And so it is...

Friday, February 18, 2011

The Malay State


Full Title: The Socio-Economic-Political State Of The Malay People, Today And In The Future, According To Aidid Mu'addib, While He Is In Free Association Mode, In Relation To The Issue Of MLM and Pyramid Schemes.
  
Free association is a technique used in psychoanalysis and was originally devised by Sigmund Freud's coworker, Josef Breuer. In free association, psychoanalytic subjects are invited to relate whatever comes into their minds during the analytic session, and not to censor their thoughts. This technique is intended to help the subject learn more about what he or she thinks and feels, in an atmosphere of non-judgmental curiosity and acceptance. Psychoanalysis assumes that people are often conflicted between their need to learn about themselves, and their (conscious or unconscious) fears of and defenses against change and self-exposure. Its goal is not to unearth specific answers or memories, but to instigate a journey of co-discovery which can enhance the person's integration of thought, feeling, agency, and selfhood.


Free association means I'm gonna blabber anything that comes to mind concerning my stated topic above. Aku rasa huraian subjek ini bukanlah bertaraf 5 bintang, dan tak boleh buat topik thesis untuk PhD kut. Ianya hanyalah pendapat peribadi dan aku harap tidak bersangkutan dengan yang hidup atau yang telah mati dan tidaklah pulak aku mengharap apa-apa habuan atau mempunyai apa-apa agenda dalam pembawaan perbincangan ini. Hey, I'm just in free association mode, anything can come out!

Ramai yang bertanya kenapa Aidid Mu'addib begitu "anti" terhadap MLM sehingga sanggup melakukan kajian, membentangkan kes demi kes, kadang-kadang buat macam-macam benda untuk dapatkan maklumat, dan sanggup pulak mengarang dengan panjang lebar tentang topik permasalahan kita ini, sama ada di facebook dan sekarang pulak di blog keparat ini (keparat... kata orang MLM la). Pernah kena kencing ke bang? Soalan paling lazim yang aku terima. The answer is no, never. Aku saja takde keje beb. Tengah boring-boring, hobi aku belasah orang buat mungkar. Kan best gitu? 

Aku ingat masa remaja dulu ada membaca pasal kes Pak Man Telo, a.k.a. Osman Hamzah - di mana skim cepat kaya ini melibatkan wang yang dianggarkan hampir 100 juta hengget! Polis yang menyerbu arwah ni (dah meninggal di Terengganu 1997) kat Taiping menjumpai 2 juta ringgit cash dalam rumahnya! Kes ini melibatkan anggaran 50,000 ahli yang sama psycho dengan Pak Man (atau yang lurus bendol - mungkin jugak ada di antara emak-bapak, sedara-mara kita pun ter-join kut), dan Pak Man sendiri mengakui bahawa dia sebenarnya tak tahu jumlah sebenar duit songlapannya sebab dia tak simpan apa-apa buku tiga-lima, apatah lagi buku log kulit tebal tu. That's when I first know and then subsequently studied about pyramid-scheme. Takde susah skim piramid ni kan? Yang bebudak Melayu sekarang ni join semua skim kejadah kiri-kanan-atas-bawah, aku selalu terfikir memang lemau betul la mamat dan minah bebudak Melayu nye pun. Apa yang tak fahamnya dey? Kalau sorang join sesuatu skim perniagaan dengan arahan cari 2 atau lebih orang lain untuk ditaja di bawah dia, dan orang yang ditaja jugak kena cari orang lain untuk ditaja, dan terus-menerus benda ni berlaku - tak kesah la ada produk jualan ke tidak, dan seterusnya duit berpindah tangan ke atas - SKIM PIRAMID le tuuu. Biar la orang yang tarak sekolah panggil bendanya MLM... skim piramid le tuuu.

Ramai mala'un yang buat MLM dan skim piramid tuduh aku macam-macam, hmmm... besa la tu. Ada yang berpendapat bahawa aku anti-business dan dari perspektif dia, kalau orang Melayu buat bzns dan boleh jadi kaya... nape aku nak kacau-kacau pulak? What is wrong with that man? Tak suka orang Melayu kaya ke? Itulah problem paling besar dalam skim piramid dan MLM tu pun - jumlah dana sesuatu kumpulan/kaum manusia itu kekal statik, sebab hanya wang berpindah tangan tapi jumlah wang dalam "bubble" kumpulan tersebut kekal sama. Ini kes, duit naik dari bawah ke atas, jadi yang atas kaya-raya dan yang bawah tambah miskin, tapi jumlah duit masyarakat pi mai pi mai tang tu jugak... khasnya jika ahli-ahli yang join skim piramid tu majoritinya orang Melayu kita. Duit masyarakat Melayu berlegar-legar dalam bzns masyarakat, tapi jumlah dana orang Melayu kat Malaysia ni kekal sama. Hey, tak kan la aku sebagai orang Melayu tak nak tengok orang Melayu lebih ramai kaya-raya? Come on la beb! Tapi, dalam hal MLM dan skim piramid ni - they are doing a fool-hardy selfish thing. Macam contoh badut KhairolR tu senang... dikautnya semua duit downline dia yang almost 100% bebudak Melayu, lepas tu dia kaya-raya... tapi beribu orang lain disuruhnya pulak mintak sedekah kat orang lain, sementara apek Uptrend terus jadi jutawan, dan yang bebudak Melayu yang join lambat hilang RM551 or whatever masing-masing (secara kumulatif). Kan ke elok sumbat aje duit tu semua dalam lubang bontot KhairolR tu, sampai dia takleh berak 2 bulan, lepas tu cincang dan sumbat tayar BMW 645Ci dia tu dalam tenggoroknya, biar dia kenyang makan getah tayar kete BMW 2nd hand. Baru puas-hati, isn't it?

Negara kita adalah negara yang sedang membangun dan secara dasarnya, mengamalkan pasaran terbuka, "free-market". Kerajaan memainkan peranan yang penting untuk kasi stimulate ekonomi, tetapi perkara ini semakin berkurangan (dirancang sebegitu) dengan perancangan makroekonomi kerajaan yang menggalakkan pihak swasta dan syarikat asing untuk melabur dan menjana perindustrian di negara kita ini sejak 20 hingga 30 tahun kebelakangan ini. Dalam tahun 2007, ekonomi Malaysia adalah ekonomi ke-29 terbesar di dunia mengikut pariti kuasa membeli dengan keluaran dalam negara kasar bagi tahun 2007 dianggarkan berjumlah RM357.9 bilion dengan suatu kadar tumbesaran sebanyak 5% hingga 7%. Bagi taburan pendapatan, terdapat 5.8 juta seisi rumah pada tahun 2007. Daripada itu, 8.6% mempunyai pendapatan sebulan di bawah RM1,000, 29.4% mempunyai pendapatan di antara RM1,000 dan RM2,000, manakala 19.8% memperolehi di antara RM2,001 dan RM3,000; 12.9% daripada seisi keluarga/rumah memperolehi di antara RM3,001 dan RM4,000 serta 8.6% di antara RM4,001 dan RM5,000. Akhirnya, di sekitar 15.8% daripada seisi rumah mempunyai pendapatan di antara RM5,001 dan RM10,000 serta 4.9% mempunyai pendapatan RM10,000 dan ke atas. Jadi sapa-sapa kat luar sana yang bergaji lebih daripada RM10,000 sebulan, anda berada dalam top 5% orang paling kaya di Malaysia. Jadi, jangan banyak komplen la dey.

  
OK... dari segi demografi pulak, orang Melayu itu adalah majoriti, tetapi kita tidak memegang tampok terbesar ekonomi negara... everyone knows that. Masyarakat Cina mempunyai pegangan hak milik sektor korporat sebanyak 42.4% dan hak milik premis sebanyak 76.1%, manakala masyarakat Bumiputera mempunyai pemilikan ekuiti dalam sektor korporat sebanyak 19.4% dan hak milik premis sebanyak 15%. Is that bad? Most Malays say that is bad. I beg to differ from most people on this. Aku tak setuju kita mahu jadi macam orang Cina. Apa kekayaan dan duit itu penting sangat ke? Boleh bawak mati masuk liang lahad ke? Nak jadikan wang-ringgit tu agama orang Melayu? Bukankah kita sebagai orang Islam, keimanan, ketaqwaan dan kesederhanaan itu yang kita inginkan sebagai bekalan ke sana? Perlukah kita jadi manusia yang alpa berlumba-lumba setiap hari cari kekayaan ke sana-sini (cari prospek ka dey?), sehingga tak kesah halal-haram duit tu, sampai rasuah di merata tempat untuk dapat bzns, sampai pijak kepala orang lain untuk memanjat tangga kekayaan, sampai sanggup buat skim piramid ngencing orang hari-hari? Kalau kekayaan seperti itu baik tak payah... well, that is my opinion. Hairul Nizam dan Chairul Niza cakap - no, no, no! Dia orang mau jadi jutawan, tak kesah la buat skim piramid sekali pun. Janji kaya... yabedabedoo! Cuma masalahnya, nak kaya mengencing orang Melayu la pulak. Cuba try test kencing chayanunalip Hairul dol, Chairul woi... biar disula chayanunalip bontot korang berdua. Anyway, seperti yang diduga dah lebih setahun dah - perniagaan jual sms kerbauhyprak dah bunuh diri terjun masuk gaung dah pun. Silap-silap memang akan kena sula si gemok tak keruan tu sedikit masa lagik oleh bebudak yang berdendam dengan bahalol sekor tu.
  
Memang penguasaan ekonomi di kalangan orang Melayu itu adalah lemah dan kita lebih cenderung untuk makan gaji daripada berniaga. Why? Sebab orang Cina memang dah conquer bahagian ekonomi dan business sejak sekian lama di bandar-bandar besar, sedangkan kebanyakan orang Melayu happy duduk kampong sejak zaman tok kadok. Jadi peluang untuk bekerja yang paling senang adalah makan gaji, jadi pegawai kerajaan atau kerja apa saja yang tidak melibatkan pengeluaran modal yang besar. I don't see anything wrong with that. Memang tidak ada jalan lain untuk menguasai ekonomi Malaysia ini selain daripada membabitkan diri dalam keusahawanan - betul tu... tapi, kalau kerja cikgu atau nurse atau pegawai penjara, ada income stabil, senang buat loan kerajaan beli rumah dan kereta - seseorang boleh hidup happy jugak kan? Tak perlu kencing orang sana-sini kan?
 
Korang ingat orang Cina yang kaya-raya tu pasti ada hidup happy ke? Nak kahwin, puluh ribu kena pakai duit (kalau tak, malu maah). Bila mati pun pakai duit gila-gila jugak. Aku ada kawan Cina yang cerita, bapak dia meninggal (orang kaya ni), habis lebih daripada RM100K buat entah apekebenda kendurinya. Kita orang Islam punya la sempoi pasal kenduri kahwin dan kematian ni. Takde nak pecah kepala memikirkan pasal nak belanja gila baboon, kecuali anak Nasimuddin dan mungkin Dr Muzzafar.... apakejadahnya ntah? Tak Islamic langsung. That is just not us Malays I don't think. Korang ingat aku yang lahir daif dalam keluarga miskin suatu masa dulu, hidup childhood aku tak happy ke? Oh man... I was very happy. Sekarang aku tak millionaire pun, I think I am happy, as I was happy then.
 
Wang dan harta yang banyak bukan budaya orang Melayu atau orang Islam secara hakiki, kecuali segelintir sahaja. Pak Majid bangun pagi, pegi masjid subuh hari, dia balik rumah breakfast makan cekodok bilis, lepas tu siap-siap nak turun sawah, kerja sampai tengah hari, balik lunch, zohor kat masjid, turun pekan nak beli barang kering dapur, dia asar kat rumah, lepak-lepak layan cucu sampai waktu maghrib, lepak dengan member-member masjid sampai habiskan isyak, dia balik rumah, makan dinner, dalam pukul 10 start usap-usap Makcik Tipah.... I hope you all get the picture. Orang Cina ada dapat rasa kehidupan macam Pak Majid? Hujung minggu anak-anak yang duduk jauh mungkin balik kampong jengok dia. Musim raya puasa atau raya haji, seronok beraya di kampong, melawat sedara-mara dan sahabat-handai. Duduk kampong aman kepala otak, takde hiruk-pikok asyik duit, duit, duit. Tak payah jadi millionaire pun, Pak Majid happy... especially kalau Makcik Tipah respons bila kena usap. Pak Majid tak kaya, tapi dia sehat tak minum arak, dia sehat turun sawah umur 64 tak kena heart-attack, hatinya aman sebab ibadah dan keikhlasan hidupnya. I see nothing wrong with that.
 
Oleh kerana persekitaran budaya dan sosial orang Melayu, keusahawanan memang dilihat sebagai sesuatu yang asing. Masyarakat Cina sangat memandang tinggi mereka yang berniaga. Orang berniaga dianggap lebih matang daripada yang makan gaji. Kerja makan gaji dianggap sebagai sesuatu yang dilakukan untuk mendapat pengalaman sementara menunggu masa sesuai memulakan perniagaan. Itu adalah naluri mereka. Tetapi ada juga orang Cina yang professional dan kerja kerajaan, tetapi peratusan yang berniaga secara "independent" adalah tinggi. Let them be. It doesn't concern Pak Majid.
 
Ada orang dalam dunia ni cekap memancing dan menjaring, jadi elok dia jadi nelayan. Ada orang cekap menerima maklumat dengan membaca dan memahami dan mengingat, elok dia jadi cikgu atau doktor. Ada orang cekap dengan benda-benda mekanikal, elok dia jadi jurutera atau technician. Dalam konteks skim piramid dan MLM, lahanat mastermind menghasut semua jenis orang jadi downline dia - ada ke logik? Tak semua orang pandai berniaga, tapi dia orang tak kesah itu semua. Mereka akan janjikan pada semua orang dengan janji keuntungan berlipat ganda supaya orang kebanyakan join bzns MLM atau skim piramid tu semua. They don't care who - janji duit untung masuk poket. Orang MLM dan skim piramid tak kenal erti etika Islamik dalam berniaga, apatah lagi etika kemanusiaan. Sense of humanity is not in their book. Jadi dia hasut semua orang dari semua lapisan masyarakat untuk "berniaga" sedangkan yang sebenarnya, dia bukan nak menggalakkan semua orang berniaga, dia hanya menggalakkan orang sedekah duit kat dia beramai-ramai. Itulah intisari kasar MLM dan skim piramid. Apa orang Amway, Zhulian, Cosway, Kerbausms, Transfer Factor, dll nak marah aku cakap sebegini? Come on, don't be so naive la dol.
 
Apa salahnya kalau orang Melayu yang dah ada kerja stabil dengan gaji yang tetap setiap bulan, terus mengamalkan kehidupan yang stabil tu? Masalahnya orang Melayu tu memang banyak yang kurang daripada segi ekonomi, jadi dia senang dipujuk-rayu supaya buat bzns, supaya dia dapat mengubah nasib kemunduran ekonomi itu, tapi pastikan la jenis bzns apa yang diajak tu. Skim piramid macam Unstobebal atau LoginFB100... hmmm baik tak payah. Sia-sia aje join laburkan duit kat bzns, dan walau pun kadang-kadang memang dapat jugak untung, tapi disebalik ceritanya, lebih 50%, 60%, 70%, 80%, 90% atau lebih lagi anak Melayu lain hilang duit begitu sahaja. Duit yang didapati tu hanyalah perpindahan daripada orang Melayu lain "by deceit" dan bukan daripada apa-apa bzns yang "substantial". Apa kalau benda tu tak nampak depan mata, ianya tak wujud ke dik? Fikirkan logiknya, kalau sesuatu bzns itu gah dan hebat, ada ke seseorang tu sebok nak mengajak orang lain buat bzns yang sama? Itulah intisari utama MLM dan skim piramid dik oi. Tanpa penyertaan manusia beramai-ramai, menatang alah bzns sebegitu tak kan menjadi. MLM dan skim piramid akan menyebabkan sebahagian besar manusia yang join itu rugi... walaupun ada segelintir yang memang kaya-raya. Kaya-raya duit laknat, memang elok sangat la tu ha? Tengok ni ha:


Sesetengah orang Melayu, apa yang dia nampak kat atas tu adalah kejayaan orang Melayu yang buat MLM, di mana dalam masa yang singkat, ada sepasang suami-isteri orang Melayu berjaya dalam bzns head-hunting Score A dan jadi kaya-raya. Meh kita join ramai-ramai buat kejadah skim piramid Jason Kok jugak meh. Itu aje la tahap akal yang ada pada dia orang yang senang kena kelentong. Apa pulak yang si Aidid Mu'addib nampak? Aku nampak 2 clown suami-isteri dari Cirque du Soleil bergambar depan Merc yang di beli dengan duit pengencingan ke atas orang Melayu, yang mana anak-anak pelanggan mereka tak sure lagik boleh dapat score A dalam peperiksaan, dan elok jugak 2 orang kat atas tu dikapankan dengan pakaian badut tu, bila time mereka dah sampai nanti. Jangan lupa suruh semua ahli sarkas tu hantar dia orang ke kubur naik gajah yang namanya Jumbo dan Dumbo. Mana la tahu, dengan duit yang tak berkat daripada skim piramid sistem binary Jason Kok ni, dengan E200 tu sekali terjun gaung tanpa di duga. Aku tengok post ni semalam kat Say No To MLM, memang terpancut air kopi yang aku tengah minum waktu tu. Ko tengok aje la pakaian dia orang... gilbab macam sakaiPNG. Kasi spoil imej E200 tu aje dan elok jugak Daimler-AG failkan saman malu, atas alasan menjatuhkan imej komersial kereta mahal tu, dan menyebabkan orang kaya lain takmo beli lagik E200 lagik dah... bloody 'ell!

Itulah dianya, kes Score A yang aku kupas beberapa minggu lepas. The basic premise of this situation already stinks to high heaven, but some Malays start defending Jason Kok like he was their family member, when I started my crusade in attacking that blatant schemer. Macam la Jason Kok tu bapak dia orang la pulak. Sampai la ni, berlambak orang Melayu yang masih takleh fikir dan bertanya pada diri sendiri apekejadahnya motif si Jason Kok tu buat Score A, dan kenapa golongan Melayu yang jadi populasi sasaran. Think about it. Kalau Score A ni bagus untuk anak-anak yang masih bersekolah, kenapa sasaran utama pakej e-learning "yang gah" ni ditujukan kepada anak-anak orang Melayu? Apa Jason Kok dah berpaling-tadah daripada bangsa dia sendiri ke bang? Dia sayang sangat kat orang Melayu dan mahu anak orang Melayu semua score A masa peperiksaan di Malaysia ni, supaya orang Melayu lebih terpelajar daripada anak-anak orang China dalam 10 tahun akan datang. Jason Kok ada wawasan 2020 gitu, sebab 12 tahun lepas dia kena brainwash oleh seorang dukun Melayu yang merawat buasir dia, dan sejak itu dia sayang sungguh pada orang Melayu, sampai sanggup buat Score A yang berteknologi tinggi, untuk balas budi jasa orang Melayu yang berbuat baik kepada dia. Ada logik ka yeop? 

Ini bukan isu perkauman per se (OK, mesti ada orang yang boleh spin ianya isu perkauman, I can't deny anyone that), but the issue of seeing the bigger picture... and of course, because I do not think I'm racist. I have been good to my Chinese friends and customers, as they had been good to me after all these years. Sapa yang baik, baik le beb. Sapa yang langau tetap langau. Sapa yang lanun, akan nampak lanunnya. (Ramai orang Melayu yang berperangai macam lahanat - there! So, sekarang aku dah jadi racist anti-Melayu ke apa?) Apa nak dikesah sangat kalau orang tu Cina, Melayu, India atau Sakai. Islam tak mengajar aku jadi racist, so forget the innuendos. Do you all follow my train of thoughts here? Of course ada anak Cina yang pakai Score A untuk buat latih-tubi pelajaran, dan of course ada orang Cina atau pun India yang jadi resellers Score A... tapi berapa ketul? Kenapa yang sebok saban hari buat kerja skim piramid ni, kiri kanan atas bawah, hampir semua orang Melayu? Kadang-kadang aku terfikir jugak, mungkin Jason Kok tak nak buat Score A ni open kepada orang Cina, sebab dia takut orang Cina start attack dia bila skim ni crash. Itu dah kira dia mengencing bangsa sendiri tu. Dia takut satu hari nanti dia akan kena sula dengan batang penyapu yang tumpul oleh samseng triad atau samseng whatever. Kalau dia tujukan pada orang Melayu bzns ni, kesannya sure dah jadi positif kepada bangsa dia sendiri, dan dia akan dihormati sampai ke mati. Why? Namanya akan melonjak naik dikalangan orang Cina sebab dia berjaya kasi hancing ubun-ubun kepala orang Melayu beramai-ramai, dan dana orang Melayu dapat berpindah tangan kepada tangan dia/Cina. You wanna deny me, that there is a certain respectability in those who had managed to siphon millions of ringgit of Malay money to the other side of the fence? Come on... you're also telling me that nobody saw this coming ha?

Alahai Mak Limah! Itulah orang Melayu. Bila aku sebok attack pengamal skim piramid atau MLM, berlambaklah bebudak Melayu yang tak abis sekolah attack aku balik, dan sungguh-sungguh pulak lawan aku dan cakap aku sesaje hasad-dengki pada orang Melayu yang nak berniaga. Oh tak lupa jugak, yang ayat yang selalu terpancut daripada anak-anak Forrest Gump tu semua adalah... "ko belum habis belajar lagik" atau "ko kurang ilmu pasal MLM". Aku, Aidid Mu'addib, pengarang blog anti-MLM tersohor (boleh aku masuk lift, tarik tali lift sendiri beb?) kurang ilmu pasal MLM? Ye kut... that's a possibility. Tapi kalau korang baca blog aku ni, pengetahuan tentang MLM aku rasanya adalah lebih banyak daripada ramai orang Melayu lain... ain't it? Atau pun, mungkin bahalolnya yang "talak baca punya olang", bak kata Jason Kok. Kiranya aku takleh nampak ada orang Melayu berjaya dalam bzns gitu... sebab aku dengki dan pernah kena kencing buat MLM, yang mana aku gagal sebab aku takleh hayati industri MLM ni dan aku kurang usaha. Usaha head-hunting kepala bapak dia kurang usaha. Siyes! But anyway, the whole damn fucking thang just doesn't make sense, you know. Pity these kind of young ridiculously stupido Malays. Jenis yang elok dikumpulkan ramai-ramai, sumbat dalam feri, dan bawak slow-slow ke tengah laut, dengan tayangan wayang Titanic on-board sepanjang perjalanan, bagi last meal dan karamkan dengan feri tu sekali ke dasar laut. Kejadahnya dik nak defend penyamun dan penyangak Melayu, please tell me the reason for that? Aku attack dia orang pengamal MLM ni, berapa gaji Najib bayar aku sebulan agaknya, anyway? Silap-silap geng Najib yang akan kejar aku sebenarnya... the thought had crossed my mind dear sirs/mdms, believe me.

Speaking of Najib, I found this somewhere in FB. There're a lot of things you can gather from that graph above, buat I just wanna highlight a few points in relation to my topic of discussion. Kepuasan hati pengundi terhadap prestasi Dato' Seri Najib Tun Razak, as of Dec 2010, adalah dalam 70%. Not bad I supposed. Jadi, sapa-sapa yang berharap ada rusuhan style Tunisia atau Mesir tu, pendamkan aje perasaan yang membara tu dulu. Elok simpan aje parang betung tu kembali dalam reban ayam. Negara Malaysia ni secara relatifnya adalah stabil, dan dengan kestabilan itu juga, ekonomi terus berkembang pesat daripada setahun ke setahun. Tapi, ingat data di atas tadi yang mengatakan bahawa orang Cina memegang 76% hak milik premis di Malaysia ini, berbanding 15% pada orang Melayu. Hey, Malay still control the political system of the country, but wat hepen? Benda ni dah berpuluh tahun terbentuk, di mana kita cakap pasal premis, pasal harta kekayaan yang terkumpul - dan jika sesuatu kaum tu banyak berbzns, maka banyak la dia orang menyimpan harta. Aku sebenarnya bukan nak diskus aspek itu, tapi aku nak diskus sket pasal aspek politik Malaysia.

Korang tengok dari graf tu, hanya 54% orang Cina happy dengan prestasi PM, tapi do they really care about him anyway. Orang Cina tahu kedudukan mereka di Malaysia, kecuali segelintir, tapi selagi peluang untuk mengumpul harta kekayaan terbuka luas, apa nak kesah? Walaupun separuh daripada orang Cina tak suka PM, takde dia orang nak start cari gaduh derrr. After all, kalau ajak gaduh, nisbah Cina:Melayu adalah 1:2, dan Malaysian army and police are mostly Malays, dan yang paling penting dia orang takmo cari gaduh adalah... kejadahnya nak cari gaduh tanpa bersebab? They're rich and happy, and Malaysia is peaceful what? They just love to continue as it is. I, myself just love everything continue as it is. Aku pun tak nak cari gaduh jugak. I've got lots of Chinese friends too.

And that brings me to my intended point. Orang Melayu perlu terus kekalkan kekuatan politik di Malaysia, supaya kerajaan dapat bantu terus orang Melayu yang dungu dan miskin tu semua supaya kehidupan mereka kekal stabil. Supaya quota anak Melayu masuk IPTA boleh diteruskan, dan secara langsung anak-anak Melayu bertambah-tambah jadi terpelajar dan tak senang kena kencing oleh Uptrend, Zhulian, Amway, Elken, whatever MLM kejadahnya lagik yang berkeliaran cari mangsa-mangsa yang singkat akal setiap hari. Boleh teruskan keadaan sekarang di mana orang Melayu ramai kerja kerajaan, after all, kerajaan sekarang penuh dengan orang Melayu. Terus kekal ada MARA, Tabung Haji, ASB/ASN, Tenaga Nasional, MAS, TM... blablabla. You get what I'm saying?

Ini tidak. Kalau cakap pasal potilik, group ini gaduh dengan group itu, dan group itu pulak tak puas hati dengan group yang satu lagik - yang ketiga-tiganya group orang Melayu. Memang la patut orang Melayu tak kaya-kaya. Sebok bercakaran, daripada pak-turut, sampai orang atasan yang pegang kuasa. Korang boleh kasi aku sorang contoh ahli politik yang buat kerja saban hari bertungkus-lumus untuk 100% kepada kebajikan orang Melayu, dan tak kesahkan sangat hal lain? I haven't seen any. OK, I have one in mind. But, he's not in my state. The way I see it, ahli politik tu semua concentrate tak sudah-sudah cari jalan bagaimana nak kekal berpolitik sampai bila-bila, dan mahukan dirinya kekal pegang kuasa yang ada. Sampai satu hari tengah bersidang kat Parlimen, atau tengah layan awekz, dapat heart-attack, dan terus keras. Then, sebok la sorang lagik ahli politik berkempen untuk rebut kerusi yang kosong tadi. Sementara itu si Ah Chong beli rumah kedai sebijik lagik. Good for him.

We need a strong Malay government, that takes care the Malay Dilemma... like CheDet said a long time ago. Kerajaan kena cari jalan untuk mengekalkan harta-benda orang Melayu yang ada, pastu berusaha supaya harta-benda tu dapat meningkat daripada setahun ke setahun. Betul, banyak program bantuan kepada golongan Bumiputra yang terus dicurahkan kepada orang Melayu melalui MARA, Jabatan Pertanian dan Perikanan, dan lain-lain lagik. Ianya perlu diteruskan, walaupun kadar kejayaan usahawan Melayu itu masih ditahap yang cikai. Buat ladang sayur, Jabatan Pertanian kasi bantuan bagai nak rak (dengan duit rakyat tu), hasil akhirnya? Tanah terbiar, selepas 2-3 musim menanam. Paip dan pam air yang dapat daripada sedekah Jabatan Pertanian, akhirnya dijual kat orang India yang jual-beli besi buruk. I've seen this happened countless times in my kampong. Nasib baik ada ada kerajaan orang Melayu, kalau tak dah lama ramai orang kampong muflis kena saman tak sudah-sudah. Sebab kasi duit ribu-riban untuk pertanian, lesap begitu aje tanpa hasil.

OK, kalau cite pasal politik sampai ayam pulang petang pun tak abis, dan ini bukan blog politik dari mula lagik. Dan episod Papagomoi yang berpolitik macam haramjadah tu dan datang mencemar blog aku beberapa minggu lepas tu pun dah kira sungguh-sungguh haramjadah sangat la pada aku. Aku dah cakap sebelum ni, politics bore me to death, and I have never voted my entire life. Nak vote penyangak mana satu? Benda macam MLM ni, tak kan takde ahli politik yang prihatin pasal isu ni setakat ni? Sedangkan Singapore dah haramkan pyramid-selling sejak tahun 70-an lagi. China yang ada 1.2 billion umat dah haramkan MLM lebih 10 tahun dah... Malaysia apa cer? Tak guna jugak kalau aku kasi penerangan yang berbelit siap ada kalkulus bagai, nak buktikan yang aku betul dalam mengatakan bahawa MLM ni hanyalah sistem perniagaan lintah-darat yang tiada substance dan hanya merosakkan taraf ekonomi orang Melayu sejagat. Ramai bebudak Melayu yang tak faham kejadahnya aku elaborate pun. Baik aku terangkan se-simple yang mungkin. Dik, tengok gambarajah ni.

Mana-mana plan pemasaran sesuatu bzns yang ada menaja mala'un atas mala'un atas mala'un tanpa putus-putus, ko akan dapat gambar piramid tu. Kita anggaplah dana orang Melayu adalah bulatan tu, dan ada satu bzns MLM tengah bekerja keras merekrut ahli demi ahli demi ahli, di mana kalau 1 cari 2, 3, 4, 5, 100... ko akan dapat jumlah ahli dalam bentuk piramid, di mana sapa join awal duduk atas, sapa join lambat duduk bawah. Sekarang CEO macam Hisham Lintah Bangi, yang perasan dia cekap berniaga, yang nak buat petrol2all.com tu (pastu kelentong Petronas terlibat sama), yang nampak sah-sah tak faham sepatah-haram pasal ekonomi apatah lagi pasal isu esponentialism dalam MLM dan skim piramid, ada hasrat nak duduk kat atas sekali di puncak piramid. Kalau menjadi kerja lahanat skim piramidnya ni, dan takde pihak kerajaan nak kekang si fatso tu, apa yang akan berlaku? Petrol2all.com tu hanyalah proses memindahkan duit-duit Melayu dungu yang tak abis sekolah menengah (believe me, there are loads of them rollicking around Bangi), daripada bawah naik ke atas, dan apabila jumlah ahli dah capai peringkat tepu, skim piramid ni collapse/crash/tergolek-dog, jumlah dana semua orang Melayu kekal sama akhirnya. Isn't it bra? Takde apekejadah berlaku dalam perniagaan ni selain daripada perpindahan duit daripada segolongan orang Melayu yang ramai kepada sejumlah kecil orang Melayu kat puncak piramid. Yang join tu semua dapat apa? Rebet 2 sen seliter minyak petrol wadefak? Ini yang baik untuk ekonomi orang Melayu sejagat ke dol? Mana rumah kedainya, mana kilangnya, mana produk 21st century yang dihasilkan oleh entrepreneur Melayu yang keluar dieksport ke luar negara? Gilos!

Ok, sekarang apa kata kalau bukan si fatso Melayu yang duduk atas puncak Piramid, tapi chayanunalip atau pun omputeh pulak yang sebenarnya jadi numero uno? Ini lagi parah, isn't it? Dan inilah yang paling banyak berlaku dah berpuluh tahun kat negara Malaysiaku yang kucintai. Dalam gambar tu aku kasi contoh syarikat MLM yang aku teringat aje, sambil menaip ni, tapi korang boleh gantikan apa saja nama syarikat yang korang suka. Sama jugak prosesnya, sapa join dulu boleh jadi International Gold Leader Distributor Haramjadah, dan orang-orang Melayu yang dihasut dan dikelentong, dan yang Forrest Gump, semua duduk kat bawah-bawah sebagai feeder kepada sistem perpindahan dana yang tercanggih di abad ini. Dan sales yang berlaku kepada orang Melayu dengan janji MonaVie untuk merawat kanser dan menyembuhkan mati-pucuk, juga berperanan sebagai feeder untuk memindahkan wang-ringgit, step by step, naik ke atas puncak piramid. Cuma, dalam senario ini, duit yang dah sampai ke puncak piramid, ianya disalirkan keluar terus masuk poket apek-apek syarikat Uptrend yang beribu-pejabat kat Klang, Selangor. Ha! Itu la kerja si Chairol Niza si badut dan ND Lala si artis cikai yang dah tak laku tu. Atau pun, kalau cita-cita orang Melayu sasau tu lebih tinggi lagik sampai ke langit, dia akan sebok menjajap produk Transfer Factor daripada jus colostrum yang menjijikan, selagi mahu pada orang Melayu, dan bila duit keuntungan naik ke atas Piramid, duit tu dihantar wire-transfer ke bandar Sandy, Utah, U. S. of A. the headquarters of 4Life Inc. Kasi sedekah kat orang Mormon yang sama dungu dengan orang Melayu. Cerdik macam Pak Pandir dan Mak Lampir sekor-sekor orang Melayu nya puuuun. Patut la jumlah dana orang Melayu tak naik-naik. Bila ada anak Melayu yang berjaya dalam bidang perniagaan dan meningkatkan jumlah ekuiti orang Melayu sejagat, ada beribu bebudak Melayu yang degil tak tentu-pasal tak nak dengar nasihat, sebok menyalirkan keluar dana orang Melayu ke dalam poket Jason Kok. Gilabab punya psycho duh! Wadehel?


Carta kat atas aku dapat daripada Bank Negara, maknanya ia lebih terkini daripada data sebelum ni. Anggaran pendapatan bzns dari sektor direct-selling di Malaysia pada tahun 2005 adalah dalam 5 billion hengget. OK, 5 tahun kemudian pada 2010, disebabkan banyaknya orang Melayu yang jadi feeder macam Lemmings di merata tempat di pelusuk negara, kita anggaplah pendapatan daripada sektor ini jadi RM10 billion. Tengok GDP Malaysia pada tahun 2010 tu berapa? 720 billion. Maknanya, sektor MLM menyumbang 1.4% GDP negara. Sekarang korang fikirkan berapa peratus umat Melayu yang berkecimpung sedikit atau berkecimpung manyak-manyak dalam sektor kejadah ni. MLM ni memang kerja orang Melayu bersuku-sakat dari yg tua, sampaikan budak yang baru lepas SPM dan yang masih kat IPTA pun nak sebok saban hari, bertungkus-lumus buat head-hunting, mengerjakan keje yang sia-sia bagai nak rak neh. Kalau 10% umat Melayu yang gelap mata dengan janji upline keparat tu semua (yang maksudnya semua yang join MLM diklasifikasikan keparat jugak le, sebab semua akan jadi upline jugak akhirnya, kecuali yang paling hujung dan yang dah dapat hidayah daripada... I dunno), ada logik ka 10% manusia sebok mengejar kekayaan 1.4%? Wei! Mana ko sekolah dulu wei?

Sapa yang banyak follow perkembangan blog aku ni, mesti tahu cerita si sakaigirl MsAwin yang tangkas menegakkan hujahnya bahawa perniagaan MLM ni adalah peluang untuk orang Melayu yang kurang berada, yang kurang modal, dan takde tinggi pelajaran, untuk mencebur diri, sekali gus dapat berpeluang untuk meningkatkan taraf hidup. Familiar grandmother story this one? The stinking useless sakai bought that advert from those MLM companies... hook-line-and-sinker. Elok buat umpan taut aje awekz nya. Memang la syarikat MLM tu hasut orang yang kurang berada, yang kurang modal dan yang takde pelajaran tinggi untuk join MLM depa, sebab inilah kumpulan manusia yang paling senang dikelentong. Takde nye orang kaya, orang yang berduit dan orang yang berpelajaran tinggi nak buat kerja MLM ni der. Satu sebab, dia orang dah ada stable job/income, nak buat apa buat kerja bangang? Dan satu lagik, orang yang terpelajar dah nampak clear dakyah MLM ni a mile out, before it arrives at their door. Syarikat MLM memang target kumpulan manusia sebegini (low income, low education), dan dia orang target supaya mereka join ramai-ramai. Tak cukup quorum, lingkup bzns MLM tu. Kumpulan sasaran sebegini diperlukan sebab senang syarikat tu semua cerita bahawa minum jus buah Amazon atau jus fungus cordyceps (hahaha!) boleh elakkan kanser serviks (what the...?), boleh kelentong buta-buta yang multivitamin Nutrilite daripada Amway lebih berkualiti walaupun mahal berkali-ganda daripada multivitamin syarikat farmaseutikal yang ada ISO9001 (namanya pun multivitamin, ada MVT banyak versi ke dalam dunia ni? Dan Amway tu syarikat farmaseutikal yang high class ka?), dan boleh kelentong buta-buta bahawa perniagaan MLM ni boleh menjamin pendapatan yang lumayan sampai ke mati... i.e. kalau mati tu bulan depan la.
 
Ntah kenapa la ramainya orang Melayu tu benak sungguh? That's a rethorical question, you don't have to answer that. Trust me, ada berlambak jugak bebudak Melayu tu yang membaca artikel keparat aku yang ini akan tertanya-tanya, "rethorical question" tu apa pulak bang? Ha, you out there... betul dik? Check kat google translate... nothing? Check online dictionary. Kepada yang di universiti tu, udah-udah la tu dik cuba buat bzns MLM Score A tu. Stop jadi feeder kepada kekayaan chayanunalip yang tak bersaudara dengan korang... 5 pupu pun idok yeop, usahkan bau-bau bacang. Concentrate aje la kat korang punya study, dan selepas beberapa tahun, boleh korang jadi orang yang terpelajar lebih dari aku ni ha. I'm gonna be dead soon, korang kena ganti aku dik oi! Sapa lagik yang nak mengesahkan kebajikan orang Melayu, kalau bukan orang Melayu tu sendiri? It's just a simple logical request from a Malay guy, that hasn't got any reward for the existence of this blog these few blissful months for yours truly... except that it has been read a million times - AS OF TODAY... kalau panjang umur. That's all there is for me my dear apt pupils. What else is there?

Ingat entry aku pasal korset berplutonium Hai-O Premium Bloodyfool dalam 6 minggu lepas, yang ramai penggunanya jadi serba-salah sebab terasa dikelentong bulat-bulat, dan ramai pulak pengamal MLM salesmen/women tali-barut Hai-O jadi tak keruan? Itu memang tipikal contoh bebudak Melayu yang dah kena kencing berlari oleh upline chayanunalip dari Klang... berlari bawak duit keuntungan la beb. Still, ada jugak bahalol Melayu yang nak defend produk tu dengan statement merapu yang mana, sapa-sapa yang terpelajar sedikit pun akan ketawa terbahak-bahak. Ini contohnya: FIR tu dr tourmaline, sejenis kristal yg terdapat kat perairan jepun, dan hasil dr kajian saintis jepun, dieorg dpt hasilkan bahan serupa FIR.. kristal tu ditumbuk halus (guna machine) n disulam ke dlm kain.. yg plg byk pd bhgn tulang2 sbb dienject terus.. Ni salah satu Japan technology.. =). Siap tulis ada benda ni =)... kepala hatok ko =)! Ditumbuk halus dan disulam dalam kain? Kalau dah ditumbuk halus, camane ko nak sulam... idok ke mende nye bertaburan dol? Wouldn't it disappear after you wash it? Disappear like a fart in the wind. Or maybe it's your IQ that will disappear like that metaphorical stinking fart. Itu belum masuk isu FIR (that needs high energy power source) dan isu thermodynamics lagi tu. Itu belum masuk bab yang corset tu sebenarnya datang daripada Guangzhou dan bukan Jepang. Eh, senang-senang aje la bebudak ni nak kasi reputasi orang Jepun tu jadi geng samdol masih bercawat macam MsAwin. Jepun yang teknologinya setara atau mungkin lebih lagik daripada US, hasilkan kelentongan kejadah sebegini? Haiya! Aiyo ma!
  
Do you all get it, why my blog has lots of mathematics and scientific knowledge? In my opinion, science and mathematics will set our Malay people free. Politics and politicians are useless because this involves money... useless, since forever. And religion didn't work at all, so far... or maybe never. I hope science and mathematics will do wonders... even then, only for some blessed kids. If not, then like Jason Mraz like to sing: "well, it all amounts to nothing in the end..."




218 comments:

«Oldest   ‹Older   201 – 218 of 218
hyelbaine said...

Tok Moh and Hell's Angel punyer soalan cukup simple yet padat. Might want to answer that first before everything else but then again everything else that was asked before was never replied.

Sekian.

It Just Me..... said...

hyelbaine,

takde maknenye die nak jawab derr...
Maybe die sendiri yg tak paham apa maksud Multi Level Marketing...

And nampak sangat die tak baca from the beginning ...

I rest my case.....

Che underscore Lee said...

Aidid, mohon share article ni yer ;)

fendisaad said...

MLM jual lesen CAD software ade x?haha

hyelbaine said...

Muahahaha....Sawan kena pwnd by tuan tanah again :P hahahahha....Sib baik aku tak reply lagi if not people will wonder again why I'm responding to a comment yang tak wujud :P

Unknown said...

Fendi, lesen CAD software apa yg kau nak ?

Hell`s Angel said...

hyelbaine

Utter moron MsSawan tu tak payah layan la pawned pun takpa..Mesti nanti spawn jugak bila tuan tanah terlepeh pandang

DiriPerkara said...

hahahaha...da name Multi LEVEL Marketing...xkan men duk memanjang je puuun prospek2x tuh....x kayo la deme....simple pon x paham....bodo piang eh.....

fendisaad said...

bagi gua NX ke..
lau CATIA v5 bg full license..haha

Anonymous said...

MsSawan kan dah cakap dulu dia akan jadi shadow kat sini. Kena kutuk & sumpah kaw kaw pon memang tak lut punyer spesisnyer.

Ms Sawan ni persis psycho flasher yg selalu lurk kat celah2 bangunan/tepi semak samun/jln sunyi. Lagi orang menjerit lagilah dia rasa excited & seronok tahap gaban nak flash "barang" dia kat orang, whichever genitalia applicable to MsSawan.

LittleLady said...

hahaha.. Laila.. good one..

teringat lak flasher masa zaman sekolah dulu. sembunyi kat celah pokok kelapa sawit. bila kitaorang lalu balik sekolah, terus dia keluar dari celah pokok dan dgn bangganya dia menunjukkan kemaluannya. kwn aku siap trauma dgn insiden tersebut.

flasher mcm ni kita jgn layan, kita tgk n gelak2 je. baru kecut anunya. sure tak berani tayang dah.

ibarat mcm MsSawan n lain2 trolls..

Unknown said...

Sorry, tak dapek nak nolong.

osip said...

boy bagi la contoh2 epic ko tu..bes aku bace..aha


tapi kalo bagi contoh yg mudah/tepat camne pn, kalo hati da gelap makan duit haram..hidayah mmg xkan masuk..orang yg kurang pandai pn, kalau hati bersih, tak makan duit haram..senang je terima orang aja..

Unknown said...

Osip, contoh2 epic apa? Sorry, aku kurang paham soalan ko ni, maklumlah aku ni dah tua he he he

Unknown said...

pernah terjebak dengan mlm itupun ikut kawan sebab kesian kt dia jadi saya ikutlah,,tapi harga barang dia mahal2 3 kali ganda dari barangan biasa katanya lagi berkualiti dari produk lain yang ada di pasaran,sekarang dah berhenti

Khairul Hazwan said...

vote for MsAwin ......
very informative ideas.....

Aidid Mu'addib said...

Yep.... idiots always flock together.
We all know that... don't have to announce it to the world... dol.

azwan said...

ahahahHAHAhahaha...

Melayu bengap memang senang kena tipu. Hanya terima sahaja ape yg disumbat dari sekeliling. A diterima sebagai A, takkan B. Sentiasa terlopong ternganga. Nak argue, tak mampu, tak cukup ilmu, tak sampai sinaps otak tu.

«Oldest ‹Older   201 – 218 of 218   Newer› Newest»