Bagai nak terpancut berak aku bila Riyu Steelhead pegi post kat wall aku kat facebook, pasal ada syarikat Forrest Gump ni yang baru sahaja melancarkan skim mintak sedekah kat orang-ramai untuk isi minyak petrol dalam kereta masing-masing... bloody 'ell punya samdol la pulak orang Melayunya! Badut first class neh... kalah KhairolR. Ada ke patut buat skim piramid untuk isi minyak - ada logik ka?
Korang faham kan, skim piramid tu tak lebih daripada proses mintak sedekah di alaf baru, di mana ko mintak duit pada downline ko, dan ko suruh downline ko tu mintak duit pada downline dia pulak, dan proses tu berterusan sampai la skim tu collapse. Ianya akan collapse/crash/bungkus satu hari nanti, sebab akan ada terlalu ramai pemintak sedekah berkeliaran, dan takde pulak prospek pemintak sedekah baru dijumpai lagik. Sekarang ni, saban hari kita tengok berlambak-lambak budak Melayu yang dah tak tahu malu, asyik nak mintak sedekah aje kat orang lain... kejadahnya ntah.
Hahahahaha! Petrol2all.com Bahalol Nak Mampos nama skim piramid yang ini. Gilabab macam babgila betul baruanya ("Petrol2all" dan bukan pulak "Petrol4all"... hahaha!). Baru dilancarkan pada 5 Februari di Bangi. Premis skim ni adalah standard/classifical pyramid scheme di mana ko join, bayar RM200 di bawah sorang penaja (sekaligus, ko sedekah duit ke atas piramid) dan ko pulak menaja pemintak sedekah yang lain dengan mencari downline sendiri supaya ko pulak dapat peluang untuk pow duit orang lain - kira dapat lesen untuk pass baton pow-mengepow gitu. Best agaknya mintak sedekah pada orang lain untuk isi minyak kereta macam gini.
OK... kalau ada jugak orang Melayu yang dah memang low IQ, dan nak join jugak skim kejadah ni, ko akan dapat apa dol? Dapat 2 kad plastik macam yang kat atas tu. Dengan RM200 joining fee, ko akan dapat satu kad prepaid untuk beli minyak petrol sebanyak RM50, dan dapat kad mesra Petronas... yahoo! yabedabedoo! RM50 tu bang! Gilabab punya pemurah penganjur skim piramid yang ini. Tapi, pehal la pulak Petronas nak terlibat sama dalam hal ni? Dengan untung ratus billion hengget setahun, kok dah sasau ke Petronas nak terlibat dalam skim piramid cikai sebegini? This is small potato, strictly nickels and dimes. But of course, bendanya takde kaitan pun. Bahalol mastermind hanya menggunakan Mesra Loyalty Programme tu aje buat modal pada pelanggan yang dungu yang akan join. Dan dengan adanya nama PETRONAS pun boleh buat modal kasi nampak menatang nye gah sket. Besa la orang buat MLM dan skim piramid punya perangai.
Oh adik-adik ku semua. Daripada plan pemasaran skim piramid ni, banyak kiraan matematik yang boleh dibuat untuk mengetahui apakejadahnya ciri-ciri kerja mungkar mintak sedekah ni. Basically, untuk setiap pendaftaran RM200 tu, si mastermind anak dajjal akan kasi RM50 buat modal petrol, sebab dia memang pemurah dan penyayang. Yang RM150 lagik tu pegi mana? Kalau jumlah ahli skim masih sedikit, iaitu hanya 5 generasi sahaja - dia boleh dapat profit RM100 daripada setiap sorang ahli baru. Itu paling maksimum boleh si mastermind dapat daripada sekor-sekor pemintak sedekah yang pemurah. Longkah jugak tu.
Tapi, kalau ada 9 generasi (dan lebih) pengemis dah terkumpul berdaftar, dengan komisen yang diagihkan (naik ke atas) kepada setiap ahli yang join, maka kadar keuntungan si mastermind akan turun kepada RM23 seorang sahaja. RM23 sikit ke tak? Tak jugak. Bendanya simple aje - kalau ada 100 orang dungu yang join, dia si dajjal dapat 100x100 = RM10K untung. Tapi kalau 10,000 orang pengemis terkumpul di bawah naungan skim ini, maka kadar keuntungan jadi 10,000x23 = RM230,000. Yeehaaa! Kalau 50,000 orang (trust me, memang boleh dapat 50,000 Melayu yang bahalol, yang suka jadi pemintak sedekah dan tak kesah makan duit haram kat Malaysia ni, kalau skim ni dibiarkan cukup lama), 50,000x23 = 1.15 juta hengget. Betul? After all, skim piramid mana-mana sekali pun memang modus operandi nya sebegini. Joining fee murah aje, tapi kalau dapat ahli ribu-riban, melompat sakan leeee! Satu aje syaratnya kalau nak jadi millionaire dengan cara ini. Pastikan takde rasa guilty dalam diri, dan pastikan diri tu suka bebenor makan duit haram laknat. You're gonna be successful, man!
Oh ya... untuk ahli biasa yang join, berapa pulak boleh dapat sorang dengan modal RM200 tadi? Kalau ko join, dan ko cari sepupu-sepapat ko 3 orang lagi untuk jadi kuli-batak downline, dan dia orang pulak masing-masing cari pengemis yang lain, dan seterusnya jumlah ahli berkembang sampai 5 generasi, ko akan dapat untung RM1,542. Hmmm... not too bad. Dengan modal RM200 aje boleh dapat 7 kali ganda untung. Skim piramid memang best gitu! Tapi, apa kata kalau ada 9 generasi dengan jumlah ahli dah mencecah 30,000 orang, berapa sengsorang boleh dapat - I mean yang kat puncak piramid kat level 1? RM118,092... waaaaa! Dengan modal RM200, ko boleh untung RM118,092. HAHAHAHAHA! Meh join ramai-ramai meh. Kita kasi puncak piramid kaya-raya dengan duit keuntungan haram-jadah. Orang Melayu ni, selain daripada banyak yang dungu, ada jugak ramai yang pemurah dan suka bersedekah duit free pada orang-orang yang tak dikenali.
OK, itu aku kira basic aje tu. Malas nak bongkar sampai ke akar umbi. It's just maths. Tak kesah kalau aku kira salah, jumlah keuntungan lebih-kurang kat situ jugak. Dan lagi pulak, intipati skim piramid sebegini paling dasarnya adalah: Aku join menatang ni, dan aku cari downline, dan dia orang akan cari downline berterusan, seterusnya orang yang kat bawah sedekah duit ke atas, kat aku la tu. Barang jualan pun tarak. Juai ayaq lioq saja cek noh. That's it... sempoi!
Yang itu tak penting sangat pada aku, yang pentingnya... apekehenye yeop burok perangei bebenor? Tak kan la bermodalkan isu bahawa harga petrol asyik naik aje (sebab Najib tu memang cekap), terus nak buat skim piramid untuk dapatkan duit untuk isi petrol kereta sendiri, dan sekaligus dapat extra income untuk kasi anak-bini makan? Psycho, tak berpelajaran dan takde kasih-sayang emak-bapak ke apa dol? Atau pun adakah emak-bapak ko dulu membesarkan dan kasi ko makan dengan duit haram, so sekarang bila ko sendiri dah besar, ko pulak nak kasi anak-bini ko tu duit haram jugak. Adakah sifat dajjal itu penyakit genetik macam kencing manis dan darah tinggi? (OK, itu sume adalah soalan terbuka yang aku tujukan kepada mereka-mereka yang terfikir nak join mana-mana skim piramid, aimed at no one specific - so, tak payah la nak kritik ke, apa ke). Lagi pulak, tak takut ke isi minyak kereta tu dengan duit haram lahanat? Tak berkat tu kan samdol? Nanti free-free aje accident tergolek-dog kat highway, sebab Allah dah laknat ko dengan bala dan musibah kat dunia ni. Itu belum balasan kat akhirat lagik tu.
Dah la... aku nak gi isi minyak kat stesen minyak Petronas berhampiran, tanpa menggunakan kaedah skim piramid. Kalau aku ada duit nak isi minyak, itu kerana rezeki yang Allah dah bagi dengan cara yang halal. Takut aku haish dengan rezeki mungkar macam skim piramid sebegini. Jadi, itulah cite nye pasal skim piramid Petrol2all.com neh. Aku ni bukan apa. Aku ni tension sket pasal isu skim piramid isi petrol duit free ni sebenarnya. Kereta aku pakai diesel maaa... so aku memang tak leh join la erk?
>>>>>>>>>>>> <<<<<<<<<<<<
Update:
Internal memo Petronas <--> Mesralink
Someone sent me an email claiming this is the mastermind guy,
Hisham/eboss in CG
Anyone can confirmed?
Hisham/eboss in CG
Anyone can confirmed?
119 comments:
1st!!
baik join grup aku - korek idung dapat petrol
lg syok ma korek idung
cilake ade gak perangai 1st lagik...hahahahaha.
petrol pon nak berpiramid..apa celaka.
minyak pun nak di MLM kan??
5th. lambat pulak kali ni. mmg aku ternanti2 update dr blog ni. apa2 pun, post dulu, baru baca :D
btw, kipidap abang Aidid. lagik 50k, cukup SEJUTA viewers. Keep it up!
wakakakaka...tak kire..gua 1st wei....tapi gua tak wat skim piramid..kalau gua nak wat pun, baik gua jadik orang first...bole kencing ramai skiet..kalau masuk kat bawah2 tu, tak ramai la prospek untuk gua kencing...wakakaka
Ramai lagi ke manusia dungu dalam negaraKu Malaysia ni??
Sekeh ngan selipar jepun jer sekor-sekor..
blog yg sgt informatif. keep it up :)
join ni lagi bagus.xde penipuan - humor pun ade
http://www.facebook.com/#!/group.php?gid=120624004637309
ape kejdah pulak ni? kat pump petronas aje ke? mastermind tak cukup kuat ni, kalau aku, masukkan sekali loyalti kad esso mobile, sekali ngn bonuslink hahahah.
mcm jadah!
mastermind dia mesti geng bangla yang keje kat petronas...maybe dia tak pernah keje kat esso atau shel..tu yang tak kenal lagi kad Smile ataupun bonuslink..wakakaka
Shorter that your normal post Sir but good as always. Unbelievable facts:
1) Someone had the audacity to start a scheme like this.
2) Many WILL fall for it and SEDEKAH their hard earned money to it.
3) There are even grammatical errors in the company's own material. Maybe Abu Ryan has a point?
I can't believe that there will be people who fall for this but the fact is that many will.
Since the scheme is new, I wonder if there'll be any trolls to defend this scam :P
ps> Tuan Aidid, there are 108 people browsing your blog at this very minute. Bravo Tuan, the most popular rubber tapper in the semesta! ;)
daripada sedekah 200 pastu dapat isi minyak 50 jek, baik aku isi 200 tu isi minyak.
p/s: aidid aku pon pakai diesel la
aku isi petrol shell je.. so takleh la join.. hahahaha..
ceh nama je petrol2all.. kalau boleh bagi harga RON97 RM1.00 seliter pun xpe gak.. mmg sumpah aku join..
yeehaa...pasni ade r mlm Bonus Link,JJ Card,Padini sume bagai...rakyat Malaysia boleh! boleh r kumpul org lagi rmai2x makan duit haram bagai..(terutama Melayu bebal gilebab x skolah makan duit haram ni ha....)
Rupa2nya kreativiti manusia dlm mencipta kekayaan mmg tdk trhad dn tdk trjangkau dek pemikiran...kira nk ngencing org je asal dpt jdi kaya raya...hish.. kesian betul dgn bangsa ku...
Wake up Malays wake up! Hishhh..
http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php?t-201729.html
aidid~ check this out. their conversation before this project began. siap ade plan nak kluarkan produk belajar alQuran. what a shame.
ramai yang tak tau KEJAHILAN tu satu DOSA.
aidid-teruskan BASUH otak melayu yang banyak daki ni.memang tak boleh pakai sabun biasa,pakai KLOROK(maki) pun belum tentu cuci.
dekat fb tu berlambak yang nampak bersih-tapi otak penuh daki.
dari otak berdaki,berjangkit pulak penyakit hati berdaki(sebab jahil makan duit haram)
eh pkl brapa dah ni?
alamak katoi aku tak pegi smayang jumaat.
takapa,aku MUSAFIR skrg.kena ganti zohor.sungguh.
AKU DAH AGAK.HANYA DIORANG SAJA YANG BUAT KERJA NI...
guys, kami dpt tau ada jugak skim pyramid len yg guna kad mesra PETRONAS ni other than yg en aidid dedahkn kt sini. kindly aware that PETRONAS x penah sukasuki buat share dgn geng2 mangkuk nih. kalo korang ada burning question on PETRONAS mesra card, kindly contact mesra card punya hotline tau..(pesanan drpd kawan aku yg merupakn seorang PETRONAS staff)
suka2 hati babitkan petronas.mcm cilaka je skim ni.kita tgk sapa yg bodoh join skim haramjadah ni
rozashi,
baik ko soh member ko yang keje petronas tu highlight kat management...kasik saman itu group..sebab menjejaskan kredibiliti petronas..
aidid,
founder petrol natang ni hisham@eboss, owner Pusat Rawatan Alternatif Terapi Bekam, bekamlintah.com.
adohla adohla..pandai die cari market..lintah da tak laku ke ape
aku cadang dia masukkan FIR kat dlm kad tu.. pastu masukkan kad tu dlm tangki petrol.. supaya petrol tu diconvert jadik plutonium dan kereta korang jadik power mcm spacecraft..
i emailed to them already..just wonder why these people yg started this scheme x rase bersalah langsung..siap letak bismillah kt website tu..sigh..
ada 2 style pengemis yang minta sedekah minyak ni..
1- cara adik-adik yang pegang poster,kalendar,bam angin duduk dekat Petrol Pam. yang ni dia x memaksa. sapa2 yang nak dan bantu adik tu, just bagi duit. xnak pun xpa just ucap terima kasih. tapi adik ni rajin...dia pusing kat area dan area petrol pump.contoh,SHELL,PETRONAS dll.
2- cara yang aidid cakap ni, style MLM. memang benda yang baru bagi orang yg xtahu. dia ajak menikmati kadar dengan menggunakan kelebihan yg dicipta sendiri. jadi,sapa2 staff kerja di PETRONAS,maklumkan kepada GM anda. ada ke syarikat Swasta yg boleh menggunakan kad royalti program ni selain Petronas??
minta panjangkan kepada bos anda dulu...
bagus aidid!- bagi maklumat macam ni. terima kasih kepada infomer yang maklumkan kepada aidid...Syabas!
sebelum merebak,kita cegah dulu..
"pepatah Arab" -cegah lebih baik daripada mengubat.
kitorang yang kerja kat Petronas Carigali pun tak dapat diskaun isi minyak petronas....
Kad mesra tu pun free je... isi form je...
ade pulak maluan nak buat scam macam ni.....
Petrol2all - Abis selama ni petrol bukan utk semua orang ke? Haih...
sah-sah amik untung atas kepala - Fail
Aku cadangkan kita buat kad SNTM2all... lepas tu distribute...
izzNatta,
pastu, kite guna kad SNTM2all tu untuk dapatkan diskaun untuk isi petrol...wakakaka...
ko tak caye, ko tanye bro aidid..die kan batman..dia slalu isi minyak tak kene bayar siot....wakakakaka
Kan aku dah cakap kat dalam artikel? Batmobile aku pakai diesel beb. Still kena jugak pegi stesen Petronas utk isi tank... mana ada free?
p/s: Pehal "Petrol2all" dan bukan pulak "Petrol4all"? Ini kes si CEO punya Enggelish dapat G masa SPM neh....
Bro Aidid,
kan gua dah cakap..bangla keje petronas tu nye angkara ni...wakakaka...
petrol2all..bangla ni nak petrolkan semue orang..wakakaka..
chet!!superhero pun kene bayar ka?
betape susahnye kehidupan zaman sekarang...superhero pun kene keje carik duit isi petrol..ops...diesel...tapi mormon yang moron ni senang jer ngencing duit orang lain....
kalau 4all pon tak kena.. bukannya dia nak bg kat semua org.. bg kat Aidid pon batmobile dia takleh minum... 2u or 4u sesuai la... mcm akhil2u, ahaks.. btw, akhil dah ade produk baru...
My gucci? Kat bangi ke? It's my place anyway... Shud be aware.
siap ada thread promosi kat cg ni:
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=206809
pergh..siap ader akad tu..
AKAD:
Saya dengan ini secara SETUJU dan RELA HATI untuk menyertai PROGRAM yang dijalankan oleh pihak pengurusan WWW.PETROL2ALL.COM dengan BAYARAN sebanyak RM200 dimana sejumlah RM50.00 adalah PEMBELIAN WAJIB PRODUK dan baki sebanyak RM150 saya dengan IKHLAS HATI memberi kebenaran sepenuhnya kepada pihak WWW.PETROL2ALL.COM untuk mengagihkan-agihkan INSENTIF-INSENTIF seperti yang telah dijelaskan dengan NYATA kepada saya .
maka siapa yang akad tu, memang terang2 la bodoh bangang,bingai tahap kereta perisai gaban siot...
terang2 dia bagitau, 150 tu dia akan bahagi2 ngan upline yang len....sesuka hati je....
bangsat siot..kalau ada jugak orang yang masuk, memang otak diorang dah rosak dek acai beri monababie la tu...
kalau sapa join rm200 pahtu petrol free setahun, mau gak aku join...hahahhaha.....ni sah2 RM150 nak bagi2 org len...cet.....
Bek pakai NGV camtu.....full tank baru 8-9 hengget....RM200 tu bleh isi NGV utk sebulan lebih worrr....
bang aidid,
pendek bebenorrr entry ni. macam tak cukup ajinomoto pulak. punyalah semangat dari opis tadi berazam nak baca kat rumah untuk kusyuk baca ayat demi ayat! tetiba tak sampai 10 minit dah habis dah.
kiciwa!
p/s: kesian pulak kat abang2 bangla yang disalahertikan. :P
hahahahhaha... ni dicopy paste dari wall petrol2all:
Jimat perbelanjaan petrol harian anda dengan menyertai program MEMBET GET MEMBER dari www.petrol2all.com Sekarang tempah posisi anda!
membet tu hape? hahhahah.. kot ye pun silap eja delete la lepas tu tulis la balik betul2. hampeh betul dapat enggelish G!
In MLMs anything can be put as 'product' to make it look like a legit 'business' (wink, wink). You can even make pyramid schemes selling your pubic hairs. I kid you not.
Blood Seeker, itulah juga separa kesempolan yg aku wat setelah berkampong kat sini 2-3 bulan.
These leeches MLM just about anything under da sun except living things (please dont tell me kalu ada menatang buas hidup yg telah di MLMkan) cos those d/liners don't really care how nonsensical da prouct is, they're only interested in da compensation plan & da non-existent millions they think they wud get.
That partly explains da rampant growth of MLM/PS businesses cos any tom, dick & harry (tom with hairy dick?) can just come up with a MLM/PS scheme & offer any stupid product to transact money around. Hell yeah!
Laila... eeeee! mulut...
Heheeee..:p . Saya tak bersalah bang..ada kuasa ghaib tukang tulis..
@asyraf
aku bagitau kat ayah aku nanti pasal company yang saja guna nama petronas...lagipun dia manager petronas carigali....ko mesti kenal ayah aku...dlu masa projek di miri, sarawak...ade company nak bodek ayah aku nak dapat projek ngan petronas siap nak bagi kete la rumah la...bila ayah aku tolak dan tak aprrove proposal diorg upah gangster nak pukul ayah aku ngan family...cam sial je
MLM macam ni pun ada ke?
:) :) :)
rasanya ni la skim paling bangang gamaknya.
bayar RM200 untuk isi minyak RM50.. pastu.. blank..
kena cari orang bodoh lain yang sanggup bayar RM200 untuk isi tank RM50, dapatnya berapa ?
tak berbaloi langsung..
yang pelik.. ada pulak yang join tu
hehehe
terbaeekkk!!!!
Heh, kompom ada yg join der... mmg pelik, alang PB 23k pun org sanggup, stakat 2 rat ape ade hal bro. senang aje, citer untung aje kompom 'ikan2' terus cucuk kad kat atm.
p/s- nak minta bro aidid kupas pasal penjawat awam yg join mlm, setahu aku mmg tak boleh kan? kan???
salam bro,
minta tolong review program friends2talk yang diwarwarkan sebagai sekutu TM. mohon disiasat cara mereka.
terima kasih bro. semoga ikhlas dan berterusan dalam perjuangan
Friends2Talk, utk join bayar RM300. Jadi, dapat hak utk buat skim piramid dgn produk kol-kol telepon gitu... panggilan 17sen/min dan sms 5 sen/min... bl bla bla - not important. Pakej koling2 tu hanya alasan aje.
Yg penting sekali, ada 3 bonus. Bonus tajaan shj dah RM70, dan dapat komisen rangkaian sampai 10 level ke bawah. Jadi utk setiap org join, RM300 tadi tu - RM175 akan diagihkan kpd 10 level upline ke atas - mmg sistem piramid klasikal aje ni, nothing special. Mastermind tu yg mangkok-hayon 1st class! Dajjal skim piramid yg tak kesah menganiaya org Melayu. Dah ramai dah skrg bahalol Melayu buat kerja sebegini...
alahai..bodohnya la sapa yg join ni..tp aku x blh salahkan diorg yg join. mgkn diorg terpedaya sbb nmpk kad mesra tu..sian..
aku x fhmlah kenapa org melayu suka melibatkan diri dlm benda2 mcm ni...there is no such thing as easy money..unless klu keje tu menipu dan memperdayakan org.. dan perbuatan menipu itu adalah ibu segala kejahatan..
Correct me if i'm wrong, setahu aku org yang memang suka bab2 piramid adalah golongan pengikut illuminati dimana menjadikan iblis/lucifer sebagai tuhan..
method adalah sama,klu masuk benda ni, benda pertama adalah diaorg brainwash/mind control dgn menunjukan duit/berapa byk duit peserta bole kaut duit dgn teknik lahanat diaorg e.g kipas2 duit, tunjuk kereta 2nd hand ;).. dan menjerit2 mcm seolah2 menjalankan ritual ajaran sesat
gila bertuah CikSmile jumpa blog nieh.. bagus sangat2... banyak yang CikSmile dapat untuk beware dengan kegiatan HARAM nie... thanks to the owner this blog~ :)
cik smile...jgn gile sudah...hehehehe. blog aidid ni blog wajib dibuka setiap hr. berbaloi2!!!
welcome cik smile....;)
tu la aku cakap kat FB, kalau kita MLMkan grm sepeket 60 sen tu pun org msti cayer...bukan cayerkan grm tu tapi die punya auta.....hahaha,brainwash apa patut,tunjuk wit dlm akaun...belas2 K cukup la...keta merc or BM sewa..kipas2 duit...tapi yg paling penting ayat misti POWER (tetibe aku teringat iklan"saya menggunakan bio-aura utk kolam ikan saya,kami berjaya dengan HAI-O) bukeh muntah hijau tgk iklan tu.....ni semua sbb kita bertuhankan nafsu semata2.....sedeyyy....:(...sbb masyarakat kita ni dah dididik, SUKA BERLAGAK...tu semua nak kayer tu..tak kira la apa cara pun...biarpun mengencing anak bangsa sendiri...kita dok nak sedarkan anak bangsa sendiri benda ni syubhah, pendapatan yg diragui...die leh jawab..kubur lain2 maaaaa.ko apa kisah apa cara aku nak cari duit, halal tau,patuh syariah lg...korang jgn la kacau periuk nasik aku...tapi die lupa,dah basic haram tetap haram.kalau mati bukan boleh bangun sendiri g kubur...org gak tukang bawak....
(byk lak aku bebel,sorry guys...:P)
azwan, aidid, nak tanya sket-soklan simple, naper kalo nak makan ubat tak boleh dengan perut kosong-mak aku tanyer.heheh...
byk pil ubat2an dlm bentuk asid lemah, perut kosong byk asid... nanti dpt gastrik.
can you make a research about this mlm " gifferine". tensen org paksa2 join huhu
http://www.giffarine.com.my
oh ye cmne penapis air dr.sukida? bukan main lagi dakwa air dia bgs..blh menyedapkan teh/kopi, merangupkan buah epal, mknn lebih sedap bla bla bla..gelihati bc.
Ubat chemical ada yg larut air atau larut lemak. maksudnya bila terlarut dalam lemak atau air, barulah ia akan meresap dalam sistem badan. bila meresap dalam badan barulah ubat tu boleh bertindak mengikut indikasi yang sepatutnya.
bila ubat dibuat untuk larut lemak, bermakna ia hanya akan menjadi lebih berkesan untuk diserap dalam sistem tubuh jika kita telan bersama makanan lain (dalam kes ni makanan lain tu jadi lemak). thats why ade setengah ubat instruction dia telan selepas makan sesuatu/jangan perut kosong. kalau korang telan gak dengan perut kosong, jadi ubat larut lemak tu akan kurang berkesan dan akan dibuang dalam tahi, kencing, hahaha ape2 buangan la. kasi Awin, Alif makan..Hhahakakka!
Giffarine... shubahah nya kat sini:
EKSEKUTIF GOLD STAR
Target jualan : 4500 PV
Jumlah jualan kumpulan sebanyak 4500 PV dalam sebulan (tidak termasuk downline GOLD star anda) anda layak :
Dinaikkan pangkat menjadi EKSEKUTIF GOLD STAR yang dihadiahi lencana berprestij
25% komisen pembayaran bulanan dari pembelian persendirian (dengan 150 PV jumlah jualan kumpulan yang kekal), ditambah
25% dari ahli-ahli STAR (ahli tiada pangkat)
15% dari ahli BRONZE STAR
10% dari ahli kumpulan downline SILVER STAR
4% dari ahli kumpulan downline GOLD STAR
4 level komisen, yg sure kasi org kat bawah tercirit dan kasi si dajjal yg join dulu 4 level kat atas duit berkepuk-kepuk, buat modal buat beli BMW 2nd hand dan boleh jugak kasi anak-bini makanan yg berkhasiat dari duit shubahah... imagine this: if someone join early, akan ada beratus org 4 level kat bawah yg akan bertungkus-lumus bekerja jual barang, dan dia akan melepak collect komisen... sebab dia join awal. That's it.
p/s: I don't get it. Why join when everyone sane knows... you're not gonna be at level 1 or 2. Why bother anyway? You're always gonna get pissed and screwed like nobody's business with these kind of crap.
OMG laila!!! kahkahkah.. mulotttttt.. ganas tau kuasa ghaib itu..
sedara aku baru masuk loginfbdapt100.siap tag gambar kipas duit lagi. orang dah ke bulan, dia baru nak masuk. bila aku cakap mana ada dok nganga saja dapat untung beribu, dia takmau percaya.
bila aku bagi link blog aidid, terus dia delete semua benda yg aku type kat wall dia. dah tu awat la orang tak maki. cakap elok-elok bukan reti nak dengaq dan baca.
yang bikin gua panas tu, budak tu baru belajaq kat politeknik. tapi aku maki dalam hati saja.. kalau dok depan dia, mau aku ketok2 kepala dia namploh kali.
Giffarine... bukak website dia pon tau da tipu byk ni... website pon mcm company untung lari... buat la website canggih sket.. kwn sket punya merayu 35 hengget ari2.. naik tuli telinga ni dgr... bile ckp tak pkai brg2 mcm tu... marah kita... ckp kita wanita kene jaga kulit.. eh muka dia sendiri tak lawa.. jerawat batu je... pastu siap sound u pkai estee sume membazir... kita ada product sendiri.. skali tgk website dia.. mak oi.. cite pasal perniagaan je... product? hampeh....
and then bile i baca sini pasal technician klg byk join.. mmg totally agreed.. mostly yg approach technician/supervisor.. ada tu sorang jual corset 2k.. wth 2k? i reply to him not a need to me... dia boleh jawap... ni lah org melayu tak nak maju.. giler... sound mcm tu... td ko jual corset tetibe ckp ak taknak maju... nk mampos...
ni br lak jual skor A lagi giler... siap ckp u lom kawen takde anak jual kat sedara mara... eh.. ak taknak ak taknak la... huhu...pastu saja buat2 tnya bape hengget.. ada la.. nk tau jom join... huhu...
susah nk kata org melayu ni... semua takleh pikir luar kotak...
takde ke troll nak masuk nih? ada gak entertainment....
Aidid,
just nak share link ni..sbb teringat pasal "universiti" scam tu..
http://www.hmetro.com.my/articles/2011021304131120110213041311/Article/artikelMA
KUALA LUMPUR: Pengeluar produk jenama ECPI, Gesundheit Laboratories & Pharmaceutical Sdn Bhd, dengan kerjasama The Open International University for Complimentary Medicines menganjurkan kursus perbualan bahasa Inggeris secara percuma di Dewan Kuliah ECPI Desa Melawati, di sini.
Pengarah Urusan syarikat terbabit, Zahari Saad berkata, penganjuran kursus berkenaan ialah sebahagian daripada program tanggungjawab sosial korporat (CSR) bagi membantu masyarakat dan usahawan meningkatkan tahap komunikasi dalam bahasa antarabangsa itu.
Katanya, pengambilan pertama bermula Februari ini membabitkan dua kumpulan iaitu pelajar sekolah dan dewasa manakala tempoh kursus tiga bulan. Kursus bermula 8.30 malam hingga 10.30 malam. Orang ramai yang berminat menyertai kursus itu boleh menghubungi talian 03-41058811.
http://rawatankesihatan.com/about
That Ariffaizal bahalol guy yg most likely otak level MA (medical assistant byk buat kerja haram-jadah ambik ijazah taik kucing ni online) tapi perasan nak jadi doktor perubatan, is going to kill someone someday... he is just an accident waiting to happen.
Ada org KKM yg baca ni, mintak la sampaikan kat Dr Ismail Merican pasal klinik Mickey Mouse barua ni kat - No 14 Lebuh Wira Jaya, Taman Rapat Setia Baru, Ipoh, Perak.
eh, teringat plak aku x redeem lg point kad kredit petronas aku. dh byk tu, beribu2 lemon..blh dpt baucer isi myk..hehehe..x pyh nak masuk skim haram jadah ni..lalalala
Amik gambar pun macam pegang sendiri kamera je. guna camera 5.0 megapixel punye. Patut hantar ke psychiatrist, assess ade bipolar disorder ke tak.
Hello Aidid Mu'addib...saya baru jek berkenalan ngan blog awak nih...what a nice info...reading it macam rasa diri saya yg lepaskan rasa2 x snng abt MLM/SP...pasni kalo sape sebok nk masuk biz camni i just kasi dorg link blog u nih...skang saya rase bebas!^^
KAH KAH KAH KAH!! Kene gelak dulu bg Bro Aidid suka! Hmm..mcm2 ke halnya MLM ni ya..lepas satu.satu.
Bro, kalau ko dpt kupas sampai togel si ZHULIAN mesti best! Ramai yg masuk claim brg2 dia berkualiti, tak bape nak mahal sangat dan konsep MLM dia tak menindas seperti yg lain2..Ha..cane tu!
So..aku serahkan pada yang arif..
Aidid/Azwan,
Thanks for the explaination.....
Huiyooo...ECPI wat kursus....jum kita pakat p ramai2....tgk apa die nak cakap....;)
assalamualaikum
bro.... nak selit skit satu lagi company malaun yang baru lancarkan skim lahanat gunakan platform Telekom Malaysia. Baru start 11/2/2011
http://www.cdma2u.zeromosqueto.com/
Company ni suruh bayar RM1500 untuk join skim. Untuk RM1500 si gila babun takde otak yang masuk akan dapat 5 bijik telefon cdma yang belum di register dengan Telekom. Nak register dengan Telekom kena bayar harga lain.Company ni pun jenis fly by night aku rase.
Tapi isu yang paling aku takutkan, mamat yang try nak approach aku tu sorang pensyarah Universiti Perguruan. No wonder banyak cikgu cikgi yang join mlm/sp. kesian dengan anak anak kita yang belajar kat skolah yang ader cikgu cikgi malaun nie
gilabab bg 200 tp card minyak 50 je.. lg 150? baiklah 200 tu simpan sendiri wat top up minyak.. sebulan x smpai 200 pun.. chissscake betul!!!
salam mr. aidid,
i just want to ask your permission to use some of the materials/infos presented here for my lectures this semester. I strongly believe my students ought to know/ acknowledge the real issue behind MLMs or Business Scams. Although, educating the young minds about this could be quite tricky but with the help of your blog, i am sure it is achievable.
Thank you for the informative, intellectually provoking and wholesome content.
Lastly, you nailed the subject right on target -excellent.
(IL Lecturer)
oh man... almost 4 months, nobody had managed to give me goosebumps in this blog... Mr Tinker-Tanker sir, you're the first. I am deeply humbled... by all means, go ahead, use it, if it's gonna help the kids. If I knew, I wouldn't have cursed one bit... but some said, that's why the blog is interesting. I don't know about that... and it wasn't really part of my plans. I cursed because I was angry. No mystery there.
To all readers... anyone can use my infos in any way you like, and don't bother about giving me credits what-not.... I don't care.
bro aidid,
saya sokong untuk kupas ZHULIAN. this one is personal. ada mangkuk hayun racun mak saya yang dah tua tu untuk konon pergi dengar ceramah, siap mai amik kat rumah. rupa2nya pegi talk zhulian cam haram tu. dan depa saiko mak saya untuk spend about 5k that damned night!!! beli water filter ngan tilam infrared haramjadah!!
honestly, nak menitik air mata bila dengar my mom cerita. setan cilakak punya MLMersss!
and you listen carefully, setiap sen duit orang yang ko berjaya dapatkan dengan cara lahanat macam tu, aku harap Allah bayar tunai kat ko kat dunia ni. semoga melingkup la hidup ko. tak malu ke ngapor duit orang2 tua yang tak tau apa2 tu? tak payahlah nak bertopengkan ayat2 quran, cakap2 lembut tapi sumber rezeki ko dari duit2 titik peluh orang lain. pergi mampuslah korang semua.
oh my. bitter sungguh haku!
Pensyarah kat tpt I ramai yg percaya TF, monavie, dr jism, etc... bila diorg citer psl 'kehebatan' benda2 ni, I bls balik guna hujah yg aidid bg. terdiam diorg.
Pastu I selamba ckp, oklah, nak sambung baca blog aidid. (Masa tu time rehat la.. tak ngulor..)
Btw, produk giffarine tu digunakan di sebuah spa di bangi. Mahal kalu buat facial guna produk ni. I tak pernah cuba, cuma tanya harga je time tu.
http://www.cdma2u.zeromosqueto.com/
ni mmg bullshit.
TM xde kn mengena dengan benda bullshit mcm ni..haih....
maghah betul..!
bro, new entry bile bro?
:p
"Mr Tinker-Tanker sir, you're the first. I am deeply humbled... by all means, go ahead, use it, if it's gonna help the kids"
Alhamdulillah. Looks like Aidid's hardwork is beginning to pay off. How I would wish if any of those student's who have lecturers stuffing their throat with MLM stuff rebuff their own lecturers using facts and information provided in this blog and also the comments dari pengomen-pengomen tegar kat sini ;)
aidid....tok moh rasa..sudah jumpa la "monyet2" yang suka menyontot tu...herm kalau x caya pi tengok reramai kat http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?p=8676672&posted=1#post8676672
sadis sungguh aku bace kat forum carigold tu..diorang ni memang sadis..ayat diorg peh, memang alim..orang2 zero knowledge memang terus tergoda la kalo bace..
Wow..that's hawt.
@friends2talk
yeah, itu maklumat dalam website cikai dia.
tapi kononnya jumaat lepas friends2talk launch skim baru, 0 entry cost?
dan anehnya diorang mampu bagi 1k bagi 4 downline.
pelik, tapi minta tolong tuan researchkan. saya ragu pasal the whole system.
terima kasih xD
Hats off to Aidid..bukan sumer org sanggup buat semua ni bro. Yg brilliant2 pun malas. Ko teruskan. Maybe later on ko perlukan team untuk sustain.
Zhulian is a good MLM to screw, plus its back up by MTDC.
Update in article... TQ.
Dalam thread CG boss petrol2u buat calculation camni:
======================
Kalau ada yang nak berapa kali isi minyak baru nak cover RM150 so aku aksi perkiraan.
RM150 / 2 SEN = 7500 KALI KENA ISI MINYAK
7500 KALI KENA ISI MINYAK / RM1.90/LITER = 3947 LITER
3947 LITER / RM300 (PURATA MINYAK SEBULAN) = 13 BULAN
Tu kalau 1 kad guna untuk 1 kereta...kalau untuk kereta isteri/suami/anak
1 rumah kalau ada 2 kereta mungkin 6.5 bulan dah balik modal...kalau 3 kereta mungkin 4 bulan....
tu kalau semua kereta tu guna setakat RM300 saja sebulan...kalau lebih?
========================
Kenapa aku rasa calculation dia tu salah?
Bukan ke setiap liter isi dia kata bleh dapat return 2 sen, i.e. RM0.02, therefore;
IF guna waja, tangki penuh 50 liter, sebulan average 5 kali isi penuh, then jangka nak PULANG BALIK (belum UNTUNG lagi okeys) would be-
=RM150/RM0.02 = 7,500, i.e. kena isi 7,500 LITER MINYAK kat stesen minyak
Thus,
7,500 liter / 50 liter = 150 kali tangki penuh
So,
150 kali / 5 kali sebulan = 30 bulan, bersamaan 2.5 TAHUN??
Kalau aku yg salah kira or salah paham, tolong la betulkan. But if betul yg aku kira ni, oh gosh terang2 je kan calculate merapu2 yg prospek dia jenis takkan check punya, woah termakan jek cewah 13 bulan balik modal katanya...adoi la! Yang mamat ada lori dan isi beribu2 tu exception la kan, masalahnya berapa ramai downline tu ada lori. Calculation aku tu kira waja as example yg tangki besar, kalau guna kancil ke kelisa ke, heh baper taun weh nak balik modal kalau ko tak CARI ORANG.
Cet, kalau aku, aku akan cakap balik simpan kat tabung haji, berkat lagi untuk pegi haji, then lepas setahun kata la kadar keuntungan yg diagihkan by TH is 5%, dah leh dapat RM7.50 lepas 13 bulan, UNTUNG okeyss bukan setakat BALIK MODAL.
Pasal petronas punya komen on this matter, hopefully we'll get an update on that later too..do share y'all!
aku pakai NGV.....tak leh masuk la skim tu...heheh..:D
based on miss ted's calculation (which is the correct one since patrol2u.com's ceo ni failed math masa UPSR dulu)..
=RM150/RM0.02 = 7,500, i.e. kena isi 7,500 LITER MINYAK kat stesen minyak
Thus,
7,500 liter / 50 liter = 150 kali tangki penuh
So,
150 kali / 5 kali sebulan = 30 bulan, bersamaan 2.5 TAHUN??
itu kalau ikut tahun..
kalau ikut RM lak?
RM150/RM0.02 = 7500 liter.
harga pasaran RON 95 sekarang RM 1.90 seliter..assuming harga ni tak naik2 lagidah sampai bebile (which is impossible to happen),
RM1.90 X 7500 liter = RM14250/=
meaning, each of those losers must spend another RM14,250 untuk dapatkan balik 150 tu...fuhh....
nak dapat balik duit sendiri pun kene invest lagi 14K??
sila betulkan calculation aku kalau aku salah :p
betul la tu bro abu ryan calculation tuh...
tapi itu kire ikut harga petrol semasa...rm 1.90
kalau harga petrol makin naik..... makin banyak la nak kene kuar nak dapat balik modal tuh.
aidid....harap pewut ko xmacam eBoss yek..buruk benor..sah2 kalau berdiri xnampak ibu jari kaki..jauh sekali adik sedara nya......rupe dah la xensem..hahahahhaa..sori..terngumpat gambo tu..harap jgn tacing mcm dalam http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=206809&page=60 cabottttttttttt
Fuiyyoo!
hensem baju batik dia. beli kat mana bang..hahaha
BH..perut-perut ni ko jangan sebut..sensitip..
Aidid mana ada perut, hari2 pi noreh getah lepaih subuh. Confirm ada 8 pack nyer kat perut dia. Lengan pulak jangan cakap, bicep dia entah2 lagi besar dari paha aku :P
ps: Jangan marah ye Tuan Tanah ;)
kat majalah.com banyak gile MLMers yang tegar tapi seperti tak de sambutan. Mungkinkah industri MLM semakin malap?
kohkohkoh
dah buncit pun lagi nak makan duit orang lain ke?pentingkan perut betoi la mangkuk hisyam tu...
see the tummy la Abu Ryan
INTERFRAME jap nak tanye;
Adakah dibwh ini cubaan usaha meMLMkan 'social business networking' pulak oleh Unstopable? ;
http://www.nextcubes.com/
Any info?
Ekcheli, muka pakcik tu cam muka org2 tua pervert yg tak sedar diri..
@ Laila,
I think dizaman ini dia boleh digolongkan sebagai pedobear? :P hahahahah
lihat perutku, jadi boncheet kan~~~
wakakakakakaka.....
bile due datenye tu? dah scan ke belum?
hyelbaine
pecah perut aku
As salam,
Lama juga jadi silent reader ni..hehe..sampai habis pages aku baca kat CG tu pasal ni..
Latest, eboos di CG dah tulis camni;
"untuk menceritakan di web tentang faedah kedua dua kad tersebut kena tunggu kelulusan dari pihak pengeluarkad dulu. Esok legal department mereka akan akn go thru laman web dan memeriksa kandungan laman web dan akan beri keputusan...sebab tu teguran awal perkataan PETROL tu kena dikeluarkan dan kena tukar domain.
Plan insentif juga akan mereka periksa dan dapatkan kelulusan KPDN...
aku juga dah minta beberapa leader MLM yang hebat dari segi penjualan produk memeriksa plan tersebut...semua dah kasi jawapan...ken ubahkan sikit plan sebab plan sekarang nyata piramid...beberapa pengubahsuaian kena dibuat bagi mengelakkan terjadi org bawah pulun orang atas relek.
plan kena buat sapa yg buat kerja lebih income lebih walaupun dia orang bawah...dan dah aku siapkan cuma aku nak trunggu apa kata klcc dan kpdn dulu"
Sudah terang lagi bersuluh bukan?
pssst..moga Bro Aidid and team terus kekal aktif!
yes, confirm dgn info mamat hisham a.k.a eboss ni...jgn masuk kalo xnak lebur...kalo masuk jugak, ko niatkan duit tu buat sedekah amal jariah je la...
KPDN? This fella is really talking to KPDN? This is going to be fun. Petronas pun dia ckp "partner" scheme dia jugak.
Will look forward to the big announcement indeed :P
@ Hell's Angel, how's your tummy doing? :P
we should take a visit to his bekamlintah premise soon.
any takers?
mmm...aku ade terjumpa ni time nk renew insuran kete kt web kurnia...
http://malaysia.kurnia.com/Campaign/SmartPay/Default.aspx
================================================
Frequently Asked Questions
Q1. What's PETRONAS Kurnia Program?
A1. It is a collaboration program between PETRONAS Dagangan Berhad and Kurnia in which selected Kurnia policy holders are offered SmartPay cards.
Q2. Who are entitled for this card?
A2. Selected Kurnia policy holders who are identified by Kurnia and meet the following criteria, criteria may be reviewed and changed from time to time by Kurnia without informing its policy holders:
Private Car Comprehensive Policyholder of vehicle
or
Non Motor Policyholder (Fire, Personal Accident, Medical, Householder Plus, Houseowner & Householder)
Q3. How do I know if I am entitled for the card?
A3. Refer to Kurnia agents/branches nationwide.
Q4. How do I apply for the card?
A4. Refer to Kurnia agents/branches nationwide/www.kurnia.com.
Q5. What are the benefits of having this card?
A5. Cardholder is entitled for RM0.02 rebate per liter petrol/diesel purchased at PETRONAS Service Stations nationwide.
Cardholder is entitled for *Complimentary of Personal Accident Insurance, underwritten by Kurnia Insurans (M) Berhad which provides Accidental Death & Accidental Permanent Disablement with Sum Insured of RM10, 000
Occasionally, PETRONAS Dagangan Berhad will be organising lucky draw campaign which gives the cardholder the chance to win FREE petrol voucher and/or other prizes. Subject to terms & conditions.
*To entitle for the Personal Accident Insurance, the SmartPay Cardholder must:
Purchase more than 200 Litres of PETRONAS Petrol / Diesel within first six (6) months after receiving SmartPay card
Q6. When rebate is paid?
A6. Total rebate will be credited into SmartPay Card's account every 16th of the month.
Q7. Will I be getting copy of monthly billing report?
A7. No. Copy of billing report can be downloaded from SmartPay Online website. Please visit www.e-smartpay.com.my to download SmartPay Online User Registration form should you do not have any user id yet.
Q8. How do I know if my rebate is paid?
A8. Visit www.e-smartpay.com.my to download monthly billing report. Alternatively, cardholders can check their balances at any PETRONAS Service Stations nationwide which have top up facilities.
Q9. How do I check my account balance?
A9. Login to SmartPay Online website (www.e-smartpay.com.my) or any PETRONAS Service Stations nationwide which have top up facilities.
Q10. Where can I top up credit into my SmartPay card?
A10. Any PETRONAS Service Stations which have top up facilities.
Q11. What am I supposed to do if I lost my card?
A11. Call Mesralink at 1-300-88-8181 Mon-Fri, 07:30hr-23:00hr. Fax completed card replacement form to Mesralink at 1-300-88-8383. RM10.00 card replacement fee will be charged.
Q12. What am I supposed to do if my card is faulty?
A12. Fax completed card replacement form to Mesralink at 1-300-88-8383. RM10.00 card replacement fee will be charged.
Q13. What am I supposed to do if I forget my PIN?
A13. Fax completed card replacement form to Mesralink at 1-300-88-8383. RM10.00 card replacement fee will be charged.
Q14. Am I entitled for refund if I decide to cancel my card?
A14. No, refund will not be entertained.
kalau kurnia tu aku percaya la sikit at least nampak legit...
@hyelbaine.. always hurt when reading this blog and your comments... hahaha
hehehe... ya penting sekali hari nie punya statement, dari tokey pump...
"PENGUMUMAN
Pihak pembekal kad pra-bayar telah menyatakan bahawa mereka TIDAK ADA MASALAH dengan Program yang pihak kami jalankan. Walau bagaimanapun bagi membuktikan yang pihak kami mempunyai kerja sama dengan pihak pembekal kad pra bayar dan kad kumpul mata ganjaran maka pihak kami WAJIB MEMATUHI dua syarat UTAMA ini iaitu:
1) DAPATKAN AJL (Ini akan menambil masa antara 3-5 bulan)
2) PRODUK UTAMA MESTILAH BUKAN KAD PRA BAYAR.
sebelum MAJLIS MENANDATANGI MOU dapat diadakan.
Ini bermakna PRODUK UTAMA program ini MESTILAH produk yang lain. Produk KAD PRA BAYAR dan KAD KUMPUL GANJARAN hanyalah sebagai INSENTIF TAMBAHAN kepada ahli. Ini bagi mengelakkan ahli TERLALU MEMPROMOSIKAN kedua dua kad tersebut.
Maka dengan ini program ini TIDAK AKAN DIWAR WARKAN lagi di sini atau dipromosikan secara besar besaran. Dalam tempoh tersebut pihak kami akan berusaha untuk menyelesaikan DUA ISU UTAMA yang disebutkan diatas.
Bagi ahli yang giat mempromosikan SILA JELASKAN isu ini kepada bakal ahli. Kedua dua kad tersebut masih pihak kami perolehi tetapi dengan had yang minima dan didaftarkan atas nama ahli tersebut.
Bila kedua dua isu ini selesai Insya'allah semua kad pra bayar akan DICETAKKAN nama syarikat atau nama program ini.
Dimasa itu pihak kami akan menggantikan kad anda dengan kad baru secara PERCUMA.
Harap maaf diatas segala kesulitan.
Mulai hari ini semua perkembangan program dan syarikat akan di beritahu melalui email kepada ahli yang telah diaktifkan sahaja.
Tiada lagi apa apa komen akan dibuat disini atau secara terbuka.
Sekian Terima Kasih"
http://www.carigold.com/portal/forums/showthread.php?t=206809&page=82
pikir la sendiri..
kalau yang kad melalui kurnia ni pun, takder nye ko nak kene bayar 200 buta-buta untuk card bernilai 50 hinggit....
Tu ayat2 nak cover2.. meh aku susun balik:
"Weh korang, aku boss petrol2all. Petronas dah sound aku tak boleh main belasah guna kad pra bayar camtu jek. dorang kate aku ni bahlol, penganyak, tolol, bodoh nak mampus sebab guna strategi camni. dorang kate strategy aku salah, dan memandai-mandai sama macam MLM lain yg kurang ajar songlap duit orang. Dengan ini aku minta maaf, sebab dah buat bisnes dengan cara menipu. tolong korang maafkan kebodohan aku, sebab aku ni typical malay yang nak cut short dan short cut. Petronas kata dorang sudi berbincang dgn aku dengan lebih lanjut kalau aku ikut syarat2 dorang, itu pun kalau aku nak ikut. kalau aku tengok menyusahkan, aku takkan buat bisnes ni lagi, concentrate bekam lintah je. Sorry korang sumer sebab kebahlolan aku. TQ
pandai ko susun azwan... hahahaha... terbaeekk!!
aidid,,tolong gemparkan pasal jus mate 5 dr rozmey tu..
ape kejadah die asek mention dalam paper,,pasal kedai jamu semua jual produk tiruan..
mmg celakuk la dr rozmey ni..kalau tanpa kedai jamu ni..bisnmes die pun lambat nak berkembang la..
dan lagi menyakitkan hati...die claim jutaan da berjaya dan dapat hasil dari menggunakan produk die..wtf..
aku doakan die ni akan jatuh miskin dan terjunam...
Ini topic sensitip nih. Nanti Laila confirm marah org ckp2 pasal buah hati dia :P hahahahahha
Weyyyyyyyy!
Ya know,if Dr. Rozmey is in front of me right now, i can stare at his hair all day. Ya know..haha.
Go ahead, laugh all you want but Dr. Temenggung Jugah totally rocks my world! :P
But then...yeahh AM, bila nak ader special entry pasal Dr. Rozmey ni. And i can read, re-read and re-read the entry 100 times.
perghhh...popular masta eboss kat aididleaks....kekeke...biar betul..tpi eboss ker mastermind dia.....confius gak nie...
maaf ye laila,,bukan aku sesaje je nak kutuk,,tapi cara die buat iklan yg mention semua kedai kiosk,farmasi jual prodek tiruan tu aku mmg x bole accept la....die cakap semua,bukan sebilangan..
sekarang tukar kotak lagi,,so,yg ade lagi stok lama,,camne..??
kalau boleh aidid tolong la carik sumber dari kilang mana die proses semua jusmate dr2 dr k tu,,sebab rz kosmetik pun ade klukan produk sama cam die utk kurus ,utk kulit dan utk sendi dengan harga rm 55 je..
kalau dapat dibuktikan kilang yg sama,,mmg da melampau la..untung berlebihan..mmg menganiaya pengguna..
kalau betul la die jual produk yg kosnye murah pada harga cekik customer,,mmg aku harap die akan jatuh tersembam lepas ni..
kalau tidak,,aku doakan bisnes die semakin maju la..
Baby Beauty Shop,
No need to apologise. ;)
Sebenarnya aku tak pernah tengok dianyer iklan & tak tahu sgt produk2 dia. Kalau tau pon Jus Met, tu pon sebab selalu kena mention kat blog ni & few other sites.
Tau mamat Jugah ni exist pon sebab he's heavily discussed everywhere on da net sebab dianyer delusional press statement pasal pelem dia hari tu. Nak tak nak terbaca jugak sebab curious.
Diorang kat sini sajer tease aku tu sebab aku "terfascinated giler" ngan rambut DDR.
Post a Comment