And so it is...

Showing posts with label Knowledge Bank. Show all posts
Showing posts with label Knowledge Bank. Show all posts

Tuesday, October 25, 2011

Realiti Scam MLM Ayaq Buah Magik


Fakta Kajian Saintifik Terkini: 
MONAVIE/EXFUZE/XANGO/VEMMA/WHATEVER TIDAK MENYEMBUHKAN KANSER!

Dan ianya jugak tidak meyembuhkan AIDS, systemic lupus erythematosus, jerawat, renal calculi, arthritis, mati pucuk, rambut gugur, kencing manis, darah tinggi, sakit jantung... dan penyakit terencat akal. Mintak mahap dey - mulai dari hari ini, aku mintak tolong korang scammers berhenti daripada jadi manusia yang bebal dan suka gilabab kena kelentong - untuk selama-lamanya. 4eva and eva bebeh. No joke bro...

Aku target MonaVie ke ni beb? Not really. Semua bzns ayaq buah yang harga mak-datok punya mahal wujud kerana satu benda sahaja - MLM. Setiap perniagaan MLM memerlukan modal untuk mengencing manusia, dan air buah-buahan adalah salah satu modal scam dalam industri tersebut. Iyo tuan-puan... MonaVie, Xango, Cordyjuize, Shamelin, Transfer Factor, Vemma dan apa sahaja ayaq buah yang dijual dengan kaedah MLM adalah scam macam haramjadah. The scam is so simple, hanya orang dungu aje yang takmo terima berita yang aku bawak neh.
 
Untuk jual air buah sepuluh kali ganda harga daripada air buah konvensional (atau 20, atau 30 kali ganda) yang korang boleh beli di superket, hanyalah bertujuan supaya 10 level upline boleh share keuntungan daripada jualan si penjual MonaVie/TF/eXfuze/dll yang sengap-bingai (tapi perasan hebak mengalah al-duktuuuurr) tadi - dia orang mesti ada modal promosi yang berbau saintifik, tetapi isu itu jugak teramatlah bermisteri gitu (misteri pada dia orang - sebab sekoq-sekoq IQ level mat rempit)... iaitu nilai ORAC. Masing-masing akan kagum dan cuba untuk mengkagumi prospek masing-masing dengan mencanangkan ORAC value yang tinggi untuk produk masing-masing - tapi cuba korang mintak explain dengan detail apekejadahnya nilai ORAC tu dan implikasinya dalam kesihatan manusia, sure dia jawab macam monkey baru belajar bercakap bahasa sakai. You're not so sure if it's all gibberish, or is it really bahasa sakai. But one thing for sure... Mesti Fail!

Syarikat-syarikat MLM parasitik cacing kerawit menggunakan isu ORAC sebagai salah satu modal untuk menjadikan air buah jualan mereka sama harga dengan emas (emas betul punya, bukan emas QNet) kerana kata mereka nilai ORAC adalah penting sebagai satu nilai kekuatan agen antioksidan yang terdapat di dalam produk, dan dengan olahan serta kelentongan "pseudoscience" yang diselitkan dalam promosi produk sebegini - maka ramailah mat rempit dan minah klepet meleis terus pun ikut aje tanpa usul-periksa iye ke tidak, dan terus buat promosi benda yang sama kepada sanak-sedara dan sahabat-handai. Elok la tu mengelentong orang-orang yang rapat dengan diri masing-masing - ikut aje la perangai kapiaq tu sungguh-sungguh erk, supaya boleh kaya cepat dan kemudian join dia orang jadi bahan bakar kat neraka kelak. Nanti sunyi pulak geng kapiaq tu semua terbakar sengsorang kat sana eh? Tak meriah nanti ye bang?
 
Cerita pasal ORAC ni begini (kalau nak versi panjang ada kat Monavie Bzns Shubahah): Antioksidan itu baik untuk kesihatan manusia - hari-hari aku cuba makan sayur-sayuran segar dan sepotong-dua buah, supaya aku dapat telan antioksidan bebenyak masuk perut. Nak elakkan kanser maa! Walau bagaimanapun, kajian sains terkini mengatakan bahawa sesuatu jenis agen antioksidan yang di-isolasi-kan sentiasa memberikan hasil kajian yang tidak memberangsangkan sebagai satu agen yang spesifik sebagai satu kaedah untuk menghindarkan penyakit. Manusia perlu makan PELBAGAI sumber antioksidan dalam kuantiti yang sedikit tetapi kena istiqamah setiap hari. Dan bukan hanya antioksidan sahaja, manusia perlu makan makanan-makanan yang ada pelbagai jenis phytochemicals, phenols, flavonoids dan lain-lain daripada sumber tumbuhan di dalam makanan harian... now, that's the way you do it. Sumber tumbuhan yang segar, yang bukan datang daripada kilang di Salt Lake City atau Shenzhen. 
 
ORAC (sapa sebenarnya yang faham isu ORAC neh?) adalah satu kaedah untuk mengukur jumlah antioksidan di dalam sesuatu sampel makanan, dan ianya dilakukan oleh satu badan swasta yang berkecuali (atau pemegang lesen daripada syarikat ini) yang dipanggil  Brunswick Labs, berdekatan Boston, Amerika Syarikat. Untuk setiap produk yang telah dikaji di makmal tersebut, Brunswick Lab akan mengeluarkan satu "Brunswick Lab Certified Seal" - dan korang nak tahu satu secret? Bukan secret pun... kalau ada yang rajin buat research. Takde satu pun produk MLM (MonaVie/eXfuze/Xango/whatever) ada mohor besar Brunswick Lab ni... shit! Pum-pang pum-pang kecoh pasal ORAC masa promosi produk, rupanya syarikat mana-mana MLM hanyalah declare ORAC sesedap rasa dia orang, ikut sesuka apa saja yang keluar dari bontot masing-masing. So unreliable... because those products were never tested properly and thoroughly. 

Okay, mengikut kajian Brunswick Lab, dan daripada depositori maklumat kajian saintifik di "National Institute of Medicine" di Amerika, pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran telah dikaji dan ORAC-nya telah diketahui dengan jitu. Contoh sumber makanan yang tinggi ORAC adalah koko, blueberry, raspberry, prune, artichoke, cranberry dan lain-lain... dan takde satu pun makanan yang tinggi ORAC tersebut harganya RM135 (sebotol 750ml) macam produk air buah magik MonaVie. Memang mangkok-hayon la sapa-sapa percaya cakap Dallin Larsen, parasite MLM tersohor di Amerika. Sesaje mahu kasi sedekah duit juta-juta korang tu kat kapiaq mormon tu ha mangkok-hayon? Barua baghal betul la korang penganut MLM. Ada duit juta-juta sebok nak sedekah kat kapiaq... sedangkan kapiaq tu dah ada billion brader.

  
Satu problem tentang isu ORAC yang selalu dicanang oleh syarikat MLM adalah kaedah pseudosains yang membandingkan nilai ORAC bagi 750ml jus MonaVie dengan 16 fluid oz cranberry, 1 liter jus oren, per-serving strawberry, atau per-cup blueberry. Sama macam korang nak bandingkan jumlah khasiat sebijik epal dengan semangkok nasi... wadehel? Semua syarikat MLM tak akan sebut kaedah perbandingan yang mereka lakukan untuk mendapatkan nilai ORAC di dalam produk mereka. Percaya aje la bulat-bulat, janji duit downline masuk poket ko sebagai upline tersohor eh? Ada yang claim ORAC value sampai juta-juta, tapi untuk hasilkan jumlah ORAC sebegitu, ko perlukan berapa banyak buah-buahan tu bang? Satu kapal kontena? Dasar puter-alam industri MLM.

Dah pulak tu, ada problem yang lebih besar daripada itu. Tiada hasil kajian saintifik/perubatan setakat ini yang mengatakan lagi tinggi nilai ORAC dan lagi banyak antioksidan yang dimakan, lagi sehat tubuh badan korang. None, zero, yellek... tarak. It doesn't work like that people. Isu ORAC hanya isu "in-vitro" dan bukan "in-vivo". Para pengkaji kanser (oncologist) mengatakan bahawa kalau ko ambik 20,000 ORAC unit sehari dalam pemakanan, hasilnya mungkin sama kalau ko makan seperempat daripada jumlah tersebut, tetapi ko makan makanan/buahan yang segar dan makan makanan yang sentiasa ditukar-tukar daripada hari ke hari. Dari situ kita boleh nampak scam dalam industri jus buah MLM neh - air buah dalam botol yang diproses di kilang yang penuh dengan bahan pengawit dan pewarna (di mana produknya akan expired 2 tahun lagik) adalah sesuatu yang benar-benar tidak segar dan sesuatu yang benar-benar tiada unsur kepelbagaian dalam pemakanan. Tapi, ramai yang tak akan faham maksud aku ni... sama ada sebab dungu, atau sebab ada kepentingan skim piramid jual jus cokia' tadi. Buat-buat blur la gitu brader.

Okeh, problem ketiga: kalau korang makan makanan macam hampeh seperti fast-food, makan sebarangan makanan yang diproses di kilang, tetapi jarang-jarang pegi jogging, hisap rokok macam serombong kapal, melepak tengok TV berjam-jam tengok drama melayu kejadah - mintak mahap la wei - minum la jus buah apa sekali pun, ko akan mati awal jugak bang/kak... kena kanser, kena heart-attack, kena stroke. Takde keje la bahalol MLM yang menitik-beratkan minum jus buah scam, sedangkan lifestyle sendiri dan prospek yang dihasut tu lifestyle macam kepundek. Stop wasting your money buying stupid stuffs like 4Life Transfer Factors, and start going jogging or riding your bicycle... or do sex-marathons as much as you possibly can (make sure the woman climax at least five times before you let Mr. Happy loose... ingek cakop aku ni jang!) - it's FOC people. No RM135 for MonaVie, no RM192.50 for eXfuze, no RM245 for Tansfer Factors... no RM for stupid asses and retarded scammers. They can go to hell.

Satu lagi masalah: banyak produk jus magik MLM akan mewar-warkan kehebatan produk masing-masing dengan adanya satu jenis "star juice" (buah hebak) dalam formula masing-masing - sebagai contoh: MonaVie - acai berry, Vemma atau Xango - buah manggis, dan lain-lain. Tapi kalau ada yang perasan, syarikat tak kasi tahu berapa peratus kandungan jus yang hebat itu ada dalam formula tersebut - top secret katanya. Wadefak punya bingai ntah. Where got such thing in medicine maa? Dalam perubatan, mesti perlu tahu apa agen yang utama yang boleh merawat sesuatu penyakit, apakah proses farmakokinetik/farmakodinamik yang terlibat, apakah kesan sampingannya, dan berapa kos rawatan agen ubatan yang nak di promosi itu. Mest ada check and balance... takleh sewenang-wenang cakap 1001 satu keajaiban sesuatu produk farmaseutikal, tapi data takleh kasi tahu sebab... secret. Secret kepala bapak Dallin Larsen. Dasar scammer MLM lahanat yang nak ditiru oleh mat rempit meleis di Malaysia sekarang ini. Agama wang-ringgit itu agama berpenyakit... dontcha know? "Ustaz" pun boleh jadi makhluk scammer haramkejadah kalau dirasuk oleh duit skim piramid dan MLM... haish!

Ada satu situasi tentang gabungan pemakanan, gaya-hidup dan aktiviti di dalam memastikan kesihatan yang baik bagi manusia, yang ramai orang tak faham. Habis masing-masing semua nak shortcut - tak payah jogging, beli aje kerusi OGAWA. Kok kerusi males tu datang dengan Maria Ozawa sekali masuk pakej, boleh la jugak exercise tonggang terbalik bagai nak rak... dengan Maria - tapi ini disuruh melepak atas kerusi harga 15K tengok TV, dan berharap sakit pinggang dan arthritis boleh sembuh... like magic. Get off you lazy fat-ass, and wear that running shoes - that you'll understand what I mean. Begitu jugak pasal scam jus buah neh - minum 30ml jus MonaVie sehari - nanti kencing manis, darah tinggi dan kanser tu semua sekali rap boleh improve... malah kanser terus sembuh beb! Korang tahu apa sebenarnya apa punca kanser dalam kehidupan manusia? Dan korang tahu tak, kadar insiden kanser di seluruh dunia sekarang meningkat telah gilabab dalam 20 hingga 30 tahun kebelakangan ni. Why?

Kanser adalah satu entiti penyakit yang disebabkan oleh faktor persekitaran dalam 90% hingga 95% kes. Hanya 5%-10% kes sahaja yang berkait dengan genetik. Tembakau melibatkan 25%-30%, pemakanan dan kegemukan pula 30%-35%, jangkitan kuman 15%-20%, radiasi ~10%, serta kaitan dengan kekurangan beriadah serta pencemaran alam sekitar. Ingat tu dik, dekat 35% kes kanser adalah disebabkan oleh benda yang di makan dan akibat perut boncit... ini bukan main-main brader/sista. Kajian epidemiologi kanser di seluruh dunia mendapati bahawa jika kita makan banyak sayur-sayuran dan buah-buahan segar - kadar risiko kanser akan menurun. Tetapi kalau banyak makan makanan yang di proses di kilang, dan mengandungi banyak pengawit dan pewarna (dan ntah hape-hape lagik di taruk ke dalam makanan tuh), kadar kanser perut, usus dan kolorektal akan mencanak naik. Kalau isap rokok/tembakau jangan cite leee... kalau isap/jilat benda-benda yang sepatutnya dibersihkan dulu (gosok dengan besi berus periuk sampai licin dan mangi) pun dikatakan dapat meningkatkan kes kanser mulut dan tekak jugak... tapi itu off-topic kat sini. Nantilah aku cerita pasal kanser yang disebabkan oleh aktiviti isap dan jilat neh... (CC, RK dan LM sure suke erk?).

Okeh, sekarang sapa-sapa yang baca artikel pendek aku ni cuba pikio dalam-dalam. Produk-produk jus buah yang dipasarkan dengan kaedah MLM seperti MonaVie, Vemma, eXfuze, TF, dan semua tu... adakah ianya makanan segar atau makanan proses? Apekejadahnya kempen minum jus buah untuk elak kanser sedangkan produk tu sendiri ada kemungkinan kejadah jadi punca kanser pada manusia. These sick MLM people are really making a sick joke... aren't they? And it ain't funny - and I hope you people can figure out by now why Aidid Mu'addib is so fucking angry with all these MLM scammers. Demi duit yang disayangi, sanggup mengenepikan fakta perubatan yang telah dikaji dan dibuktikan dengan kajian sains, serta berdasarkan kajian statistik dan epidemilogi. Dan mereka ini terus-menerus mengelentong orang-ramai dengan dakyah jagaan kesihatan yang bukan-bukan merepek kepada sanak-sedara dan kengkawan sendiri, serta ntah sapa-sapa yang dia orang buat promosi produk MLM lepas satu-satu tak sudah-sudah. Itulah masalahnya kalau mat rempit dan minah klepet perasan nak jadi duktuuurr... tapi SPM dulu grade 3. Memang bangsat barua macam cipan dalam semak yang tengah menghendap Kak Kiah.

Bottom-line: Pegi aje la beli buah-buahan dan sayur-sayuran segar, dengan harga yang amat murah pulak tu, dan makanlah sepuas hati korang beb... dan pastikan tukar-tukar menu setiap hari. Takde sesuatu makanan yang Allah jadikan itu perlu dimakan setiap hari, sebab kalau dimakan terlalu kerap atau terlalu banyak... ianya akan jadi "overload" dalam badan korang, dan akhirnya benda berkhasiat akan jadi tak berkhasiat. Bayangkan saranan suruh minum pati MonaVie 30ml setiap hari sampai ko mati (atau sampai MonaVie crash) - where did these people go to school I wonder? School Of Fucking Scammers? Takde maknanya makan/minum cranberry atau acai berry yang diimport daripada luar negara sedangkan negara kita sendiri ada buah-buahan segar pelbagai jenis yang sama jugak berkhasiat... malah, contohnya buah manggis tu - siap diekspot ke Amerika, terus dijadikan modal scam MLM bagai nak rak oleh Xango dan Vemma kat omputeh di sana, jenis omputeh yang sama terencat akal dengan meleis terencat akal di Malaya, geng pengamal MLM bingai... satu sen tarak guna.

Korang pernah dengar tentang konsep "cost-effectiveness"? Takde guna beli barang mahal kalau keberkesannya tidak diketahui atau tidak mencapai tahap yang dikehendaki, sedangkan ada makanan/barang yang lebih murah tapi dapat membekalkan kita vitamin dan mineral yang diperlukan untuk hidup sihat. But anyway, in the case of MLM products - it's the scam of the pyramid-schemes that is the core of the problem, not the lack of nutrient in the products. Tapi, apehal pun... lebih baik "safe than sorry". Makanlah benda yang semulajadi dan segar, dan kurangkan makanan proses. May you live a long and prosperous life, God-willing. 

References:
2. Diet and cancer prevention: where we are, where we are going.
3. Epidemiology of stomach cancer.
4. The European Prospective Investigation into Cancer and Nutrition (EPIC).
5. Increased consumption of fruit and vegetables and future cancer incidence.
6. Fruit and vegetables in cancer prevention.
Ah! Banyak lagik rujukan... cari la sendirik.

Contoh:
1991 Sep;2(5):325-57.
Vegetables, fruit, and cancer. I. Epidemiology.

Source
Division of Epidemiology, School of Public Health, University of Minnesota, Minneapolis 55455.

Abstract
The epidemiologic literature on the relationship between vegetable and fruit consumption and human cancer at a variety of sites is reviewed systematically. A total of 13 ecologic studies, nine cohort studies, and 115 case-control studies are included. Cancer of all sites, cancers of lung, breast, colon, rectum, esophagus, larynx, oral cavity and pharynx, stomach, pancreas, prostate, bladder, ovary, endometrium, cervix, and thyroid, as well as mesothelioma and gestational trophoblastic disease, are considered. Relevant data from clinical trials, animal, and in vitro studies are included. It is concluded that consumption of higher levels of vegetables and fruit is associated consistently, although not universally, with a reduced risk of cancer at most sites. The association is most marked for epithelial cancers--particularly those of the alimentary and respiratory tracts - and, currently, is weak to nonexistent for hormone-related cancers. The association exists for a wide variety of vegetables and fruit with some suggestion that raw forms are associated most consistently with lower risk. Possible mechanisms by which vegetable and fruit intake might alter risk of cancer and possible adverse effects of vegetable and fruit consumption will be considered in Part II of this review.

Promoting MLM products as cancer prevention, and even cancer cure, but the products themselves may increase the risk of cancer... retarded, ain't it?

Addendum:



Wednesday, September 14, 2011

Garis Panduan MLM Menurut Syariah


TUJUAN
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah disediakan bagi tujuan memberi panduan kepada syarikat jualan langsung yang menjalankan perniagaan berteraskan pelan pemasaran berbilang tingkat (MLM), peserta termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen, pembeli, pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam perniagaan ini serta orang awam bagi memastikan perniagaan jualan langsung selaras dengan prinsip-prinsip syariah.

LATAR BELAKANG
2. Perniagaan jualan langsung umumnya dan yang dijalankan secara MLM khususnya adalah salah satu bentuk perniagaan yang telah menyumbang kepada pendapatan individu dan ekonomi negara. Perniagaan dalam kategori ini menjadi suatu landasan yang memberi ruang dan peluang kepada orang ramai untuk menambah pendapatan isi rumah bagi menjana sumber mata pencarian secara tetap atau sampingan ke arah meningkatkan taraf hidup.

3. Walau bagaimanapun, perniagaan jualan langsung berbilang tingkat (MLM) berdepan dengan pelbagai polemik berhubung dengan statusnya daripada perspektif hukum syarak. Sehubungan ini, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-72 yang bersidang pada 25-26 Februari 2006 telah memutuskan bahawa:
"Konsep, struktur dan undang-undang perniagaan multi-level marketing (MLM) yang diluluskan oleh Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam".

4. Lanjutan keputusan tersebut, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan bagi merangka garis panduan berhubung amalan perniagaan ini. Jawatankuasa tersebut terdiri daripada paka-pakar dalam bidang syariah serta wakil agensi berkaitan seperti yang berikut:
(i)  Dr. Zaharuddin bin Abd. Rahman 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
(ii)  En. Mohd. Talal bin Abu Bakar

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan 
(iii)  Ustaz Engku Ahmad Fadzil bin Engku Ali 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
(iv)  Ustaz Wan Rumaizi bin Wan Husin 
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia 
(v)  Ustaz Zaharudin bin Muhammad

Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank dan Prudential BSN Takaful 

5. Draf Garis Panduan yang telah digubal oleh jawatankuasa ini telah diluluskan dan diteliti oleh Mesyuarat Panel Kajian Syariah Jakim Kali Ke-74 pada 24 hingga 26 Mei 2011. Selanjutnya, Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-95 yang bersidang pada 16 hingga 18 Jun 2011 telah bersetuju memperakukan Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah ini.

OBJEKTIF
6. Garis Panduan ini diwujudkan bagi mencapai objektif seperti yang berikut:
(a)  memperinci keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia dengan menggariskan kriteria-kriteria yang diharuskan dan dilarang dalam perniagaan jualan langsung secara MLM; dan 
(b)  berperanan sebagai rujukan dan panduan berhubung dengan perniagaan jualan langsung secara MLM yang selaras dengan syariat Islam bagi menjamin keadilan dan ketelusan kepada semua pihak yang terlibat dalam perniagaan ini. 

TAKRIF
7. Bagi maksud garis panduan ini:
(a)  “Akad” bermaksud perjanjian antara syarikat dan peserta yang telah difahami dan dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak menurut hukum syarak. 
(b)  “Barang” bermaksud tiap-tiap jenis harta sama ada harta ketara (tangible) atau harta tidak ketara (intangible) dan harta berbentuk nyata atau berbentuk maya. Harta tersebut juga hendaklah selain daripada hak dalam tindakan, suratcara boleh niaga, syer, debenture dan wang. 
(c)  “Bonus” bermaksud jumlah bayaran komisen yang dijanjikan dan dibayar kepada peserta sebagai upah kepada peserta kerana berjaya, baik secara berseorangan mahupun secara berkumpulan, menghasilkan natijah- natijah sebagaimana yang ditetapkan di dalam akad dan diperincikan di dalam pelan pemasaran atau pelan ganjaran. 
(d)  “Elektronik” bermaksud teknologi yang menggunakan elektrik, optik, magnetik, elektromagnetik, biometrik, fotonik atau teknologi lain yang seumpamanya. 
(e)  “Harta tidak ketara” bermaksud apa-apa barang atau perkhidmatan yang tidak mempunyai nilai atau manfaat yang jelas kepada peserta dan pengguna. 
(f)  “Insentif” bermaksud sesuatu yang diberikan atau ditawarkan sebagai dorongan atau galakan. 
(g)  “Jualan langsung" bermaksud jualan terus dari pengedar yang dilantik kepada pelanggan tanpa melalui lapis-lapis pemborong dan peruncit meliputi jualan pintu ke pintu, pesanan pos atau jualan melalui transaksi elektronik. 
4 
(h)  “Jualan pintu ke pintu” bermaksud jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan dengan cara seperti yang berikut: 
Seseorang atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya untuk: 
(i)  pergi dari satu tempat ke satu tempat selain dari satu tempat perniagaan yang tetap; atau 
(ii)  membuat panggilan telefon mencari orang yang bersedia untuk membuat kontrak sebagai pembeli bagi penjualan barang atau perkhidmatan. 
Orang yang mula-mula disebut itu atau mana-mana orang lain selepas itu atau kemudiannya membuat perundingan dengan bakal pembeli dengan mewujudkan kontrak itu. 
(i)  “Jualan pesanan pos” bermaksud jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada sendiri atau melalui mana- mana orang yang diberi kuasa olehnya, dengan menerima tawaran bagi kontrak jualan melalui pos. 
(j)  “Jualan melalui transaksi elektronik” bermaksud jualan barang-barang atau perkhidmatan secara elektronik dengan menggunakan rangkaian pemasaran bagi maksud untuk mendapatkan komisen, bonus atau apa- apa faedah ekonomi yang lain. 
(k)  “Komisen” bermaksud upah yang dibayar kepada wakil atau ejen kerana menjual barang atau perkhidmatan. 
(l)  “Perkhidmatan” bermaksud apa-apa jenis hak atau faedah kecuali barang dan pelaksanaan kerja di bawah suatu kontrak perkhidmatan. 
(m)  “Peserta” bermaksud orang yang mengambil bahagian dalam perniagaan jualan langsung secara MLM sebagai pihak yang memasuki akad dengan 
5 
syarikat jualan langsung termasuklah pengedar, wakil jualan atau ejen dan pembeli.
(n) “Produk” bermaksud barang atau perkhidmatan.
(o) “Skim piramid” bermaksud apa-apa skim, perkiraan, pelan, pengendalian atau proses berantai yang bonus atau faedah diperoleh semata-mata atau terutamanya daripada perekrutan atau pengambilan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid berbanding dengan jualan barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara oleh peserta.

PELAN PEMASARAN PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG
8. Terdapat TIGA jenis pelan pemasaran perniagaan jualan langsung seperti yang berikut:

(a) Pelan Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing Plan/MLM)
(i)  Syarikat akan mengambil atau melantik individu sebagai peserta untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. 
(ii)  Peserta yang berkenaan akan melantik individu lain bagi membentuk rangkaian di bawahnya (downline) untuk menjual barang atau perkhidmatan syarikat. Proses pengambilan peserta baharu boleh diteruskan sehingga satu peringkat yang munasabah. 
(iii)  Setiap peserta akan mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada jualan peribadi dan jualan ahli atau pengedar di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya (over-riding bonus). 

(b) Pelan Pemasaran Satu Tingkat (Single Level Marketing Plan)
(i)  Syarikat akan melantik atau menaja wakil atau ejen jualan dan membayar gaji atau komisen atau gabungan gaji dan komisen atas jumlah jualan yang dibuat. 
(ii)  Wakil atau ejen jualan berkenaan tidak dibenarkan untuk melantik atau menaja wakil atau ejen jualan lain. 

(c) Jualan Melalui Pesanan Pos (Mail Order)
Jualan barang atau perkhidmatan yang dijalankan oleh seseorang, sama ada secara sendiri atau melalui mana-mana orang yang diberi kuasa melalui pos.

KRITERIA PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT (MLM) YANG DIHARUSKAN OLEH ISLAM
9. Perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM) yang diharuskan oleh hukum syarak dengan mengambil kira maslahah dan keadilan pihak-pihak yang bertransaksi serta peruntukan undang- undang mengandungi ciri-ciri seperti yang berikut:

(1)  Berdaftar dan mempunyai lesen
Syarikat hendaklah berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965 dan mempunyai lesen yang sah untuk menjalankan perniagaan jualan langsung di bawah Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993. 

(2)  Kontrak Jualan Langsung Secara Bertulis
(a)  Syarikat hendaklah menyediakan satu kontrak bertulis yang mengandungi terma dan syarat yang jelas perihal perjanjian antara syarikat dan peserta. 
(b)  Terma dan syarat perjanjian hendaklah difahami dan dipersetujui oleh syarikat dan peserta.
(c) Kontrak hendaklah mengandungi klausa “KONTRAK INI ADALAH TERTAKLUK KEPADA TEMPOH BERTENANG SELAMA SEPULUH HARI KERJA” yang dicetak dengan huruf besar dalam cetakan yang tidak kurang daripada 18 poin Times.
(d)  Kontrak tersebut hendaklah ditandatangani atau boleh dianggap mengikut undang-undang sebagai telah ditandatangani oleh wakil syarikat dan peserta yang baharu menyertai syarikat jualan langsung. 
(e)  Seseorang peserta boleh membatalkan kontrak tersebut pada bila- bila masa sebelum habisnya tempoh bertenang dengan menyatakan niatnya untuk menamatkan atau menarik diri daripada kontrak itu.

(3) Tempoh Bertenang
(a)  Tempoh bertenang ialah tempoh tidak kurang daripada sepuluh hari bekerja dari tarikh penyertaan yang membenarkan seseorang peserta membatalkan atau menarik balik penyertaan dalam perniagaan jualan langsung. 
(b)  Sekiranya berlaku pembatalan keahlian, syarikat hendaklah memulangkan keseluruhan yuran keahlian yang telah dibayar oleh peserta. 
(c)  Sekiranya pembeli membuat pembelian dan berhasrat untuk memulangkan barang tersebut kerana didapati tidak sesuai, pembeli berhak berbuat demikian sebelum tamat tempoh sepuluh hari, dan syarikat hendaklah memulangkan kembali keseluruhan wang atau harga barang tersebut. 
(d)  Pembeli juga berhak untuk memulangkan barang yang dibeli sekiranya didapati tidak memenuhi spesifikasi yang dikehendaki. 
8 
Perkara ini adalah berdasarkan khiyar al-syart iaitu pilihan untuk membatalkan sesuatu akad selepas tempoh beberapa hari sebagaimana yang dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

(4) Yuran Keahlian Pada Kadar Yang Minimum
(a)  Yuran yang ditetapkan, sekiranya ada, hendaklah pada kadar yang minimum meliputi kos pengurusan dan bahan-bahan bercetak yang dimasukkan dalam suatu kelengkapan jualan yang mengandungi pelan pemasaran dan kod etika syarikat. 
(b)  Melalui pendaftaran samada dengan pembayaran yuran sekiranya dtetapkan oleh syarikat atau tanpa pembayaran yuran sekiranya tidak dikenakan oleh syarikat, peserta secara automatik telah menjadi ahli atau pengedar, wakil jualan atau ejen kepada syarikat jualan langsung. 
(c)  Yuran keahlian hendaklah bukan pada kadar yang tidak munasabah dan begitu tinggi sehingga tidak lagi kekal sesuai dengan sifatnya untuk menampung kos starter kit atau business tools yang disediakan oleh syarikat ketika pendaftaran sebaliknya lebih menjurus kepada menjadi sumber bayaran kepada perekrutan ahli baru yang menjadi asas skim piramid. 
(d)  Pembayaran yuran penyertaan tanpa sebarang imbalan atau pertukaran barang atau perkhidmatan kecuali sejumlah yang munasabah untuk menampung kos starter kit atau business tools dan seumpamanya adalah mengandungi elemen riba al-fadhl dan riba al-nasi'ah, iaitu meletakkan sejumlah wang (yuran penyertaan) secara tunai dengan tujuan untuk mendapat sejumlah wang yang lebih banyak yang berlaku secara tangguh. 

(5) Tujuan Menjadi Peserta
Tujuan menjadi peserta syarikat jualan langsung mestilah jelas dan selaras dengan ketetapan syarak seperti yang berikut: 
i)  membeli dan menggunakan barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan; dan/atau 
(ii)  menjadi pengedar, wakil atau ejen jualan kepada barang atau perkhidmatan yang dikeluarkan atau ditawarkan oleh syarikat dengan menikmati keistimewaan dan insentif yang telah ditetapkan. 

(6) Akad Dalam Perniagaan Jualan Langsung 
(a)  Akad antara syarikat dengan peserta hendaklah ditentukan dengan jelas antara syarikat dengan peserta. 
(b)  Tertakluk kepada (a), dan dengan tidak menafikan kemungkinan penggunaan akad-akad yang lain, pada asasnya akad utama di dalam perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat (MLM) ialah akad al-ju`alah (الجعالة).

(i) Al-ju`alah (الجعالة)
Al-ju`alah ialah akad yang menjanjikan pemberian upah kepada pihak yang berjaya menghasilkan suatu natijah yang dikehendaki dan disyaratkan oleh orang yang berjanji iatu al- ja’il. Akad ini bersifat result-oriented iaitu berorientasikan natijah dan bukannya effort-oriented iaitu berorientasikan usaha menyebabkan upah hanya wajib diberi oleh al-ja’il dan layak diterima oleh orang yang melakukan kerja iaitu al- ’amil apabila natijah yang disyaratkan oleh al-ja’il berjaya direalisasikan dan bukan semata-mata dengan melakukan usaha dan mencurahkan tenaga.
Sebagai contoh, bagi memudahkan kefahaman tentang perbezaan antara akad yang berorientasikan hasil dan akad yang berorientasikan usaha, katakan Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Kalau cikgu berjaya mengajar anak saya C sehingga dia boleh membaca, saya bayar cikgu RM500”. Cikgu B berusaha bersungguh-bersungguh mengajar C tetapi dia tetap tidak boleh membaca. Kesannya, Cikgu B tidak berhak mendapat RM500 yang dijanjikan walaupun telah menghabiskan masa dan tenaga mengajar anak Encik A kerana di sini syarat yang ditetapkan oleh Encik A dan dipersetujui oleh Cikgu B menyebabkan akad menjadi berorientasikan hasil.
Berbeza halnya sekiranya Encik A berkata kepada Cikgu B: ”Cikgu B tolong ajar anak saya C membaca empat jam seminggu selama sebulan, saya bayar kepada Cikgu B RM500”. Di sini, sama ada C selepas itu boleh membaca atau tidak, selagi Cikgu B telah menjalankan kerja yang disyaratkan iaitu mengajar anak Encik A, C, membaca dalam tempoh tersebut, maka Cikgu B berhak mendapat RM500 yang dijanjikan kerana di sini akad berorientasikan usaha dan masa.
Akad al-ju’alah umumnya adalah akad yang tidak mengikat kedua-dua pihak (gyair lazim) dan didapati sesuai secara praktis dengan amalan MLM di mana peserta bukan pekerja kepada syarikat dan syarikat pula bukan majikan kepada pekerja.
Dalam konteks MLM, syarikat jualan langsung menjadi al- ja’il atau orang yang membuat janji melalui akad al-ju’alah yang ditawarkan melalui pelan pemasaran yang ditetapkan sementara peserta pula menjadi al-’amil atau pelaksana dengan memenuhi syarat-syarat upah yang ditetapkan dalam pelan pemasaran yang ditetapkan syarikat dan dipersetujui peserta. Di antara sesama peserta pula iaitu uplines dan downlines tidak wujud akad tertentu selain hubungan kerjasama sebagai al-musytarikun fi al-’amal atau pihak-pihak yang melaksanakan sesuatu tugas secara bersama-sama yang berkongsi upah melalui formula yang telah ditetapkan dalam pelan pemasaran.

(ii) Al-Wakalah wakil((الوكالة)atau ejen)
Al-Wakalah ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya syarikat yang menjalankan perniagaan jualan langsung secara MLM secara jelas menafikan kewujudan hubungan al-wakil dan al- muwakkil antara peserta dan syarikat. Oleh itu, penggunaan akad ini lebih berpotensi berlaku di dalam perniagaan jualan langsung secara SLM berbanding MLM. Dalam akad ini, peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar gaji, komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ujr atau al-ju`alah atau kombinasi. Menerusi akad al-wakalah, peserta atau wakil boleh berhenti atau menarik diri pada bila-bila masa apabila peserta tidak lagi melaksanakan kerja dalam tempoh masa sebagaimana yang ditetapkan oleh syarikat misalnya setahun. Sekiranya peserta tidak menarik diri selepas tempoh tersebut, kontrak akan tamat dengan sendirinya meskipun tidak dimaklumkan kepada syarikat berhubung penamatan tersebut.

(iii) Al-Wakalah bi ujr (بٔاجر) wakil ((الوكالة) atau ejen dengan upah)
Al-Wakalah bi ujr ialah akad yang memberi kuasa kepada seseorang (al-wakil) untuk bertindak bagi pihak yang memberi kuasa (al-muwakkil). Biasanya akad ini diaplikasikan dalam perniagaan jualan langsung satu tingkat. Menerusi akad ini, syarikat akan melantik peserta termasuk pengedar, wakil jualan atau ejen melaksanakan tugas membuat penerangan tentang syarikat, promosi barang atau perkhidmatan, menjual barang dan perkhidmatan serta mendaftar ahli baharu untuk syarikat. Syarikat akan membayar komisen, bonus atau faedah ekonomi lain atas tugas atau kerja apabila peserta mencapai sasaran jualan berdasarkan konsep al-ju`alah. Menerusi akad al-wakalah bi ujr, kedua-dua pihak tidak harus membatalkan akad tanpa persetujuan pihak lain.
Nota:
Dari sudut fiqh, al-wakalah bi ujr terbahagi kepada dua:
Pertama: Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah (upah atas hasil kerja)
Contoh: “A menjadi wakil B untuk mempromosi barang, jika terjual barang tersebut, 5%daripadanya milik B.”
Al-wakalah dengan konsep al-ju`alah, semua fuqaha‟ berpandangan ia tidak mengikat, kecuali Mazhab Maliki yang mengatakan mengikat jika orang yang menerima tawaran telah memulakan kerja atau tugas.
Kedua: Al-wakalah dengan konsep ijarah (upah atas masa contoh seminggu, setahun)
Contoh: “A menjadi wakil B untuk menjual barang dengan upah RM10 sehari”. A tetap mendapat upah meskipun tidak berjaya menjual barang tersebut.
Mazhab Hanafi dan Maliki berpandangan bahawa wakalah dengan konsep ijarah mengikat kedua-dua belah pihak. Menurut mazhab Syafi‟i dan Hanbali, ia tetap tidak mengikat.

(iv)  Hibah (الهبة) 

Hibah ialah suatu pemberian sukarela yang diharuskan oleh syarak oleh syarikat kepada peserta. 

(v)  Al-bay’ (البيع) (jual beli) 

Akad jual beli yang berlaku antara syarikat dan peserta atau antara syarikat dan pengguna akhir atau antara peserta dan pengguna akhir. 

(7). Kontrak Berteraskan Prinsip Saling Reda-Meredai (التراضي).
(a)  Akad antara pihak-pihak yang berkontrak hendaklah saling reda- meredai (التراضي(semasa memeterai akad. Fuqaha' bersepakat bahawa prinsip saling reda-meredai merupakan syarat sah akad.
(b)  Hukum syarak menggariskan bahawa prinsip saling redha- 
meredhai berlaku apabila terdapatnya niat yang memberi kesan 
kepada akad iaitu bebas daripada tekanan atau paksaan. Justeru, 
transaksi jualan langsung antara pihak-pihak hendaklah berpaksikan kepada prinsip saling redha-meredhai serta bebas daripada unsur paksaan, manipulasi dan eksploitasi.

(8)  Keistimewaan Peserta 

Setiap peserta syarikat jualan langsung layak untuk menikmati salah satu atau gabungan keistimewaan seperti yang berikut: 
(i)  Mendapat potongan harga bagi setiap pembelian dan/atau mendapat baucar atau kupon bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat. Potongan tersebut adalah berdasarkan akad al-wa’d bi al- hibah (janji untuk memberi hibah). 
(ii)  Mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain bagi setiap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan orang di bawah rangkaian atau dalam kumpulannya berdasarkan akad al- ju’alah. 
(iii)  Menjadi pengedar kepada rangkaian produk syarikat iaitu menjadi suatu entiti perniagaan berasingan di bawah syarikat jualan langsung (independent business owner). 

(9)  Kriteria Produk 
(a)  Produk yang dikeluarkan oleh syarikat hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak. 
(b)  Produk umumnya perlu merupakan produk yang berkualiti dan selamat digunakan dan mestilah dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna sasaran tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.
(c) Produk bukanlah sebagai “topeng” atau helah dalam urus niaga bagi mengaburi ciri-ciri skim piramid atau skim cepat kaya. Kekuatan syarikat jualan langsung adalah terletak kepada produk yang bermutu dan bukan terhadap objektif jangka pendek bagi tujuan mengaut keuntungan segera semata-mata.
(d)  Produk makanan, minuman dan barangan gunaan yang dijual oleh syarikat hendaklah mendapat pengiktirafan halal daripada Jakim atau badan-badan persijilan halal yang diiktiraf oleh Jakim. Bagi menjamin sistem pengurusan syarikat adalah mengik ut prinsip- prinsip Islam, disarankan agar syarikat jualan langsung memohon piawaian MS2400:2010 Standards on Halal Logistics, MS1500:2009 Makanan Halal: Pengeluaran, Penyediaan Pengendalian dan Penyimpanan, MS2200 Bahagian 1:2008 Barang Gunaan Islam-Bahagian 1: Kosmetik dan Dandanan Diri- Garis Panduan Umum dan MS1900:2005 Standards on Quality Management System from Islamic Perspective bagi memberi nilai tambah terhadap pengiktirafan halal bagi produk-produk syarikat terbabit. 
(e)  Produk bukanlah terdiri daripada barang ribawi seperti emas dan perak yang boleh dijual beli secara tangguh kerana melibatkan elemen riba. 

(10) Harga Produk
(a) Harga bagi produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah munasabah, berpatutan, tidak melampau dan berkadaran dengan jenis dan kualiti barang dan perkhidmatan.
(b) Produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli oleh pengguna pada harga yang ditawarkan tanpa mengambil kira pelan pemasaran MLM yang disediakan.

(11) Pemberian Insentif
(a)  Pemberian insentif oleh syarikat kepada peserta boleh berupa komisen, bonus atau faedah ekonomi yang lain. 
(b)  Pembayaran komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dalam perniagaan jualan langsung adalah berdasarkan prinsip al-jua`lah atau hibah. 
(c)  Pemberian komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah berasaskan jualan kuantiti barang atau perkhidmatan dan bukan berasaskan perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata- mata. 
(d)  Pelan pemasaran syarikat jualan langsung dan pelan pemberian insentif yang bermatlamat perekrutan atau pengambilan peserta baharu semata-mata atau terutamanya sebagai kelayakan untuk mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain adalah mengandungi elemen money game atau perjudian yang tidak diharuskan oleh hukum syarak. 
(e)  Upline berhak menerima komisen, bonus atau faedah ekonomi lain daripada pembelian atau jualan downline berdasarkan akad ju'alah iaitu pihak-pihak yang bersepakat dalam melaksanakan sesuatu kerja (al-mushtarikun fi al-a`mal) dan syarikat sebagai pihak yang menjanjikan upah (al-ja'il) sebagaimana yang diperincikan pembahagiannya dalam pelan pemasaran syarikat.
(f)  Komisen, bonus atau faedah ekonomi lain hendaklah diambil daripada keuntungan jualan produk dan/atau atas sumbangan syarikat. 
(g)  Syarikat hendaklah menetapkan dengan jelas kerja yang perlu dilakukan dan natijah dan hasil yang perlu dicapai oleh peserta bagi melayakkannya mendapat komisen, bonus atau faedah ekonomi lain dan mengisytiharkan syarat-syarat tersebut. 
(h)  Syarikat hendaklah memberi peluang secara adil kepada semua peserta untuk mendapatkan komisen, bonus atau insentif. 
(i)  Syarikat digalakkan untuk mempelbagaikan produk bagi membuka peluang kepada peserta memperbanyakkan jualan bagi tujuan mendapatkan komisen, bonus atau faedah ekonomi lain. Pendekatan ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya eksploitasi sistem atau rangkaian menjadi money game. 
(j)  Pelan pemasaran syarikat dan pelan pemberian insentif kepada peserta hendaklah dinyatakan secara jelas oleh syarikat dalam dokumen bertulis yang peserta diberi peluang sewajarnya untuk memahaminya sebelum memasuki akad. 

(12) Pelantikan Penasihat Syariah
(a)  Syarikat hendaklah melantik Penasihat Syariah yang terdiri daripada sekurang-kurangnya dua orang Islam yang sekurang- kurangnya mempunyai ijazah sarjana muda dalam bidang syariah termasuk pengajian dalam Usul Fiqh dan Fiqh Muamalat. 
(b)  Syarikat digalakkan untuk melantik Penasihat Syariah yang mempunyai pengalaman yang bersesuaian dalam bidang muamalat. 
(c) Penasihat Syariah tidak boleh mempunyai sebarang hubungan yang boleh mempengaruhi pendiriannya dalam membuat keputusan yang bebas dengan mempunyai hubungan kekeluargaan terdekat seperti pasangan, anak atau adik-beradik dengan Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat atau ahli Lembaga Pengarah; dan tidak mempunyai kepentingan saham dalam syarikat jualan langsung atau anak-anak syarikatnya.

(13) Program Latihan
(a)  Syarikat hendaklah menganjurkan program latihan bagi tujuan seperti yang berikut: 
(i)  untuk memperkenalkan produk kepada peserta khususnya bagi produk yang mempunyai ciri-ciri khusus yang bersifat teknikal dan ciri-ciri khusus yang mematuhi hukum syarak; dan 
(ii)  untuk memberikan pendedahan kepada peserta berhubung dengan kaedah pemasaran bagi meningkatkan prestasi jualan syarikat secara beretika dan mematuhi undang- undang. 
(b)  Syarikat boleh menganjurkan program latihan sama ada secara percuma atau berbayar dengan kadar yuran penyertaan yang munasabah. 
(c)  Pengendalian program latihan hendaklah bertepatan dengan prinsip-prinsip syarak termasuklah memelihara adab dan pergaulan antara lelaki dan wanita. 
(d)  Bagi syarikat yang telah melantik Penasihat Syariah, Penasihat Syariah hendaklah diberi ruang yang sewajarnya untuk memainkan peranan dalam memberi latihan, bimbingan dan kefahaman 
tentang teori dan amali kepatuhan syariah di dalam perniagaan jualan langsung secara MLM kepada para peserta supaya dapat diamalkan dan dihayati oleh mereka.

(14)  Polisi Beli Balik Atau Polisi Bayar Balik 
(a)  Syarikat hendaklah menyediakan suatu kontrak bertulis yang mengandungi terma tentang polisi beli balik atau bayar balik. 
(b)  Syarikat hendaklah membeli balik apa-apa barang yang boleh dipasarkan yang telah dijual kepada peserta dalam masa enam bulan dengan membuat pembayaran tidak kurang daripada sembilan puluh peratus (90%) daripada amaun yang dibayar.

(15)  Penarikan Diri Peserta
Mana-mana peserta boleh menarik diri daripada menyertai syarikat pada bila-bila masa berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak. 

UNSUR-UNSUR YANG DILARANG DALAM PERNIAGAAN JUALAN LANGSUNG BERBILANG TINGKAT
10. Unsur-unsur yang dilarang dalam perniagaan jualan langsung secara berbilang tingkat atau multi-level marketing (MLM) adalah seperti yang berikut:

(1) Mengandungi Unsur Skim Piramid
(a) Skim piramid atau skim cepat kaya adalah tidak mematuhi prinsip- prinsip Syariah kerana berteraskan unsur perjudian atau pertaruhan (qimar) melalui permainan wang (money game) iaitu downline yang baharu ditaja oleh upline akan kehilangan wang penyertaan jika tidak berusaha mencari downline yang lain.
(b)  Kontrak bertulis antara syarikat dan peserta tidak disediakan. 
(c)  Pelan memfokuskan kepada pencarian atau perekrutan ahli baharu (downline) semata-mata atau terutamanya dan bukan dengan tujuan menjalankan perniagaan melalui aktiviti pergerakan produk kepada pengguna-pengguna akhir secara sewajarnya. 
(d)  Pendapatan peserta dan syarikat dalam skim piramid atau skim cepat kaya dijana daripada yuran penyertaan ahli baharu semata- mata atau terutamanya dan bukan hasil daripada penjualan barang atau perkhidmatan. 
(e)  Pembelian wajib barang atau perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk melayakkan seseorang mendapat bonus atau faedah ekonomi lain dalam skim terhadap pembelian atau jualan peribadi atau pembelian atau jualan ahli di bawahnya. 
(f)  Peserta tidak diberi pilihan dan dikehendaki melakukan "inventory front-loading” iaitu membeli barang atau perkhidmatan dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan boleh dijual atau digunakan dalam suatu tempoh masa yang munasabah. 
(g)  Pembelian pangkat atau pembelian lebih daripada satu keahlian merupakan pendekatan yang mengandungi elemen skim piramid dan dengan itu adalah bertentangan dengan hukum syarak. 
(h)  Syarikat yang menetapkan struktur pembayaran bonus mengikut susunan hierarki yang ketat tanpa membenarkan peserta melangkau upline dengan tidak mengambil kira keupayaan dan usaha sebenar peserta adalah mengandungi elemen skim piramid yang bertentangan dengan hukum syarak. 
21 
(i)  Polisi bayar balik (refund) atau polisi beli balik (buy back) tidak disediakan 
(j)  Tidak membenarkan peserta menarik diri daripada menyertai pelan. 

(2)  Mengandungi Unsur Penipuan, Penindasan, Manipulasi dan Eksploitasi Dalam Pelan Pemasaran dan Pelan Pemberian Insentif 
(a)  Syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif adalah telus dan adil serta bebas daripada sebarang bentuk penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi yang boleh memperdaya ahli atau pengguna. 
(b)  Sebarang unsur penipuan, penindasan, manipulasi dan eksploitasi oleh ahli atau pengedar dalam usaha mencari ahli baharu semata- mata atau terutamanya untuk meningkatkan sasaran pencapaian kumpulan adalah ditegah oleh hukum syarak. 
"Manipulasi" ertinya segala tindakan dan selok-belok untuk memperdaya orang atau mempengaruhi pendirian orang lain tanpa disedari orang itu. 
"Eksploitasi" ertinya perbuatan (tindakan) mengambil kesempatan untuk mempergunakan seseorang atau sesuatu keadaan dan secara tidak adil demi kepentingan atau keuntungan diri sendiri.

(3)  Mengandungi Unsur Paksaan 
(a) Usaha yang bertujuan untuk mencari ahli baharu hendaklah dibuat menerusi pendekatan dan kaedah yang telus dan berhikmah tanpa unsur paksaan yang boleh mengganggu atau mendatangkan kegelisahan dan kegusaran kepada individu yang didekati.
(b)  Selepas setiap sesi penerangan tentang profil syarikat, produk, pelan pemasaran dan pelan pemberian insentif, individu yang didekati mestilah diberi ruang dan masa untuk berfikir bagi membuat pertimbangan sama ada ingin menjadi peserta atau menolak pelawaan tersebut. 
(c)  Peserta hendaklah diberi kebebasan sepenuhnya dalam pembelian dan tidak didesak untuk membeli pakej barangan tertentu untuk memenuhi kehendak jualan bagi melayakkan mereka mendapat kedudukan atau bonus dalam skim sedangkan mereka berkemungkinan tidak memerlukan beberapa barang dalam pakej tersebut atau memerlukan barang-barang yang ditawarkan dalam pakej tersebut tetapi tidak pada jumlah yang begitu banyak seperti yang ditetapkan. 

(4)  Mengandungi Unsur Pembaziran 
(a)  Pembelian dalam kuantiti yang banyak tanpa justifikasi yang wajar semata-mata untuk mendapatkan bonus yang ditawarkan tanpa mempunyai strategi pemasaran yang sewajarnya. 
(b)  Pembelian produk yang ditawarkan oleh syarikat hendaklah berlandaskan kepada keperluan kepenggunaan sebenar dan/atau keupayaan untuk menjual produk tersebut. 

(5)  Menjanjikan Keuntungan Tetap Tanpa Usaha
Mana-mana syarikat jualan langsung yang menjanjikan keuntungan tetap kepada peserta melalui pemberian komisen/bonus tanpa sebarang usaha yang jelas meliputi aktiviti promosi dan penjualan barang atau perkhidmatan adalah bertentangan dengan hukum syarak kerana mengandungi unsur riba.

(6) Mengandungi Unsur Syubhah
Dalam konteks perniagaan jualan langsung yang berteraskan multi-level marketing, syarikat hendaklah memastikan bahawa pelan pemasarannya adalah bebas daripada perkara yang tidak jelas atau syubhah شبهة)) dalam setiap aspek perniagaan tersebut meliputi pelan pemasaran, pemberian insentif, barang dan perkhidmatan dan perkara-perkara lain yang berkaitan dengannya bagi memastikan perniagaan yang dijalankan adalah mematuhi prinsip-prinsip syariah yang telah digariskan oleh Islam.

PENUTUP
Garis Panduan Perniagaan Jualan Langsung Secara Pemasaran Berbilang Tingkat (Multi-Level Marketing) Menurut Syariah adalah selaras dengan peruntukan-peruntukan dalam Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid .1993Oleh itu, mana-mana perkara yang tidak dinyatakan dalam garis panduan ini, dengan itu hendaklah dirujuk kepada Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid .1993Pihak-pihak yang berkaitan hendaklah merujuk kepada garis panduan ini bagi menentukan parameter yang diharuskan oleh syariah berhubung dengan perniagaan jualan langsung secara pemasaran berbilang tingkat.



  
 Kupasan Aidid Mu'addib akan menyusul kemudian... baca-baca aje la dulu beb.
  

Monday, August 15, 2011

Pada Yang Masih Tak Faham Lagik Bahawa MLM/SP Tu HARAM-LAKNAT...


Dalam beberapa minggu kebelakangan ni, terus-terang aku cakap, aku sebenarnya dah hilang mood untuk mengarang entry baru. Apa yang aku dah tulis selepas 145 entry, bendanya sama aje beb - apa yang bezanya daripada satu scam MLM ke satu lagik scam MLM yang lain? Kalau skim piramid buta-buta tu usah cite la... memang dah clear scam haram-laknatnya. Tapi, yang menyedihkan aku dan sesetengah korang yang follow blog aku ni (aku tahu korang pun pernah alaminya) - aku faham kenapa MLM tu haram dan mengelentong, korang pun faham kenapa ianya laknat, tapi bila kena ada budak hingusan baru bersunat, atau ustaz HPA anak angkat Ayah Pin menyanggah fakta yang kita semua dah tahu sejelas-jelasnya (tak luper der... sekor-sekor mat rempit dan ustaz sesat tu semua perasan dia orang lebih hebat dalam berniaga dan dah book hotel suite kat syurga... siyes!), sure korang rasa "exasperated". 

Korang tahu kan MLM dan skim piramid ni dah memang jadi penyakit epidemik masyarakat Melayu? Orang Cina kureng sket. Ada tu ada, tapi Chinese lebih kepada penganjur, mastermind dan top-tier mana-mana MLM dan skim piramid. Yang jadi low-tier dan kulibatak sesat haramjadah yang menyokong MLM-SP tu kebanyakannya bahalol meleis beb... I kid you not. You all have seen it... over and over and over again. Aku salahkan government yang sebok kejadah benda lain ntah apekebenda kat Putrajaya - apa yang susah sangat nak settle kan perkara ni? 

Are you telling me, the government has no reliable economists as advisors to the politicians? We're taking about billions of ringgit of Malay people's money pouring down the drain, into the pockets of whoever the hell that are running the MLMs out there - because after all, in Malaya, this is a Malay disease through and through man. Woi! You out there penyokong merah-putih, your beloved leaders don't care about the Malay people's economic illness such as this, huh? Sokong sokong sokong, sambil-sambil anak bangsa kena kelentong - who the f cares anyway, right?

Itu satu lagik aku perasan - kalau aku start cakap omputeh - mesti ada mat rempit pengamal MLM yang matanya dah takleh fokus lagik dah... blur... blank... otak ku tepu bang. Tak faham, jadi tak payah dengar penerangan aku tentang dakyah alkapiaq dan meleis parasite ni sudah... lupakan saja dik oi. Aku tak faham bang - jadi MLM itu 100% halal. Duh!

Meh sini dik abang Aidid Mu'addib kasi penerangan kali yang ke 67 di Aididleaks, tentang haramnya kaedah MLM dan skim piramid dalam perniagaan. Aku bukan cakap kosong - aku bawak bukti dan penerangan terperinci tentang perkara ni. Korang yang follow ingat sepanjang minggu lepas ada beberapa bahalol mat rempit pengamal MLM singgah kat sini trolling? Sapa... AAK, Boroi, MataBabi, Wadefak, etc... apa masalahnya bebudak tu semua kalau korang perasan? Pehal dia orang tak faham kenapa benda ni laknat dan tak sepatutnya dilakukan kalau perasan diri tu orang Islam? Sebab... mamatnya semua takde akal yang boleh faham sejauh korang yang dah faham tentang kelentongan dan penipuan MLM/SP neh. Tak sampai akal dia orang nak faham tentang isu abstrak ketepuan pasaran, dan kadar kerugian mandatori yang pasti berlaku di dalam kaedah perniagaan sedemikian. 

Aku dah nak hampir give-up sebenarnya... sebab apa yang aku dah tulis berjela-jela dalam blog ni dah cukup menerangkan isu-isu matematik, ekonomi, sains, dan sejarah perniagaan yang telah berlaku di serata dunia - dan kepada mereka yang rajin membaca dan telah khatam artikel-artikel aku yang lepas, aku rasa ilmunya dah cukup untuk kasi korang faham kenapa MLM itu lahanat. BUT THAT IS THE BIGGEST PROBLEM! Meleis kategori mat rempit dan minah klepet dan ustaz-ustaz HPA tu semua rata-rata adalah geng tarak pandai baca punya olang haiya apek! Kalau ada baca, mesti tarak join MLM punya... deng! Maybe, kalau aku buat komik kat blog ni - mungkin ada bebudak hingasan meleis boleh faham lebih terperinci pasal isu ni kut... now, that's a thought.


Okeh! Aku belum give-up lagik. Cuma distracted lately, I've got a new toy. Meh aku start lagik sekali dari mula dik. Meh kita cite pasal perniagaan sepaling sempoi yang aku boleh bawak. Pertama sekali, perniagaan itu melibatkan jualan satu produk atau perkhidmatan daripada seorang penjual kepada pembeli. Dalam Islam pulak, ada syarat-syarat tertentu yang perlu dipatuhi - yang mana bzns MLM cukup suka benar nak putar-belit. But anyway, lets keep this simple. Aku ada produk, aku nak jual kat korang - lagi banyak pelanggan, lagi banyak jualan, lagi banyak untung aku dapat - ini semua asas perniagaan, semua korang tahu dan faham.

Apabila bzns aku bertambah-tambah dengan pesat, aku takleh nak jual produk aku secara persendirian atau perseorangan kepada setiap pelanggan... correct? Jadi, aku kena kembangkan bzns aku dengan memasarkan produk hebat aku dengan lebih meluas dan sistematik - dengan cara mengadakan struktur pemasaran yang sistematik dan teratur - jadi aku akan kembangkan bzns aku dengan kaedah seperti gambarajah di bawah:


Aku level yang kat atas sekali, dan aku gajikan 4 orang pengurus dan aku letak sorang kat KL, sorang kat Penang, sorang kat KB dan sorang lagik kat JB - dan aku arahkan masing-masing untuk kembangkan bzns aku dengan mencari reseller di bawah jagaan 4 pengurus aku tu, dan akhirnya produk aku dapat dipasarkan kepada pelanggan/consumers. Ini basic neh... tak payah banyak soal begitu-begini eh? Yang penting, aku sebagai pengeluar produk, sudah ada satu kaedah pemasaran yang boleh bawak produk aku daripada kilang dan akhirnya dapat disampaikan kepada consumer - dan aku akan dapat duit untung, pengurus dapat duit gaji + bonus, resellers jugak dapat duit gaji + komisen/bonus, dan pelanggan happy dapat produk yang berguna untuk kegunaan mereka dan dibeli dengan harga yang berpatutan dan munasabah. Everybody wins... in a perfect world.

Daripada penerangan di atas, korang perasan yang aku ada 4 pengurus di 4 tempat berlainan yang jauh daripada satu sama lain - ini penting ni beb. Kalau kat KL ada 2 pengurus - nanti sistem pemasaran aku jadi tak efisien dan mungkin jugak ketepuan pasaran berlaku dan 2 pengurus bertumbuk sampai lebam dan patah-riuk... You just can't put your resellers to compete amongst themselves - that's pure stupidity. After all, it's a systematic business, no hanky-panky. MLM people... ring a bell?

Okay then brotha... bzns aku dah tambah berkembang lagik. Produk aku top-hit siut... apa aku perlu buat sekarang? Dalam gambarajah di bawah, aku kembangkan lagik sistem pemasaran aku - aku sekarang dah ada 8 pengurus (KL, JB, KB, Penang + Ipoh, Alor Setar, Kuantan, Melaka), dan semua pengurus tu kembangkan lagik dengan mencari reseller di bawah mereka, dan pesan aku kat dia orang semua - pastikan kawasan pasaran tidak overlap/bertindih... supaya semua orang boleh buat duit dengan maksima... gitu. These are all simple economics... correct?


Jadi perkara ini akan berkembang dengan lebih lanjut, kalau produk aku disukai ramai - dan mungkin aku akan pasarkan produk aku tu sampai ke obesi... you know, sampai Brunei, Indon, Thailand, China, Fiji, Argentina... Timbuktu... who knows? Tapi asasnya masih tetap sama - mesti ada had dalam struktur pemasaran aku, that is, kalau aku kesah pasal kadar keuntungan yang berpatutan kepada managers dan resellers aku laaaa... 

Kalau aku tak kesah ada managers/resellers yang rugi - janji produk aku keluar dari kilang dan sampai pada consumers - itu kan dah jadi cerita lain tu bang? Itu namanya aku seekor parasite perniagaan yang ruthless/kejam (macam mastermind MLM dan skim piramid tu semua, contohnya), yang tak kesah jika berlaku pertindihan kawasan pasaran pada pengurus dan resellers yang memasarkan produk aku tu - dan itulah dianya intipati dan asas kelaknatan dan kelentongan sistem pemasaran MLM tu... dear sane people.

Penerangan aku seterusnya ditujukan especially pada ustaz-ustaz bahalol HPA wadefak punya dungupiang pasal ekonomi dan matematik, dan juga ditujukan kepada bebudak meleis IQ level mat rempit yang rata-rata senang sungguh kena kelentong untuk join mana-mana MLM dan skim piramid, yang dianjurkan oleh geng al-kapiaq dan jugak daripada anjuran bahalol meleis yang beragama hindu whatever... you know, mastermind MLM dan skim piramid yang bersepah-sepah sekarang ni yang sebok tengah menghasut dan seterusnya mengencing anak-bangsa Melayu untuk kasi zakat fitrah from hell, naik ke atas upline sampai ke CEO - yang mana kebanyakan umat yang kena kencing tu sekarang tengah berpuasa, ramai jugak yang sembahyang 5 waktu tak tinggal, dan lepas berbuka pergi pulak masjid sembahyang tarawikh... tapi, bzns MLM dan skim piramid terus ON, walaupun di bulan puasa neh. Wadehel der?
  
Woi... Bahalol ustaz HPA dan kuncu-kuncu mereka yang dikaburi oleh sentimen agama untuk berniaga cara haram-laknat MLM: Apa perlu sembahyang 5 waktu beb? Buat apa berlapar puasa dey? Sembahyang tarawikh for what? Tinggalkan itu semua - pegi kuil hindu sudah... janji poket terisi dengan duit downline. Jangan confuse kan diri tu bang - sembahyang tonggang-terbalik, ke mana pegi pakai kopiah, seksa berlapar puasa bulan ni... lepas tu cari rezeki dengan cara MLM. Korang sumo tak sekolah langsung ke apo nyo jang? Tak pernah ambik iktibar daripada ajaran mana-mana ustaz ke apa dol? Gilo bobonar eh ko jang? Pasal duik... hukum agamo pun buleh putar-bolik yo? Elok bobonar la tu anak hindu woi...

Apa berlaku sebenarnya dalam kaedah
perniagaan MLM dan skim piramid?

Sila lihat gambarajah di bawah.





Ulangkaji.... lagik dan lagik.
  
Dalam apa-apa kaedah perniagaan yang melibatkan penajaan ahli (tak kesah la produknya hebat, tak kesah la geng ulama' HPA dah siapkan kertas-kerja yang membenarkan back-door riba' dan akad tunggang-terbalik kasi syok-sendiri berniaga pakai kopiah dan tudung litup, dan tak kesah jugak la kalau kerajaan Malaysia dah keluarkan AJL1993 yang fungsinya ntah apa kejadah) - akan berlaku peningkatan/progresi jumlah resellers daripada satu level ke satu level, yang mana resellers itu semua akan "compete against each other" dan jumlah mereka akan berkembang secara geometrik di mana jumlah ahli di bawah satu level ke level yang satu lagi akan meningkat secara eksponensial, di mana hasil akhirnya di penghujung sesuatu kitaran perniagaan MLM/SP, akan terkumpul sejumlah resellers yang jumlah mereka lebih besar daripada semua ahli di atas level terakhir... ko pahom ko idak ni jang? Yang mana, perkara berikut akan berlaku:

   
Sekarang untuk apa saja sistem MLM/skim piramid yang ada syarat cari orang (nanti ada la pulak mat rempit akan cakap, kita tak payah cari orang, orang akan cari kita - duh!), sama ada cari 2, 3, 4, 5, 6, 10, 20 ,100... prinsip kalkulus di atas boleh digunakan. Jadi skim piramid ke, MLM ke, kalau ada syarat tajaan, iaitu adanya upline dan downline, bzns model tersebut akan menyebabkan jumlah ahli bertambah secara eksponensial dan apabila peringkat ketepuan tercapai, bila mana tiada ahli baru di dapati, ianya akan "collapse/crash" dan kadar kerugian ahli dapat di kira dengan formula di atas.

1 downlines 2, kadar kerugian > 50%
1 downlines 3, kadar kerugian > 67%
1 downlines 4, kadar kerugian > 75%
1 downlines 5, kadar kerugian > 80%
1 downlines 6, kadar kerugian > 83%
1 downlines 7, kadar kerugian > 86%
1 downlines 8, kadar kerugian > 88%
1 downlines 9, kadar kerugian > 89%
1 downlines 10, kadar kerugian > 90%
1 downlines 11, kadar kerugian > 91%
1 downlines 12, kadar kerugian > 92%

Dan seterusnya...

Ada 2 prinsip asas perniagaan yang mandatori yang dilanggar sewenang-wenangnya oleh MLM dan skim piramid:

1. Jualan produk membawa keuntungan kepada pengeluar dan reseller, dan kaedah perniagaan yang WARAS akan memastikan bahawa semua pihak untung - tanpa ada pengelentongan dan penipuan di antara satu pihak kepada pihak yang satu lagi dan kepada pihak terakhir, iaitu consumer. Keuntungan tidak sepatutnya berlaku kepada upline daripada aktiviti jualan downline - kerana ini pasti akan merugikan pihak di bawah, apabila ketepuan pasaran maksima berlaku. Itu namanya haram-laknat tak bersebab (sure ada sebab - adanya wujud dalam dunia ni, CEO dan geng top-tier MLM yang parasite dan yang tak berperi-kemanusiaan).

2. Mesti ada had maksima kepada jumlah reseller yang wujud dalam kaedah pemasaran di dalam sesuatu bidang perniagaan/jualan produk - daripada pengeluar hingga kepada konsumer, tanpa mengambil kira jumlah peringkat pemasaran yang wujud. Pihak syarikat induk dan CEO perlu menghadkan jumlah reseller, sesuai dengan jumlah produk yang dikeluarkan, yang perlu selari dengan jumlah end-consumers yang ada di dalam satu-satu market. "Runaway" numbers of resellers will ensure a huge majority of them will lose in the end.

Ini bulan pose ni dol... udah-udah la buat mungkar MLM dan skim piramid tu wahai makhluk meleis sekalian. Cuba bawak mengaji betul-betul sampai faham kenapa diri tu senang sangat kena kelentong. Jangan suka sangat mengikut perangai parasite dan perangai kapiaq laknat dalam berniaga. Tak faham bahasa melayu ka apa? Nak suruh aku tulis artikel dalam bahasa tamil erk? Anak hindu betul la korang MLMers... dan itu termasuk geng HPA wadehel.


P/S: This has been HPA Saga Part 7... whatever.