And so it is...

Thursday, January 6, 2011

Akhil Hayy - Hai! Apa Nak Jadi?



Pada perspektif aku, Aidid Mu'addib, kalau ada la benda paling barua dalam dunia ni, bila mana ada orang agama (atau orang yang perasan beragama, atau orang yang tanpa segan-silu menggunakan agama) yang buat skim piramid - that is at the top of my disgust list. Can't get any worse than that... and I hope of not seeing such lunacy, but they still do occur, sad to say. Gila haprak punya sesat tak tahu jalan pulang btol mamat-mamat baruanya. Jadi apa guna ilmu agama yang ada tu? Buang dalam longkang aje la beb. Atau simpan aje dalam wallet, bila diperlukan, bawak keluar... nah seposen.



Korang tengok sendiri gambar kat atas tu yang aku ambik kat web-site promosi Akhil Hayy http://akhil2u.net/ - rasa nak muntah pun ada dah ni. I can't really explain to you all the extend of my disgust... I really can't. Orang yang nak berdakwah ada certain standard - itu sebab bila orang request kat aku suruh buat blog ni dengan cara yang lebih sivik dan ada berilmiah dan menyuruh aku menasihati orang-ramai dengan nada yang lebih manis... I just refused. Aku tak mo berdakwah pada sapa-sapa, dan segala yang aku tulis setakat ini adalah point-of-view daripada Aidid Mu'addib. Of course aku kena pastikan POV aku tu takde la tersasar tak tentu hala. Malu seehh! Kena ada quality-control - ISO9005. Bila seseorang itu nak berdakwah, maka automatik ada kehendak tertentu yang perlu ada daripada yang empunya diri yang berdakwah tu. You follow?

Bila nak berdakwah, kena correct diri tu dulu (I dowan), kena tinggi ilmu (I know certain things only), kena jaga tata-susila (I dowan oso), kena cakap manis (tak mo, boring meh) - lepas tu yang penting sekali pada aku, mestilah jujur dan takde hasrat tersembunyi, khasnya dalam isu keuntungan duniawi dan personal agenda. Kalau aku buat blog Aididleaks ni dengan cerita hebat sensasi dan dapat pull traffic tenet bagai nak rak - rupanya tujuan sebenar aku nak buat biznes, nak dapatkan income daripada iklan nuffnang/adsense, nak kasi diri aku jadi pujaan ramai macam celebrity satu-sen-tarak-guna (jadi, satu hari nanti aku boleh buat biz jual belacan keramat) - kan hipokrit namanya tu bro, sis? OK lepas ni, udah-udah la tu pembaca budiman sekalian, janganlah lagik hantar email kat aku, atau kasi komen kat bawah tu, komplen-komplen, yang aku, Aidid Mu'addib patut buat artikel sekian-sekian, tak elok mencarut sekian-sekian, jangan maki-hamun sipolan sekian-sekian... I don't give a shit! I study about a topic, I analyse it from top to bottom, and I will present to you anyway I like it to be presented... after all, if you don't like it, just get lost man! Capische?


Amende mamat kat atas ni angkat tangan macam Ayah Pin? Mintak murah rezeki daripada skim piramid yang dilancarkannya tu ke apa? AKHIL NETWORK telah dirasmikan pada 26 Ogos 2010 oleh AKHIL HAYY (buat malu orang) RAWA, tapi ditubuhkan pada 14hb Julai 2010 serta perasmian dan majlis berbuka puasa yang diadakan sempena bulan Ramadan... ustaz maaah! Mesti la buat bulan pose. AKHIL NETWORK merupakan sebuah syarikat trading skim piramid yang memasarkan produk wangian bebas alkohol dan produk kesihatan 100% keluaran yang bermutu tinggi daripada bumiputra yang terencat akal. Perniagaan AKHIL NETWORK beroperasi di NO. 11-1, JALAN SENTOSA VILLA 1/1, SENTOSA AVENUE, 43000 KAJANG SELANGOR DARUL EHSAN. Tel: 03-87375605 dan Fax: 03-87375606.

Perniagaan utama syarikat ini adalah merupakan pembekal dan pengeluar produk minyak wangi dan produk kesihatan di mana produk pertama syarikat adalah AKHIL PERFUME FOR MEN, AKHIL PERFUME FOR WOMEN dan AKHIL BIO FOOT PATCH iaitu pelekat kesihatan untuk kaki yang satu-sen-tarak-guna, yang kini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orang-orang Melayu yang ketinggalan zaman dan tak lulus biologi masa SPM. Skim piramid ini sedang mencari stokis-stokis dan pengedar-pengedar bagi memasarkan produk AKHIL NETWORK ini kearah yang lebih jauh lagi, sebelum CEO nye dihumban masuk jail. Dapat berdakwah kat Penjara Kajang pulak... pum-pang pum-pang! Program affiliate AKHIL NETWORK adalah suatu program yang digubal secara skim piramid klasikal bagi memudahkan setiap peserta untuk menceburi skim piramid yang paling sempoi untuk buat duit free, baik untuk Akhil Hayy, mahupun orang Melayu lain yang suka makan duit skim piramid tu semua, janji join awal - sapa lambat jadi downline akan hancus. You know, macam cerita-cerita biasa yang pernah keluar kat blog neh.

Cuba korang analisa sendiri, apekebenda yang relevant yang mamat ustaz ni boleh jual kepada orang awam? Buku agama? Check. Guli tasbih? Check. Kopiah putih, itam, pink? Check. Sejadah made-in-China? Check. Kain serban checkerboard buat tudung tutup rambut panjang yang encem? Check. Detox foot patch? Minyak wangi? Whoa! Hold on there matey! Itu namanya, kalau dalam kes detox foot patch ni (yang aku dah bincangkan kat teknologi lahabau detox foot patch), the ustaz is not Mr. Science or Mr Current Affairs ni, dan hanya belajar ilmu agama, tapi tak belajar ilmu perubatan. Ini jugak nampak gayanya mamatnya nak menggunakan status celebrity nya untuk buat biznes. Siap angkat tangan ke langit bagai. Jual minyak wangi Hugo 8ml + 5ml... pakai untuk seminggu-dua dah abis kut - tapi jangan lupa dol, bak sini 100 hengget. Tak silap aku, hari tu aku beli Hugo Boss Energise 125 ml, rasanya berapa rege ya? Tak berapa ingat la pulak. Rasanya dalam RM200+... betul? Sapa mamat pakai Hugo sini?


Seketul bak semua skim piramid yang berkeliaran kat tenet dan fesbuk. Dapat produk seciput, dapat website replika, dapat car-sticker haprak dan suruh perkenalkan bzns ni kat orang lain, suruh cari downline banyak-banyak, dan jangan lupa suruh downline tu semua buat duplikasi apa yang ko buat - you know, buat bzns secara sistem affiliate a.k.a. SKIM PIRAMID. Apekebenda la orang Melayu sekarang ni? Kalau si Adilah Abd Manan (who? ...exactly!) buat skim piramid eXfuze, lantak dia la, bukan ada orang yang kenal sangat. Tapi ini orang yang dah femes. Ada berdakwah pulak tu... haiya!

 

Seperti besa, aku pasti sure ada orang yang masih tak faham apahal aku cakap benda ni skim piramid. Memang ramai bebudak Melayu tak faham, sebab ini isu statistik dan matematik - dan orang Melayu rata-rata dungu matematik. Budak kat IPTA sekarang sebok masing-masing nak join ScoreA anjuran Jason Kok (ada syariah-compliance maaah!), tapi kalau semua la budak IPTA join dengan duit pinjaman PTPN (Jason Kok tak kesah dik), sampai semua pelajar IPTA tu semua tak hengat dunia, kan akhirnya benda tu crash? Kan ahli ScoreA yang kat hujung sedekah duit free-free tanpa ada downline lain? ScoreA tu "skim piramid berproduk maya" dan semua ahli disuruh cari downline dan suruh downline buat duplikasi cari downline masing-masing sampai ke infiniti... dan untuk skim ScoreA, infinity is just right around the corner, not till doomsday. Ain't it funny and useless to give students tuition ScoreA-style, but in the end they're gonna fail in mathematics miserably?

Entry pertama aku dalam blog ini bertarikh 4 Oktober 2010 bertajuk - Apakebendenya Skim Piramid Tu Yeop dan entry aku 27 Oktober 2010 - Matematik Asas Dalam MLM dan Skim Piramid menerangkan sejelas-jelasnya tentang isu matematik dan skim piramid ini - siap ada formula kalkulus tu ha - tapi, masih berlambak yang masih tak faham jugak apekebendanya menatang tu. Macam la ilmu matematik yang aku turunkan tu "Heisenberg's Uncertainty Principle" dalam ilmu quantum mechanics. 

Matematik basic aje. Aku dah terangkan: apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang, sama ada cari 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20, 100... kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, dan setiap yang join buat duplikasi syarat cari downline masing-masing, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponential dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada lagi ahli baru dapat didapati, ianya akan "collapse/crash". Kadar kerugian ahli adalah:
1 downlines 2, kadar kerugian > 50%. 
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%, d
an seterusnya.

Jadi dalam bzns Akhil2u.net yang baru dilancarkan ni, dia suruh korang join dia dengan bayar RM100, korang dapat perfume Hugo Boss dan detoxfoot patch jenama Akhil Bio Foot Patch, lepas tu dia suruh cari downline, dan ajar downline tu cari downline dia sendiri, dan syarat ni kena diduplikasi sampai ntah berapa juta orang Melayu, sampai la skim piramid ni crash. Abis cite....

Aku boleh faham produk Monavie yang ada 19 jenis buah, yang menjanjikan cure for cancer dan meningkatkan libido macam monkey gersang, jadi dia orang jual produk jus macam wine tu mahal gila bab. Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Aku boleh faham ND Lala gunakan nama dia buat Uptrend cari downline bagai nak rak untuk sedekah duit orang Melayu beramai-ramai kat syarikat cha ya nun alip tu, sebab dia jatuh cinta dengan apek Uptrend yang encem. Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Aku boleh faham AC Mang menggunakan muka seposen dia untuk jual gelang magik, sebab gelang tu memang magik meh! Dan ko takleh nak dapat tempat lain. Tapi, dalam kes ni, apekejenye ustaz berdakwah nak jual perfume dan foot patch dengan harga RM100? Hugo Boss yang korang boleh beli kat Jusco, Sogo dan Alamanda. Foot patch yang korang boleh beli kat kedai runcit makcik Tipah. Plainly menggunakan status celebrity dan fakta bahawa orangnya dah terkenal, untuk jual.... what? Apa special nya Hugo Boss yang di over-charged bagai nak rak? Apa special nya nak jual detox foot patch yang takde doktor dalam dunia yang akui ianya berkesan? You follow?

Mamat "ustaz" ni jual benda merapu ni semua just for the sake of making money, menggunakan nama yang dia ada (aku maleh nak kaitkan bini cun dia - ah! forget it!) yang dah dikenali ramai. That is all there is to it. The products are just a dime-a-dozen with no special benefit, either true or make-believe, isn't it? Just for the sake of earning money buta-buta... sebab dah pokai kut? Jual benda tak special langsung, dengan kaedah skim piramid pujaan orang Melayu terencat akal. Wadehelloanybodyhome?

Entah la ustaz, saya pun tak tahu nak cakap apa lagi dah. Oh ya... go go Gunners!



237 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 237 of 237
mknace unlimited said...

:):):)
sian.. dah tak tau nak kata apa
kalau ustaz (ustaz ka?) pun lagu ni

anna said...

To all

Saya rasakan "a woman" ni isteri "ustaz akhil iaitu Waheeda..sbb tu yg angin semacam....
lol...so sad...nak cakap orang putih tapi grammar hancus...this is aidid blog...suka hatilah dia nak tulis apa...

maria@connecticut

Anonymous said...

Hi, new reader here. Read two of your posts so far, and after reading the comments, I thought I'd give my two cents. I doubt that 'a woman' is Waheeda because I knew her in college. She was my hostel mate (two doors away). She speaks very good English. Very open-minded, friendly. Sang all the time, even in the bathroom. I always admired her. She was confident, pretty...the world was her oyster. She could have any guy she wanted...and then she goes and does this? To say that I am disappointed for my friend would be an understatement.

As for all these scams, it would be easy to wish that all the idiots fall for them, but the sad fact is that the victims are mostly those from either the lower income group, or those who aren't well educated. I used to work in a bank and I was conflicted when I saw this guy getting all these makcik and pakcik to open accounts just so they could get debit cards to open PayPal accounts for Usana use.

Admin said...

Salam ..
Saya suka je baca blog ni sesekali. Saya pernah je masuk MLM, guna gak foot detox dan adalah beberpa barangan produk MLM yang saya guna. Cari orang jadi downline? Ohh tak kuasa ... saya lebih suka guna produk dari cari orang. Sapa kaya tu saya tak kesah sebab saya beli bukan sebab termakan pujuk rayu orang pun ... saya beli dari katalog yang sampai. Mana murah, saya beli.. saya pakai.

Kesian juga baca kes orang habis ribu2... disebabkan skim piramid. Dan kesian juga pada mereka yang jalankan bisnes MLM ni sebab nak dapatkan komisyen. Nak niaga sendiri .. modal tak ada, produk sendiri pun tak ada.... jadi MLM jadi pilihan mereka.Seronok tgk kesungguhan mereka dalam menjaja produk MLM ni tapi itulah .. saya beli bukan sebab saya jadi ahli/nak dapatkan komisyen/nak bantu mereka - sbb saya pun bukan kaya raya .. kenderaan sendiri pun tak ada lagi walaupun dah ada anak sampai 3 orang. Rumah pun duduk atas ehsan selama 20 tahun lagi.

Saya ada sistem komputer sebijik dan sebuah kamera Sony - itu sahaja. Belajar sampai keluar U. Kerja tak ada. Duduk rumah. Kalau orang ajak bisnes .. apa pilihan saya? nak cagarkan apa utk pinjam? nak niagakan apa?

MLM mungkin satu pilihan untuk saya nak majukan diri dalam bidang perniagaan, mencari pengalaman mungkin. Tapi ..kalau MLM dah suruh saya kena invest sampai ratusan .. saya tak mampu. Apa pilihan saya?

Berilah pilihan kepada orang macam saya ... selain MLM. Saya tak benci pada MLM tapi saya benci pada skim piramid. Seperti mana skim kerajaan kita .. berpiramid. Saya tak percaya dengan sistem demokrasi berparlimen negara ini - sbb ia menyamai dengan sistem piramid. Yang ujung2 bawah2 tertekan ... dan tertindas ... yang seksa ... end user - yang kena toreh getah dan banting padi (ohh alangkah indah jika ada kebun getah dan sawah sendiri)

Mudahbots said...

Salam En. Hasrul,

Kalau nak berniaga @ jadi usahawan, x semestinya kena masuk MLM. X siapa kata nak berniaga perlukan modal ribuan ringgit. Cuma kita kena la kreatif. saya nie niaga part time time ajer.. jual air tin dgn air mineral. modal dia, dlm 50 hengget. petang2 duk kat tmn permaianan jual air dpt la balik skit untung. Besok ulang balik menda yang sama. Lagi la baik dari kerja menipu orang suruh joinT mlm yg x tau aper ke pekdahnya tue. Orang meniaga, kita pun nak meniaga, tapi orang menipu kenapa kita nak kena ikut menipu??

hyelbaine said...

See guys? Fadil dah merajuk dah macam rakan2 seangkatan dia dulu. Or maybe he took my advise in my earlier comment seriously :P

Come to think of it, takder trolls to feed pun quite boring but note to everyone, sometimes trolls hunt in packs :P

I agree with Azwan's last comment, here's a place where if you want to contribute and participate, you've gotta be prepared with facts. Komen2 emo tolong tolak tepi ;)

ps: Laila, the above should make the numbers right...kot ;)

Aidid Mu'addib said...

Btw... now I know blogspot only allow 200 comments per page... hahaha! This entry's comments has overspilled, needing a second page... berasap beb!

RHEA said...

kepada encik hasrul hassan..

banyak benda boleh diniagakan selain join MLM tu..

contoh:
1. saya pandai menjahit.. saya jadikan kebolehan itu sebagai modal.. saya menjahit pakaian bila ada tempahan.. menjahit pelbagai beg.. beg keychain.. bekas pensel.. beg syiling.. tunjuk contoh pada kawan2.. dan bila ada tempahan kita buat.. bermula dari bawah.. bermula dgn hati yg ikhlas.. insyaAllah.. janji Allah itu sgt benar..

2. kakak ipar saya tinggal bersama ibu saya.. ada tanah sekangkang kera.. setakat untuk tapak rumah.. beliau tanam ubi di kawasan yang tak berapa nak luas tu.. buat kerepek.. jual sikit2 hantar ke kedai runcit depan kampung.. alhamdulillah, hasilnya boleh buat belanja sekolah anak2 dia lagi..

ok? di mana ada kemahuan di situ ada jalan.. :)

maksu said...

adehhh, aidid, mcm2 prasaan ujud dhati ku evrytime singgah n buang masa lepak2 kat your blog nih. sgala stetment, fakta (non-auta) n your @#$%^$#&* words sungguh menyentap sgala organ dalaman ku. rase gumbira (dpt new infos), klalar (bc pengelentongan MLMers), sedey n simpati (ramai bangsaku yg tkene n mengena), geram (dgn kebebalan bangsaku yg msih bermaharajalela wlu dh tau benda ni salah).

ohh.. ku telah jatuh chenta pada blog ni untuk kali yg ke 35.

ekceli, dis ostat is ..... hmmmmmm.. nothing 2 say..

pasal u punya words yg @#%$#*&@# tu, wlu ramai x ska, tp akak suka dik. sbb slama ni akak dididik oleh parents untuk tidak bkata2 *&^%%$#$#@ . maka akak akur lah. kalu nk mngata ngutuk orang, so, akak menyumpah dlm ati je. tp kin akak numpang your @#$%^%$#@ words gak la tiap kli msuk sni.. hehehe..

Unknown said...

ustaz ni yang dulu sket punye best ke..

skarang sudah jadik kepala MLM.

hampeh. hampeh!

Unknown said...

akhil hayy? dia ni mmg da high aku ingt..
to akhill hayy..ko da la kutok org memanjang..ceramah ko aku taktaw la tabur fitnah ke dosa ke apa..
tayang suara sedap je lebih..
isi ceramah mcm taik..
aku heran kenapa kawan2 aku leh suka layan ceramah kau..
baca ujang lagi best...
blah ko akhil hayy..

Aku Tulis said...

oho..aku t'lambat..xtau plk aku ustaz nih wat mende2 haram gini..haiihhh..wat la biznez lain yg lebih mulia..jual goreng pisang pon ok wat?sedap.. =)

me said...

mantop bro!kupasan lengkap!!kalau sape yang pernah membace bende ni but still tertarik nak join MLM lagi, memang terencat akal la...

Do re mi said...

sape x de ilmu pasal hadis xpayah la nak cakap lebih2..aku menyampah gile orang2 dalam ni suke condem2 orang..professional la siket beb..

Haneef Abdul Hamid said...

Tak tahulah affiliate dikira MLM? Dan tak tahu lah Ustaz Akil ni buat affiliate or MLM. Tak amik port. Tapi setahu aku affiliate bukan MLM. Single level je. No pyramid at all. Siapa kerja dia dapat, siapa maleh tak dapat. Kecuali affiliate multi level le. Bunyik pun multi level.

Aku tak berkenan gak MLM ni tapi bagi aku affiliate single level is fair enuff and better than MLM. Harap jangan kondem affiliate single level sebab ramai orang Melayu kita dah bisnes guna affiliate single level skrg.

Kalau nak override somethin dr downline, bagi aku seseorang tu hanya layak amik komisen intro saja. Override tak boleh. Hasil nak override free sebenarnya mmg tak boleh.

So SNTM aku minta bila korang dah sesah MLM , jangan la sesah alternative. Tapi aku tak nampak lagi korang sesah affiliate. Saje kasik ingat.

Best of luck with what u did. 4 thumbs up including ibu jari kaki. Walaupun bahasa Aidid macam penyapu buruk, tapi adakalanya sesuatu yang pedas lebih memberi kesan.

Cuma satu je aku kurang setuju dengan kau Aidid, personal attack. Kalau boleh start kurangkan dari sekarang. Hantam sistem dan produk. Aku suka kau wujud, kesan kewujudan kau nampak memberi kesan kepada perkembangan MLM yg x sehat. Tapi aku menegur benda yang perlu ditegur.

Bahasa biar pedas menyindir tapi harus tidak ada unsur menghina manusia. Ini firman Allah dan pesan Rasul. Insyallah teruskan usaha murni kau, tapi ekjas benda yang perlu diekjas.

Kita kata orang berak merata, tapi kita kaut tahi tu baling kat orang balik. So tangan tu bertahi juga. Orang yang kena baling bau tahi. Tempat yang diberak dah tentu bau tahi. So di mana bersihnya.

Terimalah kebenaran walaupun pahit. Best of luck for SNTM. Peace bro.

young dragon said...

aku memang teringin nak komen dalam blog ni
aku dulu kerja dgn syarikat mlm ni...buat website untuk diorg..gaji ciput nak mampus..xpe la..cari pengalaman kn..aku masuk puasa tahun lepas..waktu 2 syarikat aku sibuk nak buat website hayy ni..bos aku lak bangga2 gmbr keluar surat khabar dgn hayy ni..tapi dari apa yang aku peratikan..semua yang buat MLM ni bodoh..bos aku dulu nak beli barang pakai krdt kad pun xreti..alhamdulilah aku keje kat situ sebulan je..aku xnak terjebak dgn benda2 xelok ni..(waktu nak raya gaji xbagi..bodohhhhhh punya bosssssss)

Unknown said...

panjang dan detail.. gile aku geram ngn MLM

Ahmad Javanese said...

setahu aku la kan... kalau nak doa2 ni kena pandang bawah, tanda rendah diri ke apa ntah. ni pandang atas macam AH tu rasa Nabi SAW tak kasik kot? (kot2 sapa leh verfy ngan hadith ke?...)

Latifah said...

membaca komen-komen kat sini mengambil masa hampir setengah hari.... syabas...
giler banyak komen... berpinar-pinar mata aku dibuatnya. dan yang pasti, banyak maklumat yang diperolehi...

pendedahan yang bagus!

.drakula. said...

tersenyum dgn blog saudara ni.....iklas dan jelas tiada tipu helah..semoga terus maju dan berjaya...berani kerana benar.

simn said...

terbaikk

TANPANAMA said...

aku pelik sape yg iktiraf dia sbg ustaz?dia ngaji agama tggi nau ke?
adekah sbb dia dulu rockers n now berubah ke arah 'dakwah' terus dpt title ustaz?walawehhh..
good job bro,kipidap!

Duit Ikhlas said...

Jika ustaz dan golongan MLM dan perniagaan ini masuk neraka disebabkan perniagaan mereka. Bagaimana pula dengan golongan pendendam dan golongan yang mengutuk.. PSST!! Menegur ada cara nya. Memang dah sampai masa akhir zaman yang disebut sebut oleh Rasulullah. Umat Islam bertelagah dan huru-hara berleluasa. Riba dan rasuah tak dapat dikawal. Zina berleluasa. Masya Allah

azwan said...

Duit Ikhlas,
Dah takde modal lain..? Ramai dapat manfaat dari blog ni bila baca fakta2 Aidid. Jika anta orang yg terlalu sibuk tengok ke arah negatif, itu terpulang. sebab anta ini sampah. tiada siapa yg rugi. lebih ramai di sini yang berasa mendapat manfaat berbanding yang berasa tiada faedah macam antaaaaaa....Ade paham dey..you are useless!

Jgn sibuk nak cakap pasal benda2 baik bai. ko tu buat kerja bahlol masuk HR Ikhlas. Ko yg manusia bertopengkan syaitan..

Harriz Izwan said...

Congratz! Article ni masuk Harian Metro Hari ni! :D

AZAM said...

Glamour lagi aidid kali nie...

Pierre said...

Ni news front page metro arini:

Ana bukan auta-Akhil Hayy

Dlm artikel dia siap ckp dpt tauliah dr Mufti Perak Datuk Seri Harussani Zakaria....leh tlng explain skit tauliah mcm mana ek??

Taip Saja said...

aidid kua metro la hari ni...baguslah, makin ramai orang tau sal blog ni..aidid, could you counter Akhil arguments and update this post..coz die defend diri die..

Xeno said...

tahniah, masok paper lagi

http://www.hmetro.com.my/articles/Perniagaanikutsyarak/Article/artikelMA

Mudahbots said...

glamer la ko aidid... akhil x ader akhlak ckp ko dengki dgn dia... apsal der??

Mudahbots said...

btw, dia nie bukan ustaz akhil... tapi untut akhiling.. punya la putar alam dlm membiol... meluat aku..

wv: bledg.. (bleeding?)

Pokwa said...

takleh tahan la nak baca blog aidid... kul 12 bukak lagi... dan lagi.. dan lagi...

BlogkuBlogmu said...

mmg terbaek lah Aidid! kasik celek ini semua melayu yg perangai mate (dajjal) duitan!!!

Cucuatoks CASS Accessory said...

superb ar aidid... 1st time bace aku terus terlupe aku kene masak sebab laki aku nak makan.. non stop reading all dis.. siyes aku mmg x setuju langsung ngan MLM.. baik ko g menganyam kelongsong ketupat jual, dari main haprak MLM nie.. goodwork aidid..

nabihah said...

salam,

en.aidid,

bleh siasat pasal Steven Yeam Network atau skang die dh brtukar ke One Community.

Penat nk brgadoh ngan dorg pasal bnde ni,huhu...

lu sapa/// said...

salam brade..x semua MLM tu piramid..kalo sistem duplicate samalah mcm binary..mmg MLM kena cari jaringan network bg memudah syarikat memasarkan produk mereka..aku rase lu x abes ngaji lg psl marketing nih..jgn sbb satu company yg scam lu da label semua MLM tu scam..sbb hakikatnye 35 % milionaire di malaysia adalah dr MLM..bkn jual blog wat fitnah..hehe

Aidid Mu'addib said...

35%? Shit!
Aku dah terberak dalam spenda... SHIT!

«Oldest ‹Older   201 – 237 of 237   Newer› Newest»