantik said...

Salam semua dan Aidid.

Tahniah atas pendedahan ini. Sebenarnya dah lama perkara ni diketahui tapi takde sape yg ada inisiatif utk buat pendedahan tersusun macam ni.

Aku harap Aidid terus rajin mendedahkan penipuan2 spt ini.

Cybersetan said...

Ini blog yg menarik~ mmg sangat ramai penipu yg menyalahgunakan gelaran "professor" dan "Doktor"..

..dan ada pulak yg berani guna gelaran "dato'".

Sini saya sertakan lagi satu penipuan yg telah lama berlaku di Malaysia:

http://maskancil.blogspot.com/2011/01/mahaguru-dan-maha-penipu-jangan-mudah.html?utm_source=BP_recent

http://forum.lowyat.net/index.php?showtopic=1070318&hl=

http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=187788

jakostardust said...

senang gila rupanya nak dapat title doktor..... ada yang setakat join kursus buat kek, ada yang jadi guru silat.... tup tup jadi doktor.... kesian kat adik aku kat USM Kubang Kerian.... Blajar setengah mati nak jadi doktor punya pasal.... Buku-buku medical dier dah leh susun wat rumah teres sebijik.... tuh baru tahun 3....

Manusia Lintah Melayu said...

x tau nak ckp apa lg.. sedih ader.. klakar pun ader..

bak kata bro aidid, yg plg lakhanat, nak pakai jugak title - im-a-tikus(emeritus)processor (prof) Dr. Fir AHAH!

"that's the way. AHAH2x, i like it AHAH2x"
KC & The Sunshine Band - That's The Way I Like It

@mal12 said...

Suami isteri ditipu 'doktor' dapat kembali wang RM14,000 (http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0218&pub=Utusan_Malaysia&sec=Mahkamah&pg=ma_02.htm )

adakah yg menipu pakcik makcik ni golongan 'dr mickey mouse' gak?? dr pertanyaan pakcik google, ni alamat klinik kt kl. tp kes ni kt melaka..anyway, just beware..

ASL Vibra Care
No 6 Jalan 9/E, Taman Danau Kota 9/23E, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan, Malaysia
03-4142 0342

Yaz Enterprise Metal Works said...

tq atas usaha aidid dedahkan perkara Dr beli ni, rs dulu pernah nampak kat MoH Malaysia mmg tak iktiraf Open Univ AM Colombo tu,dkt bhgn TCM, MoH Sri Lanka pun sama, ada notice kt website, dlm 2 thn dulu la sy tgk.

Baru ni kat TV1, kuar Dr dr bekam alternatif tu, siap close up kat sijil Dr dr AM Colombo.

Ni latest nye info, MAGMA pulak sign MOU dgn OIU AM
"Pada 29hb Januari 2011, telah berlansung satu MOU antara MAGMA(Persatuan Guru Seni Beladiri Malaysia) dan OIUCM (Open International University for Complimentary Medicines)

Ianya bertujuan bagi meletakkan Silat dan beladiri lain bersama MAGMA sebagai satu subjek di dalam sistem pembelajaran di OIUCM. Perkembangan ini amat membanggakan kerana sebuah Universiti telah memartabatkan seni bela diri kita di menara gading."

link photo:
http://1.bp.blogspot.com/_nt7N3gZQQ34/TVIL_OPk0pI/AAAAAAAAAKM/Ufn_WtR2q-4/s1600/MAGMA_1.JPG

http://4.bp.blogspot.com/_nt7N3gZQQ34/TVIMJvJZQzI/AAAAAAAAAKc/P124JXAsVmQ/s1600/MAGMA_3.JPG

http://1.bp.blogspot.com/_nt7N3gZQQ34/TVIMFgva-QI/AAAAAAAAAKU/pL5VqC-353U/s1600/MAGMA_2.JPG


Dalam majalah Beladiri edisi terbaru pun ada explain program ngan OIU.

Orang Melayu mudah tertipu ke?

Maya said...

hehe..lagu aidid come home tu kelakau..haha

CikguShikin said...

Alahai...dh 3 bulan rupanya dpt perhatian kt sini.

Pokwa said...

aku bior je korang amik 1st 2nd tu... bila aku khatam artikel lama, siap le, aku cucuk angin rapat-rapat!!!

Green Corner said...

Huhu...nice shot Bro

I firstly listen to this song in 1999 (when I form 2 I guess) and it haunted me till now. Only Shawn Calvin can make a frustrated housewife burn her house sounds beautiful. I like this song n article ;)

aAwaAn TeRbaNg said...

wut a satan mind.. eager to be A duktur like everyone will bow to u kee???, scamming their own nations, bz collecting money for their own benefits, talk proudly seems everything is perfect.. this kind of people shiT!!!.. geramnyaaaa...penipu2!

AirisHandmade said...

gile sangat nak pangkat dr.prof bagai.haish!!!

Tulang said...

just to share....versi penuh hemah..

http://zainurrashid.com/?p=429

The Scientia said...

Tahniah atas kewujudan blog seperti ini... moga lebih ramai blogger yg akan tampil dgn perjuangan yg suci sebegini... moga Allah memberkati usaha anda untuk membuka mata rakyat Malaysia terutamanya orang Melayu yg mudah di tipu

Saya kenal seseorang yang gagal mendapatkan Phd sewaktu di UK tetapi in just few weeks(or months maybe)terus dpt title Dr in Alternative Medicine Aura Seri. Tak cukup dengan pembohongan ada unsur2 syirik tentang tarikh lahir...

Lari topic sket...Dr Fadhilah Kamsah pon famous dengan ramalan tarikh lahir ni tapi dengan bangga keluar di TV bagi ceramah agama.... walaupon beliau bukan lah org yg bertauliah dalam agama...

Yang lebih mengeran ramai pulak golongan yg dalam bidang alternative medicine ni ada title Sir... whoaaaa.... saya rasa org politik yg besar2 kat Msia pon blm dapat pengiktirafan daripada Queen of England.... hehehehe... tp dorg dah...heran kan????

Amy Amira said...

suke tgk mickey mouse kat tv2 tu,miska muska mickey mouse!

Amy Amira said...

sepupu sy guna detox patch dari jepun,mmg berkesan..hu3 hitam je,hu3

PanglimaKhalid.com said...

bro...aku bukak CPR tak perlu kat : http://rawatankesihatan.com/2009/04/cpr-tidak-perlu.html

dah buang

tapi kat sini : http://rawatankesihatan.blogspot.com/2009/04/cpr-tidak-perlu.html ada pulak

hahaha...terlupa kot nak buang kat blog lama..

ada pulak konon perubatan Islam kat sini [http://warisansunankalijaga.blogspot.com/2011/06/cpr-tidak-perlu.html] copy artikel tu..hadoi lah. perubatan Islam mende banyak sangat simbol2 itu ini. sampaikan yin yang pun diletakkan kalimah "Huwa"

apapun tahniah atas pembongkaran ini. agak terkejut apabila membacanya.

PanglimaKhalid.com said...

bro..somethin aku jumpa : http://www.mphm.org.my/v1/index.php?option=com_content&view=article&id=67&Itemid=94

LARANGAN PENGGUNAAN GELARAN ‘Dr(H)’ DAN ‘PROFESSOR’ PADA PANGKAL NAMA PENGAMAL HOMEOPATHY

boleh baca di sana untuk lanjutan.

Admin said...

xleh belah kalau sampai dua PHD..nk menipu tapi bodoh..hahaha

maz m. said...

Sila rujuk:

Gambar last sekali:

Bahagian award no 3 dari bawah:

"Zoroastrian Fellowship Award"

Zoroasterian = Ahura Mazda Worshipper = Penganut Agama Majusi

Dia ni majusi kew? hew hew hew

Anonymous said...

I reserved my judgement only for myself this time. Dalam entry ini, aku present akai berry korang doktor Mickey Mouse di bawah bukan untuk attack orang-ramai yang percaya benda tahyul, mistik dan tak Weight Loss Tips For Women masuk akal, tapi aku nak attack hanya individu-individu tersebut, yang menipu dan bermegah dengan kelayakan Online Pharmacy akademik yang tak pernah wujud. Academic credentials that are worthless and more importantly, non-existent...

Anonymous said...

Malaysia jatuhkan http://stopfatgain.com hukum bunuh untuk pengedar dadah. I don't blame that mat salleh, by http://stopfatau.com the way. I blame this f**king asshole up there dan orang yang sama buat perangai macam lahanat tu! Freaking dumbass! Nak jadi doktor konon.

Unknown said...

hebat suppport centre depa..ada swimming poool.

http://www.zillow.com/homedetails/2956-Day-Ave-3215-Miami-FL-33133/43862196_zpid/

Shafira Rusly said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Admin bercakap dengan nada angkuh dan bangga seolah2 dia org yg paling betul di dunia ini...sebahagian pendedahan yg admin buat mungkin betul..tetapi, sesama islam perlu ke kita menegur org dgn cara begini..? dan sy nampak bahasa yg admin gunakan berbaur lucah dan penuh dgn kebiadapan..inikah ciri2 org yg dikatakan mmpjuangkan kemaslahatan umat islam..?

.:BBc Florist:. said...

ala nurul ain.. berlapuk gila komen pasal bahasa x abis2..baik awak pegi baca quran lagi bagus dari baca nlog ni.. well, ye la byk bahasa carut disini, x sesuai utk golongan mulia mcm awak kn...

Unknown said...

2011 - 2018
I came here back

Thanks Aidid

«Oldest ‹Older   201 – 245 of 245   Newer› Newest»