And so it is...

Monday, October 4, 2010

Apakebendenye Skim Piramid Tu Yeop?

Skim piramid tu tak susah nak faham. Saja aje setengah orang tu nak jadikannya rumit. You know, khasnya bila ada orang yang tamak pada wang-ringgit, dan dia pulak terlibat dalam perniagaan yg haram sebegini. Skim piramid itu adalah suatu model perniagaan yg "non-sustainable" (terjemahannya "tidak berterusan" tapi tak cukup terjemahan lagi tu - perniagaan yang tak telus dan terus, gitu), dan ianya menjanjikan pulangan keuntungan bila mana lebih ramai ahli menyertai perniagaan tersebut sebagai seorang penjual (reseller/affiliate/members/dll) dan bukannya keuntungan itu datang semata-mata daripada penjualan produk atau perkhidmatan kepada orang ramai. Perniagaan sedemikian adalah satu penipuan dan haram di sisi agama dan di sisi undang-undang manusia. Orang kafir tu pun ha cakap haram kat barat - tapi korang tengok orang Melayu berlambak-lambak jadi dalang dan jadi ahli di bawah dalang tadi, kat Malaysia ni. Tak malu sungguh! Hari kiamat sudah mampir.

Ciri skim piramid yang utama adalah adanya penajaan dan pencarian ahli baru, yang mana ahli baru pula jadi penaja kepada ahli baru yang lain dan terdapat DUPLIKASI SYARAT ini kepada setiap yang menyertai skim tersebut. Dalang skim ini akan cakap ahli baru itu boleh dicari terus-menerus berperingkat-peringkat, sampai infiniti (kata dalang MLM, atau kata upline yg tak pass matematik masa SPM) sedangkan, jumlah manusia itu finit. Ada 6 billion aje manusia dalam dunia ni, dan lagi pulak... kalau ada la satu skim piramid yang hebat sekali pun, takde jumlah manusia yang join akan pegi ke 6 billion derrr. Sasau ke apa?

Jadi, bila ada upline dan downline yg mempunyai syarat penyertaan seperti itu, bzns model tersebut akhirnya akan "crash" - bungkus tergolek-dog, bila mana tiada lagi mala'un yg low IQ atau samdol yg tak pass matematik moden tadi dapat dicari untuk jadi downline. Bila tiada downline lagi, maka downline yang terakhir akan mengamuk kerana dia hilang duit (yang dah bagi kat upline), sedang dia termangu-mangu menunggu durian yang tak runtuh-runtuh. Sebijik macam durian keramat gitu, tak mau jatuh.

OK, ada mamat pengamal skim piramid yang akan cakap, manusia tu setiap hari lahir, mesti la boleh pergi ke infiniti. Kehkehkeh! Lepas tu dia akan terangguk-angguk bangga diri (sebab dia fikir komennya tu macam komen orang terpelajar), tetapi, bila adanya skim piramid, proses pencarian downlines akan berlaku dalam julat masa yang tertentu, sebab mala'un yang join skim ni nak profit cepat, mana ada dia nak tunggu anak aku yang kesembilan lahir untuk dijadikan downline. Korang faham tak ni? Mesti julat masa yang singkat. Beberapa bulan atau paling lama untuk 2-3 tahun sahaja. Orang join skim piramid ni rata-rata tamak wang-ringgit, mana yang nak tunggu 20 tahun untuk profit? 

Contohnya; LoginFB100hinggit, sistem piramid 1 cari 4 (reverse 2 up - don't worry, itu cara dia putar-alam). Berapa banyak manusia yang nak join kat Malaysia skim keparat ni? Berapa banyak orang Islam yang tak kesah makan duit haram, beli handphone baru, bagi emak-bapak kat kampong duit haram sebegini? Berapa? 50,000 orang la katakan. Jadi mana "infinity downlines" nya beb? Infinit tu maksudnya nombor tiada penghujung. "Unending". Bila dah cecah 50,000, downlines yang terakhir tak dapat downline lagi, dan skim ini akan collapse/crash/bungkus! Tapi, dalang skim ni peduli apa. Dia dah kaya-raya, anak-anak Melayu setiap yang join tu balik rumah, ekor masing-masing masuk bontot. THE END. Dalang yang baru atau dalang yang sama jugak, lepas tu akan cipta skim baru pulak. Daripada jual ebook, dia kan jual pad wanita pulak. Cari downline sampai infiniti lagi. Cari bebudak Melayu yang low IQ lagi.

OK, muslimin dan muslimah sekalian: Kenapa ianya HARAM? Sekali lagi aku ulang, bila model bzns itu mencapai peringkat tepu (maximal threshold), di mana tiada ahli baru/affiliate/reseller boleh di dapati (sama ada tiada lagi org minat atau semua manusia dah join sistem mala'un tu), level yg terakhir itu akan rugi begitu sahaja, sedangkan yuran keahlian masa join telah dibayar, tetapi profit pencarian downline tidak diperolehi. Seperti yg diketahui umum oleh org Islam, selain drpd akad yg jelas, timbangan/kiraan yg betul, sesuatu sistem perniagaan mesti tiada penganiayaan. Jadi, dlm sistem MLM skim piramid, jika terdapat ada ahli yg tiada downline, dia akan rugi begitu sahaja, dan secara logik kita org Islam, upline tu tanggungkan aje la dosa penganiayaan tu. Biar pun 100 level sekalipun, upline setiap level akan tanggung dosa penganiayaan level di bawah dia. Maknanya dalang tadi tu yang paling besar "pingat dosa kebaktian" dia. Yahoo!

OK... Ada satu lagi aspek yang "menarik" daripada segi matematik tentang sistem perniagaan sebegini. Jumlah ahli sesuatu bzns berbentuk skim piramid ini yang kerugian sentiasa melebihi mereka yang untung. Mari fahami matematik moden SPM. Kalkulus utk menjangka peratusan kerugian ahli sesuatu bzns MLM/skim piramid:
Jika 1 cari 2: kadar kerugian adalah >50% drpd ahli yg join.  
1 cari 3: >67%, 
1 cari 4: >75%, 
1 cari 5: >80%, 
1 cari 6: >83%, 
1 cari 7: >86%... dan seterusnya.
 
Adakah wang yang sebegini yang korang nak? Adakah anda itu orang Islam yang luhur, atau nama aje Islam, rupa-rupanya hati-perut yahudi? Hidup kaya dengan hasil penganiayaan. Itu kalau betul kaya. Kalau join LoginFB100hinggit dengan modal RM100, bila nak kaya nya dol? Kalau dapat RM2000, dah kaya sungguh ke? RM2000, tapi ada 20 orang teraniaya atas usaha gigih ko tu. Eh! 22 orang teraniaya, ada 2 reverse up maaah!











24 comments:

Free Proxies said...

1st!haha

Asyraf said...

aku rasa patut ramai yang baca 1st post ni..... then follow up.....

aku the great said...

MLMers mmg bodoh..termasuk la aku yg penah terpedaya...cukup la sekali..mmg taubat nasuha terus..thanks aidid!

cik afeera said...

sekarang ni kad topup utk minyak petronas pon dh jd MLM :|

evold said...

pergh..akhirnyer smpai ke page 1st.. wlpn dah terbaca yang
belakang, kne bc yg mula ni dulu, bru best.. pasni harap tuan
blogger dpt timbulkan isu skim piramid dikalangan
cikgu-cikgu sekolah.. sakit mata cikgu-cikgu yang tinggi
iQ pun ikut serta skim piramid & promote kat sekolah

Pr0t0typ3 said...

Uiyoo, akhirnye sampai page 1st jugak aku, pembacaan dalam mase 10 jam..chait~ x buat assignment aku dibuatnye..hehehe, anyway, good write-up, research, elaboration, explanation, reasoning and etc-etc wtf. 2 thumbs up!

p/s: teruskan perjuangan anda bro~
p/s/s: sbb blog ko aku terpakse stay up lambat nak siapkan assignment.chissttt~ (aku tau , ko nak cakap "ade aku kesah?") hahahahah..

Anonymous said...

salam..thank for the post above..realy impress me..syukur sgt2..hampir terjebak jgak..hihi..truskan perjuangan anda..Yes!!!

me said...

setelah lama mengikuti blog ko ni, baru hari ni aku baca 1st artikel...wakakakaka....

Watie Jahori said...

1st time wa datang kat blog nie..supperb!!
memang dari dulu aku payah nak joint2 MLM nih..tapi sebab modal and work commitment..after go through some very usefull knowledge here, yang terang lagi bersuluh...
keep up the good work Aidid..

optik idaman said...

thanks to aidid..aku memang tak pernah pn join MLM skim ni..tapi mak bapak aku sedara mara aku pernah join MLM ni,mngkin sbb level of education mereka..selalu gak aku bagi nasihat pada mereka..no easy money..klu ade pn..msti ade muslihatnyer..n blog ko ni diperkenalkn pada aku dari sorang rakan yg same pendirian ngan aku..dulu aku just pangkah MLM tnpa sebarang maklumat tntng MLM,Mr.Aidid telah bukak mata n minda aku dengan lebih luas tntang MLM ni..tapi aku nk tnyer..adakah syarikat WORLDWELLNESS ni MLM atau pn tidak..

Nor Hafizah Sabri said...

Salam...
bro aidid...
nak minta pandangan...
camne nak buat...
adik dah join score A...
tanpa pengetahuan saya..
lepas join dah bayar baru bagitau..
die kate takut saya marah..
now...saya dah nasihat die..
then sekarang...suke tarik muke...
cam tak support die...
takde idea nak psiko die balik..
nak cakap..bende dah jadi..
biarkan..jadikan iktibar..jangan jadikan orang lain mangsa plak..
tapi tak tau nak intro ayat camne...cos tak banyak cakap lately nie lepas tegur... rm790++ tu melayang...ish..ish..ish... kene buat sesuatu kat dalam sistem pendidikan malaysia terutama melayu...

Aidid Mu'addib said...

Nor Hafizah...
I can't answer that for you... sorry. But, I can answer for myself, if this same thing happens to me.

RM799 tu hanyalah wang yg takde makna... tak payah fikir bendanya duit yg byk - it's not. Sebulan dua berjimat boleh dapat balik... dan kalau murah rezeki, berlipat kali ganda dari itu Allah boleh bagi utk ganti duit yg hilang. Proses skim piramid sebegini memerlukan adanya mangsa baru, lepas sorang ke sorang ke sorang... it won't stop, until it crash. Also... it will never crash even for a few long years... kalau kerajaan tak ambik tindakan. Byk MLM yg dah bertahun2 go on and on... walaupun yg sebenarnya berlaku, MLM sebegini asyik menyebabkan kerugian ahli tanpa henti (tapi menguntungkan syarikat tu), dan ianya merekrut ahli baru dari tahun ke setahun - contohnya Amway, Zhulian, Uptrend, Hai-O... sekarang ni pulak Score A. Sama aje modus operandi MLM tu semua - semua perlu ahli baru utk hidup. Jualan produk jadi no.2. Itu sebab syarikat jualan produk yg betul2 berguna pada manusia takde org buat jualan style MLM. Produk sabun, minyak, beras, TV, pensel, baju... dll. U understand? Hanya produk merapu yg dibuat MLM. Dan pulak, kalau takde org baru join MLM tu, ianya akan crash. Jadi, biarkan aje RM799 tu... at least, takde mangsa baru akan berlaku... dan Jason Kok lebih cepat jatuh. Selamat org Melayu kemudian hari.

But... that is me.

YANI SLiM said...

membaca entry blog anda dari bawah. biar lambat asal selamat n tahu isi kandung blog ni. tanak main terjah aje! info yg bagus. keep u d good job. tks

Dr Adilah said...

Baru baca 1st post and the last 3 posts, slow2 sikit bro Aidid, penat nak kejar ni. Btw, u ada explain x mcmana dpt figure % yg kerugian tu dlm post2 lain? Entry yg mana? dan saya tersenyum baca u tulis 'muslimin dan muslimah sekalian' ala2 ikhlas tapi synical :)

fisa othman said...

rasa tertampar diri sendiri jek bila baca entry ni...thanx bro!!memang tersedar dari mimpi sogokan MLM ni...

Unknown said...

salam aidid,

ada tak komentar psl vemma? saya baru terjumpa blog u ni.. dah baca some posts.. tp more interested nk tau if ada kupasan psl vemma..

tq..

Unknown said...

bro aidid kalau teman cilok artikel mike yg format jpeg tu kasi tampal kat wall fb teman ok ke?

satu je teman pelik kenapa kerajaan tak bersungguh halang benda ni? adakah org2 besar pun ada share bila mereka benarkan benda2 ni berjalan lancar sblm ada rakyat komplen?

Aidid Mu'addib said...

go ahead... no problemo bro...
share/cilok/plagiat... apa saja... sebarkan everything... aku tak kesah.

Download Movies said...

aku dh terjoin score A....huhuhu....start dari bapak akula suruh pg seminar dia....last2 aku pn msukla sbb teruja dgn penerangan oleh sifu2 dan upline...aku msuk pakej RM796...aku terbaca blog Aidid Mu'addib rase mcm btol jgak ape yg dia ckp....huhu...nak cri mmber pnyela susah jgak, bile tnye jomla join...last2 tiada jawapan yg diberi dan ada yg bg alasan mcm2...so skrg, AKU DALAM DILEMA...huhu...nak truskan atau tidak...bantu saya...email sy kt amc_clubAplus@yahoo.com....pandangan anda diperlukan....huhu...

ADMIN KERETA SEWA TELUK INTAN said...

Hehehe...selepas beberapa lama baca AM punya komen baru dapat baca dia punya first entry...skema gak En AM masa mula2 posting dulu ek? Anyway... good job bro..keep it up!!!

cek chun said...

last!

matsom said...

Pehh, has it been one year already? Tahniah AM for your dedication, humor, wit, passion etc-etc bla-bla

2.5 million views, two and a half million fucking views! Give this man something!

Kalu blog porno atau donlod movie tak heran lerr, ni blog anti-mlm heheh...

Hafifi Borhan El Said said...

thanks bro.... ak memang set kt otak tak layan semua mende2 mcm ni....sebab, prinsip ak bukan mudah nak kaya lg pulak sekelip mata... so awal2 lg ak yak layan yg ajak ak cari duit, tag2 duit bagai..duh... anyway thanks...

Unknown said...

Hahaha lain kali cari 1st page dulu baru kebabommm ;)